unsur sains dlm hikayat raja pasai

12
BEBERAPA UNSUR SAINS MELAYU ISLAM YANG TERTUA DAN CABARANNYA Oleh : SHAHARIR BIN MOHAMAD ZAIN - INSPEM, UPM Abstrak Oleh sebab Hikayat Raja Pasai (HRP) dipercayai lebih tua daripada ‘Aqa’id al- Nasafi yang bertarikh 1593 itu maka apa-apa maklumat yang terdapat dalam buku ini bolehlah dianggap maklumat Melayu Islam yang tertua. Dalam kajian ini ditunjukkan adanya dalam HRP itu pokok yang tiada nama sainsnya, iaitu kapur barus, sebasani (tiada dalam kamus pun) dan beberapa jenis kesturi; dan adanya haiwan yang belum ada nama sainsnya, iaitu gelang-gelang, kara, kertang, kesturi, kuda semberani, semut sebesar kucing, ketam berdayung, lembedak mengidam, rama-rama bersil , udang sanggul dan ular lembu (5 terakhir ini tiada dalam kamus pun). Dalam HRP juga ditunjukkan ada bentuk ayat-ayat mantik Melayu Islam yang berbeza daripada sekarang umpamanya tiadanya penafian yang menggunakan “tidak” atau “bukan”, tetapi semuannya “tiada” dan gayanya cukup lembut sehingga bolehlah diistilahkan sebagai “penafian lembut”; pengkuantiti wujud pula hanya “ada” dan “adalah” (bentuk lembut, yang tiada sekarang), dan belum ada perkataan “wujud” atau “ujud”; pengkuantiti semesta yang cukup berbeza daripada sekarang ialah “barang” dan pengulangan kuantiti dan tiadalah perkataan “sebarang”, “setiap” (walaupun ada “tiap-tiap”). Mantik implikasi yang kurang digunakan sekarang ialah berbentuk “Setelah A maka B”, “Jika A nescaya B”, (atau “Jikalau”), “Maka tatkala A maka B” (atau tiada “Maka” itu); dan “Apabila A maka B”. Pengganti “jika” yang tidak digunakan sekarang ialah “dari karna itulah”, “oleh karna” dan “sebab karna” ; dan tiadalah ungkapan “oleh itu” atau “oleh sebab itu”. Penggunaan “Maka” di permulaan ayat amat berleluasa dan maknanya memang “perkara dahulu itu mengimplikasikan”. Orang Melayu pada abad ke-13M dahulu pun sudah tahu bilangan ratus, ribu , ribu-ribu, keti (= seratus ribu), sudah membezakan “tiada tepermanai”, “tiada terhisabkan” dan “tiada terkira-kira”. Mereka menggunakan ungkapan “tiada berbagai” untuk maksud “tiada bandingan”, dan mereka juga sudah biasa dengan matematik bahagi berpemberat atau dividen. Unit-unit sukatan yang mereka pakai agak komprehensif sehingga kepada unit banyaknya lombong emas (makdan, yang sepatutnya mikdarun/makdurun/ mukaddirun) dan banyaknya dakwat (koci); dan oleh itu ada yang tidak dirakamkan dalam kajian Abdul Razak (2000) tentang sukatan Melayu iaitu peti, koci, galang, makdan, sebu, rantau dan tiada berbagai. Terdapat juga istilah-istilah tentang arah atau mata angin atau kompas sekarang iaitu “timur” (atau “bawah angin”, “wetan”), “barat” (atau “atas angin”, “kulon”), utara, selatan, ilir, mudik atau hulu, dan kedudukan bintang dengan kewujudan “ahlul nujum” diraja. Adanya ahli kimia yang digelar “orang seri” yang hebat khususnya termasuklah membuat segala macam racun . Adanya ilmu kepemimpinan di dalam HRP ini juga menunjukkan kepemimpinan Melayu Islam sudah bertapak di kalangan pemimpin Melayu sejak abad ke-13M lagi dan sekaligus menidakkan Taj al-Salatin (TaS), karya Bukhari al-Jauhari 1603, sebagai sumber ilmu kepemimpinan Melayu Islam yang tertua; walaupun ciri-ciri kepemimpinan itu tidak sekomprehensif dalam TaS itu. HRP juga menceritakan tahap Feudalisme Melayu Islam yang cukup tinggi dalam abad ke-13M dan ke-14M dahulu dan adanya pelbagai amalan yang amat bertentangan dengan Islam di samping tahap emansipasi wanita yang agak luar biasa berbanding dengan wanita sekarang pun.

Upload: hamdan-yusoff

Post on 27-May-2017

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

BEBERAPA UNSUR SAINS MELAYU ISLAM YANG TERTUA DAN CABARANNYA

Oleh : SHAHARIR BIN MOHAMAD ZAIN - INSPEM, UPM

Abstrak

Oleh sebab Hikayat Raja Pasai (HRP) dipercayai lebih tua daripada ‘Aqa’id al-

Nasafi yang bertarikh 1593 itu maka apa-apa maklumat yang terdapat dalam buku

ini bolehlah dianggap maklumat Melayu Islam yang tertua. Dalam kajian ini

ditunjukkan adanya dalam HRP itu pokok yang tiada nama sainsnya, iaitu kapur

barus, sebasani (tiada dalam kamus pun) dan beberapa jenis kesturi; dan adanya

haiwan yang belum ada nama sainsnya, iaitu gelang-gelang, kara, kertang, kesturi,

kuda semberani, semut sebesar kucing, ketam berdayung, lembedak mengidam,

rama-rama bersil , udang sanggul dan ular lembu (5 terakhir ini tiada dalam kamus

pun). Dalam HRP juga ditunjukkan ada bentuk ayat-ayat mantik Melayu Islam yang

berbeza daripada sekarang umpamanya tiadanya penafian yang

menggunakan “tidak” atau “bukan”, tetapi semuannya “tiada” dan gayanya cukup

lembut sehingga bolehlah diistilahkan sebagai “penafian lembut”; pengkuantiti

wujud pula hanya “ada” dan “adalah” (bentuk lembut, yang tiada sekarang), dan

belum ada perkataan “wujud” atau “ujud”; pengkuantiti semesta yang cukup

berbeza daripada sekarang ialah “barang” dan pengulangan kuantiti dan tiadalah

perkataan “sebarang”, “setiap” (walaupun ada “tiap-tiap”). Mantik implikasi yang

kurang digunakan sekarang ialah berbentuk “Setelah A maka B”, “Jika A nescaya

B”, (atau “Jikalau”), “Maka tatkala A maka B” (atau tiada “Maka” itu); dan “Apabila

A maka B”. Pengganti “jika” yang tidak digunakan sekarang ialah “dari karna

itulah”, “oleh karna” dan “sebab karna” ; dan tiadalah ungkapan “oleh itu” atau “oleh

sebab itu”. Penggunaan “Maka” di permulaan ayat amat berleluasa dan maknanya

memang “perkara dahulu itu mengimplikasikan”. Orang Melayu pada abad ke-13M

dahulu pun sudah tahu bilangan ratus, ribu , ribu-ribu, keti (= seratus ribu), sudah

membezakan “tiada tepermanai”, “tiada terhisabkan” dan “tiada terkira-kira”.

Mereka menggunakan ungkapan “tiada berbagai” untuk maksud “tiada bandingan”,

dan mereka juga sudah biasa dengan matematik bahagi berpemberat atau dividen.

Unit-unit sukatan yang mereka pakai agak komprehensif sehingga kepada unit

banyaknya lombong emas (makdan, yang sepatutnya mikdarun/makdurun/

mukaddirun) dan banyaknya dakwat (koci); dan oleh itu ada yang tidak dirakamkan

dalam kajian Abdul Razak (2000) tentang sukatan Melayu iaitu peti, koci, galang,

makdan, sebu, rantau dan tiada berbagai. Terdapat juga istilah-istilah tentang arah

atau mata angin atau kompas sekarang iaitu “timur” (atau “bawah

angin”, “wetan”), “barat” (atau “atas angin”, “kulon”), utara, selatan, ilir, mudik atau

hulu, dan kedudukan bintang dengan kewujudan “ahlul nujum” diraja. Adanya ahli

kimia yang digelar “orang seri” yang hebat khususnya termasuklah membuat

segala macam racun . Adanya ilmu kepemimpinan di dalam HRP ini juga

menunjukkan kepemimpinan Melayu Islam sudah bertapak di kalangan pemimpin

Melayu sejak abad ke-13M lagi dan sekaligus menidakkan Taj al-Salatin (TaS),

karya Bukhari al-Jauhari 1603, sebagai sumber ilmu kepemimpinan Melayu Islam

yang tertua; walaupun ciri-ciri kepemimpinan itu tidak sekomprehensif dalam TaS

itu. HRP juga menceritakan tahap Feudalisme Melayu Islam yang cukup tinggi

dalam abad ke-13M dan ke-14M dahulu dan adanya pelbagai amalan yang amat

bertentangan dengan Islam di samping tahap emansipasi wanita yang agak luar

biasa berbanding dengan wanita sekarang pun.

Page 2: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

1. Muqaddimah

Kebanyakan sarjana bersetuju bahawa secara rasminya Islam mula bertapak di

Pascabima (akronim baru untuk Alam Melayu) ini bermula di Acih, Sumatera Utara

yang dahulunya terkenal dengan nama Pasai mulai sekitar 1280 (kerana tiadanya

pertikaian tentang Raja Islam pertamanya mangkat 696H atau sekitar 1297M).

Pandangan ini berasaskan pada tafsiran kepada cerita-sejarah yang dirakamkan

dalam manuskrip Melayu Jawi berjudul “Hikayat Raja Pasai” (selepas ini

diringkaskan sebagai HRP sahaja) yang dianggap satu daripada karya agung

Melayu dan oleh itu telah pun diterbitkan dalam Siri Karya Agung oleh Yayasaan

Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti Kuala Lumpur 1999. Manuskrip ini tidak

bertarikh tetapi secara ijmaknya disetujui siap ditulis sebaru-barunya pada 1520-an

M dan kandungannya penuh dengan drama sejarah raja-raja Pasai sejak sekitar

1280 itu hinggalah ke akhir-akhir abad ke-14M. Oleh itu HRP jauh lebih tua

daripada manuskrip yang tidak dipertikaikan lagi tertuanya setakat ini, ‘Aqa’id al-

Nasafi (karya terjemahan) yang bertarikh 1590. Besarlah kemungkinannya HRP

itulah karya asli tertua dalam bahasa Melayu Jawi. Oleh itu segala maklumat,

khususnya maklumat sains, yang terdapat di dalam HRP boleh dianggap sebagai

rakaman bahan sains Melayu Islam yang tertua, iaitu sejak akhir-akhir abad ke-

13M hingga akhir-akhir abad ke-14M itu. Selama ini belum pernah manuskrip

Melayu seperti HRP ini dikaji daripada perspektif sains yang cuba dilakukan

sebaliknya di sini, walaupun adalah penonjolan wujudnya unsur-unsur matematik

dalam manuskrip tertua Melayu Jawi, ‘Aqa’id al-Nasafi itu yang dilakukan oleh

Abdul Razak dalam Kesturi 2002, 11(1&2). Dalam Jawhar 2(3), Okt/Nov 2005,

Monique Zaini-Lajoubert membuat sorotan terhadap terjemahan HRP versi

terjemahan ke bahasa Perancis (penerbitan kembali 2004 kepada terjemahan

asalnya 1849 oleh Aristide Marre), dan beliau menyebut sepintas lalu adanya ilmu

pengurusan dalam HRP. Inilah yang mencetuskan keinginan kami membuat kajian

kepada HRP ini daripada perspektif sains ini. Sebenarnya, kekurangan sorotan

manuskrip Melayu daripada aspek sainslah yang memberi gambaran bahawa

tamadun Melayu tiada sains atau miskin sainsnya yang menyumbang sebabnya

sejak 2003 mereka menolak bahasanya sendiri sebagai bahasa pembangunan

sainsnya, dan mereka sedang menerima bahananya yang besar yang tidak

mereka sedari setakat ini. Maka inilah kesempatannya yang difikirkan sesuai untuk

menghakiskan lagi citra negatif ketiadaan sains dalam tamadun Melayu, moga-

moga terowong panjang Melayu yang terbina itu tidak tertutup langsung di

hujungnya yang nampaknya begitu gelap gelemat itu.

2. Status Mantik Melayu Islam yang Tertua (Sebaru-barunya Awal Abad ke-16M)

Penulisan zaman dahulu (manuskrip jawi) khususunya HRP memang tiada tanda

bacanya dan oleh itu terserahlah kepada pembaca, penyusun atau

pentranskripsinya memasukkan tanda bacanya berasaskan kepada kefahamannya

dan gaya penulisan masa kini. Ini menjadikan gaya retorik sesuatu penulisan itu

berubah mengikut pembacanya hingga kadang kalanya mengubah maksudnya.

Peranan tanda baca dalam retorik mantik amatlah penting.

Bahasa Melayu dalam HRP menunjukkan adanya unsur-unsur mantik yang

sepatutnya ada dalam sesuatu bahasa yang tahap retoriknya tinggi, iaitu kata

penyambung, penafian, pengkuantitian semesta, pengkuantiti wujud, dan implikasi.

Oleh sebab manuskrip ini ditulis sebaru-barunya pada awal abad ke-16M, maka

bolehlah dianggap mantik yang diperoleh daripada manuskrip ini berupa mantik

Page 3: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

Melayu Islam abad tersebut.

2.1. Pernyataan Konjungsi

Dalam HRP pernyataan-pernyataan konjungsi (ayat yang mengandungi kata sendi

atau konektif “dan”) dan disjungsi (ayat yang mengandungi kata sendi “atau”) boleh

dikatakan sebanyak dalam sesebuah karangan masa kini sahaja. Malah dua ayat

pertama HRP sudah pun ada menggunakan “dan”, “….Pasailah yang pertama

membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara

seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad”. Ayat

yang mengandungi kata sendi “atau” pula lagi sedap didengarnya/dibacanya

seperti pada hlm 5 , dalam sebuah cakap ajuk, “ Hai bapaku, jikalau emas atau

manikam ditunjukkan akan hamba atau ada diberi akan hamba tiadalah hamba

sukacita behena seperti hamba melihat kanak-kanak ini”.

2.2. Penyataan Penafian dan Kontrapositif

Untuk penafian, HRP mengggunakan perkataan “tiada” sahaja, malah bentuk

penafian seperti dalam ayat di atas tadi, “… tiadalah hamba sukacita….” menjadi

normanya. Perkataan “tidak” atau “bukan” tidak digunakan dalam HRP,

kecuali “tak” dalam ungkapan “tak dapat tiada” (hlm 30); semua bentuk penafian

menggunakan “tiada” termasuklah ungkapan “tiada ada” (hlm 9). Contohnya dalam

ayat “… hamba hendak minta tempat duduk, karna hamba tiada bertempat” (hlm

11), “ Tiada hamba tahu mengucap akan dia.”, “Adapun raja kita ini keluar katanya

itu tiada kita tahu akan barang katanya itu.” (hlm 15), “..tiadalah ia minta ajari lagi.”

(hlm 16), “…jikalau tiadaku makan nescaya daruhakalah aku….” (hlm 53;

perkataan “daruhaka” lebih tepat drp versi modennya “derhaka”), “…tiadalah lagi

dapat hamba berjalan.” (hlm 56), “…sekali-kali Si Beraim Bapa tiada mau

daruhaka.” (hlm 56). Ada retorik penafian yang cukup indah lagi, “ …jika hamba

mau daruhaka, jika Pasai se-Pasainya, jika Siam se-Siamnya, jika Cina se-

Cinanya, jika Jawa se-Jawanya, jika Keling se-Kelingnya tiada dapat melawan

aku.” (hlm 50). Perhatikanlah betapa rasa lembutnya setiap penafian ini kerana

tidak menggunakan “tidak/bukan” ; oleh itu penafian ini wajar dinamai penafian

lembut. Ayat kontrapositif dalam HRP juga cukup cantik seperti “…jikalau Si

Beraim Bapa tiada kubunuh, kerajaanku jangan kekal dan bau syurga pun jangan

kucium” (hlm 41) dan “Jika tiada aku kerajaan di dunia ini, di akhirat pun aku

peroleh jua”. (hlm 48)

2.3. Pengkuantiti wujud dan Semesta

Pengkuantiti wujud dalam HRP ini dapat dikutip di merata-rata tempatnya,

iaitu “ada” (hlm 7 dll) dan “adalah” (hlm 21; bentuk lembut: “maka adalah emas

itu”.), tetapi tiada perkataan “wujud” atau “ujud”.

Pengkuantiti semesta yang ada dalam HRP ialah “suatu” (9 dll; berbeza drp

sekarang kerana dahulu maknanya satu, mula-mula, dan “sesuatu”

sekarang), “segala” (hlm 8 dan merata-rata slepas ini), “barang” (hlm 15 dll.),

sekalian (hlm 69 dan merata sebelumnya; sepatutnya “sakalian”), tiap-tiap (hlm 62)

dan “semua” (hlm 67). Satu cara yang biasa dilakukan dlm HRP apabila

menunjukkan adanya

pengkuantiti semesta ialah dengan mengulang kata nama dengan imbuhan se-

seperti “seorang seorang” (hlm 69; sepatutnya masa dahulu: “sa-orang sa-orang)

Page 4: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

dan “sehari hari” (hlm 27; sepatutnya “sa-hari sa-hari”).

Tiada pengkuantiti semesta berbentuk “setiap”. Sementara itu HRP juga ada

perkataan “setengah” (hlm 42, 70), “di sana” (hlm 6) dan “di sini” (hlm 60) yang

menunjukkan “ada” atau “tiada” itu.

2.4. Pernyataan Berimplikasi

Bentuk ayat implikasi atau sebab-musabab kini biasanya berbentuk

jika/jikalau/kalau/andainya/seandainya/andaikan/sekiranya/anggaplah/apabila/tatkal

a/sela-gi/asalkan/setelah A, maka B; atau tiada “maka” itu; atau ayat berbentuk “B

jika/jikalau/sendainya/sekiranya/…(dan sebagainya itu) A. Namun

perkataan “maka” dalam HRP lebih banyak digunakan pada permulaan ayat

sahaja, malah hampir setiap ayat bermula dengan maka. Umpamnya di halaman

(hlm) 1, ada 7 daripada 11 ayat semuanya itu yang bermula dengan “maka”;

manakala di hlm 2, ada 15 ayat drp 21 ayat semuanya yang bermula

dengan “maka’. Ini pun sebenarnya bermaksud “Oleh itu terimplikasilah” oleh suatu

premis yang sudah jelas atau tersirat dalam ayat-ayat sebelumnya.

Penggunaan “maka” sebagai penyambung atau sendi juga sering dilakukan, yang

juga bertujuan untuk menunjukkan akibat/natijah daripada perkara yang berlaku

sebelumnya (suatu premis). Contohnya, “Ini hikayat ceritera raja yang pertama

masuk agama Islam ini Pasai; maka ada diceriterakan oleh orang ….”. Contoh

keduanya, “Maka dilihat oleh Raja Muhammad pada sama tengah betung itu…. ;

maka hendak diparang oleh Raja Muhammad …, maka keluar seorang kanak-

kanak…; maka dibuangkanyalah gedubangnya, lalu segera diambilnya kanak-

kanak itu, maka didukungnya…. ”. Semua tanda baca dalam ayat-ayat yang dipetik

itu asalnya tiada. Tanda baca itu dimasukkan oleh pentranskripsi HRP ini yang

difikirkannya paling hampir sesuainya dengan gaya retorik sekarang.

Walau apa pun ayat-ayat berimplikasi dalam HRP yang dapat dikesani dan sama

bentuknya dengan sekarang hanya berbentuk “Setelah A maka B”; “Jika A maka

B”; “Jika A, B” (tiada maka); “Jika A nescaya B”; “Jikalau A maka B”; “Jikalau A, B”

(tiada maka); “Jikalau A necaya B”; “Maka tatkala A maka B” (atau tiada “Maka”

itu); dan “Apabila A maka B”. Contoh penggunaan “Setelah” ialah, “Setelah sudah

negeri itu diperusaha oleh segala rakyat dengan kota paritnya serta dengan istana

balairung, maka baginda pun duduklah dalam negeri itu dengan bersuka-suakan

makan minum menjamu segala menteri dan hulubalang rakyat sekalian”. (HRP,

hlm. 4 perenggan 2).

Contoh penggunaan “Jika” dan “Jikalau” ialah seperti berikut: “Jika rambut hamba

sehelai itu dibantun oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan

hamba” . (HRP, hlm 7 para akhir). “Jikalau tuan hendak akan anak, baiklah hamba

tunjukkan dia akan tuan.” (HRP, hlm. 5, baris ketiga terakhir. (Asalnya “jikakau”,

yang hanya berupa ralat tipografi kerana teks Jawinya memang huruf “lam”

bukannya “kap”); dan “Jikalau kumakan makanan ini nescaya matilah aku, jikalau

tiada ku makan nescaya derhakalah aku,…” (hlm 53, prenggan 2).

Contoh yang bermula dengan “Apabila” ialah “Apabila sudah berhimpun

sekaliannya datang mengadap Raja Ahmad, maka diceriterakannya….” (HRP hlm.

6 para 1). Contoh dengan “tatkala” (dipakai selepas “maka” sebagai kata mula

sahaja itu) ialah, “Maka tatkala sudah berhimpun segala lasykarnya lengkap

dengan segala senjatanyanya, maka pada ketika yang baik, maka berangkatlah

Raja Ahmad itu…”.

Page 5: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

Ungkapan yang setara dengan “jika” daripada segi menunjukkan premis kepada

sesuatu implikasi juga sering menjadi unsur retorik yang popular dalam HRP, iaitu

ungkapan “sebab itulah” (hlm 13, 16 dll), “dari karna itulah” (hlm 25); “oleh karna”

(hlm 52), “sebab” (hlm 8 dll), “sebab karna” (hlm 8, 39 dll). Namun tiada

ungkapan “oleh itu” atau “oleh sebab itu” di dalam HRP.

3. Adanya Pokok di Pascabima dalam Pertengahan Kedua Abad Ke-13M yang

Belum Dikenali oleh Ahli Botani Dunia Kini?

HRP juga memberi maklumat beberapa spesies pokok (33 jenis semuanya) di

Pascabima ini yang hampir semuanya pernah wujud dahulu hingga kini, dan ini

sepatutnya menarik perhatian para ahli sains hayat (khususnya ahli botani) di

Pascabima sekarang pun jika mereka ini perihatin kepada etnosainsnya. Oleh

sebab pokok-pokok yang disebut dalam HRP itu banyak yang disebut ketika

menceritakan zaman-zaman abad sebelum tarikh penulisannya, menjangkau

hingga pertengahan kedua abad ke-13 M, maka bolehlah dianggap pokok-pokok

ini ada dalam abad tersebut. Pokok-pokok yang disebut dalam HRP ialah,

mengikut susunan abjadnya, beluru (hlm 55) , bengkudu (hlm 70), betung (hlm 3),

buluh telang (hlm 69), cendana (hlm 66), cengkih (hlm 17), gaharu (hlm 17), jambu

(hlm 19), kajang (hlm 66), kara (hlm 42), kapur barus (hlm 17), kayu manis (hlm

66), kejemas (hlm 41), kelambir (hlm 44, kelambir luluh lantak hlm 36), kemenyan

(hlm 17), kesturi (hlm 66), khelembak (hlm 17), kulur (hlm 53), limau (hlm 41),

mawar (hlm 40), mesui (hlm 66), padi (hlm 10), pala (hlm 17), pauh (hlm 64),

pekan (hlm 36, 49), pinang (hlm 43), pisang (hlm 10), rotan (hlm 66), sabak (hlm

52), sebasani (hlm 55), sirih (hlm 67), dan tengkeras (hlm 17).

Yang lebih menarik lagi, apabila disemak pada Kamus Dewan (KD) dan Kamus

Besar Bahasa Indonesia (KBI) yang memang terkenal (selepas ini dirujuk sebagai

Kamus Muktabar (KM) sahaja) menyenaraikan nama-nama sains bagi pokok-

pokok dan haiwan di Pascabima yang diketahui setakat penerbitan kamus-kamus

itu, maka di dapati kapur barus (walaupun begitu terkenal), sebasani (malah tiada

dalam KD tetapi dalam KBI ada dalam bentuk “sabasani”) dan beberapa jenis

kesturi itu tiada nama sainsnya (Dalam KBI kasturi dibezakan dengan kesturi, iaitu

yang pertama itu sejenis pokok khas di Kalimantan yang diketahui nama sainsnya

dan yang kedua itu tumbuhan yang berbagai-bagai jenis yang tidak semuanya ada

nama sainsnya itu). Dalam Catatan Teks (hlm 76) buku HRP, hanya “buluh telang”

sahaja yang dijelaskan maknanya dan diberi nama sainsnya sekali, yang memang

ada dalam kamus muktabar itu, sebagai Gigantochloa heterostachya. Perincian ini

dilakukan mungkin kerana buluh telang berperanan besar mengalahkan Jawa dan

munculnya Minangkabau itu yang diceritakan dengan panjang lebarnya dalam bab

terakhir HRP itu. Berkenaan pokok sebasani atau lebih tepat lagi sabasani itu HRP

mencatatkan bahawasanya pokok ini berupa seperti ular (seperti akar?), berdarah

(mengeluarkan getah, jus atau air berwarna darah?) dan boleh mengeram

kesakitan (apabila ditetak) seperti manusia, dan sesiapa yang bertemu dengan

pohon ini akan “terkejut terketar-ketar rebah lalu mati” (hlm 55). Isu nama-nama

sains bagi pokok-pokok di Pascabima ini pertama kali dibangkitkan oleh Shaharir

(2003), dalam makalahnya, “Etnosains Melayu tertua setakat ini: Kajian kasus

etnobotani Melayu daripada prasasti Talang Tuwo abad ke-7 Masehi dan

peribahasa” yang terbit dalam Malaysian Jour. of Sc. And Technology Studies 1:

78-113. Perbincangan di atas menambahkan lagi senarai pokok yang perlu dikaji

oleh ahli botani dan/atau ahli leksikografi kita.

Page 6: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

4. Adanya Haiwan di Pascabima dalam Pertengahan Kedua Abad Ke-13M yang

Belum Dikenali oleh Ahli Zoologi Dunia Kini?

Sepertilah juga dengan kehadiran pokok-pokok, kehadiran haiwan-haiwan yang

disebut dalam HRP boleh dianggap haiwan yang ada pada pertengahan kedua

abad ke-13M dahulu. HRP memberi maklumat adanya beberapa (berjumlah 28)

spesies haiwan Pascabima yang juga patut diminati oleh ahli zoologi tempatan

untuk memastikan yang haiwan itu sudah diketahui atau tidak (sebahagian

besarnya memang sudah diketahui). Haiwan tersebut ialah anjing (hlm 13), badak

(hlm 60), gajah (hlm 5), gelang-gelang (hlm 9), harimau (hlm 42), hayam (hlm 11),

helang (hlm 45), ikan patin (hlm 47), itik (hlm 69), kambing (hlm 69), kara (hlm 42,

dalam KM, segi sains hayat, “kara” boleh jadi pokok dan boleh jadi haiwan), kerbau

(hlm 10), kertang (hlm 45), kesturi (hlm 66; selain drp sejenis pokok yang disebut di

atas, mengikut KM itu, burung kesturi ialah burung seperti burung bayan atau

serindit); ketam berdayung (hlm 47), kucing (hlm 13), kuda semberani (hlm 42),

lembedak mengidam/ngidam (hlm 47), lembu (hlm 69), merak (hlm 43), naga (hlm

55), pelanduk (hlm 22), rama-rama bersil (hlm 47), saga (hlm 67), semut sebesar

kucing (hlm 13), singa (hlm 68), udang sanggul (hlm 47), dan ular lembu (hlm 54).

Yang lebih menariknya, ada 11 jenis haiwan itu (selain daripada “naga” yang

terkenal sebagai haiwan mitos itu) yang tiada catatan nama sainsnya dalam KM

itu, iaitu gelang-gelang, kara, kertang, kesturi, ketam berdayung (tiada dalam KM

pun), kuda semberani, lembedak mengidam (tiada dalam KM), rama-rama bersil

(tiada dalam KM pun), semut sebesar kucing, udang sanggul (tiada dalam KM pun)

dan ular lembu (tiada dalam KM pun). Berkenaan dengan ular lembu ini HRP

memerihalkannya sebagai ular yang diam dalam lubuk yang dalam dan luas

(Lubuk Turai namanya yang “terlalu amat dalam” dan luasnya “kira-kira sekunca

benih”, hlm 54), boleh mengeluarkan cahaya, “merah seperti api bernyala-nyala”

dan dagingnya amat bisa sehingga sesiapa yang menghidu asap daripada

panggangan daging ular itu akan mati. Ini menambahkan lagi isu nama-nama sains

kepada haiwan di alam Melayu yang pertama kali ditimbulkan oleh Shaharir

(2005a).

5. Taraf Sains Kejasmanian (Fizis) Melayu Islam Yang Tertua (Pada Pertengahan

Kedua Abad ke-13M)

HRP juga membayangkan ketinggian kebudayaan Melayu pada pertengahan

kedua abad ke-13M itu dalam kehidupannya seperti yang terpancar daripada

keadaan mereka yang berikut:

5. 1. Bilangan

Orang Melayu sejak pertengahan kedua abad ke-13M itu sudah tahu bilangan

termasuk istilah untuk bilangan yang cukup besar yang diistilahkannya sebagai

ratus (hlm 65), ribu (hlm 62), ribu-ribu (hlm 69), keti (= seratus ribu, hlm 65), “tiada

tepermanai” (hlm 67), dan “tiada terhisabkan” (hlm 63) dan “tiada terkira-kira” (hlm

63). Tiga ungkapan amaun/banyaknya yang disenaraikan terakhir di atas itu

nampaknya ada perbezaaan yang halus: “tiada tepermanai” ditujukan kepada

perkara umum, “tiada terhisabkan” untuk perkara yang memang sukar ditaksirkan

sahaja, dan “tiada terkira-kira” untuk harta benda atau barang bernilai. Ini seanalog

dengan perbezaan matematik antara “uncountable” dengan “nondenumerable”

dalam bahasa Inggeris itu. Berkenaan dengan unit “keti” itu memanglah bitara

dalam kebudayaan Melayu sahaja kerana tiada unit ini di Eropah termasuk

Page 7: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

Inggeris. Sebenarnya banyak lagi unit-unit bilangan Melayu purba, hingga billion-

bilion-an (yang terbesarnya bernama wisyilion), yang tidak sama dengan dalam

tamadun-tamadun purba lain yang dipaparkan dalam Warkah Berita PERSAMA

2004. Menarik juga perkataan “hisab” yang bermaksud “hitung’ sudah meluas

dipakai sejak abad ke-13M. Perkataan ini memang menjadi istilah “matematik”

atau “aritmetik” sehingga tahun 1970-an di Malaysia.

Mereka juga ada ungkapan “tiada berbagai” yang bermaksud “tiada bandingan”.

Mereka juga sudah biasa dengan matematik bahagi berpemberat atau dividen

sekarang seperti yang diungkapkan dalam HRP itu, “… suruh bahagi tiga segala

arta itu sebahagi akan Sang Nata dan sebahagi akan Senapati dengan segala

menteri penggawa dan yang sebahagi lagi akan segala rakyat dan segala bala

tenteranya.” (hlm 64), “Sang Nata pun memberi persilayan segala hulubalang dan

rakyat sekalian masing-masing pada kadarnya”. (Dalm HRP ini,

perkataan “persalinan” yang ditranskripsi daripada tulisan Jawi (faksimili hlm 129)

yang tidak jelas ejaannya itu, yang kami transkripsikan sebagai “persilayan” (drp

per+sila+ layan yang kami kira bermakna “habuan kebendaan” atau “keraian”

sekarang) itu kerana kami fakir “persalinan” amat tidak sesuai dalam konteks ini).

5.2. Unit Sukatan

Selain itu, dalam HRP juga terdapat unit-unit untuk menyukat banyaknya atau

amaun benda-benda yang umum dan yang khusus yang berikut:

Jarak/Panjang/Lilit: hari perjalanan (hlm 55), rantau (hlm 49, 52), jengkal (hlm 49),

depa (hlm 36), hasta (hlm 36), pendakap (hlm 46), jambar (hlm 37)

Luas: kunca (hlm 54; sekunca benih). Unit ini juga digunakan untuk isi padu.

Isi padu (terutamanya makanan): kunca ( hlm 39, 54 ) yang masih dipakai sebagai

sukatan padi terutamanya di Kedah hingga sekarang. Mengikut catatan penyusun

HRP banyaknya “160 gantang” (satu lagi unit Melayu lama yang tidak memberi

makna apa-apa pada generasi sekarang, sungguh dalam kitab-kitab fekah lama

masih ada istilah ini dan dalam lagu P.Ramlee pun masih berkumandang di udara

terutamanya di musim Raya Puasa. Satu gantang bersamaan dengan kira-kira

4.54 liter (mengikut kamus muktabar).

[Unit yang lebih kecil daripada kunca yang disebut dalam HRP ialah nalih (hlm 39)

yang mengikut catatan penyusun HRP bersamaan dengan “16 gantang”.]

[Unit yang lebih umum ialah kampit (hlm 11) dan perkataan “sebu” digunakan

untuk apa jua sukatan benda yang penuh dalam sesuatu benda.]

Masa: saat (hlm 5), jam (hlm 33), malam (hlm 58), hari (hlm 63), bulan (hlm 62),

musim angin (hlm 66), ketika (ada di merata-rata halaman HRP), ketika selatan

(hlm 40), netiasa (=sentiasa, hlm 28), penah (=pernah, hlm 22), datang sekarang

(=hingga sekarang, hlm 32), sekali persetua (hlm 13), dan daur kecil yang

contohnya dalam HRP ini dicatatkan pada akhir manuskripnya “Tamat hari Isnin,

kepada hari dua pulu sa, kepada bulan Muharam, sanat zai Hijratul Nabi 1230.”

Mengikut penyusun HRP yg disorot ini, tahun ini sama dgn “tahun Je” (iaitu

tentunya maksudnya, huruf Jim), tahun keempat dalam Windu Jawa. Tetapi

mengikut fahaman kami (lihat Warkah Berita PERSAMA 2004) tahun 1230H ini jika

dibahagi dgn 4 berlebih 2 yang bersamaan dengan tahun kedua Windu Jawa,

Page 8: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

tahun Jim Awal kerana ada tahun Jim Akhir (tahun 5). Berkenaan dengan sanat zai

(=tahun zai ) itu memang tepat dengan sistem penamaan tahun dalam “daur kecil”

yang dipaparkan dalam Warkah Berita PERSAMA 2004 yang disebut di atas.

Rotan: galang (hlm 54 )

Emas: makdan ( hlm 21,sepatutnya mikdar/mikdarun atau makdur/ makdurun, dan

bahara (hlm 17).

Kertas/Pakaian dsbnya: peti (hlm 57)

Dakwat: koci (hlm 57)

Kalam (Pensil sekarang): berkas (hlm 57)

Adanya unit kertas dan dakwat ini menunjukkan budaya menulis di kalangan orang

Melayu pada abad ke-14 dahulu pun sudah agak menyeluruh. Penulis kira ini satu

pengetahuan yang belum didedahkan kepada masyarakat sebelum ini. Menarik

juga adanya beberapa unit di sini (iaitu peti, koci, galang, makdan, sebu, rantau

dan tiada berbagai) yang tidak disenaraikan dalam kajian sukatan Melayu oleh

Abdul Razak (2000), “Sukatan dalam Budaya Melayu sebelum Abad ke-20”,

Kesturi 10(1&2): 1-40.

5.3.Arah kedudukan dan perjalanan

Orang Melayu sejak pertengahan abad ke-13 M itu sudah pun memerlukan

istilah “mata angin” atau kompas sekarang bagi penjelajahannya dan perancangan

kegiatan hidupannya sehingga mereka sudah ada istilah “timur” (hlm 66; dan

tentunya “barat”?) , selatan (hlm 40; dan tentunya “utara”?) selain daripada istilah

Jawa yang setaranya seperti “wetan” (hlm. 66) dan “kulon” (hlm 66) untuk kawasan

Jawa dan lebih am lagi “bawah angin” (hlm 3) bagi timur, dan “atas angin” (hlm 36)

bagi barat , ilir (52) dan mudik (hlm 49) atau hulu (hlm 48), dan kedudukan bintang

dengan kewujudan “ahlul nujum” diraja (hlm 19). Mereka arif dalam penjelajahan

dan ilmu bintang kerana Melayu terkenal dengan pengetahuan pelayarannya

sehingga Magellan (abad ke-15M, yang sering dikatakan pengeliling dunia pertama

itu yang perlu dipertikaikan itu; lihat kisah pelayaran Magellan yang kritis di

internet, dengan menaip “henry the black” atau terus ke lubuk http//www.

wikipedia.org/wiki./Henry_the_Black) dan ahli sejarah tabii Inggeris yang bernama

Wallace (abad ke-18M, dalam catatan pengembaraan di “Kepulauan Melayu”

dalam bukunya “The Malay Archipelego: The Land of Orang-Utan and the Bird of

Paradise”, terbitan MacMillan 1868 dan diulang cetaknya pada 1970-an) kedua-

duanya mengambil orang Melayu sebagai pembantunya. Magellan mengambil

seorang Melayu yang diberi nama Sepanyol-nya, Enrique, yang diInggerikan oleh

penulis Inggeris menjadi Henry, dan gelarannya Enrique Melaka atau Enrique

Hitam (yang diInggeriskan sebagai “Henry the Black” yang menunjukkan nama

sebenarnya Hitam), dan yang dijadikan sebuah bahan nobel sejarah oleh Harun

Aminurrashid tahun 1960-an dahulu dengan judul “Penglima Hitam”; manakala

Wallace mengaambil Ahmad yang gambarnya ada dilukis dalam buku beliau itu

masing-masingnya sebagai pembantu utamanya dalam pelayaran dan kerja-kerja

penjelajahan mereka. Dalam HRP ada disebut nama bintang yang terkenal

iaitu “ketika” (hlm 40) yang juga dikenali “Bintang Tujuh’ seperti yang dicatat oleh

penyusun HRP itu. Bintang ini juga dikenali sebagai “Kutika” dan “Kartika”; dan

Page 9: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

mengikut kamus Winstedt (1957/1972), padanan istilah Inggeris-Latin-nya ialah

Pleiades. Jelaslah begitu aslinya istilah bintang ini dalam bahasa Melayu.

5.4. Orang Seri (Kimiawan Khusus)

Orang Melayu sejak abad ke-14M lagi sungguh hebat dalam membuat racun (iaitu

hebat dalam kimia amali, kalau pun bukan teori) yang dicontohi oleh ciptaan racun

oleh “orang seri” (yang diceritakan dalam HRP) yang dimasukkan ke dalam kuih

yang bernama “peniaram” itu (kini namanya “Peneram”, “Memerang” atau “Telinga

Keling” ) untuk membunuh seorang hulubalang gagah perkasa yang bernama Tun

Beraim Bapa. Bagaimana kuatnya racun itu, bukan sahaja dua orang puteri raja,

anjing dan ayam yang mati serta merta setelah makan sedikit sahaja kuih beracun

itu tetapi juga dua orang yang menggaru belakang Tun Beraim Bapa, yang sedang

menerima bahana racun tersebut, gugur kukunya dan mati; pokok bekas Tun

Beraim Bapa menggaru belakangnya setelah beliau makan kuih beracun itu juga

mati serta merta. Hanya daging “ular lembu” yang beracun lebih daripada racun

buatan “orang seri” itu. Keracunan daging “ular lembu” itu begitu hebat sehingga

sesiapa yang menghidu asap drp bakaran ular tersebut pun mati serta-merta.

Malah Tun Beraim Bapa tidak mati kerana racun drp kuih “peniaram” tetapi drp

racun “ular lembu” yang sengaja dimakannya itu.

5.5. Kedudukan ilmuwan

Pengiktirafan besar kepada perihal ilmu juga dapat dilihat bukan sahaja

kepada “orang seri” dan “ahlul nujum” itu tetapi kepada pandangan tinggi

masyarakat terhadap seorang putera raja Pasai, Tun Abu Fadil, kerana bertaraf

pendeta itu. Ratu Majapahit, Raden Galuh Gemerenceng (RGG), digambarkan

begitu berahi kepadanya kerana antara lainnya, kependetaannya itu, sehingga

sanggup membunuh diri kerana cita-citanya untuk menjadi isteri Tun Abu Fadil itu

tidak kesampaian, dan akibatnya Pasai dilanggar Majapahit.

6. Sains Sosial dan Kemanusiaan Melayu Islam Abad ke-14M

Kedudukan ilmuwan yang tinggi dari kaca mata masyarakat Melayu sekurang-

kurang sejak abad ke-14M telah dibicarakan di bahagain akhir 5.3 di atas. HRP

juga memberi gambaran tentang feudalisme dan amalan yang bertentangan

sangat dengan Islam, status wanita rumpun Melayu pada abad ke-14M dan ilmu

kepemimpinan Melayu ketika itu. Ini dihuraikan satu persatu di bawah ini

6.1 Ilmu Kepemimpinan Melayu Islam yang Tertua?

Paling menarik lagi, HRP ini ada unsur ilmu kepemimpinan yang menunjukkan

tahap sivil atau madani masyarakat Melayu pada pertengahan kedua abad ke-13

M itu pun sudah agak tinggi. Ini boleh dianggap ilmu kepemimpinan Melayu Islam

yang tertua, jauh lebih awal daripada ilmu kepemimpinan Melayu Islam yang

dianggap tertua sebelum ini daripada buku Bukhari al-Jauhari, “Taj al-Salatin” 1603

itu, yang telah dikupas oleh Shaharir (2005b). Ilmu kepemimpinan Melayu sebelum

Islam memang jauh lebih lama lagi, yang dikenali sebagai Cakravantin yang wujud

sekurang-kurangnya sejak abad ke-6M lagi yang dibicarakan dalam makalah

Shaharir itu dan lebih terperinci lagi dalam makalah Shaharir (2005c), “Teori

kepemimpinan Melayu Campa” yang dibentangkan di Simposium Sehari Campa di

Page 10: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

UKM pada 30 Nov. 2005.

Ilmu kepemimpinan dalam HRP dapat dicungkil daripada kesah nasihat Sultan

Malikul Saleh kepada dua orang Perdana Menterinya (hlm.24) dan nasihat baginda

kepada cucundanya (bakal penggantinya), Malikul Mansur dan Malikul Mahmud

(hlm.25), serta wasiat Sultan Malikul Mahmud kepada anaknya Sultan Ahmad

(hlm. 33). Seperti biasa, kami memadankan Raja/Sultan Melayu dahulu setara

dengan Perdana Menteri/Presiden, Pemimpin Politik atau Pemimpin (Ketua

Pegawai Eksekutif) sesebuah syarikat/institusi/organisasi dsbnya; manakala

Perdana Menteri dahulu dipadankan dengan Pengurus sekarang. Oleh itu

mengikut HRP, seseorang Pengurus yang unggul ialah (1) yang setia kepada

pemimpinnya, (2) yang tidak melakukan penganiayaan dalam apa bentuk

sekalipun, (3) yang melakukan pengurusan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan

oleh Allah/al-Qur-aan.

HRP juga menggariskan pemimpin yang unggul yang sifatnya ialah (1) pemelihara

makruf (amar/suruhan Allah dan Rasullah) dan penghindar mungkar (larangan

Allah dan Rasul), (2) yang tidak tamak harta dunia, (3) yang tidak ingin segala

yang tidak memberi manfaat kepada hari akhirat, (4) yang cakna/ikram kepada

segala titah perintah Allah dan Rasul, (5) yang ikhlas dengan hal kebajikan, (6)

yang meninggalkan segala kejahatan, (7) yang menyuruh orang berbuat kebajikan

dan melarang segala orang berbuat kejahatan, (8) yang berlaku adil, (9)

bermesyuarat, (10) penyabar, dan (11) yang tidak menganiaya. Dengan kaedah

aksiom dalam Matematik senarai ini masih boleh disingkatkan hanya kepada

tujuh : (1), (2), (3), (5), (8), (9) dan (10) kerana (1) mengimplikasikan (4), (6) dan

(7); manakala (8) mengimplikasikan (11).

Teori kepemimpinan dalam HRP ini nampaknya kurang mencakupi dan mendalam

(tiada kepentingan “berilmu” umpamanya) daripada yang terdapat dalam Tajus

Salatin oleh Bukhari al-Jauhari tetapi kedua-duanya sama falsafahnya, iaitu

walaupun tidak jelas berfalsafahkan kpd ‘kepemimpinan ulama’ tetapi jelas

bersifat “kepemimpinan Islam”. Islam di sini bermaksud Islam Melayu, iaitu Islam

mengikut perspektif Melayu yang tidak semestinya sama dengan Islam Arab, atau

Islam Zaman Tamadun Islam dahulu. (Lihat Shaharir 2005c yang telah disebut di

atas)

6.2. Feudalisme dan Pelbagai Amalan yang Amat Bertentangan dengan Islam

Amalan feudalisme begitu hebat digambarkan dalam HRP sehingga apa sahaja

kehendak dan perintah raja, suka atau tidak, tetap dijunjung walaupun jelas

bertentangan dengan Islam sekalipun. Contoh yang paling melampaunya ialah

telatah raja Pasai terakhir yang Islam tetapi boleh cinta berahi kepada kedua-dua

puterinya dan kemahuan nafsu serakahnya itu tetap disokong oleh pembesar-

pembesarnya dengan pelbagai hujah yang menyukakan raja tersebut. Apabila

anak lelakinya, Tun Beraim Bapa yang juga terkenal sebagai pahlawan perkasa

Pasai melindungi kedua-dua puteri itu maka beliau berdendam kesumat mahu

membunuh anaknya itu. Semua pembesar dan rakyat jelata tahu hakikat ini tetapi

tetap tidak menegur kejahatan raja itu termasuklah juga anak lelaki yang hendak

dibunuhnya Tun Beraim Bapa itu! Akhirnya, Tun Beraim Bapa juga melanggar

hukum Islam yang besar dengan membunuh diri sahaja kerana tidak mahu

menderhaka. Raja yang sama membunuh anak lelakinya yang satu lagi, Tun Abu

Fadil yang telah disebut di atas, kerana tidak mahu anaknya yang terkenal tampan

dan bertaraf pendeta serta amat popular di kalangan rakyatnya itu, menjadi suami

Page 11: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

seorang puteri raja Majapahit, Raden Galuh Gemerenceng yang telah disebut di

atas.

6.3. Status Emansipasi Wanita Rumpun Melayu

Cerita RGG ini yang mengarahkan hulubalangnya Tun Perpatih Jena menjelajah

seluruh pelusuk Pascabima ini untuk merakamkan paras rupa putera-putera

raja “yang bijaksana dan perkasa” bagi dijadikan calon suaminya, dan

kemudiannya tidak silu-silu lagi menyatakan cinta berahinya kepada calon yang

keseratus, anak raja Pasai yang terkenal dengan rupawan dan bergelar pendeta

itu, Tun Abu Fadil, lalu mengetuai belayar ke Pasai bagi mendapatkannya

membayangkan taraf emansipasi wanita Jawa (atau Melayu amnya?) pada abad

ke-14 itu. Begitu juga bagaimana raja Terakhir Pasai, Raja Ahmad,

mempunyai “setiausaha peribadi” atau semacam “pegawai perhubungan awam”

istana baginda (berpangkat Penghulu Gundik) bernama Dara Zulaikha Tingkap

juga menunjukkan taraf emansipasi wanita yang dimaksudkan ini.

7. Kesimpulan

Sesungguhnya menerusi buku HRP yang dipercayai salinan manuskrip Jawi alam

Melayu yang tertua itu memberi banyak juga gambaran dan bukti bentuk-bentuk

dan status sains Melayu pada zaman awal Islam menapak di Pascabima (=Alam

Melayu, Nusantara) ini, iaitu yang terawal setakat ini. Dalam bidang sains fizis

(sukatan, bilangan, pelayaran dan kimia keracunan) pencapaiannya ketara agak

kehadapan berbanding dengan tamadun bangsa-bangsa Eropah umpamanya, di

sekitara abad yang sama itu. Dalam ilmu kepemimpinan orang Melayu memang

terkenal mendahului bangsa-bangsa lain di dunia yang terbukti daripada batu

bersurat Campa abad ke-6M tentang Cakravantin (Pemimpin Dunia) tu, dan HRP

membuktikan tradisi ini diteruskan dengan penerapan nilai-nilai Islam sejak

sekitara abad ke-15M lagi. Dalam perihal mantik, struktur mantik yang tersurat

dalam bahasa Melayu sudah agak terkehadapan yang memberi justifikasi

kekuatan pentaakulan sains orang-orang Melayu dapat menyaingi bahasa-bahasa

sains dunia pada sekitar abad ke-15M itu, iaitu bahasa Latin, Perancis dan Arab.

Kewujudan haiwan dan pokok pada abad ke-15 yang masih belum diketahui wujud

atau tidaknya sekarang dan oleh belum diketahui nama sainsnya hingga kini

menjadi cabaran besar kepada ahli sains hayat kita. Tiga konsep ketakterhinggaan

Melayu sekitar abad ke-15M itu (“tiada tepermanai”, “tiada terhisabkan” dan “tiada

terkira-kira”) mungkin boleh menjadi asas pembinaan teori ketaktepermanai

Melayu yang berlainan daripada teori ketaktepermanai Jerman abad ke-19M yang

ada dalam buku-buku teks matematik sekarang (yang diistilahkan sebagai “tak

terhinga” atau “tak berhingga” sebagai padanan Inggeris “uncountable” yang

dipadankan daripada istilah asalnya Jerman, ueberabzaehlbar).

Rujukan

Abdul Razak b.S. 2000. Sukatan dalam Budaya Melayu sebelum Abad ke-20.

Kesturi 10(1&2): 1-40.

‘Aqa’id al-Nasafi 1590/1988. Lihat al-Attas M.N. 1988

al-Attas S.M.N. 1988. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay

Translation of the ‘Aqa’id of Al-Nasafi” terbitan Universiti Malaya 1998. Asalnya

Jawi 1590.

Page 12: Unsur Sains Dlm Hikayat Raja Pasai

Bukhari al-Jauhari 1603/1996. Taj us-Salatin . Di-Rumi-kan dan diterbitkan oleh

DBP 1996 (snt ke-2, snt pertamanya 1966). Asalnya Jawi yang ditulis pada 1603

yang ada disimpan di DBP K.Lumpur, selain di Leiden.

HRP. t.t./1999. Hikayat Raja Pasai. Siri Karya Agung oleh Yayasaan Karyawan

dan Penerbit Fajar Bakti Kuala Lumpur 1999. Ada disertakan faksimili salinan HRP

Jawi. Asalnya, tanpa tahun (t.t)

Internet: http//www. wikipedia.org/wiki./Henry_the_Black. 12 Januari 2006

KBI. 1995. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Snt ke-2, cet. ke-4. Jakarta: Balai

Pustaka

KD. 1994. Kamus Dewan. Snt. ke-3. K.Lumpur: DBP

KM. Kamus Muktabar Melayu. Sama dgn KD dan KBI

Shaharir b.M.Z. 2003. Etnosains Melayu tertua setakat ini: Kajian kasus etnobotani

Melayu. Malaysian Jour. of Sc. And Technology Studies 1: 78-113

-------------------. 2005a. Haiwan dalam peribahasa yang tanpa nama sains.

Malaysian Jour. of Sc. And Technology Studies 3:

-------------------. 2005b. Sains matematik dan pengurusan. JPuQAM (Jurnal

Pengurusan Qualiti dan Analisis Malaysia 1(1): 1-43

--------------------. 2005c. Teori kepemimpinan Melayu Campa. Simposium

Antarabangsa Sehari Campa di UKM pada 30 Nov. 2005.

Wallace A. 1868/2004. The Malay Archipelago: The Land of Orang-Utan and the

Bird of Paradise. Cetakan semula 2004 terbitan Routledge. Suntingan pertamanya

oleh MacMillan 1868 dan diulang cetaknya oleh banyak penerbit (sekurang-

kurannya 7 buah penerbit, dan banyak daripada penerbit ini yang membuat ulang

cetaknya pula) selain daripada MacMillan yang mengulang cetaknya puluhan kali,

umpamanya cetakan ke-10-nya ialah 1906.

Warkah Berita PERSAMA 2004

Winstedt R. O. 1957/1966. An Unabridged English-Malay Dictionary. K. Lumpur &

Singapore: Marican & Sons (Malaysia) Sdn Bhd. 4th ed. Enlarged. 1966, reprinted

1972, 3rd ed. 1963 , 2nd ed. 1960, dan dianggarkan snt pertamanya 1957.

Zaini-Lajoubert M. 2005. Hikayat Raja Pasai. Diterjemah daripada Bahasa Melayu

Ke Bahasa Perancis dengan Judul Histoire de rois de Pasey oleh Aristide Marre.

Jawhar 2(3), Okt/Nov 2005: 19-30