upm anjur bengkel fertigasi duta jauhar 3.0 di mersing johor · beliau berkata, melalui bengkel...

2
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, Oktober 28, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » UPM anjur Bengkel Fertigasi Duta Jauhar 3.0 di Mersing Johor Oleh: Najihah Harun MERSING - Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Bengkel Fertigasi Duta Jauhar 3.0 kepada 30 penduduk Kampung Sawah Dato, Mersing Johor untuk memperkenalkan kepada penduduk kampung serta pelajar UPM berkenaan projek Mersing Agriculture Transformation Scheme (MATS) yang menggunakan kaedah fertigasi dalam penanaman benih Cili Centil. Pengarah projek MATS, Ahmad Sofwan Abdul Razak berkata sasaran utama penyertaan adalah daripada kalangan penduduk kampung yang berpendapatan rendah serta e-kasih. Antara objektif utama kumpulan Duta Jauhar UPM 3.0 memperkenalkan projek MATS ini adalah untuk membantu sumber pendapatan ekonomi masyarakat di Mersing serta menyahut cetusan idea Menteri Besar Johor bagi menggembleng tenaga dan idea mahasiswa sebagai agen transformasi masyarakat,katanya. Beliau berkata, melalui bengkel ini, penduduk kampung mengetahui mengenai perusahaan tanaman fertigasi cili centil, serta faedah menjalankan aktiviti pertanian itu. Pada masa yang sama, para pelajar UPM turut bersama dengan masyarakat kampung menjayakan Bengkel Fertigasi 1.0 yang dianjurkan kumpulan Duta Jauhar UPM 3.0 ini,katanya. MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 2 Universiti Putra Malaysia 28/10/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/matsbm

Upload: others

Post on 01-Feb-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UPM anjur Bengkel Fertigasi Duta Jauhar 3.0 di Mersing Johor · Beliau berkata, melalui bengkel ini, penduduk kampung mengetahui mengenai perusahaan tanaman fertigasi cili centil,

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, Oktober 28, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

UPM anjur Bengkel Fertigasi Duta Jauhar 3.0 di Mersing Johor

Oleh: Najihah Harun

MERSING - Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Bengkel Fertigasi Duta Jauhar 3.0 kepada 30 penduduk Kampung Sawah Dato’, Mersing Johor untuk memperkenalkan kepada penduduk kampung serta pelajar UPM berkenaan projek Mersing Agriculture Transformation Scheme (MATS) yang menggunakan kaedah fertigasi dalam penanaman benih Cili Centil.

Pengarah projek MATS, Ahmad Sofwan Abdul Razak berkata sasaran utama penyertaan adalah daripada kalangan penduduk kampung yang berpendapatan rendah serta e-kasih.

“Antara objektif utama kumpulan Duta Jauhar UPM 3.0 memperkenalkan projek MATS ini adalah untuk membantu sumber pendapatan ekonomi masyarakat di Mersing serta menyahut cetusan idea Menteri Besar Johor bagi menggembleng tenaga dan idea mahasiswa sebagai agen transformasi masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, melalui bengkel ini, penduduk kampung mengetahui mengenai perusahaan tanaman fertigasi cili centil, serta faedah menjalankan aktiviti pertanian itu.

“Pada masa yang sama, para pelajar UPM turut bersama dengan masyarakat kampung menjayakan Bengkel Fertigasi 1.0 yang dianjurkan kumpulan Duta Jauhar UPM 3.0 ini,” katanya.

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 2Universiti Putra Malaysia

28/10/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/matsbm

Page 2: UPM anjur Bengkel Fertigasi Duta Jauhar 3.0 di Mersing Johor · Beliau berkata, melalui bengkel ini, penduduk kampung mengetahui mengenai perusahaan tanaman fertigasi cili centil,

Beliau berkata persiapan selama sebulan dilakukan dengan kerjasama Penghulu Mukim Tenglu, Adam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Adam dan Ketua Kampung Sawah Dato’, Hanafiah Junid.

Bengkel selama dua hari itu dikendalikan Pensyarah Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Aisyah Hassan dan Pegawai Jaringan Industri Masyarakat, Fakulti Pertanian, Muhd Ghazali Satar. - UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 28 Oct 2016

Page 2 of 2Universiti Putra Malaysia

28/10/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/matsbm