upm anjur persidangan antarabangsa pembangunan hutan mapanpsasir.upm.edu.my/48601/1/upm anjur...

1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Jumaat, September 02, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » UPM anjur persidangan antarabangsa pembangunan hutan mapan Oleh: Noor Eszereen Juferi Foto: Marina Ismail SERDANG, 9 Ogos 2016 Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan International Conference on Sustainable Forest Development in view of Climate Change (SFDCC 2016) membincangkan isu-isu pembangunan hutan mapan dengan mengambil kira faktor perubahan iklim di dalam strategi dan pelan pembangunan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penganjuran SFDCC 2016 bertepatan kerana kini terdapat banyak persoalan bagaimana sumber hutan dapat diuruskan secara mapan di masa hadapan dengan mengambilkira kesan daripada perubahan iklim. Perubahan iklim memberi kesan peningkatan suhu, perubahan rejim hujan dan ekologi hutan untuk jangka masa panjang. Justeru, kajian berkaitan dengan perubahan iklim serta strategi perlu dilakukan untuk memastikan bekalan hutan yang mapan serta fungsi hutan tidak terjejas agar dapat dimanfaatkan kepada generasi masa depan,katanya. Beliau berharap peserta persidangan meningkatkan jaringan kerjasama supaya dapat menggembleng tenaga ke arah mencari kaedah penyelesaian serta merancang strategi yang bertepatan dengan isu-isu berkaitan. Pengerusi SFDCC 2016, Prof. Madya Dr. Seca Gandaseca pula berkata SFDCC 2016 mengumpulkan hampir 200 penyelidik, ilmuwan dan pembuat polisi perhutanan daripada pelbagai bidang berkaitan dengan perhutanan dari 17 negara. Persidangan ini bertujuan menyebar luas penemuan-penemuan kajian terkini berkaitan pelbagai bidang perhutanan dari hidrologi, operasi, biodiversiti, ekonomi, pelancongan dan lain-lain dengan mengambi kira faktor perubahan iklim. Isu-isu berkaitan pembangunan hutan secara mapan menjadi inti pati utama perbincangan kali ini,katanya. Persidangan itu dianjurkan dengan kerjasama International Union of Forest Research Organization (IUFRO), Asia-Pacific Association of Forestry Research Institutions (APAFRI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Ia dibiayai oleh Sarawak Timber Association (STA) dan Malaysian Timber Council (MTC). UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 02 Sep 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 2/9/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/sfdcc2016bm

Upload: others

Post on 18-Nov-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UPM anjur persidangan antarabangsa pembangunan hutan mapanpsasir.upm.edu.my/48601/1/UPM anjur persidangan antarabangsa... · SERDANG, 9 Ogos 2016 – Fakulti Perhutanan, Universiti

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Jumaat, September 02, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

UPM anjur persidangan antarabangsa pembangunan hutan mapan

Oleh: Noor Eszereen JuferiFoto: Marina Ismail

SERDANG, 9 Ogos 2016 – Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan International Conference on Sustainable Forest Development in view of Climate Change (SFDCC 2016) membincangkan isu-isu pembangunan hutan mapan dengan mengambil kira faktor perubahan iklim di dalam strategi dan pelan pembangunan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penganjuran SFDCC 2016 bertepatan kerana kini terdapat banyak persoalan bagaimana sumber hutan dapat diuruskan secara mapan di masa hadapan dengan mengambilkira kesan daripada perubahan iklim.

“Perubahan iklim memberi kesan peningkatan suhu, perubahan rejim hujan dan ekologi hutan untuk jangka masa panjang. Justeru, kajian berkaitan dengan perubahan iklim serta strategi perlu dilakukan untuk memastikan bekalan hutan yang mapan serta fungsi hutan tidak terjejas agar dapat dimanfaatkan kepada generasi masa depan,” katanya.

Beliau berharap peserta persidangan meningkatkan jaringan kerjasama supaya dapat menggembleng tenaga ke arah mencari kaedah penyelesaian serta merancang strategi yang bertepatan dengan isu-isu berkaitan.

Pengerusi SFDCC 2016, Prof. Madya Dr. Seca Gandaseca pula berkata SFDCC 2016 mengumpulkan hampir 200 penyelidik, ilmuwan dan pembuat polisi perhutanan daripada pelbagai bidang berkaitan dengan perhutanan dari 17 negara.

“Persidangan ini bertujuan menyebar luas penemuan-penemuan kajian terkini berkaitan pelbagai bidang perhutanan dari hidrologi, operasi, biodiversiti, ekonomi, pelancongan dan lain-lain dengan mengambi kira faktor perubahan iklim.

“Isu-isu berkaitan pembangunan hutan secara mapan menjadi inti pati utama perbincangan kali ini,” katanya.

Persidangan itu dianjurkan dengan kerjasama International Union of Forest Research Organization (IUFRO), Asia-Pacific Association of Forestry Research Institutions (APAFRI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Ia dibiayai oleh Sarawak Timber Association (STA) dan Malaysian Timber Council (MTC). – UPM

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 02 Sep 2016

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

2/9/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/sfdcc2016bm