upm anjur program didik kanak-kanak aktiviti pertanian mesra alam · 2018-04-10 · upm anjur...

of 1/1
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Khamis, November 24, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » UPM anjur program didik kanak-kanak aktiviti pertanian mesra alam Oleh: Syazana Muhammad SERDANG, 12 Nov Unit Organik, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pendidikan Organik Kanak-Kanak Untuk Makanan Sihat bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap kepentingan aktiviti pertanian secara mesra alam. Ketua program, Dr. Martini Mohammad Yusoff berkata kanak-kanak diberi pendedahan untuk menyediakan bahan tanaman secara organik termasuk kompos, tuaian serta pengendalian hasil tanaman untuk pemakanan sihat. Katanya, penanaman organik termasuk kaedah penjagaan kawasan penanaman organik yang seratus peratus tidak menggunakan baja dan racun kimia untuk pengawalan serangga perosak. Pelopor Unit Organik, Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Madya Dr. Siti Hajar Ahmad berkata kepentingan pengambilan makanan yang dihasilkan secara organik semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Masyarakat dapat melihat pengambilan makanan yang ditanam secara organik adalah lebih baik untuk kesihatan dan kualitinya juga terjamin,katanya. Beliau berkata, aktiviti yang diadakan bukan sahaja untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kepentingan pemakanan sihat tetapi juga terhadap cara penanaman yang mudah di samping berseronok menikmati alam yang menghijau tanpa pencemaran. Pelajar mobiliti dari China Yantzen University, Chen Mengyuan, 19, berkata ini adalah pengalaman pertama beliau mengikuti program seumpama itu yang memberi ilmu baharu kepada dirinya. Aktiviti ini tiada di negara saya dan saya berharap akan dapat mendidik kanak-kanak di negara saya untuk mempelajari penanaman organik untuk dimanfaatkan bersama,katanya. Program satu hari itu yang kali kedua dianjurkan, mendapat sambutan di kalangan ibu bapa peserta. Ia bermula dengan aktiviti penyediaan tanah, penanaman sayur dan lawatan ke tapak penyediaan kompos. - UPM RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra Malaysia Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 24 Nov 2016 MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 1 Universiti Putra Malaysia 24/11/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/organicbm

Post on 29-Jan-2020

0 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

    .CARI .

    Khamis, November 24, 2016

    | A- | A | A+| EN | RU | AR

    BERITA »

    UPM anjur program didik kanak-kanak aktiviti pertanian mesra alam

    Oleh: Syazana Muhammad

    SERDANG, 12 Nov – Unit Organik, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Pendidikan Organik Kanak-Kanak Untuk Makanan Sihat bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap kepentingan aktiviti pertanian secara mesra alam.

    Ketua program, Dr. Martini Mohammad Yusoff berkata kanak-kanak diberi pendedahan untuk menyediakan bahan tanaman secara organik termasuk kompos, tuaian serta pengendalian hasil tanaman untuk pemakanan sihat.

    Katanya, penanaman organik termasuk kaedah penjagaan kawasan penanaman organik yang seratus peratus tidak menggunakan baja dan racun kimia untuk pengawalan serangga perosak.

    Pelopor Unit Organik, Fakulti Pertanian, UPM, Prof. Madya Dr. Siti Hajar Ahmad berkata kepentingan pengambilan makanan yang dihasilkan secara organik semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

    “Masyarakat dapat melihat pengambilan makanan yang ditanam secara organik adalah lebih baik untuk kesihatan dan kualitinya juga terjamin,” katanya.

    Beliau berkata, aktiviti yang diadakan bukan sahaja untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kepentingan pemakanan sihat tetapi juga terhadap cara penanaman yang mudah di samping berseronok menikmati alam yang menghijau tanpa pencemaran.

    Pelajar mobiliti dari China Yantzen University, Chen Mengyuan, 19, berkata ini adalah pengalaman pertama beliau mengikuti program seumpama itu yang memberi ilmu baharu kepada dirinya.

    “Aktiviti ini tiada di negara saya dan saya berharap akan dapat mendidik kanak-kanak di negara saya untuk mempelajari penanaman organik untuk dimanfaatkan bersama,” katanya.

    Program satu hari itu yang kali kedua dianjurkan, mendapat sambutan di kalangan ibu bapa peserta. Ia bermula dengan aktiviti penyediaan tanah, penanaman sayur dan lawatan ke tapak penyediaan kompos. - UPM

    RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 24 Nov 2016

    MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

    Page 1 of 1Universiti Putra Malaysia

    24/11/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/organicbm