urus tadbir bandar ( mdtm & mbi )
TRANSCRIPT
1
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Dalam meniti arus pembangunan bagi mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, isu
pembandaran juga turut menjadi satu topik yang hangat diperkatakan. Pembandaran juga
dikatakan sebagai suatu proses penduduk dan kawasan menjadi terbandar (Katiman Rostam,
1999). Kingsley Davis (1972) dalam Katiman Rostam (1988) pula menyatakan bahawa
tumpuan penduduk yang mendiami sesuatu lokasi boleh dianggap sebagai bandar.
Perancangan dalam pembangunan sesuatu kawasan merupakan suatu aspek yang penting
dalam menentukan kemajuan sesuatu bandar mahupun daerah tersebut.
Berdasarkan kajian lapangan yang telah dijalankan di MDTM dan MBI, perkara
yang dapat dikenal pasti ialah objektif pembangunan kedua-dua kawasan tersebut adalah
hampir sama. Istilah majlis bandar raya merujuk kepada majlis perbandaran yang telah
dinaikkan tarafnya serta memenuhi kriteria seperti bilangan penduduknya melebihi 100 ribu
orang dan hasil tahunan melebihi RM 20 juta. Majlis daerah pula mempunyai ciri-ciri seperti
jumlah penduduknya kurang daripada 100 ribu orang dan hasil tahunan kurang daripada
RM 5 juta.
Dalam proses perancangan pembangunan sesebuah kawasan, sering kali wujud isu-
isu ataupun masalah yang tidak dapat dielakkan. Perkara ini akan menjadi satu cabaran bagi
pentadbiran kawasan tersebut yang perlu diatasi. Perancangan-perancangan yang strategik
dan berterusan amatlah perlu bagi proses pertumbuhan sesebuah lokasi. Dalam aspek ini,
alam persekitaran juga perlulah dipelihara dan dipulihara agar ia tidak rosak dek
pembangunan yang kian pesat.
2
1.1 Pernyataan Masalah
Perkembangan sesebuah kawasan daripada majlis daerah kepada majlis perbandaran dan
seterusnya majlis bandar raya dilihat sesuatu yang relevan selaras dengan arus modenisasi
yang dialami pada hari ini. Proses urbanisasi yang berlaku akan mempercepatkan
pembangunan lokasi tersebut. Strategi-strategi pembangunan yang dirancang perlu
dilaksanakan selaras dengan objektif yang dibuat.
Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti kaedah pengurusan yang telah
dijalankan oleh MDTM dan MBI dalam membangunkan tempat tersebut. Pengurusan
tersebut juga telah dikaji dalam pelbagai sektor seperti sektor pengangkutan, pelancongan,
pendidikan, perkhidmatan dan lain-lain lagi. Perkara ini dapat memberikan gambaran yang
jelas tentang bagaimana urus tadbir sesebuah daerah mahupun bandar dilaksanakan.
Selain itu, isu-isu yang menjadi cabaran atau halangan dalam proses pembangunan
sesebuah kawasan pentadbiran turut diberi perhatian. Isu-isu seperti masalah pembuangan
sisa domestik yang tidak teratur, kekurangan kemudahan asas, masalah-masalah setinggan
dan sebagainya akan menjadi penghalang dalam proses pembangunan. Perkara sedemikian
haruslah dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Aspek-aspek ini akan
mencacatkan pembangunan sesebuah kawasan tersebut.
Di samping itu, perancangan-perancangan yang bakal dilaksanakan di MDTM dan
MBI juga dikenal pasti. Perancangan tersebut penting terutamanya dalam aspek
pembangunan ekonomi kawasan berkenaan. Keberkesanan projek-projek yang bakal
dilaksanakan dilihat sebagai satu aspek kejayaan yang dapat menaikkan lagi taraf dan kualiti
pembangunan MDTM dan MBI.
3
1.2 Matlamat dan Objektif Kajian
Kajian lapangan tentang pengurusan pentadbiran telah dijalankan di MDTM dan MBI bagi
mengetahui lebih terperinci mengenai urus tadbir kawasan tersebut. Melalui kajian ini juga,
pelbagai aspek dalam pembangunan kawasan pentadbiran dapat dikenal pasti. Antara-antara
objektif utama kajian lapangan ini dilaksanakan ialah:
i. Mengenal pasti pengurusan dan urus tadbir kawasan kajian dalam pelbagai
sektor.
ii. Mengkaji isu-isu yang menjadi cabaran utama dalam membangunkan kawasan
pentadbiran.
iii. Mengkaji akta dan undang-undang kecil kedua-dua lokasi berkenaan.
iv. Mengenal pasti jenis-jenis perancangan yang bakal dilaksanakan untuk
memajukan lokasi yang dikaji.
1.3 Skop Kajian
Dalam menjayakan kajian ini, beberapa perkara tertentu telah dikenal pasti sebagai batasan
agar skop kajian tidak menjadi terlalu luas di samping memudahkan proses penganalisis.
Skop kajian lapangan yang dijalankan ialah sekitar kawasan pentadbiran MDTM dan MBI.
Selain itu, kajian ini juga banyak memfokuskan kepada aspek urus tadbir kawasan kajian,
isu-isu yang wujud dan perancangan masa hadapan.
4
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini akan mengulas kajian-kajian lepas yang pernah dilakukan oleh pengkaji mengenai
perancangan bandar sesebuah kawasan yang dilakukan dalam negara. Kajian ini dilaksanakan
adalah untuk memberi satu gambaran secara kasar tentang aspek perancangan bandar yang
meliputi sistem urus tadbir, isu dan perancangan bandar serta akta dan pelan induk yang
berkaitan.
2.1 Kajian Lepas
Perancangan bandar adalah penting bagi sesebuah kawasan. Tanggungjawab ini dipikul oleh
pihak perancang bandar dan wilayah yang bertugas di majlis daerah mahupun majlis bandar
raya. Perancangan bandar dan wilayah akan mempengaruhi fungsi kawasan tersebut. Satu
kajian telah dijalankan oleh Katiman Rostam pada tahun 2011 dalam membicarakan tentang
hubungan petempatan pusat dengan fungsi.
Analisis indeks kepusatan yang dijalankan menunjukkan bahawa, bandar Tanjung
Malim mencatatkan skor yang lebih tinggi berbanding dengan Bidor dan Tapah. Tanjung
Malim sedang muncul sebagai petempatan pusat yang unggul di daerah Batang Padang.
Penawaran fungsi order tinggi yang banyak serta penawaran fungsi order rendah seperti
fungsi berasaskan pertanian yang semakin merosot meneguhkan lagi keunggulan bandar
Tanjung Malim. Kewujudan pengkhususan fungsi seperti fungsi berasaskan automotif
khususnya Proton dan 15 buah vendornya dan fungsi pendidikan UPSI menyerlahkan lagi
keunggulan Tanjung Malim.
Kesemua senario ini menyokong proses perubahan bandar Tanjung Malim menjadi
sebuah Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah Tahap Kedua yang maju. Hal ini sekali gus
menunjukkan bahawa konsep hierarki kefungsian petempatan pusat dan pusat pertumbuhan
masih lagi relevan bagi merancang kawasan luar bandar di Malaysia seperti yang dibuktikan
5
di daerah Batang Padang. Menurut Katiman Rostam, dalam dunia yang sebenar, susunan
petempatannya adalah secara mendatar dan menegak yang seragam daripada yang bersaiz
kecil yang banyak bilangannya seperti hamlet, kampung dan pekan, ke petempatan yang
bersaiz besar yang sedikit bilangannya seperti bandar dan bandar raya. Perkara ini dapat
menggambarkan hierarki dari segi saiz penduduk dan fungsinya. Di sini dapat dilihat bahawa
perancangan bandar yang dilaksanakan di kawasan Tanjung Malim adalah sangat baik.
Penting bagi pihak pentadbiran atau perancang bandar dan wilayah menyusun bentuk
petempatan di sesebuah daerah yang akan menentukan fungsi sesebuah bandar.
Dalam perancangan bandar, timbul juga persoalan-persoalan mengenai isu-isu yang
menjadi cabaran dalam membangunkan kawasan pentadbiran. Terdapat satu kajian yang
dijalankan oleh Hairy Ibrahim, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Mohd Hafiz Omar Baki
dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah pada tahun 2004 mengenai hubung kaitan jenis guna
tanah terhadap suhu di Tanjung Malim. Dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian
tersebut adalah aktiviti guna tanah di Tanjung Malim, Proton City dan Behrang 2020 tidak
menunjukkan pengaruh yang ketara terhadap perubahan suhu sama ada waktu pagi, tengah
hari atau petang.
Antara guna tanah dan suhu di Tanjung Malim hanya diperoleh di dalam keadaan
sederhana dan sangat lemah. Tidak terdapat perhubungan yang kuat antara guna tanah dan
suhu di Tanjung Malim. Guna tanah pembandaran juga masih belum pesat membangun dan
keadaan ini tidak mempengaruhi perubahan suhu di Tanjung Malim. Pengaruh guna tanah
pertanian masih kurang mempengaruhi perubahan variasi suhu di Tanjung Malim kerana
sememangnya Tanjung Malim bandar kecil dan guna tanah selain pertanian relatifnya kecil.
Walaupun Tanjung Malim merupakan bandar ketiga terbesar di daerah Batang
Padang dan ke-69 sebagai pusat bandar di Malaysia, perubahan masa yang berlaku
memperlihatkan Tanjung Malim pada masa kini semakin maju di bawah pentadbiran MDTM
dengan mempunyai petempatan dan bandar baru seperti Proton City, Malim Prima dan
Bandar Behrang 2020. Kebijaksanaan merancang memperlihatkan daerah tersebut
membangun tetapi di dalam waktu yang sama masih dikawal.
6
Perancangan yang dilakukan oleh setiap majlis daerah ataupun bandar raya
sememangnya mempengaruhi banyak aspek pembangunan di sesebuah kawasan. Petempatan
dan aktiviti ekonomi yang dijalankan perlu dititik beratkan oleh pihak majlis daerah dan
majlis perbandaran.
2.2 Kesimpulan
Bab ini secara keseluruhannya telah membincangkan tentang hasil-hasil kajian lepas yang
telah dilakukan mengenai perancangan bandar bagi sesebuah kawasan. Berdasarkan kajian-
kajian yang telah dilakukan, sememangnya majlis daerah dan majlis perbandaran sangat
penting dalam merancang pembangunan sesebuah kawasan. Perancangan yang sangat teratur
dan baik akan memberikan kesan kepada banyak aspek seperti ekonomi dan sosial penduduk.
7
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan bagaimana proses penyelidikan kajian dilaksanakan. Antara
perkara yang dibincangkan di dalam bab ini ialah lokasi kawasan kajian, kaedah
pengumpulan data dan menerangkan secara terperinci setiap kaedah dalam pengumpulan
data.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan sesi soal jawab
antara peserta bagi kursus Geomorfologi Bandar dan Metropolitan dengan pegawai dari
MDTM dan MBI. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal jawab sebagai
instrumen kajian. Pendekatan ini telah dapat menghasilkan satu kesimpulan awal dan boleh
dipercayai dan ketepatan maklumat bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh
pegawai berdasarkan soalan yang dikemukakan. Kaedah ini didapati lebih kondusif
berdasarkan situasi yang mengemukakan pelbagai soalan secara langsung kepada pegawai
yang terlibat bagi mendapatkan maklumat. Selain itu, melalui kaedah ini juga, maklumat
dapat digunakan terus dalam proses menyiapkan laporan tesis ini.
3.2 Lokasi Kajian
Lokasi kajian lapangan yang dipilih dalam kursus Geografi Bandar dan Metropolitan ialah
MDTM dan MBI. Rajah 1 dan 2 (rujuk lampiran) menunjukkan kedua-dua majlis pentadbiran
ini terletak di negeri Perak.
8
3.3 Instrumen Kajian
Satu sesi ceramah dan soal jawab telah diadakan antara pelajar kursus Geomorfologi Bandar
dan Metropolitan dan pegawai dari MDTM dan MBI telah diadakan dalam proses
pengumpulan maklumat. Kaedah soal jawab ini digunakan kerana lebih mudah dalam
pengumpulan maklumat selaras dengan objektif kajian lapangan yang dijalankan
merangkumi lawatan ke kedua-dua majlis daerah. Secara ringkasnya, soalan soal jawab itu
dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian A, B, C, dan D.
Bahagian A : Urus Tadbir Bandar
Bahagian B : Kelebihan dan Kekuatan bagi kedua-dua Majlis
Bahagian C : Isu dan Perancangan Masa Depan
Bahagian D : Akta dan Pelan Induk
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah melibatkan kaedah
pengumpulan data primer dan data sekunder. Data primer melibatkan data mentah yang
didapati daripada hasil soal jawab dengan pegawai pengurus pentadbiran majlis dan
pemerhatian yang dibuat sepanjang perjalanan ke kawasan kajian. Data sekunder pula
melibatkan pengolahan data yang didapati hasil kajian lepas dan rujukan perpustakaan. Selain
itu, maklumat juga diperoleh daripada media elektronik yang menjadi sumber hasil rujukan
internet tentang kajian yang lalu. Pengumpulan data ini diperlukan untuk mendapatkan
maklumat sebelum ke peringkat untuk mengolah maklumat dalam mendapatkan hasil dapatan
kajian dan dapatan akhir bagi kesimpulan kajian.
3.4.1 Kajian Perpustakaan
Kajian perpustakaan adalah melibatkan kaedah mendapatkan maklumat secara bertulis
daripada bahan-bahan bacaan dan penyelidikan yang berkaitan dengan aspek perancangan
bandar bagi sesuatu kawasan. Antara bahan yang menjadi sumber data adalah seperti jurnal,
9
buku dan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan perancangan bandar dalam bentuk
kajian ilmiah.
3.4.2 Kaedah pemerhatian
Untuk mendapatkan gambaran umum bagi dapatan analisis kajian melibatkan dua kawasan
kajian yang berbeza, kaedah pemerhatian telah dilakukan bagi mengenal pasti pembangunan
yang berlaku kesan daripada perancangan bandar. Perbezaan antara dua kawasan tersebut
iaitu kawasan Tanjung Malim dan Bandaraya Ipoh juga diberikan perhatian.
3.4.3 Rujukan Media Elektronik
Rujukan media elektronik dibuat dengan menggunakan kemudahan internet untuk
mengumpul maklumat mengenai kajian-kajian lepas yang telah dibuat di dalam negara kita
mengenai perancangan bandar bagi sesuatu kawasan. Semasa sesi soal jawab bersama
pegawai dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kami juga didedahkan mengenai pembangunan
kawasan Bandaraya Ipoh dengan satu tayangan video pendek. Kesempatan tersebut telah
diaplikasikan dalam proses pengumpulan maklumat melalui rujukan media untuk dianalisis
sebagai hasil kajian.
3.5 Kesimpulan
Menerusi bab ini, cara proses penyelidikan kajian yang dilaksanakan telah dinyatakan secara
terperinci. Lokasi kawasan kajian dan kaedah pengumpulan data melalui temu bual,
pemerhatian dan rujukan di perpustakaan amat membantu dalam proses kajian.
10
BAB IV
DAPATAN KAJIAN, PERBINCANGAN DAN ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil penyelidikan kajian yang telah dilaksanakan. Selain itu,
bab ini juga menjelaskan tentang kekuatan dan kelemahan, cadangan penambahbaikan serta
cadangan bagi kajian pada masa hadapan.
4.1 Urus Tadbir Bandar
4.1.1 MDTM
Berdasarkan carta organisasi MDTM pada Rajah 3 (rujuk lampiran), Yang Dipertua MDTM
bagi penggal terkini ialah En. Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. Gred gaji beliau ialah
M48. Beliau dibantu oleh En. Ayub Shadan bin Abdul Rani yang merupakan Setiausaha
Majlis di mana gred gaji beliau ialah N44. Bagi melicinkan pentadbiran MDTM, YDP
MDTM dibantu oleh bahagian Perkhidmatan Bandar, bahagian Pelesenan, bahagian
Penilaian, bahagian Perakaunan dan Kewangan, bahagian Pentadbiran, bahagian Perancangan
dan Pembangunan, bahagian One Stop Centre (OSC), bahagian Kejuruteraan dan Kawalan
Bangunan, bahagian Undang-undang, bahagian Penguatkuasaan, dan bahagian Teknologi
Maklumat.
Berdasarkan Jadual 1 (rujuk lampiran ), banci penduduk yang telah dijalankan pada
tahun 2010, daerah Tanjung Malim mempunyai penduduk seramai 80 890 orang. Jumlah
penduduk ini dibahagikan mengikut institusi yang terdiri daripada UPSI proton dan vendor,
politeknik, penduduk tempatan, INSTUN dan lain institusi. Penduduk tempatan mencatat
jumlah penduduk yang paling ramai di kawasan Tanjung Malim apabila mencatatkan seramai
60 791 orang atau bersamaan dengan 75.2% daripada jumlah keseluruhan. Institusi yang
mencatat penduduk kedua tertinggi adalah UPSI iaitu sebanyak 12 000 orang atau 14.8%
daripada jumlah keseluruhan. Hal ini memandangkan ramai mahasiswa dan mahasiswi yang
menyambung pengajian mereka di universiti ini. Proton dan vendor berkongsi bilangan
11
penduduk dengan INSTUN dan lain institusi apabila masing-masing mencatatkan jumlah
penduduk seramai 3000 orang yang mewakili 3.7% daripada jumlah keseluruhan. Institusi
yang menunjukkan bilangan penduduk yang paling rendah adalah politeknik yang
mempunyai penduduk sebanyak 2.6% daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 2 099 orang
sahaja pada tahun tersebut.
MDTM juga telah membuat unjuran berkaitan jumlah penduduk pada tahun 2020
berdasarkan data yang diperoleh pada tahun-tahun sebelumnya. Tanjung Malim dijangka
mempunyai penduduk seramai 152 000 orang pada tahun 2020 iaitu meningkat sebanyak 71
110 orang atau 87.9% berbanding tahun 2010. UPSI dijangka mempunyai penduduk seramai
30 000 orang pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 18 000 atau 150% berbanding
tahun 2010. Keadaan ini dijangka berlaku memandangkan penawaran dan kemasukan pelajar
ke insititut pengajian tinggi ini semakin tinggi. Jumlah penduduk di kawasan UPSI ini
mewakili 19.7% daripada jumlah keseluruhan penduduk Tanjung Malim. Institusi Proton dan
vendor dianggarkan meningkat sebanyak 31 000 berbanding tahun 2010 atau bersamaan
dengan 1 033.3%. Peningkatan ini dijangka berlaku memandangkan sektor perkilangan
semakin maju dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Institusi Politeknik juga dianggarkan berlaku peningkatan kepada 5 600 orang pada
tahun 2020 berbanding 2 099 orang pada tahun 2010. Peningkatan yang berlaku adalah
sebanyak 3 501 orang iaitu bersamaan dengan 166.8% daripada. Penduduk tempatan pada
tahun 2020 dianggarkan sebanyak 72 400 orang atau 47.6% daripada jumlah keseluruhan
penduduk pada tahun tersebut iaitu sebanyak 152 000 orang. Perbezaan peningkatan pula
adalah sebanyak 11 609 orang atau 19.1%. Instun dan institusi lain pula dijangka
menyumbang kepada jumlah penduduk pada tahun 2020 sebanyak 10 000 orang iaitu
bersamaan dengan 6.6% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Peningkatan penduduk di
institusi ini adalah sebanyak 7 000 orang atau 233.3% . Pertambahan dalam jumlah penduduk
pada tahun 2020 dijangka berlaku memandangkan kawasan Tanjung Malim semakin maju
dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta penawaran peluang pekerjaan yang semakin
banyak mendorong penduduk untuk menetap di kawasan ini.
Dari segi keluasan lokasi sebagaimana pada Jadual 2 (rujuk lampiran), Daerah Kecil
Slim River/ Tanjung Malim ialah seluas 949.86 km/per. Kawasan pentadbiran MDTM pula
seluas 189.02 km/per. Data tersebut diperoleh daripada Pelan Induk Pembangunan MDTM.
Jadual 3 (rujuk lampiran) pula menunjukkan hasil-hasil yang diperoleh oleh MDTM pada
12
tahun 2010. Hasil yang diperoleh dibahagikan kepada 3 komponen yang menyumbang
kepada penerimaan hasil oleh MDTM. Komponen tersebut adalah hasil cukai, hasil bukan
cukai dan penerimaan bukan hasil. Komponen yang paling banyak menyumbang kepada
jumlah hasil kawasan ini adalah hasil cukai iaitu sebanyak RM7 355 599.20 atau bersamaan
dengan 73.3% daripada jumlah keseluruhan hasil yang diperoleh di kawasan tersebut pada
tahun 2010. Komponen hasil bukan cukai pula adalah sebanyak RM2 649 915.91 pada tahun
2010 iaitu penyumbangan sebanyak 26.4% daripada jumlah keseluruhan. Komponen yang
paling sedikit menyumbang kepada jumlah hasil Daerah Tanjung Malim adalah komponen
penerimaan bukan hasil yang hanya menyumbang sebanyak 0.34% daripada jumlah
keseluruhan atau RM33 987.089 sahaja pada tahun tersebut.
Rajah 4 : Unjuran Penduduk Bagi Kawasan Pentadbiran MDTM
Tanjong M
alim
BidorTa
pah
Slim Rive
r
Ayer K
uning
Bandar
Proton
Behran
g 2020
Behran
g Stes
en
Behran
g Ulu
Chenderi
ang
Kampung S
limTe
moh
Ulu Slim
Sungk
ai0
5000
10000
15000
20000
25000
30000
17048
27727
3528
24351
1301 1949 1647 2484 23041012 1181 1750
668 317
Bilangan penduduk
kawasan pentadbiran
Sumber : diperoleh daripada http://www.ukm.my/geografia/images/upload/6.geografia-2011-4-sp-yasid,katiman,yusof-upsi&ukm-1-am.doc.pdf pada 10 Disember 2011
Rajah 4 menunjukkan jumlah penduduk mengikut kawasan
petempatan di Daerah Batang Padang. Petempatan di Daerah Batang
13
Padang terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu Tanjung Malim, Bidor,
Tapah, Slim River, Ayer Kuning, Bandar Proton, Behrang 2020, Behrang
Stesen, Behrang Ulu, Chenderiang, Kampung Slim, Temoh, Ulu Slim dan
Sungkai. Petempatan yang mempunyai bilangan penduduk yang paling
ramai adalah kawasan Bidor yang mempunyai penduduk seramai 27 729
orang dan diikuti oleh kawasan Slim River yang mencatatkan jumlah
penduduk seramai 24 351 orang. Perbezaan jumlah penduduk di kawasan
Bidor dan Slim River adalah seramai 3 378 orang. Keadaan ini berlaku
memandangkan saiz kawasan Bidor lebih besar daripada kawasan Slim
River. Kawasan Tanjung Malim pula merupakan kawasan ketiga yang
mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai. Jumlah penduduk di
kawasan Tanjung Malim adalah seramai 17 048 orang. Penduduk yang
ramai di kawasan ini adalah disebabkan terdapatnya institut pengajian
tinggi dan kawasan perkilangan. Sungkai pula merupakan kawasan yang
mempunyai penduduk yang paling sedikit di Daerah Batang Padang
apabila hanya merekodkan jumlah penduduk seramai 317 orang pada
tahun 2010.
4.1.2 MBI
Bagi carta organisasi MBI seperti Rajah 5 (rujuk lampiran), terdapat sedikit perbezaan
yang dapat dikesan iaitu bermula 1 Januari 2011 diketuai oleh Datuk Bandar. Beliau
dibantu oleh Setiausaha Bandaraya. Di bawah Datuk Bandar terdapat Pejabat Audit Dalam,
Pejabat Undang-Undang, Pejabat Korporat, Unit OSC dan Unit COB. Di bawah Pejabat
Korporat terdapat bahagian Penerbitan, Perhubungan Awam dan Pengurusan Korporat.
Bagi melicinkan pentadbiran, Setiausaha Bandaraya dibantu oleh tiga orang timbalannya
yang terdiri daripada Timbalan Setiausaha Bandaraya (Operasi), Timbalan Setiausaha
Bandaraya (Teknikal) dan Timbalan Setiausaha Bandaraya (Pengurusan). Di bawah
Timbalan Setiausaha Bandaraya (Operasi), terdapat tiga buah jabatan bagi melicinkan
pentadbiran iaitu Jabatan Hal Ehwal Komuniti, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelesenan
dan Penguatkuasaan. Timbalan Setiausaha Bandaraya (Teknikal) pula dibantu oleh tiga
buah jabatan iaitu Jabatan Perancang, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Bangunan.
14
Timbalan Setiausaha Bandaraya (Pengurusan) dibantu oleh Jabatan Khidmat Pengurusan,
Jabatan Kewangan dan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.
Berdasarkan Jadual 4 (rujuk lampiran), didapati keluasan bandaraya Ipoh ialah 64
257.00 hektar yang merangkumi mukim Ulu Kinta, Sg. Raia dan juga Sg. Terap. Bagi
mukim Ulu Kinta, keluasannya ialah 62 812.37 hektar (97.75%) diikuti oleh Mukim Sg.
Raia seluas 1363.00 hektar (2.12%) dan Mukim Sg. Terap iaitu 81.63 hektar (0.13%).
Rajah 6 : Bilangan Penduduk di Kawasan Bandaraya Ipoh
2007 20200
100000
200000
300000
400000
500000
600000
700000
800000
900000
621300
800300
Tahun
Bila
ngan
pen
dudu
k (o
rang
)
Sumber: Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020
Rajah 6 menunjukkan angka penghuni di Ipoh yang dianggarkan berjumlah
621300 orang pada tahun 2007. Angka tersebut dijangka akan meningkat kepada 800300
orang pada tahun 2020. Perkara ini menunjukkan berlakunya peningkatan sebanyak 179
000 orang (28.8 %). Nilai ini juga dikatakan merangkumi 29.9% daripada kesemua
penduduk negeri Perak.
Jika dilihat dari segi sektor-sektor yang terdapat di MDTM dan MBI pula,
perancangan dan pengurusannya juga amat penting dalam menentukan pembangunan
sesebuah kawasan. Pengurusan dalam sektor seperti sektor pendidikan, perindustrian,
15
pelancongan, pengangkutan dan perkhidmatan turut berpotensi dalam membina
pembangunan sesebuah daerah mahupun bandar raya tersebut.
4.2 Pengurusan dalam sektor-sektor
Jika dilihat dari segi sektor-sektor yang terdapat di MDTM dan MBI pula, perancangan
dan pengurusannya juga amat penting dalam menentukan pembangunan sesebuah
kawasan. Pengurusan dalam sektor seperti sektor pendidikan, perindustrian, pelancongan,
pengangkutan dan perkhidmatan turut berpotensi dalam membina pembangunan sesebuah
daerah mahupun bandar raya tersebut.
4.2.1 Sektor Perindustrian
Pemilihan sesebuah lokasi bagi membangunkan kawasan perindustrian
merupakan elemen yang penting dalam menentukan pencapaian sektor
tersebut. Pemusatan sektor industri di sesuatu kawasan boleh dikaitkan
dengan pelbagai faktor. Menurut teori Weber dalam Rahim Abdullah
(2005), pemilihan lokasi perindustrian dibuat berdasarkan faktor kos yang
minimum dari segi tenaga buruh, pengangkutan dan sebagainya dengan
tingkat keuntungan yang tinggi. Pemilihan lokasi industri merupakan
unsur penting kerana ia dapat mempengaruhi kecekapan dan keuntungan
bagi sesebuah keluaran.
4.2.1.1 MDTM
Kawasan Tanjung Malim ini turut mempunyai aktiviti perindustriannya bagi menjana sumber
pendapatan ekonomi di daerah ini. Kawasan perindustrian yang wujud di daerah Tanjung
Malim ini telah membangun dengan pesat sekali berikutan limpahan kawasan perindustrian
yang wujud di kawasan negeri Selangor dan juga pertambahan penduduk di kawasan ini
telah menjadi satu daya tarikan kepada pelabur untuk menjadikan kawasan Tanjung Malim
sebagai kawasan perindustrian. Dua kawasan utama yang menjadi tumpuan kepada sektor
perindustrian di daerah Tanjung Malim ini ialah Lembah Bernam dan juga Bandar Proton.
16
Bernam Industrial Park di Lembah Bernam pula telah diwujudkan sekitar tahun
2000. Kawasan ini wujud hasil daripada limpahan industri di negeri Selangor. Kawasan
perindustrian juga wujud hasil daripada gabungan dua negeri iaitu negeri Perak dan Selangor
kerana ia terletak di kawasan hulu Sungai Bernam yang memisahkan kedua-dua negeri
tersebut. Kawasan itu telah dinamakan sebagai Lembah Bernam.
Satu lagi kawasan perindustrian di daerah Tanjung Malim ialah di kawasan Proton
City atau dikenali juga sebagai Bandar Raya Proton seperti yang dapat dilihat pada rajah 7
(rujuk lampiran) merupakan kawasan perindustrian automobil. Bandar Proton ini terletak di
sebelah kanan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu antara bandar Tanjung Malim dengan Slim
River. Nama bandar ini dikenali sebagai Bandar Proton kerana wujudnya kilang proton di
kawasan ini. Perkataan PROTON ini merupakan singkatan daripada perkataan Perusahaan
Automobil Nasional Sdn.Bhd. yang ditubuhkan sejak tahun 1983 lagi. Kilang proton ini
hanya berada di dua kawasan iaitu di kawasan perindustrian HCOM, Shah Alam dan satu lagi
ialah di Proton City, Tanjung Malim, Perak. Bandar ini menempatkan kilang Proton
khususnya untuk pengeluaran kereta proton seperti Gen-2, Savy dan Satria Neo. Pada setiap
tahun, kilang proton di Tanjung Malim ini mampu mengeluarkan sebanyak 150 000 buah
kereta.
Kewujudan kilang proton di Tanjung Malim merupakan satu petanda aras positif
untuk memajukan daerah ini dan berupaya menukar status majlis daerah kepada majlis
bandar raya. Hal ini demikian kerana industri automobil yang berkembang pesat di kawasan
ini akan menarik lebih ramai penduduk dari luar untuk bermigrasi ke kawasan ini bagi
merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan. Selain itu, penduduk-penduduk juga
akan tertumpu di kawasan ini kerana mereka dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang
disediakan kesan daripada perkembangan sektor perindustrian sekali gus dapat
membangunkan kawasan ini. Oleh itu, pembangunan kawasan perindustrian yang terdapat di
Tanjung Malim ini perlu ditingkatkan lagi supaya ia lebih maju dan berdaya saing setaraf
dengan kawasan perindustrian lain di Malaysia.
4.2.1.2 MBI
Pembangunan sektor perindustrian di Ipoh yang dilaksanakan oleh MBI juga tidak kurang
hebatnya. Struktur pembangunan yang tepat ditambah pula dengan lokasi yang strategik
dapat membangunkan sektor tersebut dengan lebih pesat. Antara kawasan perindustrian Ipoh
17
ialah di Bercham, kawasan perkilangan Jelapang, IGB International Indust Part dan lain-lain
lagi.
Jika dilihat di Ipoh sendiri, terdapat juga penubuhan institut latihan perindustrian
Ipoh. Penubuhan institut tersebut ialah untuk tujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir
dalam sektor industri. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada
guna tenaga luar dan lebih mementingkan warga Malaysia itu sendiri. Pengurusan dalam
sektor industri di Ipoh menunjukkan kecekapan MBI dalam menjalankan tugasnya dalam
memesatkan pembangunan kawasan tersebut.
4.2.2 Sektor Pelancongan
4.2.2.1 MDTM
Di Tanjung Malim, sektor pelancongan merupakan sektor penting dan mempunyai potensi
yang baik untuk terus maju. Seperti di tempat-tempat lain, terdapat banyak lokasi
pelancongan yang menarik untuk dilawati. Antara kawasan pelancongan tersebut ialah Tasik
Embayu, Air Terjun Sungai Bil, Kolam Air Panas Sungai Klah dan banyak lagi. Kebanyakan
kawasan perkelahan di sekitar Tanjung Malim menjadi tumpuan penduduk tempatan dan
pengunjung-pengunjung yang berada di luar kawasan daerah. Keadaan sungai yang bersih
dan persekitaran serta udara yang nyaman telah menarik minat pengunjung untuk datang
berkelah, memancing dan mandi di sungai ini. Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan
seperti dewan orang ramai, tempat letak kereta , gerai makanan dan minuman juga pondok
rehat untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung. Sebagai contoh, Sungai Bil kini
telah terkenal di seluruh negeri kerana banyak aktiviti bertaraf kebangsaan telah diadakan di
sini seperti pertandingan "ECO Challenge" dan Program Khidmat Negara.
Program Homestay yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
pada tahun 1988 merupakan satu usaha dalam mempelbagaikan produk pelancongan melalui
penawaran penginapan alternatif. Program ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995
di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang
bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor
pelancongan. Kini, terdapat banyak rumah untuk disewa yang berkonsepkan homestay di
sekitar Tanjung Malim, Behrang dan Slim River. Antara peralatan dan kemudahan yang
18
disediakan adalah seperti televisyen dan astro, penghawa dingin, sofa, kipas siling dan juga
katil.
4.2.2.2 MBI
Sektor pelancongan merupakan salah satu kegiatan yang memberikan perkhidmatan kepada
orang ramai dan turut menyumbang kepada sumber pendapatan negara. Pihak MBI sendiri
telah menyediakan dan mengurus banyak kawasan pelancongan yang menarik di sekitar
Ipoh. Antaranya ialah Gua Tempurung, Taman Rekreasi Gunung Lang , Kellie’s Castle,
Hutan Belum, Pulau Pangkor dan Muzium Bersejarah Pasir Salak . Penubuhan Pusat
Pelancongan Perak Darul Ridzuan telah banyak membantu dalam menyebarkan maklumat
berkenaan mengenai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Perak. Hal ini
telah menarik tumpuan orang ramai khususnya penduduk tempatan dan juga pelancong-
pelancong asing dari luar negara. Ipoh merupakan bandar raya ketiga terbesar di Malaysia
dan kewujudan pelbagai tempat pelancongan dan taman rekreasi menjadikan bandar raya
Ipoh sebagai salah satu bandar yang terkenal dalam aspek pelancongan.
Perjanjian Bandar Persahabatan Ipoh-Medan pada tahun 2009 juga telah melakar
sejarah pembangunan mapan dalam menggalakkan perkembangan pelancongan dan
perniagaan antara kedua-dua negara. Majlis memeterai perjanjian Ipoh-Medan ini
ditandatangani oleh Datuk Bandar Y.Bhg. Dato’ Roshidi Hashim dan Setiausaha Daerah
Kota Medan, Drs H. Dzulmi Eldin S, Misi sempena pembukaan Restoran Simpang Tiga (M)
oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 Ogos. Kerjasama yang baik dan
hubungan diplomatik merupakan suatu manfaat yang besar melalui kerjasama Bandar
Persahabatan antara Kota Medan dan Ipoh. Kini, warga kota Medan semakin tertarik terhadap
keindahan semula jadi dan monument peninggalan sejarah yang terdapat di Ipoh. Di samping
itu, tarikan dari segi pakej pelancongan kesihatan telah menarik perhatian mereka untuk
mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Pakar Ipoh. Persamaan ketara yang wujud antara
Medan dan Ipoh, adalah tidak mustahil lebih ramai rakyat Indonesia akan mengunjungi Perak
sama ada untuk melancong atau mendapatkan khidmat perubatan di hospital swasta tempatan.
19
4.2.3 Sektor Pendidikan
4.2.3.1 MDTM
Dari segi kemudahan pendidikan, terdapat pelbagai jenis institusi pendidikan sama ada di
peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam dan
Swasta. Bagi pendidikan untuk peringkat menengah terdapat sekolah seperti Sekolah
Menengah Khir Johari, Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Teknik Slim River. Seterusnya bagi pendidikan di peringkat rendah, terdapat
sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim dan Sekolah Kebangsaan Methodist.
Sekolah-sekolah banyak dibina di daerah Tanjung Malim untuk menampung jumlah pelajar
di sini yang kian bertambah dari tahun ke tahun di samping menjadikan pendidikan sebagai
tumpuan utama. Selain sekolah, daerah ini juga mempunyai beberapa pusat institusi
pengajian tinggi untuk menggalakkan proses migrasi dari luar ke Tanjung Malim. UPSI,
Politeknik Sultan Azlan Shah, Institusi Tanah dan Ukur Negara serta Open University bagi
institusi pengajian tinggi swasta merupakan pusat pengajian tinggi yang terdapat di daerah ini
di mana menyebabkan Tanjung Malim dikenali sebagai Bandar Pendidikan di Malaysia yang
juga berpaksikan sejarah awal Tanjung Malim pada waktu dahulu.
4.2.3.2 MBI
Pendidikan merupakan elemen yang penting menyebabkan banyak sekolah dan Institusi
Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta dibina. Ipoh tidak terkecuali dalam mementingkan
pendidikan sebagai medium utama dalam memberi kemudahan pendidikan kepada penduduk
setempat. Bagi sekolah rendah di Ipoh antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Dato’ Panglima
Kinta, Ipoh International School (IIS), dan Ave Maria Convert manakala sekolah menengah
yang terdapat di sekitar Ipoh pula ialah Sekolah Menengah Dato’ Megat Khas Ipoh, Sekolah
Menengah Agama Rakyat (SMARI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat.
Seterusnya bagi institusi pengajian tinggi pula ialah Universiti Teknologi Mara Perak,
Universiti Teknologi Petronas, Kolej Pembantu Perubatan dan Institut Kompas Accountancy
and Business College. Selain memberi pendidikan kepada penduduk setempat, dengan
adanya banyak sekolah dan institusi yang dibina sekitar Ipoh ini dapat menarik dan
menggalakkan migrasi penduduk dari negeri lain mahupun dari luar negara untuk ke sini bagi
20
mendapatkan pendidikan. Kaedah ini juga, dapat membantu menaikkan taraf ekonomi di Ipoh
dengan adanya migrasi dari luar negara terutamanya untuk menyambung pelajaran mereka di
Ipoh.
4.2.4 Sektor Pengangkutan
4.2.4.1 MDTM
Kemudahan sistem pengangkutan merupakan aktiviti perkhidmatan penting untuk menjadi
penghubung kepada aktiviti harian masyarakat setempat. Hal ini kerana, pengangkutan ialah
subsektor utama dalam sektor perkhidmatan. Sistem pengangkutan terdiri daripada tiga
komponen, iaitu jalan darat (jalan raya, jalan kereta api), jalan air (sungai dan laut) dan jalan
udara. Namun di daerah Tanjung Malim hanya terdapat kemudahan pengangkutan jalan darat
sahaja. Jalan darat yang terdapat di daerah ini adalah seperti Stesen Keretapi Berkembar
Tanjung Malim, Stesen Keretapi Berkembar Slim River dan perkhidmatan bas di Stesen Bas
Tanjung Malim.
Jika dilihat pada kemudahan pengangkutan keretapi di Tanjung Malim ini, keretapi
berkembar yang menghubungkan antara Rawang dan Ipoh sejauh 179 km telah
dinaiktarafkan melalui projek pengelektrikan dan penyediaan landasan berkembar bagi
memastikan KTMB dapat memandu keretapi pada kelajuan maksimum iaitu 160 km/j.
Penduduk sekitar Tanjung Malim dapat pergi ke destinasi bandar-bandar pilihan yang sejajar
dengan perkhidmatan keretapi ini dengan cepat dan selamat. Selain itu, Tanjung Malim juga
dihubungkan melalui Lebuh raya Utara- Selatan yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Plus
Expressway Berhad yang memberi rangkaian lebuh raya yang cepat dan selamat kepada
penggunanya.
4.2.4.2 MBI
Kemudahan infrastruktur dari segi pengangkutan di Bandaraya Ipoh terdiri daripada keretapi,
lebuh raya, jalan persekutuan, bas dan lapangan terbang. Stesen Keretapi Ipoh yang
21
menggunakan fasa landasan berkembar ini menyediakan perkhidmatan KTM antara bandar di
mana setiap laluan landasan keretapi ini melalui bandar-bandar dan dijadikan stesen hentian
KTM. Terdapat dua jenis perkhidmatan ETS ini iaitu Express dan Transit di mana perjalanan
bagi Transit adalah berhenti pada setiap stesen hentian ETS. Manakala bagi ETS Transit pula,
ia hanya melalui tanpa berhenti di stesen hentian yang tertentu seperti Tapah Road, Sungkai
dan Slim River. Perkhidmatan ini bagi memudahkan penduduk setempat mudah dan cepat
untuk sampai ke bandar-bandar jika terdapat urusan dan tidak perlu bergantung pada
kemudahan bas awam untuk ke destinasi. Selain itu, kemudahan pengangkutan yang terdapat
di Ipoh yang lain adalah kemudahan lebuh raya.
Di Ipoh Lebuh raya Utara-Selatan menjadi jalan pengangkutan yang penting di mana
ia memberi pergerakan yang lebih efisien berbanding Jalan Umum. Bagi perkhidmatan bas
pula di Ipoh stesen basnya terletak di Silveritage Galleria berdekatan dengan Jalan Gopeng
yang menawarkan perkhidmatan bas menuju ke pelbagai destinasi. Bagi penerbangan udara
pula terdapat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di mana merupakan satu-satunya
lapangan terbang di Ipoh dan hanya memberi perkhidmatan penerbangan domestik dan satu
penerbangan antarabangsa sahaja.
4.2.5 Kemudahan Sukan dan Rekreasi
4.2.5.1 MDTM
Seterusnya dari segi kemudahan sukan dan rekreasi. Kemudahan untuk bersukan dan rekreasi
disediakan untuk kegunaan penduduk Tanjung Malim. Padang di UPSI digunakan oleh
penduduk setempat untuk bermain bola sepak dan acara padang yang lain. Sekolah-sekolah
sekitar Tanjung Malim juga kerap menggunakan padang universiti ini untuk menganjurkan
acara sukan sekolah mereka. Di Bandar Proton turut dibina kompleks sukan yang terletak
bersebelahan Kilang Proton bagi memberi kemudahan untuk bersukan kepada penduduk
sekitar.
Kompleks sukan ini terdapat trek balapan, gelanggang badminton, gimnasium dan
bola tampar. Kemudahan yang ada di kompleks sukan ini seperti gelanggang boleh disewa
kepada orang ramai dengan harga yang berpatutan. Di samping itu, kompleks ini turut
memberi kemudahan kepada penduduk untuk mengadakan acara-acara lain seperti majlis
perkahwinan. Di Tanjung Malim juga terdapat gelanggang futsal di Ulu Bernam yang sering
menjadi tumpuan para belia di daerah ini untuk bermain futsal. Bagi penduduk yang ingin
22
bermain futsal di sini akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk sejam permainan
serta RM5.00 sewa satu biji bola.
Selain itu, di Tasik Embayu yang terletak di Bandar Proton ada aktiviti menyediakan
aktiviti berkayak. Penduduk boleh bermain kayak di tasik ini dengan percuma dan di sekitar
tasik ini juga menyediakan landskap yang cantik, taman permainan kanak-kanak dan juga
laluan berjoging di sekitar tasik tersebut.
4.2.5.2 MBI
Dewan Bandaraya Ipoh telah memilih satu kawasan di Kampung Simee sebagai Pusat Sukan
kerana kawasannya yang luas dan selesa sesuai untuk aktiviti sukan. Selain itu, di Stadium
Perak turut digunakan untuk menjalankan pertandingan sukan bola sepak dan acara-acara
padang yang lain. Stadium Indera Mulia merupakan stadium yang menjadi tumpuan untuk
acara badminton. Ipoh selaku Ibu Negeri Perak juga merupakan rumah kepada Perak FA
iaitu pasukan bola sepak Perak. Kompleks sukan renang juga turut terdapat di Ipoh di mana
terletak bersebelahan stadium yang dikendalikan sendiri oleh Dewan Bandaraya Ipoh. Kelab
Golf Diraja Perak, Kelab Golf Meru dan Clearwater Sanctuary Golf Club turut disediakan
bagi kemudahan penduduk di Ipoh.
4.2.6 Kemudahan Awam
Kemudahan awam yang lain yang disediakan oleh pihak MDTM adalah kemudahan elektrik,
bekalan dan pemprosesan air, pembetungan najis, perkhidmatan telekomunikasi, peruntukan
jalur lebar dan perkhidmatan kabel. Kemudahan elektrik disediakan di setiap rumah di daerah
Tanjung Malim di mana tiang-tiang elektrik dipasang setiap kawasan untuk memudahkan
pengaliran arus tenaga elektrik. Peruntukan jalur lebar juga disediakan dengan memberi
perkhidmatan percuma serta menaiktarafkan sistem dan kelajuan jalur lebar pada pengguna.
Selain yang dinyatakan di atas, di Tanjung Malim juga terdapat TM Point di mana
menyediakan perkhidmatan kemudahan internet, broadband dan penggunaan telefon
terutamanya menyediakan pondok telefon di tempat strategi bagi kegunaan penduduk.
Kemudahan awam lain yang ada adalah pejabat pos yang terletak berhampiran dengan Masjid
Jamek Tanjung Malim di mana perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan pos yang
berkaitan dengan logistik pengangkutan, perkhidmatan pembayaran agen melalui transaksi
kewangan serta pembayaran bil.
23
Di daerah ini juga turut menyediakan perkhidmatan bank dari pelbagai cawangan
antaranya, Bank Islam Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan juga Bank
Simpanan Nasional. Kemudahan yang diberi adalah seperti kemudahan pindaan automatik
dan pembayaran bil yang menyediakan pelbagai saluran kutipan seperti di kaunter cawangan,
internet dan juga mesin ATM.
4.3 Perkhidmatan yang Disediakan MDTM
4.3.1 Pengurusan Pembuangan
Pihak MDTM menyediakan perkhidmatan menguruskan pembuangan sampah di sekitar
Tanjung Malim di mana pihak MDTM telah menyediakan jadual kutipan sampah untuk
memudahkan penduduk setempat tahu dan dapat menyemak dari segi tarikh, hari dan waktu
pungutan sampah yang akan dilakukan di kawasan tempat tinggal masing-masing bagi
mengelakkan sampah tidak dikutip dalam tempoh yang lama sehingga mendatangkan
pencemaran. Rajah di bawah menunjukkan kutipan sampah dibahagikan kepada lapan
kawasan seperti Tanjung Malim Zon A, Tanjung Malim Zon B, Tanjung Malim Zon C, Slim
River Zon A, Slim River Zon B, Slim River dan Trolak, Slim River dan Slim Village dan
Behrang. Sebagai contoh jadual kutipan sampah bagi kawasan Behrang.
Rajah 5 : Jadual Kutipan Sampah Kawasan Behrang
Bil
Hari
Tempat
Isnin
Selasa Rabu Khamis
Jumaat Sabtu Ahad
01 Pekan Behrang Stesen / / / / / / /02 Kampung Baru A / / / / / / /03 Behrang Ulu / / /04 Kampung Pauh dan Kampung
Padang/ / /
05 Kampung Baru B / / /06 Balai Polis Behrang Stesen / / /07 Bandar Sri Behrang dan Rumah
Awam/ / /
08 Bandar Behrang 2020 / / /Sumber : Diperoleh daripada http://www.mdtm.gov.my/web/guest/behrang pada 10
Disember 2011
24
Merujuk jadual di atas, kawasan sampah dikutip pada setiap hari adalah di kawasan Pekan
Behrang Stesen dan di Kampung Baru A. Manakala, kawasan Behrang Ulu, Kampung Pauh
dan Kampung Padang pula sampah di kawasan ini dikutip pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Seterusnya di kawasan Bandar Sri Behrang dan Rumah Awam pula dikutip sampahnya pada
hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Jadual kutipan sampah ini baik untuk mengelak dari
penimbunan sampah yang banyak di samping melakukan pungutan sampah secara sistematik
mengikut tempat.
4.3.2 Parkir Kereta
Tempat letak kereta di Tanjung Malim telah menggunakan kaedah kupon berbayar bagi para
pemandu yang ingin meletakkan kenderaan mereka di petak parkir kereta yang disediakan
oleh pihak MDTM. Pihak MDTM mula menggunakan dan menguatkuasakan kaedah kupon
letak kereta ini pada 1 Jun 2006 bagi menggantikan sistem letak kereta bertiket yang
digunakan sebelum ini. Untuk mendapatkan kupon letak kereta ini, boleh dibeli daripada
agen-agen yang menjual yang telah dilantik oleh pihak MDTM sendiri. Harga RM 2.00
dikenakan untuk satu buku yang mempunyai 5 keping kupon untuk tempoh masa lima jam
dan di mana satu daripada kupon tersebut untuk tempoh satu jam. Selain itu juga, pihak
MDTM akan mengenakan kompaun ke atas kesalahan yang dilakukan apabila salah
meletakkan kenderaan. Kesalahan yang akan dikenakan kompaun adalah meletakkan
kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba, di kawasan kaki lima, berniaga di tempat
letak kereta dan tidak mempamerkan kupon pada kereta semasa meletakkan kenderaan
bermotor di kawasan letak kereta yang menggunakan kupon.
4.3.3 Pembasmian Kemiskinan Bandar
Pembasmian kemiskinan bandar juga turut dilakukan ini untuk membantu penduduk yang
mempunyai pendapatan rendah agar tidak diabaikan. Tugas pembasmian kemiskinan bandar
ini merupakan tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan selepas
penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004. Bantuan rumah sewa akan diberikan kepada
25
rumah seperti rumah PPR (MTEN), PPR disewa, rumah majlis, rumah transit, rumah milik
persendirian dan bilik.
Bagi mengurangkan beban tanggungan keluarga, bantuan seperti bantuan perbelanjaan
dan persiapan kemasukan ke institusi pendidikan atau kemahiran akan diberikan dalam
bentuk one off dan diberikan kepada setiap anak dalam sebuah keluarga. Selain itu, bantuan
untuk jagaan anak-anak bagi ibu yang bekerja buat pertama kali serta bantuan kos
pengangkutan untuk ke sekolah dan tempat kerja.
Bantuan ihsan turut disediakan bagi penduduk setempat yang diberhentikan kerja
disebabkan masalah syarikat dan majikan sendiri, musnah tempat kediaman disebabkan
banjir mahupun kebakaran, dan hilang upaya akibat kemalangan yang mengakibatkan
kecacatan kekal yang menyebabkan tidak boleh untuk melakukan sebarang pekerjaan untuk
menanggung perbelanjaan keluarga. Kematian ahli keluarga juga merupakan antara kategori
penduduk yang boleh mendapatkan bantuan ihsan ini kerana kekurangan wang untuk
menguruskan acara pengebumian serta hilang tempat bergantung. Kesemua bantuan diatas
bagi membasmi kemiskinan bandar adalah di bawah bidang tugas Pegawai Penyelarasan
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.
4.3.4 Cukai Tafsiran
Pihak MDTM juga menjalankan perkhidmatan pengutipan cukai bagi kawasan pentadbiran
mereka. Cukai tafsiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pelanggan berkadar seperti rumah
kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak, dan tanah kosong yang terdapat dalam
kawasan Majlis Daerah. Pengutipan cukai tafsiran ini dapat membantu pihak Majlis Daerah
menampung kewangan mereka dalam merancang lebih banyak pembangunan di kawasan
pentadbiran mereka. Cukai tafsiran ini perlu dibayar dua kali setahun iaitu pada ½ tahun
pertama 1 hari bulan Januari hingga 28 Februari pada setiap tahun dan ½ tahun kedua pada 1
hari bulan Julai hingga 31 Ogos setiap tahun. Pembayaran untuk cukai tafsiran ini boleh
dilakukan pembayarannya melalui pos iaitu bayaran dilakukan menggunakan cek berpalang,
kiriman wang pos terus kepada Yang Dipertua MDTM. Selain itu juga, pembayaran boleh
dibuat melalui kaunter bayaran yang terdapat di MDTM bagi memudahkan urusan. Jika tidak
membayar cukai tafsiran, tindakan undang-undang akan dilakukan mengikut Akta Kerajaan
Tempatan1976. Hal ini kerana, cukai tafsiran ini penting untuk meningkatkan dan
26
menaiktarafkan lagi infrastruktur serta menjalankan projek-projek pembinaan terbaru dengan
duit hasil kutipan cukai yang dibayar penduduk setempat.
4.4 Kekuatan dan Kelebihan MDTM dan MBI
Setiap pembangunan di daerah mahupun negeri sudah semestinya mempunyai kekuatan dan
kelebihannya yang tersendiri. Kelebihan yang terdapat di sesebuah lokasi sekiranya
dimanfaatkan sepenuhnya, ia dapat menjana pembangunan ekonomi kawasan tersebut. Oleh
itu, penjenamaan semula ataupun meningkatkan kemudahan di sesuatu lokasi tersebut
amatlah penting bagi tujuan pembangunan. Aspek alam semula jadi yang terdapat di sesuatu
tempat tersebut merupakan salah satu daya tarikan utama yang dapat mendatangkan
keuntungan kepada lokasi tersebut terutamanya dari segi pelancongan.
Di MDTM sendiri, terdapat pelbagai kekuatan dan kelebihan yang mendorong
kawasan tersebut semakin berkembang pesat. Kelebihan ini juga dapat dijadikan salah satu
produk pelancongan yang bukan sahaja dapat menarik kehadiran pelancong dalam negara
malahan pelancongan dari luar negara. Dengan merujuk Rajah 8, didapati bahawa Tanjung
Malim merupakan sebuah kawasan yang strategik bagi penubuhan zon pembangunan
ekonomi bersama Lembah Bernam. Selain itu, lokasi tersebut juga merupakan pusat
pertumbuhan strategik bagi wilayah bersempadan dengan Perak.
Kemudahan infrastruktur yang tersedia seperti jaringan kereta api, bas,
perkhidmatan perhotelan dan sebagainya turut menjadi kelebihan kawasan Tanjung Malim.
Institusi pengajian tinggi yang terdapat di kawasan tersebut seperti UPSI dan politeknik turut
membangunkan tempat tersebut. Kewujudan zon industri automotif negara iaitu Kilang
Proton menjadi penjana kepada pembangunan ekonomi kawasan setempat. Keindahan alam
semula jadi seperti alam flora faunanya dan penempatan orang asli akan menjadi produk
tarikan ke Tanjung Malim. Antara kawasan-kawasan yang menjadi daya tarikan ialah di Air
Terjun Sungai Bil, Tasik Embayu dan banyak lagi.
Sebagai ibu negeri Perak, Ipoh sememangnya lengkap dengan semua pakej dalam
aspek pembangunan kawasan tersebut. Bermula dengan jaringan pengangkutannya,
pendidikan, sehinggalah kepada aspek alam semula jadi, semuanya tersedia rapi untuk
menarik para pelancong datang melawat tempat tersebut. Bandaraya Ipoh bukan sahaja
berfungsi sebagai pusat pentadbiran malahan berperanan sebagai pusat perdagangan, sukan,
27
kebudayaan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Bukan itu sahaja, malahan
masih terdapat pelbagai aset pelancongan yang bernilai seperti warisan bijih timah, bangunan
bersejarah, gua batu kapur yang pelbagai dan kawasan-kawasan rekreasi. Perkara ini
merupakan salah satu kekuatan yang dapat menjanjikan pulangan lumayan sekiranya promosi
terhadap kawasan tersebut dijalankan secara berterusan. Perkara ini secara tidak langsung
akan dapat menjana sumber ekonomi bukan sahaja kepada negara malahan penduduk
setempat turut dapat merasai nikmatnya. Seterusnya, ia akan membangunkan kawasan
tersebut dengan lebih pesat.
Pelbagai jenis pilihan jaringan pengangkutan sama ada yang daratan mahupun udara
turut disediakan di Ipoh bagi memudahkan mobiliti para pelancong dan penduduk setempat.
Antaranya kemudahan tersebut ialah Stesen Kereta api Ipoh, Lapangan Terbang Sultan Azlan
Shah dan sebagainya. Pertumbuhan institusi pengajian tinggi yang pelbagai seperti Universiti
Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Mara Perak, Institut Teknologi Perak dan
sebagainya dapat memberikan pilihan kepada pelajar dalam memilih bidang yang diminati.
Keindahan panorama di Ipoh juga merupakan salah satu penyumbang ekonomi kawasan
tersebut. Antara lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan para pelancong ialah Taman
Rekreasi Gunung Lang seperti Rajah 9 (rujuk lampiran), Hutan Simpan Royal Belum, Gua
Tempurung dan sebagainya.
Perkembangan sektor pelancongan di Ipoh secara tidak langsung menyebabkan
sektor perhotelan berkembang dengan pesat. Dalam perkara ini, MBI memainkan peranan
penting dalam membangunkan kawasan setempat bagi mempromosikan destinasi
pelancongan yang terdapat di Ipoh. Bukan itu sahaja, malahan terdapat pelbagai lagi aspek
terutamanya dari segi urus tadbir bandar Ipoh yang mendorong kawasan tersebut semakin
membangun. Pembangunan pesat yang diselangi dengan perancangan yang sistematik
penting dalam memacu perkembangan sesebuah lokasi tanpa menjejaskan alam
persekitarannya.
4.5 Isu-Isu dalam Pembangunan
4.5.1 MDTM
Tanjung Malim juga mengalami masalah-masalah seperti yang dihadapi oleh kawasan-
kawasan lain. Masalah yang wujud di kawasan ini adalah seperti masalah pembuangan
28
sampah sarap, sistem perparitan, projek terbengkalai, isu pencemaran udara, masalah
perhentian bas, dan kehadiran haiwan liar yang boleh membahayakan penduduk sekitar.
Masalah pembuangan sampah sarap yang berlaku di Tanjung Malim disebabkan oleh
pelbagai faktor. Faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah sikap penduduk
di kawasan berhampiran yang sering membuang sampah merata-rata tempat tanpa
memikirkan kesan perbuatan mereka itu. Keadaan ini boleh dilihat berlaku di kawasan Jalan
Ketoyong berhampiran dengan stesen keretapi Tanjung Malim. Sampah sarap seperti plastik
dan tin minuman dibuang merata-rata tempat dan mengakibatkan kawasan sekitar menjadi
kotor dan tercemar dengan bahan-bahan buangan tersebut.
Terdapat juga segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab yang telah
menjadikan sungai dan longkang yang ada di kawasan ini sebagai tempat pembuangan
sampah mereka. Keadaan ini berpunca daripada kurangnya kesedaran tentang penjagaan alam
sekitar dalam diri mereka. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai boleh menjejaskan
kebersihan sungai di samping mencemarkan pemandangan alam sekitar. Kebersihan
longkang juga akan terjejas dan boleh mengakibatkan longkang-longkang di kawasan ini
tersumbat dan kesannya air longkang akan mengalir keluar.
Selain itu juga, pertambahan penduduk di kawasan Tanjung Malim yang semakin
ramai menyebabkan penghasilan sampah sarap yang semakin banyak. Kesedaran penduduk
terhadap kempen kitar semula amat kurang menyebabkan jumlah sampah tidak dapat
dikurangkan. Tong sampah yang disediakan juga tidak digunakan dengan betul oleh para
penduduk setempat. Di beberapa kawasan seperti stesen keretapi, sampah sarap dilihat berada
di luar kawasan tong sampah. Hal ini membuktikan sikap penduduk yang gemar membuang
sampah merata-rata tempat walaupun pihak tertentu telah menyediakan tong sampah untuk
kegunaan semua. Walaupun tempat pelupusan sampah sarap di Tanjung Malim memang
disediakan oleh MDTM, namun bilangannya yang sedikit tidak mampu untuk menampung
sampah sarap yang ada. Kesannya, sampah sarap akan bertaburan dan menjejaskan
kebersihan di kawasan ini.
Masalah lain yang turut berlaku di Tanjung Malim adalah isu pencemaran udara yang
pernah mendapat perhatian ramai pihak. Isu ini berlaku pada tahun 2011 sehingga Tanjung
Malim termasuk dalam kategori bandar beracun seperti bandar Nilai, Putrajaya dan Selangor.
Keadaan ini memberi tekanan yang besar kepada beberapa pihak memandangkan masalah ini
bukanlah suatu masalah yang kecil dan boleh dipandang remeh. Isu pencemaran udara di
29
kawasan ini berlaku disebabkan oleh pengeluaran asap kenderaan yang berlebihan. Kawasan
Tanjung Malim mempunyai jumlah kenderaan yang semakin bertambah seiring dengan
pertambahan penduduk. Keadaan ini menyumbang kepada pelepasan gas-gas yang berbahaya
oleh kenderaan seperti gas karbon monoksida.
Selain itu juga, kawasan Tanjung Malim yang semakin pesat dengan sektor
perindustrian ekoran penubuhan kilang Proton menyebabkan kadar pencemaran udara
semakin buruk. Aktiviti perkilangan membebaskan bahan-bahan pencemar yang boleh
menjejaskan kualiti udara.
Kawasan Tanjung Malim juga menghadapi masalah sistem perparitan yang kurang
memuaskan. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan pekan Tanjung Malim. Parit-parit yang ada
di kawasan ini tidak diselenggarakan dengan kerap bagi memastikan kebersihan parit
daripada dipenuhi dengan sebarang bentuk sampah. Kehadiran sampah sarap yang dibuang ke
dalam parit menyebabkan parit atau longkang menjadi tersumbat dan air akan bertakung.
Aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan parit yang jarang dilaksanakan menyebabkan
keadaan sistem perparitan bertambah buruk dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan
berkesan. Keadaan akan bertambah buruk apabila air parit atau longkang melimpah keluar
dan menyebabkan banjir di kawasan sekitar. Air longkang juga menyebabkan pencemaran
bau berlaku dan mengundang ketidakselesaan penduduk setempat.
Ketibaan musim banjir akan menyebabkan longkang dan parit yang ada di kawasan
ini tidak dapat menampung kuantiti air dan seterusnya mengundang masalah yang lebih besar
iaitu fenomena banjir. Hal ini boleh membahayakan nyawa orang ramai terutamanya kanak-
kanak yang gemar bermain hujan. Keadaan longkang dan parit yang kecil juga menjadi satu
masalah di kawasan Tanjung Malim. Kedalaman parit yang kecil tidak mampu menampung
air yang banyak dalam suatu tempoh masa yang panjang. Kawasan yang rendah akan mudah
ditenggelami air yang melimpah keluar dari kawasan parit dan longkang.
Masalah lain yang turut membelenggu kawasan Tanjung Malim adalah masalah
berkaitan dengan perhentian bas. Bas merupakan salah satu kenderaan awam yang utama
kepada penduduk sekitar kawasan ini memandangkan kadar tambang yang rendah dan
menjimatkan penduduk. Para pengguna bas memerlukan kawasan perhentian bas untuk
menunggu bas dengan selesa memandangkan keadaan cuaca yang berubah-ubah seperti hujan
dan panas. Dengan adanya perhentian bas, mereka dapat menunggu bas dengan selesa dan
selamat. Namun begitu, jumlah perhentian bas yang ada di sekitar kawasan Tanjung Malim
30
terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk semua penduduk. Kawasan yang menjadi tumpuan
bas dan penduduk tidak dilengkapi dengan kemudahan perhentian bas menyebabkan
penduduk terpaksa berpanas untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Situasi lain pula berlaku
di kawasan Tanjung Malim yang menyediakan perhentian bas untuk kegunaan orang ramai
namun telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini juga akan
menyukarkan orang ramai dan pihak berkuasa tempatan memandangkan mereka terpaksa
mengeluarkan belanja yang banyak dalam memastikan kemudahan perhentian bas dapat
disediakan.
Alaf baru menjanjikan cabaran-cabaran baru serta membangkitkan pelbagai isu dan
masalah kepada seluruh pihak berkuasa tempatan. MDTM menggalas tanggungjawab dan
cabaran berterusan dalam menghadapi kehendak dan ekspedisi yang tinggi dan pelbagai
daripada pelanggan serta kerajaan. Perkara ini memerlukan pihak berkuasa tempatan
berfungsi dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
mereka. Kejayaannya antara lain bergantung kepada kemantapan struktur organisasi dan
pengurusan sumber manusia yang cekap di bahagian pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, seperti pihak berkuasa tempatan yang lain, MDTM turut menghadapi
cabaran dalam menghadapi masalah pertambahan beban tugas hinggakan terdapat kerja-kerja
yang tertunggak, contohnya, dalam urusan kutipan hasil. Masalah ini mempunyai implikasi
terhadap keperluan perjawatan tambahan serta inovasi-inovasi baru dalam proses kutipan
hasil bagi mengurangkan masalah tunggakan itu. Pertambahan beban tugas juga mungkin
disebabkan kewujudan fungsi dan tanggungjawab yang baru yang perlu disempurnakan oleh
pihak berkuasa tempatan bagi menangani pelbagai cabaran baru yang dihadapi.
4.5.2 MBI
Sebuah kawasan yang diklasifikasikan sebagai bandar raya seperti Bandaraya Ipoh ini
sememangnya tidak akan dapat lari daripada dibelenggu masalah atau isu seperti setinggan,
sampah sarap, perparitan, masalah haiwan liar yang berkeliaran dan juga pencemaran.
Masalah-masalah seperti ini kebiasaannya berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur, Kuantan, Pahang, Johor Bharu dan lain-lain lagi. Masalah yang berlaku ini bukan
sahaja disebabkan oleh faktor manusia tetapi juga disebabkan faktor semula jadi.
31
Masalah setinggan ini kerap dikaitkan dengan bandar raya besar terutamanya di Kuala
Lumpur. Namun begitu, masalah setinggan ini juga turut melanda bandar raya kecil seperti
Ipoh tetapi peratusannya adalah lebih rendah berbanding dengan bandar raya Kuala Lumpur.
Kewujudan kawasan setinggan di Ipoh ini dapat disokong dengan berita yang dipaparkan di
stesen televisyen TV3 menerusi segmen ‘Aduan Rakyat’ yang mengupas tentang isu masalah
setinggan Projek Landasan Kembar Ipoh- Padang Besar di Taiping, Perak. Berdasarkan
laporan yang disampaikan, hampir 300 penduduk setinggan mengadu bahawa mereka seperti
diperlekehkan. Hal ini demikian kerana mereka telah menandatangani perjanjian ‘Aku janji’
pada tahun 2008 yang menyatakan bahawa mereka akan memperoleh rumah rakyat yang
hanya akan mengambil masa selama dua tahun pembinaannya. Namun begitu, rumah rakyat
yang dijanjikan itu masih belum terkota lagi sedangkan mereka telah membayar premium dan
yuran sukat tanah. Apabila golongan penduduk setinggan ini memohon penjelasan dari pihak
yang berkenaan, pihak tersebut enggan kerjasama kepada mereka. Oleh itu, ternyatalah
bahawa isu setinggan ini wujud di kawasan bandar raya Ipoh.
Bukan itu sahaja, malahan isu berkaitan dengan pencemaran sungai juga wujud di
Ipoh. Antara sungai yang terdapat dalam kawasan Bandaraya Ipoh ini ialah Sungai Kinta,
Sungai Pari, Sungai Pinji, dan Sungai Raia. Sungai-sungai utama ini memperoleh sumber
airnya daripada Tanah Tinggi Banjaran Kledang dan juga banjaran utama di Ulu Kinta. Air
daripada sungai-sungai utama ini disalirkan ke Bandaraya Ipoh dan dalam tempoh masa yang
sama, air ini didapati mempunyai bahan sisa domestik yang terenap. Antara enapan yang
terhasil ialah phlit, syis dan batu slat. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan dan diterbitkan
dalam satu artikel yang bertajuk ‘Perubahan Guna tanah dan Tahap Kualiti Air Sungai di
Bandaraya Ipoh, Perak’ telah menyatakan bahawa status kualiti air di Lembangan Sungai
Kinta berada pada tahap sederhana tercemar. Manakala, menurut Penentu Indeks Kualiti Air
(IKA) , Sungai Kinta, Sungai Pari dan Sungai Pinji dikategorikan sebagai sungai yang
tercemar dan sederhana tercemar tetapi Sungai Raia masih dikategorikan sebagai sungai
bersih. Namun begitu, aliran air sungai yang tercemar ini akan terus mengalir sehingga ke
Bandaraya Ipoh. Apabila airnya mengalir sehingga bandar raya Ipoh ini, air sungai tersebut
akan ditambahkan lagi dengan sisa-sisa hasil daripada pembangunan yang pesat di pinggir
bandar. Oleh itu, pihak IKA telah mengeluarkan kenyataan bahawa, lembangan Sungai Kinta
ini terlebih dahulu memerlukan rawatan yang intensif ekstensif sebelum dijadikan sebagai
sumber air keperluan domestik.
32
Isu yang turut dibangkitkan dalam pengurusan Bandaraya Ipoh ialah isu sampah
sarap. Perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu yang besar sekiranya semua pihak
bertanggungjawab dalam menyelesaikannya. Di samping itu, isu ini juga dapat dielakkan jika
adanya pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik. Berdasarkan satu kenyataan yang
dikeluarkan oleh ADUN Sungai Rapat yang menjelaskan bahawa isu sampah sarap ini tidak
perlu terlalu bergantung kepada MBI, tetapi ianya perlu dijadikan tanggungjawab semua
pihak. Menurut beliau juga, masalah ini selalunya bermula dari kawasan perumahan yang
menghasilkan sampah yang banyak tetapi membuangnya di tempat yang tidak sepatutnya.
Selain itu, terdapat juga sikap segelintir penduduk yang kurang bertanggungjawab dengan
mengambil jalan mudah, membuang sampah di dalam longkang.
Isu seterusnya ialah berkaitan dengan banjir kilat. Untuk menyelesaikan masalah ini,
sistem perparitan yang terancang telah dibina di bandar raya Ipoh ini. Antara inisiatif yang
diambil oleh MBI bagi menyelesaikan masalah ini ialah dengan menaik taraf sistem
perparitan di bandar ini. Oleh itu, Datuk Bandar Ipoh telah meluluskan bajet untuk menaik
taraf sistem perparitan di bandar raya ini dengan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta. Pada
masa kini, Majlis Bandaraya Ipoh sedang giat melakukan kajian-kajian terperinci berkaitan
dengan pembinaan longkang monsun fasa kedua. Masalah banjir kilat yang berlaku ini
dikatakan berpunca daripada pembangunan yang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini
yang menyebabkan parit yang sedia ada tidak mampu untuk menampung perkembangan
pembangunan ini dan telah membawa kepada masalah banjir kilat.
Seterusnya adalah isu berkaitan dengan haiwan liar yang berkeliaran di sekitar
kawasan bandar ataupun perumahan. Isu ini agak kurang dibangkitkan di bandar-bandar
besar seperti di Ipoh, namun isu inilah yang menjadi isu hangat. Masalah haiwan liar
terutama anjing liar ini merupakan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
mereka dikehendaki untuk mengawasinya terutama di kawasan perumahan bagi menjamin
keselamatan penduduk sekitar. Disebabkan masalah yang semakin melarat, maka setiap
pemilik anjing dikehendaki memohon lesen yang sah untuk memelihara haiwan tersebut dan
kepada individu yang memelihara haiwan tersebut secara haram akan dikenakan kompaun
manakala anjing liar yang berkeliaran akan dimusnahkan.
Dalam gah mencipta kegemilangan, MBI turut menghadapi cabaran sepanjang
pentadbirannya. Antaranya ialah sektor perindustrian bandar terjejas. Hal ini berlaku
disebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia. Malah, para peniaga dan pengusaha sudah mula
33
hilang keyakinan terhadap ekonomi Ipoh terutamanya sektor eksport. Jika hal ini dibiarkan
berterusan, pendapatan MBI akan terjejas berikutan kekurangan hasil ekonomi. Tambahan
pula, pihak MBI terpaksa pula mengeluarkan belanja besar bagi membaiki kemudahan awam
yang rosak akibat vandalisme yang dilakukan oleh penganggur.
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh MBI ialah persaingan antara Ipoh dengan
bandar-bandar lain seperti Shah Alam, Putrajaya dan Selayang. Persaingan bandar-bandar
ini berlaku daripada segi pembangunan, ekonomi dan lain-lain. Implikasi jangka panjang
daripada pembangunan bandar-bandar ini boleh menjejaskan penaikan taraf bandar Ipoh
bahkan daya tarikan Perak akan menurun berikutan dengan penghijrahan penduduk ke
bandar-bandar lain. MBI juga menghadapi masalah dengan ketidakpuasan terhadap keutuhan
pentadbirannya sehinggakan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan, prasangka dan
tanggapan negatif tetapi, tohmahan-tohmahan tersebut dianggap sebagai pembakar semangat
untuk terus mencipta kejayaan.
Dari segi pengurusan sumber manusia, kepentingan sumber manusia dalam sesebuah
organisasi adalah kritikal kerana ia merupakan kunci kepada tinggi atau rendahnya
produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi. Cabaran baru yang sering timbul di Majlis
Bandaraya Ipoh kini adalah cabaran bagi memastikan pekerja terus setia dan komited
terhadap organisasi mereka. Sekiranya cabaran ini Berjaya disahut ia sekaligus pasti ia dapat
menyelesaikan masalah mengenai kadar pusing ganti pekerja yang semakin meningkat
terutama dalam kalangan pekerja teknikal (Davenport, 1999; Scandura dan Lankau, 1997).
Di samping itu, cabaran oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh adalah berkenaan usaha
untuk mempromosikan lokasi pelancongan di sekitar Ipoh dan negeri Perak. Kurangnya
usaha mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar bandar raya Ipoh oleh pihak yang
bertanggungjawab amat mendukacitakan para pelancong yang datang ke bandar ini. Hal yang
berlaku telah mengakibatkan pelancong luar terutama daripada Singapura, Australia, Afrika
dan Eropah yang berkunjung ke Ipoh tidak mengetahui ke mana arah lokasi pelancongan
menarik yang hendak dilawati. Kurangnya usaha mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan
menarik seperti kekurangan risalah serta buletin panduan berkaitan lokasi destinasi
pelancongan dan papan tanda besar mengenai gambar lokasi destinasi pelancongan terkenal.
Berdasarkan sesi soal jawab dengan pihak MBI, didapati wujud juga satu isu yang
agak serius iaitu isu bangunan lama yang terbiar. Kewujudan bangunan lama yang
ditinggalkan tanpa penghuni bukan sahaja menjejaskan imej Bandaraya Ipoh, malahan ia
34
turut mengancam keselamatan penduduk sekitarnya. Risalah berita yang diberikan oleh
pihak MBI menyatakan bahawa terdapat 90 buah bangunan lama yang telah ditinggalkan dan
ia juga tidak diselenggarakan dengan baik. Perkara ini turut dikatakan akan memberikan
ancaman seperti kewujudan masalah sosial, jenayah dan sebagainya di kawasan tersebut.
Kebanyakan bangunan tersebut merupakan hak milik individu, maka pihak MBI tidak
mempunyai kuasa bagi melakukan sebarang aktiviti di tempat tersebut.
4.6 Perancangan Pada Masa Hadapan
4.6.1 MDTM
MDTM merupakan pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab dalam memastikan
pembangunan dan kemajuan di sekitar kawasan Tanjung Malim, Perak. Pelbagai perancangan
yang telah dibuat oleh MDTM bagi membangunkan kawasan ini dan memastikan Tanjung
Malim mampu berubah menjadi bandar raya seperti kawasan-kawasan lain di Malaysia.
Antara perancangan yang telah dilakukan ialah melaksanakan pembangunan
bercampur di kawasan ini. Pembangunan bercampur ini merangkumi penubuhan hotel 4
bintang, pangsapuri kediaman, kompleks perniagaan, kompleks sukan serbaguna dan lain-
lain. Dalam erti kata lain, semua bangunan ini akan didirikan dalam satu kawasan yang sama.
Lokasi penubuhan yang telah dipersetujui oleh semua pihak adalah kawasan tanah kerajaan
yang terletak di Jalan Maktab, Jalan Ketoyong dan kawasan rumah rehat Tanjung Malim.
Pihak berkuasa tempatan yang merancang strategi ini bertujuan untuk menyediakan alternatif
ruang atau kawasan berniaga yang lebih selesa dan berdaya saing kepada masyarakat
setempat. Rasionalnya, kawasan yang mempunyai penempatan akan memberi peluang
keuntungan yang besar kepada para peniaga. Justeru itu, rancangan untuk menyediakan
pangsapuri kediaman di kawasan tersebut merupakan satu langkah yang bijak
memandangkan penduduk yang menetap di kediaman tersebut akan menjadi salah seorang
daripada pengguna atau pembeli kepada perniagaan yang dijalankan di kompleks perniagaan
dan kompleks sukan serbaguna.
Selain itu juga, dengan adanya kompleks-kompleks seperti ini akan mendorong lebih
ramai pelancong untuk datang berkunjung memandangkan kelengkapan dan kemudahan yang
disediakan mencukupi dan menepati cita rasa pengguna. Keadaan ini juga akan mendorong
peningkatan permintaan terhadap hotel-hotel dan meningkatkan prestasi keuntungan hotel
35
tersebut. Pihak berkuasa tempatan juga telah membuat anggaran kos sebanyak RM88 juta
bagi melaksanakan rancangan pembangunan ini. Usaha sama antara pihak MDTM dengan
pihak swasta diperlukan dalam menjayakan projek ini memandangkan kos yang diperlukan
amat besar. Dengan adanya usaha sama dengan pihak swasta, beban kerajaan dalam
membiayai projek ini dapat dikurangkan kerana pelaburan yang akan dilakukan oleh pihak
swasta adalah cukup besar.
Selain projek pembangunan bercampur, MDTM juga telah merangka satu projek
yang dikenali sebagai Dataran Malim. Dataran Malim merupakan kawasan yang disediakan
oleh pihak berkuasa tempatan untuk menampung acara-acara yang melibatkan perarakan atau
himpunan peringkat kebangsaan. Objektif Dataran Malim adalah lebih kurang sama dengan
objektif penubuhan Dataran Merdeka. Projek Dataran Malim ini dijangka akan dilaksanakan
sepanjang kawasan Kuil Hindu sehingga kawasan landasan keretapi. Dengan adanya dataran
ini, masyarakat setempat dapat berhimpun dalam suatu majlis yang besar-besaran
memandangkan kawasan ini mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai. Misalnya,
majlis perarakan kemerdekaan dapat dijalankan di kawasan ini dan seterusnya mampu
menarik lebih ramai pengunjung untuk datang berkunjung ke daerah Tanjung Malim. Kos
pembinaan dataran ini dijangka mencecah RM4 juta dan menunjukkan projek ini adalah satu
projek yang besar dan menelan belanja yang banyak. MDTM akan menjalankan usaha sama
bersama-sama dengan kerajaan negeri dan Jabatan Landskap Negara. Jabatan ini akan
memainkan peranan penting dalam memberikan sentuhan imej yang bersesuaian dan menarik
dalam menjayakan projek Dataran Malim ini.
Rancangan seterusnya yang mendapat perhatian adalah projek Malim Walk dan
Arena Square. Projek Malim Walk yang dijangka menelan belanja pembinaan sebanyak RM2
juta akan dilaksanakan di sepanjang Jalan Besar sehingga kawasan landasan keretapi. Malim
Walk bertujuan untuk menaik taraf jalan-jalan yang terdapat di kawasan ini ke arah yang
lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada semu pengguna khususnya penduduk
setempat. Jabatan Landskap Negara dan MDTM akan bergabung tenaga dalam usaha
mengindahkan jalan-jalan dengan mengubah landskap asal kepada landskap yang lebih
cantik.
Projek Arena Square pula dirancang bertujuan untuk meningkatkan keceriaan dan
keindahan bandar Tanjung Malim dengan landskap yang mempesonakan. Projek ini akan
dilaksanakan di kawasan dataran berhadapan dengan bangunan Maybank. Projek ini
36
merupakan salah satu projek yang menelan belanja yang sedikit berbanding dengan projek
lain dan hanya memerlukan kos sebanyak RM650 ribu bagi merealisasikannya.
Projek-projek yang dirancang oleh MDTM merupakan salah satu usaha yang perlu
bagi memastikan pembangunan dan kemajuan kawasan ini dapat dirasai oleh semua
penduduk dan masyarakat. Projek yang disebutkan juga penting dalam menjayakan misi
MDTM untuk menuju ke arah Majlis Perbandaran Tanjung Malim pada tahun 2021.
4.6.2 MBI
Secara keseluruhannya, pelan perancangan Bandaraya Ipoh telah diterangkan dalam draf
perancangan Bandaraya Ipoh 2020. Draf ini dibentuk sejajar dengan peruntukan Seksyen 12
hingga Seksyen 15, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan telah
mengambil kira aspek pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, dan alam sekitar dalam
menangani isu terkini. Konteks yang disentuh dalam draf konsep pembangunan termasuklah
menjadikan Ipoh sebagai Perbandaran Berteraskan Multi Nucleus, Perbandaran Berteraskan
Koridor Pengangkutan serta mengeksploitasi potensi Lebuh raya dan laluan berkembar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berdasarkan tiga teras. Tiga teras yang
ditekankan ialah perbandaran dan sumber jaya mampan, pembangunan ekonomi bersepadu,
perhubungan dan darjah ketersampaian yang efisien dan komuniti sejahtera.
Antara perancangan yang terdapat dalam draf tersebut ialah pembangunan kawasan
petempatan desa dan menaik taraf kemudahan infrastruktur bagi mewujudkan persekitaran
yang lebih berkualiti. Sebagai contoh, kawasan rekreasi dan landskap Sungai Kinta akan
dijadikan seperti ciri-ciri The Revitalisation of Ipoh River. Seterusnya, ialah mengukuhkan
pembangunan perniagaan dan perkhidmatan di kawasan pusat bandar mengikut hierarki dan
fungsi yang ditetapkan. Contoh cadangannya ialah membangunkan semula tanah terbiar
untuk dijadikan kawasan perniagaan moden yang boleh meningkatkan imej Bandaraya Ipoh.
Selain itu, dalam draf tersebut juga menekankan untuk mengintegrasikan
pembangunan guna tanah dan sistem pengangkutan melalui galakan pembangunan berdensiti
tinggi dan padat di sekitar transit. Oleh itu, perkara yang ingin dilakukan dalam draf
rancangan tersebut ialah meningkatkan pembangunan guna tanah berdasarkan konsep
Pembangunan Berorientasikan Transit. Manakala, draf lain yang dirancang termasuklah
tentang pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan juga perlaksanaan kawalan
pembangunan melalui sumber semula jadi serta melindungi daripada risiko bencana. Contoh
37
cadangannya ialah mengekalkan Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong dan dan Hutan
Simpan Kekal Bukit Kinta agar ianya tidak merosakkan tampungkan generasi akan datang
dari segi ekosistem hutan, kitaran hidrologi dan juga kepelbagaian biologi.
Di samping itu, bagi mewujudkan ‘sense of Place’ dan identiti yang menarik,
pengukuhan imej dan reka bentuk bandar perlu diwujudkan. Berhubung dengan perkara ini,
satu cadangan telah diusulkan iaitu dengan mewujudkan kluster sejarah dan pembangunan
warisan bertema serta memelihara 120 monumen dan tapak bersejarah. Dalam draf ini turut
diselitkan tentang menggalakkan pelaburan di dalam sektor perindustrian supaya pelaburan
ini dapat mengukuhkan dan menjana pertumbuhan ekonomi setempat. Pelaburan dalam
sektor ini dapat dilakukan dengan adanya cadangan untuk menyediakan kawasan
perindustrian yang secukupnya. Hal ini demikian akan dapat meningkatkan sumbangan
dalam sektor perindustrian yang selaku penyumbang peluang pekerjaan yang kedua
terpenting kepada penduduk setempat melalui sektor perkilangan.
Di dalam draf perancangan Bandar Raya Ipoh 2020 ini turut mendrafkan tentang
pembangunan destinasi pelancongan dan produk pelancongan yang berkualiti, berdaya saing
bagi mempelbagaikan sumber ekonomi. Cadangan yang diusulkan untuk memastikan usul
ini dapat dijalankan ialah menjadikan kawasan hutan simpan dan bukit batu kapur sebagai
produk ekopelancongan dan di samping itu terdapat juga produk pelancongan lain yang
berkaitan dengan pelancongan berasaskan makanan, kesihatan dan keagamaan supaya dapat
menarik pelancong luar Negara daripada Singapura, China, Taiwan, Hong Kong dan
sebagainya. Selanjutnya ialah draf mengenai perancangan pembangunan perumahan yang
mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan penduduk yang terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat. Cadangan yang dikemukakan ialah dengan merancang kawasan
perumahan yang berteraskan kejiranan dan mempunyai prasarana sosial. Hal ini demikian
adalah untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat dengan persekitaran perumahan
tersebut yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti keselamatan, kesihatan, infrastruktur,
kemudahan sosial dan lain-lain lagi.
Selain itu, draf tersebut turut terdapat perancangan untuk meningkatkan tahap
perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam dan pengurusan permintaan perjalanan untuk
mencapai pengangkutan mampan. Antara cadangannya ialah dengan meningkatkan tahap
kecekapan lalu lintas dan mutu kemudahan awam. Manakala, draf terakhir yang terdapat
dalam draf perancangan bandar raya Ipoh 2020 ialah berkaitan dengan pembangunan
38
Bandaraya Ipoh berteraskan ICT ke arah mencapai K-State. Cadangannya ialah dengan
memantapkan pembangunan Meru Raya sebagai Cybercentre yang merangkumi
pembangunan Perak ‘Techno Trade Centre’ sebagai ‘One Stop Centre’ untuk tujuan
mengurus cybercentre dan juga kegiatan pelaburan ICT bagi Negeri Perak.
4.7 Kesimpulan
Secara keseluruhannya bab ini telah membincangkan semua hasil dapatan kajian yang
diperoleh melalui pelbagai medium kajian. Perbincangan mengenai isu-isu urus tadbir serta
pembangunan yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak majlis berkuasa tempatan ini juga
telah dibincangkan dengan jelas dan terperinci. Selain daripada isu pembangunan, kami telah
mengenal pasti kelebihan dan kelemahan serta menerangkan tentang perancangan pada masa
hadapan.
39
BAB V
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan
Pengurusan dan urus tadbir sesebuah kawasan sama ada majlis daerah ataupun majlis bandar
raya yang sistematik sememangnya bagus untuk pembangunan. Namun begitu, terdapat
pelbagai aspek yang masih perlu diberikan perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu
dititikberatkan ialah faktor keselesaan dan keselamatan penduduk setempat. Kesejahteraan
penghuni sesebuah kawasan merupakan elemen yang penting dalam pembangunan sesebuah
bandar. Kehidupan penduduk yang aman dan harmoni akan mencerminkan sistem urus tadbir
kota tersebut yang teratur dan sistematik. Bagi mencapai hasrat tersebut, sesetengah aspek
pengurusan pembangunan masih perlu dibaiki bagi mempertingkatkan mutu kehidupan di
sesebuah kawasan.
5.1 Cadangan
Berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik yang dilakukan, masih terdapat beberapa perubahan
yang boleh dilakukan oleh MDTM dan MBI bagi tujuan pembangunan lokasi tersebut.
Penambahbaikan kemudahan-kemudahan awam juga perlu dilaksanakan dari masa ke masa.
Penyelenggaraan kemudahan awam seperti taman rekreasi, tandas awam dan sebagainya
yang telah uzur amatlah penting bagi menjamin keselamatan pengguna yang menggunakan
kemudahan tersebut. Hal ini penting bukan sahaja bagi menjaga keselesaan penduduk
40
setempat malahan warga asing yang datang ke Malaysia untuk melancong. Penambahan
kawasan hijau dalam dekorasi landskap kawasan pentadbiran juga merupakan sesuatu aspek
yang baik bukan sahaja dari segi penurunan suhu persekitaran malahan ia juga dapat menjadi
daya tarikan kemasukan pelancong asing dari luar.
Di Malaysia sendiri, terdapat beberapa program telah diwujudkan bagi menjaga
kesejahteraan hidup masyarakat. Antara program tersebut ialah seperti program Bandar
selamat. Program ini telah diwujudkan pada tahun 2004 bagi menjaga keselamatan penghuni
bandar mahupun desa. Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, bandar selamat
membawa erti bandar yang selamat untuk dihuni dan bebas daripada semua ancaman
termasuklah aspek fizikal, sosial dan mental. Selain itu, persekitaran bandar itu juga berada
dalam situasi yang terpelihara. Penduduk sesebuah bandar tersebut akan sentiasa berada
dalam keadaan paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.
Di samping itu, program bandar selamat juga telah menggariskan 23 langkah
pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai pihak dalam proses pembangunan bandar yang
selamat. Antara-antara objektif utama pelaksanaan program ini ialah:
i. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan
nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.
ii. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam
seperti banjir dan tanah runtuh.
iii. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral
decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah
guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.
iv. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti
kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.
Sumber: Diperoleh daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/402-info-ringkas/7148-
program-bandar-selamat-2010.html pada 10 Disember 2011
Selain itu, masih terdapat beberapa aspek kecil lagi yang perlu dibaiki dalam
menambahkan mutu perkhidmatan MDTM dan MBI. Antara-antara aspek tersebut ialah
sistem pungutan sampah yang lebih efisien. Jika dilihat di sesuatu kawasan tersebut,
kebanyakan pekerja yang disediakan oleh pihak pentadbir tidak menjalankan tugas mengikut
41
waktu yang ditetapkan. Ekoran itu, ia akan menyebabkan kawasan pembuangan sampah
terutamanya di kawasan perumahan akan berbau busuk. Tindakan haiwan-haiwan liar seperti
kucing dan anjing yang menyelerakkan kawasan tong sampah akan memburukkan lagi
keadaan tersebut. Perkara ini haruslah diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang
berkaitan. Pihak pentadbir juga perlu bersikap cakna terhadap aduan-aduan yang dilaporkan
oleh penduduk tempatan dan berusaha menyelesaikannya. Perkara-perkara sedemikian tidak
boleh diambil ringan kerana ia akan mencacatkan imej sesebuah kawasan pentadbiran apatah
lagi semasa kawasan tersebut sedang dalam proses pembangunan.
5.2 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan tentang rumusan secara keseluruhan bagi
hasil kajian ini. Ternyata pengurusan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa
tempatan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dari segi urus tadbir dan perancangan
bandar. Bagi melaksanakan segala yang dirancang dalam memenuhi kualiti hidup sosial
khususnya dalam pembangunan bandar bukanlah sesuatu yang mudah. Namun adalah tidak
mustahil untuk mencapai matlamat dan objektifnya. Apa yang penting ialah penglibatan dan
komitmen semua pihak untuk memberi perhatian dan tumpuan dalam mencari penyelesaian
pelbagai isu perbandaran.
Penyediaan pelan dan seterusnya pelaksanaan yang melibatkan pengurusan dan
pengawalan melalui struktur organisasi yang benar-benar dapat mengurus, mentadbir dan
mengendalikan segala perancangan termasuk dasar-dasar perancangan. Selain itu, cadangan
untuk penambahbaikan yang perlu diambil oleh pihak berkenaan telah dinyatakan berserta
cadangan kajian pada masa akan datang yang telah dikemukakan. Diharap pihak yang
berkenaan dapat mengambil inisiatif dengan lebih efisien bagi meningkatkan mutu pihak
berkuasa tempatan pada masa akan datang.