usahawan muda
TRANSCRIPT
BIODATA PENGURUS PEMASARAN TUDUNG FAREEDA
Nama Penuh : Mawar Abdul Karim
Umur : 27 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Status : Berkahwin (Isteri Fizo Omar)
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA
Mawar ialah anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda. Mereka berdua bergelar suami isteri
pada 10 November 2013 di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang.
USAHAWAN TUDUNG FAREEDA MAWAR ABDUL KARIM
1
Usahawan yang telah saya pilih adalah Pengurus Pemasaran Fareeda House of Scarf, Mawar
Abdul Karim. 3 elemen diambil kira dalam menyiapkan tugasan ini iaitu produk, pengedaran dan
pengagihan, penetapan harga dan promosi.
PRODUK
Memang tak disangka bahawa kegagalan adalah satu perkara yang sangat pahit untuk ditelan.
Begitulah yang dilalui oleh Pengarah Urusan Fareeda House of Scarf, ibu kepada Mawar iaitu
Puan Faridah Zakaria. Oleh yang demikian produk yang dihasilkan oleh Puan Fareeda adalah
kepelbagaian jenis tudung dan kini bisnes tersebut diterajui oleh anaknya Mawar Abdul Karim..
Terdapat enam jenis tudung FAREEDA iaitu sama ada kain kosong, kain bercorak, bermanik,
bersulam, berbiku dan berlapis dua yang diperbuat daripada kain import dari Itali, Korea,
Thailand dan Perancis. Jenis kain yang digunakan ialah seperti yokyo sifon, dope, dyed, opal dan
organza.Dari segi warna, hampir 32 warna yang boleh dipilih sama ada dari saiz S hinggalah ke
XL.
Contoh produk iaitu tudung yang dipakai untuk tarikan pembeli
PENETAPAN HARGA
2
Kini Fareeda House of Scarf mempunyai lebih daripada 100 pekerja dan 300 pengedar yang
berjaya menjual hampir 20000 helai tudung setiap bulan terutamanya di cawangan Fareeda di
Bangi, Selangor. Pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan tudung Fareeda lebih-
lebih lagi jika edisi rekaan terbaru Fareeda berada di pasaran kerana setiap rekaan yang
dihasilkan adalah terhad demi menjaga kualiti Fareeda. Walaupun harga tudung Fareeda dilihat
agak mahal, dengan harga permulaan bermula pada sekitar harga RM150 sehelai, pelanggan
tegarnya tetap tidak berganjak ke jenama tudung lain berikutan kain yang digunakan untuk
menghasilkan tudung Fareeda adalah daripada kain yang berkualiti tinggi dari luar negara. Hal
ini bukan sahaja mampu memikat hati pelanggan, malah memastikan syarikat Fareeda dapat
bersaing dengan syarikat lain di Malaysia.
Contoh iklan yang ditayangkkan beserta harga yang menarik iaitu RM 120 sepasang.
PROMOSI
3
Bagi menarik perhatian pelanggan, Fareeda menggunakan kaedah mempromosikan produk tudung
beliau. Menariknya, Fareeda tidak menggunakan artis sebagai duta dan model jenamanya, tetapi
menggunakan orang biasa sebagai model melalui program Pencarian Model Fareeda yang diadakan
hampir setiap tahun. Tambah Mawar, Fareeda mahu wanita memakai setiap rekaan tudungnya
kelihatan cantik, berkarisma, berkerjaya dan berkeyakinan.“Saya sendiri jadi duta Fareeda. Kadang-
kadang Fareeda menaja tudung pembaca berita dan pelakon. Kami juga mengadakan Pertandingan
Mencari Model Fareeda dan mempromosikannya di Facebook,” katanya.
Dengan melakukan promosi sedemikian seperti harga yang rendah pada masa – masa tertentu
disamping mangadakan pencarian model untung tudung beliau, secara tidak langsung dapat
menjadikan produk beliau terkenal dan dipercayai ramai. Menurutnya, akibat pelanggan terlalu
ramai menunggu giliran masuk ke dalam butik Fareeda, maka 20 minit sahaja terpaksa diberikan
untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 20 orang dan had seorang sehelai tudung
sahaja.“Pelbagai insiden berlaku antaranya pelanggan tidak beratur terus terjah masuk, bergaduh
dan keadaan tidak terkawal. Inilah yang belaku apabila promosi yang dilaksanakan begitu menarik
ramai orang.
Gambar diatas adalah pemenang pencarian model tudung Fareeda.
4
PENGEDARAN ATAU PENGAGIHAN
Mawar iaitu anak kepada Fareeda merancang perniagaannya dengan menghasilkan koleksi Mawar
daripada ideanya sendiri yang akan menemui pasaran tahun ini. Tambahnya, kini Fareeda
mempunyai tujuh cawangan antaranya di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, dan Putrajaya.Beliau
berkata, sempena pembukaan cawangan baharu di Putrajaya, Fareeda memperkenalkan dua koleksi
dengan corak baharu iaitu Nour Aisya dan Nour Mariya.
Kedua-dua koleksi ini adalah idea dan rekaan Fareeda sendiri. Koleksi ini menggunakan chiffon
dari Korea dan tidak mempunyai ‘awning’. Sebelum ini, Fareeda menawarkan lapan koleksi dengan
corak baharu terhad antaranya Nour Sara Printed, Nour Sofea dan Aisya. Jelasnya, Fareeda
merancang membuka beberapa cawangan baharu terutama di Johor Bahru dan bakal menembusi
pasaran Brunei.
Butik Fareeda yang teletak di Sekyen 7, Shah Alam
5
CARA PEMASARAN TUDUNG FAREEDA
1) Mencipta brand sendiri adalah strategi berkesan
Mawar berkata, sebelum ini, Fareeda diberikan peluang bekerjasama dengan sebuah syarikat tetapi
tidak dibenarkan menggunakan jenama sendiri. Oleh itu Fareeda menghentikan kerjasama tersebut
kerana didapati pada jangka masa panjang tidak membantu kemajuan jenama Fareeda. Maka
Fareeda berusaha meningkatkan penjualan tudungnya sendiri dengan menggunakan pelbagai
kaedah.Pada tahun 2009 dan 2010, ramai pelanggan sukar membeli tudung Fareeda terutama
koleksi ‘hot’ iaitu Sabreena dan Suraiya yang dijual dengan harga lingkungan RM100 kerana faktor
lokasi.
2) Menjadikan diri sendiri sebagai model tudung Fareeda.
Mawar telah menjadikan dirinya sendiri sebagai model untuk mengiklankan produk beliau.
Kecantikan semulajadi yang ada pada diri beliau sememangnya adalah satu anugerah disamping
melariskan lagi jualan tudung Fareeda. Seperti gambar diatas, Mawar melakukan promosi
sempenan Hari Raya Aidiladha.
6
3) Mengadakan pertandingan pencarian model tudung Fareeda kategori kanan - kanak
dan dewasa
Melalui strategi pemasaran seperti ini maka ramailah yang akan berlumba lumba untuk datang ke
pertandingan tersebut. Dengan ini, ramai yang akan hadir. Disamping melakukan pertandingan
secara tidak langsung, ramai yang akan tahu akan brand tudung Fareeda dan menjadi trend
fesyen pada masa kini.
4) Menyediakan voucher diskaun yang terletak di dalam majalah Fareeda
7
MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN MODAL RM3000 YANG DIGUNAKAN
UNTUK MEJAHIT TUDUNG
Mawar berkata, beliau tidak menyangka hanya bermula dengan dua mesin jahit terpakai yang dibeli
oleh bapa digunakan untuk menjahit tudung dengan niat memenuhi minat mendalam dalam
perniagaan dan menghasilkan rekaan yang cantik, unik dan eksklusif, ibunya kini menjadi
usahawan yang berjaya.
Jelas Mawar “Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit
tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang setelah berbincang dan
mendapat galakan daripada suami untuk menceburi bidang perniagaan penghasilan tudung. Pada
mulanya ibu memulakan perniagaan menjahit tudung yang ditempah kawan-kawan dan saudara
mara. Tudung tersebut menggunakan jenama Maisara yang mempunyai ‘awning’ sahaja, dijual
dengan harga agak rendah walaupun menggunakan kain chiffon berkualiti dan margin keuntungan
sangat kecil sebagai percubaan memperkenalkannya di pasaran,”
8
KESIMPULAN
Melalui tugasan keusahawanan yang dilakukan secara individu, banyak perkara yang dapat
dipelajari dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Seperti usahawan yang telah saya pilih
iaitu Mawar Abdul Karim, saya sangat mengagumi kecekalan beliau disamping kesungguhan ibu
beliau iaitu Puan Faridah Zakaria pengasas tudung jenama Fareeda. Kepayahan demi kepayahan
harus dilalui bagi memberi saingan kepada tudung yang sudah sedia ada di pasaran. Bagi saya,
kreativiti dalam menghasilkan sesuatu produk adalah bonus bagi menabat hati masyarakat di luar
sana. Sehinggakan harga yang mencecah ratusan ringgit pun masih menjadi habuan ramai
disebabkan brand yang sungguh hebat dan terkenal.
Di akhir kajian ini, jelaslah bahawa untuk menjadi seorang usahawan bukanlah sesukar yang kita
fikir. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan disamping peribadi yang baik akan
menjadikan kita sebagai usahawan yang Berjaya dan dikenali ramai. Rasulullah juga di zaman
hidupnya berniaga untuk meneruskan kehidupan. Oleh yang demikian menjadi sunnah pada diri
kita untuk melakukan perniaagaan. Besar ataupun kecil bukanlah ukuran tetapi keikhlasan dan
kejujuran jika diterapkan di dalam perniagaan kita semestinya maha pencipta kita ALLAH akan
sentiasa memberi pertolongan kepada kita. Duit itu sememangnya diperlukan dan sangat perlu
untuk dicari tetapi duit bukanlah segalanya. Semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dan
memohon agar perniagaan kita sentiasa ALLAH berkati.
9
RUJUKAN
http://eynanino.blogspot.my/p/tokoh-tokoh-usahawan.html
http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/fareeda-nyata-jelita.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Feminin/20130106/fe_03/Mawar-tidak-lupa-diri
Surat Khabar Sinar Harian
10