usahawan pilihan - suraya

6
Profail Usahawan Terpilih Entrepreneur Profile by Popular Product Invention HONDA Profail Usahawan Soichiro Honda ialah seorang jurutera dan usahawan Jepun yang terkenal sebagai pengasas syarikat Honda Motor. Honda lahir di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun pada 17 November 1906. Sepanjang zaman kanak-kanaknya, beliau membantu bapanya, Gihei untuk menjaga kedai baiki basikalnya. Ibunya, Mika, ialah seorang penenun ketika itu. Anak sulung daripada sembilan adik beradik, sebuah keluarga miskin yang ayahnya merupakan tukang besi Pada umur 15 tahun, tanpa sebarang pendidikan formal, Honda berpindah ke Tokyo untuk mencari nafkah. Beliau menjadi pelatih di sebuah bengkel pada tahun 1922. Beliau terus bekerja di bengkel itu selama enam tahun sebagai mekanik kereta, sebelum kembali ke kampung halaman untuk membuka kedai baiki keretanya pada umur 22 tahun.

Upload: mutiara-technology

Post on 10-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Usahawan Pilihan

TRANSCRIPT

  • Profail Usahawan Terpilih

    Entrepreneur Profile by Popular Product Invention

    HONDA

    Profail Usahawan

    Soichiro Honda ialah seorang jurutera dan usahawan Jepun yang terkenal sebagai pengasas syarikat Honda Motor.

    Honda lahir di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun pada 17 November 1906. Sepanjang zaman

    kanak-kanaknya, beliau membantu bapanya, Gihei untuk menjaga kedai baiki basikalnya.

    Ibunya, Mika, ialah seorang penenun ketika itu. Anak sulung daripada sembilan adik beradik,

    sebuah keluarga miskin yang ayahnya merupakan tukang besi Pada umur 15 tahun, tanpa

    sebarang pendidikan formal, Honda berpindah ke Tokyo untuk mencari nafkah. Beliau

    menjadi pelatih di sebuah bengkel pada tahun 1922. Beliau terus bekerja di bengkel itu

    selama enam tahun sebagai mekanik kereta, sebelum kembali ke kampung halaman untuk

    membuka kedai baiki keretanya pada umur 22 tahun.

  • Sejarah penubuhan syarikat Honda & Kejayaanya

    Pada tahun 1937, Honda mula membuat gelang omboh untuk enjin kecil, seterusnya

    mengilang enjin kecil untuk kegunaan motosikal dan pada 1938, honda bekerja siang dan

    malam membentuk suatu acuan lingkaran piston untuk perbadanan toyota. dia melaburkan

    semua wangnya dan juga barang kemas isterinya untuk membiayai usahanya itu tetapi

    toyota menolak kumpulan pertama lingkaran berkenaan. dia mengambil masa dua tahun lagi

    untuk menyerpunakan reka bentuknya, apabila dia sudah bersedia untuk mendirikan kilang

    lingkaran pistonnya, honda tidak dapat memperoleh memperoleh bekalan simen, jadi dia dan

    orangnya belajar membuat simen sendiri. barang honda begitu diperlukan ketika perang

    sehinggakan toyota meminjamkan AS$260,000 untuk modal kerja dan honda mula melatih

    wanita menggantikan pekerja lelaki. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan

    dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula.

    Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan

    membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.

    Kemudian pada tahun 1948, beliau mula memasang motosikal lengkap selaku presiden

    Syarikat Motor Honda.Honda menjadikan syarikatnya itu sebagai perusahaan multinasional

    yang bernilai ribuan juta dolar yang mengeluarkan motosikal yang terhebat di dunia. Berkat

    kemahiran kejuruteraan dan pemasaran Honda, jualan motosikal buatan Honda berjaya

    mengatasi jenama Triumph dan Harley-Davidson di pasaran negara asal masing-masing.

    menjelang 1965, lima puluh peratus daripada motorsikal yang dijual di amerika syarikat

    adalah honda dan syarikat keretanya yang berusia dua tahun mula menempah nama sebagai

    pengeluar kereta yang tercekap dan mesra alam.

    ketika hayatnya, honda bertanggungjawab menghasilkan hampir 450 ciptaan dan lebih 150

    paten. dia menerima anugerah doktor kehormat daripada universiti teknikal michigan dan

    universiti ohio state dan reben biru jepun pada 1952. Honda kekal sebagai presiden

    sehingga persaraannya pada tahun 1973, tetapi selepas itu kekal sebagai pengarah serta

    dilantik "penasihat agung" pada tahun 1983. Martabat beliau begitu tinggi, hinggakan

    majalah People meletakkan nama beliau dalam senarai "25 Most Intriguing People of the

    Year" 1980, dengan gelaran "Henry Ford Versi Jepun." Dalam persaraan, Honda sibuk

    memikul kerja-kerja berkenaan Honda Foundation. Beliau meninggal dunia akibat kerosakan

    hati pada tahun 1991.

  • Honda Motor Company, Ltd.

    Nama asal Honda Giken Kogyo Kabushiki-gaisha

    Industri Automotif

    Penerbangan Telematik

    Ditubuhkan Hamamatsu, Jepun (September 24, 1948)

    Pengasas Soichiro Honda Takeo Fujisawa

    Ibu pejabat Minato, Tokyo, Jepun

    Tempat dibekalkan Antarabangsa

    Perancang utama Takanobu Ito (Presiden, CEO dan Pengarah

    Wakil)

    Produk Kereta

    Motosikal

    Skuters

    Penjana elektrik

    Pam air

    Penyelenggaraan landskap

    Bot motor

    Robot

    Pesawat jet

    Enjin jets

    Sel solar filem nipis

  • MOTOSIKAL HONDA CUP

  • Honda accord

    Honda insigh hybrid

    RUJUKAN

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Soichiro_Honda

    http://en.wikipedia.org/wiki/Honda