v abstrak - faculty of education...v abstrak kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti...
TRANSCRIPT
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesediaan pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah
Teknik Muadzam Shah, Pahang. Seramai 129 orang pelajar tingkatan empat sesi
2007 yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 88 orang pelajar perempuan
telah dipilih untuk menjadi responden. Dalam kajian ini, kesediaan pelajar dikaji
dalam tiga aspek iaitu minat, kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada.
Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaannya
adalah α = 0.906. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara
menganalisis data. Pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa
kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang adalah pada tahap yang
sederhana. Hasil ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan minat antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan. Walaubagaimanapun tidak terdapat perbezaan
kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan
kepada guru, pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan kesediaan di kalangan
pelajar. Di samping itu, cadangan kajian lanjutan bagi penyelidik yang ingin
meneruskan kajian ini dengan lebih mendalam juga diberikan.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to determine student preparation in learning Civil
Engineering Studies at Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang. A total
of respondents are 129 students from form four sessions 2007 which are 41 male
students and 88 female students. In this study the preparation was focused only on
three aspects which are interest, English skills and prior knowledge. The instrument
that used to measure was questionnaire and the reliability index of the instrument
was α = 0.906. Descriptive statistics in the form of frequency, percentage and mean
was used in the analysis. As a whole, the result of this study showed that student
preparation in learning Civil Engineering Studies at Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang is fair. T-test result has shown there is a difference in
interest between male students and female students. However, there are no
differences in English skills and prior knowledge between male students and female
students. Therefore, a few suggestions were proposed for teachers, school and
parents in order to increase student preparation among students. Besides that,
suggestion for further research for those who want to continue this research in depth
was also given.
vii
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1. Pengenalan 1
1.2. Latar Belakang Masalah 3
1.3. Penyataan Masalah 6
1.4. Objektif Kajian 7
1.5. Persoalan Kajian 8
1.6. Hipotesis 9
1.7. Kepentingan Kajian 10
1.8. Skop Kajian 11
viii
1.9. Batasan Kajian 11
1.10. Definisi Istilah 11
1.10.1 Kesediaan 11
1.10.2 Pengajian Kejuruteraan Awam 12
1.10.3 Minat 12
1.10.4 Kemahiran Bahasa Inggeris 13
1.10.5 Pengetahuan Sedia Ada 13
1.10.6 Sekolah Menengah Teknik 13
1.10.7 Pelajar 14
BAB II SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kesediaan Belajar 15
2.3 Minat 18
2.4 Penguasaan Bahasa Inggeris 21
2.5 Pengetahuan Sedia Ada 25
BAB III METODOLOGI 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Lokasi Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 38
3.8 Kaedah Analisis 39
ix
BAB IV ANALISIS DATA 42
4.1 Pengenalan 42
4.2 Bahagian A 44
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Tingkatan Dan Umur 45
4.2.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 45
4.2.4 Keputusan Bahasa Inggeris Dalam
Penilaian Menengah Rendah 46
4.2.5 Kawasan Tempat Tinggal 47
4.3 Bahagian B 48
4.3.1 Minat Pelajar Dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 48
4.3.2 Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 51
4.3.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 53
4.3.4 Perbezaan Minat Antara Pelajar Lelaki Dan
Pelajar Perempuan Dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 55
4.3.5 Perbezaan Kemahiran Bahasa Inggeris Antara
Pelajar Lelaki Dan Pelajar Perempuan Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 56
4.3.6 Perbezaan Pengetahuan Sedia Ada Antara
Pelajar Lelaki Dan Pelajar Perempuan Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 57
4.4 Analisis Keseluruhan 58
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 60
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan Dan Rumusan 61
5.2.1 Minat Pelajar Dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 61
5.2.2 Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 62
5.2.3 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 64
5.3 Cadangan Tindakan 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 72
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan Sampel Minimum Mengikut
Jenis Kajian 34
3.2 Item-item yang Berkaitan dengan
Persoalan Kajian 35
3.3 Skala Likert 36
3.4 Perubahan Item Soal Selidik 37
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 39
3.6 Tahap Penilaian Min 40
3.7 Ringkasan Kaedah Analisis Mengikut
Persoalan Kajian 41
4.1 Jantina 44
4.2 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 46
4.3 Keputusan Bahasa Inggeris Dalam
Penilaian Menengah Rendah 47
4.4 Kawasan Tempat Tinggal 47
4.5 Minat Pelajar Dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 48
4.6 Kemahiran Bahasa Inggeris Pelajar Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 51
4.7 Pengetahuan Sedia Ada Pelajar Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 53
xii
4.8 Perbezaan Minat Antara Pelajar Lelaki
dan Pelajar Perempuan Dalam
Mempelajari Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 55
4.9 Perbezaan Kemahiran Bahasa Inggeris
Antara Pelajar Lelaki dan Pelajar
Perempuan Dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 56
4.10 Perbezaan Pengetahuan Sedia Ada Antara
Pelajar Lelaki dan Pelajar Perempuan
Dalam Mempelajari Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam 57
4.11 Ringkasan Dapatan Minat, Kemahiran
Bahasa Inggeris dan Pengetahuan Sedia
Ada Pelajar Dalam Mempelajari Mata
Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 58
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Proses pembelajaran 27
2.2 Pembelajaran Konstruktivisme 29
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 72
B Kelulusan Menjalankan Kajian Di
Sekolah, Institut Perguruan, Jabatan
Pelajaran Negeri Dan Bahagian-bahagian
Di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia (EPRD) 78
C Kebenaran Menjalankan Kajian Di
Sekolah-sekolah Di Bawah Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang (JPN) 81
D Kebenaran Membuat Menjalankan Kajian
Di Sekolah 83
E Analisis Alpha Croncbach 85
xv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
BDDBP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPNP - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
IPT - Institut Pengajian Tinggi
PPSMTI - Program Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknologi dalam
Bahasa Inggeris
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
ICT - Information Communication Technology
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
Bil - Bilangan
No - Nombor
STS - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
TP - Tidak pasti
S - Setuju
SS - Sangat setuju
f - Frekuensi
xvi
% - Peratus
> - Lebih besar
α - Alpha
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Negara.
Pendidikan negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegara yang
mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakat dan
negara. Maksud yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara itu diterjemahkan
ke dalam Misi Kementerian Pendidikan dan menjadi asas kepada usaha ke arah
peningkatan dan pengukuhan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Fokus yang
mendasari matlamat utama ini ialah pengembangan potensi pelajar pada tahap
optimum.
2
Pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam
pembangunan sesebuah negara. Seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran
1957, dasar pelajaran ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi serta politik. Dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang bermutu
kepada pelajar-pelajar sekolah, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan
beberapa program bagi memastikan sumber pendidikan digunakan sepenuhnya
(Kamarudin Husin dan Kamarul Azhar, 1994).
Penyelarasan kurikulum telah dilaksanakan bagi memudahkan perjalanan
proses pengajaran dan pembelajaran di seluruh negara dan menyatukan hala tuju
serta matlamat pendidikan negara iaitu melalui perlaksanaan program Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selari
dengan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih, beberapa usaha telah dijalankan.
Antaranya ialah penubuhan Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional pada tahun
1964. Strategi yang dijalankan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi
memperluaskan lagi pendidikan teknik dan vokasional adalah melalui penyusunan
semula kurikulum di sekolah berkenaan. Salah satu mata pelajaran yang ditawarkan
di kebanyakan sekolah menengah teknik ialah Pengajian Kejuruteraan Awam.
Matlamat mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ini diperkenalkan
adalah untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang Kejuteraan Awam
serta cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi
pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Antara objektif
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuteraan Awam adalah untuk :
i. Mewujudkan kefahaman terhadap kepentingan dan hubung kait
bidang Kejuteraan Awam dalam kehidupan seharian.
ii. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pembangunan
dan masyarakat.
iii. Memandu pelajar membentuk kriteria wajar dalam mencorak
persekitarannya.
iv. Menghargai dan peka terhadap alam serta nilai hidup bermasyarakat.
3
v. Mengembang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran
yang rasional, kritikal dan kreatif.
vi. Membina ilmu pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.
vii. Memiliki keyakinan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi
cabaran hidup.
viii. Memiliki dan menghayati nilai murni.
ix. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
untuk menambah dan mengembangkannya.
Hasil daripada peningkatan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional
serta penyusunan yang lebih rapi diharapkan dapat meningkatkan dan memberi kesan
dalam pembangunan negara. Pendidikan yang mencukupi perlu diberikan kepada
golongan muda untuk menghasilkan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan
dan mahir dalam bidang kejuruteraan. Bagi melahirkan golongan yang berilmu dan
berkemahiran ini, mereka hendaklah sentiasa bersedia menerima segala ilmu yang
bakal dipelajarinya.
1.2 Latar Belakang Masalah
“Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dalam misi nasional pada teras
yang kedua, Perdana Menteri telah memfokuskan isu modal insan dimana
mutu sesuatu modal insan dapat meningkatkan keupayaan pengetahuan,
kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
keupayaan dan keberkesanan latihan untuk melahirkan tenaga kerja
berkemahiran akan ditingkatkan dengan memperbanyakkan institusi latihan
awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal,
mengukuhkan sistem piawaian dan kualiti pendidikan teknikal serta
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal”.
( Rancangan Malaysia Kesembilan, 3 Mac 2006 )
4
Ini bermakna bidang teknikal menjadi salah satu bidang yang sangat penting
untuk melahirkan ramai profesional dalam bidang kejuruteraan. Profesional yang
bakal dilahirkan ini amat diperlukan dalam pembangunan negara pada masa hadapan
supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Sejajar dengan
matlamat pendidikan teknikal yang ingin memenuhi keperluan semasa negara,
kurikulum Pengajian Kejuruteraan Awam juga menjadi salah satu komponen utama.
Kurikulum yang dibentuk hendaklah bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar
supaya mereka dapat menerima ilmu-ilmu kejuruteraan ini dengan mudah dan
berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat membantu
memenuhi kehendak dan matlamat mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Henderson (1969), dalam Syeharizad (2002) menyatakan keberkesanan sesuatu
pengajaran itu adalah bergantung kepada matlamat pengajaran itu sendiri. Walaupun
menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan, namun kesediaan pelajar untuk
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam mestilah selari dengan
proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Menurut Mok Soon Sang
(2002), kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia
dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman
pembelajaran yang baru.
Konsep kesediaan belajar jelas difahami sebagai kerelaan menerima
pengalaman pembelajaran baru iaitu pelajar dapat menerima pengalaman atau ilmu
yang baru pada bila-bila masa sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, pelajar sekolah menengah teknik yang mengambil mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam seharusnya bersedia untuk menghadapi pembelajaran di sekolah
supaya suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan.
Jika pelajar tidak bersedia untuk menerima pengalaman pembelajaran yang
baru maka akan terjadi paksaan dalam proses pembelajaran tersebut. Paksaan ini
tidak akan menghasilkan kesempurnaan di dalam proses pembelajaran (Ee Ah Meng,
1992). Pengajian Kejuruteraan Awam merupakan mata pelajaran baru kepada pelajar
yang mengambil bidang teknikal. Oleh yang demikian,mereka haruslah bersedia
untuk menerima sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Jika pelajar tidak bersedia
5
untuk menerimanya, mereka hanya akan membebankan diri mereka sendiri kerana
tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan menyebabkan mereka
ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
Menurut Sharifah Alawiyah (1986) minat adalah daya penggerak atau
kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada seseorang, benda atau
kegiatan. Minat ini adalah berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain.
Sekiranya minat telah wujud dalam diri seseorang ianya akan menjadi rangsangan
kepada individu tersebut untuk memberikan penumpuan sepenuhnya kepada perkara
yang dilakukannya. Ini bermakna minat dapat mempengaruhi kesediaan seseorang
untuk menerima pembelajaran yang baru.
Di samping itu, penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris memberi kelebihan
kepada pelajar itu sendiri dalam menerokai pelbagai ilmu secara mendalam dan
memudahkan pelajar tersebut apabila melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Pelajar yang menguasai dua bahasa mempunyai kelebihan kognitif berbanding
pelajar yang boleh bertutur dalam satu bahasa sahaja (Bochner, 1996). Dalam
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Keperluan Mata Pelajaran Elektif bahasa Inggeris
untuk Sains dan Teknologi di Sekolah Menengah Atas di mana jawatankuasa yang
diarahkan penubuhannya oleh Menteri Pendidikan menyatakan keperluan bahasa
Inggeris lebih serius dalam bidang kejuruteraan yang melibatkan interpretasi
spesifikasi piawaian tertentu bagi sesuatu prosedur kerja khusus. Secara teknikalnya,
laporan tersebut menekankan bahawa bahasa Inggeris untuk sains dan teknologi
berbeza dengan komponen bahasa Inggeris umum yang dipelajari kini. Namun untuk
mempelajari bahasa Inggeris sains dan teknologi, penguasaan terhadap bahasa
Inggeris umum hendaklah diutamakan kerana ia akan membantu pelajar lebih cepat
memahami bahasa Inggeris sains dan teknologi.
Selain itu, Mok Soon Sang (2000) menyatakan bahawa pengetahuan sedia
ada amat penting untuk penentuan objektif pelajaran dan isi pelajaran dan
memudahkan guru untuk melakukan pemindahan pembelajaran serta menentukan
pendekatan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan sedia ada pelajar ini penting untuk guru mengukur tahap kesediaan
belajar pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan
6
dapat berjalan dengan lancar dan suatu proses pembelajaran berkesan dapat
dihasilkan.
Oleh itu, kesediaan pelajar amatlah penting bagi seseorang pelajar dalam
menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Maka di sinilah letaknya pokok
pemasalahan sama ada pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Kejuruteraan
Awam sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sesuatu pembelajaran baru.
1.3 Penyataan Masalah
Kesediaan pelajar merupakan aspek penting dalam menerima pengalaman
pembelajaran baru. Jika tiada kesediaan belajar, pelajar akan menghadapi masalah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Syarifah Alawiyah (1992),
waktu paling berkesan pelajar belajar adalah pada ketika mereka sudah bersedia.
Pelajar yang tidak bersedia mempelajari sesuatu tidak akan dapat mempelajarinya
secara efisyen. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah menjalankan satu kajian
yang berkaitan tentang kesediaan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di salah sebuah sekolah menengah teknik dari segi minat,
kemahiran bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada pelajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,
Pahang.
ii. Mengenalpasti tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.
iii. Mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.
iv. Mengenalpasti perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.
v. Mengenalpasti perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang.
vi. Mengenalpasti perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,
Pahang.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian bagi kajian ini ialah :
i. Apakah tahap minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang?
ii. Apakah tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dalam mempelajari
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah
Teknik Muadzam Shah, Pahang?
iii. Apakah tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah
Teknik Muadzam Shah, Pahang?
iv. Adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang?
v. Adakah terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang?
vi. Adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,
Pahang?
9
1.6 Hipotesis
Hipotesis kajian adalah berdasarkan persoalan kajian 4 hingga 6, iaitu :
i. Persoalan kajian 4
Adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang?
Hipotesis nol
Tidak terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.
ii. Persoalan kajian 5
Adakah terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang?
Hipotesis nol
Tidak terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang.
iii. Persoalan kajian 6
Adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Muadzam Shah, Pahang?
10
Hipotesis nol
Tidak terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan dalam mempelajari mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah,
Pahang.