ifolio.ukm.my · web viewapa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar...

32
1 LAPORAN AKHIR PEMBANGUNAN DIRI II SESI 2013/2014 SET 27 KUMPULAN 3 PROGRAM : PROGRAM ADIK-ADIKKU CELIK ILMU TARIKH: 2 MEI 2014 TEMPAT: SK SUNGAI KELAMBU, BANTING, SELANGOR

Upload: trinhdung

Post on 15-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

1

LAPORAN AKHIR

PEMBANGUNAN DIRI II

SESI 2013/2014

SET 27

KUMPULAN 3

PROGRAM :

PROGRAM ADIK-ADIKKU CELIK ILMU

TARIKH: 2 MEI 2014

TEMPAT: SK SUNGAI KELAMBU, BANTING,

SELANGOR

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

2

Senarai Ahli Kumpulan

Amirul Ashraf bin Ngaidin (A145989)

Mohd Luthfi Bin Abd Rahim (A145988)

Muhammad Faidzi Bin Mohd Sobri (A146127)

Anis Afifi Binti Roslan (A146161)

Muliani Binti Mansor (A146150)

Nurul Asyikin Binti Md Lazim (A146159)

Nurul Asyikin Binti Razali (A146130)

Nurfarhana Alyssa Binti Affandi (A146141)

Shajaratul Hidayah Binti Ami Nordin (A146148)

Nurul Nadiah Binti Abd Hamid (A146149)

Nai’mah Binti Muda (A143442)

Munirah Binti Ishak (A146165)

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

3

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat ilahi kerana izin dan kurnianya dapat juga kami

menyempurnakan tugasan bagi subjek Pembangunan II ini. Sepanjang menjalankan

tugasan ini,kami telah mengalami pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis

yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.

Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan

datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami telah memperolehi pelbagi

maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu macam

mana untuk mengendalikan program supaya program berjalan lancar. Di kesempatan ini,

kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang

menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Prof. Madya Dr.

Latifah Amin kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang

menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha

menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga

kami yang telah banyak memberi sokongan moral serta bantuan kewangan bagi

menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi

merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan

yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda

semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

4

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

0. Senarai Ahli Kumpulan

1. Penghargaan

2. Isi kandungan

3. Pengenalan1.1 Latarbelakang kajian1.2 Objektif kajian

4. Kaedah kajian

5. Hasil kajian

6. Perbincangan,kesimpulan dan cadangan

7. Rujukan dan lampiran

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

5

PENGENALANBab ini membincang tentang maklumat dan penjelasan mengenai aspek-aspek

perancangan penyelidikan serta rasional kajian. Penghasilan kajian ini adalah

berpandukan kepada isu kajian, objektif kajian, serta andaian kajian. Sebelum

perbincangan dijelaskan selanjutnya, bab ini akan mengemukakan latar belakang kajian

iaitu mengenai jurang pendidikan luar bandar dengan bandar.

1.1 Latar belakang kajian

Sejak Rancangan Malaysia Kedua (1971 hingga 1975), Malaysia telah

melaksanakan dasar pembangunan ke arah pembasmian kemiskinan dan pengurangan

polarisasi sosio ekonomi khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan Bandar

(Malaysia, 1971). Berdasarkan prinsip ini pelbagai usaha dijalankan untuk terus

mendidik masyarakat bukan sahaja secara formal untuk generasi muda tetapi juga secara

tidak formal dalam kalangan generasi dewasa. Pendidikan membolehkan setiap individu

menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan-

rintangan kehidupan. Usaha kerajaan yang begitu gigih untuk membantu rakyat

meningkatkan taraf hidup dapat dilihat menerusi pembentukan pelbagai agensi di

peringkat persekutuan, wilayah dan negeri bagi melaksanakan pelbagai projek

pembangunan untuk faedah rakyat. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa sebarang

kejayaan dalam pembangunan di kalangan masyarakat adalah hasil daripada usaha-usaha

kerajaan yang telah mempertingkatkan taraf hidup rakyat melalui pencapaian dalam

bidang pendidikan, kesihatan, perindustrian, dan sebagainya. Buktinya, sepanjang

tempoh dua setengah dekad semenjak tahun 1970, Malaysia telah mencapai kemajuan

yang membanggakan dari segi pertumbuhan ekonomi sekaligus dapat memenuhi objektif

sosialnya (Malaysia, 1999:4-5).

Salah satu objektif utama Rancangan Malaysia Pertama (1966 hingga 1970)

adalah untuk menggiat dan memperluaskan pembangunan sumber manusia kepada rakyat

(Malaysia, 1965). Objektif program pendidikan adalah untuk membaiki kualiti

pendidikan dan peluang pendidikan yang mana merupakan agenda penting bagi setiap

strategi pembangunan di Malaysia. Isu mengenai jurang pendidikan diperseimbangkan di

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

6

antara masyarakat luar bandar dan bandar. Berdasarkan objektif ini aspek pendidikan

merupakan instrumen yang terpenting dalam mempertingkatkan kualiti hidup di

Malaysia. Dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Malaysia Pertama 1971 – 1990

(RRJP1), akses pendidikan telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah utama yang

berdaya tahan dan berkesan dalam usaha mengurangkan jurang pendidikan dan

kemisikinan antara kawasan bandar dan luar bandar (Malaysia, 2001:158).

Dalam membincangkan aspek pendidikan ini, persoalan mengenai kecemerlangan

akademik seringkali dikaitkan dengan prestasi dan enrolmen pelajar. Fenomena yang

berlaku di Malaysia pada masa kini lebih menjurus kepada perbezaan kecemerlangan

dalam kalangan pelajar luar bandar dan bandar di mana enrolmen dan prestasi

kecemerlangan pelajar luar bandar dilihat agak mundur jika dibandingkan dengan pelajar

di bandar (Murad Mohd Noor, 1971; Behrman dan Schnieder, 1994). Ini merupakan isu

penting yang perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Apa yang pasti, perkaitan

antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak

yang negatif terhadap pembangunan di negara kita. Menurut Maimunah Ismail (1999),

kebanyakan penduduk luar bandar terlibat dalam pertanian bercorak sara diri dan berada

pada tahap miskin. Mereka kurang aktif dan kurang terlibat dalam program-program

pembangunan, mempunyai taraf pengeluaran pertanian yang rendah, mempunyai tahap

kemudahan asas yang kurang; aspek pendidikan dan kesihatan yang rendah, kurang

menerima faedah-faedah dan sumber-sumber pembangunan yang terdapat di bandar

(Maimunah Ismail, 1999:18-19). Hal ini sekaligus menyumbang kepada berlakunya

jurang ketaksamaan yang semakin ketara di antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Oleh kerana itu, dasar telah dibentuk menjadikan penduduk luar bandar sebagai

kumpulan sasaran program-program pembangunan supaya keadaan kemiskinan dan

ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya.

Program pembangunan luar Bandar adalah satu proses untuk meningkatkan taraf

hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan

manusia (Malaysia, 1971). Ini termasuklah penyediaan keperluan asas yang mencukupi

seperti makanan, pakaian, perumahan, dan kesihatan serta keperluan psikososial yang lain

seperti pendidikan, pekerjaan, kerohanian dan keselamatan (Maimunah Ismail, 1999:19).

Bagi memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya, kerajaan

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

7

telah mempelbagaikan program yang berteraskan kepada pembangunan luar bandar.

Dalam aspek pendidikan misalnya, Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan

yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar bandar

khususnya di negeri-negeri tertentu. Di Kelantan misalnya, Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) Kelantan menerima peruntukan kira-kira RM54.6 juta daripada Kerajaan Pusat

sepanjang tahun 2007 untuk diagihkan kepada lebih 170,000 murid dan pelajar miskin di

seluruh negeri. Daripada jumlah itu, sebanyak RM16.8 juta diagihkan bagi membantu

134,000 pelajar sekolah menengah yang dikategorikan miskin menerusi Kumpulan Wang

Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sejak Januari lalu sehingga kini. Selain itu

peruntukan berkenaan turut diagihkan bagi membantu 71,785 murid miskin Tahun 4, 5

dan 6 bagi mengikuti kelas tambahan menerusi skim baucer tuisyen. JPN turut

menyenaraikan seramai 38,000 lagi murid miskin dari seluruh negeri yang diberi dua lagi

skim bantuan iaitu Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMTSR) bernilai

RM7 juta serta Program Susu Sekolah bernilai RM3.8 juta (Utusan Malaysia, 11 Jun

2007). Diharap peruntukan yang disalurkan ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap

prestasi pelajar di luar bandar.

Di samping itu, Malaysia pada hakikatnya secara berterusan mengambil langkah

dalam memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan

luar bandar. Justeru, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah

mengambil inisiatif yang tersendiri dengan mengumumkan tujuh langkah “lonjakan

perdana pendidikan luar bandar” bertujuan bagi mengurangkan jurang prestasi antara

sekolah bandar dan luar bandar. Antara tujuh lonjakan tersebut ialah memantapkan

perkhidmatan prasekolah di luar bandar dengan membina lebih 2,400 kelas yang akan

memberi faedah kepada hampir 61,000 kanak-kanak di seluruh negara serta penyediaan

latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer di kebanyakan sekolah luar bandar

(Utusan Malaysia, 6 Oktober 2006). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga, telah

memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan. Agenda merapatkan

jurang pendidikan bandar dan luar bandar adalah penting kerana melibatkan jumlah

sekolah yang besar iaitu sebanyak 5077 buah sekolah daripada 7513 buah sekolah rendah

dan 792 dari 2045 sekolah menengah di kawasan luar bandar. Memandangkan

pentingnya pembangunan pendidikan luar bandar, KPM telah bekerjasama dengan

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

8

National Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik serta mendapat

peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak Tinggi NITF. Tambahan sebanyak

RM2.6 bilion telah diperuntukkan di bawah Projek Berimpak Tinggi untuk merapatkan

jurang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan

Sarawak. Pembangunan infrastruktur ini dijangka akan memberi manfaat kepada 2.2 juta

pelajar dan 14,000 guru di kawasan pedalaman (Kementerian Pendidikan Malaysia ,

2007). Justeru, penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititikberat memandangkan

pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat itu. Pelbagai pendekatan

yang meliputi seawal peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat tertinggi pendidikan

yang bertindak sebagai asas bagi mempercepatkan proses kemajuan dalam menyediakan

akses dan mempertingkatkan kualiti pendidikan dalam negara (Abdul Rahim Abdul

Rashid, 2002:13).

Habana (1993) menegaskan bahawa dasar pendidikan nasional Malaysia iaitu

selain daripada matlamat universal untuk perkembangan individu dalam aspek

intelektual, budaya, sosio ekonomi, dan rohani, dasar ini juga bertujuan untuk

membentuk identiti dan perpaduan nasional dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Ini

dilakukan melalui pemupukan idea, nilai, aspirasi, dan ketaatan yang dapat

menyumbangkan kepada pembangunan negara di kalangan rakyat Malaysia (Habana,

1993:10). Walaupun pelbagai program telah disediakan, namun jurang kemiskinan

Antara bandar dan luar bandar masih lagi wujud. Oleh yang demikian, kajian untuk

meneroka tentang cabaran yang dilalui oleh masyarakat khususnya golongan masyarakat

luar bandar timbul disebabkan masih wujud jurang ketaksamaan, taraf hidup yang

sepatutnya dibasmi sepenuhnya memandangkan Malaysia sudah mencapai kemajuan

selaras dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Dalam hubungan ini adalah

diperhatikan bahawa jarak atau lokasi sesuatu tempat mampu menyumbang kepada

berlakunya ketaksamaan agihan sumber yang mana kawasan bandar mendapat

peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar

yang tinggal jauh di pedalaman (Yuji Tamura, 2003). Jadi, salah satu faktor yang

menghalang penduduk menikmati taraf hidup yang sama dengan penduduk bandar adalah

disebabkan faktor jarak.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

9

Oleh itu kajian ini cuba untuk mengkaji cabaran serta peluang dalam bidang

pendidikan khususnya, yang mampu dicapai oleh pelajar di kawasan luar bandar untuk

menjadikan mereka berada pada tahap yang sama dengan kemajuan pelajar di bandar.

Justeru, kajian ini akan mengambil kira persepsi dan kesedaran responden tentang

kepentingan pendidikan serta masalah dan cabaran yang menghalang mereka untuk

mendapat faedah yang sama rata khususnya dalam aspek pendidikan golongan anak-anak

mereka.

Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan

antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar

mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang

pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan

masyarakat. Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan

pendalaman terutamanya Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani masalah

keciciran terutamanya di kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar dengan usaha

kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan kaum Penan yang masih

jauh ketinggalan. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih

125,000 kanak kanak yang mencapai umur persekolahan tercicir daripada alam

persekolahan di luar bandar dan pedalaman. Menurutnya banyak usaha perlu dilakukan

bagi memastikan semua rakyat telah mengambil tindakan yang relaven untuk mengatasi

masalah tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan atau

penambahbaikan. Dengan menunaikan tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas

memutuskan untuk ‘turun padang’ dengan melancarkan ‘Program Outreach’. Program ini

merupakan satu perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan

khas di bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

10

program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah pendengaran,

pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.

Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan, disiplin,

kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar, bagi

memantapkan sistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu diwujudkan

supaya kebajikan pelajar-pelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh dilakukan ialah

memantau pelaksaan program secara berterusan, mengukuhkan kerjasama antara sekolah,

sektor awam dan swasta. Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac

1990 yang berdaftar di bawah Akta Amanah Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara

rasmi pada April 1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd. Taib untuk memastikan

kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan, kerajaan telah mempelbagaikan

program terus pembangunan di luar bandar.

Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran

pelajar disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar miskin menerima

peruntukan tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) berjumlah

RM21.4 juta. Menurut Datuk Seri Hishammudi Tun Hussein, KWAPM akan mendahului

Kelantan, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kuala Lumpur serta Perlis. Setiap

seorang pelajar miskin akan menerima RM120 bagi pembelian tersebut yang sebelum

ini peruntukan itu disediakan dibawa Belanja Mengurus yang dikenali ‘One-Off’.

Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolah

terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang disediakan

adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung-kait yang

tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-

sekolah. Antara kemudahan ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks, perpustakaan,

bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut ada memberi

kemudahan kepada para pelajar dan membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama

dibina dengan tujuan untuk member ikemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan

sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya mereka yang miskin.

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

11

1.2 OBJEKTIF KAJIANTerdapat beberapa objektif kajian:

1) Mengenal pasti jurang pendidikan luar bandar dan bandar 2) Mengenal pasti tahap motivasi murid-murid 3)Mengenal pasti kelemahan dan kelebihan murid-murid luar bandar

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

12

KAEDAH KAJIANi) Persampelan

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu persampelan

bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 48 orang

responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik, iaitu terdiri daripada murid-

murid SK Sungai Kelambu.

Antara ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah, mereka

seharusnya adalah murid-murid SK Sungai Kelambu dan pengkaji telah memilih murid-

murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu. Hal ini kerana, mereka merupakan pelajar luar

bandar dan bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu UPSR. Oleh itu, hanya murid-

murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu yang mengetahui sejauh mana tahap pelajaran

mereka yang dikategorikan sebagai pelajar luar bandar. Responden tidak dikira melalui

jantina.

ii) Pengumpulan data

Pengumpulan datayang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal

selidik dan pemerhatian. Soalan soal selidik telah dibentuk untuk mendapatkan data

tentang jurang penndidikan luar bandar dan bandar yang telah dikhususkan hanya kepada

murid-murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu.

Data primer

Kaedah soal selidik dilakukan dengan murid-murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu

dimana mereka adalah pelajar luar Bandar. Kaedah pemerhatian turut digunakan untuk

menilai kelemahan dan kelebihan murid-murid.

a) Borang Soal Selidik.

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya

berhubung terus dengan murid-murid Tahun 6 SK Sungai Kelambu. Cara kajian

dijalankan melalui kaedah soal selidik. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

13

strategi mereka bentuk soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias. Kaedah

ini adalah kaedah yang popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data

primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif yang telah

ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa

yang digunakan haruslah yang mudah dan senang difahami oleh responden. Hal ini

supaya responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang

tidak benar.

Borang soal selidik ini berbentuk soalan terbuka. Rasional menggunakan soal

selidik terbuka adalah untuk mendapatkan min purata serta peratus bagi setiap jawapan.

Borang soal selidik ini menggunakan kaedah skala 5 peringkat. Soal selidik adalah

berdasarkan tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti jurang pendidikan luar bandar dan

bandar, mengenal pasti tahap motivasi murid-murid dan mengenal pasti kelemahan dan

kelebihan murid-murid luar bandar. Bagi objektif kajian pertama persoalannya adalah

mengenai sama ada pelajar luar bandar ketinggalan dari segi pendidikan. Seterusnya, bagi

objektif kajian kedua pula persoalannya adalah mengenai tahap motivasi murid-murid

untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan bagi objektif ketiga pula persoalannya adalah

setiap murid ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

b) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan

maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik. Pemerhatian memerlukan pemerhati

memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Kaedah kajian ini membolehkan pemerhati

lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

Pemerhatian dilakukan dalam persekitaran semula jadi tanpa manipulasi atau campur

tangan dari pemerhati.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

14

HASIL KAJIAN

Maklumat untuk penilaian telah diperolehi melalui soal selidik yang telah

diedarkan semasa Program Adik-Adikku Celik Ilmu. Dua jenis soal selidik telah

disediakan;satu untuk mengukur tahap keberkesanan program yang kami jalankan dan

satu lagi untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh adik-adik dalam pelajaran.

Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh adik-adik, kami telah

mengedarkan kertas soal selidik yang mengandungi 6 soalan yang merangkumi 3 soalan

kekurangan dan 3 kelebihan adik-adik sewaktu belajar. Tiga aspek utama yang kami

kesan melalui soal selidik tersebut adalah

1. Tidak pandai membahagi masa.

2. Tidak pandai menghafal sifir.

3. Kurang menguasai salah satu subjek.

Program yang telah kami jalankan telah mengatasi 80% permasalahan ini. Antara aktiviti-

aktiviti yang telah kami jalankan ialah

1. Slot Motivasi "Pengurusan Masa".

2. Modul penghafalan sifir.

3. Team Building.

Aktiviti pertama yang dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran

kepada adik-adik bahawa pentingnya teknik belajar secara berkesan. Selain itu,slot

motivasi ini juga telah menerangkan kepada adik-adik tentang pegurusan masa yang betul

semasa belajar. Wakil barisan fasilitator kami,Kak Syikin juga berkongsi pengalaman

beliau bersama adik-adik tentang pentingnya kesungguhan dalam menuntut ilmu.

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

15

Seterusnya.aktiviti kedua kami dijalankan di dalam kumpulan kecil yang diwakili

oleh 2 orang fasilitator bagi setiap kumpulan.Setiap wakil fasilitator kami diberikan

modul penghafalan sifir matematik yang kemudiannya dikongsikan kepada adik-adik

sewaktu aktiviti dijalankan. Melalui aktiviti ini kami dapat melihat keterujaan adik-adik

kerana didedahkan dengan formula yang begitu mudah untuk menghafal setiap sifir yang

sebelum ini sangat sukar bagi mereka.Slot ini berlangsung selama 45 minit.

Dan akhir sekali,kami telah mengadakan aktiviti yang mana memerlukan

kreativiti adik-adik untuk membina binaan yang paling tinggi dalam masa 30 minit

dengan hanya menggunakan straw yang dibekalkan oleh barisan fasilitator kami. Melalui

slot ini,kami dapat melihat pelbagai idea yang inovatif telah ditonjolkan oleh adik-adik.

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

16

Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan

dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil

pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 48 orang

responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 48 soal selidik yang

diedarkan. Ini bermakna 100% responden memberikan kerjasama menjawab dan

memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan

perbincangan mengenainya.

4.2. Latar belakang responden

Seramai 48 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik

yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran kajian

dalam pemilihan responden adalah 55 orang. Tetapi seramai 48 orang yang hadir kerana

7 orang lagi ada latihan bola sepak dan bola tampar di luar sekolah.

4.2.1. Jantina dan Umur

Histogram 4.2. menunjukkan 50 peratus atau seramai 24 daripada responden dalam kajian

ini adalah lelaki, manakala seramai 24 orang responden atau 50 peratus adalah

perempuan. menunjukkan bahawa kebanyakan responden dalam kajian ini berumur

antara 11 hingga 12 tahun.

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

17

Histogram 4.2

4.2.2. Bangsa dan agama

Kesemua responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 48 orang (100%) dan beragama islam. Kesemua responden memberi komen yang positif dan memberangsangkan.

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

18

4.2.3 Taburan responden mengikut cita-cita.

Carta pie diatas menunjukkan bahawa adik-adik mempunyai cita-cita yang tinggi.

Kerjaya sebagai doktor lebih menarik minat adik-adik untuk diceburi iaitu 19 orang.

Manakala mereka yang minat untuk menjadi guru seramai 10 orang. Polis pula seramai 8

orang,peguam pula ialah 6 orang. Akhir sekali pensyarah seramai 3 orang dan yang paling

sedikit ialah jurutera 2 orang.

4.2.4 Taburan responden dalam pengurusan kursus.

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

19

Hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap program ini

memuaskan. Kami sangat gembira apabila mendapat adik-adik yang sangat ramah, dan yang

paling penting memberi komitmen yang sangat baik kepada fasilitator. Kami tidak mendapat

sebarang masalah semasa kami menjalankan program bersama-sama murid tahun enam di

sekolah Kebangsaan Sg.Kelambu. Mereka membuat aktiviti yang kami sediakan dengan

bersungguh-sungguh.

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

20

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil kajian menunjukkan hampir kesemua responden mengakui menghadapi

masalah dalam beberapa mata pelajaran untuk menjawab soalan peperiksaan. Kajian juga

mendapati penguasaan sifir juga merupakan masalah utama responden kerana majoriti

mereka menghadapi masalah tersebut. Selain itu, mereka tidak pandai membahagikan masa

untuk belajar. Ini merupakan antara faktor mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang

untuk peperiksaan bulanan. Selain itu, oleh kerana kesemua tinggal dan bersekolah di

kawasan luar bandar, mereka tidak mendapat kemudahan asas yang mencukupi dan tahap

kemiskinan sesebuah keluarga membataskan kejayaan mereka dalam pelajaran.

Keseluruhannya, system pendidikan negara kita mengalami perubahan

kepadapendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi

kesan langsung terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang

melibatkan semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi

tinggi. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan

penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang

untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat

diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi

ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan

dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal

insan yang berdaya maju perlu dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat

dilaksanakan. Oleh itu, bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar

Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid

mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang

kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang

pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen berterusan daripada semua pihak,

terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat, dan

penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana haruslah mengambil perhatian dan

komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid,

tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid terutamanya di kawasan luar

bandar.

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

21

Akhir sekali, kami amatlah berpuas hati dengan program ini kerana segala tujuan dan

objektif program telah dapat dilaksanakan.Murid-murid dan fasilitator begitu minat dan

bersemangat semasa program berlangsung. Terdapat cadangan kami kepada sekolah dan

cadangan sekolah kepada kami.

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

22

SENARAI RUJUKAN DAN LAMPIRAN1) Laporan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah,Murad Mohd

Noor, 1971;Behrman dan Schnieder, 19942) Pengembangan:Implikasi ke atas pembangunan masyarakat,Maimunah Ismail,

1999:18-193) Utusan Malaysia, 11 Jun 20074) Utusan Malaysia, 6 Oktober 20065) Abdul Rahim Abdul Rashid, 2002:136) Habana, 1993:107) Yuji Tamura, 20038) Azlina Hilma Hillaluddin (2006) Isu – isu & Pendidikan Kerja Sosial.

Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM Izham Yusoff (10/10/06) Menggempur Kemiskinan Menerusi Pendidikan Utusan Melayu

9) Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran Vengadasamy Isu - Isu Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang (18/01/2007) Utusan Malaysia pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?y 2007&dt=0118&pub=Utusan Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04. Diperoleh pada 19 Januari 2010.

Page 23: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

23

Page 24: ifolio.ukm.my · Web viewApa yang pasti, perkaitan antara isu pendidikan dengan kemunduran pelajar di luar bandar boleh memberi impak yang negatif terhadap pembangunan di negara kita

24