virus komputer

7
Virus Komputer & Jenis-Jenis Apa Itu Virus Komputer Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfe mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain. Jenis-Jenis Virus Biasa BOOT SECTOR – Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut. PARTITION TABLE – Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang “partition table” cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan. FILE VIRUS – Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth (tidak meninggalkan kesan). MULTIPARTITE VIRUS – Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang

Upload: nadia-idayu

Post on 29-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Virus Komputer

TRANSCRIPT

Page 1: Virus Komputer

Virus Komputer & Jenis-JenisApa Itu Virus Komputer

Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk

memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ia digunakan

kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya

untuk merebakkan jangkitannya. McAfe mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian

aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera

dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jenis-Jenis Virus Biasa

BOOT SECTOR – Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket

pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia

dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE – Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang “partition

table” cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan

menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod

yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector

disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS – Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini

akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada

berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia

disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini

ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth (tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS – Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector

dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia

memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu

melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS – Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995

di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi

Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan

jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu

Page 2: Virus Komputer

kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan

memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE – Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap

bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan

yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering

digunakan oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar

data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS – Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti

fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan

salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan

memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan

memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

Cara Yang Boleh Diambil Untuk Mengesan Virus

Scanners Atau Pengimbas – Scanners sering dirujuk sebagai berasaskan tetanda

kerana ia akan mencari tetanda ketara atau jejak virus. Ia akan memeriksa setiap fail

berasaskan kepada kod tertentu yang dianggap sebagai virus. Ia akan menyimpan

sebuah katalog virus yang besar danuntuk memberikan kesan yang lebih mendalam,

Scanners perlu memeriksa pelbagai lokasi seperti sektor boot, memori sistem, partition

table dan fail-fail. Malangnya, scanners tidak boleh mengesan virus baru yang tidak

dikatalogkan,virus polimorfik dan virus stealth (samaran).

Ongoing Monitoring Atau Pemantauan Berulang – Monitors (pemantau) sering dirujuk

sebagai pemintas (interceptors) yang akan beroperasi semasa sistem sedang berjalan.

Aturcara ini akan melakukan tugas-tugas seperti pemantauan masa nyata (real time) ke

atas cakera dan fail; analisis kegiatan luar dugaan dan pengesanan virus polimorfik dan

stealth. Dengan monitors, perisian antivirus sering beroperasi di belakang tabir dan ia

pasti akan mengganggu penggunaan atau memperlahankan komputer di samping

memakan ruang memori yang banyak.

Intergrity Checkers – Pemeriksa jenis ini sering dirujuk sebagai sistem pengesanan

pelbagai tahap (multilevel) atau generic yang sering mengisi ruang yang ditinggalkan

oleh pengimbas. Ia membaca cakera dan data rekod di samping memantau fail sama

seperti pemantau. Ia akan memeriksa fail-fail untuk mengesan perubahan ciri-cirinya

Page 3: Virus Komputer

yang disebabkan oleh virus. Selain daripada teknik di atas terdapat juga teknik seperti

Checksum Comparison- memeriksa aliran bit fail untuk mengesan perubahan dan

Inoculator- memasukkan kod bit kecil ke dalam fail yang hendak diperiksa bagi

menentukan fail tersebut mengalami masalah atau tidak.

Tanda Jangkitan Virus

* Perubahan dalam saiz fail.

* Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.

* Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.

* Operasi sistem yang perlahan.

* Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan  puncanya.

* Sektor rosak pada disket,mahupun pada storan yg lain

* Paparan mesej kerosakan yang ganjil.

* Aktiviti skrin yang ganjil.

* Aturcara tidak dapat dijalankan.

* Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu .

* Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

http://www.ukm.my/ptjzon3/?page_id=388

Maksud Virus...   Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.   Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Page 4: Virus Komputer

http://miraazni.blogspot.com/2012/03/maksud-virus.html

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.

Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Virus_komputer

Page 5: Virus Komputer

kesan-kesan VIRUS terhadap komputer

 

Penggunaan komputer sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Tidak kira golongan umur sama ada muda ataupun tua. Dengan penggunaan yang meluas, semakin banyak munculnya virus-virus yang merosakkan komputer.

Virus boleh merebak melalui:-

Pendrive / USB Drive.

Email

CD / DVD

Disket

Virus akan masuk melalui alat-alat di atas dan terus masuk ke pacuan keras (Hard Disk) atau pun ke memori sementara (RAM) dan kemudian akan mengubah fail-fail yang terdapat di dalam komputer. Lebih teruk lagi jika virus tersebut mula menghantar data-data penting atau peribadi kepada mereka yang menghantar virus tersebut.

Antara kesan-kesan komputer yang terkena virus adalah:-

Kelajuan komputer menjadi amat lembab.

Komputer tidak dapat dihidupkan.

Mouse pointer di skrin bergerak sendiri.

Page 6: Virus Komputer

Pacuan CD/DVD keluar dan masuk bagaikan di rasuk hantu.

Fail/Data tidak dapat dibuka.

Pacuan Keras (Hard Disk) tiba-tiba menjadi penuh & tidak dapat menampung data-data baru.

http://jmn4764.blogspot.com/2012/05/kesan-kesan-virus-terhadap-komputer.html