visi hem

13
VISI HEM Pelajar sentiasa mengamalkan budaya sekolah cemerlang dan berdisiplin. MISI HEM Unit HEM memantapkan pengurusan dan perancangannya untuk menjayakan program-program HEM secara berkesan dan bermuafakat dengan agensi-agensi luar sekolah. OBJEKTIF HEM Peningkatan akademik dan disiplin pelajar. Memperkembangkan potensi individu secara seimbang dalam aspek JERI. Pelajar memiliki, menghayati, dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin kendiri, berbudaya positif dan berketrampilan. Menyumbang kepada kebajikan pelajar. OBJEKTIF HEM a) Memantapkan pengurusan unit HEM agar cekap dan berkesan. b) Meningkatkan pengurusan disiplin dan mengurangkan masalah disiplin ke tahap minimum. c) Menerapkan nilai-nilai murni dan penghayatan agama agar menjadi amalan d) Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan,kebersihan dan keselamatan diri serta persekitaran sekolah yang kondusif e) Melahirkan kepimpinan pelajar yang berkualiti,berwibawa dan seimbang f) Menyemai semangat cintakan negara dan perpaduan tanpa mengira kaum MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dab menyuburkan potensi kepimpinan. OBJEKTIF Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. 1

Upload: panji-hitam

Post on 26-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: VISI HEM

VISI HEM

Pelajar sentiasa mengamalkan budaya sekolah cemerlang dan berdisiplin.

 

MISI HEM

Unit HEM memantapkan pengurusan dan perancangannya untuk menjayakan program-program HEM secara berkesan dan bermuafakat dengan agensi-

agensi luar sekolah.

 

OBJEKTIF HEM 

Peningkatan akademik dan disiplin   pelajar.

Memperkembangkan potensi individu   secara seimbang dalam aspek JERI.

Pelajar memiliki, menghayati, dan   mengamalkan nilai-nilai murni,  disiplin

   kendiri, berbudaya positif dan   berketrampilan.

Menyumbang kepada kebajikan pelajar.

OBJEKTIF HEMa) Memantapkan pengurusan unit HEM agar cekap dan berkesan.b) Meningkatkan pengurusan disiplin dan mengurangkan masalah disiplin ke tahap minimum.c) Menerapkan nilai-nilai murni dan penghayatan agama agar menjadi amaland) Meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan,kebersihan dan keselamatan diri serta persekitaran sekolah yang kondusife) Melahirkan kepimpinan pelajar yang berkualiti,berwibawa  dan seimbangf) Menyemai semangat cintakan negara dan perpaduan tanpa mengira kaum

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dab menyuburkan potensi kepimpinan.

 

OBJEKTIF

Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.

Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.

Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiahdan berketrampilan.

 

UNIT - UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID

(SEMUA UNIT BERGERAK DENGAN PELBAGAI AKTIVITI MASING-MASING)

1

Page 2: VISI HEM

 1) UNIT DISIPLIN & PENGAWASObjektif : Mengurangkan jumlah kes - kes salah laku murid.

 2) UNIT KESELAMATAN & KECEMASANObjektif : Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah.

 3) UNIT PERABOT & INVENTORIObjektif : Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaik pulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan.

 4) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKSObjektif : Menyelaraskan hal - hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks.

 5) UNIT LAWATANObjektif : Menambah pengetahuan dengan membuat lawatan ke tempat - tempat pelancongan.

 6) UNIT KEBAJIKAN MURIDObjektif : Menyediakan keperluan yang sesuai kepada murid yang menghadapi tekanan dan masalah.

 7) UNIT RMT / PSS / KANTINObjektif : Kebersihan kantin terjaga dan memastikan murid - murid yang layak saja yang menerima bantuan RMT dan PSS.

 8) UNIT BIMBINGAN & KAUNSELINGObjektif : Membentuk sikap berdikari, bermotivasi dan bantu - membantu diantara murid - murid.

 

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURIDSEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG IPOH

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar. 1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkn ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar.3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat

2

Page 3: VISI HEM

kepada pihak sekolah.3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama didalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :•  Pemeriksaan Gigi dan Mata•  Pemeriksaan Kesihatan•  Program RMT•  Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan•  Ceramah dan Kempen5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga.5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR

6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga maruah pelajar tersebut.

 

 

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR.SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMPANG

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskn hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, pengurusan hal ehwal murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :

1.  Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.2.  Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.3.  Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.4.  Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.5.  Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut:•  ponteng sekolah•  merokok•  pergaduhan•  kelakuan lucah•  membuli•  kurang ajar atau biadap•  merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sekolah.9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

 

 

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR

3

Page 4: VISI HEM

 

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

•  Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.•  Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.•  Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendataran.•  Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :•  pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.•  Bayaran yuran persekolahan.•  Pengagihan buku teks•  Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.•  Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :•  Pencalonan oleh guru kelas.•  Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.•  Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.•  Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.•  Majlis watikah perlantikan2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :•  bilangan murid yang terlibat.•  Pemilihan murid yang tepat.•  Penyediaan menu yang berkhasiat.3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :•  Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.•  Berinteraksi dengan kawan-kawan.•  Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.•  Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :•  Pemeriksaan mata.•  Pemeriksaan gigi.•  Pemeriksaan kuku dan rambut.•  Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.•  Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.•  Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.•  Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri•  Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :•  Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.•  Gotong-royong.•  Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.•  Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :•  Sesi kaunseling Individu•  Sesi kaunseling kelompok•  Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.•  Kem Jati diri

4

Page 5: VISI HEM

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :•  Keselamatan jalan raya.•  Jenayah juvana•  Pertolongan cemas•  Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak seperti :•  Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.•  Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.•  Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.•  Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :

•  Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan.•  Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen.•  Program Bersama Keluarga.

 

 

PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 

•  Pendaftaran tahun 1•  Program Pembudayaan Adab Murid•  Program Membudayakan Disiplin•  Program “Sekolahku Rumahku”•  Program Kesihatan•  Program Sekolah Selamat•  Perlaksanaan RMT•  Perlaksanaan SBT•  Program “Masih Ada Yang Sayang”.•  Pengisian buku daftar•  Rekod murid (SMM)•  Rekod SSDM

VISI

SAHSIAH GEMILANG2011

 

MISI

Kegemilangan sahsiah pelajar dapat dicapai melalui :-

Kepercayaan Kepada Tuhan

5

Page 6: VISI HEM

Pemantapan Sahsiah

Pemantapan Disiplin

Menghormati Guru Dan Ibu Bapa

Menghormati Rakan Pelajar

Menyayangi Sekolah

Menjaga Kesihatan Diri

Menjaga Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Menjaga Harta Benda Sekolah

MOTO

GURU DIHORMATI

MURID DISAYANGI 

OBJEKTIF HEM

 

1.Mencapai kemantapan disiplin dan menitikberatkan perhubungan kemanusiaan.

2.Berusaha membina insan pelajar kearah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri,keluarga,masyarakat,agama dan negara.

3.Meningkatkan kualiti kesihatan demi mencapai kesejahteraan hidup.

Visi hem

Kearah murid yang bertrampilan menjelang 2015

Misi hem

6

Page 7: VISI HEM

Berazam untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah terpuji

Matlamat hem

Skaat bertekad untuk merealisasikan matlamat HEM iaitu bersama-sama kearah kecemerlangan modal insan dalam pelbagai menerusi :-

1. Menjalinkan perhubungan dua hala yang baik dan harmoni antara murid degna guru, guru dengan ibubapa dan masyarakat dengan sekolah.

2. Memberi bantuan dari segi moral, material dan kewangan kepada murid yang memerlukannya.

3. Mewujudkan sekolah penyayang yang akan melahirkan murid-murid penyayang dan masyarakat penyayang untuk generasi akan dating.

4. Mewujudkan iklim persekolahan yang ceria, selesa, aman dan selamat agar pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

1. Senarai Tugas Pengetua / Guru Besar dalam Pengurusan HEM

1.1 Pengurus Kurikulum1.2 Pembangunan Diri Murid1.3 Pengurusan dan Pembangunan1.3.1 Murid1.3.2 Pengurusan Personel1.3.3 Kewangan1.3.4 Kemudahan Fizikal1.4 Pembangunan Organisasi.1.5 Pembangunan Kendiri1.6 Polisi Sekolah SelamatMewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaraan secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat:

1.6.1 Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.1.6.2 Menyediakan Buku Panduan Sekolah Selamat untuk diedar kepada warga sekolah.1.6.3 Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh dan tegas.1.6.4 Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukannya.1.6.5 Menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.1.6.6 Mewujudkan pelan pengurusan krisis.1.6.7 Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.1.6.8 Memastikan wujudnya unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kegiatan luar murid serta aktiviti

7

Page 8: VISI HEM

kokurikulum dan sukan.

2. Senarai Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

2.1. Bidang Tugas

2.1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan2.1.2 Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan Pengetua.2.1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada)2.1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang2.1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 2.1.3 di atas2.1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

2.2. Senarai Tugas

2.2.1 Disiplin

2.2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni2.2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan2.2.1.3 Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah2.2.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku2.2.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid contohnya SSDM.2.2.1.6 Menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Murid.2.2.1.7 Merancang dan melaksanakan program peningkatan disiplin dan sahsiah murid.

2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling

8

Page 9: VISI HEM

2.2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru bimbingan dan kaunseling.2.2.2.2 Menyelaras dan memastikan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta laporan disediakan oleh Guru Kaunseling.2.2.2.3 Merancang dan melaksanakan program–program pengembangan, pencegahan dan pemulihan murid.

2.2.3 Program Pelindungan Murid

2.2.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat sekolah 2.2.3.2 Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan2.2.3.3 Mengurus Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

2.2.4 Pentadbiran

2.2.4.1 Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid2.2.4.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid2.2.4.3 Mengurus pertukaran murid2.2.4.4 Menyemak Buku Kedatangan Harian murid.2.2.4.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah2.2.4.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah2.2.4.7 Membantu merancang Takwin Sekolah

2.2.5 Kesihatan

2.2.5.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid2.2.5.2 Memastikan program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad 001 / 002 dan PKS 1 / PKS 22.2.5.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah2.2.5.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid

2.2.6 Skim Pinjaman Buku Teks

2.2.6.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira2.2.6.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan2.2.6.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks2.2.6.4 Menyelaras kelulusan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks.

2.2.7 Biasiswa dan Bantuan

9

Page 10: VISI HEM

2.2.7.1 Menyelaras perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan2.2.7.2 Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan2.2.7.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid2.2.7.4 Mengurus permohonan biasiswa dan bantuan

2.2.8 Polisi Sekolah Selamat

2.2.8.1 Menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Sekolah Selamat.2.2.8.2 Membantu Pengetua dan Jawatankuasa Sekolah Selamat menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat.2.2.8.3 Membantu menguatkuasakan semua peraturan sekolah.2.2.8.4 Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.2.2.8.5 Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis.2.2.8.6 Mengenalpasti amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.2.2.8.7 Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan2.2.8.8 Menyelaras rekod peristiwa mengenai keselamatan.

2.3. Pengawasan Asrama (jika ada)

2.3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke asrama2.3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama2.3.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama2.3.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama2.3.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur2.3.6 Menyelaraskan pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama2.3.7 Membantu dalam urusan sebutharga / tender makanan asrama sekolah2.3.8 Mempastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah2.3.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama2.3.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama2.3.11 Mengurus pemilihan penghuni asrama.

2.4. Tugas-tugas lain

2.4.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan olehPengetua dari semasa ke semasa2.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang

10

Page 11: VISI HEM

berkaitan dengan tugas rasmi diberikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

11