wacana penulisan (tajuk 1)
TRANSCRIPT
•Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.
•Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.
•Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
•Wacana ialah keseluruhan pelahiran
bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu
sistem bahasa dan unsur-unsur luar
daripada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai
sesuatu yang bermakna dalam
berkomunikasi.
ASMAH HAJI OMAR, 1986
•KAMUS DEWAN, 1996:1540
•Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh (novel, buku, siri
ensiklopedia dan sebagainya), paragraf,
kalimat atau kata yang membawa amanat
yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)
•Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang
mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan
melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana
terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir
selepas tingkat ayat.
TEKS PRA-U STPM
• KAJIAN BAHASA
•Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita,
dialog, dan sebagainya yang dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan.
Dengan perkataan lain, wacana adalah satu
satuan bahasa yang lengkap.
Teks Veda (1200-1000) Kitab-kitab agama
Aristotle (384-322)Retorik klasik (lebih kepada bahasa)
Aliran Linguistik
Aliran Struktura I di abad ke-20
Struktur bertema dan maklumat
1960-an Struktural Wacana
Bersifat deskriptif dan genre wacana popular
1970-an analisis secara sistematik
Mempunyai tatabahasa formal dan bebas
Wacana ialah 1. hubungan fikiran dengan kata-
kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan;
atau percakapan 2. hubungan secara umum,
terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok
telahan 3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah,
ceramah; khutbah.
(Kamus Webster, 1983)
• Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru
1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan,
percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan
suatu kesatuan. Semua perkara yang
melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana.
Wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran
yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan
(seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti
surat, artikel, novel, cerpen).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Menurut kamus linguistik, wacana didefinisikan sebagai
satuan kebahasaan terlengkap; dalam hierarki
gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau
terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan
yang utuh (buku, ensiklopedi, novel, dll) paragraf,
kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.
(Kridalaksana, 2008).
PENGERTIAN WACANA MENURUT AHLI BAHASA
1. Menurut Harimurti Kridalaksana, wacana (discourse) adalah satuan bahasa terlengkap dan merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar dalam hierarki gramatikal. (1983:179 dalam Sumarlam, 2009:5).
2. Henry Guntur Tarigan (1987:27) mengemukakan bahwa wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan kalimat, memiliki kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas, berkesinambungan, dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.
James Deese dalam karyanya Thought into Speech: the Psychology of a Language (1984:72, sebagaimana dikutip ulang oleh Sumarlam, 2009:6) menyatakan bahwa wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa kepaduan atau rasa kohesi bagi penyimak atau pembaca. Kohesi atau kepaduan itu sendiri harus muncul dari isi wacana, tetapi banyak sekali rasa kepaduan yang dirasakan oleh penyimak atau pembaca harus muncul dari cara pengutaraan, yaitu pengutaraan wacana itu.
I.G.N. Oka dan Suparno (1994:31) menyebutkan wacana adalah satuan bahasa yang membawa amanat yang lengkap.
• Fatimah Djajasudarma (1994:1) mengemukakan bahwa wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan, menghubungkan proposisi yang satu dengan proposisi yang lain, membentuk satu kesatuan, proposisi sebagai isi konsep yang masih kasar yang akan melahirkan pernyataan (statement) dalam bentuk kalimat atau wacana.
• Hasan Alwi, dkk (2000:41) menjelaskan pengertian wacana sebagai rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat-kalimat itu. Dengan demikian sebuah rentetan kalimat tidak dapat disebut wacana jika tidak ada keserasian makna. Sebaliknya, rentetan kalimat membentuk wacana karena dari rentetan tersebut terbentuk makna yang serasi.
• Sumarlam, dkk (2009:15) menyimpulkan dari beberapa pendapat bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap yang dinyatakan secara lisan seperti pidato, ceramah, khotbah, dan dialog, atau secara tertulis seperti cerpen, novel, buku, surat, dan dokumen tertulis, yang dilihat dari struktur lahirnya (dari segi bentuk bersifat kohesif, saling terkait dan dari struktur batinnya (dari segi makna) bersifat koheren, terpadu.
• Berdasarkan beberapa pendapat mengenai batasan wacana di atas, pengertian wacana adalah satuan bahasa lisan mahupun tulis yang memiliki keterkaitan atau keruntutan antar bagian (kohesi), keterpaduan (koheren), dan bermakna (meaningful), digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial.
• Berdasarkan pengertian tersebut, syarat terbentuknya wacana adalah penggunaan bahasa dapat berupa rangkaian kalimat atau rangkaian ujaran (meskipun wacana dapat berupa satu kalimat atau ujaran).
• Wacana yang berupa rangkaian kalimat atau ujaran harus mempertimbangkan prinsip-prinsip tertentu, prinsip keutuhan (unity) dan kepaduan (coherent).
• Wacana dikatakan utuh apabila kalimat-kalimat dalam wacana itu mendukung satu topik yang sedang dibicarakan, sedangkan wacana dikatakan padu apabila kalimat-kalimatnya disusun secara teratur dan sistematik, sehingga menunjukkan keruntututan idea yang diungkapkan.
*Kajian kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya
*Sama ada formal ataupun tidak
*Menimbulkan kesan dialek(laras bahasa) dalam pertuturan
*Tujuan
*Menentukan jenis ayat
*Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca
* Kaitan penutur dengan pendengar
*Wacana lisan dituturkan antara penutur dengan pendengar
*Wacana penulisan digunakan antara penulis dan pembaca
*Maklumat Yang Bertentangan
*Maklumat yang menyalahi dari perkara yang fakta atau lebih benar tidak boleh diletakkan dalam wacana.
*Contohnya:Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.
*Mempunyai Susun Ayat Teratur
*Mempunyai sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya.
*Mempunyai unsur yang berkait rapat
*Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.
*Mempunyai Andaian dan Inferensi
*Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.
*Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi ditentukan oleh pembaca tanpa sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditulis.
*Maklumat Baru
*Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.
*Hasil penulisan hendaklah bersifat kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata.