wahyu dakwah nabi muhammad saw di makkah dan cabarannya
DESCRIPTION
Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.TRANSCRIPT
Wahyu, Dakwah Nabi Muhammad
(s.a.w.) di Makkah dan Cabarannya
PPPY1272 FIQH SIRAH
Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM (Bab 3)
OBJEKTIF Bab 3 Memahami konsep al-tahannuth dan
kaitannya dengan penurunan wahyu.
Mendalami maksud ayat-ayat al-Qur’an yang
diturunkan di peringkat awal.
Membezakan strategi dakwah Nabi
Muhammad (s.a.w.) di peringkat awal.
Memahami bentuk cabaran yang dialami
Baginda ketika berdakwah di Makkah.
Mendalami reaksi Nabi Muhammad (s.a.w.)
terhadap cabaran dakwah di Makkah.
Membezakan strategi dakwah Nabi
Muhammad (s.a.w.) di peringkat awal. Bab 3 / 2
DAKWAH NABI MUHAMMAD
Nabi Muhammad (s.a.w.) gemar
bertahannuth di gua Hira’.
Bertahannuth ialah satu kebiasaan bagi
orang Arab; mengasingkan diri.
Proses tahannuth (menurut Ibn ‘Abbas):
Dilakukan sekali dalam setahun.
Tinggal selama sebulan di gua Hira’.
Memberi makan kepada orang miskin.
Tawaf di Ka’bah sebanyak 7 kali.
Pulang ke rumah.
Bab 3 / 3
DAKWAH NABI MUHAMMAD
Terdapat perbezaan antara tahannuth
yang dilakukan oleh Nabi Muhammad
dengan Quraysh lain.
Nabi lakukan dengan tujuan untuk
mencari ketenangan, bertafakur dan
memikirkan keagungan Allah (s.w.t.).
Baginda amat membenci kekufuran dan
kemusyrikan yang dilakukan kaumnya.
Baginda lakukannya mengikut syariat
Nabi Ibrahim (a.s.).
Bab 3 / 4
DAKWAH NABI MUHAMMAD
Al-Tahannuth merupakan satu jalan
untuk mencintai Allah (s.w.t.).
Ia menjadi ketentuan Ilahi bagi diri
Baginda untuk melaksanakannya.
Proses selama 3 tahun ini adalah semata
–mata untuk Baginda mempersiapkan
diri bagi menjalankan usaha dakwah.
Setelah bertahannuth, Allah muliakan
Baginda dengan menurunkan Jibril
membawa wahyu Ilahi.
Bab 3 / 5
WAHYU AWAL
Dari ‘A’ishah: Jibril datang pada malam
Sabtu & malam Ahad. Jibril datang
sekali lagi pada malam Isnin, iaitu 17
Ramadan, membawa risalah nubuwwah.
Nabi Muhammad berusia 40 tahun.
Jibril mendekati Nabi Muhammad dan
menyuruh Baginda membaca (Iqra’).
Surah al-‘Alaq, ayat 1-5, ayat pertama.
Ia memaparkan keagungan Allah sebagai
Pencipta manusia.
Bab 3 / 6
WAHYU AWAL
Ayat ini turut membuktikan bahawa
Nabi Muhammad (s.a.w.) sebagai utusan
Allah, walaupun Baginda ialah ummi.
Setelah menerima ayat-ayat ini, Nabi
berhadapan dengan fatrat al-wahy
(penurunan wahyu terhenti seketika).
Jibril tidak datang membawa wahyu
selepas surah al-‘Alaq dan al-Muddathir.
Tika ini, Nabi Muhammad berada dalam
keadaan yang amat dukacita.
Bab 3 / 7
Pada peringkat awal, penekanan diberikan kepada aspek tauhid (mengesakan Allah, beriman dengan hari Akhirat dan pengadilan Ilahi serta bersyukur).
Aspek tauhid (mengesakan Allah) amat penting kerana ia menentukan akidah hamba-Nya.
Ia menjadi tonggak kekuatan Islam.
Ia memaparkan hubungan hamba dengan Penciptanya.
AJARAN AWAL ISLAM
Bab 3 / 8
Kalimah La ilah illa Allah,
mengarahkan kepada pengesaan Allah
dan membebaskan diri daripada
perhambaan sesama manusia.
Keyakinan ini perlu kepada susulan
dengan amalan tidak menyekutukan
Allah.
Tidak seperti Quraysh, mereka yakin
akan Allah sebagai pencipta, tetapi
pada masa yang sama mereka sembah
berhala.
AJARAN AWAL ISLAM
Bab 3 / 9
Ini kerana mereka sebenarnya tidak
yakin dengan keesaan Allah (s.w.t.).
Malah mereka sifat jalan penyekutuan
itu sebagai jalan mendekatkan diri
kepada Allah (s.w.t.).
Mereka menjadikan berhala sebagai
perantaraan antara mereka dengan
Tuhan Pencipta Alam.
Tugas Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah
untuk mengembalikan umat manusia
agar mengesakan Allah (s.w.t.).
AJARAN AWAL ISLAM
Bab 3 / 10
Ajaran kedua ialah beriman dengan
hari Akhirat dan pengadilan Ilahi.
Amalan yang baik akan dibalas baik
dan begitu juga sebaliknya.
Pengadilan Ilahi amat penting kerana
ia boleh memberi kesedaran bahawa
apa sahaja yang dilakukan di dunia,
ada ganjarannya.
Ini menjadikan manusia berhati-hati
dalam bertindak.
Manusia sama sekali tidak akan leka.
AJARAN AWAL ISLAM
Bab 3 / 11
Akan tetapi, Quraysh menganggap
balasan ini hanya untuk orang Islam
sahaja.
Jika mereka menolak Islam, mereka
akan terlepas daripada seksaan ini.
Ini tidak benar kerana ia meliputi
seluruh generasi manusia dari Adam
hingga akhir zaman kelak.
Ajaran ketiga ialah agar manusia
menjadi hamba yang sentiasa
bersyukur.
AJARAN AWAL ISLAM
Bab 3 / 12
Manusia perlu banyak bersyukur atas
segala nikmat yang diterima.
Ini menggambarkan satu bentuk
pengiktirafan bahawa manusia amat
bergantung kepada yang lebih
berkuasa.
Orang yang tidak bersyukur akan
dicela Allah dan menerima balasannya.
Cara bersyukur ialah menerusi ibadat.
Ibadat yang boleh dilakukan ialah
seperti solat dan tahannuth.
AJARAN AWAL ISLAM
Bab 3 / 13
Berdakwah secara rahsia dan
disebarkan secara bersendirian.
Kalangan keluarga Baginda dahulu.
Quraysh tidak rasa terancam dengan
agama baru ini.
Mereka samakan dengan agama lain di
kalangan mereka seperti Hanif.
Selepas 3 tahun, dakwah secara
terbuka.
Menyerang pelbagai bentuk khurafat
dan kekufuran.
BENTUK DAKWAH RASULULLAH
Bab 3 / 14
Quraysh mula rasa terhina dan
terancam dengan usaha dakwah
Muhammad.
Penentangan mereka bermula
terhadap Nabi dan umat Islam.
Penyiksaan, penghinaan dan
pemulauan dilaksanakan secara giat.
Baginda berdakwah kepada Banu
Hashim, ada yang sokong, ada juga
yang protes.
Nabi berhadapan pelbagai kesukaran.
BENTUK DAKWAH RASULULLAH
Bab 3 / 15
Khadijah bt. Khuwaylid (r.a.).
‘Ali b. Abi Talib (r.a.).
‘Abd Allah b. ‘Uthman (Abu Bakr r.a.).
Zayd b. Harithah (r.a.).
Anak-anak perempuan Nabi (r.a.).
Abu Bakr juga berdakwah, ramai yang
peluk Islam (‘Uthman, al-Zubayr, ‘Abd al-
Rahman, Sa’d dan Talhah).
Abu ‘Ubaydah, Abu Salamah, al-Arqam
dan ramai lagi.
Mewakili pelbagai lalpisan masyarakat.
AL-SABIQUN AL-AWWALUN
Bab 3 / 16
Dakwah secara sulit.
Dakwah secara terbuka kepada kaum
kerabat.
Dakwah secara terbuka kepada seluruh
penduduh Makkah.
Dakwah sebagai tanggungjawab
bersama.
Dakwah kepada pemerintah yang
dihormati dalam sesebuah masyarakat
seperti di Ta’if.
METODE PENYEBARAN
DAKWAH DI MAKKAH
Bab 3 / 17
CABARAN AWAL DAKWAH
NABI MUHAMMAD DI MAKKAH
Peringkat awal, orang Quraysh tidak
mengendahkan usaha dakwah Nabi
Muhammad di Makkah.
Mereka anggap: seorang yang suka
bicara tentang agama dan ketuhanan.
Mereka tidak terfikir Islam akan
berkembang dengan pesat.
Sikap ini mula berubah bila Nabi mula
sebar dakwah secara terbuka. Bab 3 / 18
CABARAN AWAL (REAKSI)
DAKWAH DI MAKKAH
Laporan al-Baladhuri: Baginda
berdakwah kepada kaum kerabat di
Bukit Safa.
Usaha Baginda diprotes oleh pakciknya,
Abu Lahab.
Protes Abu Lahab ini menandakan
kemunculan babak baru dalam usaha
penyebaran Islam di Makkah.
Penentangan hebat puak Quraysh. Bab 3 / 19
TAHAP PENENTANGAN Mempengaruhi Abu Talib untuk
memujuk Nabi berhenti berdakwah.
Mempunyai unsur diplomasi pihak Quraysh.
9 pembesar Quraysh mengadap Abu Talib.
Usaha ini gagal pada kali pertama.
Usaha ini dilanjutkan kali kedua, gagal.
Mereka maklum pada Abu Talib: mereka
tidak boleh bersabar dgn tindakan Nabi.
Isu matahari dan bulan.
Usaha ketiga dibuat, membawa ‘Umarah b.
al-Walid sebagai ganti dengan Nabi, gagal.
Bab 3 / 20
TAHAP PENENTANGAN
Melemparkan tohmahan palsu
terhadap Nabi Muhammad.
Baginda disifatkan sebagai
seorang ahli sihir dan banyak
berdusta.
Dilakukan oleh al-Walid b. al-
Mughirah, pada musim haji.
Baginda dituduh gila.
Bab 3 / 21
TAHAP PENENTANGAN
Al-Qur’an itu satu pembohongan yang
diada-adakan Nabi Muhammad.
Al-Qur’an dicipta Baginda dengan bantuan
beberapa individu lain.
Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya
kagum dengan ayat al-Qur’an.
Mereka telah lakukan intipan pada waktu
malam, semata-mata untuk mendengar
bacaan ayat-ayat al-Qur’an.
Pada waktu ini, Nabi Muhammad sedang
tunaikan solat di rumah Badginda.
Bab 3 / 22
TAHAP PENENTANGAN
Menganiaya umat Islam.
Pelbagai penganiayaan dilakukan terhadap
mereka yang memeluk Islam.
Khususnya, perancangan Abu Jahl.
Umat Islam dimalukan di khalayak ramai.
Mereka dipukul dan dipulau oleh
masyarakat sekeliling.
Penganiayaan fizikal turut dilakukan.
Misalnya, isu Bilal b. Rabah, ‘Amir b.
Fuhayrah dan ‘Ammar b. Yasir.
Baginda turut disiksa: dicekik, dibaling najis Bab 3 / 23
TAHAP PENENTANGAN
Memberi tekanan pada Banu Hashim dan
Banu al-Muttalib.
Hal ini dilakukan kerana kedua-dua Banu ini
memberi perlindungan kepada Nabi.
Padahal, pada masa yang sama puak
Quraysh Makkah sedang menentang hebat
usaha dakwah Baginda ini.
Justeru, kedua-dua Banu ini perlu diboikot.
Ia merangkumi larangan perniagaan, hal
perkahwinan.
Larangan ini tidak dipatuhi oleh sebahagian.
Bab 3 / 24
TAHAP PENENTANGAN
Memberi tawaran menarik kepada
Nabi Muhammad.
Baginda ditawarkan pelbagai
tawaran menarik untuk berhenti
berdakwah.
Antaranya Baginda ditawarkan
kekayaan, kemuliaan dan jawatan
penting.
Semua tawaran ini ditolak. Bab 3 / 25
Dakwaan Muhammad sebagai seorang
Nabi memberi kesan politik kepada
pentadbiran Makkah. Kepimpinan
mereka berkurangan.
Aktiviti ekonomi di Makkah yang
memberi keuntungan akan terjejas.
Jualan berhala memberi keuntungan.
Sumber ekonomi terganggu.
Pemikiran kolot/kuno/konservatif.
Mereka amat kuat dengan fahaman
Jahiliah, tidak akan ditinggalkan.
FAKTOR PENENTANGAN
Bab 3 / 26
Faktor dorongan Quraysh menentang Islam:
Isu perhambaan
Gemar bertelagah
Persaingan dan perebutan kuasa
Hak persamaan (tuan-hamba)
Takut pada Hari Kebangkitan
Tradisi nenek moyang
Faktor ekonomi
Antara penentang: Abu Lahb, Abu Jahl, al-Nadr,
‘Uqbah, al-Walid, ‘Utbah, al-Aswad, al-Harith,
Umayyah, Ubayy, al-‘As, Nubayh, Tu‘aymah,
Rukanah dan Arwa.
FAKTOR PENENTANGAN
Bab 3 / 27
Merdekakan hamba. Baginda bebaskan
mereka daripada siksaan Quraysh.
Hijrah ke Habashah. Hijrah pertama dalam
Islam: 10 lelaki dan 4 wanita. Hijrah kedua
ke Habashah: 83 lelaki dan 18 wanita.
Haqq al-jiwar. Tradisi yang sudah wujud
dalam masyarakat Jahiliah. Al-Mustajir:
orang yang disiksa. Al-Mujir: pemberi
perlindungan (suaka politik).
Dakwah di Ta’if, ditolak dengan kasar.
Peristiwa Isra’ dan Mi‘raj, mukjizat Nabi.
REAKSI NABI MUHAMMAD
TERHADAP PENENTANGAN
Bab 3 / 28
Nabi Muhammad lakukan ibadat tahannuth
di gua Hira’.
Ayat pertama ialah dari surah al-‘Alaq.
Ajaran awal Islam ialah mengesakan Allah,
beriman dengan hari Akhirat dan Pengadilan
Ilahi serta bersyukur.
Bentuk dakwah: rahsia & terbuka.
Golongan awal yang memeluk Islam terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Daripada golongan hamba hingga kepada
golongan bangsawan.
RUMUSAN
Bab 3 / 29
Nabi Muhammad (s.a.w.) berhadapan
dengan pelbagai penentangan Quraysh
ketika berdakwah di Makkah.
Cabaran ini sama sekali tidak
mematahkan semangat Baginda.
Baginda telah mengambil beberapa
langkah sebagai reaksi terhadap
penentangan tersebut.
Setelah berhadapan semua cabaran ini,
akhirnya Baginda digembirakan dengan
peristiwa Isra’ dan Mi‘raj.
RUMUSAN
Bab 3 / 30