wau & layang-layang china
TRANSCRIPT
UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH PERNIAGAAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN
KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
1LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
I S I K A N D U N G A N
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 2
2 SEJARAH LAYANG-LAYANG
2.1.Layang-layang China
2.2.Jenis layang-layang China
3
4
5
3 PENERIMAAN LAYANG-LAYANG DI MALAYSIA
3.1.Sejarah layang-layang di Malaysia:Asal-usul wau
3.2.Jenis-jenis wau
3.3.Cara bermain
3.4.Pembuatan reka corak & Motif reka corak wau
3.5.Festival wau di Malaysia
7
7
9
11
12
15
4 RUMUSAN 17
5 RUJUKAN 18
2LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
P E N D A H U L U A N
Tema tugasan kumpulan Renaissance adalah permainan tradisional,oleh
itu kami bersepakat untuk memilih penerimaan layang-layang China di
Malaysia sebagai tajuk tugasan kami. Melalui tugasan ini, ahli kumpulan
dapat mengetahui tentang asal-usul layang-layang serta wau. Selain itu,
kami turut mengenali bagaimana sesuatu adat atau seni bina diubahsuai
melalui peredaran masa.Contohnya, wau dikatakan berasal dari layang-
layang di China. Melalui perubahan dan kewujudan wau, kami boleh
menganalisis bagaimana layang-layang dapat diterima dan tersebar di
Kepulauan Melayu serta penerimaan layang-layang dan pengubahsuaiannya
mengikut budaya tempatan.
Kedatangan permainan layang-layang di Malaysia tidak dapat dipastikan
kesahihan tarikhnya,namun menurut sebuah buku yang dikarang oleh
Jennifer Rodrigo bertajuk Malaysia–The beautiful,kedatangan permainan
layang-layang atau lebih dikenali sebagai wau di Malaysia adalah sekitar
abad yang ke 16. Manakala permainan layang-layang cina pula dikatakan
telah dicipta oleh seorang ahli falsafah kuno china yang terkenal iaitu Mo Di
(468-376 sebelum Masihi) sekitar abad ke-4 S.M.Oleh hal yang demikian tidak
hairanlah jika dikatakan bahawa permainan Wau Malaysia berasal daripada
layang-layang China atau lebih dikenali sebagai “Fengzheng”. Hal ini
kerana,reka bentuk serta karakter wau banyak mempunyai persamaan
dengan layang-layang China.
Oleh itu,dalam tugasan ini objektif kami adalah untuk mengkaji dengan
lebih mendalam tentang permainan layang-layang China dan wau seperti
sejarah layang-layang dan wau serta informasi yang berkaitan kedua-dua
permainan ini untuk membuktikan bahawa benarlah permainan wau di
Malaysia berasal dari permainan layang-layang China,serta telah dimainkan
3LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
di Malaysia berabad lamanya sehingga diterima oleh semua golongan lapisan
masyarakat di Malaysia.
4LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
S E J A R A H L A Y A N G - L A Y A N G
Layang-layang dipercayai berasal dari negara China,menurut buku
‘Tamadun Islam & Asia’ yang dikeluarkan oleh Penerbitan Multimedia,China
lah yang mula-mula mencipta layang-layang iaitu seawal abad ke-4
S.M.Layang-layang china lebih dikenali sebagai ‘Fengzheng’ di kalangan
masyarakat China,nama fengzheng mula digunakan semasa era 5
dinasti(907-960 selepas Masihi).Layang-layang China mula dipanggil sebagai
fenzheng apabila,Li Ye seorang yang hidup semasa era 5 Dinasti mula
memasang seruling buluh di bahagian kepala layang-layangnya,supaya
layang-layangnya akan mengeluarkan bunyi ‘Zheng’ semasa ia diterbangkan.
layang-layang China dicipta oleh ahli falsafah terkenal China iaitu Mo Di
sekitar abad ke-4 S.M.Dipercayai bahawa layang-layang pertama yang dicipta
oleh beliau dibuat daripada kayu dan berbentuk helang serta mengambil
masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya,layang-layang pertama yang
dicipta oleh beliau hanya mampu diterbangkan selama satu hari
sahaja.Sebelum terciptanya kertas,layang-layang China hanya dibuat dengan
menggunakan kayu ataupun kain sutera oleh itu permainan ini hanya mampu
dimainkan oleh golongan yang berada serta golongan bangsawan.
Selepas terciptanya teknologi pembuatan kertas pada era dinasti Han
layang-layang china menjadi semakin popular di semua peringkat
masyarakat serta tersebar di seluruh dunia,kerana cara pembuatannya
menjadi semakin mudah dan menjimatkan.
5LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
2.1.Layang – layang China
layang-layang bukan
sahaja digunakan
sebagai alat permainan
tetapi juga sesuatu
alatan yang penting
dimana ianya telah
memberi sumbangan
dalam ilmu pengetahuan
dan pengeluaran.
Pesawat- pertama
terbentuk setelah
terhasilnya layang-
layang. Pada 1782,
Benjamin Franklin, saintis Amerika dan juga seorang negarawan mencatat
bahawa petir dan guruh di langit dapat diatasi dengan bantuan layang-
layang dan kemudian menemukan penebat kepada petir tersebut. Layang-
layang masih digunakan oleh beberapa nelayan untuk meletakkan umpan di
laut untuk menarik ikan, atau kaedah seorang jurugambar untuk mengambil
gambar pemandangan luas dari ketinggian yang tinggi.
Layang-layang china yang terawal diperbuat daripada kayu dan dipanggil
muyuan (layang-layang kayu). Ianya muncul semasa pemerintahan zaman
Warring sekurang-kurangnya dua millennium dahulu. Selepas penciptaan
kertas, layang-layang mula dibuat mengunakan benda baru yang dikenali
sebagai zhiyuan (layang-layang kertas).
Selain daripada menjadi alat permainan, layang-layang pada suatu ketika
dahulu digunakan untuk tujuan ketenteraan. Bukti sejarah menyatakan
bahawa layang-layang yang digunakan adalah besar dari segi saiznya,
sesetengahnya agak kuat untuk menampung orang di udara untuk meninjau
6LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
pergerakan musuh dan seterusnya digunakan untuk propaganda.Pada zaman
dinasti Liang(502-557 M),semasa peperangan,layang-layang digunakan
sebagai alat komunikasi(Robert Tempel,1998:173-174, Suffian
Mansor,2003:109-111).Menurut Records of Strange Events (Du Yi Zhi),
apabila Xiao Yan seorang emperior Wudi (464-549) dari Dinasti Liang, telah
dikepung di Taicheng, Nanjing oleh pemberontak dibawah Hou Jing.Xiao Yan
telah menggunakan layang-layang untuk menghantar pesanan kepada orang
luar untuk membantunya.selain itu layang-layang juga digunakan sebagai
isyarat tertentu semasa perang serta untuk mengetahui arah tiupan angin
Tambahan lagi,pada sekitar era pemerintahan Dinasti Qing (1644-
1911),mula wujudnya kepercayaan bahawa bermain layang-layang akan
membuatkan pemainnya sentiasa sihat.contohnya jika seseorang itu
melepaskan tali layang-layangnya, nasib buruk atau sebarang penyakit yang
dialaminya akan pergi dan hilang seperti perginya layang-layang
tersebut.Manakala jika seseorang itu menjumpai layang-layang yang sesat
dan mengambilnya ia akan membawa nasib buruk padanya.
2.2.Jenis-jenis layang-layang China
Ada 4 kategori layang-layang China yang utama:
1) Layang-layang lipan(centipede kites)
2) Layang-layang bersayap keras(hard winged kites)
3) Layang-layang bersayap lembut(soft winged kites)
4) Layang-layang rata(flat kites)
1. layang-layang lipan
layang-layang lipan mempunyai kepala yang menyerupai naga manakala
badannya pula berbentuk beberapa cakera yang
bersambung dengan
kepalanya.Antara contoh layang- layang lipan:
7LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
2. Layang-layang bersayap keras
Layang-layang bersayap keras ini mempunyai kedudukan rangka buluh yang
bersimetri,
antara contoh layang-layang
bersayap keras:
3. Layang-layang bersayap
lembut
Layang-layang jenis ini mempunyai
sayap yang fleksibel pada bahagian sayap bawahnya,selalunya
layang-layang bersayap lembut ini mempunyai lebih dari sepasang
sayap.Apabila diterbangkan layang-layang ini memberi
sudut pandangan yang jelas serta
menawan.Antara contoh layang-layang
bersayap lembut adalah:
4. Layang- layang rata
Seperti namanya bentuk
layang-layang ini adalah
rata,layang- layang rata
amat mudah untuk diterbangkan,kebiasaannya layang-layang ini mempunyai
ekor yang panjang untuk membuatkan layang-layang ini stabil semasa
dilayangkan.Kebanyakan layang-layang rata
mempunyai gambar yang bermotifkan mitos
8LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
ataupun keagamaan,dan kebanyakannya mempunyai simbol ying-
yang.Antara contoh layang-layang rata:
P E N E R I M A A N L A Y A N G –L A Y A N G D I M A L A Y S I A
3.1.Sejarah layang-layang di Malaysia:Asal-
usul wau
Permainan wau merupakan salah satu daripada
permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-
ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi
unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada
bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau
tersebut. Bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk
membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain
keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Asal-usul permainan wau telah diceritakan dalam beberapa buku Sejarah
Melayu. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini
bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.
Menurut sejarahwan Clive Hart pula, wau berasal daripada layang-layang
yang berasal dari negara China.Hal ini kerana,terdapat pelbagai persamaan
9LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
dari segi reka bentuk serta ciri-ciri wau dengan layang-layang tradisional dari
negara China.Perkara ini berlaku kerana layang-layang di Malaysia banyak
menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan
hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek
lagi.Permainan layang-layang di Malaysia dipercayai mula dimainkan sekitar
abad ke 16 Masihi.
Perkataan ‘wau’ yang menggantikan nama layang-layang banyak
digunakan di negeri pantai timur serta utara Malaysia seperti
Kelantan,Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang,wau juga dipanggil sebagai
layang-layang di negeri pantai Barat semenanjung Malaysia.Nama Wau
dipercayai dikaitkan dengan bunyi yang terhasil dari busur yang diikat pada
wau,kerana apabila wau dimainkan busur yang diikat pada wau tersebut
akan menghasilkan bunyi ‘wau’ secara berirama.Nama wau turut dikatakan
berasal daripada kanak-kanak yang memainkan wau di mana wau pada
zaman tersebut diperbuat dari daun yang diikat pada tulang belakang daun
dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Setelah
membuat wau, kanak-kanak akan memainkannya di tempat yang berangin.
Apabila tali wau terputus, kanak-kanak sering menangis “wa,wa,wa,wa…”.
Oleh itu, lahirlah nama "Wau".
Wau sinonim dengan kaum Melayu,ada sesetengah pihak pada masa
dahulu percaya bahawa wau mempunyai kaitan dengan semangat angin dan
langit ataupun semangat padi.Ada satu mitos yang dikaitkan dengan
kewujudan wau,iaitu pada suatu hari sepasang suami isteri yang tidak
mempunyai anak terjumpa seorang anak perempuan. Maka, mereka pun
memeliharanya. Selepas itu, suaminya membawakan minuman dan makanan
setiap hari kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi.
Akhirnya, isterinya cemburu akan dengan anak perempuan tersebut. Justeru,
anak perempuan itu sering dipukul oleh isterinya supaya dapat menghalau
anak perempuan tersebut. Oleh sebab sering didera oleh isterinya. Maka,
anak perempuan melarikan diri dari rumah petani tersebut.
10LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
Selepas kejadian itu, padi petani suami isteri tersebut, tidak berbuah dan
sering diserang penyakit. Oleh itu, mereka minta tunjuk ajar daripada nujum.
Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi.
Demi menggelakan padi mereka diserang penyakit dan tidak berbuah. Maka,
nujum menasihati petani tersebut supaya membuat satu lembaga merupai
Bulan dan dinaikkan setelah menuai,selepas itu petani tersebut membuat
wau yang berbentuk bulan untuk dilayangkan selepas menuai.Maka di situlah
mula tersebarnya mitos,bahawa wau mempunyai kaitan dengan semangat
padi.Namun cerita ini hanyalah mitos semata-mata.
3.2.Jenis-jenis wau
Permainan wau yang dipercayai berasal dari negara China telah mula
dimainkan di Malaysia seawal abad ke 16 lagi.Maka tidak hairanlah wau
boleh diterima dan dimainkan oleh semua golongan masyarakat,malah di
Malaysia sudah terdapat banyak jenis wau antara wau yang utama adalah
wau bulan,wau jalabudi,dan wau kucing.Tambahan lagi pecahan dari 3 jenis
kategori wau ini terdapat juga beberapa lagi jenis wau tradisional yang
mewakili negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.Antaranya ialah:
Negeri Wau rasmi Gambar
1 Johor Wau Merak
2 Kelantan Wau Puyuh
11LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
3 Melaka Wau Kikik
4 Pahang Wau
Cenderawasih
5 Perak Wau Seri Bulan
6 Perlis Wau Helang
7 Pulau Pinang Wau Kotak
8 Selangor Wau Kapal
9 Terengganu Wau Dodo Helang
12LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
10 Negeri Sembilan Wau Seri Negeri
11 Kedah Wau kangkang
12 Sarawak Wau Kenyalang
3.3.CARA BERMAIN Selain kepelbagaian jenis wau,wau juga
dimainkan dalam pelbagai cara.Ada yang
bermain hanya untuk hiburan
sahaja,tidak kurang juga yang bermain
untuk pertandingan. Dalam permainan wau terdapat pelbagai jenis cara
bermain khususnya semasa dalam sesuatu pertandingan wau,antaranya
ialah:
1. Wau tertinggi,Pengadilan dalam pertandingan ini dibuat berdasarkan
ketinggian atau arah terbangan wau, kemahiran peserta menaikkan
wau, bunyi yang dihasilkan dan lakaran gambar yang naik secara
menegak. Terdapat juga pertandingan wau cantik.
2. Wau tercantik,Pertandingan wau cantik pula diadili dengan cara
melihat keunikan dan kekreatifan pembuat wau. Wau yang diadili tidak
13LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
perlu diterbangkan. Oleh itu, tiada pemarkahan dibuat pada tahap
ketinggian, bunyi dan arah terbangan wau.
3. Selain pertandingan wau yang terbang tinggi dan wau cantik, ada juga
pemain yang bertanding dengan cara menjatuhkan wau pihak lawan.
Serbuk kaca akan diletakkan pada tali wau dan apabila tali tersebut
bergesel dengan tali wau pihak lawan, ia akan terputus. Wau yang
jatuh dianggap kalah dalam pertandingan tersebut.
Asasnya,untuk bermain wau,untuk menaikkannya memerlukan dua
orang,yang dikenali sebagai juruanjung dan jurumain tali. Juruanjung
memegang tali, manakala jurumain tali memegang wau 15 hingga 25 meter
dari juruanjung. Langkah pertama untuk menaikkan wau adalah memastikan
keseimbangan wau. Setelah wau benar-benar seimbang, jurumain tali akan
melepaskan wau dan juruanjung akan menarik tali tersebut sambil berlari.
Semasa wau dinaikkan, tali akan sentiasa dihulur agar wau mencapai
ketinggian yang paling maksimum iaitu sehingga 500 hingga 600 meter ke
udara. Setelah yakin dan berpuas hati dengan ketinggian wau, juru anjung
akan mengikat tali wau di pangkal pokok dan meninggalkannya untuk
menikmati kemerduan bunyinya.
3.4.Pembuatan reka corak & motif reka corak wau
Motif dalam reka corak wau dimaksudkan
sebagai suatu perhiasan yang diukir dengan
menggunakan kertas warna dalam bentuk dua
dimensi, kemudian disusun dan digubah
menjadikan pola atau corak hias. Reka corak ini
tidak sekadar untuk keindahan sahaja tetapi juga mengandungi makna yang
tertentu. Oleh itu setiap motif adalah menurut aturan tertentu yang
disesuaikan dan bersangkutan dengan adat resam, agama, kepercayaan,
norma hidup dan nilai-nilai tradisi.
untuk menghasilkan reka corak, kertas warna akan di lipat dua kemudian
14LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
dilakar disebelahnya. Ini bagi mendapatkan reka corak yang simetri
(seimbang) bila proses menebuk dilakukan. Motif reka corak akan dilakar
pada kertas warna yang telah ditentukan warnanya terlebih dahulu. Lapisan
pertama menggunakan kertas berkilat dan lapisan kedua menggunakan
warna yang berbeza. Kertas warna ini akan ditebuk mengikut corak yang
telah dilakar. Kemudiannya ianya akan ditampal mengikut susunan warna
secara berlapis-lapis seperti yang dikehendak Kerja melakar dan menebuk
reka corak ini adalah sebahagian daripada hasil kraf tangan yang wujud
seiring dengan seni rupa Melayu.
Proses menebuk dan menampal ini dikenali oleh penduduk tempatan
sebagai ”sobek”. Pada sesuatu motif reka corak akan diulang tebuk dan
tampalan beberapa kali bergantung kepada lapisan warna corak tersebut.
Kebiasaannya tiga hingga empat lapis kertas warna digunakan. Corak-
corak yang dibentuk menghasilkan kesan tiga dimensi, seperti ukiran. Proses
ini akan diulang pada motif corak yang lain mengikut warna yang dirancang.
menebuk dan menampal ini adalah rumit dan perlu dibuat dengan penuh
teliti. kekerapan lapisan tampalan ini boleh mempengaruhi ketinggian wau
bila diterbangkan. Wau yang untuk diterbang lebih tinggi hanya
menggunakan dua hingga tiga lapis kertas warna sahaja. Selain itu
Keseimbangan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah wau. Jesteru
itu reka coraknya juga perlu mengimbangi pada wau tersebut.
Walaupun dipercayai wau berasal dari layang-layang China namun motif
reka corak wau adalah berbeza dengan layang-layang China. Dalam reka
corak wau,motif tumbuh-tumbuhan adalah sesuatu daripada unsur yang
memberi sifat-sifat tersendiri dalam seni rupa yang menjadi reka corak
utama pada hiasan wau. Semua jenis wau menggunakan motif alam
semulajadi untuk dijadikan reka corak hiasan. Antaranya Motif yang
digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat
dan sulur kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat
15LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
lemah-lembut ini diangggap bentuk yang indah dan sesuai dijadikan motif
reka corak hiasan pada sesebuah wau. Bagi Masyarakat dahulu kepakaran
batiniah turut mempengaruhi dalam menghasilkan motif reka corak wau
tersebut. Kerana seni ukir ini tidak hanya sekadar hiasan pada seni rupa
sesuatu ciptaan, tetapi memperlihatkan juga taraf pencapaian nilai falsafah
Melayu.
Motif tumbuh-tumbuhan tempatan selalu digunakan sebagai reka corak
Wau Helang. Antaranya pokok peria, bunga ketumbit, pokok timun tikus dan
pokok letup. Tambahnya lagi, corak-corak ini semuanya dihasilkan berpusat
daripada dada (bahagian tengah) wau dan menjalar keluar. Semua tumbuhan
ini adalah dari jenis menjalar atau melata. Motif ini bersesuaian pada wau
kerana ia ditumpukan kepada susun semukur tampak yang penuh seimbang
pada bahagian dahan yang meliuk dan menjalar (Siti Zainon Ismail:
1989) .Tiap bentuk motif disusun seimbang, umpamanya sekuntum bunga
diletak di bahagian tengah dan kiri kanan bahagiannya diapit oleh daun-daun
yang meliut ke atas dan ke bawah.Susunan ini akan diulang dengan cara
yang sama hingga ke bahagian tepi wau. Bahagian tengah, di kiri kanan
sayap wau dipanggil “kijang emas, kijang kencana”, dibiarkan kosong yang
menunjukkkan kepekaan dalam menyusun corak dan memberi imbangan di
antara kawasan yang kaya dengan hiasan dan kawasan yang sengaja
dikosongkan untuk memeberi nafas.
Misalnya,Corak sobek pada Wau Helang menggunakan tiga hingga empat
lapis kertas warna. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan sederhana
serta tiada unsur yang berlebih-lebihan. Bahagian hujung sesuatu corak
jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar tetapi lebih
menyarankan merendah diri. Di sini jelas menampakkan reka corak wau juga
mempunyai unsur-unsur simbol sifat masyarakat Melayu yang kaya dengan
adat susila. Sikap pentingkan diri adalah dihindari dalam budaya Melayu. Ini
16LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
dapat dilihat dengan gambaran motif daun yang menjalar tidak sama sekali
menerjah kawan. Semuanya digambarkan dengan penuh kelembutan serta
seiring dengan ciri-ciri kesederhanaan.
17LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
3.5.Festival layang-layang di Malaysia
Permainan layang-layang sudah lama
bertapak di Malaysia serta sudah
sebati dengan budaya masyarakat
Malaysia,maka tidak hairanlah di
Malaysia festival Wau diadakan setiap
tahun. Festival Wau merupakan satu
acara yang telah diperkenalkan di Malaysia bagi menarik pelancong datang
ke Malaysia. Selalunya festival wau disambut di negeri Kelantan kerana
permainan ini sangat terkenal di negeri tersebut. Festival wau telah di
masukkan ke dalam kalendar pelancongan Malaysia. Keunikan festival ini
ialah wau dan layang-layang di terbangkan bersama-sama. Selain itu, pada
masa ini juga kita boleh melihat corak wau dan layang-layang yang berbeza
dan keunikan seni ukiran pada corak wau tersebut.Selalunya tarikh festival
wau ini ialah pada penghujung bulan Mei kerana keadaan cuaca yang sesuai
pada masa itu dan tempat festival ini biasa dilakukan di pantai sri
Tujoh,Tumpat,Kelantan. Kawasan ini menjadi tempat sambutan festival
kerana keadaan kawasan yang lapang dan sesuai untuk permainan wau.
Biasanya permainan ini di mainkan oleh remaja dan orang dewasa tetapi
pada masa sekarang semua peringkat umur boleh memainkannya.
Selain itu juga, festival wau juga di sambut di Pasir Gudang johor, dimana
festival ini di kenali sebagai Pasir Gudang world Kite Festival. Festival ini
telah menarik lebih seratus ribu orang pelancong dan festival ini di
perkenalkan di Pasir Gudang buat kali pertamanya pada tahun
2002,kebiasaannya festival layang-layang ini disertai oleh peserta dari
negara Amerika Syarikat,Eropah,China,Thailand,Jepun,Nepal dan
Indonesia.Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan
kerajaan negeri Johor melalui Jabatan perlancongan negeri. Apa yang
18LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
menarik semasa festival ini, kita dapat melihat pelbagai jenis wau dan
layang-layang yang di bawa dari luar Negara dan dimainkan dalam festival
ini. Selalunya acara ini akan berlangsung selama seminggu atau pun tiga
hari.
Kementerian kesenian budaya dan warisan Malaysia telah
memperuntukkan dana bagi menampung festival ini kerana festival ini telah
mampu menyumbang kepada pendapatan Negara. Keunikan corak dan
kawasan yang sesuai untuk memainkan permainan ini telah menarik
pelancong dari Negara luar datang ke Malaysia bagi melihat cara wau
dimainkan. Di samping itu,pertandingan wau tercantik dan layang-layang
gergasi juga turut di adakan sempena festival ini. Acara persembahan juga
turut diadakan bagi mengisi aktiviti festival ini. Semasa festival ini juga kita
boleh membeli cenderahati yang berbentuk kraftangan yang diukir menjadi
wau untuk kenangan kepada pengunjung kerana festival ini hanya di sambut
sekali sahaja dalam setahun mengikut masa yang sesuai.
Selain festival, Kementerian kesenian dan warisan telah menubuhkan
satu muzium wau di Pasir Gudang,Johor iaitu Muzium layang-layang Pasir
Gudang yang menempatkan pelbagai jenis layang-layang dan wau.Jumlah
jenis layang-layang dan wau dianggarkan lebih dari 200 jenis. Muzium ini
dibuka pada tahun 2002 semasa festival layang-layang Pasir Gudang yang
ke-7 sebagai tanda perhargaan kepada sumbangan pelayang Malaysia dan
luar negara.
Muzium Layang-layang Pasir Gudang
19LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
Festival layang-layang Pasir Gudang
20LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
R U M U S A N
Berdasarkan beberapa fakta yang dinyatakan,dapatlah disimpulkan
bahawa adalah benar jika dikatakan wau Malaysia berasal daripada layang-
layang China.Seperti yang telah dinyatakan,pengaruh layang-layang China
telah lama meresap dalam budaya masyarakat Malaysia sehingga terciptalah
wau,wau amat sinonim dengan budaya masyarakat Malaysia khususnya
masyarakat Melayu.
Melalui peredaran masa,pada masa ini permainan layang-layang China
telah disesuaikan mengikut budaya masyarakat Malaysia,kini terdapat
banyak jenis layang-layang atau lebih dikenali sebagai wau dalam kalangan
masyarakat Malaysia.selain daripada wau yang utama iaitu wau bulan,wau
kucing,dan wau jalabudi,setiap negeri mempunyai wau rasmi masing-
masing,jadi tidak hairanlah di Malaysia terdapat pelbagai jenis wau seperti
wau kenyalang yang mewakili negeri Sarawak,wau puyuh yang mewakili
negeri Kelantan dan lain-lain.
Tambahan lagi,cara bermain juga telah disesuaikan mengikut budaya
masyarakat Malaysia,wau bukan hanya untuk hiburan sahaja malah di
Malaysia ada pelbagai jenis pertandingan wau yang diadakan.selain itu motif
reka corak wau juga telah disesuaikan dengan masyarakat Malaysia
khususnya Melayu,ini kerana majoriti wau adalah menggunakan motif reka
corak tumbuh-tumbuhan,ianya berbeza dengan motif reka corak layang-
layang China yang lebih bermotifkan haiwan ataupun keagamaan kerana
majoriti pengamalan budaya serta agama oleh masyarakat Malaysia adalah
berbeza dengan masyarakat China.
21LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
22LAYANG-LAYANG CHINA & WAU
R U J U K A N
Sumber laman web
1) Festival layang-layang antarabangsa.Diambil pada 3 Februari 2011
http://www.kitefestpasirgudang.com
2) Permainan Wau.Diambil pada 3 Februari 2011
http://www.scribd.com/doc/2547106/PERMAINAN-WAU
3) Origin of Chinese kites.Diambil pada 6 Februari 2011
http://www.chinakiteonline.com/origin.html
4) Chinese kites history.Diambil pada 8 Februari 2011
http://www.my-best-kite.com/history-of-chinese-kites.html
5) History of Chinese kites.Diambil pada 15 Februari 2011
http://chinakites.org/htm/fzls-gb.htm
6) Wau.Diambil pada 15 Februari 2011 http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
7) Jenis-jenis wau tradisional(2007).Diambil pada 27 Februari 2011
http://www.pelayangjohor.com/jenis_wau.php?id=1
Sumber buku
1) Ros Aiza Mohd Mokhtar , Abd Hakim Mohad , Dg Hafizah Ag Basir , Siti Halimah Putung.(2011).Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Oleh:Penerbitan Multimedia sdn. Bhd.
2) Jennifer Rodrigo.(1996).Malaysia – The Beautiful. Oleh:New Holland Ltd.