ifolio.ukm.my · web viewsaya dan ajk lain diberi taklimat ringkas oleh exco kami tentang apa yang...

10
Tanggungjawab Alam Sekitar LMCK 2711 Set 96 Nama: Wong Yun Ai No. matrik: A148322 Course: Audiology Karnival Keusahawanan ini dianjurkan untuk mewujudkan budaya keusahawanan dalam kalangan remaja dan belia serta membangunkan pendidikan keusahawanan kepada remaja dan belia dan seterusnya memupuk minat kecenderungan mereka kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan secara berkesan.Selain itu,karnival ini juga mendedahkan para remaja dan belia kepada bidang keusahawanan melalui perkongsian pengalaman secara langsung dengan pihak yang berkaitan dalam bidang perniagaan.Program ini juga bermatlamat Melahirkan generasi remaja dan belia yang lebih yakin, mampu berdikari, dan bersedia untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Program Selera 1 Malaysia ialah program induk dan bukan salah satu program bawah Karnival Keusahawanan kerana program ini diadakan adalah untuk menjana pendapatan bagi Karnival Keusahawanan. Program Selera 1 Malaysia ialah satu program yang diadakan di UKM KL. Program ini merupakan jualan makanan Malaysia yang halal di UKM KL dan dijalankan sebelum bermulanya Karnival ini. Program Selera 1 Malaysia dijalankan pada 21 April 2015 hingga 23 April 2015 dan Kanival Kusahawanan ini bermula pada 25 April 2015. Saya,Wong Yun Ai selaku AJK Pemasaran induk dalam Program Selera 1 Malaysia bertanggungjawab untuk mencari peniaga untuk

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tanggungjawab Alam Sekitar LMCK 2711 Set 96

Nama: Wong Yun Ai

No. matrik: A148322

Course: Audiology

Karnival Keusahawanan ini dianjurkan untuk mewujudkan budaya keusahawanan dalam

kalangan remaja dan belia serta membangunkan pendidikan keusahawanan kepada remaja

dan belia dan seterusnya memupuk minat kecenderungan mereka kepada aktiviti-aktiviti

keusahawanan secara berkesan.Selain itu,karnival ini juga mendedahkan para remaja dan

belia kepada bidang keusahawanan melalui perkongsian pengalaman secara langsung dengan

pihak yang berkaitan dalam bidang perniagaan.Program ini juga bermatlamat Melahirkan

generasi remaja dan belia yang lebih yakin, mampu berdikari, dan bersedia untuk menceburi

bidang keusahawanan sebagai kerjaya.

Program Selera 1 Malaysia ialah program induk dan bukan salah satu program bawah

Karnival Keusahawanan kerana program ini diadakan adalah untuk menjana pendapatan bagi

Karnival Keusahawanan. Program Selera 1 Malaysia ialah satu program yang diadakan di

UKM KL. Program ini merupakan jualan makanan Malaysia yang halal di UKM KL dan

dijalankan sebelum bermulanya Karnival ini. Program Selera 1 Malaysia dijalankan pada 21

April 2015 hingga 23 April 2015 dan Kanival Kusahawanan ini bermula pada 25 April 2015.

Saya,Wong Yun Ai selaku AJK Pemasaran induk dalam Program Selera 1 Malaysia

bertanggungjawab untuk mencari peniaga untuk menjual makanan dalam program ini. Kami

akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu kerana Exco ingin

mengetahui proses kerja kami. Saya dan AJK lain diberi taklimat ringkas oleh Exco kami

tentang apa yang perlu disampaikan kepada peniaga. Saya perlu beradab sopan apabila

bercakap dengan peniaga kerana kami perlu menjaga nama baik UKM. Saya perlu

memperkenalkan kami sendiri sebelum menerangkan program kami. Saya telah

mengamalkan tanggungjawab alam sekitar apabila menjalankan tugas saya dengan

berkomunikasi secara sopan. Saya memberi masa lebih kurang 2 hari bagi peniaga

mempertimbangkan sama ada hendak menyertai program kami. Saya bersikap bertimbang

rasa kerana peniaga memerlukan masa untuk membuat keputusan. Secara tidak langsung,

saya telah mempraktikkan tanggungjawab alam sekitar. Seterusnya, saya akan memberi

nombor akaun kepada peniaga yang berminat bagi masukkan deposit sewaan. Setelah peniaga

memasukkan duit dalam akuan yang diberikan, mereka perlu menghantar gambar resit

tersebut sebagai pembuktian pembayaran tersebut. Di samping itu, kami juga akan

menghantar gambar pelan tapak kepada mereka supaya peniaga dapat memilih tapak yang

mereka sukai dan mereka rasa paling strategi. Saya menjaga hati peniaga dengan memberi

peluang kepada mereka untuk memilih tapak dan bukannya mengatur secara paksaan.

Kami juga membuka satu group dalam Facebook dan ahli-ahli kumpulan saya semua

diwajibkan untuk masuk dalam group ini supaya mempermudahkan kerja kami. Sebagai

contoh,kami menghantar gambar pelan tapak kepada peniaga untuk memilih tapak.Peniaga

yang saya uruskan ingin memilih A2,tetapi ahli kumpulan saya tidak dapat mengetahui mana

tapak yang telah dipilih oleh peniaga yang saya uruskan dan tidak dapat memberitahu

peniaga mereka maklumat yang terkini. Dengan adanya, group Facebook ini, semua orang

mesti mengemaskini tapak yang telah dipilih oleh peniaga masing-masing dengan ahli

kumpulan lain merujuk kepada makulumat ini untuk memberitahu peniaga tapak yang telah

dipilih. Tidak dapat dinafikan bahawa group ini telah mempermudahkan kerja kami.

Kami mendapatkan senarai peniaga yang menyertai program ini tahun lepas dan

membahagikan nombor-nombor untuk telefon bagi mendapatkan peniaga menyertai program

ini. Tetapi,kami juga manghadapi masalah kerana ramai peniaga tidak puas hati tentang harga

sewaan tapak dan khemah. Kami tidak dapat mencapai bilangan target peniaga yang

ditetapkan iaitu 20 peniaga. Oleh sebab kami tidak dapat mendapat peniaga daripada senarai

peniaga yang kami dapati pada tahun lepas, satu kumpulan yang terdiri daripada Exco dan

AJK pemasaran induk yang lain telah dibentukkan. Kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan

Pasar Malam dan mereka bertanggungjawab untuk pergi ke Pasar Malam yang terdekat untuk

mendapat nombor telefon peniaga-peniaga.Seterusnya,kumpulan saya akan menelefon satu

demi satu untuk mendapatkan peniaga yang secukupnya dalam program ini.

Sehari sebelum program ini,kami akan mengingatkan peniaga-peniaga supaya membawa

lapis meja sendiri dan juga generator sendiri kerana mungkin bekalan elektrik tak cukup

tinggi bagi peniaga yang menggunakan mesin voltan tinggi. Saya juga mengingatkan

peniaga-peniaga supaya menjaga kebersihan sementara menjual makanan. Khemah-khemah

didirikan pada sehari sebelum bermulanya Program Selera 1 Malaysia. Kami memastikan

khemah-khemah disusun seperti yang dirancangkan supaya tidak menghalang laluan orang

untuk berjual-beli. Di sini, saya telah mengamalkan tanggungjawab alam sekitar kerana

adanya persekitran yang bersih, pelanggan-pelanggan yang datang baru akan mempunyai

imej yang lebih baik tentang tahap kebersihan penjualan makanan tersebut. Pada hari ke-2

program ini dilangsungkan,kami akan pergi khemah peniaga satu demi satu untuk

menandatangani perjanjian yang disediakan dan mengutip baki sewaan yang perlu dibayar.

Selepas menjelaskan wang sewaan, kami akan memberikan resit kepada peniaga sebagai

pembuktian pembayaran mereka.

Akhir sekali, kami bekerjasama membersihkan kawasan penjualan tersebut supaya

mengekalkan kebersihan dan keceriaan campus UKMKL. Selepas Program Selera 1 Malaysia

dilangsung, Post-mortem telah dijalankan untuk membincang kelemahan dan kebaikan yang

dilakukan dalam program ini.

Saya telah menjalankan tugasan saya dalam program ini dengan mempraktikkan nilai

tanggungjawab alam sekitar. Alam sekitar adalah amat penting dalam kehidupan kita kerana

alam sekitar adalah interaksi antara benda hidup dengan benda yang tidak hidup. Pokok-

pokok yang di ada sekeliling kita telah membekalkan oksigen yang diperlukan oleh manusia

sepanjang masa dan tumbuhan memerlukan carbón dioksida yang manusia hembuskan.

Selain itu, kita saling menolong antara benda hidup dalam kehidupann kita seperti kawan atau

haiwan-haiwan yang ada di persekitaran kita.

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat

Mesyuarat

Mesyuarat

Semua ahli organisasi subprogram Karnival Keusahawan mengadakan mesyuarat dengan Pengetua dan Timbalan Pengetua.

Semua ahli organisasi subprogram Karnival Keusahawan mengadakan mesyuarat dengan Pengetua dan Timbalan Pengetua.

Whatsapp group Program Selera 1 Malaysia Whatsapp history dengan salah satu peniaga

Khemah-khemah yang akan didirikan

Facebook group