zihar & lian

21
ZIHAR: AMALAN MASYARAKAT JAHILIAH

Upload: missliey-shaarani

Post on 22-Jul-2016

118 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Zihar & Lian

ZIHAR:AMALAN

MASYARAKAT JAHILIAH

Page 2: Zihar & Lian

PENGERTIANZIHAR

Berasal dari perkataan ‘ az-zohru ‘ yang bermaksud belakang.

ISTILAHSuami menyamakan isterinya

atau mana-mana anggota isterinya dengan ibu atau

mana-mana perempuan yang mahram bagi suami (haram

dikahwini)

Page 3: Zihar & Lian

• Perkataan zihar (belakang) biasa digunakan oleh orang-orang Arab sebagai kiasan bagi hubungan kelamin.

• Apabila suami menyamakan isterinya dengan mana-mana mahramnya, maka dia telah mengharamkan isterinya dari segi hubungan kelamin (seperti mana haram dengan mahramnya)

Page 4: Zihar & Lian

RUKUN & SYARAT ZIHAR

RUKUN SYARATSuami a) Baligh – tidak sah zihar oleh kanak-kanak

b) Berakal – tidak sah zihar dilakukan oleh orang gila

c) Sah talak – tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam idah talak ba’in

d) Kemahuan sendiri – tidak sah zihar dilakukan secara terpaksa

Isteri a) Isteri yang sah – tidak sah menziharkan perempuan ajnabi (bukan isteri)

b) Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya

Page 5: Zihar & Lian

RUKUN & SYARAT ZIHAR

Rukun SyaratOrang yang diserupakan dalam zihar, contohnya IBU

a) Perempuan – tidak sah zihar jika diserupakan dengan lelaki atau khunsa

b) Perempuan yang mahram dengan sebab nasab, penyusuan atau persemendaan

Sighah (bentuk lafaz)

a) Jika lafaz yang digunakan jelas & khusus, maka tidak memerlukan kepada niat. Contohnya: “Engkau bagiku seperti belakang ibuku”.

b) Jika lafaz yang digunakan tidak jelas & tidak khusus, ia memerlukan kepada niat. Contohnya: “Engkau bagiku seperti mata atau kepala ibuku”.

Page 6: Zihar & Lian

LANGKAH MENGELAKKAN BERLAKU ZIHAR

1. Mempelajari ilmu-ilmu agama dan perkara berkaitan dengan kekeluargaan.

2. Tidak mengikut sifat orang-orang Arab Jahiliah yang menziharkan isterinya bertujuan untuk menzalimi isteri mereka apabila marah / berselisih faham.

3. Memahami konsep dan pengertian zihar yang sebenar.

4. Suami hendaklah menahan kemarahan dan tidak tergesa-gesa menzihar isteri mereka.

Page 7: Zihar & Lian

KIFARAH ZIHARMaksud Kifarah

Denda yang dikenakan kerana melanggar

peraturan atau hukum agama dan dikenakan sebagai pengajaran

Page 8: Zihar & Lian

Memerdekakan seorang hamba mukmin (beriman);

Jika tidak mampu, suami wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut;

Jika tidak mampu, suami wajib memberi makan kepada 60 orang miskin dengan kadar secupak seorang. Makanan ini disyaratkan daripada jenis makanan asasi sesebuah negara (Cth: beras, gandum, kurma)

Page 9: Zihar & Lian

KESAN ZIHAR• Suami yang melakukan zihar

akan mendapat kemurkaan Allah SWT dan berdosa besar kerana mengharamkan perkara yang halal.

• Pasangan suami isteri diharamkan melakukan persetubuhan.

• Suami wajib membayar kifarah.

Page 10: Zihar & Lian

LIAN:MEMBELA

MARUAH SUAMI ISTERI

Page 11: Zihar & Lian

PENGERTIANLIAN

Dari segi bahasa bermaksud laknat

ISTILAHSumpah suami yang disertakan

dengan laknat daripada Allah SWT untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina

terhadap isterinya atau menafikan nasab (anak)

Page 12: Zihar & Lian

PENGERTIANISTILAH

Lian juga bermaksud sumpah isteri yang disertakan

dengan kemurkaan Allah SWT untuk menolak tuduhan

zina daripada suaminya

Lian disyariatkan kepada suami dan isteri untuk

menyelesaikan masalah rumah tangga

Page 13: Zihar & Lian

SEBAB BERLAKU LIAN

• Apabila suami menuduh isterinya berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya, dia boleh disabitkan kesalahan qazaf dan dikenakan sebatan 80 kali.

• Suami yang melihat sendiri perbuatan zina isterinya boleh melakukan tuduhan qazaf terhadap isterinya.

Page 14: Zihar & Lian

SEBAB BERLAKU LIAN

• Jika isteri mengaku atau tidak menolak dakwaan suami melalui sumpah lian, maka isteri boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati.

• Sebaliknya jika dia bersumpah dan menolak dakwaan suaminya, dia terlepas daripada hukum rejam.

Page 15: Zihar & Lian

PROSES LIAN• Lian hendaklah dilakukan di

hadapan hakim.• Suami hendaklah bersumpah

dengan lafaz:“Aku bersaksi dengan nama Allah

SWT bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar”• Lafaz ini diulang sebanyak 4 kali

berturut-turut.

Page 16: Zihar & Lian

PROSES LIAN• Jika suami hendak

menafikan keturunan anaknya, suami hendaklah menambah pada keempat-empat sumpah lian dengan lafaz:

“Sesungguhnya anak yang dilahirkan oleh isteriku itu bukan daripadaku”

Page 17: Zihar & Lian

PROSES LIAN• Pada sumpah kelima suami

hendaklah berkata:“Sesungguhnya laknat Allah SWT akan menimpa diriku jika aku berdusta

dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku”

Page 18: Zihar & Lian

PROSES LIAN• Isteri pula bersumpah di

hadapan hakim dengan lafaz:“Aku bersaksi dengan nama Allah SWT bahawa tuduhan

zina yang dibuat oleh suamiku terhadap diriku

adalah dusta”• Dia hendaklah mengulang lafaz

ini sebanyak 4 kali berturut-turut.

Page 19: Zihar & Lian

PROSES LIAN• Pada sumpah kelima isteri

hendaklah berkata:“Sesungguhnya

kemurkaan Allah SWT akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku benar”

Page 20: Zihar & Lian

IMPLIKASI LIAN• Suami isteri terpisah selepas

proses lian selesai.• Suami yang membuat tuduhan

dilepaskan tuduhan qazaf.• Isteri yang bersumpah lian

dilepaskan daripada hukuman zina muhsan.

• Suami tidak boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya selama-lamanya.

Page 21: Zihar & Lian

IMPLIKASI LIAN• Anak yang dinafikan dalam

sumpah lian ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah.

• Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasab.