1 (autosaved)

10
1.0 Pengenalan Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fi perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat- ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain mela butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia bertindak seba bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu. Tulisan berhubung rapat dengan membaca. edua-duanya mementingkan teknik dan akal. !embaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan dan begitulah juga sebalikny Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. "an seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca. "i sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. #alaupun p dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana se$aktu mereka menulis mereka juga membaca. %agaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca. Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan se merta bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan ji$a dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat masyarakat mode khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya. &da dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. emahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. emahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. emahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

Upload: naga-raj

Post on 02-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula, ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau ada tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

Di sekolah-sekolah,aktiviti menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi adakalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidal elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.

Terdapat dua tujuan tulisan iaitu, tujuan serta-merta dan tujuan lanjut. Tujuan serta-merta bertujuan untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Tujuan lanjut pula bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan, memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan seterusnya menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendakdan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu tulisan huruf cap dan tulisan sambung. Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan iaitu lebih mudah dibaca, mudah dipelajari, dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan,mudah dituliskan dan memudah kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak. Kelebihan tulisan sambung pula adalah lebih cepat dituliskan, di samping sifat keindividualan dalam menulis mudah dilihat.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid menulis perkataan dalam ayat serta mengeluarkan idea melalui tulisan yang memberi penekanan terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemahiran menulis sangat penting kerana ianya bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran menulis akan menyebabkan mereka tidak dapat menerima pembelajaran bahasa pada tahap yang lebih tinggi (Monica McGuire, 2003).

1.1 Konsep Menulis

Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Mereka yang menghasilkan penulisan dalam bentuk teks disebut sebagai penulis atau pengarang. Namun demikian, terdapat istilah yang lebih khusus digunakan mengikut jenis penulisan atau teks yang dihasilkan seperti novelis, jurnalis, penyair, penterjemah dan sebagainya.

Perkataan menulis merupakan jenis kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis merujuk kepada aktiviti menzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain. Ia juga merujuk kepada penghasilan makna dan maklumat yang digabungjalinkan. Oleh itu, ahli linguistik membezakan antara bahasa tulisan dengan bahasa lisan memandangkan terdapat ciri yang tidak sama antara kedua-duanya.

Konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Menulis merupakan gambaran medium sesuatu bahasa dalam bentuk teks melalui penggunaan satu set sistem tanda atau simbol yang dikenali sebagai sistem tulisan. Justeru, menulis berbeza daripada mengilustrasi seperti melukis atau merekodkan bahasa melalui medium bukan teks seperti pita audio.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran banyak melibatkan mental.

1.2 Peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan. Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada peringkat menulis untuk pelahiran.

1.2.1Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.

Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

1.2.2Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

1.2.3Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

Membina ayat.

Mengarang cerita.

Mengarang pantun, sajak, teka-teki

Menulis surat kiriman.

Lain-lain yang berkaitan.

1.3 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan

Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Tujuan menulis atau mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman murid mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid. Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia juga dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

1.4 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah Tulisan Dalam Kalangan Murid Pemulihan

Masalah tulisan mekanis yang disebabkan oleh masalah khusus agraphia dan dysgraphia adalah jelas. Manakala punca masalah tulisan mekanis yang lain dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:

1. Aspek fizikal,

2. Aspek pembelajaran,

3. Aspek pengamatan.

Punca masalah tulisan daripada aspek fizikal adalah seperti kecacatan otak, kecacatan anggota, kesihatan yang sering terganggu, keadaan fizikal rumah yang kurang merangsang untuk belajar, keadaan tempat belajar yang tidak selesa, dan tiada dorongan daripada ibu bapa, keluarga serta guru.

Aspek pembelajaran dapat dilihat dari segi kurang pengalaman dalam menggunakan alat tulis dari masa pra sekolah hingga ke alam persekolahan; kurang latihan dan aktiviti penggalak ketika peringkat kesediaan menulis; tidak cukup latihan motor halus dan koordinasi mata-tangan; alat tulis tidak sesuai; pengajaran guru tidak sejajar dengan perkembangan murid terutama pada peringkat pra menulis; sikap negatif guru terhadap murid yang lemah dalam tulisan; tulisan guru kurang elok untuk dicontohi murid.

Punca masalah tulisan yang disebabkan oleh aspek pengamatan dapatdibahagikan kepada tiga iaitu:

1. Pengamatan dan masalah pendengaran

2. Pengamatan dan masalah penglihatan

3. Kesukaran memahami konsep

4. Kesukaran dalam koordinasi mata-tangan.

Masalah utama yang berpunca daripada pengamatan pendengaran adalah kelemahan dalam mendiskriminasi bunyi (huruf) seperti b dand. Masalah ini bukan disebabkan oleh kecacatan yang dialami oleh pelajar. Selain itu, masalah pendengaran yang dihadapi oleh pelajar boleh menyebabkan pelajar melakukan kesilapan menulis perkataan yang disebut atau didengar. Antara kerosakan alat pendengaran adalah:

a. Pekak konduktif tidak mendengar bunyi yang bernada rendah

b. Pekak perseptif tidak mendengar bunyi bernada tinggi

c. Pekak konduktif dan perseptif masalah bercampur aduk

d.Pekak rekrutmen mendengar bunyi yang kuat sahaja

e. Secretory otitis Media masalah pendengaran yang disebabkan oleh cecair yang menyekat getaran

Masalah yang dihadapi adalah seperti keliru dengan huruf besar dan huruf kecil sehingga mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil dalam perkataan, dan keliru dengan bentuk abjad atau nombor bercetak dengan tulisan tangan.

Masalah yang berpunca daripada koordinasi mata-tangan adalah seperti tidak dapat menulis atau menyalin huruf dengan betul, bermasalah memegang pensel dengan betul misalnya memegang dengan lima jari atau memegang pensel terlalu dekat dengan mata pensel, dan kesukaran menentukan kedudukan buku/kertas ketika menulis. Sekiranya kedudukan buku terlalu jauh tangan akan meregang, manakala jika buku terlalu dekat kedudukannya, pergelangan tangan akan membengkok ke belakang ketika menulis.1.5Satu kaedah bagi menangani masalah tersebut.

Sebagai guru pelatih Unit Pemulihan, saya dibagi tugasan PKP 3083 iaitu Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 2. Saya memaksimumkan penggunaan indicator (Pengalaman Berasaskan Sekolah) sebagai tempat kajian saya untuk mempratikkan tugasan PKP 3083 dengan kebenaran Tuan Guru Besar dan guru Pemulihan di SK Bandar Putra, segamat Johor. Saya mempunyai peluang untuk menjalankan ujian diagnostic kemahiran mengeja ke atas murid tahun 2 yang bermasalah pembelajaran. Oleh kerana, saya menggunakan peluang kecemasan ini untuk merancang satu kaedah bagi menangani masalah dalam kemahiran mengeja dengan bimbingan guru pemulihan. Saya memilih tahun 2 iaitu murid seramai 6 orang dan dapat menjalankan ujian disgnostik. Analisis daripada ujian diagnostik kemahiran mengulis murid tahun 3 sukar untuk menulis suku kata kv dan kvk. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bertindak segera bagi menangani masalah ini. Saya memilih kaedah VAKT.

Menulis memerlukan seseorang mengingat dan mengetahui banyak perkataan semasa menulis sesuatu perkataan. Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja. Tetapi hanya satu kaedah sahaja yang memang padan dengan kemahiran menulis iaitu kaedah VAKT. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)

A audio (pendengaran)

K - kinesthetic ( pergerakan )

T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan iaitu guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon )dan Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. Bagi mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir atau lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pada peringkat ini guru seharusnya membuat pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

Kaedah Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), melalui kaedah pandang sebut perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi ( 2005), kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kamaruddin Hj Husin (1988), kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut.

Bagi kemahiran mennulis melalui kaedah VAKT, saya menjalankan nyanyian di video dan meminta semua murid menyanyikan lagu tersebut. Selepas itu, saya meminta murid berpasangan dan lihat huruf yang guru menunjukkan serta mengikuti ejaan guru dan murid dengar guru sebut suku kata serta menyebut huruf. Selepas itu murid akan membuat surihan huruf mengikut sukukata daripada kad bertarik. Rasa pergerakkan otot semasa membuat surihan huruf tadi serta pergerakkan dalam tracing. Akhirnya murid akan mengeja suku kata kv dengan menggunakan gambar dan menulis apa yang mereka menyurih. Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.