1. garis panduan umum 2. keterangan awam · jadual perlawanan. tetapi pemain hendaklah di dalam...

7
1. GARIS PANDUAN UMUM Penganjur mempunyai hak mutlak mengubah suai/membetulkan peraturan tanpa notis. Sebarang keputusan baru diluar peraturan yang sedia ada adalah dibawah tanggunjawab pihak penganjur. Sebarang keputusan dibuat penganjur dan pihak berwajib adalah muktamad. 2. KETERANGAN AWAM Pemain dan kumpulan hendaklah menukar nama khas kepada nama dan kumpulan yang didaftar. Pemain TIDAK DIBENARKAN menyiarkan permainan yang mereka tengah bermain. Pemain DIWAJIBKAN mendaftar mengikut kumpulan yang telah didaftarkan. Pemain DILARANG meninggalkan tempat bermain tanpa kebenaran pegawai bertugas sehingga tamat permainan. Apabila sesebuah permainan bermula, HANYA permain, staf dan pegawai bertugas yang telah diluluskan oleh penganjur sahaja boleh berada di tempat bermain. Sebarang muat turun aplikasi yang boleh mengganggu permainan DOTA 2 adalah DITEGAH sama sekali tanpa kelulusan penganjur. Pemain dibenarkan menggunakan “Discord”, “Teamspeak”, “Steam”, “Dota 2”, dan peranti perisian yang disediakan di komputer. Sebarang penukaran kepada permainan tidak dibenarkan sebelum permainan bermula tanpa kelulusan. Penggunaan barang terlarang seperti dadah/alkohol semasa pertandingan adalah DILARANG. Pemain yang ditangkap dibawah pengaruh dadah/alkohol tidak dibenarkan meneruskan pertandingan. Kumpulan tersebut akan dibatalkan daripada penyertaan. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan pemain tidak kira peringkat pertandingan jika mempunyai alasan kukuh tanpa sebarang amaran awal.

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

1

1. GARIS PANDUAN UMUM

● Penganjur mempunyai hak mutlak mengubah suai/membetulkan peraturan tanpa notis.

● Sebarang keputusan baru diluar peraturan yang sedia ada adalah dibawah tanggunjawab pihak penganjur.

● Sebarang keputusan dibuat penganjur dan pihak berwajib adalah muktamad. 2. KETERANGAN AWAM

● Pemain dan kumpulan hendaklah menukar nama khas kepada nama dan kumpulan yang didaftar.

● Pemain TIDAK DIBENARKAN menyiarkan permainan yang mereka tengah bermain.

● Pemain DIWAJIBKAN mendaftar mengikut kumpulan yang telah didaftarkan. ● Pemain DILARANG meninggalkan tempat bermain tanpa kebenaran pegawai

bertugas sehingga tamat permainan. ● Apabila sesebuah permainan bermula, HANYA permain, staf dan pegawai

bertugas yang telah diluluskan oleh penganjur sahaja boleh berada di tempat bermain.

● Sebarang muat turun aplikasi yang boleh mengganggu permainan DOTA 2 adalah DITEGAH sama sekali tanpa kelulusan penganjur. Pemain dibenarkan menggunakan “Discord”, “Teamspeak”, “Steam”, “Dota 2”, dan peranti perisian yang disediakan di komputer. Sebarang penukaran kepada permainan tidak dibenarkan sebelum permainan bermula tanpa kelulusan.

● Penggunaan barang terlarang seperti dadah/alkohol semasa pertandingan adalah DILARANG. Pemain yang ditangkap dibawah pengaruh dadah/alkohol tidak dibenarkan meneruskan pertandingan. Kumpulan tersebut akan dibatalkan daripada penyertaan.

● Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan pemain tidak kira peringkat pertandingan jika mempunyai alasan kukuh tanpa sebarang amaran awal.

Page 2: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

2

3. PENDAFTARAN / “CHECK-IN”

● Semua pemain termasuk simpanan DIWAJIBKAN mendaftar sebelum pertandingan bermula.

● Sebarang pertukaran di dalam kumpulan perlu diberitahu kepada pihak penganjur dan hanya dilayan sebelum pertandingan bermula.

● Sebarang pemain gantian perlu mendapat kebenaran dari pihak penganjur. ● Pemain simpanan hanya boleh bermain SEBELUM permainan bermula. TIDAK

DIBENARKAN bermain di antara permainan. ● Kumpulan hanya akan disahkan melalui pengesahan e-mail yang dihantar atau

melalui alternatif lain. ● Kumpulan DIWAJIBKAN “check-in” 1 jam sebelum bermulanya pertandingan. ● Kapten kumpulan bertanggung jawab memastikan semua pemain bersedia

untuk bermain semasa “check-in” 4. GARIS PANDUAN PESERTA

● Peserta hendaklah menyediakan maklumat yang tepat semasa pendaftaran iaitu: ○ Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan) ○ Nombor Kad Pengenalan ○ Nombor Akaun Steam ○ Email ○ Nombor Telefon

● Peserta yang ingin menyertai kejohanan ini perlu berumur lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun dan merupakan Penduduk Tetap atau Warganegara Malaysia. Peserta yang berumur dibawah 18 tahun perlu mengisi BORANG PERLEPASAN TANGGUNGAN yang ditandatangani oleh ibubapa / penjaga mereka. Semua umur yang dinyatakan di atas akan dikira dalam tahun 2019.

● Borang Pelepasan Tanggungan yang telah dimuaturun di Laman Web, (http://esportsjohor.com.my) dan telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada penganjur sebelum kejohanan bermula.

● Pasukan mesti terdiri daripada: o Pengurus : 1 orang (pilihan) o Kapten : 1 orang o Pemain Utama : 4 orang o Pemain Simpanan : 1 orang (pilihan)

Page 3: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

3

● Pendaftaran pasukan, hendaklah dibuat melalui Laman Web, http://esportsjohor.com.my/login dan akan ditutup 2 (dua) hari sebelum kejohanan bermula.

● Peserta dibenarkan membawa peralatan sendiri seperti: ○ Tetikus (Mouse), “Mousepad”, “Mouse Bungee”, Papan Kekunci

(Keyboard), Fon kepala (Headphones), Set Kepala (Headset), Kable USB (USB Cables).

○ Sebarang tambahan monitor tidak dibenarkan. ● Perisian yang akan disediakan adalah “STEAM”, “DISCORD”, dan

“TEAMSPEAK”. ● Peserta DILARANG menggunakan/memuat turun sebarang perisian dari pihak

ketiga tanpa kebenaran dari pihak penganjur ke dalam komputer pertandingan. ● Peserta dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok

mata semasa pertandingan. ● Peserta perlu sentiasa menjaga tatasusila di dalam percakapan, perbuatan,

dan perlakuan terhadap persekitaran pertandingan, pemain lain, staf, pekerja media, dan kepada orang awam setiap masa.

● Peserta perlu sentiasa mengawal percakapan agar tidak terlalu bising semasa pertandingan. Penonton DILARANG berkomunikasi dengan pemain semasa pertandingan berlangsung

● Penggunaan kata-kata kesat adalah DITEGAH. ● Peserta diharapkan bermain secara profesional. “Match Throwing”,

Melengahkan permainan tanpa sebab, atau apa-apa perlakuan melampau akan disabitkan sebagai melanggar hak-hak pemain dan boleh menyebabkan kehilangan hak bermain di pertandingan.

Page 4: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

4

5. PENGADILAN DAN SITUASI KONTROVERSI

● Jadual dan pengadilan akan dibuat oleh ketua petugas perlawanan untuk setiap perlawanan. Petugas akan membuat keputusan berdasarkan peraturan yang tersedia dan akan memberitahu pemain. Di dalam situasi tidak dijangka atau diluar dari perincian peraturan di sini, keputusan muktamad akan dibuat oleh ketua petugas.

● Sebarang isu berbangkit atau masalah hanya boleh diungkit oleh kapten,jurulatih, pengurus atau pemilik kumpulan. Bantahan boleh di buat didalam 15 minit selepas pertandingan tamat supaya sebarang pertukaran keputusan boleh ketengahkan.

● Keputusan terhadap isu berbangkit hanya boleh di buat oleh ketua petugas. ● Keputusan ketua petugas adalah muktamad. ● Jika sesebuah perlawanan antara 2 kumpulan tamat, dan tiada aduan dibuat

selepas 15 minit, segala rayuan untuk ulang tayang permainan tidak dilayan. ● Sebarang tuduhan salah laku, penipuan, atau kelakuan melampau dianggap

serius dan akan di siasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa. ● Sebarang masalah/gangguan luaran seperti kerosakan pangkalan data(server

crash), masalah internet (internet downtime), atau bekalan elektrik terputus dan melibatkan permainan, permainan baru akan di buat semula. ○ Permulaan draf hero dan tempat bermula adalah sama seperti

perlawanan sebelum gangguan. ○ Jika perlawanan telah berlangsung didalam masa yang lama sebelum

gangguan berlaku, perlawanan kalah mati mungkin akan dibuat mengikut keputusan ketua petugas.

Page 5: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

5

6. PERINCIAN TEMPAT

● Pemain DIWAJIBKAN berada di tempat perlawanan 20 minit sebelum bermula perlawanan mengikut jadual yang ditetapkan.

● Pemain tidak di galakkan untuk menunggu di tempat perlawanan luar daripada jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi.

● Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada masuk ke tempat perlawanan tanpa sebarang alasan kukuh.

● Setiap pemain diberi masa 15 minit untuk persiapan alatan masing-masing dan membuat permainan pemanasan sebelum perlawanan bermula.

● Pemain akan diberitahu 2 minit sebelum perlawanan sebenar berlangsung oleh petugas berkaitan.

7. HUKUMAN DISPLIN DAN DENDA

● Melanggar undang-undang yang telah ditetapkan akan dikenakan denda seperti berikut ○ Kehadiran lambat selama 5 minit - amaran + LVL 1 draf penalti ○ Kehadiran lambat selama 10 minit - amaran + LVL 2 draf penalti ○ Kehadiran lambat selama 15 minit - amaran + LVL 3 draf penalti ○ Kehadiran lambat selama 20 minit - automatik kalah terhadap

perlawanan berkenaan. ● Masa rehat untuk para pemain adalah 10 minit maksimum, dan kumpulan

harus bersedia setelah tamat masa untuk terus bermain. ● Sabotaj perlawanan atau berhenti secara tiba-tiba menyebabkan kekalahan

dan pembatalan kelayakan. ● Menghina dan memprovokasi pihak lawan akan dikenakan:

○ Amaran ○ Mengulangi tingkah laku sama - kalah serta merta

● Menghina penganjur/petugas/staf - kalah serta merta ● Menggunakan perisian terlarang untuk mengubah keputusan permainan -

kalah serta merta dan pembatalan kelayakan. ● Jika hukuman atau denda tidak dinyatakan di atas, petugas boleh mengenakan

hukuman atau denda mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Page 6: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

6

8. TETAPAN PERMAINAN PERLAWANAN

● Setiap perlawanan akan dibuat oleh petugas, tidak lebih dari 10 minit sebelum perlawanan bermula. Kata laluan ke lobi permainan akan di beri oleh petugas. ○ Mod permainan : “Captains Mode” ○ Lokasi Server : Singapura ○ Penglihatan lobi : Awam ○ Pembolehan penipuan : TUTUP ○ Pengisian tempat dengan BOTS : TUTUP ○ Penonton : BUKA ○ Kelewatan DOTA TV : 5 Minit

● Pemain setiap kumpulan DIWAJIBKAN berada di dalam lobi 5 minit sebelum

bermula untuk menentukan “First Pick/Sides”. ● Pemilihan “Sides” dan “Picks” dibuat melalui “Automatic Coin Toss” (jika

sistem ini bermasalah, petugas akan membuat pilihan secara manual). ● Pengurus, penonton dan pemain dari kumpulan lain tidak dibenarkan

memasuki lobi. ● “Pauses” tidak dibenarkan melainkan isu teknikal atau isu kesihatan timbul

secara tiba-tiba. Pemain hendaklah memberitahu 3 saat sebelum membuat tindakan demikian. Permainan tidak boleh diteruskan sehingga kedua-dua kumpulan bersetuju.

● Tempoh keseluruhan permainan - akan ditetapkan setelah permainan tamat dan pemenang ditentukan. ○ Pemenang adalah kumpulan yang berjaya memusnahkan “Ancient”

pihak lawan atau berjaya memaksa pihak lawan mengalah. ○ Mana-mana kumpulan yang menaip “GG”, “Gg”, “gG”, “gege”, “good

game”, atau “ggwp” akan di isytiharkan sebagai menyerah kalah. Anda telah diberi amaran!.

● Jika sesuatu perlawanan menghadapi masalah kritikal pada bila-bila masa yang sangat mengganggu perlawanan, atau keadaan persekitaran yang melampau menyebabkan perlawanan perlu main semula, petugas perlu mengesahkan perkara ini betul-betul berlaku. ○ Jika pemain percaya dia terjumpa sesetengah “bug” kritikal semasa

bermain, dia perlu berhentikan (pause) permainan dan segera hubungi pengadil/petugas.

Page 7: 1. GARIS PANDUAN UMUM 2. KETERANGAN AWAM · jadual perlawanan. Tetapi pemain hendaklah di dalam status senang dihubungi. Staf-staf perlawanan berhak untuk menahan sesiapapun daripada

7

○ Permainan semula: ■ Jika sebelum “First Blood” atau 5 minit (mana-mana keadaan

yang datang dahulu), permainan akan dibuat sebagai “ALL PICKS” dan hero yang sama akan dipilih.

■ Jika setelah “First Blood” atau 5 minit (mana-mana keadaan yang datang dahulu), permainan akan dibuat sebagai “Captain’s Mode” dan kumpulan akan membuat pilihan draf yang baru.

Setiap kapten kumpulan seharusnya mengesahkan setiap pemain untuk memuktamadkan tetapan permainan. Segala permasalahan perlu di selesaikan sebelum perlawanan bermula. Bermulanya perlawanan bermakna anda telah bersetuju terhadap situasi pra-perlawanan.