121318948-tarannum-jiharkah.docx

14
Topik 10 X Tarannum Jiharkah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Jiharkah, sifat-sifat dan peranannya di dalam bacaan al- Quran; 2. Menerapkan tarannum Jiharkah di dalam surah-surah yang mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan 3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Jiharkah. X PENGENALAN Setelah kita mempelajari enam jenis tarannum muktabar sebelum ini, iaitu Bayyati, Nahwand, Rast, Soba, Hijaz dan Sikah, kini tibalah masanya untuk kita mempelajari tarannum yang terakhir dalam susunan tarannum-tarannum al- Quran yang masyhur, iaitu tarannum Jiharkah. Ia merupakan sebuah lagi tarannum yang sering dikumandangkan oleh para Qari Mesir melalui bacaan mereka. Tarannum ini amat merdu sekali jika diterapkan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum. Dengan memiliki pelbagai keunikan, ia bukan sahaja diaplikasikan dalam bacaan al- Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan

Upload: ansar-azman

Post on 16-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Topik 10 X TarannumJiharkah

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.Menjelaskan tentang sejarah tarannum Jiharkah, sifat-sifat dan peranannya di dalam bacaan al-Quran;2.Menerapkan tarannum Jiharkah di dalam surah-surah yang mengandungi Mad Aridh Lissukun, Mad Iwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkandengan Jiharkah.

X PENGENALAN

Setelah kita mempelajari enam jenis tarannum muktabar sebelum ini, iaitu Bayyati, Nahwand, Rast, Soba, Hijaz dan Sikah, kini tibalah masanya untuk kita mempelajari tarannum yang terakhir dalam susunan tarannum-tarannum al- Quran yang masyhur, iaitu tarannum Jiharkah. Ia merupakan sebuah lagi tarannum yang sering dikumandangkan oleh para Qari Mesir melalui bacaan mereka.

Tarannum ini amat merdu sekali jika diterapkan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum. Dengan memiliki pelbagai keunikan, ia bukan sahaja diaplikasikan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan dalam bacaan al-Quran secara murattal dan laungan takbir Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, khususnya di Malaysia.

AKTIVITI 10.1

Bincangkan bersama ahli kumpulan anda tentang tarannum-tarannum sebelum ini yang memiliki air lagu dan sifat-sifat yang hampir serupa.

123X TOPIK 10 TARANNUM JIHARKAH

123TOPIK 10TARANNUM JIHARKAH W

10.1

SEJARAH TARANNUM JIHARKAH

Berikut adalah tiga faktor yang menyumbang ke arah sejarah tarannum jiharkah.

10.1.1 Definisi Jiharkah dan SejarahPerkembangannya

Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah diterima pakai sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui fasa pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini, Tarannum Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut kesesuaian budaya mereka.

Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa perubahan, namun pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal. Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan ia turut diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun, menurut pemerhatian yang dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di semua peringkat di Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh mereka adalah Jiharkah.

AKTIVITI 10.2

Huraikan secara ringkas tentang peranan dan tujuan waslah al-mumasalahdalam sesebuah bacaan al-Quran bertarannum.

10.1.2 Sifat-sifat Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa. Ia juga sesuai pada ayat-

ayat yang bersifat dalaman ataupun ruhaniah dan aqidah. Rajah 10.1 berikut menunjukkan sifat-sifat umum tarannum Jiharkah.

Rajah 10.1: Sifat-sifat tarannum jiharkah

AKTIVITI 10.3

Pada pandangan anda, mengapakah para Qurra di Malaysia jarang membawa tarannum Jiharkah di dalam bacaan mereka khususnya dalam pertandingan musabaqah? Bincangkan.

10.1.3 Peranan Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di samping menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga memainkan beberapa peranan lain seperti yang diterangkan dalam Rajah 10.2.

Rajah 10.2: Peranan tarannum jiharkah

Demikian adalah di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Jiharkah dalam sesuatu bacaan. Jika ia dilagukan dengan baik, maka ia akan dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah ia dalam ayat- ayat yang berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan, serta kerohanian.

AKTIVITI 10.4

Dengan merujuk kepada surah al-Muminun ayat 27, al-Furqan ayat 10 dan al- Qamar 36, sila tatbiqkan tarannum Jiharkah dengan berpandukan contoh dari bacaan guru anda.

10.2

TATBIQ TARANNUM JIHARKAH DALAM

AL-QURAN

10.2.1 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yangBerMad Aridh Lissukun

AKTIVITI 10.5

Sila baca surah-surah berikut secara murattal, dengan menggunakan tarannum Jiharkah.

Surah al-Muminun: 27

(

(

10.2.2 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yangBerMad Iwadh

Surah al-Furqan: 21

3 *

10.2.3 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yangTidak BerMad di Kepala Ayat

Surah al-Qamar: 36

10.3

TARANNUM YANG SESUAI

DIWASLAHKAN DENGAN JIHARKAH

Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah. Ini kerana terdapat persamaan pada air lagu ataupun wazan lagu tersebut. Di antara tarannum-tarannum tersebut dapat kita lihat dalam Rajah10.3 seterusnya.

Rajah 10.3: Peranan tarannum jiharkah

Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum tersebut pada lagu Jiharkah. Seperti tarannum-tarannum yang lain, kaedah waslah tarannum Jiharkah bolehlah dilaksanakan, sama ada mengikut kaedah waslah di tengah ataupun di hujung lagu tersebut.

10.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalamTarannum Jiharkah

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Jiharkah adalah sebuah tarannum yang memiliki ciri-ciri kelembutan yang menusuk jiwa. Pada ketika- ketika tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti Rast, Husaini, Sikah dan Soba bagi menambah seri pergerakan lagu Jiharkah tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu digandingkan dengan lagu Jiharkah. Di antaranya adalah seperti berikut:

(a) Mengurangkan Ketegangan dalam PersembahanTarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Jiharkah,khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalampersembahannya, ialah Soba dan Sikah.

(b) Memanaskan BacaanBagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia bolehlah diwaslahdengan Rast ataupun Husaini.

SEMAK KENDIRI 10.1

Sila ulang kaji semula apa yang anda pelajari dalam topik ini dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan berikut.

1. Jelaskan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Jiharkah.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Jiharkah.

3.Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Jiharkah tersebut, apakah ayat-ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum Jiharkah ke atasnya?

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannumJiharkah dalam sesebuah bacaan.

5.Pada pengamatan anda, namakan Qari-qari Mesir yang terkenal yang sering menggunakan tarannum Jiharkah dalam bacaan mereka, sama ada secara murattal ataupun bertarannum.

6.Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah dan huraikan mengenai keperluan waslah al-mumasalah tersebut.

7.Apakah pendapat anda tentang tarannum Jiharkah yang telah anda pelajari?

Tarannum Jiharkah adalah tarannum terakhir dalam susunan tarannum al- Quran yang mahsyur. Ia bukan sahaja sesuai diaplikasikan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan dalam bacaan al-Quran secara murattal. Di Malaysia, ia cukup sinonim dengan laungan takbir Hari Raya.

Tarannum Jiharkah berasal dari Parsi dan diterima pakai oleh para Qari Hijazi. Ia telah melalui fasa pengubahsuaian sesuai dengan pembacaan al- Quran. Kini tarannum ini dipopularkan pula oleh para Qari dari Mesir.

Jiharkah terkenal dengan sifatnya yang mendayu-dayu, merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai dipraktiskan pada ayat-ayat berkaitan hari kiamat, rintihan, doa serta ayat-ayat yang bersifat ruhaniah dan aqidah.

Antara peranan utama tarannum Jiharkah ialah membangkitkan rasa insaf dan khusyuk para pendengar terhadap ayat-ayat yang dibaca. Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ialah Rast, Sikah, Soba dan Husaini.

KATA KUNCI

Ruhaniah Tarannum JiharkahSifat-sifat Alunan dan Peranan Jiharkah Tatbiq

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al- Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu Quran (terj. Drs. MudzakkirAS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. KualaLumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-Itisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.Dimashq: Dar al-Qalam.