1_pengen

40
1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Upload: siti-norsharmila-abd-jamal

Post on 15-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tmk tahun 5

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIANSISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Perkembangan Rangkaian Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.Pada tahun 1970 lebih dari 10 komputer telah berhasil dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian. Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, diperlukan sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian. Sehingga pada tahun 1982 terbentuk sebuah jawatankuasa Transmission ControlProtocol(TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) yang dikenali sehingga saat ini.

Pada tahun 1988 Jarkko Oikarinen seorang berbangsa Finland mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) yang membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).Pertengahan tahun 1990 merupakan tahun yang paling bersejarah ketika Tim Berners Lee merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagaiWWW atau World WideWeb.Dunia langsung berubah dengan adanya Search Engine Pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.

Definisi Rangkaian Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.

Kegunaan Rangkaian ? Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.Berkongsi peranti - perkongisan peranti adalah seperti pencetak mesin faks, modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM oleh ramai pengguna.Berkongsi akses internet- rangkaian komputer membenarkan pengguna mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa akaun.Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer (server). Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera (instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk menyimpan mesej untuk rujukan masa depan. Contoh, mel elektronik di rangkaian kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).

Jenis-jenis Rangkaian Rangkaian Kawasan Setempat (local area network - LAN)

Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.

Local Area Network (LAN)Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network MAN)

MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Antara ciriciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.

Rangkaian Kawasan Metropolitan

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri, negara dan benua.

WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit.

WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network PAN)

PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan untuk komunikasi antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan bluetooth.

Personal Area Network (PAN)Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)

VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.

Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.

Ia selalu digunakan oleh bank dan syarikat berskala besar.

VIRTUAL PRIVATE NETWORKRangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics Engineers, IEEE .

Wireless LAN (WLAN)

WORLDWIDEINTEROPERABILITY FORMICROWAVEACCESS (WIMAX)

WiMAX adalah merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep menara telefon bimbitPenerima WiMAX yang dipasang dirumah.

Rangkaian WiMax

Jenis Senibina Rangkaian Definisi :

Senibina rangkaian adalah ciri ciri reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

Pengguna pelayan ( Client server)

Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Pada masa sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Antara ciriciri senibina rangkaian pengguna pelayan (Client server) adalah seperti berikut:

Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayanPerkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistemRangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

Rakan ke rakan (Peer to peer)

Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna.Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lebih 5 komputer dan tidak menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.

Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:

Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuatP2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputerSemua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di dalam mengirim, menerima dan memproses fail.

Jenis Topologi Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang nampak secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN).

Topologi utama ialah: Topologi Bintang (Star Topology) Topologi Cecincin (Ring Topology) Topologi Bas (Bus Topology) Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

Topologi bintangialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagaihab.TOPOLOGI BINTANG (STAR TOPOLOGY)Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.

Topologi cincinadalah satu topologidi mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.

TOPOLOGI CINCIN (RING TOPOLOGY)Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)Jika sambungan di antara komputer A dan computer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

Topologi bas, juga dikenali sebagaibas linear, ialah topologiyang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagaisegmenatau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

TOPOLOGI BAS (BUS TOPOLOGY)Kelebihan apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.Kekurangan apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.

TOPOLOGI HYBRID

Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.Kebanyakan sumber di tempatkan di server.

Jenis Teknologi Komunikasi Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi.Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web.Intranet sesebuah organisasi biasanya termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.

INTRANETEKSTRANET

Adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain. Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.

INTERNET

Rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh diakses oleh orang awam. Adalah rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini. Bekerja berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.