20110125160109kuliah 1 - domestikasi haiwan dan sistem penternakan di malaysia
TRANSCRIPT
ABU BAKAR MAMAT
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN Aplikasi teknik pengurusan haiwan. Teknik praktikal asas yang biasa digunakan dalam industri ternakan dan keberkesanan kos. Semakin mudah dilakukan hari demi hari, tahun demi tahun. Baik untuk haiwan Di dalam kursus ini kita akan memperkatakan haiwan yang dipelihara secara komersial untuk makanan dan serat (Lembu , kambing, biri-biri, babi, ayam-itik, untuk susu dan daging)
ABU BAKAR MAMAT
DEFINISI PENGURUSAN
Mengurus bermakna "menangani atau mengawal”
Pengurusan haiwan adalah: Menjaga/memelihara, mengawal dan menangani spesies haiwan.
Masa dan tenaga pengurus haiwan adalah memberi makanan , perlindungan dan memastikan kesihatan serta keupayaan reproduksi yang optimum.
ABU BAKAR MAMAT
SECARA UMUM SISTEM PENGURUSAN AKAN BERUBAH MENGIKUT:
1. Spesies haiwan
2. Kegunaan haiwan (lembu - tenusu atau daging)3. Lokasi - bahagian negeri, cuaca, sumber yang didapati, jarak
dengan jiran dll.4. Sumber penternak - tanah, buruh, modal.5. Sumber tanggungan perlu - apa yang masuk dan apa yang keluar.
(makanan dan air adalah sumber masuk (input), bahan buangan dan hasil yang dipasarkan adalah sumber keluar (output).
6. Undang-undang kerajaan
7. Pengurusan bahan buangan, keselamatan, makanan, kebajikan haiwan, dll.
8. Keperluan penghasil/penternak, pemprosesan dan pengguna.
ABU BAKAR MAMAT
Satu sistem yang baik mesti melakukan ini:
1. Menyediakan keperluan asas haiwan - makanan, air, perlindungan
2. Menyediakan hasil yang boleh di jual pada takat keuntungan bagi pengeluar
Kemajuan sistem pengurusan ternakan
- Sistem pengurusan senantiasa berputar kepada memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk keperluan haiwan dari
segi ekonomi dan cara yang boleh diterima. - Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik (Good Animal Husbandry Practices - GAHP) - merupakan amalan penternakan yang disarankan kepada ladang-ladang ternakan.
ABU BAKAR MAMAT
DOMESTIKASI HAIWANBermula apabila manusia berhubung dengan haiwan
liar yang diburu untuk mendapatkan daging dan kulit. Pengasas terdahulu membersih satu kawasan dan
bercucuk tanam serta memelihara ternakan untuk makanan sendiri.
Selepas itu, manusia mula mengurung haiwan-haiwan tersebut untuk memastikan bekalan daging dan kulit yang tetap.
Haiwan-haiwan tersebut mula membiakbaka di dalam kurungan dan manusia secara berperingkat-peringkat belajar untuk membiak baka haiwan-haiwan yang mempunyai ciri-ciri yang baik.
ABU BAKAR MAMAT
Samb…
Dengan berlakunya domestikasi, bekalan makanan adalah lebih terjamin dan ini membolehkan pertambahan populasi manusia.
Sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa manusia tidak akan bertamadun tanpa domestikasi haiwan.
Revolusi industri mengujudkan kerja-kerja di ladang:Mengindustrikan perladangan kerana mesin-mesin mula
dihasilkan untuk menanam dan menuai tanaman, memerah susu dll.
Abu Bakar B. Mamat
Samb…
Perindustrian pertanian adalah diperlukan supaya petani boleh menghasilkan makanan yang berlebihan untuk menyara penduduk kotaraya.
Masyarakat Negara bertukar daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat kota serta masyarakat perindustrian.
***Haiwan terawal didomestikasi: anjing (14,000 tahun di Iraq)
ABU BAKAR MAMAT
INDUSTRI TERNAKAN PADA MASA HADAPAN
1. Unit produksi yang lebih besar dan dikawal oleh kakitangan yang sedikit bilangannya.
2. Meningkat undang-undang kerajaan dan peraturan.3. Berkurangnya pengetahuan tentang pertanian oleh
masyarakat umum4. Lebih berhati-hati ke atas hasilan ternakan,
keselamatan makanan dan persekitaran.
TERMINOLOGI DALAM DOMESTIFIKASI HAIWAN:Domestikasi :
- keadaan di mana pembiakan, penjagaan dan pemakanan haiwan dikawal oleh manusia
Feral:
- haiwan yang telah didomestikasikan tetapi tidak lagi di bawah penjagaan manusia.
Wild :
- haiwan yang tidak pernah didomestikasikan Tamed:
- haiwan yang hilang rasa takut pada manusia
ABU BAKAR MAMAT
CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI
1. Struktur sosial
a. Status sosial kumpulan yang stabil - kelakuan agresif dan penggunaan tenaga kurang
b. Perbezaan seksual; jantan dominan- seekor jantan boleh mengawan banyak bilangan betina
c. Ikatan ibu-anak yang cepat - ibu dan anak sekumpulan; penjagaan rapi
ABU BAKAR MAMAT
CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI
2. Perkembangan pra sosial
a. Deria berfungsi & kebolehan bergerak b. Anak yang baru lahir dapat serta kumpulan sebaik
saja selepas lahirc. Sosial sebaik saja selepas lahir;
- penting untuk perlindungan dari pemangsad. Ikatan spesis sebaik saja selepas lahir - lindungi anak daripada ikut kumpulan yang
tidak sesuai - membolehkan ikatan awal dengan manusia.
ABU BAKAR MAMAT
CIRI-CIRI YANG MEMIHAK KEPADA DOMESTIKASI
3. Kelakuan makan
a. Maun / maserba; sistem pencernaan. - Membolehkan penggunaan tumbuhan dan ruminan adalah sesuai
b. Hasilan sisa; - kurang saingan makanan antara manusia & haiwan
4. Sesuai kepada perubahan
- Membolehkan haiwan dipelihara di bawah pelbagai persekitaran
ABU BAKAR MAMAT
PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
1. Kehilangan ikatan pasangan Di bawah keadaan semulajadi, haiwan seperti itik, angsa,
serigala dan musang membentuk ikatan pasangan. Walaubagaimanapun, itik dan angsa yang telah
didomestikasi menunjukkan kelakuan seksual "promiscuous" ( seekor jantan mengawan dengan sekumpulan betina).
Ini menguntungkan penternak kerana bilangan haiwan jantan yang perlu dipelihara adalah kurang.
ABU BAKAR MAMAT
PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
2. Kehilangan sifat mengeram (broodiness)Di bawah keadaan semulajadi ayam akan bertelur berturut-turut untuk
beberapa hari sehingga sarang (nest) penuh. Ini akan dituruti dengan pengeraman.
Dengan adanya pengeraman palsu, kelakuan mengeram merupakan suatu masalah kerana;
i. Ayam akan berhenti bertelur semasa mengeram dan ini akan menjejaskan pengeluaran telur,
ii. Ayam yang sedang mengeram akan menyerang pemungut telur.
Pemilihan genetik untuk menghilangkan kelakuan mengeram telah di amalkan oleh pembiak baka ayam komersil. Ayam komersil hari ini tidak lagi menunjukkan kelakuan mengeram.
PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI
3. Pengurangan sifat agresifHaiwan yang telah didomestikasikan biasanya kurang agresif. Di bawah domestikasi, haiwan biasanya dilindungi daripada
pemangsa dan bekalan makanan yang cukup dibekalkan. Keperluan kelakuan yang terlalu berwaspada dan mudah
terangsang untuk lari tidak lagi penting malahan boleh menyebabkan kecederaan kepada haiwan itu sendiri atau haiwan lain.
ABU BAKAR MAMAT
PERUBAHAN KELAKUAN SETELAH DOMESTIKASI4. Pemanjangan musim pembiakanDi bawah keadaan semulajadi, kebanyakkan haiwan membiak mengikut
musim. Lazimnya haiwan melahirkan anak pada musim yang terdapat banyak sumber makanan. Ini akan meningkatkan peluang untuk anak haiwan tersebut hidup.
Di bawah sistem penternakan intensif, reproduksi secara sepanjang tahun adalah lebih menguntungkan kerana ia menjamin bekalan makanan seperti telur dan susu.
Pencahayaan tiruan, pengawalan suhu, pemakanan yang cukup, rangsangan hormon dan pemilihan genetik telah digunakan untuk memanjangkan atau mengawal tempoh reproduksi. Pada masa kini, ayam, itik, lembu, babi dan bebiri (baka tertentu) boleh menghasilkan anak pada masa yang diperlukan jika diuruskan dengan betul.
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
1. Menukarkan serat dan bijirin kepada makanan2. Pakaian3. Tenaga Kerja4. Rekreasi 5. Konservasi (pemuliharaan)6. Bahan sampingan7. Penyelidikan perubatan manusia
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA1. Menukarkan serat dan bijirin kepada makananHaiwan ruminan menukarkan bahan yang tidak boleh diguna secara
langsung sebagai makanan manusia kepada makanan manusia. 80% penduduk di dunia mendapatkan sumber protein, lemak, zat besi, niacin, beberapa vitamin daripada daging ruminan.
Manakala makanan utama haiwan bukan ruminan (babi dan ayam) ialah bijirin seperti jagung dan kacang soya. Ini boleh menimbulkan persaingan dengan manusia untuk keperluan bijirin.
Walau bagaimana pun hampir 30% daripada bahan makanan ayam dan terdiri daripada bahan sampingan agro-industri, mil (serbuk) ikan, tulang serta darah dan sebagainya yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan manusia.
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
2. PakaianHaiwan menghasilkan kulit dan gentian (fiber) untuk
penghasilan pakaian. Penggunaan bahan sintetik menjejaskan permintaan kulit
dan gentian haiwan.3. Tenaga KerjaKerbau, lembu, kuda merupakan haiwan penting dalam
membekalkan tenaga kerja pada masa dahulu. Pada masa kini, penggunaan jentera telah menggantikan haiwan. Walau pun begitu, haiwan masih lagi penting di negara-negara yang kurang maju.
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
4. Rekreasi Menunggang kuda merupakan salah satu sumber rekreasi
utama.Lembu banyak digunakan sebagai ternakan rekreasi di
beberapa negara.
5. Konservasi (pemuliharaan)Tanaman rumput dan kekacang untuk ruminan
mengurangkan hakisan tanahSelain dari itu, najis yang dihasilkan oleh haiwan merupakan
baja kepada tanah.
ABU BAKAR MAMAT
KEPENTINGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
6. Bahan sampinganLemak (alat solek, sabun, dakwat pencetakan); tulang,
tanduk. kuku (bahan pelekat, butang, filem kamera, kertas pasir); organ-organ tertentu, contoh: kelenjar adrenal (bahan ubat - ubatan).
7. Penyelidikan perubatan manusiaSebagai contoh babi Yucatan digunakan dalam kajian
ketahanan penyakit kesan makanan ke atas diabetes dan artherosclerosis.
Bebiri digunakan untuk kajian pemindahan organ.
ABU BAKAR MAMAT
MANUSIA MEMERLUKAN: - makanan, perlindungan, pakaian, bahan api, dan emosi kehidupan
baik.
HAIWAN DAN HASILAN HAIWAN - dapat membekal kebanyakan keperluan asas fizikal dan emosi serta menyumbang kepada darjat kehidupan yang lebih tinggi. - bagi semua masyarakat, haiwan peliharaan adalah sumber makanan, dan hasilan lain yang diperlukan SERTA kawan kepada manusia. - haiwan membekalkan makanan, bahan pakaian, hasilan sampingan
yang digunakan untuk barangan pengguna dan makanan haiwan, kuasa, baja, maklumat tentang penyakit manusia daripada
penyelidikan menggunakan haiwan selidik, dan keseronokan bagi manusia yang menyimpan haiwan.
SUMBANGAN HAIWAN KEPADA MANUSIA
- Pertanian adalah industri yang tertua dan terbesar dalam negara membangun tropika dengan lebih kurang 80% penduduknya menceburi pertanian. (42% penduduk dunia bekerja dalam sektor pertanian)
- Dalam pertanian, manusia, tanaman dan haiwan adalah sangat berhubung rapat. Ekosistem ini berhubungkait dengan biologi, teknologi, ekonomi dan sains sosial.
- Manusia dan haiwan adalah saling bergantung dan membangun bersama, saling mempengaruhi antara satu sama lain.
HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN
HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN
Haiwan ternakan, terutamanya, haiwan ruminan (lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri), dan haiwan bukan-ruminan (ayam, babi), adalah sumber yang boleh diperbaharui yang amat bernilai.
Haiwan membekal protein bernilai tinggi dan berkualiti, kulit, serat dan pelbagai hasil sampingan yang berguna kepada manusia.
Dalam setengah negara kurang maju, haiwan adalah sumber utama kuasa ladang, pengangkutan dan bahan bakar (api).
ABU BAKAR MAMAT
HUBUNGAN BIDANG PERTANIAN, MANUSIA DAN HAIWAN
Haiwan ruminan dan bukan ruminan, mempunyai potensi bagi menggunakan hasilan tanaman dan bahan buangan, bahan buangan dapur dan ladang, serta bahan- bahan lain kepada bentuk hasilan yang berharga.
Jika tidak kerana haiwan, kesemua bahan sampingan dan buangan menjadi tidak berharga kepada manusia.
Ayam, itik dan babi makan di sekeliling rumah dan ladang kecil – makan hasil buangan dapur dan bijirin tertinggal selepas tuai.
Itik memakan bijirin tertinggal selepas tuai padi.Lembu, kerbau dan kambing meragut rumput di sepanjang jalan, jalan
raya, tepi sungai, sawah dan parit tali air, ladang dan dusun buah-buahan.
ABU BAKAR MAMAT
Pengurusan Ternakan
SISTEM PENTERNAKAN DI MALAYSIA
PENGENALAN:• Sektor pertanian merupakan penjana pertumbuhan ekonomi
yang ketiga penting di Malaysia. • Industri ternakan adalah antara komponen yang diberi
perhatian untuk dimajukan bagi menampung keperluan negara untuk membekalkan sumber protein seperti daging, susu dan telur.
• Permulaan aktiviti penternakan – imigran Cina telah membawa masuk ayam dan khinzir ke Malaysia manakala lembu LID telah dibawa masuk oleh imigran India ke bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia.
ABU BAKAR MAMAT
Samb….Ternakan peliharaan (>16 billion) menyumbang kepada
kehidupan bagi 5.6 billion manusia di seluruh dunia secara membekal makanan, pakaian, tenaga (kuasa), rekreasi dan “sahabat”.
Hasilan ternakan menyumbang kepada keperluan protein manusia dan bekalan tenaga.
Apabila manusia meningkat taraf hidup, penggunaan perkapita hasilan ternakan juga meningkat.
Kesihatan manusia juga bertambah baik melalui penyelidikan berterusan menggunakan haiwan ternakan.
ABU BAKAR MAMAT
Samb….Hari ini peladang mengurus ladangnya mengikut sistem
yang sofistikated. Setengah ladang mempunyai darjah mekanisasi yang tinggi dan pengkhususan bagi menghasilkan tanaman dan haiwan.
ABU BAKAR MAMAT
PENGENALAN:Industri ternakan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua
sub-sektor; 1. Ruminan2. Bukan ruminan (monogastrik).
**** Sub-sektor ruminan yang terdiri daripada lembu. kerbau, kambing dan bebiri adalah kurang maju walaupun banyak penekanan telah di beri oleh pihak kerajaan dalam perancangan pembangunan pertanian.
ABU BAKAR MAMAT
TAHAP SARA DIRI TERNAKAN
Pengeluaran daging ayam dan khinzir telah pun mencapai tahap sara diri.
Daging lembu, kerbau, daging kambing dan biri-biri masih belum mencapai tahap pengeluaran sara diri.
Keperluan bagi daging lembu dan kerbau, daging kambing dan biri-biri terpaksa diimport.
ABU BAKAR MAMAT
Jadual tahap sara diri bagi pelbagai jenis daging.
ABU BAKAR MAMAT
JENIS DAGING PERATUS SARA DIRI
Ayam KhinzirLembu dan kerbauKambing dan biri-biri
121.39% (telur 113.79%)150.7%25.38%10.04%
( Sumber : Jabatan Perkhidmatan Haiwan, 2009)
KAWASAN UTAMA TERNAKAN DI MALAYSIA
ABU BAKAR MAMAT
JENIS TERNAKAN KAWASAN UTAMA
Lembu dan kerbau Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang
Kambing dan biri-biri Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.
Ayam Pulau Pinang, Perak, Selangor, Seberang Perai dan Johor.
Itik Selangor dan Perak
Khinzir Negeri Sembilan, Selangor, Sarawak, Perak dan Johor.
DEFINISI PENTERNAKAN:
Mengikut Kamus Dewan (Edisi ke tiga); - Penternakan ialah perbuatan atau perihal menternak,
menjaga (pengurusan) dan membiakkan binatang.
Aktiviti penternakan meliputi beberapa perkara yang bermula daripada penyediaan tempat kediaman, pengurusan ternakan, menjaga kebajikan ternakan, pengurusan penyakit dan aktiviti pemasaran ternakan.
ABU BAKAR MAMAT
PENGELASAN HAIWAN TERNAKAN:
Terbahagi kepada tiga kategori:i. Ternakan Ruminanii. Ternakan Bukan Ruminaniii. Ternakan Akuakultur
** Pemeliharaan haiwan kesayangan tidak diambilkira sebagai haiwan ternakan kerana ianya tidak dipelihara untuk tujuan komersil.
ABU BAKAR MAMAT
KATEGORI HAIWAN
HAIWAN
i. HERBIVORA
ii. KARNIVORA
iii. OMNIVORA
Sub sektor haiwan ternakanRUMINANBUKAN RUMINAN (MONOGASTERIK)
ABU BAKAR MAMAT
HAIWAN
CONTOH:
a. Haiwan RuminanLEMBU DAN KERBAUKAMBING / BIRI-BIRI,UNTA, YAKS, LLAMA
b. Haiwan MonogasterikAYAM / ITIK (UNGGAS),TURKEY, OSTRICHBABI (KHINZIR)KUDAARNABMANUSIA
c. HAIWAN MONOGASTERIK HERBIVORA KUDA, ARNAB
ABU BAKAR MAMAT
YAKS,
UNTA
LLAMA
KARNIVORA DAN OMNIVORA- Mempunyai sistem pencernaan monogaster
HERBIVORA
1. BUKAN RUMINAN (KUDA, ARNAB, BABI)
atau
2. RUMINAN (LEMBU, KERBAU, KAMBING, BIRI- BIRI, UNTA)
RUMINAN- Haiwan yang ber-ruminasi 4 kompartmen perut
(rumen, retikulum, omasum, abomasum) - Pencernaan dengan bantuan mikrob-mikrob (rumen)
BUKAN RUMINAN ATAU MONOGASTER- Satu kompartmen perut pencernaan dengan bantuan asid dan enzim
KEBAIKAN DARIPADA PRODUKSI HAIWAN
a. Haiwan ruminan boleh menukar pelbagai sumber makanan berserat, bahan kumuhan dan hasil sampingan yang tidak boleh dimakan oleh manusia kepada bahan makanan berkualiti tinggi.
b. Lebih kurang 60% daripada padang ragut di dunia adalah tidak sesuai untuk pertanian tumbuhan / tanaman.
c. Haiwan boleh di ternak di setengah kawasan tanpa mengganggu tanaman makanan.
d. Peranan utama haiwan adalah memberi sumber makanan, tenaga kerja dan pengangkutan.
e. Produksi haiwan boleh menjadi sebagai bank untuk kecemasan.
ABU BAKAR MAMAT
SISTEM PENCERNAAN RUMINAN DAN BUKAN RUMINAN.
ABU BAKAR MAMAT
Sistem pencernaan ayam Sistem Pencernaan kambing
PERBEZAAN SISTEM PENCERNAAN RUMINAN DAN BUKAN RUMINAN.
BAHAGIAN BUKAN RUMINAN RUMINAN
Untuk penyediaan makanan
Mulut, farinks, esofagus, tembolok. Mulut, farinks, esofagus
Untuk pencernaan dan percampuran sekum
Perut (proventtrikulus dan hempedal), duodenum, usus dan sekum
Perut (rumen, retikulum, omasum, abomasum). Duodenum, usus dan sekum.
Untuk Perkumuhan Kolo-rektum, kloaka. Rektum, dubur.
Organ Aksesori Paruh, lidah, kelenjar liur, kelenjar pankreas, pundi hempedu
Bibir, lidah, gigi, kelenjar liur, kelenjar pankreas, pundi hempedu.
ABU BAKAR MAMAT
SEKTOR BUKAN RUMINAN
Haiwan bukan ruminan termasuk:Poltri, itik, puyuh, unggas lain, babi, arnabHaiwan ini membekal makanan kaya-protein
untuk kebaikan manusia
Persoalan yang timbul:
KENAPA PRODUKSI POLTRI MEMAINKAN PERANAN UTAMA BERBANDING DENGAN HAIWAN LAIN?
ABU BAKAR MAMAT
SEBAB-SEBABNYA:1. KEPENTINGAN EKONOMI- 2 JENIS CARA PEMELIHARAAN
a. Sistem intensif moden b. Sistem ekstensif tradisional
2. DAGING AYAM TIADA HALANGAN AGAMA
– Ia boleh dimakan oleh semua manusia
PRODUKSI POLTRI MEMPUNYAI KESAN:
a. Mempelbagai hasil negarab. Menyelamat sebahagian daripada pertukaran luar negara
terutama import bahan makananc. Penggunaan hasilan sampingan pertanian
ABU BAKAR MAMAT
BERBANDING SEKTOR RUMINAN, POLTRI DISUKAI KERANA:
a. KEPUTUSAN CEPAT – Cepat mendapat hasilb. MODAL PERMULAAN YANG SEDERHANA
c. TEKNIK PERLADANGAN YANG MUDAH
d. TERJAMIN PASARAN – Boleh dijual dalam unit yang kecil
2. KEPENTINGAN NUTRITION
- Protein daripada daging ayam adalah mustahak di dalam diet, jika tiada boleh menyebabkan:
a. Gangguan pertumbuhanb. Membawa kepada kesihatan yang tidak baik, yang boleh
mengganggu ekonomi negara.
ABU BAKAR MAMAT
PROTEIN DARIPADA POLTRI ADALAH SAMA BAIK DENGAN PROTEIN HAIWAN LAIN
- TELOR AYAM – Juga membekal sumber makanan.
- Ayam akan bertelor samada ada ayam jantan atau tidak.
- Ayam penelor dipelihara tanpa ayam jantan
- Membekal telor untuk makanan harian
** Ayam pembiak sahaja memerlukan ayam jantan untuk menghasilkan telor yang subur (tersenyawa/fertilised)
ABU BAKAR MAMAT
MASALAH SEMASA
i. Penghasilan yang berlebihan
ii. Masalah industri poltri
a. Bahan mentah untuk makanan ayam - Kebanyakan bahan mentah di import daripada luar
negara. - contoh: 50% bahan makanan adalah jagong,
kacang soya dll adalah di import daripada China, Thailand, Amerika dll.
- Apa akan terjadi jika negara ini tidak dapat mengeksport hasilnya ke Malaysia?
b. Buruh - kekurangan buruh
- automasi adalah mahal
BAGAIMANA MEMPERBAIKI SISTEM PASARAN TEMPATAN1. PENGUSAHA BESAR perlu membina industri hiliran (downstream
industry) seperti: - pemerosesan tambahan – hasil baru untuk pasaran
- membina rumah sembelih yang sempurna supaya mengurangkan sembelihan di pasaran kecil.
- menyediakan “ayam sedia dimasak”.
2. KAWALAN PENYAKIT
- Semua penyakit ayam perlu dikawal dengan sempurna- penghasilan dan pengimportan vaksin
ABU BAKAR MAMAT
BAGAIMANA MEMPERBAIKI SISTEM PASARAN TEMPATAN
3. DARI SEGI PENTERNAKAN
- Perbaiki kadar pertukaranmakanan (KPM/FCR)- Pembiakbaik baka dan pemilihan genetik- Mengurangkan kadar kematian:
- melalui pemvaksinan- Memperbaiki sistem perumahan- Merekacipta produk-produk baru- Memelihara keselamatan makanan
ABU BAKAR MAMAT
TERNAKAN AKUAKULTUR Haiwan ternakan yang tinggal di dalam air sama ada air
tawar, air payau dan air masin.Contoh ternakan akuakultur ialah:
a. Ikanb. Udangc. Karangan laut.
ABU BAKAR MAMAT
PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN Haiwan yang dipelihara di rumah kediaman dengan penuh
kasih sayang dan sifat suka kepada binatang.Sebagai hobi, teman manusia, dilatih untuk tujuan
pertandingan atau pertunjukan, serta melakukan tugas tertentu.
Terbahagi kepada 5 kumpulan iaitu:a. Mamaliab. Reptiliac. Amfibiad. Unggas (avian)e. Ikan hiasan
ABU BAKAR MAMAT
PERKEMBANGAN INDUSTRI TERNAKAN SECARA RINGKAS
Terus berkembang dari tahun ke tahun.Berasaskan nilai di ladang (exfarm value) RM 698.5 juta
pada tahun 2003 industri ternakan dianggarkan bernilai RM477.5 juta pada 2005.
Perkembangan ini secara analitikal adalah agak perlahan iaitu 1.7% setahun namun kalau dilihat melalui pertumbuhan subsektor ternakan, pertumbuhan subsektor ayam daging dan telur adalah amat memberangsangkan walaupun menggunakan hampir lebih 90 % bahan makanan ternakan dari subsektor ini di import.
ABU BAKAR MAMAT
Samb…..
Selain daripada industri ayam, penternakan khinzir juga telah berkembang dengan pesat sehingga pengeluarannya telah melebihi keperluan negara.
Tetapi industri ternakan lembu dan kambing masih belum berkembang maju. Oleh itu, sebahagian besar keperluan daging lembu dan kambing, serta hasil tenusu masih diimport.
ABU BAKAR MAMAT
TERNAKAN LEMBU DAN KERBAULembu - untuk daging, susu dan kulit.Kerbau - daging dan dijadikan kerbau penarik.Kerbau Murrah India diternak untuk susunya.Baka lembu Kedah-Kelantan diternak untuk mendapatkan
daging dan baka lembu Tenusu India Tempatan (LID) diternak untuk mendapatkan susunya.
ABU BAKAR MAMAT
Samb…..Prestasi pengeluaran kedua-dua baka ini kurang
memuaskan berbanding baka temperate.Dalam Rancangan Malaysia Ke 8, pengeluaran
daging lembu meningkat pada kadar 7.5% setahun iaitu daripada 28 000 tan metrik pada tahun 2000 kepada 40 000 tan metrik pada tahun 2005.
ABU BAKAR MAMAT
Produksi daging lembu/kerbauDaging beku dan haiwan hidup diimport dari India,
Australia, Thailand dan Amerika Syarikat untuk memenuhi keperluan yang selebihnya. Pengambilan per kapita daging lembu dan kerbau pada tahun 1996 ialah 5.87 kg.
Jumlah bilangan lembu adalah 647, 070 (1996) dan baka-baka utama ialah Kedah-Kelantan, kacukan Hereford dan Draughmaster.
Lebih kurang 80% daripada populasi lembu di Malaysia terdiri daripada baka Kedah-Kelantan.
ABU BAKAR MAMAT
Ladang ternakan lembu secara besar-besaran kurang berjaya kerana; a. memerlukan pelaburan modal yang tinggi dan pulangan rendah.b. memerlukan kawasan meragut yang luas, dan tempoh bunting yang lama. c. Integrasi lembu dan bebiri dengan ladang kelapa sawit dan
getah mempunyai potensi besar dalam industri ruminan di Malaysia.
Hasil produksi ayam dan babi dapat memenuhi keperluan tempatan dan dieksport. Industri ayam dan babi telah mengalami perubahan yang pesat dan pada masa kini ia merupakan suatu industri yang mengamalkan sistem produksi yang canggih dan efisien.
ABU BAKAR MAMAT
Produksi daging lembu/kerbauJumlah bilangan kerbau ialah dan semakin berkurangan
tahun demi tahun. Hanya terdapat dua baka kerbau di Malaysia; Sawah dan Sungai.
Potensi sistem produksi lembu secara intergrasi dengan ladang kelapa sawit/ getah adalah cerah. Terdapat lebih kurang 4.3 juta hektar tanah (1 juta ekor lembu) yang sesuai untuk mengamalkan sistem integrasi.
ABU BAKAR MAMAT
Antara kebaikan sistem integrasi ialah;
a) penggunaan tanah yang optimab) meningkatkan kesuburan tanah
c) mengawal tumbuhan rumpai d) mengurangkan penggunaan racun rumpaiSistem produksi feedlot di mana lembu dipelihara secara
intensif adalah salah satu sistem iternakan yang biasa di amalkan di Malaysia. Dalam sistem ini lembu diberi makan bahan sampingan agro-industri contohnya palm kernel cake (PKC). Hasil kajian menunjukkan lembu baka Draughmaster yang diberi PKC mencapai kadar tumbesaran 1100g/hari.
ABU BAKAR MAMAT
PRODUKSI TENUSU
Pengeluaran susu tempatan pada tahun 1996 ialah 32.17 juta liter dan hanya dapat memenuhi 5.04% daripada keperluan negara.
Penggunaan per kapita susu ialah 38.34 kg(1996). Sasaran pengeluaran pada tahun 2010 ialah 20% daripada keperluan tempatan.
ABU BAKAR MAMAT
PRODUKSI TENUSU
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan industri tenusu;
1. Baka lembu kacukan (bos taurus x bos indicus) yang sesuai. Walaupun prestasi baka bos taurus adalah baik, iklim panas dan lembab tropika tidak sesuai untuk baka-baka bos Taurus.
2. Kemudahan dan kakitangan yang terlatih untuk mengumpul, proses dan edarkan susu.
3. Bekalan susu berkualiti yang berterusan
ABU BAKAR MAMAT
Perbezaan baka lembu bos taurus dan bos indicus
Bos indicus Bos taurus
Mempunyai kelasa Tiada kelasaGelambir tidak nyata Kulit longgar pada
gelambir
Kulit berbulu panjang Kulit licin dan bersinarTahan terhadap suhu tinggi
Kurang tahan pada suhu tinggi
ABU BAKAR MAMAT
PRODUKSI RUMINAN KECILJumlah bilangan kambing pada tahun 2006 ialah 211,812 ekor.
Pengeluaran hasil daging ialah 343m.tan . Baka kambing tempatan ialah Katjang. Terdapat juga baka kambing tenusu yang diimport iaitu; Alpinne, Saanen dan Anglo-Nubian.
Jumlah bilangan bebiri pada tahun 2006 ialah 174, 312 ekor. Pengeluaran daging ialah 186m.tan. Baka bebiri tempatan ialah Malin.
Baka-baka lain yang biasa digunakan untuk kacukan ialah; Dorset Horn, Polled Dorset dan Suffolk. Baka tropika Thai Long Tail adalah sesuai dengan iklim Malaysia.
Sistem penternakan bebiri secara integrasi dengan ladang kelapa sawit dan getah mempunyai potensi besar.
ABU BAKAR MAMAT
PRODUKSI AYAM-ITIK
Industri ayam adalah jauh lebih maju daripada ruminan. Jumlah bilangan ayam dan itik pada tahun 1996 ialah 75,622,691 dan 2,341,762 ekor. Pengeluaran daging dan telur ayam/itik pada tahun 1996 ialah 584.4 ribu m.tan dan 6,132 juta biji.
Antara faktor-faktor kemajuan industri ayam ialah;
a) Pengawalan penyakit melalui vaksinasi b) Importasi bakac) Pelaburan daripada sektor swastad)Tiada sekatan agama untuk daging ayam
ABU BAKAR MAMAT
TERNAKAN KAMBING DAN BIRI-BIRIKambing biasanya dipelihara secara kecil-kecilan di kampung dan
ladang untuk dagingnya.Baka luar negara seperti Jamnapari atau Etawah dan Anglo-Nubian
telah diperkenalkan untuk memperbaiki mutu daging dan menambah hasil keluaran susu.
Bekalan daging kambing dan biri-biri masih tidak mencukupi menyebabkan sebahagian besar daripada keperluan daging kambing dan biri-biri terpaksa diimport.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pengeluaran daging kambing meningkat pada kadar 5.9% setahun iaitu daripada 1 000 tan metrik pada tahun 2000 kepada 1500 tan metrik pada tahun 2005.
ABU BAKAR MAMAT
TERNAKAN AYAM DAN ITIK
Ayam dan itik diternak secara meluas oleh penternak kecil di pinggir bandar.
Terdapat juga penternak swasta yang mengusahakannya secara besar-besaran untuk menghasilkan daging atau telur secara komersil dengan menggunakan teknologi moden.
Lebihan daging dan telur dieksport ke Singapura.Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 8 , pengeluaran
telur ayam dijangka meningkat daripada 8.2 bilion unit kepada 10 bilion unit iaitu peningkatan sebanyak 3.9% setahun.
ABU BAKAR MAMAT
Baka-baka hibrid ayam pedaging;Arbor Acre, Avian, Cobb, Hubbard, Shaver dan
Lohmann.(nama-nama syarikat yang mengeluarkan hybrid ayam).
Baka - baka hibrid ayam penelur; Hisex Brown, Golden Comet, ISA Brown dan Lohmann
BrownBaka-baka itik pedaging;
Pekin, Muscovy dan Puah ChaiBaka-baka itik penelur;
Khaki Campbell dan Taiwan Tsaiya
ABU BAKAR MAMAT
KHINZIR
Kawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
Pada tahun 2000 industri khinzir menghadapi masalah berikutan serangan virus Nipah di kawasan Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
Industri Khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua penting di Malaysia.
Pengeluaran daging adalah mencukupi dan hasil selebihnya dieksport ke Singapura.
ABU BAKAR MAMAT
PRODUKSI BABI
Sejak tahun 1964, hasil pengeluaran babi di Malaysia telah memenuhi keperluan tempatan.
Babi hidup dieksport ke Singapura. Baka-baka yang terdapat di Malaysia ialah; Large White,
Duroc_Jersey dan Landrace.Masalah utama yang mengancam industri babi;
1. Pencemaran alam sekitar 2. Ancaman penyakit zoonotik (merebak dari babi ke
manusia)
ABU BAKAR MAMAT
Sekian
ABU BAKAR MAMAT
“Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa dandalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu”.