2rk4 warisan

15
 Warisan Kesenian Pelbagai Kaum Di Malaysia. Kumpulan 1. -Azrul -Muhd Nur -Muhd Taufiq -Muhd Khidir 

Upload: kamaruzzaman

Post on 30-May-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 1/15

 

Warisan Kesenian Pelbagai

Kaum Di Malaysia.Kumpulan 1.

-Azrul

-Muhd Nur 

-Muhd Taufiq

-Muhd Khidir 

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 2/15

 

Seni Tarian Pelbagai Kaum di

Malaysia

• Tarian Kuda Kepang

  Tarian ini cukup unik dan lebih khususnya keturunan

 jawa.Tarian kuda kepang dipersembahkan oleh sembilan orang

 penari.Sekarang tarian ini lazimnya dipesembahkan dalammajlis budaya saja.Namun,sudah ada usaha untuk 

mempopularkannya semula.

Alat yang digunakan ialah boneka kuda berbentuk dua

dimensi yang dibuat daripada rotan dan kulit yang pelbagaiwarna.Tarian kuda kepang diiringi oleh beberapa alat

muzik,iaitu gong,tamborin, dan angkung.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 3/15

 

• Tarian Kenyah

  Tarian kenyah adalah tarian suku kaum Kenyah di Sarawak 

yang terdiri daripada pelbagai jenis.Salah satu jenis ini yang popular ialah datun julud.Tarian ini biasanya dipersembahkan

untuk meraikan kedatangan para pengunjung ke rumah

 panjang.Pada umumnya,para penari tarian ini terdiri daripada

lapan orang wanita yang akan menari mengikut alunan alat muzik 

sape.

Peralatan utama dalam tarian kenyah ialah bulu-bulu burung

kenyalang.Bulu-bulu ini menghiasi kedua-dua belah tangan

setiap penari.Ayunan tangan yang dihiasi bulu-bulu kenyalang

serta gerak tari yang lemah lembut inilah yang menyebabkantarian kenyah sungguh unik dan tersendiri.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 4/15

 

• Tarian Sumazau  Tarian Sumazau adalah tarian suku kaum Kadazandusun di

Sabah.Biasanya penari-penarinya terdiri daripada lelaki dan

wanita.Semasa menari,mereka akan memakai pakaian serba hitamserta perhiasan seperti gelang suasa atau tembaga,cincin

tembaga,anting-anting,kalung,sepasang keris,dan penutup kepala

yang disebut terendak.

Dahulu,tarian sumazau dipersembahkan sempena upacaratertentu yang berkait rapat dengan kepercayaan kaum

tersebut.Misalnya upacara memuja kuasa ghaib,roh,dan

semangat,upacara mengelak bencana,upacara memanggil semangat

 padi,dan sebagainya.Kini,tarian sumazau turut dipersembahkansempena sesuatu keramaian seperti majlis perkahwinan,majlis

meraikan pembesar dan pelancong,majlis sambutan Pesta

Menuai,dan yang seumpamanya.

 

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 5/15

 

• Tarian Asyik.

  Tarian asyik adalah tarian tradisional kaum Melayu,khususnya di

negeri Kelantan.Tarian ini menekankan ketertiban kepada para

 penari dan pemuzik iringan dari segi cara berpakaian,perawakan,

serta gerak-geri.Hal ini demikian kerana tarian ini berasal dari

istana dan dahulunya memang sering dipersembahkan kepada raja-

raja Kelantan.Tetapi kini tarian ini turut dipersembahkan untuk 

tontonan umum.

Tarian asyik bermula dengan kemunculan 10 orang penari yang

 bersimpuh dengan tertib.Seketika kemudian,muncul puteri asyik 

dengan gerak dan aksinya yang menarik,ditambah pula dengan

 pakaianya yang anggun serta kuku panjang melentik yangdipakaikan di hujung jari.Puteri asyik dan para penari akan

menyembah lalu menari dengan lemah lembut sambil mengajuk-

ajukkan gerak-geri burung.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 6/15

 

• Tarian singa.

  Tarian ini popular di kalangan rakyat

Malaysia,khususnya masyarakat Cina.Biasanya tarian inidipersembahkan semasa sambutan Tahun Baru

Cina,meskipun ada juga dipersembahkan dalam sesuatu

majlis rasmi.

Alat yang digunakan ialah boneka singa dan badansinga yang dibuat daripada kain yang berwarna-warni

seperti merah,kuning keemasan,dan oren.Tarian singa

diiringi muzik yang dihasilkan oleh beberapa alat

muzik,iaitu gendang,canang,dan simbal.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 7/15

 

Seni Muzik Tradisional Malaysia.

• Ghazal.

  Ghazal merupakan seni dan nyanyian Melayu yang mula

 berkenbang pada awal abad ke-19 di istana Riau-Lingga.Seni

muzik yang mempunyai pengaruh Arab ini diperkenalkan oleh pedagang India dan Parsi.Malah kata ghazal merupakan kata Arabyang bermaksud “lagu dan puisi kasih”.

Ghazal amat popular di negeri Johor.Seni muzik yang mulanyasering dipersembahkan di istana Johor telah menarik minat

masyarakat Melayu di sana lalu berkembang dengan baiknya.Beberapa kumpulan ghazal mula tubuh dan telahmengadakan persembahan dalam majlis-majliskeramaian,perkahwinan dan upacara berkhatan.Hal ini semakinmempopularkan muzik ghazal hingga ke luar negeri Johor.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 8/15

 

Persembahan ghazal menggunakan alat-alat muzik seperti

harmonium,tabla,biola,gambus,gitar,tamborin,dan marakas.

Liriknya pula merupakan pantun dua kerat,pantun empat

kerat,atau pantun berkait.Antara tema dalam lagu ghazal

termasuklah keindahan alam dan kawasan setempat,kasih

sayang,nasihat,dan sebagainya.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 9/15

 

Alat Muzik Tradisional Malaysia

• Sape.

  Sejenis alat muzik tradisional bertali kaum Kenyah.Alat

muzik ini dimainkan dengan cara dipetik.

• Rebab

  Alat muzik bertali dua atau tiga.Biasanya dimainkan semasa

 persembahan teater tradisi Melayu.Rebab dimainkan dengan

cara digesek.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 10/15

 

Seni Bina Malaysia.

 Di negara kita,ada pelbagai warisan seni bina yang

melambangkan kekayaan sejarahnya serta budaya

 penduduknya yang berbilang bangsa dan agama.Justeru

warisan seni bina ini dipelihara dan dipulihara dengan sebaik- baikya agar terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 11/15

 

Lukisan

  Tujuan lukisan dilukis ialah untuk menarik minat masyarakat

dan pelancong terhadap seni lukis tempatan.Di samping

itu,tujuan ini juga ingin menyedarkan mereka tentang

 pentingnya lukisan sebagai suatu bentuk warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.

Selain itu,lukisan tersebut juga memaparkan cara hidup

rakyat yang berbilang bangsa.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 12/15

 

Permainan Tradisional Di Malaysia.

• Congkak

  Congkak dikatakan berasal daripada kata congak yang

 bermaksud mengira.Permainan ini dipercayai wujud sejak 

zaman Kesultanan Melayu Melaka.Congkak yang padamulanya hanya dimainkan di istana pada waktu itu telah

 berkembang dan turut dimainkan oleh rakyat jelata.

Rupa bentuk papan congkak menyerupai sebuah sampan.

Menurut ceritanya,congkak direka oleh seorang nelayan yangtidak dapat turun ke laut sebagai akibat musim tengkujuh.Oleh

itu,untuk mengisi masa lapang yang banyak terluang,dia

mendapat ilham mereka bentuk papan congkak berdasarkan

sampannya.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 13/15

 

Ada dua alat yang digunakan dalam permianan congkak,iaitu

 papan congkak dan buah congkak.Papan congkak boleh dibuat

daripada pelbagai jenis kayu.Papan ini kemudiannya ditebuk 

tujuh atau sembilan lubang yang disebut “kampung”.Kampung-kampung ini ditebuk dalam dua barisan secara berasingan dan

selari.Di kedua-dua hujung kampung itu,ada sebuah lubang yang

lebih besar dan lebih dalam disebut “rumah”.Sementara itu,buah

congkak pula terdiri daripada biji saga,biji getah,kulit lokan,guliatau sebagainya

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 14/15

 

Kraf Tangan Tradisional Malaysia.

• Batik

  Batik merupakan seni menghias corak kain dengan

motif hiasan dan bahan pewarna khusus.Batik 

dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil

melalui proses penerapan lilin dan pencelupan

 benang.Batik berasal daripada kata Jawa “ambatik”

yang bermaksud kain bercorak titik-titik kecil.

8/14/2019 2RK4 Warisan

http://slidepdf.com/reader/full/2rk4-warisan 15/15

 

• Songket

  Songket pula adalah sejenis tenunan yang

menggunakan benang emas.Juteru songket padaumumnya dianggap eksklusif dan agak mahal

harganya.Itulah sebabnya pada masa dahulu songket

dipakai hanya oleh gologngan bangsawan Melayu.Tetapi

hari ini,songket sudah tidak asing lagi di kalagan orangkebanyakan dan makin dikenal oleh pelancong luar 

negara.Songket banyak dihasilkan di pantai timur 

Semenanjung,khususnya di Terengganu dan Kelantan