4 pentaksiran psikometrik
TRANSCRIPT
LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pentaksiran PsikometrikPentaksiran Psikometrik
KANDUNGAN
Konsep1
Komponen2
Inventori Personaliti33
Ujian Aptitud44
Hot Tip
How do I incorporate my logo to a slide that will apply to all the other slides?
On the [View] menu, point to [Master], and then click [Slide Master] or [Notes Master]. Change images to the one you like, then it will apply to all the other slides.
Konsep
• kajian tentang jiwaPsycho
• measure/ukurMetric
Mengukur dimensi yang berkaitan dengan minda atau jiwa seperti sensitiviti, kecerdasan, aptitud, minda dan personaliti
Konsep
Tingkah laku
Fikiran
Emosi
Konsep:Tujuan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi.
Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid.
Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.
PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran.
Komponen
Pentaksiran Psikometrik
Aptitud
Aptitud Am
Aptitud Khusus
Inventori Personaliti
Komponen dan konstruk
1.Kemahiran berfikir
2.Kemahiran menyelesaikan masalah
Aptitud Am 1Verbal
2Visual
3Logik 4Matematik
5Muzik
6Naturalis
7Kinestatik
8Interpersonal
9Intrapersonal
Aptitud Khusus
Konstruk untuk Aptitud Khusus1. Verbal (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat
dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi.
2. Visual – Ruang – Bukan Verbal (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang
3. Logik Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.
4. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.
5. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
6. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.
7. Kreativiti (Pintar minda): keupayaan seseorang individu melihat daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep yang asli.
8. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.
9. ntrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan,
5.
Inventori Personaliti
Mengenal pasti personaliti murid
Murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid
Menyediakan profil murid yang lengkap
Inventori personalitiInventori
personaliti
Komponen Personaliti
Intelektual
Kreatif
Kepelbagaian
Struktur
Analitikal
Menolong
Ekstrovert
Kritik diri
Autonomi
Agresif
Pencapaian
Resilien
Mengawal
Wawasan
Kejujuran
Personaliti
Realistik
Investigatif
Artistik
Sosial
Enterprising
Conventional
Minat kerjaya
Definisi konstruk personaliti•Indivi
du berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran daripada segi intelektual.Mementingkan aktiviti yang berbentuk kogniti fdan ilmiah.
Intelektual
•Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan da nmengembangkan idea baru dan asli
Kreatif
•Individu dapat menghayati berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru kearah perubahan yang berterusan.
Kepelbagaian
Defini konstruk personaliti•Individ
u suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci.Individu mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap.
Struktur
•Individu sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan.Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
Analitikal
•Individu berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain
Menolong
Definisi konstruk personaliti
•Individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai
Ekstrovet
•Menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan psikologi.
•Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.
Kritik diri
•Individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
Autonomi
•Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.
•Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.
Agresif
•Individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka persaingan
Pencapaian
•Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas
Resilien
•Suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin
Mengawal
•Bolehmenjangkau/ melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas, berbeza daripada orang lain dan pandangan nya terperinci.
•Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja.
•Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain
Wawasan
•Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Kejujuran
Difinisi konstruk personaliti•Indivi
du terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.
•Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.
Agresif
•Individu bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka persaingan
Pencapaian
•Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas
Resilien
Definisi konstruk personaliti
•Suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin
Mengawal
•Bolehmenjangkau/ melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas, berbeza daripada orang lain dan pandangan nya terperinci.
•Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja.
•Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain
Wawasan
•Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Kejujuran
Contoh item Personaliti Trait
Bil Item Ya Tidak
1 Saya tidak sepandai rakan saya
2. Terus terang menyatakan kesalahan orang
3. Terus berusaha hingga berjaya
4. Memberi tempat duduk kepada wanita hamil
5 Resah apabila bersendirian
6 Saya tidak yakin berjaya dalam hidup ini
7 Tidak terikut dengan pujukan kawan
8 Memesan makanan mengikut selera sendiri
9 Memarahi pelaya jika pesanan lambat
10 Seronok dijemput ke majlis keramaian
Contoh item Personaliti Trait
Bil Item Ya Tidak
1 Sering membuat pilihan salah
2. Saya tidak pernah marah
3. Saya membuat keputusan sendiri
4 Tidak menerima sesuatu bulat-bulat
5 Orang lain kata saya suka bercakap
6 Saya amat yakin saya boleh berjaya
7 Suka dipuji dikhalayak ramai
8 Saya tidak suka diarah
9 Saya memaksa seseorang bagi mendapatkan apa yg. saya hendak
10 Saya tidak pernah cemburu
Tafsiran skor- Agresif
Tahap Skor Tafsiran
Rendah 1-40% Anda seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.
Sederhana 40-70% Anda seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.
Tinggi 70-90% Anda seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai.
Inventori Kerjaya dan minat
Teori Tipologi Kerjaya Holland
(1973, 1985, 1996)
mengutarakan empat andaian asas yang menjadi nadi
Holland-Andaian 1
6
Realistik
Investigatif
Artistik
Sosial
Enterprising
Konsevatif
Holland-Andaian 2
Terdapat enam jenis persekitaran pekejaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K). Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ialah RIASEC.
Holland Andaian 3
Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut.
Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.
Andaian 4
Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya.
Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara berkaitan pemilihan keraya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.
Realistik
•Mempunyai kemahiran etletik dan mekanikal. Suka bekerja dengan objek, haiwan, peralatan, tumbuhan dan mesin; secara amnya mengelak aktviti sosial seperti mengajar dan berinteraksi dengan orang lain. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.
Penerangan
•jurutera awam, jurutera keratapi, operator mesin, mekanik kapalterbang, mekanik kereta, juruteknik elektronik, ahli ilmu perkebunan dan tukang kayu.
Kerjaya
•tidak sosial, metarialistik, suka menyendiri, akur, natural, tidak fleksibel, jujur, normal, berhemat, tulin, keras hati, kurang celik akal, keras kepala, praktikal dan tidak melibatkan diri.
Ciri
Investigatif
•Suka mengkaji dan menyelesaikan masalah matematik dan sains. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mengelak aktiviti memimpin, menjual atau mempengaruhi orang lain. Menghargai sains dan mempunyai kemahiran untuk memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual dan meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Penerangan
•doktor perubatan, doktor gigi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains dan antropologis.
Kerjaya
•analitikal, bebas, rasional, berhati-hati, intelektual, menyisihkan diri, kritikal, introspektif, pendiam, kompleks, pesimistik, rendah hati, ingin tahu, jitu dan tidak popular.
Ciri
Artistik
•Mempunyai kebolehan intuisi yang tinggi, sangat artistik dan inovatif. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur dan tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin dan berulang-ulang. Suka berkecimpung dalam aktiviti kreatif seperti berdrama, melukis, menari, mendengar atau menggubah muzik, menulis hasil kreatif; secara amnya mengelak daripada aktiviti berulang dan tersusun.
Penerangan
•penyair, penyajak, pemimpin orkestra, penyanyi konsert, pengubah lagu, pengarang, pelukis perdagangan, pelukis potret, wartawan, pelukis kartun, juruhias dalaman, penghias rumah dan arkitek.
Kerjaya
•rumit, imaginatif, intuitif, tunggang-terbalik, tidak praktikal, tidak akur, emosional, impulsif, tulin, ekspresif, bebas, sensitif, idealistik, introspektif dan terbuka.
Ciri
Sosial•Suka bekerja
dan berinteraksi dengan manusia seperti memberitahu, menolong, melatih, merawat, memperkembang dan membuat kebajikan pada orang lain. Tidak suka menggunakan peralatan, mesin, atau bekerja dengan haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi yang tinggi dengan orang lain. Meletakkan nilai tinggi dalam aktiviti membantu orang lain dan menyelesaikan masalah sosial. Matlamat utama individu adalah membuat kebajikan.
Penerangan
•ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah, pegawai perhubungan awam, pengarah kem belia, pengarah agensi kebajikan, kaunselor kerjaya dan kaunselor peribadi.
Kerjaya
•berpengaruh, suka menolong, bertanggungjawab, bekerjasama, idealistik, sosial, sabar, empati, bijaksana, peramah, baik hati, memahami, pemurah, pemujuk dan mesra.
Ciri
Enterprising
•Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Mengelak aktiviti yang memerlukan pemerhatian teliti dan saintifik serta pemikiran analitik. Menghargai kejayaan dalam politik, perniagaan dan kepimpinan. Melihat diri sebagai bertenaga, bercita-cita tinggi dan mudah bergaul. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
Penerangan
•ceo syarikat, spekulator, aktuaris, eksekutif pengiklanan, eksekutif perniagaan, pengarah syarikat, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank dan jurujual insuran.
Kerjaya
•sukakan pencapaian, bertenaga, suka menggoda, suka mengembara, suka menunjuk, yakin diri, optimistik, mudah bersetuju, mengembirakan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, angkuh, ekstrovert dan suka bercakap.
Ciri
Konventional
•Suka memanipulasi nombor, memfailkan dokumen atau menggunakan mesin secara teratur dan tetap. Melakukan sesuatu secara terperinci, tidak suka aktiviti kabur dan tanpa struktur. Menganggap diri sebagai individu yang akur kepada perintah, mengikut arahan, berperaturan dan memiliki kebolehan perkeranian dan memanipulasi nombor dan memberi nilai yang tinggi kepada pencapaian ekonomi dan perniagaan.
Penerangan
•setiausaha syarikat, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji, operator komputer, penilai harta, jurujual insuran dan kerani insuran.
Kerjaya
•berhati-hati, sukar dilentur, tabah hati, akur, memendam rasa, praktikal teliti, mengikut aturan, bersopan santun, defensif, menurut perintah, cermat, cekap, berstruktur, tidak imaginatif.
Ciri
Contoh item minat-kesukaan
Item YA TIDAK
1. Membuat kerja tangan
2. Membaca buku mengenai komputer
3.Meminati suasana zoo
4.Melawat pameran hiasan dalaman
5.Menghayati keindahan alam
6.Mendengar masalah rakan
7. Melakukan aksi ngeri
8. Menulis sajak
9.Menghias taman
10.Mencuba masakan baru
Inventori Minat dan kerjaya
R I
K A
E S
Contoh item Ujian Aptitud
4. Menerangkan diri saya sepenuhnya
3. Menerangkan sebahagian diri saya
2. Menerangkan sedikit mengenai saya
1. Tidak menerangkan diri saya
1.Muzik sangat penting dalam kehidupan seharian saya
2. Tugasan bernombor mudah untuk saya
3.Saya suka hadir ke majlis sosial
4.Saya sayang haiwan peliharaan
5. Membaca peta adalah mudah bagi saya
6.Saya boleh memainkan alat muzik dengan baik
7.Saya boleh melukis dengan baik