6. mentaksir matematik (cara ptaksiran
TRANSCRIPT
SENARAI SEMAK
• merupakan instrumen pengumpulan maklumat yang berstruktur.• satu senarai deskripsi (bersifat menghurai) dan guru hanya menanda deskripsi yang dianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.• soalan-soalan spesifik dikemukakan dan murid hanya memilih jawapan mengikut pandangan.
SENARAI SEMAK PELAJAR:digunakan oleh pelajar untuk menilai aktiviti yang mereka
sertai pada setiap hari
SENARAI SEMAK GURU/ PENILAI:
menyemak kemahiran-kamahiran yang belum dan telah
diajar.
menilai tingkah laku secara khusus yang ditunjukkan oleh
para pelajar sepanjang pemerhatian bagi mendapat
maklumat.
penilaian lebih pragmatik untuk pengumpulan data bagi
kajian tindakan dan pentaksiran bilik darjah.
Melalui kaedah ini pelajar dan guru akan menilai setiap
bahagian masing-masing.
BIL KANDUNGAN √ / X CATATAN
1. Pra nombor 1. Warna2. Saiz3. Bentuk
2. Mengenal Nombor 1-102.1 Konsep Sifar2.2 Padankan gambar mengikut nombor yang betul.2.2.1 Menulis Nombor2.3 Susun Nombor Mengikut Tertib Menaik2.3.1 Susun Nombor Mengikut Tertib Menolak2.4 Pola Nombor
3. Mengenal Nombor 11-503.1 Menulis nombor mengikut bilangan benda.3.2 Turutan nombor secara menaik.3.3 Turutan nombor secara menurun.
CONTOH SENARAI SEMAK MATEMATIK
INVENTORI MATEMATIK TIDAK FORMAL
• Ujian yang dibina untuk mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah.• item ujian dibuat berdasarkan rujukan sukatan untuk menguji murid.
Langkah-langkah membina inventori tidak formal
1. Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang ingin digunakan untuk menguji murid.
2. Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid.
3. Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian.
4. Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal.
5. Susunkan item-item soalan ujian daripada senang ke susah.
ANALISIS RALAT
• kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya. Murid akan melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya.
• guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja latihan murid. Kenal pasti kemahiran yang diajar.
Tujuan analisis ralat adalah untuk:
- mengenalpasti pola kesalahan atau kesilapan yang dibuat oleh murid dalam kerja latihan mereka,
- memahami mengapa murid membuat kesalahan tersebut, dan
- memberikan arahan yang disasarkan untuk memperbaiki kesalahan tersebut.
Ketika menjalankan analisis ralat, guru matematik memeriksa masalah matematik murid dan mengkategorikan kesalahan.
Berikut adalah senarai kesalahan yang sering dilakukan oleh murid dalam pelbagai bidang matematik (Ashlock, 1986; Tindal & Marston, 1990).
Tambah dan Tolak Kurangnya pemahaman kumpul semula Kekeliruan dalam 1 dan 10 dalam
pembawaan dan penulisan. Lupa membawa 10 dan 100. Lupa untuk kumpul semula ketika menolak
10 dan 100. Kumpul semula ketika ia tidak diperlukan. Operasi yang tidak betul Kurangnya pengetahuan tentang fakta-
fakta nombor asas.
Darab dan Bahagi Lupa untuk bawa dalam pendaraban. Membawa sebelum mendarab. Mengabaikan nilai tempat dalam bahagi. Mencatat jawapan dari kiri ke kanan dalam
pendaraban. Kurangnya pengetahuan tentang fakta-
fakta nombor asas.
Pepecahan Pembatalan yang salah. Kegagalan untuk mengurang kepada
denominator sama terendah (lowest common denominator).
Mengabaikan bakinya. Penukaran yang salah dari nombor campur
kepada pecahan.
Masalah Perkataan Kesulitan dalam membaca . Ketidakmampuan untuk mengaitkan dengan
konteks masalah. Ketidakmampuan untuk memahami bahasa
dan kosa kata dalam masalah. Kesulitan dalam mengenalpasti maklumat
yang relevan dan tidak relevan. Kesulitan dalam mengenalpasti jumlah
langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Bermasalah dalam melakukan operasi matematik (tambah, tolak, darab dan bahagi).
PENYOALAN KLINIKAL
Menurut Kamus Dewan penyoalan ialah perihal atau perbuatan mengemukakan soalan.
Penyoalan klinikal ialah pengemukaan soalan merangkumi secara langsung atau tidak langsung untuk mengumpul maklumat.
Penyoalan terus ialah dengan menyediakan soalan yang ngin ditanyakan.
Manakala penyoalan tidak terus ialah soalan yang dikemukakan secara spontan dan diselit dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan penyoalan klinikal adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai pencapaian murid.
Memperbaiki kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Memperkembangkan potensi dan kemahiran.
Ujian Rujukan Kriteria (URK) Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk
menentukan status seseorang murid dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori:
1. telah menguasai atau 2. belum menguasai.
KONSEP Ujian rujukan yang menentukan peringkat
pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain.
TUJUAN
i. Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan.
ii. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.
CIRI- CIRI
Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran.
Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal.
KANDUNGAN CAKUPAN Tertumpu kepada topik-topik tertentu
yang lebih khusus. Mendalam, banyak soalan bagi setiap
objektif. Contoh ujian :- Ujian pendek, tugasan, latihan, soal
jawab dalam bilik darjah.