bab 4 mentaksir hasil pembelajaran menggunakan ujian esei
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
1/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
63
Dalam Bab 3, kita telah membincangkan dengan terperinci penggunaan ujian
objektif dalam pentaksiran. Dalam bab ini, kita akan memperincikan ujian esei.
Ujian esei adalah suatu teknik yang terkenal untuk mentaksir pembelajaran pelajar
dan digunakan dengan meluas di semua peringkat pendidikan. Ia juga digunakan
dengan meluas bagi mentaksir hasil pembelajaran dalam perniagaan dan
peperiksaan profesional. Soalan esei digunakan kerana ia mencabar pelajar untuk
mencipta responnya sendiri dan bukan sekadar memilih respon. Soalan esei
mempunyai potensi menunjukkan keupayaan pelajar untuk membuat pertimbangan,
mencipta, menganalisa dan mensintesis yang mungkin tidak dapat ditaksir denganberkesan menggunakan ujian objektif.
BBBaaabbb 444:::
MMMEEENNNTTTAAAKKKSSSIIIRRR HHHAAASSSIIILLL PPPEEEMMMBBBEEELLLAAAJJJAAARRRAAANNNMMMEEENNNGGGGGGUUUNNNAAAKKKAAANNN UUUJJJIIIAAANNN EEESSSEEEIII
Di akhir bab ini anda harus boleh:
Mengenal pasti ciri-ciri soalan esei Menerangkan tujuan menggunakan ujian esei Menyenaraikan kelebihan dan batasan soalan esei Mengenal pasti hasil pembelajaran yang sesuai ditaksir menggunakan soalan esei Membina soalan esei yang mentaksir objektif pembelajaran yang diberi dengan
berkesan
BAB SEPINTAS LALU
4.0Pengenalan4.1 Apa itu soalan esei?
4.2 Jenis-jenis esei
4.3 Kenapa soalan esei digunakan?
4.4 Memutuskan samada untuk
menggunakan soalan esei atau soalan
objektif4.5 Batasan soalan esei
4.6 Beberapa salah anggap tentang esei
4.7 Garispanduan membina soalan esei
4.8 Kata kerja yang biasa digunakan
dalam soalan esei
4.9 Menanda dan memberi markah soalan
esei
4.10 Ringkasan
Istilah penting
Bacaan
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Memutuskan apa yang akan
ditaksir
Bab 3: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Objectif
Bab 4: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Ujian Karangan
Bab 5: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Projek dan AmaliBab 6: Mentaksir Hasil Pembelajaran
Menggunakan Pencerapan, Ujian
Lisan, dan Portfolio
Bab 7: Kebolehpercayaan dan Kesahan
Kaedah Pentaksiran
Bab 8: Analisis Item
Bab 9: Analisis Pemarkahan Ujian dan
Melaporkan Pentaksiran Pelajar
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
2/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
64
4.1 APA ITU SOALAN ESEI?
Menurut Stalnaker (1951), sebuah esei
adalah sebuah item ujian yang memerlukansuatu respon dikomposisi oleh pengambil
ujian, selalunya dalam bentuk satu atau lebih
ayat yang bersifat tiada satu respon atau corak
respon boleh disenaraikan sebagai betul, dan
ketepatan dan mutunya boleh
dipertimbangkan secara subjektif sahaja oleh
seorang yang mahir atau tahu dalam mata
pelajaran (diterjemah). Walaupun takrif telah
diberi lama dahulu, ianya merupakan suatu
takrifan yang lengkap. Dengan menghurai
takrif ini, Reiner, Bothell, Sudweeks danWood (2002), berhujah bahawa untuk menjadi
sebuah soalan esei, ia harus memenuhi EMPAT kriteria:
1. Pelajar harus mengkomposisibukannya memilih responnya atau jawabannya.Dalam soalan esei, pelajar harus membina jawaban mereka sendiri dan
memutuskan apa bahan harus dimasukkan dalam responnya. Soalan ujian
objektif (soalan aneka pilihan, betul-salah, memadankan) memerlukan pelajar
memilih jawaban daripada suatu senarai jawaban berkemungkinan.
2. Respon atau jawaban yang pelajar berikan akan terdir i daripada satu ataulebih ayat. Pelajar tidak respon dengan ya atau tidak tetapi sebaliknya
harus merespon dalam bentuk ayat. Mengikut teori panjangnya jawaban tiada
had. Walau bagaimanapun, selalunya panjangnya jawaban ditentukan oleh
soalan dan had waktu yang diperuntukkan untuk soalan tersebut.
3. Tiada sebarang respon atau jawaban yang betul. Dalam erti kata lain, soalanharus dikomposisi agar ia tidak meminta satu sahaja respon yang betul.
Sebagai contoh, soalan, Siapakah yang membunuh J.W.W. Birch?
mentaksir pengingatan kembali secara verbatim atau daya hafalan dan bukan
keupayaan berfikir. Dengan itu, ia tidak boleh dikira sebagai soalan esei. Anda
boleh mengubah soalan itu menjadi, Siapakah membunuh J.W.W. Birch danjelaskan faktor yang membawa kepada pembunuhan tersebut. Sekarang ia
sudahpun menjadi soalan esei yang mentaksir keupayaan pelajar berfikir dan
memberi sebab pembunuhan, disokong oleh bukti yang berkenaan.
4. Ketepatan dan mutu respon atau jawaban esei mesti dipertimbang secarasubjekti f oleh pakardalam mata pelajaran berkenaan: Ciri-ciri soalan esei
sebegitu sehinggakan hanya pakar dalam mata pelajaran boleh
mempertimbangkan sejauh mana respon (atau jawaban) esei itu lengkap, tepat
dan relevan. Soalan esei yang baik menggalak pelajar berfikir dengan
mendalam tentang jawaban mereka yang hanya boleh dipertimbang oleh yang
mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkenaan. Dengan itu,kemahiran kandungan amat penting untuk penulis dan penggred soalan esei.
Gambarajah 4.1 Pelajar mengkomposisi
jawaban yang terdiri daripada satu atau
lebih ayat
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
3/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
65
Contohnya, soalan Senaraikan tiga sebab pembukaan Pulau Pinang oleh
British dalam tahun 1789 memerlukan pelajar mengingat kembali suatu set
senarai item. Orang yang menanda atau menggred esei tidak perlu pakar dalam
bidang tersebut untuk mengetahui samada pelajar telah menyenaraikan tiga
sebab tersebut dengan betul asalkan senarai tiga sebab itu ada sebagai kunci
jawaban. Bagi soalan, Sejauh manakah perdagangan merupakan sebab
utama British membuka Pulau Pinang dalam tahun 1789?, seorang pakar
bidang diperlukan untuk menggred atau menanda jawaban soalan esei itu.
4.2 JENIS ESEI
Umumnya, terdapat dua jenis esei; esei kerja kursus dan esei peperiksaan yang
digunakan oleh institusi-institusi pendidikan:
APA ITU ESEI KERJA KURSUS?Esei kerja kursus mungkin terdiri daripada yang berikut:
Esei Gambaran: Ini merupakan ringkasan atau gambaran sesuatu topik(mungkin, lebih kurang 500 patah perkataan). Ia mentaksir keupayaan
menyusun bahan, menghubungkan hujah dengan koheren, memilih maklumat
yang relevan daripada suatu bidang kajian yang luas.
Esei Standard: Ini merupakan kertas penuh di antara 1000 sehingga 2500patah perkataan panjangnya. Ia mentaksir keupayaan menerangkan,
menganalisa hubungan di antara idea dan peristiwa, memberi penerangan yang
koheren tentang suatu topik, memilih dan menimbangkan bukti sebagai
menyokong sesuatu hujah, mendiagnosis dan mencadangkan penyelesaian
kepada masalah, menyelesai masalah yang biasa dijumpai, mengekspresi
pertimbangan kritikal dan membuat perbandingan.
Esei Panjang: Ini merupakan kertas penuh di antara 2500 sehingga 5000patah perkataan panjangnya. Ia mentaksir keupayaan menyelesaikan masalah
yang kurang biasa dijumpai dan menganalisa atau menilai dengan kritikal
bahan yang kurang biasa dijumpai. Dengan itu, memerlukan persediaan atau
kajian yang lebih meluas.
Esei kerja kursus bertujuan mentaksir keupayaan pelajar membuat kajian
terperinci dan teliti tentang suatu topik, dan mengurus bahan yang banyak. Ia menilaikeupayaan pelajar menjawab dengan panjang (Berikan mereka cukup tali..)
tentang suatu topik terpilih. Kita ingin menumpukan kepada hujah yang dibuat oleh
pelajar, bagaimana dia menyampaikannya, cara dia menyusun eseinya, nilai yang dia
letakkan kepada pelbagai aspek topik yang diberi. Esei kerja kursus merupakan
respon bertulis dan pelajar dikehendaki, selalunya, menggunakan ayat sendiri dan
menyampaikan idea mereka dengan jelas dan meyakinkan.
APA ITU ESEI PEPERIKSAAN?Ini merupakan esei pendek yang ditulis sebagai sebahagian daripada
peperiksaan formal [Sudah tentu anda pernah mengalami format pentaksiran ini!].
Contohnya, dalam sebuah peperiksaan selama 2-3 jam, pelajar mungkin dikehendakimenjawab tiga soalan esei dengan peruntukan masa 35-45 minit setiap soalan. Secara
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
4/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
66
amalannya, terdapat kepelbagaian dalam bilangan soalan dan jangka waktu
peperiksaan. Dalam sesetengah situasi terdapat pilihan soalan manakala dalam situasi
lain, tiada pilihan diberi. Sebab mengapa pilihan dikawal adalah untuk memastikan
agar pelajar diperiksa tentang cakupan bidang yang sesuai [Dalam bab ini kita akan
tumpukan kepada Esei Peperiksaan; i.e. penggunaan soalan esei dalam
peperiksaan, sepertimana biasa di dalam setting peperiksaan buku tertutup. Kita
akan lanjutkan perbincangan tentang Esei Kerja Kursus dalam Bab 5 di bawah tajuk
Projek].
4.3 KENAPA SOALAN ESEI DIGUNAKAN?
Soalan esei digunakan untuk mentaksir pembelajaran kerana sebab-sebab yang
berikut:
Soalan esei memberi cara yang berkesan untukmentaksir hasil pembelajarankompleks. Ia membolehkan seseorang
mentaksir keupayaan pelajar mensintesis
idea, menyusun, dan mengekspresi idea
dan menilai bernasnya suatu idea.
Keupayaan ini tidak boleh ditaksir dengan
berkesan menggunakan item ujian kertas-
dan-pensil yang lain.
Soalan esei membenarkan pelajarmenunjukkan pertimbangan mereka.
Soalan esei bukan hanya membenarkanpelajar mempersembahkan jawaban
kepada soalan tetapi juga menerangkan
bagaimana mereka sampai kepada
rumusan mereka. Ini membolehkan guru
mengetahui cara pelajar melihat dan
menyelesai masalah. Dengan kefahaman
itu, guru boleh mengenal pasti masalah
yang mungkin dihadapi pelajar dalam
proses pertimbangannya dan membantu
mereka mengatasi masalah tersebut.
Gambarajah 4.1 Proses
pertimbangan seorang
pelajar dicerminkan
dalam awaban mereka.
Harga ditentukan oleh
penawaran dan
permintaan. Apabila
terdapat kekurangan
.
4.1 AKTIVITI
Pilih beberapa soalan esei yang digunakan sebagai soalan
peperiksaan dalam bidang anda. Sejauh manakah soalan
tersebut memenuhi kriteria sebuah soalan esei seperti yang
ditakrifkan oleh Stalnaker (1951) dan diperluaskan oleh Reiner,
Bothell, Sudweeks dan Wood (2002).
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
5/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
67
4.2 AKTIVITIBandingkan dua soalan esei berikut dan putuskan yang mana
mentaksir kecekapan berfikir tahap tinggi.
Apakah kelebihan dan kelemahan utama menggunakantenaga nuklear suria?
Dengan kelebihan dan kelemahan yang diketahui,haruskah kerajaan membelanjakan wang membina tenaga
nuklear?
Soalan esei menyediakan pengalaman autentik. Membina respon adalahlebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada memilih respon (seperti
dalam kes ujian objektif). Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
adalah kemahiran kehidupan yang penting yang memerlukan keupayaan
membina penyelesaian atau keputusan dan bukan memilih penyelesaian atau
keputusan daripada suatu set kemungkinan yang terhad. Di dalam kehidupan
bekerja sebenar tidak mungkin seorang majikan memberikan suatu senarai
empat pilihan untuk dipilih oleh pekerjanya apabila diminta menyelesai
suatu masalah! Selalunya, pekerja itu diperlukan untuk membina suatu respon.
Maka, item esei adalah lebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada
soalan ujian objektif kerana dalam kehidupan sebenar pelajar selalunya
membina respon, bukan memilihnya.
4.4 MEMUTUSKAN SAMADA MENGGUNAKAN SOALAN ESEI
ATAU SOALAN OBJEKTIF
Keputusan samada menggunakan soalan
esei atau soalan objektif dalam peperiksaan boleh
menjadi masalah kepada sesetengah pendidik. Di
dalam situasi tertentu, seseorang mungkin terpaksa
kembali kepada soal objektif pentaksiran. Apakah
jenis hasil pembelajaran yang anda ingin
mentaksir? Soalan esei secara umumnya sesuaiuntuk tujuan berikut:
Untuk mentaksir kefahaman pelajartentang kandungan mata pelajaran
Untuk mentsaksir kemahiranberfikir yang memerlukan lebih daripada mengingat kembali maklumat
secara verbatim dengan mencabar pelajar membuat imbangan
menggunakan pengetahuannya.
Walau bagaimanapun, kefahaman pelajar tentang kandungan mata pelajaran
dan berbagai kemahiran berfikir peringkat tinggi yang lain boleh juga ditaksir
menggunakan ujian objektif. Apabila terdapat keraguan samada patut digunakan
soalan objektif atau soalan esei, ingatlah bahawa soalan esei digunakan untukmentaksir keupayaan pelajarmembina dan bukan memilihjawaban.
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
6/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
68
4.3 AKTIVITI
a) Adakah anda bersetuju dengan sebab-sebab menggunakan
ujian esei dalam bidang anda?
b)Bandingkan, terangkan, susun, aplikasikan, nyatakan,
klasifikasikan, reka bentuk, gambarkan, jelaskan,
namakan, sudahkan, pilih, sokong.
Tentukan kata kerja yang mana dalam senarai di atas yang
paling sesuai ditaksir menggunakan soalan esei atau soalan
objektifatau kedua-duanya.
Untuk menentukan jenis ujian (esei atau objektif) untuk digunakan, kajilah
kata-kata kerja yang menerangkan keupayaan yang ingin ditaksir [Kita telah
membincangkan kata-kata kerja ini dalam Bab 2]. Kata-kata kerja ini mengindikasi
apa pelajar dikehendaki membuat dan bagaimana mereka harus respon. Kata-kata
kerja ini bertugas menyalurkan dan memfokus respon pelajar kepada perlakuan
tugasan yang khusus. Sesetengah kata kerja jelas mengindikasi bahawa pelajar perlu
membina dan bukan memilih jawaban mereka (e.g. menerangkan). Kata-kata kerja
yang lain mengindikasi bahawa hasil pembelajaran yang diinginkan berfokus kepada
keupayaan pelajar mengingat kembali maklumat (e.g. menyenarai). Kemungkinan,
mengingat kembali lebih baik ditaksir menggunakan item objektif. Kata kerja yang
menguji kefahaman kandungan mata pelajaran atau pemikiran tahap tinggi bentuk lain
tanpa mengkhususkan samada pelajar harus membina atau memilih respon (e.g.
menginterpretasi) boleh ditaksir samada menggunakan soalan esei atau item objektif.
4.5 APAKAH BATASAN SOALAN ESEI?
Sementara soalan esei terkenal sebab ia membolehkan pentaksiran hasil pembelajaran
tahap tinggi, format penilaian pelajar ini di dalam peperiksaan mempunyai beberapa
batasan yang harus diingat.
Salah satu tujuan mentaksir adalah untuk mengukur penguasaan pelajartentang mata pelajaran. Dalam kebanyakan kes adalah mustahil untuk
mentaksir penguasaan pelajar tentang seluruh domain mata pelajaran
dengan hanya beberapa soalan. Disebabkan masa yang diperlukan pelajar
memberi respon kepada soalan esei dan untuk guru menanda respon pelajar,
bilangan soalan esei yang boleh dimasukkan dalam sebuah ujian adalah
terhad. Dengan itu, menggunakan soalan esei akan menghadkan sejauh mana
ujian mewakili domain mata pelajaran, dan seterusnya mengurangkan
keesahan kandungan ujian tersebut. Sebagai contoh, sebuah ujian yang
mengandungi 80 soalan aneka pilihan berkemungkinan meliputi lebih domain
kandungan daripada sebuah ujian yang mengandungi 3-4 soalan esei.
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
7/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
69
Soalan esei mempunyai batasan dar ipadasegi kebolehpercayaan. Sementara soalan
esei member pelajar kewenangan
memformulasi respon mereka,
kebolehpercayaan menanda atau menggred
boleh dipersoalkan. Penanda atau
penggred yang berlainan mungkin berbeza
dalam menanda atau menggred respon
yang sama (kebolehpercayaan antara penanda) dan seorang penanda mungkin
berbeza dengan signifikan dalam penandaan atau penggredan sesebuah soalan,
bergantung kepada berbagai faktor (kebolehpercayaan intrapenanda). Dengan
itu, jawaban esei yang sama mutunya mungkin diberi markah yang ketara
berbeza. Ciri-ciri pelajar, panjang dan kejelasan respon, dan kecenderungan
peribadi penanda atau penggred tentang kandungan dan struktur respon
merupakan faktor yang mungkin mengurangkan kebolehpercayaan penandaan
atau penggredan.
Soalan esei memerlukan l ebih banyak masa untuk ditanda. Guru perlumelaburkan banyak masa membaca dan menanda respon pelajar kepada soalan
esei. Sebaliknya hanya sedikit masa diperlukan oleh guru menanda item ujian
objektif seperti item soalan aneka pilihan, soalan memadankan, dan
sebagainya.
Seperti yang disarankan sebelum ini, salah satu kekuatan soalan esei adalah bahawa ia
menyediakan pelajar dengan pengalaman autentik kerana pelajar dicabar untuk
membina dan bukan memilih respon. Sejauh manakah masa yang singkat yang
diberikan memberi kesan kepada respon pelajar? Pelajar diberi masa yang lebihsingkat untuk membina respon mereka dan ia tidak membenarkan pelajar memberi
tumpuan yang secukupnya kepada proses kompleks menyusun, menulis, dan
mengimbas respon mereka. Hakikatnya, semasa merespon kepada soalan esei, pelajar
menggunakan proses menulis yang agak berlainan daripada prosesbiasa yangmenghasilkan penulisan cemerlang (menderaf, mengimbas, menyunting, menilai, dan
sebagainya). Tambahan lagi pelajar selalunya tidak mempunyai sumber untuk
membantu mereka menulis semasa menjawab soalan esei (kamus, thesaurus, dan
sebagainya). Keterbatasan ini menidakkan apa juga kelebihan yang ada pada
merespon kepada soalan esei kerana ia lebih autentik daripada respon kepada item
aneka pilihan.
4.4 ACTIVITY
a) Do you agree with the weaknesses of the essay
examinations. with regards to your subject areas?
b) Identify other weaknesses of the essay as an examination
test in your subject area.
- Kebolehpercayaan
antara penanda rendah
- Jumlah kandungan yang
ditaksir sedikit- Mengambil masa
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
8/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
70
4.6 BEBERAPA SALAH ANGGAP TENTANG SOALAN ESEI
DALAM PEPERIKSAAN
Di samping batasan soalan esei, terdapat juga salah anggap tentang format pentaksiranini:
Secara lumrahnya soalan esei mentaksir pemikiran peringkat tinggi.Samada suatu item esei mentaksir pemikiran peringkat tinggi bergantung
kepada rekabentuk soalan dan bagaimana respon pelajar ditanda. Sebuah
soalan esei tidak secara otomatik mentaksir kemahiran berfikir peringkat
tinggi. Soalan esei boleh juga ditulis untuk hanya mentaksir kebolehan
mengingat kembali fakta. Dan juga, Sekiranya seorang guru mereka bentuk
soalan esei bertujuan mentaksir pemikiran peringkat tinggi tetapi kemudiannya
menanda respon pelajar dengan memberi ganjaran kepada sekadar keupayaan
mengingat kembali, guru itu tidak mentaksir pemikiran tahap tinggi.
Soalan esei mudah dibina. Soalan esei adalah lebih mudah dibina berbandingitem aneka pilihan kerana guru tidak perlu membuat pengganggu yang
berkesan. Namun begitu, itu tidak bermakna soalan esei yang baik mudah
dibina. Ia mungkin lebih mudah dibina secara perbandigan, tetapi ia
memerlukan tenaga dan masa. Soalan esei yang dibina dengan terburu-buru
tanpa pertimbangan yang mendalam dan semakan selalunya berfungsi dengan
lemah.
Penggunaan soalan esei menghilangkan masalah pelajar meneka. Salahsatu kekurangan item ujian objektif adalah bahawa pelajar kadang-kadangmendapat jawaban betul dengan meneka pilihan manakah yang diberi itu
betul. Masalah ini tidak timbul dalam soalan esei kerana pelajar perlu
membina jawaban dan tidak mengenal pastinya daripada satu set pilihan yang
diberi. Pada masa yang sama, penggunaan soalan esei membawa kepada
penipuan, suatu jenis penekaan. Ada pelajar yang pandai menggunakan
kaedah menipu (pernyataan samar, padding, menggunakan nama, dan lain-
lain) bagi menambah kekuatan kepada jawaban yang pada asalnya lemah.
Dengan itu, penggunaan soalan esei mengubah cara pelajar meneka, tetapi ia
tidak menghilangkannya.
Soalan esei memberi manafaat kepada semua dengan meletakkanpenekanan kepada komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakankemahiran dalam kehidupan sebenar yang diperlukan untuk pelaksanaan
berbagai pekerjaan dengan berkesan dan berjaya. Soalan esei mencabar pelajar
menyusun dan mengekspresi sesuatu penerangan tentang bidang tertentu dan
penyelesaiannya, serta memberi mereka peluang berlatih kemahiran
komunikasi bertulis yang dapat membantu mereka dalam melaksanakan
tanggungjawab dalam pekerjaan mereka pada masa hadapan. Pada masa yang
sama, fokus kepada kemahiran komunikasi bertulis merupakan kekangan yang
serius kepada pelajar yang mempunyai kemahiran menulis yang terhad tetapi
tahu tentang mata pelajaran yang diajar. Masalah ini boleh menyebabkan
pelajar yang berpengetahuan dalam mata pelajaran boleh mendapat markah
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
9/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
71
yang rendah sebab mereka tidak berkeupayaan menulis dengan baik,
sehinggakan kesahan markah ujian akan berkurangan.
Soalan esei menggalakkan pelajar membuat persediaan dengan lebihterperinci. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih teliti dalam
membuat persediaan untuk soalan esei berbanding dengan persediaan
menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif seperti soalan aneka pilihan.
Walau bagaimanapun, setelah membuat tinjauan pustaka dan kajian yang
meluas tentang topik ini, Crook (1988) merumuskan bahawa pelajar membuat
persediaan lebih berdasarkan jangkaan guru (pemikiran tahap tinggi serta
keluasan dan kedalaman kandungan) berbanding jenis soalan ujian yang
mereka jangka akan diberi.
4.7 GARISPANDUAN MEMBINA SOALAN ESEI
Semasa membina soalan esei, samada untuk pentaksiran Kerja Kursus ataupun
Peperiksaan, perkara yang paling penting adalah untukMEMASTIKAN AGARPELAJAR JELAS TENTANG APA YANG MEREKA DIKEHENDAKI
MEMBUAT SELEPAS MEREKA MEMBACA SOALAN ATAU MASALAHYANG DIPERSEMBAHKAN.
Berikut adalah garispanduan terperinci yang boleh membantu anda memperbaiki
soalan esei sedia ada dan membina soalan yang baru.
1. Takrifkan dengan Jelas Hasil Pembelajaran yang Dikehendaki untukDitaksir oleh Soalan itu.
Mengetahui hasil pembelajaran yang dikehendaki adalah penting untuk mencipta
soalan esei. Tanpa menjelaskan hasil pembelajaran yang diharapkan, hasil
pemelajaran yang ditaksir mungkin sejenis kemahiran, keupayaan, atau ciri-ciri yangtidak dijangka oleh guru. Dengan memperincikan hasil pembelajaran guru dapat
menentukan perlakuan yang pelajar harus boleh tunjukkan hasil daripada apa yang
mereka pelajari. Hasil pembelajaran yang diharapkan selalunya bermula daripada kata
kerja yang menerangkan perlakuan yang dapat dilihat, aksi atau hasil yang pelajar
harus tunjukkan.Fokus adalah kepada apa yang pelajar harus boleh buat dan bukan
kepada proses pengajaran atau pembelajaran. Mengimbas suatu senarai kata kerja
dapat membantu memperjelaskan keupayaan yang pelajar harus tunjukkan dan dan
mentakrif dengan jelas hasil pembelajaran yang akan ditaksir.
4.5 AKTIVITI
a) Sejauh manakah anda bersetuju bahawa salah anggap yang
terdapat tentang soalan esei?b) Kenal pasti salah anggap atau mitos yang biasa terdapat
tentang soalan esei.
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
10/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
72
2. Elakkan Menggunakan Soalan Esei untuk Hasil Pembelajaran yangLebih Baik Ditaksir menggunakan Jenis Pentaksiran yang Lain.
Sesetengah jenis hasil pembelajaran dapat ditaksir dengan lebih berkesan dan lebih
berkebolehpercayaan menggunakan ujian objektif daripada soalan esei. Oleh kerana
soalan esei mensampel kandungan mata pelajaran yang tehad, lebih mengambil masa
untuk ditanda, dan lebih subjektif dalam pemarkahannya, penggunaan soalan eseiharus disimpan untuk hasil pembelajaran yang tidak boleh ditaksir dengan cara lain.
3. Kejelasan tentang Tugasan dan Cakupan.Soalan esei mempunyai dua element yang boleh dipelbagaikansejauhmana tugasan
distruktur dan sejauhmana cakupan kandungan difokuskan. Masih terdapat kekeliruan
dalam kalangan pendidik tentang yang mana lebih baik, samada menstruktur tugasan
yang dikehendaki dan lebih fokus kepada kandungan, atau kurangkan struktur dan
kurangkan fokus. Apabila tugasan lebih berstruktur dan cakupan kandungan lebih
berfokus, dua masalah dapat dikurangkan:
masalah respon pelajar mengandungi idea yang tidak perlu untuk ditaksir, masalah dengan subjektiviti semasa menanda jawaban atau respon pelajar.
Walaupun lebihnya struktur dapat membantu mengurangkan masalah di atas,
berapa banyak dan struktur serta fokus jenis apakah yang harus diberi bergantung
kepada hasil pembelajaran yang ingin ditaksir dengan soalan esei tersebut. Proses
menulis soalan esei yang berkesan melibatkan mentakrif tugasan dan menghadkan
cakupan kandungan agar dapat membentuk soalan yang berkesan, yang selaras
dengan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir dengannya (lihat Gambarajah 4.1).
Contoh:
Hasil Pembelajaran: Boleh membezakan tabiat reproduktif burung dan amfibia
Soalan esei: Apakah perbazaan dalam ciri-ciri bertelur di antara burung danamfibia?
Nota: Hasil pembelajaran ini lebih baik ditaksir menggunakan ujian objektif
Item Objektif:Yang mana perbezaan di antara burung dan amfibia yang betul?
Burung Amfibia
A Mengeluarkan beberapa bijitelur sekaligus
Mengeluarkan banyak telursekaligus
B Bertelur Melahirkan anak
C Tidak mengeram telur Mengeram telur
D Bertelur di dalam sarang Bertelur di atas darat
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
11/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
73
Gambarajah 4.1 Keselarasan di antara Kandungan, Pembelajaran,
Aktiviti Pembelajaran dan Tugasan Pentaksiran[Sumber: John A. Phillips, Ansary Ahmed & Kuldip Kaur , 2005.Instructional DesignPrinciples in the Development of an E-Learning Graduate Course. Paper presented
at The International Conference in E-Learning. Bangkok, Thailand.
KANDUNGAN
TUGASAN
PENTAKSIRAN
HASIL
PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PEMBELAJARAN
REKABENTUK
INTERAKSI
REKABENTUK
MAKLUMAT
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
12/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
74
Keselarian ini dianggap sangat perlu untuk mendapatkan respon pelajar yang
boleh diterima sebagai bukti bahawa pelajar telah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan. Dengan itu, soalan esei mesti ditulis dengan cermat dan teliti agar ia
menghasilkan respon pelajar yang memberi guru bukti yang mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan tentang pencapaian pelajar akan hasil pembelajaran. Kegagalan
meletakkan had yang secukupnya dan berkesan pada jawaban pelajaran kepada soalan
esei boleh membawa kepada pelajar meletakkan sempadan mereka sendiri untukjawaban mereka. Ini bermakna pelajar mungkin member jawaban di luar darpada
Contoh:
MEMPERBAIKI KEJELASAN TUGASAN DAN CAKUPAN SOALAN
ESEI
Soalan Esei yang Lemah:
Nilaikan impak Revolusi Industri ke atas England.
Kata kerjanya adalah menilai yang merupakan tugasan yang pelajar harus
buat.Cakupan soalan adalah impak Revolusi Industri ke atas England. Hanya
sedikit panduan diberi kepada pelajar tentang tugasan menilai dan tentang cakupan
tugasan tersebut. Seorang pelajar yang membaca soalan tersebut mungkin
bertanya:
Impak terhadap apa di England? Ekonominya? Perdagangan Luar?Suatu kumpulan tertentu? [Cakupan tidak jelas].
Nilai berdasarkan criteria apa? Kepentingan revolutsi? Mutukehidupan di England? Perkembangan dalam teknologi? [Tugasan
tidak jelas].
Khususnya apa yang anda ingin saya buat dalam penilaian saya?[Tugasan tidak jelas]
Soalan Esei yang Diperbaiki:
Nilaikan impak Revolusi Industri ke atas Mutu Kehidupan Berkeluarga
di England. Jelaskan samada keluarga boleh memberi pendidikan
kepada anak-anak mereka.
Soalan yang diperbaiki menghad cakupan tugasan kepada pelajar dengan
memperinci unit masyarakat di England yang mendapat kesan daripada Revolusi
Industri (keluarga). Tugasan itu juga dihadkan dengan member pelajar suatu set
kriteria bagi menilai impak Revolusi Industri (samada keluarga boleh member
pendidikan kepada anak-anak mereka. Pelajar lebih jelas tentang apa yang perlu
dibuat untuk menilai. Mereka perlu jelaskan bagaimana keluarga telah berubah
dan menimbangkan samada perubahan adalah pembaikan kepada anak-anak
mereka.
[sumber: adaptasi: C.M. Reiner, T.W. Bothell, R.R. Sudweeks & B. WoodPreparing Effective Essay Questions. 2002 New Forums Press]
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
13/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
75
tudasan yang diinginkan ataupun pelajar menangani hanya sebahagian daripada
tugasan tersebut. Sekiranya ini berlaku, maka guru akan mendapat maklumat yang
tidak berkebolehpercayaan dan berkeesahan tentang pencapaian pelajar akan hasil
pembelajaran yang diinginkan. Dan juga, tidak ada asas untuk memeriksa atau
menggred jawaban pelajar. Maka, adalah tanggunggjawab guru untuk menulis soalan
esei yang ia member pelajar sempadan yang jelas untuk jawaban dan respon mereka.
4. Soalan yang AdilSalah satu cabaran yang dihadapi guru dalam membina soalan esei ialah
disebabkan pengalaman mereka yang luas dalam mata pelajaran sehingga mereka
mungkin terpanggil mengkehendaki kepakaran kandungan yang melampau daripada
pelajar mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan agar pelajar mereka boleh
dijangka mempunyai bahan yang mencukupi untuk menjawab soalan. (Stalnaker,
1952, p.52, diterjemah). Di samping itu, guru harus bertanya diri mereka kalau pelajar
boleh dijangka melaksanakan proses berfikir yang diharapkan dalam tugasan tersebut.
Untuk pentaksiran dikira adil, guru perlu memberi pelajar mereka arahan dan latihan
yang secukupnya dalam mata pelajaran dan juga proses berfikir yang akan dinilai.
Satu lagi elemen yang penting ialah mengelakkan menggunakan soalan yangtidak khusus. Sebuah soalan menjadi tidak khusus apabila ia tidak berstructur
sehinggakan pelajar boleh mentakrif semula masalah dan fokus soalan tersebut, atau
beberapa aspek soalan yang mereka sudah biasa di mana pakar bidang tidak sehaluan
tentang jawaban yang lebih tepat. Salah satu cara mengelakkan soalan yang tidak jelas
ialah dengan mengelakkan kosa kata yang ambiguous. Contohnya, guru harus
mengelakkan kata kerja membincang dalam soalan esei. Kata kerja ini terlalu luas
dan samar. Tambahan pula, guru harus juga mengelakkan memasukkan kosa kata
yang terlalu terkehadapan untuk pelajar.
5. Specify the approximate time limit and marks allotted for each question
Menentukan anggaran had masa dapat membantu pelajar memperuntukkan masauntuk menjawab beberapa soalan esei. Tanpa panduan tersebut pelajar mungkin
merasa hilang arah tentang berapa banyak masa untuk digunakan untuk setiap soalan.
Semasa menentukan panduan untuk jumlah waktu yang harus digunakan untuk setiap
soalan, sentiasa ambil kira pelajar lembam dan pelajar kurang upaya. Juga pastikan
bahawa pelajar boleh dijangka memberi jawaban yang munasabah dalam masa yang
diberi dan/atau yang dicadangkan. Sama juga keadaannya, nyatakan markah yang
diperuntukkan untuk setiap soalan agar pelajar boleh memutuskan banyak mana
mereka harus tulis untuk setiap soalan.
SEMAK KENDIRI 4.1
a) Bilakah anda akan menggunakan item objektif dan bukan itemsoalan esei untuk mentaksir pelajar?
b) Apakah perbezaan di antara tugasan dan cakupan soalanesei?
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
14/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
76
6. Gunakan beberapa soalan esei pendek dan bukan satu soalan panjang.Hanya beberapa soalan esei yang terhad boleh dimuatkan dalam suatu ujian
disebabkan masa yang diambil untuk pelajar merespon kepadanya dan masa yang
diambil oleh guru untuk menggred respon pelajar. Ini menimbulkan cabaran berkaitan
reka bentuk soalan esei yang mempunyai keesahan. Soalan esei yang pendek lebih
sesuai mentaksir kedalaman pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran manakala
soalan esei panjang lebih sesuai mentaksir keluasan pembelajaran pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran. Dengan itu, ada buruk baiknya menggunakan beberapa soalan
esei pendek atau satu soalan esei yang panjang. Fokus kepada pentaksiran kedalaman
pembelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran menghadkan pentaksiran keluasan
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran tersebut dan fokus kepada keluasan
pembelajaran pelajar dalam sesuatu mata pelajaranmenghadkan pentaksiran
kedalaman pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Semasa memilih di
antara menggunakan beberapa soalan esei pendek atau satu soalan yang panjang,
sentiasa ingat bahawa esei pendek lebih mudah diperiksa berbanding soalan esei yangpanjang.
7. Elakkan Menggunakan Soalan PilihanPelajar tidak harus diberi peluang memilih satu soalan esei untuk dijawab daripada
dua atau lebih pilihan soalan. Penggunaan soalan pilihan harus dielakkan oleh kerana
sebab-sebab berikut:
Pelajar mungkin membuang masa memilih soalan.
Sesetengah soalan berkemungkinan lebih sukar dan mungkin
menyukarkan perbandingan petaksiran keupayaan pelajar.
Isu penggunaan soalan pilihan boleh diperdebatkan. Ia selalu diamalkan, khususnya
dalam pengajian tinggi dan pelajar selalu meminta diberi pilihan soalan. Amalan inidapat diterima sekiranya ia boleh memastikan bahawa soalan-soalan yang diberi
mempunyai tahap kesukaran yang sama dan tugasan serta cakupan yang diperlukan
oleh soalan-soalan tersebut adalah sama.
SEMAK KENDIRI 4.2
a) Kenapa anda harus menentukan masa untuk diperuntukkanuntuk setiap soalan?
b) b) Kenapa anda harus mengelakkan menggunakan soalanc) pilihan?
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
15/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
77
Memperbaiki Soalan Esei Melalui Imbasan dan Kaji Semula
Langkah-langkah berikut boleh membantu memperbaiki item eseisebelum
danselepasanda menjalankannya kepada pelajar anda.
IMBASAN (sebelum member soalan esei kepada pelajar)
Ramalkan respon pelajar.Cuba merespon soalan tersebut daripada sudut pandang seorang pelajar
biasa. Nilaikan samada pelajar mempunyai pengetahuan kandungan dan
kemahiran yang diperlukan untuk merespon kepada soalan dengan
munasabah. Di dalam mencari kelemahan soalan esei, baikinya sebelum
anda member kertas soalan kepada pelajar.
Tulis model jawaban.Sebelum menggunakan soalan, tuliskan model jawaban atau sekurang-
kurangnya sebuah garis kasar hujah-hujah utama yang harus dimasukkan
dalam jawaban. Menulis model jawaban membenarkan refleksi tentang
kejelasan soalan esei. Tambahan lagi, model jawaban berguna sebagai asaspenggredan respon pelajar. Apabila model jawaban telah ditulis,
bandingkannya dengan soalan esei untuk melihat keselarasannya dengan
hasil pembelajaran yang diinginkan dan buat perubahan yang diperlukan
untuk memastikan bahawa hasil pembelajaran, soalan esei, dan model
jawaban selaras di antara satu sama lain.
Minta seorang rakan sekerja yang berpengetahuan mengimbas denganterperinci soalan esei, model jawaban, dan hasil pembelajaran yang
diingini untuk melihat keselarasan.
Sebelum menggunakan soalan esei dalam sebuah ujian, minta seorang yang
berpengetahuan tentang mata pelajaran tersebut untuk mengimbas dengan
terperinci soalan esei, model jawaban, dan hasil pembelajaran yang
diinginkan untuk melihat sejauhmana ketiga-tiganya selaras di antara saru
sama lain.
KAJI SEMULA (selepas menerima respon pelajar)
Kaji semula respon pelajar kepada soalan esei.Selepas pelajar menyelesaikan soalan esei, kaji semula semua jawaban
yang diberi dan cara pelajar telah menginterpretasi soalan. Buat pembaikan
berdasarkan dapatan tersebut. Menulis soalan esei yang baik adalah suatu
proses yang memerlukan masa dan latihan. Dengan mengkaji respon
pelajar dengan terperinci akan membantu menilai kefahaman pelajar
tentang soalan serta keberkesanan soalan dalam mentaksir hasil
pembelajaran yang diinginkan.
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
16/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
78
4.8 KATA KERJA YANG MENERANGKAN BERBAGAI JENIS
TUGASAN MENTAL
Menggunakan senarai yang dicadangkan oleh Moss & Holder (1988) danAnderson & Krathwohl (2001); Reiner, Bothell, Sudweeks dan Wood (2002) telah
mengutarakan suatu senarai kata kerja yang menerangkan tugasan mental untuk
dilaksanakan. Takrifan ini memperincikan proses pemikiran seseorang harus
laksanakan untuk menyelesaikan tugasan mental tersebut. Perhatikan bahawa senarai
ini tidak merangkum semua dan contoh-contoh tempatan telah dimasukkan bagi
menunjukkan tugasan mental yang diperlukan dalam setiap jenis soalan esei.
Takrifan Kata Kerja & Contoh-contoh
Analisis: Memecahkan bahan kepada bahagian-bahagian konstituennya danmenentukan bagaimana bahagian-bahagian berhubung di antara satu sama lain
serta dengan structur keseluruhan dan tujuan.
Analisis maksud ayatHe saw a dead crow, in a drain, near the post office
dalam puisi The Dead Crow.
Aplikasikan: Tentukan abstraksi yang mana (konsep, prinsip, peraturan,undang-undang, teori, andaian) adalah relevan dalam situasi penyelesaian
masalah.
Aplikasi prinsip penyediaan dan permintaan untuk menerangkan kenapa
indeks harga pengguna (CPI) di Malaysia telah meningkat dalam tiga bulan
kebelakangan ini.
Beri ciri-ciri: Tentukan suatu pandangan, bias, nilai, atau hajat yangmendasari sesuatu bahan.Tentukan pandangan penulis dalam makalah tentang sudut pandang
politiknya.
Klasifikasikan: Tentukan kategori yang mana sesuatu itu digolongkan.Klasifikasikan organisma kepada vertebrate dan invertebrate.
Bandingkan: Kenal pasti dan terangkan kesamaan.Bandingkan peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Komposisi: Buat atau bentukkan dengan menggabungkan beberapa barang,bahagian, atau elemen.
Komposisi suatu rancangan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah
banjir di Kuala Lumpur.
Bandingkan: Keluarkan titik perbezaan.Bezakan sumbangan Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussien kepada
kestabilan politik Malaysia.
Cipta: Cantumkan elemen bagi membentuk suatu badan yang koheren atauberfungsi, kenal pasti element membentuk corak atau struktur yang baru.
Cipta suatu penyelesaian untuk masalah trafik di Kuala Lumpur.
Kritik: Cari corak konsisten dan tidak konsisten di antara produk dan criterialuaran yang relevan; cari kesesuaian sesuatu prosedur kepada sesuatu masalah.
Pertimbangkan yang mana di antara dua kaedah adalah cara yang lebih baik
bagi menyelesaikan suatu masalah.
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
17/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
79
Pertahankan: Rumuskan dan bentangkan suatu hujah yang menyokong suatucadangan, untuk mengekalkan atau meminda suatu dasar, program, atau
cadangkan tindakan.
Pertahankan keputusan untuk menaikkan harga minyak oleh kerajaan.
Takrifkan: Beri maksud perkataan atau konsep; letakkannya dalam kelas dimana ia tergolong dan bezakan dia daripada item lain dalam kelas yang sama.
Takrifkan terma chemical weathering".
Terangkan: Beri penjelasan; beritahu atau gambarkan dalam perkataan;persembah semula atau lainkan menggunakan perkataan.
Jelaskan sumbanganZaaba kepada perkembangan bahasa Melayu.
Reka bentuk: Bina suatu prosedur untuk menyelesaikan suatu tugasan.Reka bentuk suatu eksperimen untuk membuktikan bahawa 21% udara terdiri
daripada oksigen.
Bina: Bawa sesuatu kepada keadaan yang lebih terkehadapan, berkesan, atauboleh digunakan; hasilkan.
Bina sebuah soalan esei dengan memperbaiki soalan esei yang kurangberkesan.
Bezakan: Bezakan bahagian yang relevan daripada yang tidak relevan ataubahagian yang penting daripada yang tidak penting bagi sesuatu bahan yang
dipersembahkan.
Bezakan di antara penyediaan dan permintaan dalam menentukan harga.
Jelaskan: Jelaskan sebab sesuatu berlaku; bina suatu model sebab-dan-kesansuatu sistem; beritahu "bagaimana" membuat; beri maksud.
Jelaskan sebab-sebab Perang Dunia Pertama.
Nilaikan: Buat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard; tentukankepentingan, nilai, mutu, atau kerelevanan; beri kebaikan dan keburukan;
kenal pasti dan terangkan kelebihan dan batasan.Nilaikan sumbangan microchip dalam telekomunikasi.
Hasilkan: Hasilkan hipotesis alternatif, contoh-contoh, penyelesaian-penyelesaian, cadangan-cadangan, dan lain-lain berdasarkan kriteria.
Hasilkan hipotesis untuk menerangkan suatu fenomena yang diperhatikan.
Kenal pasti: Kenal pasti orang atau barang tertentu.Kenal pasti ciri-ciri iklim Mediterranean.
Gambarkan: Gunakan gambar melalui perkataan, gambarajah, carta, ataucontoh sebenar bagi memperjelaskan suatu perkara.
Gambarkan penggunaan catapult dalam peperanban amphibious semasa
Alexander. Buat infersi: Buat rumusan yang logik daripada maklumat yang diberi.
Apakah inferensi anda tentang apa yang telah berlaku dalam eksperimen itu?.
Buat Interpretasi: Beri maksud; tukarkan daripada suatu bentuk representasi(e.g. numerikal) kepada yang lain (e.g. verbal).
Beri Interpretasi ayat puitis, "The sound of a cobweb snapping is the noise of
my life."
Beri Justifikasi: Beri sebab-sebab munasabah; berikan bukti; persembahkanfakta untuk menyokong pendirian.
Beri justifikasi penyertaan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua.
Senaraikan: Buat suatu siri nama atau item lain.Senaraikan fungsi utama jantung manusia.
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
18/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
80
4.6 AKTIVITI
a) Pilih satu soalan esei dalam mata pelajaran anda dan
tentukan samada kata kerja yang digunakan adalah sama
dengan senarai di atas. Adakah tugasan yang diperlukan
oleh kata kerja tersebut sesuai?
b) Adakah anda berpendapat pelajar boleh membezakan di
antara tugasan yang dikehendaki oleh kata-kata kerjatersebut?
c) Bolehkah guru menerangkan tugasan yang dikehendaki
oleh kata-kata kerja tersebut?
Ramalkan: Tahu atau beritahu sebelum masanya dengan tepat suatupengiraan, pengetahuan, atau buat inferensi daripada fakta atau pengalaman
yang bakal berlaku.
Ramalkan hasil suatu tidakbalas kimia.
Cadangkan: Berikan pertimbangan, penerimaan, atau tindakan; Cadangkan.Cadangkan penyelesaian masalah tanah tergelincir sepanjang Lebuhraya
Utara-Selatan.
Kenal Pasti: Letakkan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang yangkonsisten dengan bahan yang diberi.
Kenal pasti peristiwa-peristiwa penting dalam proses kemerdekaan Malaysia.
Ingat Kembali: Keluarkan pengetahuan relevan daripada ingatan jangkapanjang.
Ingat kembali tarikh-tarikh penting peristiwa dalam sejarah Islam.
Ringkaskan: Meringkaskan; beri point utama secara ringkas.Ringkaskan cara manusia meyimpan makanan.
Turuti: Turuti sesuatu; ikut jejak sesuatu; beri penerangan tentangperkembangan sesuatu. Jejak perkembangan television dalam pengajaran disekolah.
SENARAI SEMAK UNTUK MENULIS SOALAN ESEI
Bolehkah item ditaksir dengan lebih berkesan menggunakan jenispentaksiran lain?
Adakah soalan esei selaras dengan hasil pembelajaran yang diinginkan?
Adakah soalan esei itu terlalu panjang dan harus dipecahkan kepadabeberapa soalan esei pendek?
Adakah soalan esei itu mempunyai tugasan yang jelas dan cakupan yangkhusus?
Adakah soalan terlalu panjang dan distruktur dengan jelas?
Adakah pelajar tahu jangka waktu yang disyorkan untuk setiap soalan?
Telahkah anda menulis model jawaban atau garis kasar jawaban?
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
19/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
81
4.9 MEMERIKSA JAWABAN SOALAN ESEI
Memeriksa atau menggredesei adalah suatu
aktiviti yang diketahui tidak berkebolehpercayaan.
Sekiranya kita membaca sebuah esei pada dua
masa yang berbeza, kemungkinan besar kita akan
memberi gred yang berbeza setiap kali. Sekiranya
dua atau lebih orang guru membaca esei tersebut,
gred yang mereka berikan mungkin sekali berbeza,
selalunya dengan ketara. Kita mungkin merasakan
kita terkecuali, tetapi banyak kajian ke atas guru yang teliti danberhati-hati
menunjukkan bahawa menggred esei mempunyai kebolehpercayaan yang rendah
(Ebel, 1972; McKeachie, 1986; White, 1985). Adalah mustahil untuk mentiadakan
masalah ini sama sekali, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk memperbaikikebolehpercayaan penggredan. Dengan menggunakan panduan pemeriksaan atau
skema pemarkahan, dapat membantu mengawal perubahan standard yang tidak dapat
dielakkan semasa kita membaca suatu koleksi kertas dan esei. Dua bentuk panduan
pemeriksaan yang biasa digunakan adalah kaedah analitik dan menyeluruh.
1) Kaedah AnalitikPemarkahan analitik adalah sistem yang paling selalu digunakan dalam
peperiksaan awam yang besar (seperti SPM dan STPM) dan juga oleh guru dalam
bilik darjah. Ciri-ciri asasnya adalah skema pemarkahan dan peruntukan markah (lihat
Gambarajah 4.2). Skema pemarkahan terdiri daripada suatu senarai elemen-elemen
yang guru percaya pelajar harus masukkan dalam jawaban yang ideal. Sebagaicontoh, markah diperuntukkan untuk menerangkan setiap daripada lima faktor (3
markah untuk setiap faktor) dan satu markah diberi untuk memberi contoh yang
relevan. Markah juga diperuntukkan untuk pengenalan dan rumusan yang
merupakan element-elemen penting dalam sesebuah esei.
Marking should be
free from bias andsubjectivity, and
reliable
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
20/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
82
Gambarajah 4.2 Sampel Skema Pemarkahan Menggunakan Kaedah
Analitikal
Pemeriksa membaca dan membandingkan jawaban pelajar dengan model
jawaban. Sekiranya semua elemen yang diperlukan ada, pelajar akan menerima
markah maximum. Markah mungkin diberi berdasarkan elemen yang diberi dalam
jawaban. Untuk mendapatkan markah keseluruhan dalam peperiksaan itu, guru
mencampurkan markah yang diterima untuk setiap soalan.
Kenal pasti terlebih dahulu apa yang harus diberikan markah, berapa markah
yang ada untuk setiap soalan agar anda boleh memberitahu pelajar; supaya merekatidak memberi terlalu banyak atau terlalu sedikit maklumat dan mereka tahu
sebenarnya apa yang guru jangkakan. Sekiranya pelajar memberi jawaban di luar
jangkaan tetapi betul, maka berikan markah untuknya dan tambahkan markah kepada
jawaban kekunci anda supaya pelajar lain selepas itu akan juga mendapat markah
seperti pelajar itu.
2) Kaedah Menyeluruh (Pemeriksaan Globalatau Impressionistic)
Pendekatan menyeluruh kepada pemeriksaan soalan esei melibatkan guru membaca
keseluruhan respon dan meletakkannya dalam kategori markah atau grad. Kaedah ini
melibatkan mempertimbangkan jawaban pelajar secara keseluruhan danmempertimbangkan mutu keseluruhan esei itu berbanding jawaban pelajar lain
CONTOH:
Jelaskan LIMA faktor yang menentukan lokasi sebuah kilang pembuatan.
Skema Pemarkahan (maksimum 25 markah)
Pengenalan 2 markaho Membentangkan penyusunan esei
Site atau Tanaho Penerangan (bagaimanasite mempengaruhi lokasi) 3o Contoh 1
Tenaga Kerjao Penerangan (peranan pekerja) 3o Contoh 1
Modal (Pinjaman daripada bank-bank)o Penerangan (mendapatkan pinjaman) 3o Contoh 1
Sistem Pengangkutano Penerangan (akses kepada pelabuhan, populasi) 3o Contoh 1
Kemahiran Keusahawanano Penerangan (jenis kemahiran) 3o Contoh 1
Rumusan (perkaitan antara lima faktor) 3JUMLAH 25 markah
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
21/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
83
4.6 AKTIVITI
a) Bandingkan kaedah pemarkahan esei analitikal dan
menyeluruh.b) Kaedah yang mana lebih banyak diamalkan dalam
institusi anda? Kenapa agaknya?
c) Adakah anda berasa aka nada perbezaan dalampemarkahan esei menggunakan kaedah-kaedah tersebut?
Jelaskan kenapa.
berdasarkan kriteria tertentu yang anda bina. Anggaplah ia seperti mengasingkan
benda-benda dan meletakkan dalam tong-tong berasingan.Anda membaca jawaban
kepada suatu soalan dan letakkannya dalam tong yang sesuai. Jawaban yang terbaik
diletakkan dalam tong sangat baik, jawaban yang baik diletakkan dalam tong
baik, dan jawaban yang lemah dimasukkan ke dalam tong lemah. Kemudian
markah yang sesuai dituliskan pada setiap kertas jawaban mengukit tong-tong tadi.
Cara ini menggunakan impression keseluruhan, bukan mengikut setiap hujah
menggunakan rubric atau skema permarkahan seperti dalam pendekatan menyeluruh
(lihat Gambarajah 4.3). Anda boleh memeriksa dengan terperinci dengan
menggunakan lima, atau paling banyak enam kategori. Anda perlu membaca semula
semua jawaban bagi memastikan yang semua dalam 5 kelompok tadi secara kasar
adalah sama; semua dalam kelompok pertengahan hampir sama, dan kurang baik
berbanding kelompok sangat baik dan lebih baik daripada kelompok lemah.
`
Anda boleh membina keterangan jenis-jenis respon yang dapat menggambarkan
setiap kategori sebelum anda bermula, dan seterusnya cuba menggunakan deraf ini ke
atas beberapa kertas jawaban sebenar. Selepas membaca dan mengkategorikan semua
kertas jawaban, adalah baik untuk memeriksan semula kertas-kertas jawaban dalam
setiap kategori bagi melihat samada mereka cukup sama untuk diberi markah atau
gred yang serupa. Anda mungkin lebih pantas membaca esei-esei itu secaramenyeluruh dan hanya memberikan markah atau gred keseluruhan, tetapi pelajar tidak
akan menerima maklumbalas yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan mereka.
Ada guru yang menggunakan pemarkahan menyeluruh dan juga memberi komen
kepada setiap kertas jawaban bagi menunjukkan satu atau dua kekuatan dan/atau
kelemahan agar pelajar akan mendapat tahu kenapa respon mereka diberikan markah
yang sedemikian.
Sangat Baik Baik Sederhana Lemah
Tiada
Jawaban
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
22/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
84
SANGAT BAIK
(10 markah)
Menjawab soalan
Menyatakan hujah yang relevan
Mempersembahkan hujah dalam
urutan yang logik
Menggunakan gaya dan nahu
bahasa yang boleh diterima (tiada
kesalahan)
Menunjukkan kefahaman
yang tepat dan lengkap
tentang soalan
Menggunakan beberapa
hujah dan menyokong
hujah-hujah itu dengan
contoh, data yang
menyokong rumusan
BAIK
(8 markah)
Kombinasi ciri-ciri di atas, tetapi
kurang konsisten (1-2 kesalahan)
Sama seperti di atas
tetapi kurang teliti, namun
tepat
Menggunakan hanya satu
hujah dan contoh yangmenyokong rumusan
SEDERHANA
(6 markah)
Tidak menjawab soalan dengan
jelas, namun mempunyai sudut
pandang
Menyatakan hujah yang agak
relevan
Menyampaikan hujah dalam
urutan yang agak logik
Menggunakan gaya dan nahu
bahasa yang boleh diterima (lebih
daripada 2 kesalahan)
Menunjukkan kefahaman
tentang soalan secara
minimal, namun masih
tepat
Menggunakan sedikit
subset idea yang
berkemungkinan untuk
menyokong hujah-hujah.
LEMAH
(4 markah)
Tidak menjawab soalan
Tidak menyatakan hujah yang
relevan
Tidak disusun dengan jelas atau
logik
Gagal menggunakan gaya dan
nahu bahasa yang boleh diterima
Tidak menunjukkan
kefahaman tentang soalan,
tidak tepat
Tidak member bukti
yang menyokong respon
kepada soalan
TIADA
JAWABAN
(0 markah)
Jadual 4.1 Sampel Skema Pemarkahan Menggunakan Kaedah
Menyeluruh
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
23/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
85
SYOR-SYOR UNTUK MEMERIKSA ATAU MENANDA ESEI
Gred kertas-kertas jawaban tanpa melihat nama penulis. Ini akan membantumengawal pengaruh jangkaan kita tentang pelajar dalam mentaksir jawaban.
Baca dan beri markah kepada jawaban satu soalan sebelum meneruskankepada soalan seterusnya. Dalam erti kata lain, periksa jawaban semua pelajar
kepada Soalan 1 sebelum melihat Soalan 2. Ini dapat membantu mengekalkan
satu kerangka rujukan dan satu set kriteria yang sama bagi semua jawaban,
yang akan menjadikan penggredan lebih konsisten. Ia juga dapat mengelakkan
sesuatu tanggapan yang kita bentuk semasa membaca satu soalan dibawa
kepada pembacaan jawaban pelajar yang seterusnya. Sekiranya pelajar tidak
begitu berjaya dalam soalan pertama, misalannya; kita mungkin terbawa-bawa
tanggapan ini semasa menilai jawaban kedua pelajar itu. Tetapi apabila
jawaban pelajar lain berselang, kuranglah kemungkinan kita dipengaruhi oleh
tanggapan pertama tadi.
Kalau boleh, cuba menggred semua jawaban kepada sesuatu soalan tanpagangguan. Standard yang kita letakkan muungkin berbeza daripada pagi
hingga ke malam, atau satu hari ke hari yang lain.
Rombakkan kertas-kertas jawaban selepas menanda seriap item sepanjangmenanda kertas soalan. Dengan menukar urutan dapat mengurangkan kesan
konteks dan kemungkinan markah seseorang pelajar disebabkan kedudukan
kertas jawabannya. Sekiranya kerja bergred B Rakesh selalu dituruti oleh
kerja A Jamal, kerja Rakesh akan nampak lebih seperti kerja C dan
grednya mungkin lebih rendah berbanging sekiranya kerjanya terletak ditempat lain dalam timbunan kertas tadi.
Putuskan lebih dahulu bagaimana anda akan menangani faktor-faktor lain dananda harus konsisten dalam mengaplikasikan peraturan tersebut. Pelajar harus
diberitahu bagaimana anda akan menangani perkara-perkara seperti salah
ejaan, kekemasan, tulisan, nahu bahasa, dan sebagainya.
Sentiasa berjaga-jaga dengan penipuan. Ada pelajar yang tidak tahu jawabantetapi menulis esei dengan tersusun dan koheren,tetapi mengandungi bahan
yang tidak berkaitan dengan soalan. Putuskan bagaimana anda menangani
maklumat yang tidak relevan atau tidak tepat di dalam jawaban pelajar. Kita
tidak harus beri apa-apa markah kepada bahan yang tidak relevan. Adalah
tidak adil kepada pelajar lain yang mungkin lebih selesa menulis tentang topik
lain, tetapi terpaksa menulis tentang apa yang dikehendaki dalam soalan.
Tuliskan komen pada kertas jawaban pelajar. Komen guru menjadikanpeepriksaan esei suatu pengalaman pembelajaran yang baik untuk pelajar. Ia
juga bertujuan menyegarkan kembali ingatan anda tentang penilaian anda
sekiranya pelajar mempersoalkan gred yang diberi.
Berhati-hati tentang urutan semasa anda menanda kertas jawaban kerana iamungkin mempunyai impak kepada gred yang diberi. Seorang pemeriksa
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
24/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
86
mungkin menjadi lebih kritikal (atau lebih bersahaja) selepas membaca
beberapa kertas jawaban, maka kertas-kertas jawaban yang terdahulu mungkin
menerima markah yang lebih rendah (atau lebih tinggi) daripada kertas-kertas
jawaban yang sama mutunya tetapi diperiksa kemudian.
Dan juga, apabila pelajar diminta memberi pandangan tentang isu yangkontroversial, pemeriksa mesti berhati-hati agar memastikan yang bukti dan
cara persembahannya dinilai, BUKAN pendirian pelajar. Sekiranya pelajar
mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian pemeriksa,
pemeriksa harus berhati-hati dengan bias yang dibawanya semasa memeriksa
esei kerana pendirian pelajar berlainan daripada pendiriannya.
RINGKASAN
Sebuah ujian esei adalah sebuah item ujian yang memerlukan respondikomposisi oleh pengambil ujian dan selalunya dalam bentuk satu atau lebih
ayat sehinggakan tidak ada satu respon atau corak respon boleh disenaraikan
sebagai jawaban yang betul, dan ketepatan serta mutu jawaban boleh
dipertimbangkan secara subjektif sahaja oleh seorang yang ahir atau tahu
dalam bidang.
Terdapat dua jenis esei berdasarkan fungsinya: esei kerja kursus dan eseipeperiksaan
Soalan esei memberikan cara yang berkesan mentaksir hasil pembelajaranyang kompleks.
Soalan esei memberikan pengalaman autentik kerana membina respon adalahlebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada memilih respon.
Adalah mustahil mentaksir penguasaan pelajar tentang keseluruhan domainsesuatu bidang dengan hanya beberapa soalan.
Soalan esei mempunyai dua elemen pentingsejauhmana tugasan distrukturdan sejauhmana cakupan kandungan difokuskan.
Samada sebuah item esei mentaksir pemikiran tahap tinggi bergantung kepadareka bentuk soalan dan bagaimana respon pelajar diberi markah.
Menentukan had masa dapat membantu pelajar memperuntukkan masamenjawab beberapa soalan esei.
Elakkan menggunakan soalan esei untuk mentaksir hasil pembelajaran yanglebih baik ditaksir menggunakan jenis pentaksiran yang lain.
Pemarkahan analitikal adalah sistem yang paling selalu digunakan dalampeperiksaan awam yang besar dan juga digunakan oleh guru dalam bilik
-
7/27/2019 Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
25/25
Bab 4: M entaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Uji an Esei
87
darjah. Ciri-ciri asasnya adalah skema pemarkahan dan peruntukan markah
untuk element-elemen dalam jawaban.
Pendekatan menyeluruh kepada pemeriksaan soalan esei melibatkan membacaseluruh respon dan meletakkannya ke dalam kategori yang dikenal pasti
mengikut markah atau gred.
RUJUKAN:
Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning,Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational
Objectives. New York: Addison Wesley Longman.
Ebel. L. (1979). Essentials of Educational Measurement. Englewood Cliff, NJ:Prentice-Hall.
Gramm, B. F. (1981). Measuring Classroom Achievement. NY: Holt,Rinehart, Winston, 1981.
McKeachie, W. J. Teaching Tips. (8th ed.) Lexington, Mass.: Heath, 1986. Moss, A., & Holder, C. (1988). Improving Student Learning: A Guidebook
For Faculty in All Disciplines. Dubuque, Iowa: Kendall/Hunt.
Reiner, C., Bothell, T., Sudweeks, R. & Wood, B. (2002). How to PrepareEffective Essay Questions. Department of Instructional Psychology &
Technology. Brigham Young University Testing Services.
Stalnaker, J. (1951). The Essay Type of Examination. In E.F. Lindquist (Ed).Educational Measurement. Menasha, Wisconsin: Geroge Banta. 495-530.
White, E.M. (1985). Teaching and Assessing Writing: Recent Advances inUnderstanding,Evaluating and Improving Student Performance. SanFrancisco: Jossey-Bass.
ISTILAH
PENTING
Esei Tugasan & cakupan Kaedah Menyeluruh
Hasil Pembelajaran Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan
Kompleks Intrapenanda Antara Penanda
Tugasan mental Model jawaban Kaedah Analitikal
Skema pemarkahan Mengambil masa Menggred
Respon terbina Rubric