73196788-model-van-thunen.doc

26
Aishahnursal JMG101/rpjj usm 720621115210 JM/10779/10 TAJUK TUGASAN SEJAUH MANAKAH MODEL VAN THUNEN DAPAT DIREALISASIKAN DALAM PEMBANGUNAN MASA KINI. TARIKH PENYERAHAN TUGAS 17 DISEMBER 2010 PENGURUS KURSUS P.M.DR. HJ. WAN ROZALI B HJ WAN HUSSIN. NAMA CALON AISHAH BT NURSAL NO IC : 720621115210 NO MATRIK: JM/10779/10 TEL : 0199867284 1

Upload: mramiza7

Post on 31-Oct-2014

118 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

TAJUK TUGASAN

SEJAUH MANAKAH MODEL VAN THUNEN DAPAT DIREALISASIKAN

DALAM PEMBANGUNAN MASA KINI.

TARIKH PENYERAHAN TUGAS

17 DISEMBER 2010

PENGURUS KURSUS

P.M.DR. HJ. WAN ROZALI B HJ WAN HUSSIN.

NAMA CALON

AISHAH BT NURSAL

NO IC : 720621115210

NO MATRIK: JM/10779/10

TEL : 0199867284

1

Page 2: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

ISI KANDUNG MUKASURAT

Pengenalan 1

Model Letakan dan Gunatanah Von Thunen 3

Andaian Model VonThunen 4

Sewa Letakkan 7

Hubungan Antara Intensiti pengeluaran dengan Jarak 9

Hubungan Antara Jenis Gunatanah DenganJarak 10

Aturan Gunatanah Menurut Model VonThunen 11

Kelemahan Model VonThunen 14

Rumusan 15

Bibliografi 16

2

Page 3: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

1. PENGENALAN

Istilah guna tanah juga dikenal dengan istilah sebagai “Land Use Planning”.Ianya

merupakan satu perancangan penggunaan tanah yang harus digunakan sepenuhnya secara

optimum untuk pulangan yang maksimum.

Ada beberapa definisi guna tanah yang dapat dijadikan contoh:

Guna tanah adalah rangkaian kegiatan untuk mengatur peruntukan, penggunaan dan

persediaan tanah secara terancang dan teratur sehingga diperoleh manfaat yang lestari,

optimal, seimbang dan serasi untuk kemakmuran rakyat dan negara..Tata guna tanah

adalah rangkaian kegiatan penataan, penyediaan, peruntukan dan penggunaan tanah

secara terancang dalam rangka melaksanakan pembangunan nasional.Guna tanah adalah

usaha untuk merancang pertanian.

Dari beberapa definisi tersebut dapat diambil unsur-unsur yang ada, iaitu:

a. Adanya erangkaian kegiatan.

Yang meliputi pengumpulan data lapangan yang menyangkut tentang

penggunaan,kesesuaian, tanah, pembuatan rencana/pola penggunaan tanah untuk

kepentingan pembangunan dan pengawasan serta keterpaduan di dalam pelaksanaanya.

b. Penggunaan tanah harus dilakukan secara terancang.

Ini mengandung konsekuensi bahwa penggunaan tanah harus dilakukan atas dasar

3

Page 4: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

prinsip-prinsip tertentu. Prinsip-prinsip tersebut ialah lestari, optimal, serasi dan

seimbang.

c. Adanya tujuan yang hendak dicapai.

Ialah untuk mencapai kecemerlangan rakyat menuju masyarakat yang adil dan makmur.

Model Von Thunen adalah satu teori yang khusus membincangkan tentang penyesuaian

tanaman terhadap jarak. Model ini dikemukakan pada tahun 1783-1850. Model ini

mencadangkan jenis guna tanah yang sesuai bagi letakan yang telah ditentukan.

Dalam kawasan pertanian yang luas, letakan sesuatu bidang tanah pertanian amat

mempengaruhi pola kegunaannya. Letakan yang dimaksudkan disini ialah hubungan

antara sesuatu bidang tanah pertanian dengan pusat pemasaran dan tempat tinggal

pengusaha kebun.

Tanah pertanian yang terletak hampir dengan pusat pemasaran dikatakan mempunyai

nilai yang amat tinggi dan amat menguntungkan jika diusahakan dengan sepenuhnya.

Sementara tanah-tanah yang jauh dari pusat pemasaran pula kurang menguntungkan

untuk dikomersialkan kerana kedudukannya yang jauh. Dalam hubungan dengan letakan

atau kedudukan tanah, peranan kos perhubungan dan pengangkutan juga penting.

Pastinya kos pengangkutan dan perhubungan mempengaruhi kos pengeluaran. Semakin

jauh kedudukan tanah pertanian dari pusat pemasaran maka semakin mahal kos

4

Page 5: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

pengeluaran. Oleh sebab itu untuk memaksimakan keuntungan pengusaha memilih

tanaman yang sesuai dengan tanah pertanian yang dekat atau yang jauh dari pusat

pemasaran.

2. MODEL LETAKAN DAN GUNA TANAH VON THUNEN

Model Von Thunen adalah satu model atau teori tentang letakan dan penggunaan tanah

pertanian.Matlamat utama modelnya adalah untuk menunjukkan tentang perbezaan

penggunaan tanah dengan bertambahnya jarak dari pasaran. Dua fakta yang

dikemukakannya ialah:

i. Intensiti(kegiatan) pengeluaran bagi sesuat tanaman akan berkurangan

atau menurun apabila lokasinya semakin jauh dari pasaran. Intensiti

pengeluaran merupakan suatu ukuran tentang jumlah input yang

digunakan bagi satu unit kawasan tanah. Semakin banyak wang,tenaga

kerja atau buruh dan baja serta benih digunakan intensiti pengeluaran

pertanian akan meningkat.

ii. Jenis gunatanah akan jadi berbeza dengan bertambahnya jarak dari

pasaran.

3. ANDAIAN MODEL VON THUNEN

Von Thunen mempunyai andaian-andaian bagi pembentukan teorinya.Andaian-andaian

yang digunakan ialah:

5

Page 6: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

i. Adanya sebuah negeri atau kawasan terpencil (isolated) yang hanya

mempunyai sebuah pusat bandar sahaja yang letaknya di tengah-

tengah.Dibandar semua semua petani mendapat harga yang sama untuk

sesuatu jenis tanaman pada suatu masa yang tertentu. Andaian ini tidak

lagi sesuai pada masa kini kerana dalam jangka masa tertentu tentu ada

bandar baru akan dibuka dan menjadi pusat pasaran yang baru.

ii. Pusat bandar tersebut hanyalah satu-satunya tempat atau pasaran tunggal

bagi pengeluaran yang berlebihan untuk memasarkan hasil-hasil

pertanian pengusaha dinegeri tersebut .Keluaran pertanian hanyalah satu-

satunya pembekal hasil bagi aktiviti di bandar tersebut. Semua pengusaha

tani akan menerima harga barangan keluaran pertanian yang sama

dibandar tersebut. Teori ini tidak dapat direalisasi pada masa kini kerana

pasaran yang ada sangat luas dan harga pasaran tidak tidak terikat.Ada

konsep perundingan harga antara petani atau pengeluar hasil tani dalam

menetapkan harga yang sewajarnya pada hasil tanaman mereka.Dalam

situasi yang mana pengeluar dan pembeli mencapai kata sepakat dalam

penetapan harga,yang mana pem

iii. Kawasan tanah bagi seluruh negeri tersebut adalah seragam dari segi

kesuburan,iklim,mukabumi dan keadaan fizikal lainnya.Teori ini jelas

sangat tidak sesuai dengan gunatanah yang dapat dilihat pada hari ini

contohnya dinegeri Pahang.Kita dapat melihat dengan jelas Tanah Tinggi

Cameron yang mempunyai iklim yang sejuk dan dingin .Bentuk

6

Page 7: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

mukabumi yang tinggi dan beriklim sejuk dapat menghasilkan tanaman

sayuran seperti cili, tomato, kubis dan banyak lagi. Tanaman teh juga

merupakan tanaman yang utama dikawasan tanah tinggi itu selain bungaan

yang hidup subur. Manakala dibahagian lain negeri itu seperti di kawasan

Muadzam dan Jengka merupakan kawasan yang giat dengan tanaman

ladang kelapa sawit.Iklim dikawasan ini adalah panas dan hujan sepanjang

tahun.

iv. Setiap petani berusaha untuk memaksimakan keuntungan dari aktiviti

pertanian.Teori ini pada dasarnya dapat diterima secara asasnya kerana

semua petani walau dimana berada akan cuba memaksimumkan

keuntungan dengan memaksimumkan penggunaan tanah.Contohnya,pada

hari ini dikawasan penanaman kelapa sawit ,sementara menunggu hasil

tuaian yang agak lama,petani mengambil inisiatf menanam tanaman

seperti jagung,pisang dan pelbagai tanaman yang cepat hasil tuaiannya.

v. Pengangkutan ke bandar hanya dengan kuda, kereta kuda atau berjalan

kaki sahaja.Kos pengangkutan adalah berkadar terus dengn jarak ,iaitu

semakin jauh jarak semakin tinggi kos pengangkutan.Teori ini pastinya

tidak sesuai dengan dunia hari ini.Pengangkutan hari ini untuk

menghubungkan satu tempat atau Bandar sangat mudah dan

canggih.Sekarang sudah ada lori kecil,lori yang panjang,lori hawa dingin

untuk penghantaran hasil tanaman yang mudah rosak,lori tangki untuk

7

Page 8: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

penghantaran hasil sawit malahan pengangkutan air juga sudah

berkembang.Kapal kontena digunakan untuk penghantaran secara pukal

dan kadar tambang yang lebih murah pada kadar jarak yang sangat jauh

Perkhidmatan pengangkutan udara juga mempunyai banyak pilihan yang

sesuai.

vi. Kos pengangkutan ditentukan hanya oleh jauhnya jarak perjalanan. Kos

pengangkutan adalah berkadar terus dengan jarak.Iaitu semakin jauh

jaraknya semakin tinggi kos pengangkutan.

vii. Tidak ada hubungan dengan penduduk dari luar negeri tersebut dan negeri

tersebut adalah tertutup dan memenuhi keperluan sendiri.Teori ini tidak

sesuai pada masa kini kerana,semua negara didunia sudah mengamalkan

langit terbuka kepada dunia luar.Dalam ertikata lain negara-negara didunia

mempunyai hubungan dagang antara negara. Contohnya Malaysia

mengeksport bunga-bunga segar ke negara Eropah dan pada masa yang

sama mengimport buah-buah seperti epal dan limau untuk kegunaan

tempatan.Ini jelas menunjukkan hubungan antara penduduk sesebuah

negeri dan negeri yang lain. Malahan semua negara waima negara china

sudah mula membuka pintu negara lain. Semua negara pula saling

memerlukan antara satu sama lain.

4. SEWA LETAKAN

8

Page 9: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

Von Thunen menyatakan dalam teorinya asas bagi penentuan guna tanah adalah sewa

lokasi. Ianya dikenali sebagai sewa ekonomi.Sewa ekonomi adalah perbezaan atau

pulangan bersih petani yang didapati setelah ditolak jumlah pendapatan kasar dengan kos

pengeluaran termasuk kos pengangkutan. Semakin jauh jarak seseorang petani

mengangkut barangan input dan keluarannya maka semakin tinggi kos pengangkutan

dan seterusnya kos pengeluaran dan akibatnya pendapatan bersihnya semakin menurun,

(harga barangan adalah sama bagi semua petani . Semakin kurang pulangan atau

pendapatan bersih yang boleh dihasilkan dari sesuatu kawasan pertanian, maka semakin

rendah nilai sewa lokasi tanah pertanian tersebut. Dengan lain perkataan ,semakin jauh

kedudukan kawasan pertanian maka semakin rendah nilai sewa lokasinya.

Rajah dibawah menunjukkan andaian Von Thunen sekiranya satu jenis tanaman ditanam

di berbagai kawasan pertanian yang berbeza jaraknya dari pasaran akan mengakibatkan

sewanya juga berbeza.

Rajah sewa letakan dan jarak dari pasaran.

Menurut Von Thunen , A seorang petani yang mempunyai keuntungan kerana letakan A

hampir dengan pusat pasaran,oleh itu sewanya adalah tinggi. Sebaliknya di D, jaraknya

yang jauh dari pasaran menyebabkan kos pengangkutan menjadi mahal dan seterusnya

9

Page 10: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

sewa lokasi D adalah sifar. Tanah pertanian di D tidak akan menghasilkan apa-apa

keuntungan atau pulangan bersih,kerana kos pengeluaran sama banyak dengan pulangan

kasar.

Dalam keadaan sebenar hari ini ,teori ini tidak lagi sesuai pada hari ini kerana kawasan

pertanian berhampiran dengan pusat bandar teramat mahal sewanya. Ini mengakibatkan

kos sewa tanah amat tinggi, mungkin tidak mendatangkan pulangan yang sewajarnya.

Contohnya penanaman tomato,jika diusahakan berhampiran dengan pusat bandar

memerlukan kos sewa yang tinggi,kos penggunaan rumah hijau dan kos

buruh .berbanding petani mengusahakan penanaman tomato dikawasan tanah Tinggi

Cameron Highland ,iklim yang sedia ada sesuai tidak memerlukan kos rumah hijau. Kos

sewa lokasi penanaman yang jauh dari pusat bandar tidak begitu tinggi. Manakala jarak

perjalanan yang jauh dapat diatasi dengan kemudahan pengangkutan yang murah dan

banyak pada hari ini.

5. HUBUNGAN ANTARA INTENSITI PENGELUARAN DENGAN JARAK

10

Page 11: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

Perbezaan jenis-jenis tanaman mengikut jarak dari pasaran

Berdasarkan andaian Von Thunen untuk memoptimumkan keuntungan,jenis penanaman

harus berbeza mengikut jarak dari pasaran. Dari segi intensiti pengeluaran ,penanaman

tanaman giat(tanaman intensif) seperti tanaman ubi kentang memerlukan modal yang

besar,tenaga buruh yang ramai dan kos pengangkutan yang mahal.Ianya hanya sesuai

ditanam berhampiran dengan pusat pemasaran .Manakala bagi D pula perkara yang perlu

dipertimbangkan ialah tanaman yang tidak memerlukan tenaga buruh yang ramai,hasil

keluaran yang ringan,hasil tanaman yang tahan lama. Tanaman yang tidak memerlukan

penjagaan yang rapi iaitu petani tidak perlu ke ladang setiap hari(tanaman ektensif).

Hanya cara ini penanam D dapat memperolehi keuntungan.

Rajah menunjukkan jenis tanaman dengan jarak dan pasaran

11

Page 12: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

6. HUBUNGAN ANTARA JENIS GUNATANAH DENGAN JARAK

Menurut teori Von Thunen ,hasil keluaran pertanian yang berat seperti kayu-

kayan,keluaran hasil tani yang mudah rosak dan perlu dipasarkan segera seperti sayur-

sayuran, buah-buahan,barangan yang bersifat pukal(bulky)seperti susu cair,tanaman yang

memerlukan pengawasan yang rapi sehingga memerlukan tenaga buruh tidak sesuai

untuk dihasilkan dikawasan yang jauh dari pasaran.Sebaliknya barangan keluaran yang

ringan, tahan lama dan tidak mudah rosak, tidak pukal, dan tidak banyak pengawasan

sesuai dihasilkan dikawasan yang jauh dari pasaran.

Teori ini tidak begitu sesuai dengan pembangunan masa kini kerana,dapat dilihat

tanaman sayuran kini giat dijalankan diTanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Loging

kerana kesesuaian iklimnya.Jarak jauh dari pusat bandar atau pusat pasaran tidak

menjadi masalah lagi kerana kos pengangkutan pada hari ini tidak lagi menjadi

halangan.Malahan jauh lebih menguntungkan petani berbanding sewa lokasi yang begitu

tinggi di bandar.Dengan ini dapat menyatakan bahawa prinsip teori Von Thunen tidak

begitu sesuai untuk pembangunan masa kini.

ATURAN GUNATANAH MENURUT MODEL VON THUNEN.

12

Page 13: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

Zon gunatanah model Von Thunen

Von Thunen mengemukakan aturan atau andaian/prinsip gunatanah seperti yang

ditunjukkan diatas.Von Thunen membahagikan ladangnya kepada beberapa kawasan.

a) Zon 1 merupakan kawasan yang hampir dengan bandar atau pusat

pasaran. Kawasan ini menjadi tempat tumpuan manusia yang

menjadi pusat pentadbiran,pertahanan dan perkhidmatan.

Tanaman atau pengeluaran yang dicadangkan adalah berbentuk

tanaman sayuran dan susu yang mudah rosak.Kegiatan pertanian

berbentuk intensif,memerlukan kawalan dan pengawasan yang

rapi. Kesuburan tanah ditentukan dengan cara membaja dan jika

perlu, baja tambahan diperolehi dari bandar dan diangkut

mengikut jarak-jarak yang berdekatan dengan kilang.Harga

pasaran perunit adalah tinggi dan sewa letakannya juga tinggi.

b) Zon 2 merupakan kawasan yang diperuntukan bagi pemuliharaan

hasil hutan. Pengeluaran kayu iaitu bahan yang bersifat berat

(bulky) sangat diperlukan dibandar sebagai sumber

tenaga.Sifatnya yang berat dan pukal memerlukan kos

13

Page 14: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

pengangkutan yang tinggi secara relatifnya.Oleh itu ianya perlu

berada di zon yang ke 2 hampir dengan pusat pasaran.

c) Zon 3 ialah kawasan selepas hutan kecil. Zon ini dicadangkan

ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum yang merupakan

tanaman pasaran yang penting. Apabila jarak dari pasar

bertambah maka kepesatan pengeluaran biji berkurangan kerana

kurangnya daya pengeluaran. D izon pertama dari ketiga-tiga zon

pinggir (3) ,petani menggunakan pusingan 6 tahun bagi setiap

tanaman.Bijian menggunakan 1/3 dari kawasan dan yang lainnya

untuk ubi kentang,barli,rumput dan tanaman kekacang. Ubi

kentang seperti bijan dijual di bandar. Tanaman kekacang

digunakan sebagai makanan binatang ternakan dan untuk

memastikan kesuburan tanah. Lembu diternak didalam kandang

sepanjang tahun.Tiada kawasan terbiar, dan kerja membaja dapat

menentukan kesuburan tanah.

d) Zon 4 dicadangkan dengan penanaman yang kurang pesat dan

pertanian dilakukan secara bergilir-gilir selama 7 tahun dengan

tanaman yang berlainan bagi setiap tahun.Contohnya setahun

untuk tanaman bijian,setahun untuk barli,setahun untuk oat, tiga

tahun untuk rumput ragut dan setahun dibiarkan begitu

sahaja(tanah rang). Penghasilan tanaman adalah yang tahan lama

dan tidak mudah rosak, oleh itu kesemuanya dapat dikeluarkan

dijarak yang lebih jauh dari pasar.

14

Page 15: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

e) Zon 5 adalah kawasan yang sangat jauh.Disini dicadangkan

sistem 3 ladang. Ia merupakan satu sistem giliran yang mana satu

pertiga setiap satu daripada tanah ditanam dengan rumput,

ternakan binatang dan sebahagian tanah lagi dibiarkan tanpa apa-

apa kegiatan pertanian.

f) Zon 6 adalah yang paling luar sekali dalam penaturan gunatanah

Von Thunen . Zon 6 adalah merupakan kawasan ternakan

binatang ternakan.Tanaman yang dihasilkan di zon ini adalah

untuk penggunaan lading itu sendiri khususnya sebagai makanan

ternakan.Hanya hasil dari binatang ternakan dipasarkan.

7. KELEMAHAN MODEL VON THUNEN

Terdapat beberapa kelemahan model Von Thunen untuk direalisasikan dalam dunia hari

ini.Kelemahan yang jelas adalah dari segi simplifikasi atau dalam ertikata lain Von

Thunen mempermudahkan keadaan dunia sebenar kepada sesuatu yang serba

sempurna.Andaian yang dikemukakan juga agak tidak relevan pada dunia nyata atau

masa kini.Andai yang jelas tidak relevan ialah:

i. Anggapan Von Thunen semua peladang adalah pakar ekonomi dalam urusan

pemasaran hasil tani.

15

Page 16: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

i. Setiap pengusaha ladang dianggap berusaha untuk sentiasa memaksimumkan

keuntungan hasil keluaran ladang.

ii. Faktor alam sekitar ,alam semulajadi dan kemajuan teknologi dibidang

pengangkutan dianggap kurang penting.Contohnya pengangkutan pantas dan

murah dan sistem awet segar amat penting dalam teknologi pengangkutan dan

mempengaruhi aturan gunatanah.Dari segi kedudukan pula tidak ada sebuah

negara yang tertutup seperti yang dibayangkan oleh Von Thunen.

RUMUSAN

Model Von Thunen boleh digunakan dalam dua aspek utama.Ia memberi perhatian

kepada faktor ekonomi ,terutamanya kos pengangkutan dan jarak ke pasar(konsep asas

bagi ahli geografi untuk merancang pola gunatanah dari sudut persekitaran fizikal).Model

Von Thunen juga memperkenalkan konsep sewa lokasi dalam geografi.Konsep ini sangat

berguna dalam kajin gunatanah di kawasan-kawasan bandar dan juga luar

bandar.Andaian yang ketat dalam model ini menyebabkan kepada tumpuan yang lebih

teliti dalam penyelidikan terhadap cara-cara petani membuat keputusan.Dengan ini

16

Page 17: 73196788-Model-Van-Thunen.doc

Aishahnursal JMG101/rpjj usm720621115210 JM/10779/10

adalah jelas tentang pola gunatanah dan bagaimana usaha-usaha Von Thunen dengan

batasan masih merupakan satu rangkai kerja penting untuk menyusun kajian

perkampungan dan ladang seperti contoh yang terdapat dinegara kita iaitu Felda,Felcra

dan rancangan pembangunan tanah yang lain.

BIBLIOGRAFI

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1874:kepentingan-dan-peranan-hutan-tanah-tinggi-secara-umum&catid=325:info-ringkas

http://banktani.tripod.com/gm4.htm

Katiman Rosman.1990. Konsep Asas Geografi Manusia,Bangi,Universiti Kebangsaan Malaysia

Goh Cheng Leong.1979. Geografi Manusia Dan Ekonomi Jilid 2,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.

17