97406162-ppik-3

6
PPIK 3 : Keseimbangan dan Termometri Hasil Pembelajaran : Untuk mereka bentuk dan membina bekas makanan yang berkesan bagi menyimpan makanan yang panas dan sejuk. Penyataan masalah : Bagaimanakah untuk mereka bentuk jenis bekas makanan yang dapat menyimpan makanan yang panas dan sejuk? Hipotesis : Jika bekas makanan yang direka dapat mengekalkan suhu makanan sama ada sejuk atau panas maka, bekas makanan tersebut efektif. Bahan-bahan : 1. Makanan (ayam goreng panas dan coca-cola) 2. Polistrin (1m x 1m) 3. Ais 4. Kadbod 5. Kertas kelabu 6. Kapas 7. Beg plastik 8. Habuk kayu 9. Sabut kelapa 10. Gam 11. Tali 12. Pita selofan Aktiviti : Membina bekas makanan bagi menyimpan makanan yang panas dan sejuk.

Upload: cikgusitihaslinda

Post on 27-Sep-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

PPIK 3 : Keseimbangan dan Termometri

Hasil Pembelajaran :

Untuk mereka bentuk dan membina bekas makanan yang berkesan bagi menyimpan makanan yang panas dan sejuk.

Penyataan masalah :

Bagaimanakah untuk mereka bentuk jenis bekas makanan yang dapat menyimpan makanan yang panas dan sejuk?

Hipotesis :

Jika bekas makanan yang direka dapat mengekalkan suhu makanan sama ada sejuk atau panas maka, bekas makanan tersebut efektif.

Bahan-bahan :

1. Makanan (ayam goreng panas dan coca-cola)

2. Polistrin (1m x 1m)

3. Ais

4. Kadbod

5. Kertas kelabu

6. Kapas

7. Beg plastik

8. Habuk kayu

9. Sabut kelapa

10. Gam

11. Tali

12. Pita selofan

Aktiviti :

Membina bekas makanan bagi menyimpan makanan yang panas dan sejuk.

Prosedur :

1. Pertama, bahan-bahan penebat haba yang baik dikenal pasti.

2. Bekas makanan yang dapat menyimpan makanan panas dan sejuk direka bentuk. Pelan dilukis. (Rujuk lampiran 1a dan 1b)3. Pelan dijelaskan.

4. Model dibuat. (Rujuk lampiran 2a dan 2b)

5. Model tersebut diuji.

Keputusan :

Jenis bekas makananTempoh masa (jam)

Sejuk15

Panas5

Perbincangan :

Berdasarkan eksperimen ini, kami dikehendaki mereka bentuk model bekas makanan bagi mengekalkan suhu makanan sama ada sejuk atau panas. Sebelum itu, kami dikehendaki melukis pelan bagi setiap model bekas makanan. Pelan ini bertujuan untuk memudahkan kami mereka bentuk model bekas makanan tersebut. Setelah model bekas makanan siap, kami dikehendaki menguji bekas makanan tersebut. Kami mendapati tempoh masa untuk bekas makanan sejuk adalah selama 15 jam manakala bagi bekas makanan panas selama 5 jam. Ini menunjukkan model bekas makanan yang kami reka sangat efektif.

Soalan

1. Adakah model anda efektif? Kenapa?

Ya.Kedua-dua model yang berkesan kerana kedua-duanya boleh menyimpan benda-benda yang panas dan sejuk. Walaupun model yang tidak sempurna tetapi masih boleh menyimpan benda-benda yang panas dan sejuk. Saya menyimpan makanan di dalam bekas itu, ia berasa sangat

sejuk. Model yang kami reka berjaya mengekalkan kesejukan dan kepanasan makanan tersebut.

2. Kita menggunakan peti sejuk untuk meyimpan makanan sejuk. Bagaimanakah peti sejuk melakukan tugas ini?

Sebuah peti sejuk akan menyimpan sejuk makanan dengan menukarkan gas ke dalam cecair, seterusnya cecair ke wap. Asas fizik menegaskan bahawa apabila dua permukaan bersentuhan dengan yang lain, permukaan dengan suhu yang lebih tinggi akan menyejukkan sama dengan suhu silih ganti. Gegelung dan bahagian logam di dalam peti sejuk dimuatkan dengan cecair sejuk. Cecair tersebut menghasilkan udara sejuk di luar lingkaran. Ini berlaku apabila haba dari dalam peti sejuk akan mengurangkan suhu "sepadan dengan" suhu dengan cecair sejuk di dalam gegelung. Apabila anda membuka pintu peti sejuk, umumnya anda akan melihat perubahan dramatik dalam suhu udara. Dalam makanan disimpan sejuk kerana peti sejuk mampu untuk menukarkan gas ke dalam cecair. Cecair yang melalui satu siri bahagian yang juga boleh memilih untuk menukar cecair itu kepada wap - ini dilakukan oleh molekul pemampatan. Sebuah peti sejuk, tanpa sebuah pemampat, secara amnya akan berada di dalam panas. Apabila gegelung di dalam peti sejuk mempunyai kuasa, bahan mampat, gas dan cecair, ia akan menyedut semua udara panas.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima.

Jika bekas makanan yang direka dapat mengekalkan suhu makanan sama ada sejuk atau panas maka, bekas makanan tersebut efektif.

Bibliografi :

http://www.ehow.com/how-does_4564491_refrigerator-keep-food-cold.html