98930933-pengawetan-basah

Upload: rashidimohamed

Post on 11-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Slide 1

Pengawetan BasahDisediakan oleh:SIA JESLYNTANG PUI LEONGMaksud pengawetan basahPengawetan basah bermaksud spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang sesuai. Etanol dan formalin merupakan dua jenis bahan yang sering digunakan sebagai bahan pengawet.Etanol adalah bahan pengawet yang terbaik tetapi harganya jauh lebih mahal daripada formalin.

Etanol sering digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz kecil sahaja, manakala formalin pula digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz besar.Balang spesimen merupakan bekas terbaik untuk menyimpan spesimen. Balang reka ganti yang sesuai boleh digunakan.Botol-botol kaca tanpa warna, tinggi, bermulut lebar dan mempunyai penutup seperti botol Nescafe adalah sesuai.

Pengawetan basah sesuai digunakan untuk menyimpan spesimen haiwan kecil.Pengawetan basah juga sesuai untuk mengekalkan warna asal spesimen tumbuhan. Pengawetan Spesimen Haiwan Secara BasahBahan dan radas yang diperlukan:Spesimen pilihanBotol pilihanBotol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen)Sekeping kaca nipis segi empat tepat (muat untuk dimasuk dan disandarkan pada dinding botol spesimen) Bahan pengawetBahan pengawet:Sama ada etanol atau formalin.Formalin asal berkepekatan 40%.Kepekatan bahan pengawet bergantung kepada saiz spesimen.

SpesimenKepekatan PengawetHaiwan kecil (serangga dan invertebrata)Alkohol 70-80%Haiwan besar (moluska, amfibia, reptilia dan mamalia)Formalin 4% (100 ml 40% formalin asal + 900 ml air suling)Bahan dan radas yang lain:Tali nilon atau benangKloroformKapasForsep Peralatan lain yang sesuaiKaedah penyediaan spesimen awetanMatikan spesimen dengan menggunakan kloroform dalam sebuah botol berpenutup.Spesimen boleh dimatikan dengan cara lain tetapi spesimen perlu dimatikan dalam tempoh yang pendek dan kurang menyakitkan. Spesimen diikat pada sekeping kaca nipis segi empat dengan tali nilon atau benang. Pastikan susunan anggota spesimen pada kedudukan yang terbaik supaya setiap bahagian dapat dilihat dengan jelas. Masukkan kepingan kaca berspesimen dalam keadaan tersandar dengan baik pada dinding botol spesimen.Atur kedudukan terbaik yang memungkinkan spesimen dapat dilihat dari pelbagai sudut dengan jelas dan baik. Botol pengawet mestilah diisi dengan bahan pengawet sehingga ke aras di mana apabila botol ditutup, tidak terdapat ruang udara di dalamnya.Sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. Udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan. Tampalkan label yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:Nama sains:Nama am:Tarikh:Habitat / tempat spesimen diperoleh:Nama pengumpul:Larutan pengawet:Bagi spesimen yang tebal, misalnya katak, kita perlu menyuntik formalin 4% ke dalam tubuhnya bagi memastikan anggota dalam turut diawet.Bagi ular pula, kita terpaksa menyuntik setiap jarak 5cm di sepanjang tubuhnya. Alkohol mudah meruap maka pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan bagi mengelakkan kekeringan yang seterusnya merosakkan spesimen yang diawet. Pengawetan SpesimenTumbuhanSecara Basah

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basahBahan / Radas:

Spesimen pilihanBotol pilihanBotol spesimen (saiz bersesuaian dengan saiz spesimen)Bahan pengawetan (Jenis pengawetan dan kepekatan bergantung kepada jenis & bahagian spesimen)Kaedah:

Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basahSpesimenBahan & Kepekatan PengawetAlga, kulat dan buah yang lembutLarutan Formalinasetik alkohol (FAA)[Campurkan kira-kira 5ml asid asetik glasial, 90ml etanol 70% dan 5ml formalin asal (formaldehid 40%)]

Buah (bagi mengekalkan warnanya)Larutkan 50g zink klorida dalam 1L air suling. Tambahkan 25ml formalin dan 25ml gliserol.Langkah seterusnya:

Sebaik spesimen tumbuhan telah dimasukkan ke dalam larutan pengawet terakhir, sapu tepi tudung dengan lilin cair supaya kedap udara. [Nota: Udara boleh mengoksidakan etanol atau formalin dan menjadikannya kurang berkesan.]Pengawetan Spesimen Tumbuhan secara basahPengawetan Spesimen Tumbuhan secara basahLangkah seterusnya:

Tampalkan label yang mengandungi antaranya maklumat-maklumat berikut:

Nama Sains:Nama Am:Tarikh:Habitat / Tempat spesimen diperoleh:Nama Pengumpul:Larutan pengawet:Sekian, Terima Kasih!