agama kristian dalam dunia moden isi kandungan · 2020. 11. 6. · agama kristian pada kurun ke-17...

10
Hak Cipta Diterbitkan kali pertama di Malaysia pada tahun 2020 oleh Pristine World Sdn Bhd Hak cipta © 2020 Pristine World Sdn Bhd Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh dicipta semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperoleh semula ataupun dihantar dalam sebarang bentuk ataupun cara, elektronik, mekanikal, cetak semula, rakaman, imbasan dan lain-lain tanpa kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta. Petikan Alkitab diambil daripada ALKITAB VERSI BORNEO COPYRIGHT © 2016 BORNEO SABDA LIMITED Tidak dibenarkan memetik atau mengeluar ulang Alkitab © Borneo Sabda Limited dan isi kan- dungan dalam cara apa pun dan untuk tujuan apa pun, tanpa kebenaran daripada pemegang hak milik Edisi Alkitab ini, iaitu Borneo Sabda Limited. Untuk tujuan bukan komersil dan pemetikan tidak melebihi 1000 (seribu) ayat atau satu kitab, maka kebenaran tidak diperlukan, namun pada akhir petikan harus dicantumkan kata-kata: ‘Dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited’ Prakata daripada Biskop 4 Kata Penghantar dan Penghargaan daripada Penulis 5 Prakata Penulis 6 Kumpulan Produksi 7 Seksyen 1 Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 10 Bab 2 Taakulan dan Iman 28 Bab 3 Kehidupan Baharu di Amerika 44 Bab 4 Kebangunan Rohani Metodis 58 Bab 5 Kebangunan Rohani dan Revolusi 78 Seksyen 2 Agama Kristian pada kurun ke-19: Zaman Perkembangan 93 Bab 6 Agama Kristian Berdepan Cabaran Baharu 98 Bab 7 Penginjilan dan Respons Sosial daripada Gereja 109 Bab 8 Kebangkitan Misi Moden 130 Seksyen 3 Agama Kristian pada kurun ke-20: Zaman Moden 148 Bab 9 Cabaran Zaman Moden 150 Bab 10 Roman Katolik dan Gereja Ortodoks 170 Bab 11 Gereja Global Baharu 190 Epilog 213 Kejadian Penting dari tahun 1600 ke 2000 217 Glosari 219 Bibliografi 222 Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan

Upload: others

Post on 21-Nov-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

Hak Cipta

Diterbitkan kali pertama di Malaysia pada tahun 2020 oleh Pristine World Sdn Bhd

Hak cipta © 2020 Pristine World Sdn Bhd

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh dicipta semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperoleh semula ataupun dihantar dalam sebarang bentuk ataupun cara, elektronik, mekanikal, cetak semula, rakaman, imbasan dan lain-lain tanpa kebenaran

bertulis daripada pemegang hak cipta.

Petikan Alkitab diambil daripada ALKITAB VERSI BORNEO

COPYRIGHT © 2016 BORNEO SABDA LIMITED

Tidak dibenarkan memetik atau mengeluar ulang Alkitab © Borneo Sabda Limited dan isi kan-dungan dalam cara apa pun dan untuk tujuan apa pun, tanpa kebenaran daripada pemegang

hak milik Edisi Alkitab ini, iaitu Borneo Sabda Limited.

Untuk tujuan bukan komersil dan pemetikan tidak melebihi 1000 (seribu) ayat atau satu kitab, maka kebenaran tidak diperlukan, namun pada akhir petikan harus dicantumkan kata-kata:

‘Dipetik daripada Alkitab © Borneo Sabda Limited’

Prakata daripada Biskop 4Kata Penghantar dan Penghargaan daripada Penulis 5Prakata Penulis 6Kumpulan Produksi 7 Seksyen 1

Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 10Bab 2 Taakulan dan Iman 28Bab 3 Kehidupan Baharu di Amerika 44Bab 4 Kebangunan Rohani Metodis 58Bab 5 Kebangunan Rohani dan Revolusi 78

Seksyen 2

Agama Kristian pada kurun ke-19: Zaman Perkembangan 93Bab 6 Agama Kristian Berdepan Cabaran Baharu 98Bab 7 Penginjilan dan Respons Sosial daripada Gereja 109Bab 8 Kebangkitan Misi Moden 130

Seksyen 3

Agama Kristian pada kurun ke-20: Zaman Moden 148Bab 9 Cabaran Zaman Moden 150Bab 10 Roman Katolik dan Gereja Ortodoks 170Bab 11 Gereja Global Baharu 190

Epilog 213Kejadian Penting dari tahun 1600 ke 2000 217Glosari 219Bibliografi 222

Agama Kristian dalam Dunia Moden

Isi Kandungan

Page 2: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

1110

“Kita mengetahui kebenaran bukan melalui penaakulan, tetapi melalui hati.” Petikan daripada

“Pensees”oleh Blaise Pascal.

Kurun ke-16 merupakan tempoh paling bergelora dalam kisah agama Kristian. Gereja Roman Katolik berdepan salah satu krisis terbesarnya sewaktu Reformasi Protestan bermula di Jerman dan melanda seluruh Eropah. 1 Peperangan terjadi antara Roman Katolik dan Protestan di Jerman. Pemerintah dan pemimpin politik Jerman melihat manfaat menghapuskan kawalan Gereja Roman Katolik ke atas negara mereka. Perdamaian Augsburg ditandatangani dan akhirnya menghentikan peperangan itu pada tahun 1555. Perdamaian ini mengiktiraf Lutheranisme sebagai agama tempatan manakalaajaran Roman Katolik diamalkan

Gereja selepas Peperangan 30 Tahun1

BAB

1Rujuk Jilid 2 “Siri Sejarah Gereja untuk Keluarga”, Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan, Bab 11 dan 12.

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

di Empayar Suci Rom.2 Pemimpin di setiap kawasan berkuasa menentukan agama rakyatnya, sama ada Lutheran atau Roman Katolik. Calvinisme langsung tidak diendahkan.

Walaupun berdepan tentangan itu, Calvinisme semakin berkuasa di kawasan lain di Eropah. Pada penghujung abad itu, satu siri gereja

Malangnya pada tahun 1618, satu pemberontakan Protestan terjadi di Bohemia. Ia menjadi peperangan menentang Katolik yang tersebar ke seluruh benua Eropah. Perkara ini mencetuskan peperangan agama yang terakhir dan paling dahsyat. Ia dipanggil “Perang Tiga Puluh”3 kerana ia berlanjutan selama 30 tahun dan merupakan kemuncak persengketaan antara Katolik dan Protestan sejak bermulanya Reformasi

Protestan mulai menggantikan gereja Roman Katolik di kawasan kawalannya. Lutheran menguasai Jerman dan Scandinavia. Calvinisme mempunyai pengikut di Switzerland, Scotland, Belanda, Perancis, Bohemia dan Hungary. Orang Inggeris mendirikan gereja Anglikan.

Protestan. Peperangan ini merupakan konflik paling dahsyat dan membinasakan dalam sejarah Eropah. Pada tahun 1648, apabila kedamaian dicapai melalui Perdamaian Westfalen, landskap agama dan politik di Eropah pun berubah sepenuhnya.

Perdamaian Westfalen ialah sejarah penting bagi Gereja. Ia menandakan pengakhiran bagi konflik antara Roman Katolik dan Protestan di

Perdamaian Westfalen menandakan pengakhiran peperangan antara Roman Katolik dan Protestan.

2Empayar Suci Rom ialah kompleks pelbagai kawasan di Eropah Tengah yang terbentuk pada Zaman Pertengahan dan diteruskan sebelum dibubarkan pada tahun 1806. Kawasan terbesarnya ialah kerajaan Jerman, tetapi ia turut merangkumi kerajaan Bohemia, Burgundy, Itali dan kawasan-kawasan kecil yang lain. Rujuk Jilid 2 Siri Sejarah Gereja untuk Keluarga, : Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan, Bab 4 untuk penjelasan lanjut. 3Ibid., pp. 241-242

Perang Tiga Puluh tahun (1618-1648)

© Peter C.T.Lim © Pristine World

Basilika St. Peter di Kota Vatikan, iaitu kerajaan bebas di Rom, Itali.

Page 3: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

1312

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

benua Eropah. Melalui perdamaian itu, pengikut Lutheran, Calvinisme dan Roman Katolik diiktiraf memiliki hak sivil dan agama yang sama rata. Ia memulakan zaman kedaulatan negara. Dalam hal keagamaan, semua pemimpin dan pengikut bebas memilih agama sendiri sama ada Katolik, Lutheran atau Calvinsime. Paus dihalang masuk campur dalam hal keagamaan di negara-negara Eropah baharu. Tiada lagi kerajaan Kristian di bawah kuasa Gereja Roman Katolik. Walaupun ditentang Rom, tanah gereja dibebaskan daripada kawalan Gereja Roman Katolik dan diagih-agihkan kepada beberapa buah negara yang terlibat dalam peperangan itu:

Pada awal kurun ke-16, hanya terdapat ‘satu’ Gereja Kristian di Eropah iaitu Gereja Roman Katolik yang diketuai Paus. Pada pertengahan kurun ke-17, terdapat empat tradisi atau

mazhab utama: Roman Katolik, Lutheran, Calvinisme dan Anglikan. Utara Eropah dikuasaiProtestan (kecuali Ireland). Lutheran menguasai Jerman dan Scandinavia, manakala Calvinisme menguasai Switzerland, Belanda dan Scotland. Selatan Eropah kembali memeluk ajaran Roman Katolik, termasuklah Sepanyol, Itali dan kebanyakan tempat di Perancis. Di England, Gereja Anglikan kekal sebagai satu-satunya gereja yang sah.

Apakah yang berlaku kepada Gereja sewaktu ia memasuki fasa seterusnya? Dalam bab ini, kita akan mengkaji keadaan mazhab-mazhab yang muncul daripada Reformasi dan perang agama. Kita juga akan mempelajari sejarah gereja Ortodoks dan Gereja di Rusia.

Peta Mazhab Keagamaan di Eropah pada pertengahan kurun ke-17

Sidang Trento (1545-1563) yang bersidang pada satu kurun dahulu bagi menghadapi cabaran daripada Reformasi Protestan telah menentukan keortodoksan4 Katolik untuk empat kurun seterusnya. Ia turut mengeluarkan satu program reformasi yang tertumpu pada pemusatan kuasa paus. Pada penghujung sesinya, prestij paus semakin meningkat dan diberikan lebih banyak kuasa ke atas seluruh Gereja Katolik. Tetapi keputusan ini tidak diterima baik kebanyakan pihak di Eropah atau dalam kalangan penganut Katolik. Perang agama menunjukkan tiada apa-apa yang diselesaikan dengan penindasan dan paksaan. Pemimpin politik dan pemerintah mulai yakin

Gallicanisme Pada hujung Zaman Pertengahan, sewaktu kepausan dikuasai raja Perancis,5 paus memberikan beberapa konsesi kepada monarki Perancis dan autonomi kepada Gereja Perancis. Sejak itu ahli teologi Perancis mendakwa raja Perancis mempunyai jawatan istimewa dalam Gereja Katolik. Reaksi orang Perancis terhadap titah pemusatan Sidang Trento ialah mendesak tentang “kebebasan Gereja Gallican” purba, (istilah ini berasal

keputusan mereka tidak dipimpin Gereja tetapi demi kebaikan kuasa pemerintahan dan subjek mereka.

Hubungan antara Gereja Roman Katolik dan pelbagai negara di Eropah semakin tegang pada kurun ke-17 dan ke-18. Pada waktu itu, terdapat peningkatan semangat cintakan negara dan kuasa monarki. Raja dan nasionalisme menentang pemusatan Gereja di bawah kuasa paus. Maka terhasillah pelbagai gerakan dalam Gereja Katolik yang mencabar kuasa paus. Tentangan terhadap kuasa paus akhirnya melemahkan Gereja Katolik untuk berdepan cabaran-cabaran pada masa hadapan.

daripada “Gaul”, nama Perancis purba). Ahli teologi Perancis dari Universiti Paris menulis empat “Rencana Gallican” yang turut dipanggil “Kebebasan Gallican”, untuk mengisytiharkan pendirian mereka. Pada tahun 1682, Raja Louis XIV mengumpulkan paderi Perancis yang mengamalkan rencana-rencana ini.

Menurut rencana-rencana ini, raja tidak dikuasai Gereja dalam hal politik dan hak istimewa Gereja Perancis tidak patut diubah. Mereka mendakwa sidang Gereja Perancis adalah lebih

Gereja Roman Katolik pada Kurun ke-17 dan ke-18

Gerakan Tentangan dalam Gereja Katolik

4“Ortodoks” berasal daripada istilah “ortho” yang bermaksud “benar” dan “doxa” yang bermaksud “kepercayaan”. Keortodoksan Katolik bermaksud ajaran yang dianggap benar oleh Roman Katolik. 5Rujuk Siri Sejarah Gereja untuk Keluarga, Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan, m/s. 150-154.

Page 4: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

1514

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

© P

CTL

201

2

berkuasa berbanding paus dan keputusan paus hanya muktamad jika dipersetujui sidang itu. Idea ini amat ekstrem dalam kalangan Gereja Katolik dan kemudiannya diamalkan sewaktu Louis XIV bertengkar dengan paus tentang hal pemilihan biskop.

Pengikut Gallicanisme turut menolak ajaran daripada kumpulan Ultramontanes. 6

Ultramontanisme menekankan kuasa paus dan pemusatan Gereja. Ajaran ini turut menganggap

paus sebagai penguasa mutlak Gereja di seluruh dunia. Pengikut Gallicanisme tidak meragui kewibawaan rohani paus. Persengketaan mereka berkaitan kuasa mutlak paus ke atas pentadbiran politik dan hal ehwal gereja di negara mereka. Gereja Katolik ialah pemilik tanah besar dan pemegang kuasa politik utama di negara itu. Paus memilih Biskop Agung dan biskop, tetapi pengikut Gallicanisme tidak percaya kuasa ini memberikannya hak memerintah negara mereka.

Satu lagi kumpulan yang berkuasa muncul dan menjadi ancaman kepada gereja Roman Katolik iaitu gerakan Jesuit. Kumpulan ini terdiri daripada paderi fahaman Ignatius dari Loyola pada kurun ke-16. Mereka merupakan kuasa tunggal gereja Roman Katolik yang membantu menghentikan penyebaran ajaran Protestan selepas Reformasi dan kembali memujuk orang ramai menganuti ajaran Katolik. Mereka turut menjadi guru serta pendengar akuan dosa orang kaya dan berkuasa. Akan tetapi, pada kurun ke-17, segelintir orang menganggap ajaran mereka tentang dosa dan kasih kurnia sebagai longgar. Tentangan paling agresif terhadap Jesuit datang daripada gerakan Jansenisme.

Cornelius Jansen ialah seorang ahli teologi Belanda yang memeluk ajaran Augustine, iaitu ajaran yang berpaksikan tentang dosa dan kasih kurnia. Jansen percaya cara terbaik mempertahankan ajaran Katolik daripada cabaran Protestan ialah dengan kembali kepada doktrin yang diajar Biskop Augustine.

Jansenisme

6Nama ini berasal dari perkataan Latin ‘ultramonotanus’ yang bermaksud ‘di seberang pergunungan’. Pergunungan yang dimaksudkan ialah Alp yang memisahkan Perancis dari Itali, tanah paus. Ultramonotanes memandang ke seberang Alp untuk pimpinan paus.

Sumber: Jean Morin [Domain awam], melalui Wikimedia Commons.

Cornelius Jansen

Beliau menegaskan kod moral tegas harus diamalkan paderi Katolik untuk menentang etika Jesuit yang membahayakan. Selepas kematiannya pada tahun 1638, pengikut Jansen menerbitkan karyanya, Augustinus dan ajaran beliau ke seluruh Perancis. Inilah permulaan bagi gerakan Jansenisme.

Para pemimpin Katolik mulai menyerang Jansenisme dari awal. Mereka membenci ajaran, kedegilan dan kebebasan pemimpinnya. Oleh itu, pengikut Jesuit berusaha agar hasil kerja Jansen dikutuk paus. Paus Alexander VII dan Raja Louix XIV berganding kuasa untuk memaksa pengikut Jansen akur. Pengikut Jansenisme ditindas selama lebih dari setengah kurun sebelum terpaksa melarikan diri ke Belanda.

Bahawa Cornelius Jansen membaca tulisan Augustine sebanyak sepuluh kali sebelum menulis ajarannya sendiri?

Bagi membina teologi padu yang akan mendiamkan orang Protestan, Jansen membaca semua hasil tulisan Augustine sebanyak sepuluh kali. Dia turut membaca hujahnya melawan Pelagianisme yang dianggap ajaran sesat, sebanyak 30 kali. Selepas persediaan ini, beliau menulis buku teologinya dalam bahasa Latin yang bertajuk “Augustinus”.

TAHUKAH ANDA...

Terdapat gerakan balasan di kawasan lain di Eropah dalam kalangan Roman Katolik. Febronianisme dinamai sempena seorang biskop Katolik, Justin Febronius7 yang mencadangkan Gereja ialah komuniti orang beriman yang patut dipimpin biskop dan bukannya paus. Paus Clement XII mengutuk ajaran Febronius sebagai ajaran sesat tetapi fahaman itu terus tersebar dan menjadi terkenal.

Terdapat satu lagi gerakan yang bermula dari kediaman diraja di Vienna. Maharaja Suci Rom, Joseph II merupakan seorang pemimpin yang terpelajar dan berfikiran liberal. Beliau memulakan beberapa reformasi di kawasannya kerana menganggap gereja Katolik tidak bertolak ansur. Beliau mengambil alih pendidikan paderi, menutup biara-biara yang dianggap

terlalu kolot dan membuka gereja baharu. Pemerintah lain mengikuti jejaknya dan Gereja Rom yang mengutuk Febronianisme pada tahun 1764, turut mengutuk Josephisme pada tahun 1794. Akan tetapi, semua gerakan ini dihentikan sepenuhnya oleh Revolusi Perancis dan bukannya disebabkan oleh kutukan paus.

Satu lagi gerakan balasan bernama Quietisme berlaku dalam kalangan Gereja Katolik pada kurun ke-17. Diasaskan oleh Miguel de Molinos dari Sepanyol, ia mempunyai sesetengah pengaruh daripada kerohanian Protestan seperti yang akan kita lihat dalam bab seterusnya. Pengamal Quietisme mengajar bahawa penyerahan penuh kepada Tuhan ialah kesetiaan dan disiplin Kristian terbaik.

Gerakan Balasan Yang Lain

7Justin Febronius ialah nama samaran bagi Johann Nikolaus con Hontheim, seorang biskop di Trier atau Treves, iaitu uskup Roman Katolik di Jerman.

Page 5: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

1716

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

Tidak seperti gerakan Jansenisme yang lebih bersifat ilmiah dan menarik golongan terpelajar, gerakan Quietisme mempunyai ramai pengikut daripada golongan awam. Doktrinnya lebih ringkas dan menyentuh kerinduan golongan petani serta bangsawan. Ajaran Molinos mencetuskan tentangan hebat dan mereka sering dikutuk oleh pemimpin Roman Katolik.

Kisah Benar Pertemuan Blaise Pascal dengan Tuhan

Blaise Pascal, seorang ahli fizik terkenal yang menemui prinsip atmosfera dan tekanan hidraulik, merupakan seorang pengikut ajaran Jansenisme yang pernah mengalami pertemuan dengan Tuhan. Beberapa hari selepas kematian Pascal, seorang orang suruhannya ternampak benjolan ganjil pada jaket saintis itu. Dia menjumpai sehelai kertas tempat Pascal menulis pengalamannya bertemu dengan Tuhan pada Isnin 23 November, 1654. Selama dua jam, dari 10:30 p.m. sehingga 12:30 a.m., dia berada dalam hadirat Tuhan. Dia menulis dia mengalami, “...kepastian, perasaan, sukacita, kedamaian. Tuhan Yesus Kristus...”Dia menyembunyikan pengalaman ini selama lapan tahun sambil menenun dan membuangnya berulang kali dari jaket setiap kali dia harus mengingatkan diri tentang pengalaman ini.

© P

CTL

201

2

Francois Fenelon, seorang biskop muda, tertarik dengan ajaran Quietisme daripada Madame Guyon namun tidak mengamalkannya secara ekstrem. Dia seorang yang rendah diri dan warak. Dia hidup dengan amat murni sehingga para sarjana percaya Victor Hugo menjadikannya sebagai model untuk watak utama yang murni, Monseigneur Myriel dalam bukunya yang terkenal, “Les Miserables.”

TAHUKAH ANDA...

Jeanne Marie Bouvier de la Motte, atau Puan Guyon, ialah penyokong Quietisme yang paling berpengaruh. Dia dipaksa berkahwin pada usia 16 tahun kepada lelaki yang berusia 22 tahun lebih tua daripadanya. Rumah tangganya tidak bahagia. Ia membuatnya sering mengasingkan diri untuk berdoa dan membuat renungan selama 12 tahun ketika suaminya masih bernyawa. Selepas kematian suaminya, dia membawa anak perempuannya untuk meninggalkan dua orang anak lelakinya bersama ahli keluarga yang lain kemudian berpindah ke Geneva. Di sana, dia berkumpul dengan komuniti Huguenot (Penganut Protestan di Perancis). Selepas itu, dia berpindah ke Paris bersama beberapa orang penyokong.

Di Paris, namanya tersebar dan dia mempunyai ramai pengikut termasuk dalam kalangan orang berpengaruh, ramai antara mereka ialah wanita. Semua ini membuat raja mengesyakinya lalu dia ditangkap. Dia ditahan selama beberapa bulan sehinggalah dia mengeluarkan kenyataan penarikan balik ideanya. Selepas dibebaskan, hasil tulisannya tetap dibaca ramai. Dia ditangkap sekali lagi dan dipenjarakan selama tujuh tahun. Akhirnya pada tahun 1703, dia dibebaskan di bawah jagaan anak lelaki sulungnya. Dia menghabiskan hayatnya di sana. Tulisannya masih dibaca sehingga ke hari ini oleh ramai orang yang mengagumi ajarannya.

Miguel de Molinos, pengasas gerakan Quietisme merupakan seorang murid Jesuit dan ditahbiskan pada usia 22 tahun. Dia menjadi terkenal sebagai pengkhutbah yang bersemangat dan bijak. Ramai orang, termasuklah bakal Paus Innocent XI, meminta nasihatnya. Pada tahun 1675, dia menerbitkan buku bertajuk “Panduan Rohani” yang mengajar pembaca tentang amalan meditasi dan renungan untuk menenteramkan jiwa serta membenarkan Tuhan berfirman. Pada asalnya buku tersebut diterbitkan dalam bahasa Itali dan Sepanyol, kemudian ia diterjemahkan kepada bahasa Latin, Perancis dan

Jerman. Ratu Christina dari Sweden turut membacanya.Ajarannya menimbulkan persengketaan dan dia dituduh menjalankan hubungan dengan pengikut perempuannya. Pada tahun 1685, Molinos dan pengikutnya ditangkap atas arahan paus. Oleh sebab Paus Innocent XI tidak mahu membunuh pengikut Quietisme, dia memenjarakan Molinos selama 11 tahun sehingga di akhir hayatnya. Dalam perbicaraannya, dia enggan mempertahankan diri walaupun berdepan tuduhan tidak masuk akal. Dia menerima hukuman secara senyap dan menghabiskan sembilan tahun terakhir dalam hayatnya secara senyap di dalam penjara.

Puan Guyon (1648-1717)

Miguel de Molinos (1628-1696)

Melalui Frankreich. Stahlstich. [Domain awam], melalui Wikimedia Commons

Blaise Pascal, ahli fikir Katolik paling tersohor pada zamannya ialah seorang pengikut Jansenisme. Dia juga seorang ahli matematik, fizik, pereka cipta, penulis dan ahli falsafah. Dari usia muda, Pascal terbukti seorang yang bijak, terutamanya dalam bidang Fizik dan Matematik. Sebelum berusia 27 tahun, dia mulai dikagumi ahli matematik di Paris. Dia turut menemui prinsip asas tekanan atmosfera dan hidraulik serta mencipta mesin kira-kira untuk membantu ayahnya yang bekerja sebagai pengumpul cukai.

Pascal memeluk Jansenisme pada usia 31 tahun, lapan tahun sebelum kematiannya. Dia menulis 18 pucuk “Surat ke Daerah” untuk mencabar teologi dan amalan Jesuit. Surat-surat itu dikutuk paus tetapi diterima dan dibaca oleh semua golongan terpelajar di Perancis.

Pada tahun 1662, Pascal menghidap penyakit yang teruk kemudian meninggal dunia dua bulan kemudian pada usia 39 tahun. Rakan-rakannya menjumpai hasil tulisannya tentang iman dan akal kemudian menerbitkannya dengan tajuk “Fikiran” atau “Pensees.”

Blaise Pascal (1623-1662)

Sumber: [Domain awam], melalui Wikimedia Commons

Blaise Pascal

Madame Guyon

© P

CTL

201

2

Fail FaktaPetikan daripada ‘Pensees’ Pascal

• Manusia ialah misteri utama dalam alam semesta ini dan akal budi bukanlah panduan mutlak. Tuhan dan makna kehidupan harus dirasai oleh hati dan bukannya akal. ‘Hati mempunyai sebab yang tidak diketahui akal.’

• Mengenali Tuhan dan mengasihinya adalah berbeza.

• Kita tidak mengetahui kebenaran hanya melalui akal, tetapi dengan melalui hati.

• Terdapat kekosongan dalam setiap manusia yang tidak dapat diisi oleh sebarang ciptaan, tetapi hanya melalui Tuhan Pencipta, yang dikenali melalui Yesus Kristus.

Bahawa watak utama dalam buku terkenal “Les Miserables” oleh Victor Hugo mungkin ditulis berdasarkan Kehidupan Seorang Pengikut Quietisme?

Tokoh-Tokoh Roman Katolik

Page 6: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

1918

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

Dari sudut yang positif, misi Katolik diteruskan ke pelbagai tempat di seluruh dunia terutamanya di Asia pada zaman ini. Pada tahun 1622, Paus Gregory XV mengasaskan Sidang untuk Penyebaran Iman yang turut dikenali sebagai Propaganda.8 Ia terdiri daripada sekumpulan kardinal yang berperanan untuk merekrut dan melatih penginjil serta membekalkan sumber wang dan kesusasteraan untuk misi mereka. Pada kurun ke-17, Perancis mulai menggantikan Sepanyol dan Portugal sebagai sumber utama penginjil.

Pada kurun ke-18, pusat Katolik di Asia terletak di Selatan Vietnam dan Filipina. Di bawah pemerintahan Sepanyol, ramai penduduk Filipina akhirnya memeluk ajaran Katolik pada penghujung abad itu. Terdapat juga komuniti yang kuat di India, Ceylon dan China. Negara yang memberikan masalah terburuk bagi Gereja Katolik ialah China. Kontroversi terjadi antara Jesuit dan fahaman yang baru datang seperti Franciscanisme dan Dominican. Sebagai kesannya, maharaja mengharamkan semua kegiatan penginjilan. Hampir semua penginjil Katolik dihalau dari China dan ramai Kristian dibunuh. Kawasan utama penginjilan Katolik yang lain pada zaman ini ialah Afrika sub-Sahara, di kawasan yang dipanggil Angola dan Congo sekarang. Akan tetapi, kuasa Eropah

memperdagangkan hamba dan menyukarkan gereja orang tempatan untuk berkembang.

Misi Katolik

8Istilah “propaganda” (bermaksud “menyebarkan”) pertama kali digunakan secara umum di Eropah berikutan aktiviti penginjilan Gereja Katolik. Menurut asal usulnya, “propaganda” ialah istilah purba yang mulia. Aktiviti keagamaan yang dikaitkan dengan propaganda pasti menarik perhatian orang. Istilah itu hanya mempunyai konotasi negatif pada masa akan datang.

Walaupun polisi am Propaganda ialah untuk merekrut paderi tempatan dan menghormati budaya mereka jika mampu, perkembangannya amat perlahan. Pada hujung abad ke-18, mungkin terdapat hampir 60 buah kawasan uskup9 di luar Eropah, dari Mexico ke Asia Timur. Akan tetapi, penginjilan Gereja Katolik perlahan-lahan dikalahkan oleh penginjilan Protestan kerana kuasa koloni dari Sepanyol dan Portugis menjadi

semakin lemah. Penginjilan dari Perancis menjadi semakin mencabar kerana orang Inggeris mulai menguasai laut dan kekangan Jesuit membuat Gereja Katolik kehilangan sumber penginjilan. Namun demikian, misi Katolik akan berkembang semula pada separuh kedua abad ke-19.

Gerakan Jesuit mungkin kumpulan paling berpengaruh dalam Gereja Roman Katolik selepas diiktiraf paus pada tahun 1540. 10 Mereka merupakan gerakan baharu yang berkuasa. Anak-anak lelaki bangsawan dilatih di sekolah mereka di seluruh Eropah. Raja-raja dan orang bangsawan berkuasa memilih mereka sebagai tempat mengaku dosa. Organisasi mereka yang akrab dan semangat penginjilan memberikan mereka banyak kejayaan serta musuh dari dalam. Orang Franciscan, Dominican raja-raja Portugal dan Sepanyol geram

tentang amalan penginjilan mereka di China dan India, menuduh mereka membenarkan orang tempatan meneruskan amalan keagamaan mereka. Golongan Jansenisme dan Ultramontanes turut menentang mereka. Akan tetapi, musuh utama mereka ialah ahli teologi dan pemerintah. Mereka dituduh mengajar bahawa pemerintah yang tidak mematuhi paus mungkin akan dibunuh.

Pada tahun 1758, mereka dituduh melakukan satu cubaan pembunuhan ke atas raja Portugal.

Kekangan Jesuit

9Kawasan uskup ialah daerah di bawah penjagaan seorang biskop.10Rujuk Siri Sejarah Gereja untuk Keluarga, Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan, m/s. 238-240.

Masalah terjadi di antara pengikut Jesuit, Franciscan dan Dominican di China.

Gerakan biarawati Franciscan memberikan impak besar kepada Gereja Katolik dan gereja-gereja di Asia Tenggara. © Peter C.T.Lim

© Pristine World

Page 7: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

2120

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

Setahun kemudian, mereka dihalau dari Portugal dan koloninya. Harta benda mereka turut dirampas oleh pemerintah. Tiga tahun selepas itu, mereka dihalau dari Sepanyol dan koloninya oleh Charles III. Akhirnya, pada tahun 1773, Paus Clement XIV, di bawah desakan Sepanyol dan Portugal, terpaksa mengarahkan kumpulan ini dibubarkan. Dengan berbuat begitu, kepausan kehilangan salah satu kumpulan terkuat dalam polisi kepausannya. Namun ini bukanlah pengakhirannya. Austria yang merdeka, Prussia yang Protestan dan Rusia yang Ortodoks tidak menerima keputusan paus. Begitu juga

kebanyakan paderi Katolik di Amerika Syarikat, ramai antara mereka merupakan Jesuit. Titah paus ini ditarik semula pada tahun 1814.

Kesannya pada waktu itu adalah amat luar biasa. Penginjilan di semua tempat menjadi terganggu kerana aktiviti kumpulan itu dihentikan. Perkara ini amat malang bagi Gereja Katolik. Gereja Katolik kehilangan prestij dan kepimpinan pada waktu yang penting sewaktu Gereja berdepan pergolakan seperti yang kita akan kita lihat kemudian.

Ajaran Protestan pada abad ke-17 dan ke-18 turut berdepan cabaran tersendiri. Walaupun banyak kumpulan Protestan memusuhi Gereja Katolik, mereka tetap tidak mampu bersatu. Disebabkan mereka menolak pemusatan kuasa paus, kini mereka harus mencari sumber lain. Mereka menjumpainya dalam pengakuan iman dan ringkasan pendek kepercayaan teologi asas Gereja yang dianggap harus dipatuhi oleh para pemimpin. Pengakuan iman dilakukan untuk melindungi Gereja daripada ajaran sesat. Penyokongnya mahu memastikan idea mereka tepat kemudian menyebarkannya kepada pemimpin gereja untuk disampaikan kepada jemaah gereja. Doktrin yang benar dianggap penting bagi Kristian Ortodoks.

Setiap kumpulan Protestan turut bersemangat untuk mempertahankan ajaran atau pegangan daripada satu sama lain serta menghasilkan pengakuan iman sendiri.Para sarjana memanggil

gerakan ini keortodoksan skolatisisme. Mereka menjadi semakin tidak bertolak ansur, dingin dan akademik. Setiap butiran doktrin amat dipentingkan dan tiada sebarang percanggahan teologi yang dibenarkan. Orang Protestan percaya jika doktrin mereka dipastikan tepat, mereka akan hidup dengan baik. Kepercayaan yang tepat akan menghasilkan amalan yang tepat.

Tidak lama kemudian, setiap ahli teologi dari setiap kumpulan Protestan (termasuklah Katolik) menjadi semakin tegas dengan ajaran mereka sehingga menganggap hanya orang yang bersetuju sepenuhnya layak dipanggil Kristian. Dogmatisme dan peperangan agama meningkatkan rasa ragu-ragu terhadap ajaran dan kebenaran Kristian, terutamanya nilai teologi dan doktrin.

Ia turut membuat Gereja kehilangan kesegaran rohani dan kehidupan. Orang ramai lebih

Di bahagian Protestan

mementingkan doktrin daripada menjalani kehidupan beriman. Keortodoksan yang tegas dan kesan akibatnya yang negatif membawa

kepada beberapa gerakan penting yang akan kita lihat dalam bab seterusnya.

Calvinisme dan Keortodoksan ReformedGereja yang mengaku sebagai sebahagian daripada gerakan Reformed yang mengikuti ajaran Calvin diasaskan pada abad ke-16 di Switzerland, selatan Jerman, beberapa buah tempat di Bohemia, Perancis, Belanda, England dan Scotland. Pada abad ke-17, kebanyakan Protestan di Eropah yang tidak memegang ajaran Lutheran adalah pengikut Calvinisme. Puritan di England amat dipengaruhi oleh ajaran Calvinisme. Belanda mengisytiharkannya sebagai agama rasmi pada tahun 1622.

Ketika ini jugalah Calvinisme, seperti Lutheran, mulai menentukan keortodoksannya. Pada awal kurun ke-17, seorang ahli teologi Belanda bernama Jacobus Arminius mulai mencabar ajaran Calvinisme yang mengatakan hanya mereka yang “dipilih” Tuhan akan menerima penyelamatan. Bagi menyelesaikan masalah Arminian, satu sidang yang dipanggil Sinod Dordrecht (1618-1619) dilakukan untuk memuktamadkan doktrin Calvinisme dan teologi Gereja Reformed Belanda. Mereka yang menolak keputusan sinod akan diisytiharkan sebagai pengikut ajaran sesat kemudian dihalaudari pangkat “benar-benar direformasi”. Sinod itu menghalau lebih dari 200 orang pemimpin

LutheranismePenyokong dan rakan karib Luther, iaitu Philip Melanchthon menentang banyak ajarannya. Selepas kematian Luther, kontroversi terjadi antara pengikut Melanchthon dan Luther. Kontroversi ini memaksa mereka menghasilkan Buku Concordia pada tahun 1557 untuk menjelaskan ajaran dan pendirian dalam kebanyakan isu. Buku ini juga menjadi panduan doktrin untuk semua gereja Lutheran.

Pada tahun 1600, pertentangan dalam pelbagai isu antara pengikut Lutheran dan Calvinisme menjadi semakin mendalam sehingga mereka menjadi musuh. Bagi melindungi pengikut daripada terjebak dalam Calvinisme dan Roman Katolik akibat penginjilan Jesuit, ahli teologi Lutheran cuba menjelaskan setiap doktrin. Tiada “penyimpangan” yang dibenarkan. Pemimpin gereja memastikan pendeta dan jemaah diajar tentang perbezaan dogmatik ajaran yang lain. Pada penghujung abad ke-17, gerakan pengakuan iman yang membawa nama Luther semakin diikuti ramai di Jerman, Scandinavia, Hungary dan Poland

Protestantisme pada abad ke-17 dan 18

Page 8: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

2322

Debat Arminian melawan Calvinisme. © Pristine World

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

Arminian dari negara itu. Akan tetapi, ajaran Arminian memperluaskan pengaruh dalam dunia Kristian termasuklah ke atas John Wesley yang mengasaskan mazhab Metodis pada abad seterusnya.

Anglikan11

Pada abad ke-17, gerakan Puritan mulai muncul dalam Gereja di England. Ramai orang buangan yang melarikan diri dari negara itu sewaktu ditindas di bawah pemerintahan seorang penganut warak Katolik yang digelar “Mary Berdarah”, kembali ke England. Mereka dipengaruhi ajaran Calvinisme sewaktu dibuang dan mahu mengasaskan Reformasi Calvinisme penuh

dalam Gereja Anglikan. Mereka yang tidak sabar menunggu perubahan akhirnya meninggalkan Gereja Anglikan untuk bersembahyang sendiri. Mereka dipanggil Pemisah (Seperatist) kerana mereka percaya Gereja patut dipisahkan daripada kerajaan. Pemisah dan Puritan lain adalah golongan penting yang mengasaskan koloni baharu di Amerika Utara.Kita akan mempelajari kisah ini dalam Bab Tiga.

Di England, perkelahian monarki yang lebih menyokong ajaran Katolik dan Puritan akhirnya mencetuskan perang agama terakhir, Perang Saudara Inggeris (1641-1646). Orang Puritan menang dan memerintah England buat seketika. Pada waktu itu, pelbagai kumpulan Kristian

Fail Fakta

Predestinasi – doktrin yang mengatakan bahawa hanya orang “terpilih” akan diselamatkan manakala yang lain ditakdirkan untuk kebinasaan bukanlah pusat ajaran asal Calvin. Di bawah pengaruh ahli teologi, Theodore Beza (1519-1605), ia akhirnya menjadi keutamaan. Akhirnya, seorang bekas murid Beza pun memulakan satu gerakan bantahan. Jacob Arminius (1560-1609) memulakan kontroversi di Belanda sewaktu mempertikaikan ajaran ini di universiti dan mahkamah.

Arminian – tidak lama selepas kematian Arminius, pengikutnya mengeluarkan dokumen bertajuk “Lima Rencana Remonstran” pada tahun 1610 untuk mengisytiharkan perbezaan ajarannya dengan Calvinisme. Mereka mengajar bahawa Kristus mati demi semua manusia dan semua orang mampu diselamatkan jika memilih untuk percaya. Dari segi teologi, debat ini membincangkan doktrin Tuhan dan penyelamatan.

Fail Fakta Lima Rencana Remonstran Arminius

Lima Rencana Remonstran, usul teologi oleh pengikut Arminius yang menentang ajaran Calvinisme telah diringkaskan di bawah:1. Orang yang mempercayai Kristus akan selamat manakala yang sebaliknya akan binasa, kedua-duanya tidak diakibatkan predestinasi.2. Kristus mati demi semua orang, bukan hanya untuk yang “dipilih.”3. Manusia menerima kasih kurnia Tuhan untuk mampu beriman dan beramal.4. Semua amalan baik berasal dari kasih kurnia Tuhan.5. Manusia mampu hilang keselamatan jika menyalahgunakan kasih kurnia.

yang dipanggil bukan penurut12 muncul dalam landskap keagamaan – Presbyterian, Bebas, Baptist, Quaker dan yang lain. Tidak lama kemudian, orang Inggeris mulai jemu dengan pemerintahan Puritan.

Gerakan Gereja England ke arah Calvinisme

terbantut kerana rakyatnya menerima Charles II sebagai raja. Akan tetapi, apabila adiknya, James II mengambil alih takhta pada tahun 1685 dan cuba mengamalkan Roman Katolik di negara itu, sidang Parlimen menggulingkannya. William dari Orange dan isterinya Mary merupakan orang Protestan. Mereka mengambil alih takhta dan mengembalikan Gereja Anglikan di England.

Kisah Benar

John Bunyan, Pemateri dan Pengkhutbah

Keluarga John Bunyan (1628-1688) adalah tukang pateri di England. Mereka bekerja membaiki atau membuat perkakasan logam. Pada pertengahan tahun 1640-an, dia berkhidmat sebagai askar untuk Puritan dalam Perang Saudara Inggeris. Dia memeluk ajaran Baptist dan berkhutbah di rumah-rumah, bangsal dan bilik pertemuan. Selepas tahun 1660, khutbah sedemikian diisytiharkan haram dan dia pun dipenjarakan. Sementara dipenjarakan, dia menulis “Perjalanan Seorang Kristian ke Alam Baka”(The Pilgrim’s Progress, diterbitkan dengan dua bahagian, 1678 dan 1684), iaitu alegori kehidupan Kristian yang kemudian menjadi salah satu buku paling banyak dibaca dalam sejarah Kristian.

Pada akhir hayat Bunyan, setiap kali dia dijemput berkhutbah di London, orang ramai berkumpul panjang di luar pintu bangunan yang dibuka untuk mendengarnya. Pada satu hari Ahad, terdapat hampir 3,000 orang yang terpaksa dinaikkan di bahu hadirin

kerana tidak ada ruang untuknya berjalan ke mimbar. Ramai orang yang mendengar khutbahnya merasa damai. John Bunyan meninggal dunia pada tahun 1688 akibat selesema sewaktu menunggang kuda dalam hujan lebat sewaktu cuba beramal.

Oleh John Bunyan (penulis jilid) [Domain awam], melalui Wikimedia Commons

Predestinasi vs. Arminian

11Rujuk Siri Sejarah Gereja untuk Keluarga, Agama Kristian Pada Zaman Pertengahan, m/s. 225-228 untuk kisah Gereja Anglikan. 12Bukan penurut ada kalanya dipanggil “penentang” ialah seseorang yang tidak bersetuju atau “akur” kepada pemerintahan Gereja Anglikan di England dan menyertai kumpulan agama tertentu.

Page 9: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

2524

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

Apabila Empayar Rom Timur ditumpaskan oleh Empayar Uthmaniyah pada tahun 1453, seluruh gereja Ortodoks (Timur atau Gereja Ortodoks Yunani) di Balkan13 dan Timur Dekat tiba-tiba terasing dari Barat. Gereja Ortodoks Rusia ialah satu-satunya bahagian daripada mazhab Ortodoks yang kekal di luar kawalan Empayar Islam Uthmaniyah. Pemulauan secara geografi dan intelek menjadikan gereja Ortodoks Timur kekal terpisah dan “senyap” sewaktu Reformasi berlaku pada abad ke-16.

Pada mulanya, rejim Uthmaniyah memberikan kebebasan kepada Gereja Ortodoks.

Mohammed II, penakluk Constantinople, meminta biskop memilih patriark baharu apabila patriark sebelum itu telah melarikan diri ke Rom. Dia membenarkan Gereja Ortodoks untuk wujud dan memberikan kuasa kepada patriark sebagai pemimpin agama dan pentadbiran seluruh populasi Kristian Ortodoks di Empayar Uthmaniyah. Akan tetapi, orang Kristian terpaksa hidup di bawah kekangan. Bilangan gereja dan biara semakin berkurangan bagi menyediakan ruang untuk pembinaan masjid. Majoriti gereja diubah menjadi masjid di bawah pemerintahan Uthmaniyah. Hanya sesetengah gereja diselenggarakan dan tidak banyak yang dibina.

Terdapat kemerosotan kreativiti teologi dalam Gereja Ortodoks. Tahap pendidikan teologi yang rendah turut tidak membantu. Ramai paderi buta huruf dan kegiatan penginjilan terbantut. Hukuman maut dijatuhkan kepada orang yang murtad daripada agama Islam kepada agama Kristian serta mereka yang dianggap menghina nabi. Orang yang dibunuh atas sebab demikian

Sumber: CCO Domain Awam melalui PixabayGereja Ortodoks di Yunani

Mural tipikal di dalam Gereja Ortodoks Yunani

dianggap sebagai “korban syahid baharu” oleh Gereja Ortodoks (korban syahid lama ialah mereka yang dibunuh dalam penindasan pada abad awal).

Pada abad ke-17 dan 18, kebanyakan gereja Ortodoks terletak di Timur Eropah, Barat Asia dan Timur Laut Afrika. Walaupun kuasa sultan Uthmaniyah semakin lemah, majoriti orang Kristian Ortodoks pada abad ke-18 masih hidup di bawah pemerintahan Islam. Walaupun ada kalanya penindasan orang Kristian berlaku di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyah,

Apabila Constantinople jatuh ke tangan Turki pada tahun 1453, ibu kota Rusia iaitu Moscow, menjadi “Rom Ketiga” dan pemimpin tradisi Ortodoks. Namun demikian, Gereja Timur tidak bersetuju dengan Rusia dan berkeras merekalah pemimpin sebenar Gereja Ortodoks.

Perebutan kuasa antara Tsar dan Gereja Ortodoks di Rusia mencapai kemuncaknya sewaktu -pemerintahan Pyotr I Agung (1672-1725). Pada tahun 1721, dia mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Orang Rusia dan mengumpulkan semua kuasa Gereja di bawah Tsar. Dia menghapuskan patriarki dan melantik dirinya sebagai ketua Gereja. Walaupun keadaan demikian, kerohanian Gereja tetap semakin mendalam kerana orang Kristian yang setia

patriark Constantinople berkhidmat di bawah kebenaran Uthmaniyah dan kekal sebagai pemimpin nominal Gereja Ortodoks. Gereja Ortodoks turut berdepan tekanan daripada penginjilan Katolik dan Protestan dari Barat pada ketika itu. Terdapat usaha keras daripada penginjil dan pemimpin gereja Roman Katolik untuk membawa Gereja Ortodoks di bawah kuasa paus namun mereka menentang sekeras-kerasnya.

13 Balkan ialah kawasan geografi di Tenggara Eropah bersempadan dengan barat laut Laut Adriatik, timur laut dan timur Laut Hitam.

Gereja Ortodoks

Gereja Ortodoks Rusia

Sumber: CCO Domain Awam melalui PixabayKatedral St. Basil, sebuah Gereja Ortodoks Rusia di Moscow.

Page 10: Agama Kristian dalam Dunia Moden Isi Kandungan · 2020. 11. 6. · Agama Kristian pada kurun ke-17 dan ke-18: Zaman Taakulan dan Kebangunan 8 Rohani Bab 1 Gereja selepas Peperangan

2726

1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun 1 Gereja selepas Peperangan 30 Tahun

tetap menyebarkan injil ke tempat-tempat baharu. Patriarki Gereja Ortodoks Rusia memainkan peranan penting dalam memimpin jemaah melalui zaman pergolakan. Satu gerakan yang dipanggil Jemaah Lama muncul pada abad ke-17 yang menentang reformasi patriark bagi memastikan Gereja Ortodoks Rusia selari dengan gereja Ortodoks yang lain. Gerakan ini

disokong oleh ribuan orang petani, penduduk bandar dan paderi yang menentang perubahan serta pernah ditindas. Walaupun demikian, Jemaah Lama terus bertahan dalam pelbagai puak dan kekal sebagai ciri-ciri landskap keagamaan Rusia sehingga ke abad 21.

Pada adab ke-17, Gereja tidak lagi mengawal kerajaan Kristian yang bersatu di Eropah. Kehidupan rohani Gereja, Katolik, Protestan dan Ortodoks adalah amat teruk sewaktu memasuki abad ke-17. Semangat keagamaan pada era Reformasi telah berlalu bagi gereja Protestan. Konflik keagamaan yang berpanjangan dan pertikaian doktrin menghasilkan prejudis dan sikap tidak bertoleransi. Perkembangan keortodoksan setiap kumpulan Protestan sama ada Katolik, Lutheran atau Calvinisme, tidak menyumbang kepada kehidupan rohani Gereja. Sebab itulah terjadinya reaksi kepada perkara yang berlaku. Orang ramai

mulai mempersoalkan kebenaran agama Kristian dan mencari cara baharu untuk memandang Tuhan dan dunia.

Sudut Bercerita Dalam Mempertahankan Kebenaran...

Orang Protestan pada abad ke-17 amat bersemangat mempertahankan kebena-ran sehingga terlupa menjalani kebenaran iman yang paling penting, iaitu kasih sayang dan belas kasihan. Bagaimanakah hubungan anda dengan orang Kristian yang tidak mempunyai pemahaman doktrin yang tepat namun berpengaruh di gereja atau persekutuan anda?

Jangan angkuh dan berfikir anda sentiasa benar. Itulah sikap mazhab-mazhab Protestan yang berfikir doktrin merekalah yang benar dan orang lain telah sesat.

Berlembutlah kepada orang yang tidak bersetuju dengan anda kerana Alkitab mengajar (1 Petrus 3:15) untuk memberikan orang sedemikian kelembutan dan rasa hormat.

Jangan terlalu asyik dengan aspek luaran kehidupan Kristian, seperti menghadiri dan melayani di gereja sebagai cara untuk menyukat kerohanian anda. Tuhan memandang hati anda, bukan betapa aktifnya anda dalam kehidupan Kristian.

Berdepan Cabaran

Ahli teologi berdebat sementara orang miskin kelaparan. © Pristine World

Ribut Bergolak