agenda tempatan 21 bandar sepang
TRANSCRIPT
LMCP 1532- PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
AINEEN NABIELA BT KAMALA 149450
PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN 21 ( BANDAR SEPANG )
Pengenalan Agenda Tempatan 21 ( LA 21)
Program LA21 yang memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership antara PBT, masyarakat dan sektor swasta ke arah pembangunan mapan. Jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, ia mampu mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat dan harmoni serta melahirkan sebuah masyarakat yang sihat dan peka terhadap isu-isu alam sekitar , sosial dan ekonomi.
Objektif LA 21
Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan.
Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.
Merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat.
Melaksanakan pelan tindakan LA21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.
Agenda Tempatan 21 Bandar Sepang
Misi “Bersama-sama Ke Arah Pembangunan Mampan”
Diperingkat Majlis Perbandaran Sepang, Jawatankuasa Local Agenda 21 dibentuk bagi mempromosikan pembangunan mampan. Pembangunan mampan yang dimaksudkan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan seperti keperluan terhadap udara, air dan sumber-sumber asas yang lain.
Ekonomi Bandar SepangMembangunkan asas ekonomi untuk menjana kekayaan negeri melalui pertumbuhan industri dan perdagangan yang berteraskan tanggungjawab sosial, penggunaan sumber secara mapan, pertimbangan kepekaan alam sekitar dan pengukuhan teknologi tempatan
• Pelan Tindakan Peningkatan Modal Insan
Bil Program1. Program usahawan2. Perbanyakkan Institusi Latihan ( Giatmara )3. Menyediakan latihan sistem pengurusan 4. Mengadakan kursus perniagaan dan menyediakan
peruntukan bagi permulaan perniagaan secara kecil-kecilan
5. Mempelbagaikan aktiviti para belia- Kem-kem motivasi- Kelas tambahan : Kelas komputer
6. Mempelbagaikan aktiviti para belia dengan komuniti- Hari keluarga- Hari bersukan- Mengadakan hobi sihat antara para belia- Program usahawan- Aktiviti gotong royong
Sosial Bandar SepangMembina sebuah masyarakat berilmu yang bersatu padu, berketrampilan, berkeyakinan diri, bermoral dan beretika, adil dan saksama, makmur dan menjadi agen perubahan menurut lunas pembangunan mampan melalui rekabentuk bandar, sistem perhubungan dan pengangkutan awam, susunatur perumahan, perdagangan, pekerjaan dan penyediaan kemudahan awam, infrastruktur, utiliti.
• Pelan Tindakan Masyarakat Sihat Sejahtera
Bil Program
1. Kempen kesedaran terhadap tahap kesihatan
2. Kempen rakyat sihat
3. Kempen hari dadah peringkat komuniti
4. Kempen keluarga bahagia
5. Mengadakan perkhidmatan kesihatan secara percuma
6. Menggalakkan masyarakat bersenam dan melakukan hidup secara sihat.
Alam Sekitar Bandar Sepang
Memelihara kesihatan ekosistem sebagai tunjang untuk mendasari usaha memastikan mutu kehidupan masyarakat terjamin. Sumber asli yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui diurus dengan bijaksana menggunakan pendekatan holistik.
• Pelan Tindakan Kebersihan dan PengindahanBil Program
1. Program gotong-royong membersih sampah dan kawasan longkang di kawasan kejiranan
2. Pertandingan kawasan tempat tinggal yang paling bersih
3. Penyemburan bagi pencegahan wabak denggi.4. Kempen anti denggi ( jabatan kesihatan dan
penduduk tempatan )5. Pertandingan gerai bersih6. Program penyelenggaraan bangunan bertingkat
seperti mengecat dan membersihkan bangunan secara gotong-royong.
7. Pengindahan kawasan sungai untuk kawasan rekreasi
8. Pengindahan lanskap di kawasan pelancongan ( Bagan Lalang )
9. Pertandinagn lanskap di kawasan kejiranan