air di dalam kehidupan

Upload: musbri-mohamed

Post on 14-Jul-2015

900 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Air di dalam kehidupan

Universiti Kebangsaan Malaysia Faculty of Law Pursuing PHD Program in Law P58462 Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )

1

Mekanisme kehidupan yang kompleks tidak mungkin dapat berfungsi hanya dalam satu lingkungan selain dalam lingkungan cair, dan satu-satunya cairan itu adalah air. Sebahagian besar bumi kita adalah air, bahkan sebahagian besar daripada diri kita sebagai manusia juga adalah air. Menarik untuk diketahui bahawa air merupakan tiga perempat daripada bahagian bumi dan diri manusia juga memiliki jumlah air yang serupa dalam tubuh.2

3

The water cycle is called the hydrologic cycle. In the hydrologic cycle, water from oceans, lakes, swamps, rivers, plants, and even you, can turn into water vapor. Water vapor condenses into millions of tiny droplets that form clouds. Clouds lose their water as rain or snow, which is called precipitation. Precipitation is either absorbed into the ground or runs off into rivers. Water that was absorbed into the ground is taken up by plants. Plants lose water from their surfaces as vapor back into the atmosphere. Water that runs off into rivers flows into ponds, lakes, or oceans where it evaporates back into the atmosphere. The cycle continues.

4

Walau air selalu mengalir ke tempat yang rendah, dan mengambil bentuk bekas yang memuatkannya, namun amat kuat serta gagah dan semua makhluk memerlukannya. Janganlah cuba-cuba membendung air, ia akan berputar dan berputar, menggerakkan segala yang berada di sekitarnya. Ia juga akan selalu mencari jalan keluar dari apa yang membendung laluannya. Apabila terus dibendung, pada akhirnya ia akan meledakkan penghalangnya dan memusnahkan semua yang ada di sekelilingnya.

5

6

Sumbangan besar air terhadap produktiviti ekonomi dan kehidupan harian jarang dihargai walaupun semua kegiatan sosial dan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada bekalan dan kualiti air. Dengan pertambahan penduduk serta kegiatan ekonomi, banyak negara menghadapi masalah kekurangan bekalan air atau menghadapi pembangunan ekonomi yang sudah hampir batasannya. Permintaan bekalan air semakin pesat bertambah sejak 10 tahun yang lalu dengan kadar 74 peratus diperlukan untuk penyaliran, kurang daripada 20 peratus untuk perindustrian dan 6 peratus untuk kegunaan domestik. Satu pengurusan menyeluruh bagi air sebagai satu sumber terhad dan terancam dan persepaduan di antara rancangan sektor air dengan program dalam rangka dasar sosial dan ekonomi nasional adalah amat penting terutamanya dalam abad ke 21 ini.

7

Penilaian terhadap sumber air yang sedia ada juga adalah amat penting bagi meneruskan kelangsungan kehidupan manusia. Penilaian sumber air termasuklah mengenalpasti sumber berpotensi bagi bekalan air tawar, yang merangkumi penerusan kerja mengenalpasti sumber, pergantungan dan kualiti sumber air serta aktiviti manusia yang memberi kesan kepada sumber air itu sendiri. Penilaian begini merupakan asas praktikal bagi pemuliharaan berterusan dan satu keperluan permulaan bagi penilaian kemungkinan untuk pembangunan. Walau bagaimanapun pada masa di mana maklumat mengenai sumber air yang lebih jitu dan boleh dipercayai amat diperlukan, keprihatinan terhadap kekurangan khidmat hidrologi dan badan lain yang berkaitan semakin meningkat terutamanya maklumat mengenai kualiti air dan air bawah tanah.

8

Objektif menilai sumber air adalah untuk memastikan kuantiti dan kualiti sumber air yang mencukupi, menganggarkan jumlah kuantiti sumber air yang masih ada dan potensi bekalan di masa hadapan, menentukan status kualiti masa kini, meramalkan persaingan antara permintaan dan bekalan serta untuk mengadakan pangkalan data saintifik bagi penggunaan sumber air secara rasional.

9

Air adalah sumber bersama. Pembangunan jangka panjang bagi air memerlukan pengurusan sumber yang menyeluruh. Masalah besar yang memberi kesan terhadap kualiti air timbul mengikut kepentingan bagi keadaan yang berbeza iaitu dari kumbahan domestik yang tidak terolah dengan sempurna, pelepasan effluen dari industri yang tidak, kehilangan dan kerosakan kawasan tadahan, penempatan kawasan perindustrian yang tidak dibuat dengan betul, kehilangan hutan, pertanian pindah yang tidak terkawal dan amalan pertanian yang buruk. Ini menyebabkan nutrien dan racun serangga melarut resap. Ekosistem akuatik terganggu dan sumber kehidupan air terancam. Di dalam keadaan tertentu, ekosistem akuatik juga mendapat kesan dari projek pembangunan pertanian sumber air seperti empangan, lencongan sungai, skim pemasangan dan penyaliran air.

10

Hakisan, pemendapan, kehilangan hutan dan penggunaan telah menyebabkan peningkatan susutan tanah dan menyebabkan kesan buruk terhadap ekosistem. Banyak dari masalah ini timbul dari model pembangunan yang merosakkan alam sekitar dan kurangnya kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan air. Kesan yang boleh diukur ialah kesan ekologi dan kesihatan manusia. Kaedah pencegahan amat perlu bagi mengelakkan kos yang tinggi berikutan langkah bagi membaikpulih sumber air yang rosak, mengolah dan membangunkan bekalan air baru.

11

Air Sebagai Sumber Minuman Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa air pincanglah kehidupan manusia dan hidupan lain. Di dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang utama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi memantapkan lagi sistem pertahanan badan.

12

Sungai banyak memberikan sumbangan kepada manusia dengan membekalkan sumber protein yang penting untuk badan seperti ikan air tawar terutamanya bagi penduduk di kawasan pendalaman. Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.

13

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik . Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak.

14

Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.

15

Sejak bermulanya tamadun manusia, sungai memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kebanyakan bandar-bandar yang wujud sekarang bermula dengan perkampungan kecil yang berkembang mengikut masa. Sebagai contoh bandaraya Kuala Lumpur yang berkembang dari perkambungan perlombongan bijih timah di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Air dari sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian seperti kawasan penanaman padi di Dataran Kedah, Dataran Kelantan, Delta Irrawaddy dan Delta Menam Chao Phraya. Air sungai juga digunakan untuk kegunaan industri seperti industri pemprosesan kelapa sawit . Sungai juga berperanan dalam kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi

16

Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan, pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan, pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air. Air mewakili 70 peratus daripada isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia. Air mengandungi hidrogen dan oksigen dan ia amat penting dalam isi planet ini untuk membesar dan tumbuh.

17

Pencemaran mengikut definisi bermaksud: "Untuk merosakkan atau tidak bersih atau kotor." Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air dirasakan tidak sesuai untuk digunakan manusia, maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air. Walaupun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan, manusia bagaimanapun nampaknya begitu mudah mengabaikannya dengan mencemarkannya dan mengotorkan longkang, sungai, tasik dan laut.

18

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada mencemarkan sumber air utama. Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia (contohnya racun serangga di ladang) yang dimusnahkan dengan tidak betul. Pencemaran atmosfera juga berpunca daripada manusia seperti penggunaan kenderaan (asap ekzos, kilang dan juga proses membuat roti).19

Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif. Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar dan sekali gus mencemarkan air. Air kumbahan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis sama ada ia mengandungi bahan keluli, organik, bahan bukan organik, serangan bakteria dan pencemaran jenis lain. Sehubungan itu, dengan memahami bentuk sesetengah air lebihan, kita boleh merawat air lebihan berkenaan secara efektif untuk memastikan ia mencapai tahap kebersihan yang sesuai dengan taraf alam sekitar.

20

Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-lain sejak bertahuntahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi, pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.

21

Pencemaran Terma pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi, sebagai ia sepatutnya. Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik untuk oksigen. Pencemaran Ekologikal ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya aktiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian geologikal seperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.

22

Air adalah sumber utama kepada semua benda hidup. Asal kepada wujudnya hidupan di muka bumi ini juga bermula dari air. Allah swt berfirman: "Tidakkah orang-orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi adalah keduanya bertaut (bersatu), lalu Kami belahkan keduanya? Kami jadikan tiap-tiap yang hidup dari air. Tidakkah mereka percaya?". (Surah Al-Anbiya:30). Dalam ayat ini Allah swt menceritakan bahawa semua makhluk yang bernyawa bermula daripada air. Air yang turun dari langit menjadi sumber kepada kewujudan kepada benda hidup di muka bumi ini. Akan tetapi adakah kita tahu tentang mengapa kita perlu membaca bismillah sebelum meneguk air? Pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa ada hikmahnya dari segi sains?

23

Bacaan ke atas perkataan yang membawa maksud yang baik pada air akan mendatangkan faedah kepada si peminumnya. Ini kerana zarah-zarah yang ada di dalam air akan berubah menjadi corak yang cantik dan paten yang seragam apabila air tersebut didedahkan kepada bunyi-bunyi dari perkataan yang baik. Apabila air yang memiliki molekul yang indah itu diminum, maka badan kita akan memancarkan cahaya ataupun "nur" yang tampak kelihatan pada wajah. Bahkan badan akan bertambah sihat dan cergas. Membuktikan kuasa Allah swt seperti yang dikaji saintis tubuh badan manusia mengandungi 70 peratus air. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa air memainkan peranan penting dalam membentuk manusia baik dari segi rohani ataupun jasmani. Maka dengan itu adalah penting bagi kita untuk memastikan semua air yang masuk ke badan kita memiliki molekul yang sempurna, yakni melalui pembacaan bismillah atapun doa sebelum meminum air tersebut.

24

Jika air yang dibaca zikir mampu mengeluarkan aura berseri pada wajah, maka begitu juga sebaliknya. Air yang dibiarkan terdedah dengan bunyi-bunyian lagu rancak yang tidak berfaedah akan memburukkan molekul-molekul air tersebut. Paten air tidak akan serasi dan bentuknya akan merubah kepada imej yang negatif. Air yang memiliki molekul yang buruk akan memberi kesan yang tidak baik kepada si peminum seperti mana air bermolekul indah memberi kesan sempurna kepada peminumnya. Dalam erti kata lain, air yang tidak dibaca bismillah, tidak akan dapat memancarkan keserian wajah pada si peminum, bahkan mungkin menjadikan orang lain tidak suka untuk melihat wajahnya setelah meneguk air yang tidak dibacakan puji-pujian ke atas Allah swt padanya.

25

Dr. Masaru Emoto, seorang saintis Jepun menulis dalam karyanya yang cukup terkenal berjudul "The True Power Of Water" menyatakan bahawa air boleh "mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan "mengerti" serta "merekod" ucapan seperti pita magnetik atau cakera padat. Semakin kuat konsentrasi pengucap, semakin jelas pesanan tercetak di dalam air. Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan penyakit di depan sebotol air maka terakam imej. Apabila dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Ketika dimainkan muzik simfoni Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Sewaktu muzik 'heavy metal' diperdengarkan, kristal akan hancur.

26

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

27

Satu lagi teori yang membuktikan ketaatan air ini kepada Allah s.w.t. adalah pembahagian air laut yang tidak bercampur di antara satu sama lain dan tetap berada pada kawasan yang telah ditetapkan. Al-Quran telah lama membuktikan teori ini. Allah swt berfirman: "Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman: 19-21). Allah berfirman lagi: "Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya." (Surah al-Furqan:53)

28

Air juga adalah salah satu dari jutaan makhluk Allah yang sentiasa taat dan patuh kepada fitrah dan suruhan Allah. Ia juga suka kepada perkara-perkara yang baik dan akan hancur jika terdedah kepada perkara-perkara yang tidak elok. Oleh yang demikian, kita manusia, makhluk yang diangkat oleh Allah sebagai makhluk yang terbaik, seharusnya menginsafi kejadian diri kita yang dipenuhi lebih tiga perempat dengan air.

29

Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf 7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah swt semata-mata.

30

Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa. Yang Ikhlas Musbri Mohamed Februari 2012

31