aktiviti ldk

Download Aktiviti ldk

Post on 30-Jul-2015

72 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. 41 OBJEKTIF Untuk saling mengenali antara satu sama lain Memberi kesedaran akan kepentingan konsep komunikasi dan hubungan antara satu dan yang lain Menggalakkan sikap kerjasama dan bekerja di dalam satu kumpulan kecil mahupun kumpulan besar BAHAGIAN 5 AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN Aktiviti 1: Membina Kumpulan (Ice Breaking) ktiviti ini merupakan salah satu aktiviti awal yang dilaksanakan untuk semua para pelajar yang terlibat dengan program berkenalan antara satu sama lain. Unsur alam sekitar boleh digunakan didalam aktiviti ini dan boleh dijadikan bahan interaksi di antara sesama pelajar. Cara Perlaksanaan Daya ingatan 1. Para pelajar diminta membuat satu bulatan besar. 2. Para pelajar akan diminta memperkenalkan diri masing- masing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas, mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal. 3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para pelajar tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang, fasilitator akan menarik seorang demi seorang pelajar untuk memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini berterusan sehinggalah fasilitator berpuas hati dengan tahap ingatan pelajar rakan-rakan mereka. A Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 41 2. Meningkatkan pengetahuan para pelajar mengenai pentingnya sesuatu haiwan hidup dalam satu kumpulan dan mengapa mereka berbuat demikian Peralatan Wisel Kad Manilan Kain Penutup Mata Aktiviti 1 Membina Kumpulan (Ice Breaking) Lampiran Aktiviti 42 Pengetahuan am mengenai haiwan 4. Aktiviti seterusnya, pelajar diberikan satu kad manila dan telah ditulis salah satu dari lima jenis haiwan. Para pelajar dikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika fasilitator mengedarkan kad itu. 5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca kad dan mula bergerak tanpa bercakap dengan melaungkan bunyi haiwan. 6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif mereka bersuara dan gaya yang akan dibuat. 7. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalam kumpulan masing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat. 8. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiap kumpulan akan melantik ketua masing-masing. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 42 3. AKtiviti 2 Pengembaraan Si Batu Lampiran Aktiviti 43 OBJEKTIF Memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan deria yang lain selain dari deria penglihatan Menambah ilmu dan pengalaman para pelajar berkenaan dengan keunikan unsure-unsur yang terdapat dalam alam sekitar melalui kaedah yang berbeza Mewujudkan kerjasama dan sikap saling Bantu menbantu antara para pelajar dalam sesuatu kumpulan. Peralatan Kain Penutup mata Tali besar Kertas kosong Aktiviti 2: Pengembaraan Si Buta Aktiviti ini mencabar ketahanan fizikal dan mental para pelajar di kawasan hutan tanah tinggi. Kebiasaannya aktiviti ini akan melibatkan unsure-unsur alam sekitar seperti tanah, air, udara, pokok, akar dan lain-lain lagi. Aktiviti ini juga menguji tahap penggunaan deria pelajar. Pelajar akan menggunakan kesemua deria yang ada kecuali deria penglihatan mereka. Cara Perlaksanaannya: 1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan panjang. 2. Para pelajar kemudian dikehendaki menanggalkan kasut masing-masing. 3. Selepas itu para pelajar dikehendaki menutup mata dengan rapat menggunakan kain penutup mata. Pelajar yang memakai cermin mata diminta menanggalkannya terlebih dahulu. 4. Fasilitator akan memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan para pelajar dikehendaki berdiam diri pada masa ini. 5. Para pelajar akan mula bergerak daripada yang dihadapan dipandu oleh fasilitator ke arah tali yang telah diikat (tali diikat pada pokok, batu besar, akar dan sebagainya mengikut denai yang telah ditetapkan). Kemudiannya para pelajar akan bergerak mengikut tali. 6. Setelah tamat, para pelajar dikehendaki membuka mata dan dikumpulkan di satu tempat dan dikehendaki menulis apa yang telah dilalui menggunakan deria-deria selain dari penglihatan. 7. Para pelajar akan dibawa semula ke denai tersebut untuk memerhati dan mengimbas kembali pengalaman para pelajar sewaktu melalui denai tersebut dengan mata tertutup. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 43 4. OBJEKTIF Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan. Peralatan Kompas Suunto Kad kompas dan soalan Peta kawasan Wisel Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi Lampiran Aktiviti 44 Aktiviti 3: Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan environmental hunt. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang terlibat. Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka. Cara Perlaksanaan 1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua 2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapat beberapa check point yang perlu dicari. Setiap check point akan dipandu dengan bearing serta clue. Di setiap check point juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab. 3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencari arah. 4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan . 5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. 6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa. 7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betul akan dikira pemenang. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 44 5. Aktiviti 3 Pencarian dan Penjelajahan alam semulajadi Lampiran Aktiviti 45 Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua check point dan soalan yang akan diberikan). Check Point 1 Bearing : 156 Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa Tempat orang berehat Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 45 6. OBJEKTIF Memerhati keadaan alam pada waktu malam Membezakan alam sekitar pada waktu malam dan mengesan haiwan yang aktif pada waktu malam Mengetahui pengaruh keadaan sekeliling yang gelap kepada manusia Peralatan Lampu suluh Pakaian dan kasut yang bersesuaian Peringatan Kemungkinan besar untuk mengesan atau melihat haiwan pada waktu malam adalah tipis jika para pelajar bising Aktiviti 4 Berjalan Malam Lampiran Aktiviti 46 Aktiviti 4: Berjalan Malam Di sebelah pagi, kita dikejutkan oleh nyanyian burung-burung. Di sebelah petang pula, kedengaran siulan sisit. Pada malam hari, akan kedengaran teriakan katak dan unggas-unggas. Semasa siang, kita dapat memerhatikan burung-burung terbang melayang-layang di udara dari pokok ke pokok. Apabila senja, mereka akan menghilangkan diri dan kelawar akan kelihatan berterbangan ke sana ke mari. Tumbuhan berbunga dan berbuah pada masa yang berlainan dalam setahun. Bukan sahaja berbunga pada masa yang berlainan dalam masa setahun bahkan mereka mengembang pada masa yang berlainan dalam sehari. Bunga merah dan cerah biasanya berkembang pada waktu siang dengan harapan dapat menarik perhatian serannga, lebah dan burung. Tumbuhan yang mempunyai bunga harum dan berwarna putih biasanya berkembang diwaktu senja dengan harapan dapat menarik perhatian rama-rama yang terbang pada waktu malam dan juga kelawar. Pada malam hari, tumbuhan yang terdiri daripada keluarga kekacang kelihatan menggulungkan daun mereka. Burung-burung akan terbang balik ke sarang mereka atau mencari tempat berteduh di dalam hutan di mana mereka akan berehat dan tidur. Semua serangga akan pulang ke sarang masing-masing. Kini sampai giliran binatang-binatang yang keluar mencari makan dan bermain sesama mereka pada waktu malam. Kita akan menemui katak dengan senang lagi jika kita keluar pada waktu malam. Binatang seperti Kubong, Kongkang dan kelawar akan keluar mencari makanan. Burung-burung yang aktif di waktu malam adalah seperti night jar dan burung hantu. Keadaan di dalam hutan sangat gelap di malam hari. Kemungkinan melihat kelip-kelip dan glow worm berterbangan dan merayap- rayap ke sana ke sini dalam hutan. Jika kita padamkan lampu suluh, kita mungkin dapat melihat (jika bernasib baik) cendawan atau kulat bercahaya di waktu malam. Kita dapat melihat kelawar dan katak dengan menggunakan lampu picit. Kita juga dapat mengengar unggas dan burung hantu. Binatang seperti landak dan tenuk aktif di waktu malam. Aktiviti 26/2/03 7:04 PM Page 46 7. Aktiviti 4 Berjalan Malam Lampiran Aktiviti 47 Cara Perlaksanaannya: 1. Setiap kumpulan mestilah berada dalam keadaan diam. Peluang untuk melihat haiwan aktif pada waktu malam adalah lebih tinggi jika tidak bising. Kita juga tidak perlu merasa takut. 2. Kaedah untuk melihat haiwan yang betul adalah dengan memegang lampu suluh berhampiran dengan mata kita (hampir dengan bahagian dahi atau hidung). 3. Kilauan dari mata haiwan akan dibalikkan ke mata kita apabila kita menyuluh pada haiwan berkenaan. Bahagian-bahagian utama hutan perlu dilihat ialah kawasan yang lapang (misalnya di bahagian jalan rintis dan bahagian bawah serta atas pokok). 4. Selepas beberapa lama, matikan lampu suluh dan lihat sekeliling. Biarkan masa untuk mata menyesuaikan dengan keadaan malam. Apakah yang boleh diperhatikan? Lih