al khawarizmi

12
AL - KHAWARIZMI

Upload: hazizi

Post on 06-Jun-2015

4.594 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: al Khawarizmi

AL - KHAWARIZMI

Page 2: al Khawarizmi

LATAR BELAKANGAbu Abdullah Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dilahirkan di Khawarizm (Kheva), sebuah Bandar yang terletak di selatan Laut Aral di Uzbekistan. Beliau adalah “ Bapa Algebra).Ibu bapanya berhijrah ke sebuah kawasan di selatan Baghdad semasa beliau masih kecil lagi. Sedikit yang diketahui mengenai latar belakang beliau. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 masihi.

Page 3: al Khawarizmi

SUMBANGANSumbangan al-Khawarizmi mula meyerlah di bawah Khalifah Al-Ma’mun di Baghdad pada 813 hingga 883 Hijrah. Lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.Beliau dikenali kerana memperkenalkan konsep matematik algorithm, yang juga digunakan di akhir namanya. Gelaran Al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditelenggami pasir.

Page 4: al Khawarizmi

Selain itu, al-Khawarizmi juga merupakan seorang ahli ilmu falak dan ilmu geografi. Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dan dalam pengembangan garis lurus serts persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui ( x2 + 2x -8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra.

Page 5: al Khawarizmi

Sebagai pengasas Algebra, bahkan beliau bukan sahaja merintis setiap subjek dalam bentuk yang sistematik tetapi berupaya mengembangkannya sehingga kepada memberikan penyelesaian bersifat analitik.Nama Algebra diperolehi daripada buku beliau yang sangat popular, Al-Jabr wa al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu system angka yang dibangunkan oleh orang arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan system perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan system nombor angka, algorithm atau algorism memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang arab.

Page 6: al Khawarizmi

Dalam usahanya memperkenalkan system angka India (kini dikenali angka arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira – kira termasuk operasi dan pecahan.Sistem angka itu kemudian diperkenalkan kali pertama oleh orang arab kepada barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa eropah.Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.

Page 7: al Khawarizmi

Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang beliau turut menulis buku mengenainya.Sumbangan Khawarizmi dalam bidang geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.Al – Khawarizmi merupakan sasintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasil kerjaya yang lain turut meliputi kerja – kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

Page 8: al Khawarizmi

Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12. sebenarnay bukunya mengenai kira – kira, Kitab al-Jam’ wal Tafreeq bil hisab al Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.Bukunya mengenai Algebra iaitu Al – Maqala fi Hisab al- Jabr wa al – Muqabalah juga telah diterjemahkan dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

Page 9: al Khawarizmi

Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Buku geografinya, kitab surat al- Ard bersama – sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan.Selain itu, beliau turut menulis kalendar yahudi, Istikhraj Tarikh al – Yahud. Beliau juga menulis kitab al – Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al – Rukhmat. Malangnya kedua – dua buku tersebut telah hilang.

Page 10: al Khawarizmi

Pengaruh al – Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khusunya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah. Ilmuan yang terkenal dalam pelbagai bidang khususnya matematik. Itulah al – Khawarizmi yang dapat diperkenalkan oleh penulis di dalam catatan ringkas ini.

Page 11: al Khawarizmi
Page 12: al Khawarizmi

RUJUKANwww.malaspina.com/site/person_713.aspwww.islamicity.com/Science/Scientist/

Khawirizmi.htmwww.ummah.org.uk/history/scholars/

KHAWARIZ.html