alkesah - esplanade

13

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alkesah - Esplanade
Page 2: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

Alkesah Ditulis oleh Zulfadli Rashid

Diarah oleh Aidli Mosbit

SEBELUM PEMENTASAN

INFORMASI

CERITA RAKYAT

• Cerita rekaan dari zaman dahulu yang disukai ramai dalam sebuah masyarakat

• Ia diceritakan daripada satu generasi kepada generasi lain secara lisan.

• Ia mempunyai unsur pengajaran kepada mereka yang mendengar kisah tersebut

• Antara cerita rakyat ialah cerita lagenda, cerita jenaka serta cerita binatang

CERITA LAGENDA

• Cerita lagenda ialah sebuah cerita yang dianggap pernah berlaku oleh sesuatu masyarakat

• Ia berdasarkan sesuatu tempat atau tanda-tanda alam sebagai bukti tentang kesahihan cerita tersebut

• Antara cerita lagenda yang terkenal ialah Batu Belah Batu Bertangkup dan Mahsuri

• Kisah Batu Belah Batu Bertangkup dan watak Mak Pekan

o Secara ringkasnya, kisah ini tentang seorang ibu tunggal yang mengidamkan telur ikan tembakul. Ibu ini mempunyai dua orang anak iaitu Bunga Melur (anak perempuan) dan Pekan (anak lelaki). Setelah berjaya menangkap seekor ikan tembakul yang ada telurnya, ibu ini menyuruh anaknya Bunga Melor menyimpankan sebahagian telur ikan tersebut untuk dirinya dan memberikan sebahagian yang lain kepada adiknya, Pekan. Namun, atas desakan adiknya yang masih lagi mahu telur ikan tembakul itu, Bunga Melur memberikan telur ikan kepunyaan ibunya kepada adiknya. Dia kemudian menggantikan telur ikan ibunya dengan telur ayam. Ibunya merajuk dan marah dengan sikap anak-anaknya lalu berlari ke suatu tempat yang ada “Batu Belah Batu Bertangkup”. Ibu ini meminta batu tersebut untuk menelan dirinya yang kecewa dengan sikap anak-anaknya. Batu ini menelan ibu itu sehingga ke paras rambut. Nama ibu ini ialah Tanjung atau dikenali juga sebagai Mak kepada Pekan: Mak Pekan

CERITA JENAKA

• Ia merupakan sejenis cerita rakyat

• Cerita yang mengandungi unsur lucu.

• Ia menggembirakan pendengar.

• Unsur lucu di dalam cerita ini ditonjolkan daripada kebodohan watak utama dalam cerita tersebut

• Kebodohan watak utama ini menyebabkan aksi-aksi yang lucu

• Sifat-sifat watak lucu dalam cerita jenaka dibahagikan kepada 3 golongan iaitu: (i) Watak bodoh-malang – cerita Mat Jenin dan Pak Kaduk

(ii) Watak pintar-bodoh – cerita Pak Pandir (iii) Watak pintar – cerita Pak Belalang

Page 3: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

• Kisah Mat Jenin

Dalam cerita Mat Jenin, Mat Jenin bekerja mengambil upah memetik buah kelapa. Semasa memanjat, Mat Jenin berangan-angan hasil petikan kelapa akan dijual, wangnya akan dibelikan binatang ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan kuda. Apabila banyak wang dan harta terkumpul, Mat Jenin berangan-angan untuk berkahwin dengan puteri. Ketika berangan-angan itu, Mat Jenin terjatuh dari pokok kelapa sebelum memetik buahnya dan mati.

• Kisah Pak Kaduk

Pak Kaduk bukan orang yang pandai. Dia juga bernasib malang. Dalam kisahnya, Pak Kaduk menyabung ayam dengan ayam Raja. Sebelum ayam disabungkan, Raja telah membuat muslihat dengan menukar ayam baginda dengan ayam Pak Kaduk. Pak Kaduk telah menggadaikan kampungnya kepada Raja untuk meminjam wang. Akhirnya ayam Raja menang melalui tipu muslihat Raja. Pak Kaduk tergadai kampungnya akibat kekalahan tersebut.

• Kisah Pak Pandir

Dalam kisah ini, Pak Pandir menunjukkan kepintarannya sewaktu dia dapat membunuh sepasang suami isteri gergasi. Dia menipu gergasi-gergasi tersebut supaya mereka menyeberang sungai di dalam sebuah tempayan. Tempayan itu akhirnya tenggelam dibawa arus. Kebodohannya terserlah sewaktu Pak Pandir memandikan anaknya dengan air yang sangat panas. Dia tidak mengikut pesanan isterinya, Mak Andir yang menyuruhnya memandikan anak itu dengan air suam. Anaknya kemudiannya meninggal dunia. Sewaktu dia ingin mengebumikan anaknya, dia tidak sedar bahawa mayat anaknya telah terjatuh sewaktu dalam perjalanan. Sepulangnya dari kubur, Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat anaknya itu dikatakan mayat anak orang lain.

• Kisah Pak Belalang Pak Belalang merupakan seorang watak yang pintar. Pada mulanya Pak Belalang mendapat hadiah dan kemewahan setelah berjaya menujum atau meneka jantina anak itik, hujung dan pangkal sebuah kayu dan meneka benda yang berada dalam genggaman raja. Hakikatnya, kejayaan Pak Belalang adalah secara kebetulan dan melalui anaknya Belalang. Untuk mengelakkan rahsianya terbongkar, Pak Belalang terpaksa membakar rumahnya sendiri. Hal ini sebagai alasan kepada Raja bahawa alat-alat tilikan telah musnah.

Page 4: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

CERITA BINATANG

• Cerita binatang merupakan sebahagian daripada cerita rakyat.

• Ia dipercayai telah diceritakan daripada zaman masyarakat purba

• Cerita ini menggunakan watak-watak binatang yang diberikan sifat dan sikap manusia untuk berinteraksi antara satu sama lain.

• Binatang-binatang dalam cerita ini boleh berfikir, merancang, menipu dan melakukan apa sahaja seperti manusia.

• Binatang-binatang ini juga boleh bersikap malas, rajin dan berkeyakinan diri.

• Watak-watak yang sering digunakan ialah Kancil, Harimau, Ular dan Merak

• Kisah Sang Kancil

Terdapat pelbagai versi cerita tentang Sang Kancil. Yang utamanya, watak Sang Kancil ialah cerdik dan berkeyakinan diri. Dia tidak mudah ditipu oleh binatang-binatang yang lain. Antara kisahnya, Sang Kancil ingin menyeberangi sungai, apabila disambar seekor buaya. Sebenarnya, buaya itu mengigit ranting kayu, bukan kaki Sang Kancil. Namun, Sang Kancil membuat helah dan berjaya melepaskan dirinya daripada dimakan buaya.

PENGGABUNGJALINAN WATAK-WATAK DALAM CERITA ALKESAH

• Kisah Alkesah merupakan gabungan watak-watak (Mat Jenin, Pak Pandir, Mak Andik, Pak Kaduk, Mak Pekan, Pak Belalang,Nenek Kebayan, Sang Kancil) dari pelbagai jenis cerita rakyat.

• Ia mengekalkan sifat semulajadi watak-watak tersebut dalam sebuah kisah yang baharu menerusi kaedah penulisan inter-teks.

• Kaedah inter-teks ini menggunakan sebahagian teks-teks yang berbeza untuk dijadikan sebuah kisah baharu.

TEMA DAN PERSOALAN DALAM CERITA ALKESAH

Cerita Alkesah terbuka kepada penghayatan para penonton. Terdapat beberapa tema serta

persoalan yang timbul daripada cerita ini yang mana guru boleh berbincang bersama-sama

pelajar sekiranya tema-tema atau persoalan-persoalan ini berkait dengan pandangan guru.

• Pemilihan seorang pemimpin

• Pencemaran Alam

• Menjaga Alam Sekitar

• Sifat tidak berputus asa

• Sifat bergotong-royong

• Apakah kesan pembohongan seseorang?

• Apakah kesan orang yang tidak mempunyai ilmu?

TRAILER

• Sebelum memulakan pengajaran, guru boleh menayangkan sedutan video pendek daripada pementasan tersebut:

https://www.youtube.com/watch?v=ukroRXwcQUc

Page 5: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

Aktiviti-aktiviti sebelum pementasan untuk pelajar-pelajar:

a) Padankan watak kepada genre atau cerita asal (mencungkil pengetahuan sedia ada)

b) Biodata watak (mengaitkan perwatakan dengan watak asal)

c) Tahukah Anda? (membina rasa ingin tahu melalui fakta menarik)

SELEPAS PEMENTASAN

Aktiviti-aktiviti selepas pementasan untuk pelajar-pelajar:

a) Kad Alkesah (menjana kreativiti bercerita)

b) Warkah kepada watak (menghayati isu-isu yang ditimbulkan dalam tontonan teater)

Page 6: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

Skema Jawapan (Lembaran Kerja untuk Pelajar)

Sebelum Pementasan:

a) Sila padankan watak kepada genre atau cerita asalnya.

Kancil Cerita Lagenda

Pak Kaduk

Pak Belalang Cerita Binatang

Mak Andir

Mat Jenin Cerita Jenaka Mak Pekan

b) Sila lengkapkan biodata watak-watak ini.

i. Pak Pandir ii. Pak Belalang iii. Sang Kancil iv. Mat Jenin

tumpul akal pemalas licik malas

suami kepada Mak Andir

ahli nujum atau ahli telek

menggunakan akal untuk mencari jalan keluar

anak yatim piatu

Kehilangan anak disebabkan kebebalannya

Akhirnya menjadi kaya

berjaya mengalahkan binatang lain seperti sang buaya

suka berangan

c) Tahukah Anda?

i) Hikayat Sang Kancil merupakan siri animasi terulung yang cukup popular dalam

kalangan kanak-kanak pada tahun 1980-an.

ii) Tarikh sebenar cerita Pak Belalang belum dapat dipastikan. Namun, cerita jenaka ini

dipopularkan melalui filem komedi Nujum Pak Belalang yang diarah dan dilakonkan

oleh P.Ramlee pada tahun 1959.

iii) Manuskrip cerita rakyat terawal merupakan Hikayat Peladuk Jenaka. Manuskip

tersebut disimpan di Perpustakaan Kebangsaan, Perancis (National Library of

France).

iv) Peribahasa yang diucapkan oleh Pak Belalang dalam cerita Alkesah:

“Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung

kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.”

Ia bermaksud: Pepatah ini bermaksud seseorang pemimpin yang tanggungjawabnya

untuk menjadi tempat mengadukan hal-ihwal diri dan tempat meminta pertimbangan.

Page 7: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

Selepas Pementasan:

a) Memadankan pantun-pantun dan makna-maknanya

PANTUN MAKNA

1

Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian

Orang yang bersikap jujur dan tidak berbohong akan dipandang mulia

oleh orang lain.

2

Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu;

Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu.

Seseorang itu harus bekerja keras dan mengalami kesusahan sebelum dia dapat kesenangan pada masa

depan.

3

Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang

mencuci; Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci.

Apabila melakukan sesuatu yang baik, perbuatan itu tidak seharusnya

dilakukan sehinggakan orang lain mengambil kesempatan. Perbuatan

jahat pula tidak boleh dilakukan langsung.

4

Asam kandis mari dihiris , Manis sekali rasa isinya ;

Dilihat manis dipandang manis , Lebih manis hati budinya .

Seseorang yang suka berbohong akan kehilangan kawan kerana

mereka tidak mempercayai kata-katanya.

5

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Apabila melakukan sesuatu tugas, seseorang itu harus berfikir dan

membuat rancangan. Tanpa berfikir atau merancang, dia boleh

mendapat malu.

6

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana

Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Seorang yang cantik bertambah cantik sekiranya dia mempunyai

akhlak yang baik.

7

Buah cempedak bentuknya bujur

Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur

Hidup kita dipandang mulia

Seseorang yang baru belajar sekiranya dia membuat kesilapan,

haruslah ditegur dan diberikan tunjuk ajar

8

Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal

kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

Seseorang yang rajin belajar, dia akan mencapai kejayaan

9

Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redup Bersungguh-sungguh mencari

ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup

Dalam kehidupan, seseorang itu harus menjaga ibu bapa mereka

dengan baik.

10

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan

Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Seseorang harus mencari ilmu kerana ilmu itu dapat membantu

kehidupannya

Page 9: Alkesah - Esplanade
Page 10: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

Alkesah Ditulis oleh Zulfadli Rashid

Diarah oleh Aidli Mosbit

SEBELUM PEMENTASAN

a) Sila padankan watak kepada genre atau cerita asalnya.

Kancil Cerita Lagenda

Pak Kaduk

Pak Belalang Cerita Binatang

Mak Andir

Mat Jenin Cerita Jenaka

Mak Pekan

b) Sila lengkapkan biodata watak-watak ini.

i. Pak Pandir ii. Pak Belalang

t_mp_l a_al pe_a_ a _

s_ _m_ kepada Mak Andir ahli nujum atau ahli t_ _ _ _

Kehilangan a _ _ _ disebabkan kebebalannya

Akhirnya menjadi k_ _ _

iii. Sang Kancil iv. Mat Jenin

l_ _ _ k m_l_s

menggunakan a_ _ _ untuk mencari jalan keluar

anak y_ _ _ _ p_ _ _ _

berjaya mengalahkan binatang lain seperti sang b_a_a

suka ber _ _ _ _ n

Page 11: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

c) Tahukah Anda?

i) Upin Ipin bukanlah animasi Melayu yang pertama. Hikayat S _ _ _ K _ _ _ _ _

merupakan siri animasi terulung yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak

pada tahun 1980-an.

ii) Tarikh sebenar cerita Pak Belalang dihasilkan masih belum dapat dipastikan. Namun,

cerita jenaka ini dipopularkan melalui filem komedi N _ _ _ _ P _ _ B _ _ _ _ _ _ G

yang diarah dan dilakonkan oleh P.Ramlee pada tahun 1959.

iii) Manuskrip cerita rakyat terawal (yang dipercayai dihasilkan antara tahun 1630 hingga

1635) merupakan Hikayat P_L_ND_K Jenaka. Manuskip tersebut disimpan di

Perpustakaan Kebangsaan, Perancis (National Library of France).

iv) Peribahasa yang diucapkan oleh Pak Belalang dalam cerita Alkesah:

“Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung

kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.”

Maksud pepatah: Seseorang P_M_ _P_N yang tanggungjawabnya untuk menjadi

tempat mengadukan hal-ihwal diri dan tempat meminta pertimbangan.

Page 12: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

Selepas Pementasan:

a) Sebelum anda bermain Kad Alkesah bersama teman-teman anda, cuba padankan pantun-pantun tersebut kepada maknanya.

PANTUN MAKNA

1 Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian;

Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Orang yang bersikap jujur dan tidak berbohong akan dipandang mulia

oleh orang lain.

2 Buah pelaga makan dikikir, Dibawa orang dari hulu;

Sebarang kerja hendak difikir, Supaya jangan mendapat malu.

Seseorang itu harus bekerja keras dan mengalami kesusahan sebelum dia dapat kesenangan pada masa

depan.

3 Jangan pergi mandi di lombong, Emak dan kakak sedang mencuci;

Jangan suka bercakap bohong, Semua kawan akan membenci.

Apabila melakukan sesuatu yang baik, perbuatan itu tidak seharusnya

dilakukan sehinggakan orang lain mengambil kesempatan. Perbuatan

jahat pula tidak boleh dilakukan langsung.

4 Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya;

Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.

Seseorang yang suka berbohong akan kehilangan kawan kerana

mereka tidak mempercayai kata-katanya.

5 Orang Daik memacu kuda, Kuda dipacu deras sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.

Apabila melakukan sesuatu tugas, seseorang itu harus berfikir dan

membuat rancangan. Tanpa berfikir atau merancang, dia boleh mendapat

malu.

6 Budak-budak berkejar-kejar, Rasa gembira bermain di sana;

Kalau kita rajin belajar, Tentu kita akan berjaya.

Seorang yang cantik bertambah cantik sekiranya dia mempunyai

akhlak yang baik.

7 Buah cempedak bentuknya bujur, Sangat disukai oleh semua;

Jika kita bersikap jujur, Hidup kita dipandang mulia.

Seseorang yang baru belajar sekiranya dia membuat kesilapan,

haruslah ditegur dan diberikan tunjuk ajar

8 Terang bulan di malam sepi, Cahya memancar kepangkal kelapa;

Hidup di dunia buatlah bakti, Kepada ibu dan juga bapa.

Seseorang yang rajin belajar, dia akan mencapai kejayaan

9 Ramai orang membeli jamu. Di bawah pokok cuaca redup;

Bersungguh-sungguh mencari ilmu, Ilmu dicari penyuluh hidup.

Dalam kehidupan, seseorang itu harus menjaga ibu bapa mereka

dengan baik.

10 Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan;

Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Seseorang harus mencari ilmu kerana ilmu itu dapat membantu

kehidupannya

Page 13: Alkesah - Esplanade

No part of this material may be reproduced in any other form without permission from The Esplanade Co Ltd.

b) Warkah kepada …

*Sesuai untuk Pelajar Peringkat Menengah Bawah serta Menengah Atas

Tulis sepucuk warkah kepada watak dengan melengkapkan perenggan tersebut.

i) Warkah kepada Mak Andir…

Saya tidak sangka bahawa Mak Andir mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berjaya ...

ii) Warkah kepada Nenek Kebayan…

Nenek Kebayan begitu prihatin terhadap alam sekitar tidak seperti …

iii) Warkah kepada Mat Jenin…

Alangkah baiknya jika Mat Jenin bertindak dan tidak sekadar …