41916522 morfo sintaksis bahasa melayu
Post on 02-Jul-2015
556 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
1. Pengenalan
1.1 Ayat Majmuk
Ayat majmuk bermaksud ayat yang mengandungi lebih daripada satu ayat tunggal yang
dicantumkan untuk membentuk ayat yang baharu . Dalam pertuturan seharian, kita bukan
sahaja menggunakan ayat tunggal malahan ayat majmuk juga. Kita menggunakan banyak ayat
tunggal yang kebanyakannya dipadankan untuk membentuk ayat majmuk. Penggunaan ayat
majmuk dapat menambahkan keindahan berbahasa, memudahkan penyampaian dan penerimaan
maklumat.
Menurut Nik Safiah dll. (1986), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua
ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat yang baharu.
Abdullah Hassan (1983) pula mentakrifkan ayat majmuk sebagai ayat yang terdiri daripada dua
atau lebih ayat. Manakala Arbak Othman (1989) memanggil ayat majmuk sebagai ayat berlapis
yang merupakan gabungan dua atau lebih ayat selapis dengan menggunakan kata sendi
penambah seperti dan, atau, lalu, serta dan sebagainya. Contoh ayat majmuk adalah seperti
berikut ;
1. Ali dan Zaini penyokong pasukan bolasepak Chelsea.
(a) Ali penyokong pasukan bolasepak Chelsea.
(b) Zaini penyokong pasukan bolasepak Chelsea.
2. Rahman gemuk tetapi adiknya kurus.
(a) Rahman gemuk.
1
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
(b) Adik Rahman kurus.
Ayat 1 di atas merupakan hasil cantuman ayat 1 (a) dan 1 (b) manakala ayat 2 hasil padanan
ayat 2 (a) dan 2 (b). Terdapat tiga kumpulan ayat majmuk di dalam Bahasa Malaysia iaitu, ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, atau, tetapi dan sebagainya. Ayat-ayat yang digabungkan mempunyai kesetaraan sifat, iaitu
ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Selain itu, ayat-ayat ini mempunyai hubungan
kerana ia disusun mengikut urutan.
Manakala, ayat majmuk campuran pula merupakan ayat yang mengandungti lebih daripada satu
jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Lazimnya ayat majmuk campuran ini lebih panjang
1.2 Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna
dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa
tak bebas atau ayat kecil. Atau dengan kata lainnya ayat majmuk pancangan mengandungi satu
ayat utama (induk) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan bersama untuk
membentuk ayat yang baharu.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung seperti yang,
untuk, bagi, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa
Malaysia, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat
komplemen, dan ayat keterangan. Jenis ayat majmuk pancangan ini ditentukan dengan cara
pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan.
2
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
1.2.1 Ayat Relatif
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat
atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama
dengan menggunakan kata hubung ‘yang’. Jadi ayat relatif dikenalpasti melalui penggunaan kata
hubung ‘yang’. Antara contoh ayat relatif adalah seperti di dalam Jadual 1 berikut :
Jadual 1
Bil Ayat Relatif Kumpulan Ayat Yang Dipancangkan
Keterangan
1 Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.
1. Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman.
2. Kanak-kanak itu cedera.
Ayat (2) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ‘kanak-kanak itu’ dan menggunakan kata hubung ‘yang’.
2 Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.
1. Atan menampar budak itu.
2. Atan cepat naik angin.
3. Budak itu suka mengintai orang kampung.
Ayat (2) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (3) dipancangkan kepada objek ayat utama.
3 Samad membeli kereta Toyota Prius yang baru dipasarkan.
1. Samad membeli kereta Toyota Prius.
2. Kereta Toyota Prius baru dipasarkan.
Ayat (2) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan kereta Toyota Prius. Kata relatif yang kemudian menggantikan frasa kereta Toyota Prius.
4 Perempuan yang bertudung itu adik saya.
1. Perempuan itu bertudung.
2. Perempuan itu adik saya.
Ayat (2) telah dipancangkan dalam ayat (1). Frasa perempuan itu dalam ayat (2) digugurkan dan digantikan dengan kata relatif yang.
5 Saya membeli kasut yang berjenama Adidas.
1. Saya membeli kasut. Ayat induk dalam ayat ini ialah ‘Saya membeli kasut’, manakala ayat kecil
3
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
2. Kasut itu berjenama Adidas.
relatif yang dipancangkan ke dalamnya ialah ‘Kasut itu berjenama Adidas’. Frasa kasut itu digugurkan menjadi yang berjenama Adidas
1.2.2 Ayat Komplemen
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Menurut Nik Safiah et.al. (2002),
pembentukan ayat-ayat komplemen biasanya disertai beberapa perkataan tertentu yang
digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan berkenaan. Terdapat dua kata
komplemen dalam bahasa Malaysia, iaitu bahawa dan untuk. Perhatikan contoh-contoh berikut:
1. Dia mengetahui bahawa Azman telah berhutang dengan along.
Dalam contoh ayat ‘Dia mengetahui bahawa Azman telah berhutang dengan along’, klausa
‘Azman telah berhutang dengan along’ dipancangkan dan menjadi pelengkap kata kerja kepada
ayat induk ‘Dia memberitahu sesuatu’. Keadaan ini dinamakan sebagai hubungan komplemen.
Secara umumnya terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu ayat komplemen frasa nama, ayat
komplemen frasa kerja dan ayat komplemen frasa adjektif. Ayat komplemen frasa nama boleh
menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen
frasa nama objek tepat. Contoh ayatnya adalah seperti berikut ;
1. Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.
2. Sesungguhnya amat sukar untuk menyelesaikan masalah yang berpunca daripada
sikap.
3. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang sajak.
4. Guru menerangkan bahawa keputusan UPSR akan keluar minggu hadapan.
4
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
Ayat komplemen frasa kerja pula berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja. Ayat
komplemen frasa kerja ini tidak boleh dipasifkan jika dibandingkan dengan frasa nama objek.
Contoh ayat komplemen frasa kerja adalah seperti berikut ;
1. Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
Manakala, ayat komplemen frasa adjekjtif pula merupakan ayat kecil frasa adjektif yang
dipancangkan ke dalam ayat induk. Namun begitu, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Malaysia
terhad. Contoh ayatnya adalah seperti berikut ;
1. Saya yakin bahawa dia akan berjaya.
2. Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.
1.2.3 Ayat Keterangan
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau
lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Ayat majmuk keterangan
dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh
kata hubung dalam ayat keterangan adalah seperti kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga,
sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar,
supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun,
seperti, bagai, macam, bak, dan umpama. Antara contoh ayat keterangan dan jenisnya adalah
seperti di dalam Jadual 2 berikut :
Jadual 2
Jenis Keterangan
Kata Hubung Contoh Ayat Keterangan
Sebab kerana, oleh, 1. Laili gagal kerana dia tidak bersedia.2. Oleh sebab dia memandu terlalu laju,
5
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
sebab, lantaran Zaini telah disaman oleh polis.
Akibat hingga, sehingga 1. Darus berjimat hingga dia dapat membeli sebidang tanah.
2. Dia menangis dan menangis sehingga matanya bengkak.
Syarat jika, kalau, sekiranya, andainya
1. Kita akan menang jika kita berlatih bersungguh-sungguh.
2. Sekiranya sekolah menjadi johan daerah, Pengetua akan memberi cuti sehari.
Waktu setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil
1. Helen menonton televisyen setelah semua kerjanya siap.
2. Ketika kami kecil-kecil dahulu kami selalu bersama.
Harapan agar, supaya, kalau-kalau, semoga
1. Pelajar hendaklah berusaha dengan tekun agar tidak menyesal pada masa depan.
2. Supaya negara terus maju dan makmur rakyat hendaklah menegekalkan keamanan.
Tujuan untuk, bagi,demi 1. Kerajaan membangunkan sektor luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
2. Demi memajukan negara kerajaan menggalakkan rakyat menguasai bidang teknologi maklumat.
Cara dengan 1. Perdana Menteri menerangkan dasar kerajaan dengan mengadakan ceramah di seluruh negara.
2. Dengan perasaan sedih beliau melepaskan jawatan Pengerusi.
Pertentangan sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun
1. Dia datang juga sungguhpun dia belum begitu sihat.
2. Meskipun terpaksa menghadapi banyak rintangan Datuk Azhar meneruskan pelayarannya.
Perbandingan seperti,bagai, macam,bak, umpama
1. Dia menjerit kesakitan bak halilintar membelah bumi.
2. Dia mundar-mandir dalam bilik itu macam seekor gajah dirantai kakinya.
6
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
2. Senarai Ayat Majmuk Pancangan
Dalam rencana Berita Harian bertajuk ‘Masa Sesuai Bincang Sekolah Satu Aliran’, terdapat
banyak ayat majmuk pancangan yang boleh kita senaraikan. Rencana ini telah ditulis oleh Encik
Manja Ismail untuk mengulas saranan yang dicetuskan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay
Kim tentang sekolah satu aliran. Jadual 3 di bawah menunjukkan senarai ayat majmuk
pancangan yang dipetik daripada rencana tersebut.
Jadual 3
Bil. Senarai Ayat Majmuk Pancangan
1 Isu berhubung cadangan melaksanakan sekolah satu aliran yang selama ini dianggap taboo muncul kembali.
2 Untuk memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.
3 Beliau menyifatkan bahawa sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu.
4 Prof Khoo yang turut membayangkan ada pihak akan membantah cadangan itu
5 Saranan profesor itu, yang beliau sendiri pernah lontarkan beberapa kali sebelum ini, tidak begitu mengundang reaksi.
6 Sehubungan itu, beliau mahu perbincangan mengenai cadangan berkenaan diteruskan untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh daripada semua pihak.
7 Datuk Seri Najib Razak kelmarin terpaksa menjelaskan bahawa kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan melaksanakan sekolah satu aliran
7
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
bagi menjaga sensitiviti kaum di negara ini.
8 Mukhriz, pula adalah seorang calon bagi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
9 Walaupun niatnya ketika membuat saranan itu mungkin jujur untuk melihat satu sistem pendidikan yang mampu mengatasi masalah perpaduan kaum di negara ini
10 Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, dengan menimbulkan semula saranan itu.
11 Laporan Jawatankuasa Barnes 1950 memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya ketika itu diubah menjadi sekolah kebangsaan.
12 Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran.
13 Malangnya selepas lebih setengah abad kedua-dua perakuan yang bertujuan melahirkan satu bangsa Malaysia sebenar itu dibuat, ia bukan saja belum menjadi kenyataan, malah cadangan dan perbincangan mengenainya pun sering kali mencetuskan pertelingkahan.
14 Lebih malang lagi, bantahan terhadap cadangan itu bukannya daripada parti pembangkang tetapi oleh parti-parti komponen dalam kerajaan sendiri, yang sepatutnya menjadikan sebarang usaha ke arah penyatuan bangsa sebagai agenda utama pemimpin mereka.
15 Ternyata mereka lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda politik jangka pendek daripada matlamat mewariskan sebuah negara yang bebas perkauman kepada generasi masa depan.
16 Walaupun ada pihak berpendapat pelaksanaan sistem satu aliran bukan faktor tunggal ke arah penyatuan bangsa Malaysia, langkah menutup terus perbincangan secara rasional dan jujur mengenainya, menjauhkan lagi rakyat daripada mencapai matlamat itu.
17 Mengambil masa yang panjang dan memerlukan pengubahsuaian.
18 Mengambil semangat Penyata Razak yang menyarankan supaya pelaksanaan sistem itu dilakukan secara beransur-ansur.
19 Pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan pemikir dan institusi pengajian tinggi termasuk swasta boleh memulakan inisiatif ini kerana mereka lebih dipercayai rakyat daripada parti politik.
20 Walaupun ada golongan yang akan terus mempolitikkan isu ini, biarlah rakyat membuat
8
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
keputusan.
21 Yang pasti, rakyat terutama generasi muda boleh menilai apa yang terbaik untuk masa depan mereka dan negara .
22 Jika diberi kefahaman yang jelas mengenai baik buruk cadangan itu.
23 Inilah masa paling sesuai untuk memulakannya dengan perbincangan yang bebas daripada emosi dan muslihat politik.
24 Yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar.
25 Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.”
26 Dengan murid daripada pelbagai kaum diajar melalui perantaraan bahasa Melayu dan Inggeris.
27 Meminta mereka menilai semula bahawa sejauh mana sistem pendidikan sekarang boleh membantu mengukuhkan pembentukan negara bangsa.
28 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambutnya dengan berkata.
29 Beliau secara peribadi bersetuju dengan sekolah satu aliran tetapi memahami bahawa dari segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.
30 Seperti biasa juga, MCA, MIC dan pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil adalah antara paling awal menyuarakan bantahan.
3. Analisis Struktur Ayat
Ayat majmuk pancangan relatif boleh dikenalpasti dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Di
antara ayat relatif dalam rencana ini ialah seperti yang berikut ;
3.1 Isu berhubung cadangan melaksanakan sekolah satu aliran yang selama ini dianggap taboo muncul kembali.
3.2 Prof Khoo yang turut membayangkan ada pihak akan membantah cadangan itu
9
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
Dalam struktur ayat ‘ Isu berhubung cadangan melaksanakan sekolah satu aliran yang selama
ini dianggap taboo muncul kembali’, klausa utamanya ialah ‘Isu berhubung cadangan
melaksanakan sekolah satu aliran muncul kembali’, manakala klausa pancangannya pula ialah
‘Isu berhubung cadangan melaksanakan sekolah satu aliran selama ini dianggap taboo’. Frasa
‘ Isu berhubung cadangan melaksanakan sekolah satu aliran’ telah digugurkan dan dihubungkan
dengan kata hubung ‘yang’. Lihat Rajah Pohon 1 di bawah.
Rajah Pohon 1
Ayat 1
S P
FN FK
Kata Kerja Ayat 2
(objek)
Isu berhubung cadangan melaksanakan sekolah satu aliran yang selama ini dianggap taboo muncul kembali
10
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
Dalam struktur ayat ‘Prof Khoo turut membayangkan ada pihak yang akan membantah
cadangan itu’ pula, klausa utamanya ialah ‘Prof Khoo turut membayangkan ada pihak.’,
manakala klausa pancangannya pula ialah ‘Ada pihak akan membantah cadangan itu’. Frasa
‘Ada pihak ’ telah digugurkan dan digantikan dengan kata hubung ‘yang’. Lihat Rajah Pohon 2
di bawah .
Rajah Pohon 2
Ayat 1
S P
FN FK
Kata Kerja Ayat 2
(objek)
Prof Khoo turut membayangkan ada pihak yang akan membantah cadangan itu
11
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Dalam bahasa Malaysia ayat komplemen
dapat dikenalpasti melalui penggunaan perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’ . Rujuk kepada senarai
ayat komplemen dalam rencana ‘Masa Sesuai Bincang Sekolah Satu Aliran’ di bawah :
3.3 Datuk Seri Najib Razak kelmarin terpaksa menjelaskan bahawa kerajaan akan
mengambil kira pandangan rakyat.
3.4 Untuk memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.
Dalam contoh ayat ‘Datuk Seri Najib Razak kelmarin terpaksa menjelaskan bahawa kerajaan
akan mengambil kira pandangan rakyat’, klausa ‘kerajaan akan mengambil kira pandangan
rakyat’ dipancangkan dan menjadi pelengkap kata kerja kepada ayat induk ‘Datuk Seri Najib
Razak kelmarin terpaksa menjelaskan’. Keadaan ini dinamakan sebagai hubungan komplemen.
Rujuk kepada Rajah Pohon 3 di bawah.
Rajah Pohon 3
Ayat 1
S P
FN FK
Kata Kerja Ayat 2
12
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
(objek)
Datuk Seri Najib Razak kelmarin terpaksa menjelaskan bahawa kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat
Manakala untuk ayat kedua iaitu ‘Untuk memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai’,
ayat komplemen telah menggantikan fungsi FN sebagai subjek. Pengguguran kata komplemen
untuk tidak dibenarkan. Ayat tersebut mengandungi dua ayat iaitu, ‘Memastikan matlamat
gagasan 1 Malaysia’ dan ‘Perkara itu tercapai’.
Seterusnya, terdapat banyak ayat majmuk keterangan yang terdapat di dalam rencana ‘Masa
Sesuai Bincang Sekolah Satu Aliran’. Ayat majmuk keterangan menurut Nik Safiah Karim dan
rakan-rakan (2002) terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi
sebagai keterangan kepada predikat. Di antara contoh ayat majmuk keterangan yang terdapat di
dalam petikan rencana adalah seperti berikut ;
3.5 Laporan Jawatankuasa Barnes 1950 memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya ketika itu diubah menjadi sekolah kebangsaan.
3.6 Mengambil semangat Penyata Razak yang menyarankan supaya pelaksanaan sistem itu dilakukan secara beransur-ansur.
3.7 Beliau secara peribadi bersetuju dengan sekolah satu aliran.
3.8 Pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan pemikir dan institusi pengajian tinggi termasuk swasta boleh memulakan inisiatif ini kerana mereka lebih dipercayai rakyat daripada parti politik.
3.9 Walaupun ada golongan yang akan terus mempolitikkan isu ini, biarlah rakyat membuat keputusan.
Dalam ayat-ayat di atas ayat induk dijalinkan dengan ayat-ayat kecil melalui penggunaan kata
hubung seperti dengan, agar, supaya, kerana dan walaupun.
13
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
Ayat 3.5 dan 3.6 pula merupakan ayat keterangan harapan. Ayat keterangan harapan merupakan
unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang diingini. Misalnya contoh Ayat
3.5 ayat induknya ialah ‘Laporan Jawatankuasa Barnes 1950 memperakukan semua sekolah’
manakala ayat kecil keterangan harapannya ialah ‘Semua sekolah di Malaya ketika itu diubah
menjadi sekolah kebangsaan’. Kedua-dua ayat tersebut dipancangkan dengan kata hubung agar.
Ayat 3.7 merupakan ayat keterangan cara. Ayat induknya ialah ‘Beliau secara peribadi
bersetuju’,manakala ayat keterangan caranya ialah , ‘Sekolah satu aliran’. Kedua-dua ayat ini
dirangkaikan dengan kata hubung dengan. Sila lihat Rajah Pohon 4 di bawah.
Rajah Pohon 4
Ayat 1
S P
FN FA
Kata Adjektif Ayat 2
(objek)
14
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
Beliau secara peribadi bersetuju dengan sekolah satu aliran
Selain itu, Ayat 3.8 menunjukkan ayat keterangan musabab. Ayat keterangan musabab
merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku. Ayat
induk kepada ayat ini ialah ‘Pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan pemikir dan institusi
pengajian tinggi termasuk swasta boleh memulakan inisiatif ini’. Manakala ayat keterangan
musababnya ialah ‘Mereka lebih dipercayai rakyat daripada parti politik’.Kedua-dua ayat ini
dijalinkan oleh kata hubung kerana. Lihat Rajah Pohon 5 di bawah.
Rajah Pohon 5
Ayat 1
S P
FN FK
Kata Kerja Ayat 2
15
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
(objek)
Pertubuhan ....... boleh memulakan inisiatif ini kerana mereka lebih dipercayai rakyat daripada parti politik.
Carta 1
4. Peratusan Kekerapan Penggunaan Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan merupakan ayat yang banyak digunakan dalam bidang penulisan
rencana, terutamanya dalam media bercetak. Dalam rencana ‘Masa Sesuai Bincang Sekolah
Satu Aliran’ penulis telah menggunakan kebanyakan jenis ayat majmuk pancangan seperti ayat
16
50%36%
14%
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan seperti yang telah ditunjukkan dalam Carta 1 di
atas. Sebanyak 15 ayat (50%) daripada ayat majmuk pancangan yang digunakan merupakan
ayat keterangan, 11 atau 36% merupakan ayat relatif , manakala 14% lagi ayat komplemen.
5. Penutup
Secara umumnya ayat majmuk pancangan merupakan ayat majmuk yang kerap digunakan di
dalam penulisan rencana. Ayat majmuk pancangan ini kadangkala digunakan bersama dengan
ayat majmuk gabungan dan dikenali sebagai ayat majmuk campuran. Penggunaan ayat majmuk
dapat menjadikan penulisan menjadi lebih menarik, ringkas, dan padat. Justeru itu, ia digunakan
dengan meluas dalam bidang penulisan rencana.
Rujukan
Abdul Aziz Awang (2006). Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan.Sasbadi Sdn. Bhd.
Dr.Ali Mahmood dan etc. al. (2009). HBML2103 : Pengajaran Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu.
Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim dan etc. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Selangor Darul Ehsan.
Dawama. Sdn. Bhd.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Seksyen/index_html?mysec=Rencana (2009.10)
http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm (2009.09.29)
17
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
LAMPIRAN
18
Morfo-Sintaksis Bahasa Melayu/HBML2103/animas2yah@oum.edu 2009
19
top related