bmm 3110 sintaksis bahasa melayu semester 5
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
1/57
PENGAKUAN
Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.
....................................................
(SALMA NT AWG. MAT )
660212-03-5066
...................................................
( NORMA BT YUSOF )
660321-03- 5005
I
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
2/57
Jadual Pelaksanaan Tugasan
10 Julai 2013 - Menerima soalan tugasan daripada pensyarah.
15 Julai 2013 - Pembahagian tugasan dalam kumpulan.
20 Julai 2013 - Mengumpul bahan.
12 Ogos 2013 - Pelaksanaan tugasan
17 Ogos 2013 - Memurnikan tugasan.
24 Ogos 2013 - Menghantar tugasan.
ii
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
3/57
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad ( s.a.w ), keluarga baginda, para sahabat, seterusnya muslimin danmuslimat sekalian alam.
Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing Encik Abdullah bin Mohd. Yassin kerana telah
membimbing dan membantu menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga
kepada semua rakan sekuliah yang telah sama-sama bertungkus- lumus mencari
bahan dan maklumat serta sudi berkongsi idea semasa proses melaksanakan kerja
ini sehingga selesai. Kami juga mengambil kesempatan ini mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak kementerian pelajaran yang bermurah
hati menaja pengajian kami. Akhir sekali , terima kasih yang tidak terhingga kepadakeluarga yang memberi dorongan dan semangat untuk meneruskan pengajian ini,
Sekian , terima kasih.
Iii
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
4/57
KANDUNGAN
Pengakuan i
Jadual Pelaksanaan Tugasan ii
Penghargaan iii
Kandungan iv
TUGASAN 1
1.0 Frasa Bahasa Melayu dan Binaannya 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Definisi 1
1.3. Binaan Frasa 3
1.3.1 Binaan Frasa Nama 3
1.3.2 Binaan Frasa Kerja 5
1.3.3 Binaan Frasa Adjektif 7
1.3.4 Binaan Frasa Sendi Nama 10
1.4 Kesimpulan 12
2.0 TUGASAN 2 ( Individu )
2.1 Mencari Nafas Baharu 13
2.2 Mutiara Bonda 24
TUGASAN 3
3.0 Ayat Terbitan 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Proses Penerbitan Ayat 30
3.2.1 Proses Pengguguran 30
3.2.2 Proses Penyusunan Semula 35
3.2.3 Proses Peluasan 37
3.3 Rumusan 41
Refleksi
Bibliografi
Lampiran
iv
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
5/57
TUGASAN
SECARA BERPASANGAN, NYATAKAN DEFINISI FRASA
BAHASA MELAYU DAN BINAANNYA
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
6/57
1.0 FRASA BAHASA MELAYU DAN BINAANNYA
1.1 PENGENALAN FRASA BAHASA MELAYU
Pelbagai tafsiran dan konsep yang dirumuskan oleh pengkaji-pengkaji bahasa
tentang frasa bahasa Melayu. Namun begitu, ke semua konsep yang diutarakan
membawa maksud yang sama iaitu terdiri daripada satu perkataan, menjadi unsur
kepada ayat dan boleh diperluas. Hal ini dinyatakan oleh beberapa orang pakar
bahasa seperti Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar dan lain-lain.
Binaan frasa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan
frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti
yang mewakili seluruh frasa berkenaan. Binaan frasa endosentrik tidak bolehdigugurkan kerana proses pengguguran frasa endosentrik akan menjadikan frasa
tersebut tidak lengkap. Antara binaan frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja
dan frasa adjektif.
Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur
inti. Frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada
suatu unsur luaran. Frasa tersebut masih dianggap lengkap dan boleh difahami
walaupun frasa eksosentrik digugurkan. Frasa binaan eksosentrik ialah frasa sendi
nama.
1.2 DEFINISI FRASA BAHASA MELAYU
Menurut Abdullah Hassan et al. ( 2006 ) melalui bukunya Sintaksis, frasa ialah unit
yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan, dan berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
1
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
7/57
Manakala Nik Safiah Karim et al. ( 2010 ) pula memdefinisikan frasa ialah unit
yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih. Frasa dinyatakan berbeza daripada klausa kerana binaan frasa
boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Di samping itu, frasa boleh
menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
Menurut pendapat Ahmad Khair Mohd Nor ( 2008 ) dalam bukunya Pengantar
Sintaksis Bahasa Melayu, frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan yang
disusun menjadi rangkai kata. Contohnya ;
Abang s edang bermain bola.
Daripada contoh ayat di atas, ia dapat dipisahkan kepada beberapa bentuk kata iaitu
abang, sedang, bermain dan bola.Perkataan-perkataan ini disusun menjadi dua
rangkai kata yang disebut frasa iaitu abang sebagai satu frasa yang menduduki
tempat subjek, dan sedang bermain bolasebagai frasa yang lain yang menduduki
tempat predikat dalam binaan ayat. Oleh itu, frasa dapat diberi maksud sebagai
kelompok kata yang mengandungi satu kesatuan erti ( Ahmad Khair Mohd Nor,
2008 ).
Asmah Haji Omar ( 2008 ) dalam bukunya Nahu Kemad Kini , menyatakan
bahawa frasa merupakan rangkaian dua kata atau lebih. Dalam aliran transformasi
generatif, frasa boleh terdiri daripada satu kata penuh. Selain itu, Asmah Haji Omar
( 2008 ) juga menyatakan bahawa nahu dalam aliran transformasi generatif , hanya
mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. Oleh itu, yang merupakan unsur
ayat hanyalah frasa.
Arbak Othman ( 1989 ), dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu pula
menyatakan bahawa ayat dalam bahasa terbentuk daripada urutan perkataan yang
dapat bertugas sebagai unsur binaan ayat yang lebih kecil yang dipanggil frasa.
2
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
8/57
1.3BINAAN FRASA
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas
menjadi dua perkataan atau lebih. Terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama ( FN ),
frasa kerja ( FK ), frasa adjektif ( FA ) dan frasa sendi nama ( FSN ). Frasa
dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga berdasarkan sistem yang
dimasukinya serta berdasarkan fungsinya dalam ayat.
1.3.1 BINAAN FRASA NAMA
Definisi
Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya dan wujud secara
bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah
unsur inti tersebut.
1. Contoh frasa nama :
Emak memasak di dapur
Emak kesayangan kami memasak di dapur.
2. Dalam ayat ( 1 ) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa emakyang terdiridaripada 1 patah perkataan sahaja.
3. Dalam ayat ( 2 ) unsur inti subjek itu ialah frasa emak kesayangan kamiyang
boleh diikuti oleh penerang.
4. Inti ialah yang menjadi fokus utama dalam frasa, manakala penerang pula
ialah penjelasan bagi menerangkan makna inti tersebut.
5. Dalam ayat ( 2 ) intinya ialah emak, manakala penerang ialah kesayangan
kami.
3
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
9/57
6. Contohcontoh lain adalah seperti :
FRASA NAMA
INTI PENERANG
Majlis Penyampaian hadiah
Pusat Penetasan penyu
Pasukan Bola sepak Kelantan
7. Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki
subjek frasa nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi
sebagai kata nama. Contohnya :
- Tolong-menolong amat digalakkan
- Rajin belajar tangga kejayaan
8. Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai
subjek dan predikat seperti berikut :
SUBJEK ( FRASA NAMA ) PREDIKAT ( FRASA NAMA )
Encik Hamad Ketua Balai Polis Binjai
Kucing berbulu lebat itu Binatang kesayangan adik
Khairul Fahmi Pemain bola sepak Kelantan
4
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
10/57
1.3.2 BINAAN FRASA KERJA
Definisi
Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya dan
berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Contoh frasa kerja :
AYAT
Subjek Predikat ( Frasa Kerja )
Peniaga itu Melayan pelanggan dengan mesra
Kakak Menangis teresak-esak
Gasing itu Berpusing ligat
Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja
transitif.
Kata Kerja Tak Transitif
1.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu ia tidakdiikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya.
Contohnya :
a. Adik tidur lena.
b.Pemuda itu suka bersenam.
c.Bapa membasuh kereta.
2. Ayat a, b dan cmenunjukkan kata kerja tidur, bersenam dan membasuh tidak
diikuti oleh oleh frasa nama sebagai objek, maka kata kerja ini tergolong dalam kata
kerja tak transitif .
5
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
11/57
3.Kata kerja ini boleh diikuti dengan unsur pelengkap atau penerang. Pelengkap atau
penerang ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tak transitif dan berfungsi
untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contohnya :
a.Adik tidur lena di atas sofa.
b.Pemuda itu suka bersenam di taman permainan pada waktu petang.
c.Bapa membasuh kereta baharunya pada setiap hari minggu.
Dalam ayat di atas , kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun
begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif ( tanpa objek ).
Kata kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata kerja ini perlu
diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contohnya :
FRASA KERJA
Kata Kerja Transitif Penyambut
Membersihkan Kolam ikan
Menyiram Pokok bunga
Membaca Majalah
Contoh ayat :
a. Pekerja itu membersihkan kolam ikansebelummemasukkan anak-anak ikan
tersebut.
b. Puan Maria menyiram pokok bunga setiap hari.
c. Kakak membaca majalah di ruang tamu.
6
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
12/57
Selain mempunyai binaan kata kerja sebagai inti dan diikuti oleh frasa nama sebagai
objek, frasa kerja transitif juga boleh mempunyai keterangan yang terdiri daripada
frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh :
a. Mereka meraikan tetamu malam tadi.
b. Ibu membeli buah-buahan segar.
c. Bapa menghantar adik ke pusat tuisyenpetang tadi.
Frasa kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada 1 atau 2
objek.
Contohnya :
a. Kakak menyiapkankertas kerjanya.
b. Nenek mengupas bawang.
c. Puan Aminah menghidangitetamunya kuih bingka.
1.3.3 BINAAN FRASA ADJEKTIF
Definisi
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai
unsur intinya dan bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Contohnya :
AYATSubjek ( Frasa Nama ) Predikat ( Frasa Adjektif )
Murid itu Bijak sungguh
Keretanya Cantik sekali
Meja kayu itu Sangat kukuh
7
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
13/57
Dalam susunan songsang pula, predikat frasa adjektif boleh berada di hadapan
seperti contoh :
a. Bijak sungguhmurid itu.
b. Cantik sekalikeretanya.
c. Sangat kukuhmeja kayu itu.
1.Frasa adjektif juga boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang. Jika frasa
adjektif bertugas sebagai unsur keterangan, kedudukannya dalam predikat ayat
adalah selepas kata kerja. Sebagai contohnya :
a. Kuda itu berlari pantas.
b. Kanak-kanak itu bercakap sungguh petah.
2.Jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur penerang pula, kedudukannya adalah
selepas kata nama. Sebagai contohnya :
a. Dia muridpaling cerdik.
b. Jamilah anak manja.
3.Binaan frasa adjektif bukan sahaja mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti,
tetapi boleh juga disertai oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan
atau di belakangnya. Sebagai contohnya :
FRASA ADJEKTIF
Kata Bantu Penguat(Hadapan) Kata Adjektif Penguat(Belakang)
Belum Tajam
Sudah Ranum Sangat
Terlau Baik
Amat Cantik Sekali
Laju Betul
8
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
14/57
Contoh ayat :
a. Pisau itu belum tajam.
b. Buah mangga itu sudah ranumsangat.
c. Hatinya terlalu baik.
d. Tudungnya amat cantik sekali.
e. Bas itu lajubetul.
4. Kata bantu boleh hadir sebelum atau sesudah kata penguat.
5. Kata penguat yang terdapat dalam frasa adjektif terdiri daripada 3 jenis, iaitu :
a). Kata Penguat Hadapan
Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif,
contohnya:
Kulitnya agak cerah.
Cuaca hari ini terlalupanas.
Keretanyapalingbesar.
b) Kata Penguat Belakang
Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif,
contohnya :
Pemandangan di kaki bukit itu indah nian.
Suara penyanyi itu merdu sekali.
Kanak-kanak itu nakal benar.
c) Kata Penguat Bebas
Kata penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh berada di
hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya :
Pokok kelapa itu sangattinggi.
Pokok kelapa itu tinggi sangat.
9
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
15/57
Perigi itu amatdalam.
Perigi itu dalam amat.
6. Frasa adjektif bukan hanya terdiri daripada kata dasar seperti cantik, baik, jauh
dan tinggi.seperti contoh terdahulu namun boleh juga terdiri daripada perkataan
berimbuhan seperti tercantik, tertinggi dan kebiru-biruan seperti dalam ayat di bawah:
* Rumah Pak Hamid tercantik di kampung itu.
* Adib mendapat markah tertinggi dalam ujian itu.
* Air laut kelihatan kebiru-biruan.
1.3.4 BINAAN FRASA SENDI NAMA
Definisi
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada 1 kata sendi nama yang diikuti
oleh 1 frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama ini.
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya:
dari, daripada, ke, kepada, pada, untuk, oleh dan sebagainya.
Dalam susunan ayat biasa , frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat.
Contohnya :
Subjek ( Frasa Nama ) Predikat ( Frasa Sendi Nama )
Kerusi itu Daripada kayu jati
Keretanya Di pusat servis
Novel itu Tentang kasih sayang
10
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
16/57
Secara umumnya, frasa sendi nama mempunyai 3 pola binaan seperti berikut :
1. Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Binaan ini terdiri daripada 1 kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama
sebagai pelengkap.
Contohnya :
FRASA SENDI NAMA
Kata Sendi Nama Frasa Sendi Nama
Sejak Semalam
Daripada Kayu jati
Untuk Murid cemerlang
Dengan Kesabarannya
Pada Dinding rumah
2. Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah ) + Frasa Nama
Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama diikuti oleh frasa nama yang
didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan.
Contohnya :
FRASA SENDI NAMA
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Arah Kata Nama
Di Hadapan Sekolah
Ke Belakang Kedai
3. Kata Sendi Nama + ( Kata Arah ) + Frasa Nama + ( Kata Keterangan )
Satu lagi frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang
hadir secara pilihan.
Contoh :
11
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
17/57
FRASA SENDI NAMA
KATA SENDI
NAMA
FRASA NAMA Keterangan
Kata Arah Frasa Nama
Ke Utara Tanah air Setiap tahunKe Utara Tanah air -
Dari Belakang Rumah Dengan datuk
Dari Belakang Rumah -
1.4 KESIMPULAN
Frasa bahasa Melayu secara rumusnya boleh ditakrifkan sebagai unit yang terdiri
daripada satu perkataan dan boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa merupakan unsur kepada ayat dan binaan frasa boleh mengandungi hanya
subjek atau predikat.
Kesimpulannya, frasa mempunyai binaan yang berbeza antara satu sama lain danmempunyai fungsi yang berbeza. Setiap binaan frasa digunakan dalam ayat dan
frasa berdasarkan kesesuaian dan jenis ayat.
12
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
18/57
TUGASAN 2
SECARA INDIVIDU, PILIH SATU PETIKAN CERPEN KOMSAS PMR
( TINGKATAN 13 ) DAN AMBIL LIMA AYAT DARIPADANYA
SECARA BERURUTAN, ANALISISKAN FRASA-FRASA YANG
MEMBINANYA.
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
19/57
NAMA : NORMA BT YUSOF
2.1 CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3
Tajuk : Mencari Nafas Baharu
Penulis : Ayusari MJ
Petikan Cerpen Mencari Nafas Baharu
Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas, Ana diamanahkan untuk membimbing
murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. Sebagai guru tingkatan dan guru mata
pelajaran, Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat. Milah anak sulung
daripada enam orang adik beradik. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan. Ibunya
berkedai runcit secara kecil-kecilan, manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata
pencarian.
Analisis Frasa
1. Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas, Ana diamanahkan untuk membimbing
murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang.
2. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran, Ana berkesempatan untuk
mengenali Milah secara dekat.
3. Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik.
4. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan.
5. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan, manakala ayahnya menangkap ikan
sebagai mata pencarian.
13
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
20/57
ANALISA FRASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT
1. Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas, Ana diamanahkan untuk membimbing
murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang.
i. Binaan ayat : Ayat Majmuk Gabungan
Ayat 1 : Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas (Ayat tunggal)
Ayat 2 : Ana diamanahkan. (Ayat tunggal)
Ayat 3 : membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang. (Ayat tunggal)
ii. Ayat 1 : Di dalam bilik darjah yang tidak begitu luas
Subjek Ayat Predikat AyatFrasa Subjek Frasa Predikat
Rumus Pola
Ayat
Di dalam bilik
darjahyang tidak
begitu luasFrasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Sendi Kata Sendi Kata Nama Kata Bantu Penerang Kata Sifat
Di Dalam bilik darjah Yang tidak begitu luas
14
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
21/57
iii. Ayat 2 :. Ana diamanahkan.
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa
Subjek
Frasa
Predikat
Rumus Pola
Ayat
Ana diamanahkan Frasa Nama Frasa Kerja FN + FK
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Ana Diamanahkan
iv. Ayat 3 : membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang.
Predikat Ayat Subjek Ayat Frasa
PredikatFrasa Subjek
Rumus Pola
Ayat
membimbing murid-murid tingkatan 3
sebanyak 25 orang.Frasa Kerja Frasa Nama FK + FN
Predikat Subjek
Frasa Kerja Frasa Nama
Kata Nama Penerang Keterangan
membimbing murid-murid tingkatan 3 sebanyak 25 orang.
15
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
22/57
v. Rumusan
Berdasarkan ayt diatas, dapat dirumuskan bahawa ayat di atas tergolong dalam ayat
majmuk gabungan. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa
bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan
sebagainya. Ayat juga digabungkan dengan menggunakan koma dan kata hubung. Di dalam
ayat tersebut juga terdapat prediket dihadapan subjek.
2. Sebagai guru tingkatan dan guru mata pelajaran, Ana berkesempatan untuk
mengenali Milah secara dekat.
i. Binaan ayat : Ayat Majmuk Campuran ( Ayat Gabungan + Ayat Komplemen)
Ayat Gabungan 1 : Sebagai guru tingkatan.
Ayat Gabungan 2 : Sebagai guru mata pelajaran
Ayat Komplemen : Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat.
ii. Ayat Gabungan 1 : Sebagai guru tingkatan.
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa
Subjek
Frasa
Predikat
Rumus Pola
Ayat
Sebagai guru tingkatan. Frasa Nama Frasa Nama FN + FN
16
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
23/57
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Nama
Kata Bantu Kata Nama
Sebagai Guru Tingkatan
iii. Ayat Gabungan 2 : Sebagai guru mata pelajaran
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa
Subjek
Frasa
Predikat
Rumus Pola
Ayat
Sebagai guru Mata pelajaran Frasa Nama Frasa Nama FN + FN
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Nama
Kata Bantu Kata Nama Kata nama Kata nama
Sebagai Guru Mata Pelajaran
iv. Ayat Komplemen : Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat.
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa
Subjek
Frasa
Predikat
Rumus Pola
Ayat
Ana berkesempatan untuk
mengenali Milah secara
dekat.
Frasa Nama Frasa Kerja FN + FK
17
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
24/57
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Kerja Kata sendi Penerang Pelengkap Keterangan
Ana berkesempatan untuk mengenali Milah secara dekat.
v. Rumusan
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk
pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk
campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Manakala ayat
majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya
menjadi komplemen kepada ayat utama.
3. Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik.
i. Binaan ayat : Ayat Tunggal
Ayat 1 : Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik.
ii. Ayat 1 : Milah anak sulung daripada enam orang adik beradik.
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola
Ayat
Milah anak
sulung
daripada enam
orang adik
beradik.
Frasa Nama Frasa Sendi FN + FS
18
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
25/57
Subjek Predikat
Frasa nama Frasa Sendi
Kata sendi Pelengkap Kata bantu
Penerang
Milah anak
sulung
Daripada enam orang adik beradik
iii. Rumusan
Dalam ayat diatas terdapat Frasa Sendi. Frasa sendi terdiri daripada satu kata sendi
nama dan diikuti Frasa Nama . Fungsi utama frasa sendi adalah sebagai sebagai
keterangan. Frasa ini boleh hadir sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa nama. Frasa sendi nama sebagai unsur keterangan frasa nama ialah
mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan.
Sebagaimana contoh diatas Milah anak sulung daripada enam orang adik
beradik.(Keterangan Frasa Nama)
4. Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan.
i. Binaan ayat : Ayat Majmuk
Ayat 1 : Dia murid yang rajin dalam sukan.
Ayat 2 : Dia murid yang aktif dalam sukan.
ii. Ayat 1 : Dia murid yang rajin dalam sukan
19
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
26/57
Subjek AyatPredikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat
Rumus Pola
Ayat
Dia muridyang rajin dalam
sukanFrasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
Subjek Predikat
Frasa nama Frasa Adjektif
Kata Bantu Pelengkap Kata Sendi Pelengkap
Dia murid I Yang Rajin Dalam sukan
iii. Ayat 2 : Dia murid yang aktif dalam sukan.
Subjek Ayat Predikat Ayat
Frasa Subjek Frasa Predikat
Rumus Pola
Ayat
Dia murid yang aktif dalam
sukanFrasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
Subjek Predikat
Frasa nama Frasa Adjektif
Kata Bantu Pelengkap Kata Sendi Pelengkap
Dia murid Yang Aktif Dalam sukan
20
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
27/57
iv. Rumusan
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih,
dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat
baharu. Sebagai contoh seperti ayat diatas Dia murid yang rajin dan aktif dalam sukan.
Ayat ini digabungkan daripada dua ayat tunggal yang menggunakan kata hubung iaitu dan.
Apabila digabungkan dua ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung :dan maka ia
akan menjadi ayat majmuk yang lengkap.
5. Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan, manakala ayahnya menangkap ikan
sebagai mata pencarian.
i. Binaan ayat : Ayat Majmuk Campuran
Klausa 1 : Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan
Klausa 2 : Ayahnya menangkap ikan
Klausa 3 : Mata pencarian
ii. Klausa 1 : Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan
Subjek AyatPredikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat
Rumus Pola
Ayat
Ibunyaberkedai runcit
secara kecil-
kecilan
Frasa Nama Frasa kerja FN + FK
21
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
28/57
Subjek Predikat
Frasa nama Frasa kerja
Kata kerja Pelengkap Kata bantu Penerang
Ibunya Berkedai Runcit secara kecil-kecilan
i. Klausa 2 : Ayahnya menangkap ikan
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola
Ayat
Ayahnya menangkap ikan Frasa Nama Frasa Kerja FN + FK
Subjek Prediket
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Kerja Pelengkap
Ayahnya Menangkap Ikan
ii. Klausa 3 : Mata pencarian : Kata Nama Majmuk)
Kata nama Kata kerja
Mata Pencarian
22
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
29/57
iii. Rumusan
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang lebih daripada satu jenis ayat, iaitu campuran
ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk campuran juga
dikenali sebagai ayat kompleks. Sebagai contoh seperti ayat di atas: Ibunya berkedai runcit
secara kecil-kecilan, manakala ayahnya menangkap ikan sebagai mata pencarian. Ayat
majmuk campuran terjadi apabila terdapat sekurang-kurangnya 3 klausa yang mungkin
campuran ayat majmuk setara dengan satu ayat majmuk tak setara. Klausa yang
digabungkan ialah sekurang-kurangnya 1 klausa bebas manakala klausa lain merupakan
klausa tidak bebas. Klausa 1 ialah Ibunya berkedai runcit secara kecil-kecilan, Klausa 2 ialah
Ayahnya menangkap ikan dan Klausa 3 ialah Mata pencarian. Hubungan klausa 1 dan
klausa 2 ialah setara manakala hubungan klausa 1 dan klausa 2 dengan klausa 3 adalah tak
setara. Oleh itu, klausa 1 dan klausa 2 menjadi klausa induk manakala klausa 3 menjadi
klausa bawahan.
23
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
30/57
TUGASAN INDIVIDU
ANALISIS FRASA
NAMA : SALMA BT AWG. MAT
NO. K/P : 660212-03-5066
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
31/57
CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3
2.2 TAJUK : MUTIARA BONDA
PENULIS : SITI HAJAR MOHD. ZAKI
PETIKAN CERPEN
Saya dan adik pun selalu bertikam lidah. Saya rasa dunia ini akan
aman kalau dia tiada di rumah. Alangkah, jauhnya kami dalam keadaan yang
berdekatan ! Asal berjumpa sahaja berbahanglah perang pertengkaran. Tegur
sepatah, dibalas makinya yang petah.
Analisa Frasa
1. Saya dan adik pun selalu bertikam lidah.
2. Saya rasa dunia ini akan aman kalau dia tiada di rumah.
3. Alangkah, jauhnya kami dalam keadaan yang berdekatan!
4. Asal berjumpa sahaja berbahanglah perang pertengkaran.
5. Tegur sepatah, dibalas makinya yang petah.
24
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
32/57
ANALISIS FRASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
1. Binaan ayat : Ayat Mejmuk
Ayat 1 : Saya pun selalu bertikam lidah.
Ayat 2 : Adik pun selalu bertikam lidah.
2. Ayat 1 : Saya pun selalu bertikam lidah
FN + FK
Subjek : Saya pun
FN
Predikat : Selalu bertikam lidah
FK
3. Ayat 2 : Adik selalu bertikam lidah
FN + FK
Subjek : Adik pun
FN
Predikat : Selalu bertikan lidah
FK
4. Rumusan
Ayat ini ialah ayat majmuk yang mengandungi lebih daripada satu
frasa nama dan satu frasa kerja. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina
dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman
ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat
baharu. Penanda majmuk bagi ayat di atas ialah penggunaan kata hubung
dan.
25
Saya dan adik pun selalu bertikam lidah
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
33/57
1. Binaan ayat : Ayat Majmuk gabungan
Ayat 1 : Saya rasa dunia ini akan aman
Ayat 2 : Kalau dia tiada di rumah
2. Ayat 1 : Saya rasa dunia akan aman
FN + FA
Subjek : Saya rasa
FN
Predikat : Dunia ini akan aman
FA
3. Ayat 2 : Kalau dia tiada di rumah
FN + FSN
Subjek : Kalau dia
FN
Predikat : Tiada di rumah
FSN
4. Rumusan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih
klausa bebas. Ayat di atas di kategorikan sebagai ayat majmuk gabungan
kerana mengandungi dua ayat yang dihubungkan dengan frasa sendi di. Yata
ini mempunyai tiga frasa nama, satu frasa adjektif dan satu frasa sendi nama.
26
Saya rasa dunia ini akan aman kalau dia tiada di rumah.
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
34/57
1. Binaan ayat : Ayat Majmuk Pancangan
Ayat 1 : Alangkah, jauhnya kami
Ayat 2 : Dalam keadaan yang berdekatan
2. Ayat 1 : Alangkah , jauhnya kami
FA + FN
Subjek : Alangkah , jauhnya
FA
Predikat : Kami
FN
3. Ayat 2 : Dalam keadaan yang berdekatan
FN + FASubjek : Dalam keadaan
FN
Predikat : yang berdekatan
FA
4. Rumusan
Ayat majmuk pancangan yang terdiri daripada dua frasa nama dan
dua frasa adjektif. Ayat ini tergolong dalam ayat relatif yang dikenal dengan
penggunaan perkataan yang. Yang ialah frasa sendi sebagai keterangan
kepada frasa adjektif. Frasa ini hadir untuk keterangan kepada frasa namadan frasa adjektif.
27
Alangkah, jauhnya kami dalam keadaan yang berdekatan
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
35/57
1. Binaan ayat : Ayat Tunggal
Ayat 1 : Asal berjumpa sahaja
Ayat 2 : Berbahanglah perang pertengkaran
2. Ayat 1 : Asal berjumpa sahaja
FN + FK
Subjek : Asal
FN
Predikat : berjumpa sahaja
FK
3. Ayat 2 : Berbahanglah perang pertengkaran
FN + FK
Subjek : Berbahanglah
FN
Predikat : Perang pertengkaran
FK
4. Rumusan
Ayat di atas ialah ayat tunggal yang mengandungi frasa nama dan
frasa kerja. Frasa nama ialah asal dan berbahang, manakala frasa kerja pula
ialah berjumpa, perang dan pertengkaran.
28
Asal berjumpa sahaja berbahanglah perang pertengkaran
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
36/57
1. Binaan ayat : Ayat Majmuk Pancangan
Ayat 1 : Tegur sepatah dibalas
Ayat 2 : Makinya yang petah
2. Ayat 1 : Tegur sepatah dibalas
FN + FK
Subjek : Tegur sepatah
FN
Predikat: Dibalas
FK
3. Ayat 2 : Makinya yang petah
FK + FA
Subjek : Makinya
FK
Predikat: Yang petah
FA
4. Rumusan
Ayat di atas mengandungi satu frasa nama , dua frasa kerja dan
satu frasa adjektif. Pola ayat ialah FN + FK + FA. Yang ialah kata
hubung yang menghubungkan frasa kerja makinya dengan frasa adjektif
petah.
29
Tegur sepatah, dibalas makinya yang petah
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
37/57
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
38/57
3.0 AYAT TERBITAN
3.1 PENGENALAN
Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses gramatis, iaitu melibatkan
pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah peraturan struktur
ayat dan memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan ayat. Rumus dalam
transformasi generatif yang menentukan tatacara penukaran satu pola
tatabahasa kepada pola tatabahasa yang lain. Rumus ini dapat mengubah satu
jenis ayat menjadi ayat yang lain, dengan cara pengguguran atau penambahan
unsur dalam untaian.
Contoh :
Mahasiswi itu penyanyi
Penyanyikah mahasisiwi itu ?
( Ayat Penyata Ayat Tanya )
3.2 PROSES PENERBITAN AYAT
Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat dapat dilakukan melalui proses
transformasi yang mengakibatkan proses pengguguran, penyusunan semula
dan proses peluasan.
3.2.1 PROSES PENGGUGURAN
Proses pengguguran ayat ialah proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan,
iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian.
A + B+ C menjadi A + C apabila Bdigugurkan.
Unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud dalam untaian.
A )Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek
Pengguguran Kata Ganti Nama diri kedua dalam ayat perintah.
Contoh :
Kamu diam. Diam.
Kalian datanglah ke rumah. Datanglah ke rumah.
Awak jangan buat lagi. Jangan buat lagi.30
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
39/57
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
40/57
Pengguguran Frasa Predikat Frasa Nama
Contoh pengguguran frasa predikat frasa nama :
- Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara.
- Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara.
- Buku itu bukan miliknya + buku ini bukan miliknya.
- Buku itu dan buku ini bukan miliknya.
- Kesantunan amalan kita + kebersihan amalan kita.
- Kesantunan dan kebersihan amalan kita.
Pengguguran Frasa Predikat Frasa Adjektif
Contoh :
Kakak sangat rajin + adik sangat rajin
Kakak dan adik sangat rajin.
Doktor harus sabar + jururawat harus sabar
Doktor dan jururawat harus sabar.
Perangainya amat pelik hari ini + sikapnya amat pelik hari ini.
Perangai dan sikapnya amat pelik hari ini.
Pengguguran Frasa Predikat Frasa Sendi Nama
Contoh :
Dia akan ke stadium + adiknya akan ke stadium
Dia dan adiknya ke stadium.
Bunga ini untuk ibu + kain ini untuk ibu
Bunga dan kain ini untuk ibu.
Kota Bharu di Kelantan + Bachok di kelantan
Kota Bharu dan Bachok di Kelantan.
32
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
41/57
D) Pengguguran Bahagian Predikat
Pengguguran oleh + Frasa Nama dalam Ayat Pasif
Contoh :
Pokok ditebang oleh bapa
Pokok ditebang
Pencuri itu ditangkap oleh polis
Pencuri itu ditangkap.
Majlis penyampaian hadiah dirasmikan oleh Guru Besar
Majlis penyampaian hadiah dirasmikan.
Pengguguran Kata Bantu
Contohnya :
Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori
Dia dapat memandu kereta dan lori.
Puan Mahani boleh berpantun + Puan Mahani boleh bersyair
Puan Mahani boleh berpantun dan bersyair.
Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek
Contohnya :
Kucing itu mengejar tikus + Kucing itu menangkap tikus
Kucing itu mengejar dan menangkap tikus.
Dia mengambil pinggan + Dia mengambil gelas
Dia mengambil pinggan dan gelas.
Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara
Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara.
33
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
42/57
Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek
Contoh :
Pemandangan itu amat mengagumkan kami.
Pemandangan itu amat mengagumkan.
Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Kelantan.
Kekalahan itu sungguh memilukan.
Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton.
Lakonannya itu sangat mempersonakan.
E )Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
Pengguguran frasa nama subjek.
Contoh :
a. Orang itu bapa Dahlia + Orang itu memakai kopiah
Orang yang memakai kopiah itu bapa Dahlia.
b. Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseriPuteri yang cantik berseri itu puteri bongsu.
Pengguguran Frasa Nama Objek.
Contoh :
a. Mak Timah membeli sayur + Sayur itu segar.
Mak Timah membeli sayur yang segar itu.
Mak Timah membeli yang segar itu.
b. Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik
Mereka memilih hadiah yang menarik itu
Mereka memilih yang menarik itu.
34
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
43/57
Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN ( inti ) + penerang
boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama hanya
bahagian penerangnya yang mungkin bukan dari kelas nama.
Contoh ayat :
Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden.
Bertani memerlukan teknologi moden.
Sifat sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar.
Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar.
Perbuatan merokok membahayakan kesihatan.
Merokok membahayakan.
3.2.2 PROSES PENYUSUNAN SEMULA
Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan atau
pengguguran pada kata-kata tertentu, dan penggantian atau penambahan
kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, proses
penyusunan semula ayat-ayat tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Terdapat tiga proses penyusunan semula, iaitu :
i) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
ii) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek
iii) Penyusunan semula melalui ayat songsang
35
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
44/57
Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek
Contoh : aktif kepada pasif
a. Pekerja itu mengecat kereta.
Kereta itu dicat ( oleh ) pekerja itu.
b. Emak memasak gulai.
Gulai dimasak ( oleh ) emak.
c. Abang menyapu sampah.
d. Sampah disapu ( oleh ) abang.
Transformasi Pasif
Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh disusun semula melalui
Proses penyongsangan.
Contoh:
1.Engkau petik buah setiap malam
Setiap malam engkau petik buah.
Penyusunan Semula Frasa Nama sebagi Objek
Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan
objek sipi. Contoh :
Suami menghadiahi isteri kain
Suami menghadiahkan kain kepada isterinya.
Ahmad mengirimi anaknya keropok.
Ahmad mengirimkan keropok kepada anaknya.
Orang itu mengurniai isterinya anak.
Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya.
36
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
45/57
Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang
Ayat yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya
boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan. Contoh :
Kami meletakkan hadiah itu di sana.
Di sana kami meletakkan hadiah itu.
Dia akan berpindah ke bandar.
Ke bandar dia akan berpindah.
Akan berpindah ke bandar dia.
Tikus itu bergerak di dalam kain.
Di dalam kain tikus itu bergerak.
Bergerak di dalam kain tikus itu.
3.2.3PROSES PELUASAN
Proses peluasan ayat ialah penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu.
Terdapat empat jenis peluasan, iaitu :
Peluasan frasa nama ( FN ) sebagai subjek.
Peluasan frasa predikat
Peluasan dengan kata hubung
Peluasan melalui proses komplementasi
Peluasan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek
Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu
proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada
subjek ayat yang menerima pancangan.
Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang. Contohnya :
Perempuan itu peragawati.
Perempuan itu cantik.
Perempuan yang cantik itu peragawati.
37
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
46/57
Mahasiswi itu buah hatiku.
Mahasiswi itu tersenyum.
Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku.
Syarat Relativisasii. Subjek frasa nama sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak
terjadi.Contoh : = Bangunan itu besar. = Orang itu mengait buah.
=Bangunan yang mengait buah itu besar.
ii. Frasa nama identiti sama dan berfungsi sebagai subjek. Jika tidak
relativisasi tidak terjadi. Contoh : = Mahasiswi membaling meja.
=Mahasiswa membaling mahasiswi. = Mahasiswi yang mahasiswa
membaling meja.
iii. Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk
pasif. Contoh :
= Mahasiswi membaling meja.
= Mahasiswa membaling mahasiswi. =Mahasiswi dibaling ( oleh )
mahasiswa ( pasif ).
= Mahasiswi yang dibaling ( oleh ) mahasiswa itu membaling meja (
relativisasi ).
Peluasan Frasa Predikat
Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika frasa nama menjadi subjek dalam
ayat yang dipancangkan.
Contoh :
Ismail mengepam bola. * Bola itu kempis.
Ismail mengepam bola yang kempis itu.
Adik memanjat pokok. * Pokok itu tinggi.
Adik memanjat pokok yang tinggi itu.
Ayah menyapu muka. * Mukanya berpeuh.
Ayah menyapu mukanya yang berpeluh.
38
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
47/57
Peluasan Secara Komplementasi
Peluasan ini ialah proses yang mengubah ayat menjadi satu frasa nama, dan
memancangkannya pada ayat yang lain.
Contoh :
-Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya kahwin lagi.
-Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi.
Struktur batin ayat di atas adalah seperti berikut :
-Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi.
Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat frasa nama subjek dalam ayat
induk dan ayat kecil adalah sama.
Transformasi Komplementasi Frasa Kerja.
Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi frasa
kerja.
Contoh :
-Dia pergi menembakseladang.
-Orang itu berdiri mengambilair.
-Kakak duduk termenungsepanjang hari.
-Pengawal itu tidur berdiri.
-Penembak menembak tepatsasaran.
Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh frasa kerja, bukannya frasa
nama. Ini kerana frasa kerja dalam ayat induk ialah frasa kerja transitif.
Ayat tersebut tidak boleh dipasifkan.
Ayat di atas juga mungkin mempunyai unsur batin seperti contoh berikut :
-Kakak duduk sepanjang hari.
dan
-Kakak duduk termenung sepanjang hari.
Setelah mengalami proses pengguguran KH dan Fn yang sama, maka
wujudlah ayat terbitan seperti yang terjelma pada struktur permukaan.
-Kakak duduk termenung sepanjang hari.
39
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
48/57
Peluasan dengan Kata Hubung
Proses penggabungan dua konsituen yang sama dalam ayat dengan kata
hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun dan sebagainya.
Contohnya :
Mahasiswa ini bahagia. * Mahasiswi ini kecewa.
Mahasiswa ini bahagia tetapimahasiswi inikecewa.
Emak pergi ke pasar. * Ayah pergi ke pasar.
Emak danayah pergi ke pasar.
Iqmal mahu pergi ke pantai. * Iqbal tidak mahu pergi ke pantai.
Iqmal mahu pergi ke pantai walaupunIqbal tidak mahu pergi.
40
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
49/57
3.3 Rumusan
Berdasarkan perbincangan dapatlah dirumuskan bahawa ayat ialah unit
pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa, maknanya lengkap,
terdiri daripada susunan perkataan yang bermula dan berakhir dengan
kesenyapan. Semua jenis ayat boleh menerbitkan ayat terbitan, tetapi ayat
penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menerbitkan ayat inti.
Klausa ialah unit deretan kata yang mempunyai subjek dan oredikat yang
menjadi konsituen ayat. Klausa terbahagi kepada dua, iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebas.
Pola inti terbahagi kepada empat, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA, dan FN +
FSN. Dari segi nilai komunikatifnya ayat terbahagi kepada lima, iaitu ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, dan ayat emfatik.
Dari segi bentuk, ayat terbahagi dua, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat
tunggal boleh dijelmakan dalam bentuk biasa dan bentuk songsang. Ayat juga
boleh terhasil sama ada dalam bentuk aktif atau dalam bentuk pasif. Ayat
majmuk boleh berupa gabungan, pancangan, campuran dan pasif. Terdapat
pelbagai jenis ayat keterangan seperti keterangan musabab, akibat, syarat,
waktu, pertentangan, harapan, cara, tujuan, perbandingan, sangkalan dan
kenyataan
41.
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
50/57
REFLEKSI
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
51/57
REFLEKSI
NAMA : SALMA BT AWG. MAT
NO.K/P : 660212-03-5066
Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaNya, tugasan kerja kursus bagi mata
pelajaran Sintaksis Bahasa Melayu ( BMM 3110 ) telah berjaya disiapkan
dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tugasan kerja kursus ini memerlukan
kami melaksanakan tugasan secara berpasangan melibatkan topik definisi
frasa dan binaan frasa bahasa Melayu serta proses penerbitan ayat. Selain
itu, kami juga telah ditugaskan untuk membuat analisis frasa berdasarkan
ayat yang dipilih dalam cerpen Komsas PMR. Tugasan individu ini amat
mencabar kerana sebelum ini, kami tidak pernah membuat kajian tentang
ayat atau frasa yang terdapat dalam bahan bacaan kami.
Pembahagian tugas telah dilaksanakan bagi melancarkan pelaksanaan
tugasan dan memastikan tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang
diberikan. Perbincangan yang dilakukan amat sukar kerana kami tinggal
dalam jarak yang jauh. Namun, hendak seribu daya, tidak hendak seribu
dalih.
Tugasan ini telah membantu saya mengetahui konsep frasa Bahasa Melayu
dengan lebih mendalam. Selama ini saya tidak begitu mengambil berat
tentang frasa bahasa Melayu secara mendalam. Melalui tugasan ini saya
dapat mengkaji dan memahami tentang frasa bahasa Melayu dan mengenali
lebih dekat lagi tentang segala aspek yang terdapat dalam bahasa ini.
Melalui bimbingan pensyarah pembimbing, saya menerokai bahasa Melayu
sedikit demi sedikit. Dari sini, saya dapat rasakan betapa kerdilnya saya
sebagai orang Melayu yang berbahasa Melayu, tetapi begitu sedikit
pengetahuan yang ada dalam diri saya. Syukur, melalui tugasan ini,
dapatlah saya menambahkan pengetahuan tentang bahasa kita ini.
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
52/57
Saya mengambil inisiatif dengan membuat rujukan terlebih dahulu sebelum
membuat tugasan ini. Berpandukan bahan rujukan , saya melaksanakan
tugasan ini sedaya upaya saya. Memang tidak dinafikan bahawa tugasan ini
amat mencabar. Namun, akhirnya ia berjaya disiapkan juga.
Pengalaman yang diperoleh melalui tugasan ini akan saya gunakan sebaik
mungkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama anak didik di
sekolah. Harapan saya agar saya dapat aplikasikan dengan lebih baik
dalam kelas nanti. Insya Allah.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberi
kerjasama terutama sekali pensyarah pembimbing Encik Abdullah bin
Mohd Yassin.
Sekian, terima kasih.
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
53/57
REFLEKSI
Syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izinNya dapat saya dan pasangan
menyiapkan tugasan SintaksisBahasaMelayu BMM 3110 di bawah bimbingan pensyarah En
Abdullah bin MdYassin yang juga merupakan mentor kepada kumpulan BMM3 Program
Pensiswazahan Guru Kohort 1. Terimakasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada En
Abdullah di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Penerangan panjang lebarserta
bantuan yang diberikan telah memberi suntikan semanga tkepada saya untuk mendalami
bidang Sintaksis Bahasa Melayu ini.
Ini sejajar dengan tugas saya sebagai seorang guru bahasa Melayu di sekolah
rendah.Nampaknya selama ini saya telah terpesong jauh dalam menyampaikan ilmu kepada
anak didik saya kerana saya dapati ilmu yang saya ada sekarang ini terlalu cetek, tetapi
dengan mempelajar ibidang Sintaksis Bahasa Melayu ini telah membuka sedikit sebanyak
minda saya tentang ilmu bahasa Melayu.
Di mana sebagai seorang guru bahasa Melayu, saya harus tahu secara terperinci dan
mendalam tentang bentuk ayat, struktur ayat, dan binaan ayat.Saya juga harus selalu
bersama buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk mendalami ilmu bahasa sayauntuk diajarkan kepada murid-murid saya di samping membuat rujukan daripada buku-buku
ilmiah yang lain.
Saya juga amat bersyukur kerana dapat mempelajar ibidang sintaksis ini dengan seorang
pensyarah yang bukan calang-calang orang, beliau merupakan orang kuat Dewan Bahasa
dan Pustaka yang telah diangkat sebagai munsyi atau guru bahasa. Setiap bait dan
tuturbicaranya penuh makna. En Abdullah juga merupakan tempat rujukan kepada
pensyarah-pensyarah lain. Jad ikesempatan yang ada ini akan saya gunakan sepenuhnya
untuk menimba sebanyak mungkin ilmu daripadanya untuk dicurahkan kepada anak murid di
sekolah saya yang terlalu hauskan ilmu.
Dengan mengikuti bidang sintaksis ini juga,telah menjadikan saya lebih memahami tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan untuk membentuk ayat dalam bahasa Melayu. Saya juga harus menguasai dan
memahami secara terperinci tentang Struktur Binaan Ayat, Pembahagian Subjek dan
Predikat, Ayat Dasar dan Ayat Terbitan, Susunan Dalam Ayat, Urutan Kata, Perpindahan
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
54/57
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
55/57
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman
( 2006 ). Sintaksis. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor, ( 2008 ). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu.Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar ( 2008 ) .Nahu Kemas Kini : Panduanbahasayangbaikdan
Betul. Kuala Lumpur : PTS Professional, 2008.
Arbak Othman ( 1989 ). Nahu Bahasa Melayu .Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Petaling Jaya.
Mohd ShahrilnRajain. ( 1996 ).Analisis Kesalahan bahasa Melayu di Kalangan
Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah : satu kajian kes. Tesis
sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood
( 2010 ). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Dewan Bahasa dan Pusataka,
Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim .( 2007 ).Liku-liku Bahasa.Shah Alam : K Publishing Sdn.
Bhd.
Nor Asmah Abd. Aziz. ( 2009 ). Penggunaan Kata Hubung bahasa Malaysia
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah : Satu Analisis Kesilapan.
Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Siti Hajar Abdul Aziz. ( 2008 ). Bahasa Malyu 1. Siri Pendidikan Guru .Kuala
Lumpur. Oxford Fajar. Sdn. Bhd.
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
56/57
LAMPIRAN
-
8/14/2019 Bmm 3110 Sintaksis Bahasa Melayu Semester 5
57/57