dewan negara parlimen ketiga belas penggal …pertamanya, dalam bajet 2013, kerajaan telah...
Post on 09-Jan-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Naskhah belum disemak
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT KEDUA
Bil. 10 Isnin 7 Oktober 2013
K A N D U N G A N MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: - Mengalu-alukan Pelantikan Ahli-ahli Baru (Halaman 1) - Mengangkat Sumpah Di Luar Dewan (Halaman 2) - Memperkenankan Akta-akta (Halaman 3) - Perutusan Daripada Dewan Rakyat (Halaman 3) URUSAN MESYUARAT (Halaman 4) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 4) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013 (Halaman 36) Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013 (Halaman 63) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 (Halaman 65)
DN.7.10.13 1
MALAYSIA
DEWAN NEGARA
PARLIMEN KETIGA BELAS
PENGGAL PERTAMA
MESYUARAT KEDUA
Isnin, 7 Oktober 2013
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
MENGANGKAT SUMPAH
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:
- Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam
- Yang Berhormat Dato’ Khairuddin bin E.S. Abd Samad
- Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas
- Yang Berhormat Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk
Wira Haji Omardin
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
MENGALU-ALU PELANTIKAN AHLI-AHLI BARU
■ 1010
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin
Mohd Rustam, yang keduanya Yang Berhormat Dato’ Khairudin bin E.S Abd Samad,
yang ketiganya Yang Berhormat Datuk Seri Haji Yahya bin Mat Ghani@Abbas dan Yang
Berhormat Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana lafaz sumpah dan ikrar setia yang telah
dilafazkan oleh kesemua Yang Berhormat sebentar tadi, inginkan saya mengingatkan
agar kita semua hendaklah betul-betul berazam untuk memahami, menghayati dan
mendukung untuk mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia. Janganlah sekali-
DN.7.10.13 2
kali kita langgar dan mengingkari sumpah dan ikrar setia yang telah kita semua lafazkan
sebentar tadi. Sangatlah penting dan mustahak supaya semua Yang Berhormat
membaca, memahami dan juga mempraktikkan dengan bijak dua perkara iaitu pertama,
Perlembagaan Malaysia dan yang kedua, Peraturan-peraturan Mesyuarat yang setelah
memahami dan menghayati dan mempraktikkannya semasa berucap atau berbahas,
tentu sekali akan memberi keyakinan dan seterusnya melambangkan sebagai seorang
Ahli Yang Berhormat yang berwibawa dan dihormati.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebagaimana biasa, selalu mengingatkan diri saya
dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini iaitu agar
marilah kita semua berazam martabatkan dan memperkasakan Dewan Negara yang
mulia ini sebagai satu Dewan Negara yang bermaruah, berkualiti dan berintegriti yang
betul-betul komited kepada kepentingan negara dan rakyat Malaysia. Yang Berhormat
semua, kita tidak mahu dianggap Dewan yang mulia ini sebagai rubber stamp dan kerana
Dewan yang mulia ini ada peranannya dan tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat
Malaysia mengikut Perlembagaan kita. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah betul-betul
serius apabila berbahas, berucap di Dewan yang mulia ini dan menghormati Dewan
dengan izin, we have to respect the House and decorum. Yang Berhormat, rakyat di luar
memandang kerana Yang Berhormat adalah segelintir bilangan rakyat yang cukup
bernasib baik di kalangan 28 juta rakyat negara ini dan peranan Yang Berhormat dilihat
dengan teliti oleh rakyat. Marilah kita sama-sama beri tanggungjawab ini dengan penuh
komited dan dengan penuh jayanya, Insya-Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekianlah sahaja majlis angkat sumpah kita pada hari
ini.
MENGANGKAT SUMPAH DI LUAR DEWAN
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan Peraturan
Majlis Mesyuarat 4(3), saya dengan ini memberitahu Majlis ini iaitu Ahli-ahli Yang
Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah semasa di luar Majlis Mesyuarat
Dewan mengikut Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan pada tarikh yang
dinyatakan seperti berikut:
Pada 26 Ogos 2013:
1. Yang Berhormat Tuan Mohamad Ezam bin Mohd Nor
Pada 27 September 2013:
1. Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman
DN.7.10.13 3
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu
Majlis ini iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan limpah kurnia
Baginda telah memperkenankan Akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam
mesyuarat penggal yang lalu seperti berikut;
1. Akta Perbekalan Tambahan (2012) 2013.
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu
perutusan daripada Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan rang
undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan Perutusan]
“03 Oktober 2013
Perutusan Daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,
Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang yang berikut dan meminta
Dewan Negara mempersetujukannya:
1. Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan)
2012 (Pindaan) 2013.
2. Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013
3. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) 2013 dan;
4. Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan
Pemerluasan) 2013
Yang ikhlas,
t.t
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT”
DN.7.10.13 4
URUSAN MESYUARAT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang tersebut
di dalam perutusan itu dibaca bagi kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini.
Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Tuan Yang di-Pertua: Sebelum saya memulakan pertanyaan-pertanyaan
jawapan lisan ini, izinkan saya menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat. Saya
minta kalau boleh soalan itu buat secara tepat. Tidak perlu ada mukadimah yang panjang-
panjang dan juga saya minta pihak kementerian, pihak menteri menjawab dengan tepat,
cekap dan tak perlu panjang lebar untuk menjimatkan masa sehingga dapat kita
meluluskan ataupun menjawab seberapa banyak soalan yang telah banyak dikemukakan.
Sekian. Pertama sekali saya persilakan Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus.
1. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta Perdana Menteri menyatakan :-
(a) antara inisiatif-inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan
berpendapatan sederhana agar tidak terus terpinggir susulan
kebanyakan bantuan lebih tertumpu pada golongan berpendapatan
rendah; dan
(b) apakah kriteria utama golongan berpendapatan sederhana dan
apakah bentuk bantuan yang layak dihulurkan oleh pihak Kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Abdul Wahid Omar]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua,
memandangkan saya menteri yang pertama menjawab pada pagi ini, izinkan saya
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Negara yang baru termasuk
empat orang yang telah mengangkat sumpah pada pagi ini.
Berkenaan dengan soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator
Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, ini berkenaan dengan golongan berpendapatan tengah.
DN.7.10.13 5
Daripada segi definisi, kita kategorikan golongan ini merupakan mereka yang
berpendapatan 40% pertengahan dengan julat di antara RM3,051 hingga RM6,949
pendapatan isi rumah sebulan. Bagi mencapai matlamat pembangunan negara, banyak
inisiatif yang telah kita laksanakan dan sedang laksanakan untuk memastikan kumpulan
isi rumah berpendapatan sederhana ini memperoleh manfaat daripada pelbagai aktiviti
sosioekonomi negara. Izinkan saya mungkin memberikan empat daripadanya.
Pertamanya, dalam Bajet 2013, kerajaan telah menurunkan kadar cukai sebanyak 1%
untuk pendapatan bercukai RM2,501 hingga RM50,000.
■1020
Jadi ini bermakna untuk tahun 2013, bagi yang berpendapatan - cukai mereka,
chargeable income dengan izin, RM50,000 mereka mendapat penjimatan sebanyak
RM500 setahun. Apabila kita kurangkan untuk mereka yang berpendapatan kurang
daripada RM2,500 ini kepada 0%, jadi ini akan mengeluarkan seramai 170,000 juga
pembayar cukai daripada membayar cukai untuk tahun 2013.
Keduanya ialah dari segi penyediaan rumah mampu milik yang selesa. Kita
banyak program yang dilaksanakan melalui program PR1MA, Syarikat Perumahan
Nasional Berhad dan juga Jabatan Perumahan Negara di mana dalam Bajet 2013 sendiri,
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi membina sebanyak 123,000
unit rumah dengan harga yang berpatutan di kawasan-kawasan yang strategik bagi
memenuhi keperluan perumahan termasuklah mereka yang berpendapatan sederhana
ini.
Ketiganya ialah mewujudkan pelbagai program pelaburan untuk mereka ini
termasuklah skim-skim amanah saham oleh Permodalan Nasional Berhad untuk disertai
oleh semua masyarakat Malaysia di pelbagai peringkat. Antara lain, Amanah Saham
Nasional, Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham 1Malaysia dan juga Amanah
Saham Wawasan 2020. Selain daripada itu baru-baru ini pada 14 September, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan untuk mewujudkan Amanah
Saham Bumiputera yang kedua untuk membolehkan mereka yang telah pun melebihi had
limit RM200,000 pelaburan dalam ASB untuk menambah pelaburan mereka dalam
Amanah Saham Bumiputera yang kedua.
Keempatnya ialah pelbagai program pembiayaan keusahawanan yang
dilaksanakan oleh pelbagai institusi pembiayaan keusahawanan seperti SME Bank,
MARA dan juga PNB untuk membangunkan usahawan terutamanya bumiputera di
pelbagai peringkat termasuklah golongan yang berpendapatan sederhana.
DN.7.10.13 6
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada yang saya sebutkan tadi, banyak juga
program-program untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan
berpendapatan rendah juga akan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan
sederhana. Ini termasuklah pelbagai subsidi yang telah diberikan oleh kerajaan dan juga
pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia di mana mereka yang berpendapatan menengah
juga boleh membeli barang-barang yang berpatutan daripada kedai-kedai tersebut.
Terima kasih. itinerary
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan yang
pertama, dipersilakan Yang Berhormat Datuk Haji Yunus.
Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Menteri berkenaan yang telah menjawab soalan saya.
Soalan tambahan saya ialah masih juga terdapat ramai golongan berpendapatan
sederhana ini seakan-akan terpinggir di mana golongan ini tidak mendapat bantuan
sewajarnya. Mereka juga menyumbang ke atas sebahagian besar pembangunan negara.
Contohnya mereka ini adalah di tengah, dengan izin border. Dia di tengah-tengah
berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah. Jadi, kadang kala mereka terpinggir.
Apakah mekanisme mungkin kerajaan harus buat untuk mereka ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-
Pertua, selain daripada yang saya sebutkan tadi, memang kita insya-Allah dalam masa
yang akan datang ini akan memberikan penumpuan yang lebih lagi kepada mereka juga.
Jadi dalam keadaan di mana apabila kita merealisasikan subsidi, kita insya-Allah akan
mengadakan program-program di mana mereka ini juga akan dibantu. Ini merupakan
langkah-langkah yang bakal diumumkan kemudian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Lim.
Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Golongan yang
terpinggir salah satunya ialah sektor pertanian. Memandangkan harga sawit dan getah
semakin lama semakin turun tetapi produk keperluan pertanian sebagai, dengan izin
herbicide, insecticide semakin lama semakin meningkat. Jadi yang ini memang tidak
selaras. Jadi, apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu
golongan tersebut? Terima kasih.
Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-
Pertua, untuk golongan petani yang begini kita ada dua cara. Pertamanya, banyak
bantuan subsidi berkaitan dengan pertanian telah diadakan seperti baja dan sebagainya.
Jadi mereka yang terlibat dalam program-program di bawah RISDA, FELDA dan
DN.7.10.13 7
sebagainya ada mekanisme-mekanisme di mana banyak bantuan diberikan kepada
mereka.
Untuk yang lainnya, ia berkait rapat dengan jumlah pendapatan yang mereka
terima. Jadi sekiranya pendapatan mereka berkurangan disebabkan oleh kejatuhan harga
minyak sawit, oil palm dengan izin, dan sebagainya, ini berpandukan kepada pendapatan
mereka. Sekiranya pendapatan mereka kurang daripada RM3,000, jadi mereka layak
menerima bantuan-bantuan yang lain yang diberikan untuk golongan isi rumah yang
berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Jadi ini antara pelbagai mekanisme sedia ada yang bakal membantu mereka
sekiranya pendapatan mereka terjejas, kurang daripada tahap yang dikenakan untuk
mereka mendapat manfaat-manfaat yang telah diberikan. Terima kasih.
Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullaahi taala wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat
Menteri, ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudi
menerima saya sebagai Ahli Dewan Negara yang baru [Tepuk]... bersama kawan-kawan
yang lain. Juga terima kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Ketua Menteri
Melaka yang telah pun meluluskan usul di Dewan Undangan Negeri Melaka.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, pertamanya, Melaka sudah
mendapat banyak kelulusan perumahan termasuk PR1MA. Namun demikian, Kerajaan
Persekutuan belum lagi membayar duit untuk pengambilan tanah. Kerajaan negeri tidak
cukup duit. Jadi saya minta pengambilan tanah dapat disegerakan supaya rumah boleh
dibina dengan segera.
Keduanya, rumah kos rendah atau pun rumah PPR di bawah Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dahulu kita bayar RM35,000
kepada pejabat SUK dan pejabat daerah tetapi sekarang ini kita sudah minta mereka
bayar kepada bank. Di Melaka ada beberapa rumah belum lagi dapat dibayar, penghuni
belum dapat masuk oleh kerana bank tidak terima pembeli sebab umur sudah tua. Kalau
ada anak pun tidak ada gaji atau pay slip.
Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan balik semula kepada cara yang lama
iaitu semua rumah kos rendah atau PPR di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bayaran bukan dibuat kepada bank tetapi dibuat
kepada pejabat SUK dan pejabat daerah. Jadi kalau hari ini lulus, dia bayar RM200 atau
RM300, esok dapat kunci dan terus boleh masuk. Dengan cara begini kita dapat
DN.7.10.13 8
meringankan mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah kos rendah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-
Pertua, pertamanya dari segi spesifik tanah yang telah dikenal pasti untuk diambil alih
oleh PR1MA. Saya akan susuli dengan CEO PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias dan saya
akan laporkan semula kepada Yang Berhormat Senator.
Keduanya dari segi cadangan itu, saya rasa Menteri KPKT juga ada di sini pada
pagi ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi mungkin kita boleh kaji cadangan tersebut dan
bincang sebelum Yang Berhormat Menteri kita memberikan jawapan. Terima kasih.
2. Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai minta Menteri Kewangan menyatakan,
apakah langkah-langkah kerajaan yang prihatin di dalam membantu rakyat yang sedikit
sebanyak telah menerima kesan ke atas kenaikan minyak kenderaan RON95 dan diesel.
■1030
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang
di-Pertua, saya mohon menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Dato’
Nallakaruppan a/l Solaimalai bersama dengan soalan Yang Berhormat Senator Puan
Hajah Khairiah binti Mohamed, Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng, Yang
Berhormat Senator Dato’ Boon Som a/l Inong yang dijadualkan pada hari ini serta Yang
Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mariany
binti Mohammad Yit, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, Yang Berhormat
Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat yang dijadualkan pada 8 Oktober dan juga Yang
Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah serta Yang Berhormat Senator
Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus pada 9 dan 10 Oktober 2013, memandangkan
kesebelas-sebelas soalan tersebut menyentuh perkara dan isu yang hampir sama.
Tuan Yang di-Pertua, rasionalisasi subsidi dilaksanakan dengan mengalihkan
secara berperingkat kaedah pemberian subsidi daripada subsidi pukal yang membawa
banyak ketirisan kepada subsidi yang bersasar (well targeted) dengan izin. Di bawah
prinsip ini pemberian subsidi tetap terus tetapi disasarkan hanya kepada golongan yang
benar-benar memerlukan. Kaedah sebegini dapat mengurangkan perbelanjaan subsidi
pada keseluruhannya tetapi tidak menjejaskan pemberian bantuan kepada golongan yang
memerlukan.
DN.7.10.13 9
Rasionalisasi subsidi juga merupakan salah satu langkah bagi memastikan
perbelanjaan kerajaan lebih berhemat dan produktif. Tujuan sebenar kerajaan bersubsidi
bahan api adalah untuk mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan
sederhana. Sebaliknya subsidi tersebut lebih banyak dinikmati oleh golongan
berpendapatan tinggi dan juga warga asing. Mereka menggunakan kenderaan berkuasa
tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta yang
berkuasa kecil dan motosikal. Subsidi bahan api hanya diberikan kepada pengguna
kenderaan persendirian dan isi rumah serta sektor tertentu seperti sektor pertanian dan
pengangkutan awam termasuk bot penumpang.
Namun, berlaku penyelewengan penjualan bahan api bersubsidi kepada sektor
perindustrian dan keadaan ini telah menguntungkan pihak yang tidak sepatutnya
menikmati subsidi berkenaan. Malahan harga runcit produk petroleum dalam negeri yang
lain, dalam negara lain yang lebih rendah berbanding di negara kita turut menggalakkan
kegiatan penyeludupan ke negara yang berkaitan yang harganya lebih tinggi. Bererti
rakyat asing di negara jiran menikmati subsidi tersebut. Kebanyakan negara telah
mengambil langkah-langkah drastik untuk mengurangkan defisit fiskal mereka. Namun
Malaysia mengambil pendekatan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan
pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak terjejas. Sebagai langkah pertama,
subsidi RON 95 dan Diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter pada 3 September lalu.
Pengurangan subsidi tersebut dijangka meningkatkan kadar inflasi sebanyak 0.3%
mata daripada 1.7% kepada 2% bagi tahun 2013. Namun begitu, kenaikan inflasi akan
diimbangi oleh tekanan kos pengeluaran yang sederhana berikutan harga komoditi yang
stabil dan keadaan inflasi global yang rendah. Dalam jangka masa sederhana,
rasionalisasi subsidi sebenarnya akan menyumbang kepada penggunaan tenaga yang
lebih cekap dan produktif seterusnya dapat membantu mengawal kenaikan kos
pengeluaran dan tekanan inflasi pada masa akan datang.
Berhubung dengan Petrol RON 97, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
kerajaan telah memutuskan bahawa harga runcit yang ditetapkan secara apungan
terkawal yang disemak pada setiap bulan mengikut perubahan harga pasaran sebenar.
Mulai 5 November 2013, harga runcit RON 97 adalah RM2.85 seliter berbanding harga
pada bulan Ogos RM2.70 seliter.
Oleh itu harga runcit RON 97 tidak kekal kerana harga itu tidak mengandungi
elemen subsidi. Perlu dimaklumkan bahawa subsidi bahan api merupakan komponen
terbesar subsidi kerajaan. Bagi tahun 2012, sejumlah RM24.7 bilion dibelanjakan bagi
menampung subsidi bahan api. Jumlah ini mencakupi 12% daripada keseluruhan
DN.7.10.13 10
perbelanjaan mengurus kerajaan. Bagi tahun 2013, sejumlah RM24.8 bilion
diperuntukkan bagi menampung subsidi bahan api yang mewakili 11.5% daripada
perbelanjaan mengurus.
Untuk perbandingan, jumlah subsidi bahan api pada tahun 2009 adalah hanya
sebanyak RM6.2 bilion atau 3.9% daripada perbelanjaan mengurus. Peningkatan
perbelanjaan subsidi bahan api kerajaan adalah berikutan harga minyak mentah dunia
yang meningkat. Harga minyak mentah Brent di pasaran dunia pada tahun 2012 adalah
USD112 setong berbanding hanya USD62 setong pada tahun 2009. Pada 6 September
2013, harga minyak mentah Brent mencecah USD115.63 setong. Bagi mengurangkan
bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi
subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet tahun
2014. Langkah ini selaras dengan usaha mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang
lebih menyeluruh. Selain itu, kerajaan akan terus bersubsidi bagi barangan keperluan
asas seperti subsidi harga beras, subsidi minyak masak, subsidi kadar elektrik bagi
penggunaan RM20 ke bawah serta insentif hasil tangkapan nelayan dan insentif
pengeluaran padi. Terima kasih.
Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, bagaimanakah kerajaan
memastikan isu kenaikan harga minyak ini tidak akan diputarkan oleh pihak-pihak tidak
bertanggungjawab dan apakah langkah-langkah tersebut? Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ada dua pandangan. Satu kata, harga
minyak naik. Satu lagi ialah penurunan kadar subsidi. Apa yang lebih tepat ialah
penurunan kadar subsidi.
Sukacita dimaklumkan bahawa subsidi untuk Petrol RON95, sebelum ini ialah 83
sen seliter. Kemudian kita turunkan 20 sen menjadi 63 sen seliter menjadikan harga
RON95 bersubsidi sekarang ini ialah RM2.10. Masih ada lagi 63 sen seliter subsidi.
Kemudian kita turunkan subsidi bagi Diesel daripada RM1 kepada 80 sen menjadikan
harga Diesel daripada RM1.80 kepada harga subsidi Diesel bersubsidi kepada RM2.
Sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan dan menaikkan harga
minyak di pasaran dunia. Harga minyak di pasaran dunia ini ditentukan sama ada aman
atau tidak di Timur Tengah, damai atau tidak Libya, Iraq, Mesir. Setakat manakah kita
punya pengeluaran minyak dunia. Itu yang menyebabkan harga turun naik minyak.
Kerajaan di Malaysia boleh menurun atau menaikkan subsidi. Itu yang boleh
dibuat oleh kerajaan. Kita menurunkan subsidi 20 sen itu kerana bebanannya terlalu
besar, RM24 bilion setahun. Dengan lain perkataan, RM2 bilion, RM2,000 juta sebulan
DN.7.10.13 11
duit yang dibakar hangus apabila kita masukkan RON95, masukkan diesel dalam kereta,
motosikal, kita hidupkan enjin, duit itu terbakar hangus jadi asap, tidak produktif RM2
bilion sebulan.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan ia perlu dikurangkan.
Langkah-langkah yang disebutkan telah saya nyatakan tetapi kita juga memberikan
langkah-langkah lain seperti bantuan persekolahan, bantuan makanan untuk anak-anak
sekolah, pinjaman buku teks, bantuan kepada Orang-orang Asli, subsidi pengangkutan
udara kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Keseluruhan subsidi kerajaan ini adalah
RM46.7 bilion pada tahun 2013 dan RM44 bilion pada tahun 2012. Kita juga membantu
rakyat dengan memberikan caj ataupun fi yang minimum atau percuma, perubatan di
klinik, hospital kerajaan, pendidikan sekolah rendah, menengah, institut pengajian tinggi
awam 90% percuma dan juga pinjaman pelajaran. Banyak yang kita bantu kepada rakyat
di negara ini.
Dato’ Boon Som a/l Inong: [Bangun]
Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin
bertanya, berapa lama lagi kerajaan akan menjangkakan akan mengekalkan penurunan
ini kekal dengan harga sekarang. Keduanya, adakah dengan penurunan ini pihak
kerajaan dapat memastikan tidak berlaku ketirisan dan juga penyelewengan sebagaimana
yang telah dijelaskan tadi. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang
Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari. Minyak kita ini tiris melalui dua kaedah. Yang
pertama, sepatutnya industri kilang di Malaysia ini tidak menggunakan minyak subsidi
namun tiris, ada penyelewengan berlaku.
Satu lagi ialah apabila harga minyak kita ini murah daripada semua negara jiran.
Misalnya Malaysia, Diesel RM2 satu liter tetapi Thailand RM3.06, Singapura RM4.32,
Indonesia RM3.43, Filipina RM4.32. RON95, Malaysia yang bersubsidi RM2.10, Thailand
RM4.74, Singapura RM5.56, Indonesia RM3.05, Filipina RM5.44. Oleh sebab harga di
luar itu mahal, maka berlaku ketirisan.
Kita akan mengukuhkan kawalan terhadap penyeludupan ini dengan kaedah
bersepadu antara unit UPP kita bersama dengan Kastam, bersama dengan SPRM,
bersama dengan Polis, bersama dengan APMM untuk memastikan perkara itu dapat
dikurangkan. Berapa lama lagi? Itu dibuat kajian oleh kerajaan dari semasa ke semasa
harga yang sekarang ini. Kita ada Jawatankuasa Fiskal Yang Berhormat Menteri di JPM
yang baru menjawab tadi Dato’ Senator Wahid ada di dalamnya, Menteri Kewangan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi pengerusi untuk terus berbincang pada bulan-
DN.7.10.13 12
bulan yang tertentu. Kita akan pastikan apa yang kita lakukan itu tidak membebankan
rakyat dan banyak berita gembira harapnya pada 25 Oktober ini untuk membantu rakyat
hsail daripada pengurangan subsidi ini.
■1040
3. Puan Chew Lee Giok minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan menyatakan, berapakah projek perumahan yang sakit, ditangguh dan
yang terbengkalai.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato'
Abd. Rahman Dahlan]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) mengklasifikasikan projek bermasalah kepada tiga iaitu
lewat, sakit dan terbengkalai. Definisi projek lewat, projek yang mengalami kelewatan di
antara 10% hingga 30% berbanding yang sepatutnya. Projek sakit ialah projek-projek
yang mengalami kelewatan melebihi 30% berbanding kemajuan yang sepatutnya atau
telah tamat tempoh perjanjian jual beli dan yang ketiga projek terbengkalai iaitu projek-
projek yang ditakrifkan sebagai projek-projek yang memenuhi kriteria berikut:
(i) projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh perjanjian jual dan
beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan
selama enam bulan secara berterusan;
(ii) petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di
bawah seksyen 218, Akta Syarikat 1966;
(iii) syarikat diletakkan di bawah pegawai penerima dan pengurus,
receiver and manager dengan izin;
(iv) pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada pegawai
pengawal perumahan; dan
(v) disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah seksyen 11(1)(c),
Akta Kemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1966) [Akta
118].
Jumlah projek lewat dan sakit hingga 15 September 2013 adalah seperti berikut.
Sebanyak 44 projek di klasifikasi sebagai projek lewat dan 186 projek adalah
diklasifikasikan sebagai projek sakit.
DN.7.10.13 13
Pada 31 Ogos 2013, sebanyak 187 projek perumahan swasta yang di kategori
sebagai terbengkalai di seluruh Semenanjung Malaysia. Secara terperincinya, sebanyak
136 projek iaitu 72.7% telah berjaya disiapkan daripada jumlah 187 projek perumahan
swasta yang terbengkalai. Sebanyak 44% atau 23.6% projek sedang berada di pelbagai
peringkat pemulihan. Sehingga kini sebanyak tujuh projek atau 3.7% yang masih di
peringkat perancangan awal untuk dipulihkan. Bagi memudahkan rakyat melaksana
senarai projek yang bermasalah ini, kementerian telah mengambil inisiatif untuk memuat
naik senarai projek di laman web KPKT dan senarai ini dikemaskinikan setiap bulan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Menteri. Soalan saya
ialah apakah rancangan dan tindakan pihak kementerian untuk mengelakkan projek
pembangunan perumahan yang bermasalah dan menyebabkan kesusahan kepada
rakyat. Terima kasih.
Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat dan
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli perumahan terbengkalai ini. Sehubungan
dengannya, kita kena membantu para pembeli dan kementerian telah mengambil
beberapa inisiatif. Pertamanya untuk mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan
terbengkalai kepada pembiayaan kewangan atau end financer bagi unit rumah berkaitan
dan melalui surat pengesahan ini, pihak pembeli boleh mendapatkan kemudahan-
kemudahan seperti berikut:
(i) memohon pertimbangan daripada institusi perbankan bagi
sebarang permohonan untuk mengurangkan kadar faedah dan
penstrukturan semula pinjaman perumahan;
(ii) memohon dipertimbangkan daripada pihak Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) bagi permohonan pengeluaran kali
kedua; dan
(iii) bagi pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan,
mereka boleh mendapatkan kemudahan sama ada pertimbangan
untuk pertamanya membatalkan pinjaman sedia dan diberi peluang
untuk memohon pinjaman baru iaitu pinjaman penuh seperti
pinjaman pada kali pertama atau keduanya diberi pertimbangan
untuk menangguhkan kenaan faedah pinjaman pada kadar 4%
sepanjang tempoh projek berkenaan.
DN.7.10.13 14
Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, langkah-langkah yang telah diambil
untuk kementerian bagi mengurangkan projek perumahan swasta dan terbengkalai
adalah seperti berikut:
(i) kita telah meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Pelesenan) Akta 118, pada tahun 2012 dan peraturan-peraturan di
bawahnya. Antaranya pindaan yang telah dibuat adalah yang
membolehkan pemaju perumahan yang terbengkalai ini dikenakan
tindakan denda ataupun dipenjarakan dengan tempoh maksima
tiga tahun;
(ii) menambahbaikkan mekanisme pemantauan projek supaya lebih
berkesan. Sekarang ini pemaju-pemaju perumahan telah diminta
untuk mengemukakan Laporan Kemajuan Projek iaitu Laporan 7F
kepada Jabatan Perumahan Negara empat kali setahun. Jabatan
Perumahan Negara juga melakukan lawatan tapak dan premis
pemaju bagi melihat sendiri kemajuan projek dan memeriksa akaun
pemajuan;
(iii) kita juga meningkatkan tindakan penguatkuasaan melalui Jabatan
Perumahan Negara. Antaranya menyenaraihitamkan syarikat-
syarikat pemaju serta ahli lembaga pengarah yang gagal mematuhi
Akta 118 dan pemaju yang telah di senarai hitamkan Tuan Yang di-
Pertua, tidak akan dipertimbangkan untuk lesen dan permit iklan
dan jualan terbaru; dan
(iv) mungkin ialah untuk mempertimbangkan konsep bina kemudian
jual untuk menggalakkan pemaju perumahan menggunakan konsep
terbaru ini yang boleh mengurangkan sedikit permasalahan rumah
terbengkalai ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ini khusus untuk projek yang terbengkalai Yang Berhormat ya.
Sejauh mana kementerian mempunyai data ataupun statistik tentang pembeli-pembeli
yang telah membuat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan yang terpaksa
membayar balik kepada institusi kewangan ataupun kerajaan tadi, sedangkan rumah
mereka belum tentu siap bila. Sebentar tadi walaupun Yang Berhormat Menteri telah
menyatakan langkah-langkah yang telah diambil, tapi sejauh mana langkah-langkah yang
DN.7.10.13 15
dikatakan oleh Yang Berhormat membantu pembeli-pembeli golongan yang bermasalah
tadi.
Soalan saya yang kedua ialah baru-baru ini banyak juga pemaju-pemaju yang
menyiapkan rumahnya terlebih dahulu dan baru dijual. Itu satu langkah yang baik untuk
mengelakkan daripada pembeli-pembeli menghadapi masalah jika berlaku projek sakit,
terbengkalai dan sebagainya. Apakah kerajaan tidak melihat cadangan ataupun langkah-
langkah seperti ini untuk memastikan supaya pemaju-pemaju ini terutama sekali pemaju-
pemaju rumah kos rendah atau kos sederhana rendah. Siapkan dulu projeknya dan baru
dijual kepada umum. Sekian, terima kasih.
Dato' Abd. Rahman Dahlan[ Kota Belud]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat. Saya tidak mempunyai statistik yang diminta oleh Yang Berhormat
tapi kalau statistik ini boleh membantu, saya akan bagi satu statistik yang mungkin boleh
memberi sedikit gambaran terhadap kebimbangan dan kekhuatiran Yang Berhormat.
Untuk kategori projek terbengkalai, bilangan projek yang kita kategorikan sekarang ini
oleh kementerian ialah 187 projek daripada 3,556 projek yang sedang berjalan sekarang
ini. Akan tetapi projek terbengkalai 187 ini adalah projek yang mungkin terbengkalai
ataupun dibuat sejak tahun 1997 dan 1998.
■1050
Kemudian, unit rumah yang terbabit daripada 187 projek ini adalah 54,786 unit
rumah yang membabitkan pembeli seramai 36,674 orang. Jadi, dari segi statistiknya
memang kita khuatir sebab setiap pembeli itu sudah tentu mempunyai keluarga dan
keluarganya itu mungkin empat, lima orang dan ini akan menjadi masalah.
Saya ingin berkongsi pandangan Tuan Yang di-Pertua di sini. Selain daripada
dasar-dasar atau pun polisi yang kita sebut tadi. Kita juga mempertimbangkan untuk
mewujudkan skim-skim insurans yang telah kita bincangkan dengan pihak pemaju
perumahan. Skim insurans ini adalah perlu untuk melindungi mereka yang membeli
rumah dan skim insurans ini kalau terjadi projek-projek terbengkalai ini akan membantu
untuk membayar pampasan kepada pembeli-pembeli tersebut.
Skim ini sudah pun diguna pakai di negara-negara luar dan pegawai-pegawai
setelah pun melawat beberapa buah negara untuk mengambil iktibar daripada skim
seperti ini untuk diperkenalkan di negara kita. Dengan wujudnya insurans ini nanti, kalau
projek itu terbengkalai, pampasan daripada pihak insurans itu akan dapat diaktifkan. Akan
tetapi, banyak lagi isu-isu yang perlu ‘diperkemas’ sebelum kita dapat
memperkenalkannya terutama apabila kita hendak tahu kos itu akan dibayar oleh siapa?
DN.7.10.13 16
Kalau dibayar lagi oleh pembeli, kemudian kita terpaksa fikirkan bagaimana caranya
supaya mereka tidak terlalu terbeban.
berkenaan dengan konsep jual kemudian bina (JKB) atau pun build and sell. Bina
dan jual dahulu. Isu ini adalah isu yang berpanjangan yang telah kita lihat. Buat masa ini,
Menteri yang terdahulu daripada saya telah pun meletakkan 2015 sebagai tahun untuk
kita melaksanakan konsep bina kemudian jual ini. Akan tetapi, kita masih lagi
mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan terutama juga pemaju
perumahan. Bukan kerana apa, kerana dasar ini pun bukannya sempurna 100%.
Kalau projek perumahan atau pun pemaju perumahan yang kecil-kecilan ini sudah
tentu tidak akan mampu untuk membina dahulu, kemudian menjualnya. Jadi, ada banyak
pertimbangan yang kita buat Yang Berhormat tetapi yakin dan percayalah kementerian
saya akan memastikan yang paling utama ialah kepentingan pembeli rumah itu mesti
didahulukan. Kalau insurans itu nanti boleh menjadi penyelamat kepada situasi ini,
mungkin konsep bina dan selepas itu dijual, itu boleh difikirkan kemudian. Akan tetapi,
yakin dan percayalah kementerian saya memang melihat keadaan ini dengan begitu teliti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan Yang Berhormat Menteri, izinkan saya
dengan izin Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu menjunjung kasih kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan semula saya sebagai Ahli Dewan bagi
penggal yang kedua.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri kerana telah memberi kepercayaan kepada saya dalam pelantikan ini.
Kepada Tuan Yang di-Pertua, saya menghargai segala sokongan yang telah
dikemukakan. Balasan yang saya boleh dapat beri ialah perjanjian untuk menjalankan
tugas dengan penuh tanggungjawab untuk kepentingan rakyat dan negara. Saya juga
mengalu-alukan empat kawan kita termasuk Tuan Yang di-Pertua termasuk Dato’ Seri
sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru. Terima kasih.
Sekarang, Yang Berhormat Menteri sementara kita faham bahawa Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersungguh-sungguh
berusaha untuk menghasilkan polisi perumahan negara termasuklah projek-projek
terbengkalai. Saya suka meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, setakat
manakah kementerian menggunakan kuasa di bawah seksyen 10, 11, 11b dan 12 Akta
Pemajuan Perumahan atau menasihatkan kerajaan-kerajaan negeri menggunakan
seksyen 125, Akta Kanun Tanah Negara untuk mengambil alih projek-projek yang sudah
DN.7.10.13 17
lama terbengkalai sehingga kadang-kadang berpuluh-puluh tahun, atau pun adakah
kementerian hanya menunggu kalau ada white night tiba baru hendak ambil tindakan?
Terima kasih.
Dato' Abd Rahman Dahlan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat. Sebenarnya isu untuk mengisytiharkan sesuatu projek perumahan sebagai
terbengkalai ini adalah kuasa Menteri. Dalam usaha untuk memulihkan projek-projek
berkenaan, kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru Tuan Yang di-Pertua dan perlu
adil. Ini bagi mengelakkan timbul masalah lain kepada semua pihak-pihak yang
berkenaan. Antara sebab mengapa kerajaan tidak boleh terburu-buru untuk membuat
pengisytiharan ini adalah:
(i) bagi kes-kes pemajuan yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Sebaiknya kita kena menunggu sehingga mahkamah membuat
keputusan terlebih dahulu sebelum projek ini dipulihkan;
(ii) ketiadaan maklumat-maklumat projek yang lengkap. Siapa
pembelinya, senarai pembelinya, hak milik tanah, end financing,
building plan, dengan izin dan lain-lain bagi projek-projek yang
sudah lama, 10 tahun, 20 tahun yang lalu dan menyebabkan
kementerian sukar untuk merancang dan mengisytiharkan projek
tersebut terbengkalai;
(iii) terdapat sesetengah pemaju asal yang masih cuba untuk
menyelesaikan atau menyiapkan projek tersebut. Ini bagi
memudahkan atau memelihara kepentingan pembeli dan pihak
berkenaan kerana kalau isytiharkan sudah tentu bank terpaksa
mengambil tindakan untuk menerima dengan izin haircut, pembeli
pun begitu juga. Jadi, bagi projek-projek yang sebegini
Kementerian Melalui Jabatan Perumahan Negara akan
memberikan tumpuan yang lebih bagi memastikan projek
berkenaan disiapkan; dan
(iv) kita tidak mahu memberi isyarat kepada pemaju perumahan
bahawa kerajaan akan membantu mereka setiap kali mereka
berhadapan dengan kelewatan atau pun rumah terbengkalai. Kalau
tidak, mereka akan menyucikan tangan, membasuh tangan dan
menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan untuk menyelesaikan
masalah ini. Ini pun harus dipertimbangkan kerana kalau kita
sentiasa, kalau ada projek itu projek yang lewat dan kita terus
DN.7.10.13 18
menerus mengisytiharkannya sebagai terbengkalai, maka yang
menjadi permasalahannya ialah mereka akan membebankan dan
melonggokkan semua masalah itu kepada kerajaan dan ini
bukanlah satu penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Itu
sebabnya kita kena berhati-hati dan tidak terburu-buru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
4. Dr. Syed Husin Ali minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah kerajaan akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan bila. Apakah pandangan kerajaan terhadap perjanjian tersebut dan adakah kerajaan didesak mana-mana pihak untuk menandatanganinya, jika ada, siapakah pihak-pihak tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datuk Ir. Haji
Hamim bin Samuri]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-
Pertua serta Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali. Untuk maklumat Yang
Berhormat, rundingan TPPA masih lagi berjalan dan masih terdapat banyak isu
tertunggak yang belum dipersetujui oleh ahli-ahli TPP.
Isu-isu yang tertunggak sejak pusingan ke-19 di Brunei masih tidak dapat
diselesaikan. Isu-isunya adalah berkaitan dengan pulangan oleh kerajaan, hak harta
intelek, syarikat milik kerajaan, Investor-State Dispute Settlement (ISDV), akses pasaran
dan juga alam sekitar yang mana isu-isunya adalah sangat sensitif kepada negara
Malaysia dan memerlukan perundingan lanjutan. Isu-isu ini akan dibawa dalam mesyuarat
pemimpin-pemimpin ‘3-P’ pada hari esok di Bali. Justeru, keputusan untuk
menandatangani perjanjian ini kelak bergantung kepada analisa menyeluruh, sama ada
ianya akan mendatangkan manfaat atau sebaliknya kepada Malaysia.
Tentang apakah pandangan kerajaan terhadap perjanjian tersebut dan adakah
kita terdesak untuk menandatanganinya. Saya ingin maklumkan kerajaan berpandangan
bahawa penglibatan Malaysia dalam rundingan TPP ini penting untuk memastikan
Malaysia masih berdaya saing.
■1100
Dalam pada itu TPP ini, melibatkan empat negara rakan dagang iaitu Mexico,
Peru, Kanada dan Amerika Syarikat yang buat masa ini Malaysia masih belum memeterai
apa-apa perjanjian perdagangan dua hala dengan mereka. Tambahan pula, negara-
negara TPP seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru yang mana Malaysia
DN.7.10.13 19
belum mempunyai FTA dengan mereka mengenakan duti import yang tinggi terhadap
produk-produk Malaysia seperti kelapa sawit, textile dan produk-produk lain.
Pada masa sama juga, saya ingin maklumkan bahawa Malaysia akan ditamatkan
daripada Generalized Scheme of Preferences ataupun GSP dengan izin Tuan Yang di-
Pertua yang diberikan secara unilateral oleh Kanada dan juga EU, negara-negara Europe.
Kanada merupakan salah sebuah ahli dalam rundingan TPPA. GSP merupakan satu
mekanisme di bawah United Nations Conference on Tread and Development, dengan izin
untuk mempromosikan pertumbuhan ekonomi negara sedang membangun di mana
produk-produk dari negara-negara membangun seperti Malaysia dibenarkan untuk
memasuki negara maju berkenaan dengan preferential duty.
Kanada, Tuan Yang di-Pertua serta Ahli Yang Berhormat akan menamatkan
faedah GSP tersebut pada 1 Januari 2014 dan begitu juga negara-negara Europe. Ertinya
barang kita ke sana terpaksa dikenakan cukai yang tinggi. Oleh yang demikian Tuan
Yang di-Pertua, perkara itu dipertimbangkan supaya kita ada akses pasaran dengan
layanan cukai yang istimewa di negara Kanada dan juga di Europe. Maka, oleh sebab
itulah kita terpaksa mempertimbangkan untuk berdagang dengan negara-negara TPP
sebanyak 12 negara dengan layanan istimewa.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memastikan
kepentingan negara dan rakyat tidak terjejas. Kerajaan tidak akan menandatangani mana-
mana perjanjian sekiranya perjanjian tersebut tidak memberi manfaat kepada negara.
Kerajaan tidak terdesak atau kerajaan tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk
menandatangani perjanjian ini seperti mana yang didakwa oleh beberapa pihak.
Perjanjian ini masih lagi dirundingkan dan perunding-perunding negara juga telah diberi
mandat untuk meneruskan rundingan dengan mengambil kira kepentingan negara, dasar-
dasar sedia ada dan Perlembagaan Malaysia, sekian terima kasih.
Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat
Timbalan Menteri. Ramai termasuk Ahli Parlimen dan juga mantan Perdana Menteri
menyatakan bahawa kerugian kepada negara dan rakyat adalah lebih daripada
keuntungan kerajaan kita menandatangani TPPA ini. Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri telah menyatakan bahawa tandatangan ini cuma akan ditangguhkan. Akan tetapi
tidak ada misalnya tanda-tanda bahawa ia akan ditolak sepenuhnya. Saya ingin
mendapat tahu apakah agaknya pendirian sebenar kerajaan dalam soal ini memikirkan
hal-hal yang saya sebut tadi iaitu keuntungannya kurang daripada kerugian. Yang saya
ingin tahu ialah adakah kita akan menangguhkan penandatangan itu atau adakah kita
tidak akan tandatangani sama sekali? Terima kasih.
DN.7.10.13 20
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan
Yang di-Pertua, sebenarnya jumlah pasaran yang sedia menanti di kalangan negara-
negara TPP ini adalah permintaan ke atas 800 juta penduduk. Ertinya nilainya sangat
besar dan sama ada kita untung atau rugi sebenarnya kajian telah pun dibuat dan
sekarang ini kajian disambung lagi oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa
keuntungan dari segi dagangan lebih memihak kepada kerajaan Malaysia ataupun lebih
bertambah. Tidak wujud soal sama ada kita rugi. Sekadar kita perlu mendapatkan
persetujuan atau konsesi dengan negara-negara lain terhadap perkara-perkara yang
sensitif seperti yang saya sebutkan tadi seperti government procurement, dengan izin
juga soal-soal hak harta intelek, syarikat milik kerajaan dan sebagainya. Tidak sesekali
akan ditandatangani sekiranya ia merugikan apatah lagi mencacatkan ataupun
memusnahkan kedaulatan negara.
Justeru Tuan Yang di-Pertua, soal sama ada kita tandatangan atau tidak, itu
adalah perkara yang berterusan, yang selanjutnya. Sekiranya kerajaan fikir tidak
menguntungkan atau menjejaskan kedaulatan negara, kerajaan tidak akan tandatangani.
Cuma kerajaan menyebut bahawa buat masa ini kita masih menangguhkan untuk
menandatangani perjanjian tersebut kerana masih banyak lagi isu-isu yang belum selesai
seperti yang saya sebutkan tadi. Ertinya kalau selesai untuk satu tempoh yang panjang
dan menepati term-term kita, sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah
menyebut bahawa kita hanya akan tandatangani sekiranya mengikut term-term kita.
Maknanya, berlanjutan selagi mereka boleh berunding dengan kita untuk mereka
mengikut term-term kita. Akan tetapi sekiramya term-term itu tidak diikuti, maka kita tidak
akan menandatangani. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya masih samar-
samar lagi. Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab dengan jelas apakah untungnya
TPPA ini dan apakah rugi, kalau rugi sebab tangguh-tangguh. Adakah Tun Mahathir
membangkang atau sebab lain-lain? Nyatakan di sini, thank you.
Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang
Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahman. Sebenarnya sudah tentulah sekiranya kita
menandatangani perjanjian tersebut ia akan mendatangkan keuntungan dari segi
dagangan Malaysia. Itu tidak boleh dinafikan ada dalam data-data, kajian telah pun
dibuat. Cuma kita rugi sekiranya term-term tersebut tidak diikuti ataupun tidak dipersetujui
seperti yang saya sebutkan tadi tentang government procurement, tentang ISDS, tentang
GLC dan sebagainya. itu satu perkara yang agak sukar untuk dinilai sebenarnya. Akan
tetapi merujuk kepada jumlah permintaan yang melibatkan 800 juta penduduk memang
DN.7.10.13 21
menguntungkan. Cuma di sini, saya ingin tegaskan sekali lagi ada penentangan daripada
misalnya negarawan-negarawan ulung kita. Itu satu perkara yang memang kita mengalu-
alukan dari segi mendapatkan input.
Kalau input daripada bekas Perdana Menteri untuk kita anggap sangat penting,
maka kita terima itu sebagai satu input yang kita terima secara menyeluruh untuk kita
lebih berhati-hati lagi untuk membuat apa-apa keputusan terhadap TPPA tersebut pada
masa kita mengehadkan rundingan sebelum kita bersetuju untuk menandatangani
perjanjian tersebut, sekiranya kita tandatangani. Sekian, terima kasih.
5. Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta Menteri
Pendidikan menyatakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015
merupakan pelan yang setaraf negara maju. Peranan ibu bapa perlu sebagai
‘pembimbing” anak-anak di rumah agar dapat sama-sama menentukan kejayaan agenda
PPPM. Apakah mekanisme pihak kementerian untuk PIBG seluruh negara bertindak.
Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya
memberikan jawapan, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun Tuan Yang di-
Pertua.
Kalau Yang Berhormat pergi ke pekan;
Singgah sebentar di Tanjung Bidara;
PPPM bersama kita jayakan;
Semoga capai hasrat wawasan negara.
■1110
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Hebat Yang Berhormat, hebat.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih. Tuan Yang di-
Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Anjakan 9, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan juga
sektor swasta secara meluas telah pun menetapkan pelancaran saranan ibu bapa dan
saranan sekolah pada 24 Februari 2013, sebagai sasaran pencapaian 100 hari dalam
usaha membentuk satu ekosistem pembelajaran di kawasan masing-masing. Mekanisme
untuk menjayakan inisiatif ini adalah:
DN.7.10.13 22
(i) melatih jurulatih utama yang terdiri daripada guru dan Yang di-
Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, guru besar dan pegawai
Jabatan Pendidikan Negeri setiap negeri;
(ii) pelancaran saranan ibu bapa yang disertai oleh 5,000 peserta
termasuk wakil PIBG; dan
(iii) promosi secara berterusan dan road show, dengan izin di semua
negeri.
Saranan ibu bapa dan saranan sekolah telah menyediakan panduan dan
mekanisme kepada ibu bapa untuk berperanan dalam meningkatkan pembelajaran anak.
Saranan ini menyediakan instrumen bagi ibu bapa untuk mengetahui atau menilai tahap
penglibatan mereka dalam membantu meningkatkan pembelajaran murid. Seterusnya ibu
bapa diberikan panduan dalam mendidik anak dan contoh-contoh amalan terbaik. Ibu
bapa boleh menghubungi pihak sekolah untuk membantu mereka dalam mendidik anak
khususnya daripada aspek akademik. Dalam saranan ini juga ia merangkumi pengaliran
maklumat khususnya tentang faedah-faedah 1BestariNet supaya ibu bapa dapat
menggunakan projek tersebut untuk mengoptimumkan peranan mereka sebagai pendidik
di rumah.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan taskforce inisiatif penglibatan
ibu bapa, komuniti dan swasta peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah sebagai mekanisme untuk
pihak sekolah, PIBG, komuniti dan swasta bertindak dalam anjakan kesembilan ini. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu kerjasama ibu bapa, komuniti dan
swasta secara meluas.
Sehubungan dengan itu, pihak PIBG diminta untuk bekerjasama dengan pihak
sekolah supaya ibu bapa didedahkan tentang bagaimana untuk menggunakan dan
memanfaatkan saranan ibu bapa. PIBG perlu menganjurkan program bersama ibu bapa
untuk membolehkan ibu bapa sedar, faham, menerima dan menggunakan saranan bagi
meningkatkan pembelajaran anak. Di bawah struktur PIBG sedia ada, Biro Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) diwujudkan untuk membantu ibu bapa melalui perkongsian
buah fikiran dan menangani setiap isu.
Kumpulan sokongan ibu bapa ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk
merapatkan hubungan di antara ibu bapa murid dan sekolah. Melalui KSIB, lebih banyak
interaksi, kerjasama, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku. Selain itu, di
bawah struktur PIBG juga diwujudkan Biro Maklumat untuk dijadikan medan komunikasi
DN.7.10.13 23
penyebaran maklumat di antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup panjang lebar tadi. Saya ada satu
soalan tambahan. Adakah langkah-langkah ataupun mekanisme yang diambil itu
mengikut tempoh tertentu ataupun diambil kira untuk dari setahun ke setahun? Terima
kasih.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, kita melakukan penilaian dari tahun ke tahun malah dengan
mewujudkan seperti mana yang dan katakan tadi taskforce inisiatif penglibatan ibu bapa
ini kita akan menyelia, mengawasi dan juga melihat pencapaian mereka dari semasa ke
semasa. Ini juga merupakan satu kaedah yang akan kita gunakan setiap masa supaya
saranan ibu bapa ini dapat kita laksanakan untuk mematuhi dan juga memenuhi
keperluan-keperluan dalam aspek Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
ingin mengemukakan soalan tambahan yang ada kaitannya dengan kaedah mengukur
kejayaan PPPM ini. Maksud saya secara spesifik ialah PPPM ini sebenarnya adalah
kelanjutan daripada PIPP dan pada pandangan saya dan dapat dihujahkan bahawa PIPP
tidak begitu berjaya dan antara sebab kenapa PIPP ditukar bentuk menjadi kepada PPPM
saya rasa adalah kerana kurang berjayanya PIPP. Antara kesilapan PIPP pada
pandangan saya kerana saya tidak secara langsung terlibat Tuan Yang di-Pertua ialah
kerana kaedah pengukuran yang tidak betul. Umpamanya satu-satu kegiatan yang
diadakan dianggap sebagai kejayaan. Oleh kerana itu, saya ingin bertanya adakah
kaedah yang sistematik yang dirangka baru dan diperbaiki daripada cara mengukur PIPP
dahulu dalam menilai kejayaan agenda PPPM ini. Terima kasih.
Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan: Terima kasih Yang Berhormat,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita sentiasa melihat dan juga akan mengekori
kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini. Kita sedar ada kekurangan dari
pelan sistem kaedah PIPP itu tetapi itu ia merupakan satu pengalaman dan kita ambil kira
pengalaman-pengalaman tersebut apabila kita mewujudkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ini yang mana lebih telus dan juga yang mana ada kaedah-kaedah
dan juga cadangan-cadangan bagaimana kita dapat mencari kejayaan.
Banyak cara dan kaedah telah kita cadangkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ini dan malah kementerian telah wujudkan satu unit yang akan
DN.7.10.13 24
memberi tumpuan khusus semata-mata untuk memastikan pelancaran dan kejayaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini. Unitnya dipanggil Unit Padu. Unit Padu ini
akan memastikan apakah kaedah-kaedah yang mana kita dapat mencari kejayaannya.
Saya pasti malah kementerian kita di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tan
Sri dan juga Yang Berhormat Dato’ Seri Jusoh, Menteri-Menteri dan juga Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri, kita pasti bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
ini akan mencapai kejayaan kerana kita komited. Kerjasama yang kita akan terima dari
warga pendidik, ibu bapa dan juga semua rakyat Malaysia akan memastikan bahawa
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini bukan sahaja akan melonjakkan nama
Malaysia sebagai sebuah negara yang akan mengeluarkan industri pendidikan terbaik
malah akan memartabatkan lagi industri pendidikan negara kita. Itu hasrat kita dan saya
harap Yang Berhormat juga akan bersama-sama kita untuk memberi peluang kita
melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini. Terima kasih Yang
Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah kejayaan tindakan polis membanteras secara besar-besaran kumpulan kongsi gelap dan penjenayah berbahaya khususnya yang memiliki senjata api.
Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang
mulia ini pihak polis telah mengesan penglibatan kumpulan gengster ataupun kongsi
gelap di seluruh negara yang mana telah menyebabkan kenaikan kadar jenayah indeks
terutama yang melibatkan jenayah kekerasan dan penggunaan senjata api sejak
kebelakangan ini. Sebagai langkah pencegahan, pihak Kementerian Dalam Negeri telah
mengeluarkan senarai 49 identiti dan pertubuhan haram yang bergerak di seluruh negara
baru-baru ini. Susulan daripada pengisytiharan tersebut, pihak polis telah melancarkan
Ops Cantas pada 17 Ogos 2013 untuk membuat pengesan, pemantauan, pencegahan,
aktiviti kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan kumpulan gengster ke seluruh negara.
Operasi ini dilaksanakan melalui kaedah berikut;
(i) Mengumpul risikan dan mengenal pasti kumpulan sasar yang
akan dibuat tapisan serta mendapat keterangan-keterangan yang
DN.7.10.13 25
boleh menyokong untuk tujuan mendakwa mereka yang ditangkap
di mahkamah atas apa juga kesalahan dan aktiviti yang telah
dilakukan.
■1120
(ii) melaksanakan dokumentasi dan rakaman percakapan risikan untuk
tujuan penyimpanan data (indexing) perkara yang berkaitan aktiviti-
aktiviti ahli kongsi gelap;
(iii) membuat pemantauan supaya tidak ahli-ahli kumpulan kongsi
gelap dan orang yang dikehendaki iaitu wanted person dengan izin,
terlepas lari ke negara jiran. Pemeriksaan akan dibuat di pintu
masuk di seluruh negara dan juga pemantauan lorong-lorong tikus
di sempadan negara; dan
(iv) membuat pemeriksaan dan penggeledahan di tempat
persembunyian tempat yang sering dikunjungi dan markas
kumpulan kongsi gelap untuk mencari senjata berbahaya yang
diguna oleh kumpulan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada operasi yang dijalankan sehingga 7 Oktober
yakni hari ini, seramai 418,922 orang yang disyaki telah dibuat tapisan, sebanyak 15,877
orang telah ditangkap. Sejumlah 469 senjata api dan senjata berbahaya serta 678 buah
kenderaan telah dirampas. Kejayaan yang paling ketara dalam tempoh operasi ini
dijalankan adalah penurunan jenayah indeks terutama kes yang melibatkan jenayah
kekerasan seperti bunuh, menurun hampir 33% daripada 104 kes kepada 69 kes dalam
tempoh 52 hari operasi dijalankan.
Di samping itu, sebanyak 352 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta
Pertubuhan 1966, 62 kes fail dibuka di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan
sebanyak 144 kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan senjata api atau senjata
berjadual. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 120 kes telah dituduh di mahkamah atas
kesalahan berkaitan dengan senjata api dan senjata berjadual. Pihak polis akan
meneruskan Operasi Cantas secara berterusan bagi menjamin keselamatan negara
sentiasa terpelihara dan sehingga rakyat akan merasa selamat dan memastikan fear of
crime di kalangan masyarakat dapat dikurangkan.
Pihak kementerian juga telah mencadangkan pindaan buat Akta Pencegahan
Jenayah 1959 bagi memantapkan lagi penguatkuasaan terhadap kumpulan kongsi gelap,
gengsterisme dan jenayah terancang dalam sesi Dewan Rakyat yang baru-baru ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
DN.7.10.13 26
To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan itu tadi. Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang baru
dilantik selaku Ahli Dewan Negara dan tahniah khusus kepada Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang telah bertugas dengan penuh dedikasi sehingga berjaya memberkas ramai
ahli anggota kongsi gelap sebagaimana yang dimaklumkan sebentar tadi. Walau
bagaimanapun, Ops Cantas telah menyebabkan ramai ahli kongsi gelap ini telah
menyeberang sempadan.
Soalan tambahan saya, apakah langkah berkesan PDRM termasuk kerjasama
dengan INTERPOL bagi memberkas ahli kongsi gelap yang telah menyeberang
sempadan? Apakah tindakan yang lebih strategik bagi mengawal kemasukan senjata api
ke negara ini khususnya dari segi risikan supaya pencegahan dan tindakan awal dapat
diambil terutama di sempadan-sempadan atau di lokasi-lokasi di mana berpotensi untuk
membekal senjata-senjata api yang telah pun diguna berleluasa sekarang. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat. Saya juga, sebelum saya terlupa mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli
Dewan Negara yang baru dilantik, yang baru pun mengangkat sumpah di hadapan Tuan
Yang di-Pertua tadi. Saya juga mengucapkan bagi pihak kementerian dan kerajaan,
terima kasih banyak-banyak dengan Yang Berhormat kerana telah menyokong dan
menilai dengan tinggi kejayaan dan usaha pihak kementerian dan juga pihak polis. Inilah
yang kita harap-harapkan oleh kerana negara kita Yang Berhormat, kena kita jaga
keselamatan dan kesejahteraan rakyat, tidak lebih daripada itu.
Ahli Yang Berhormat, kita juga mengetahui bahawa kemungkinan pihak-pihak
gengster ataupun kumpulan ini keluar daripada sempadan negara kita untuk pergi ke
negara-negara jiran. Bahkan kita telah mengenal pasti bahawa banyak mereka ini telah
lari ke India dan juga ke Thailand. Dengan itu, kita telah membuat perbincangan dan
kerjasama dengan pihak-pihak tertentu termasuk dengan pihak INTERPOL. Jadi Yang
Berhormat jangan bimbang, kerjasama di antara kita khususnya dengan negara jiran di
kawasan ASEAN ini memang amat akrab. Bahkan saya sendiri pun baru balik daripada
dua perbincangan iaitu untuk menangani dan perbincangan berhubung dengan jenayah
transborder crimes ataupun menerusi sempadan di seluruh ASEAN.
Perancangan kita adalah secara menyeluruh, bukan sahaja melihat soalan-soalan
pelarian yang diakibatkan oleh Ops Cantas, tetapi juga dalam semua sudut pencegahan
DN.7.10.13 27
jenayah di rantau ASEAN supaya negara kita bersama dengan jiran kita di rantau ASEAN
ini akan bebas daripada jenayah. Tidak ada sebuah negara di ASEAN ini boleh menjadi
satu heaven kepada pihak penjenayah yang lari dari satu-satu tempat. Bahkan pada
tindakan yang baru-baru ini iaitu semasa GPEX exhibition di Putrajaya, saya telah ditemui
ataupun dikunjung hormat oleh empat Timbalan Menteri daripada negara jiran yang
menyarankan supaya kita adakan lagi satu perbincangan di peringkat kementerian,
Menteri di seluruh rantau ini supaya kita boleh memperkuatkan lagi dan mengetahui
apakah masalah-masalah jenayah di negara-negara ASEAN dan negara-negara yang
berdekatan dengan ASEAN supaya kita boleh mengetahui bagaimana untuk
menanganinya supaya tidak ada sebuah negara pun boleh menjadi satu tempat yang
menjadi sanctuary dengan izin, kepada pihak penjenayah ini.
Kedua, soalan Yang Berhormat adalah soalan senjata api. Sebagaimana yang
saya telah sebut pada sesi yang lepas bahawa saya sendiri telah pergi ke Kelantan dan
berbincang dengan Ketua Menteri Kelantan berhubung dengan apakah tindakan yang
patut kita buat untuk mengelakkan daripada penyeludupan yang kerap dikatakan di
sempadan daripada Sungai Golok yang 95 kilometer dan di atas daratannya ada 32
kilometer sepanjang 120 kilometer Yang Berhormat. Selepas lawatan saya itu, Menteri
sendiri telah pergi ke sana dan Menteri telah mengisytiharkan bahawa kita merancang
untuk memagar keseluruhan kawasan tetapi ini adalah tiga hala Yang Berhormat,
perbincangan kita dengan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, soal penempatan semula,
pemindahan rakyat dan sebagainya daripada tepian Sungai Golok itu sendiri.
Ketiga, kita kena berbincang dengan pihak kementerian kita sendiri, dalaman kita
sendiri iaitu Kementerian Kewangan dan sebagainya untuk menyediakan sumber
kewangan untuk kita melaksanakan apa yang dicadangkan oleh Menteri.
Selain daripada itu, di Sarawak juga jangan kita lupa. Kita ada 2,110 kilometer
sempadan dengan Kalimantan. Ini juga didapati bahawa ada ketelusan bahawa senjata
ini boleh di seludup menerusi sempadan di Sarawak dan juga di Sabah. Di Sabah kita ada
ESSCOM, di Sarawak kita masih belum ada operasi-operasi yang tertentu. Namun
demikian kita mengambil tindakan, kita akan menubuhkan unit pencegah penyeludupan di
Sarawak tidak lama lagi. Ini masih lagi dalam perbincangan di antara kerajaan supaya
boleh ditubuhkan, insya-Allah pada tahun akan datang.
■1130
Ini semua perancangan secara holistik Yang Berhormat untuk mengatasi masalah
penembusan sempadan ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
DN.7.10.13 28
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, tahniah dan syabas
kepada KDN. Akan tetapi, saya ingat bilangan kongsi gelap itu ramai lebih kurang
380,000 orang. Dinyatakan tadi ditangkap adalah 15,000 orang. Soalan saya, apakah
peratus sebenar atau target sebenar yang hendak ditangkap? Berapa peratus? Sekarang
15,000 orang.
Saya kira dalam 30% sahaja. Dari segi peratus kecil tetapi jumlah besar. Jadi saya
syorkan, kurang-kurang 70% ditangkap daripada 380,000 orang. Jadi, kalau begitu bila
target ini – kalau ada target. Perlu ada target. Bila tarikh atau bila masanya? Apakah cara
yang betul-betul cepat dan berkesan? Ini kerja baik. So saya fikir kena ada target yang
tinggi. Ia bukan 20% atau 30%. Malah tinggi lagi. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang
Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat rakan
saya bersoal yang amat cantik sekali Tuan Yang di-Pertua. Memang saya menerima
hakikat bahawa kita telah menahan 418,922 orang yang disyaki terlibat dengan kongsi
gelap dan hanya sebanyak 15,877 orang ditangkap. Dalam masa yang sama kalau kita
lihat di bawahnya lagi hanya beberapa fail sahaja dibuka untuk penyelidikan dan berapa
sahaja yang dituduh. Rintangan kita pada masa sekarang ini Yang Berhormat ialah apa
yang dikatakan the collection of evidence atau pengumpulan bukti yang nyata untuk
membolehkan kita menuduh mereka ini di mahkamah.
Dalam keadaan sedemikian, itulah kenapa kita telah membentangkan Rang
Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 di Dewan
Rakyat dan telah juga diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini. Jadi apabila undang-
undang itu telah diluluskan nanti, insya-Allah akan dibawa ke Dewan Negara ini dan saya
berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian demi negara kita dan demi
kesejahteraan rakyat kita, sokonglah undang-undang ini nanti.
Yang Berhormat dari Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar kawan saya,
kita akan ambil tindakan yang lebih ketat lagi. Saranan Dato’ Haji Abdul Rahman bin
Bakar untuk mengatakan supaya kita ada target-target yang tertentu pada ketika itu
nanti...
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bukan Dato’ Bakar, Dato’ Haji Rahman bin
Bakar.
DN.7.10.13 29
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Yang Berhormat Dato’ Haji Rahman
minta maaf Yang Berhormat Dato’ Haji Rahman. Yang Berhormat Dato’ Rahman, insya-
Allah kita akan tepati target-target ataupun sasaran-sasaran yang kita buatkan apabila
undang-undang ini telah diluluskan di Dewan Negara ini nanti dan disahkan oleh Duli
Yang di-Pertuan Agong. Saya memohon semua Yang Berhormat sokong demi negara
dan bangsa dan masyarakat kita seterusnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana rakan-
rakan yang lain, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada empat orang rakan baru
kita yang baru dilantik pagi tadi. Tahniah. Eh! Mana mereka?
Timbalan Yang di-Pertua: Nampaknya tidak ada seorang pun Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sorry, sorry. Saya pandang belakang. Saya
fikir dia ada belakang tadi.
Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa.
Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Okey, terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.
7. Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani menyatakan sekiranya kementerian mempunyai maklumat yang lengkap mengenai
tanah-tanah terbiar di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan secara
komersial sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kebergantungan kita
kepada negara-negara asing.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato’ Haji Tajuddin bin
Abdul Rahman]: Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada
Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah. Sebagai menjawab soalan
daripada Yang Berhormat, memang kerajaan mempunyai maklumat berhubung dengan
tanah terbiar di seluruh negara. Hasil daripada kajian yang dibuat, kita mendapati ada
110,170 hektar tanah terbiar di seluruh negara. Terbesar sekali ialah di Sarawak
sebanyak 60,000 hektar.
Kedua di Pahang 9,601 hektar, Kelantan 8,105 hektar dan di negeri-negeri lain
saya fikir tidak perlu saya sebutkan kerana mengambil masa yang panjang. Tanah-tanah
ini merangkumi tanah yang dimiliki oleh individu dan juga tanah-tanah kerajaan negeri
pun juga banyak yang terbiar. Sebagai menjawab bahagian yang kedua soalan Yang
Berhormat Senator Dato' Dr. Firdaus iaitu bagaimana kiranya tanah-tanah ini boleh
DN.7.10.13 30
dimajukan untuk mengurangkan pergantungan kita kepada inputan khususnya barang-
barang makanan.
Apa yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Yang
Berhormat Senator Dato' Dr. Firdaus, pada Malaysia ini kita sedang mengenal pasti
pemilik-pemilik tanah ini dan Yang Berhormat pun sedia maklum ada banyak tanah terbiar
ini yang dimiliki oleh pemilik individu yang terpaksa kita cari mereka yang kita tidak tahu di
mana duduknya, tinggal begitu sahaja dan ada tanah-tanah ini terbiar oleh kerana
tertangguhnya pencarian kuasa apabila keluarga meninggal dunia. So dengan izin, it is
quiet complicated matter actually to resolve this tanah terbiar ini. So dari segi pemilikan,
tanah kerajaan tidak ada masalahlah.
Tanah semua holdings yang dimiliki oleh individu. Itu kajian atau aspek pertama
yang kita lakukan. Aspek kedua kita sekarang sedang juga mengenal pasti kesesuaian
tanah untuk dimajukan, sesuai untuk tanaman apa, di tempat mana dan ini sedang dibuat
kajian dan insya-Allah dalam tempoh terdekat kita akan dapa satu rumusan bagi
menggubal satu Pelan Tindakan Pembangunan tanah-tanah terbiar ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
mengucapkan terima kasih dan tahniahlah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri
yang telah memberi jawapan yang begitu komprehensif yang saya tidak sangka sebegitu
komprehensif itu. Tidak sia-sia beliau ini graduate daripada Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran. Akan tetapi walau bagaimanapun, ada soalan tambahan yang saya hendak
kemukakan.
Pertama, daripada tanah-tanah terbiar yang dimiliki oleh kerajaan itu, ada atau
tidak barangkali yang diusahakan oleh pihak-pihak tertentu secara haram? Ini barangkali
kita ada datanya sekarang. Akan tetapi, antara perkara-perkara yang saya rasa perlu
diambil perhatian juga. Ini kerana saya menanyakan maklumat yang lengkap mengenai
tanah-tanah terbiar. Tadi bila diberikan detail tentang sekian banyak yang terbiar di
Sarawak dan di Sabah, saya sangat teruja dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan
Menteri.
Akan tetapi selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, semangat daripada soalan
saya ini sebenarnya ialah apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kebergantungan
kita kepada negara-negara asing. Ertinya, meneroka kemungkinan menggunakan atau
memanfaatkan tanah-tanah terbiar ini hanyalah salah satu langkah daripada usaha untuk
mengurangkan kebergantungan kita kepada hasil produk-produk pertanian asing.
DN.7.10.13 31
■1140
Saya katakan begitu kerana saya mempunyai data di sini Tuan Yang di-Pertua.
Dalam tahun 2009, kita mengimport barang komoditi pertanian sebanyak RM26 bilion.
Kemudian pada tahun 2010, meningkat kepada RM30 bilion. Pada tahun 2011 meningkat
kepada RM34 bilion. Kemudian pada tahun 2012 – RM36 bilion. Bermakna bahawa
kebergantungan kita kepada produk-produk import pertanian ini semakin bertambah. Oleh
itu, saya harap perkara ini akan diberi perhatian serius selain daripada hanya melihat
kepada...
Timbalan Yang di-Pertua: Ringkaskan soalan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ayat terakhir. Selain daripada
memanfaatkan tanah-tanah terbiar itu, apakah langkah-langkah lain kementerian untuk
mengurangkan kebergantungan kita kepada nilai-nilai import itu? Terima kasih.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan pertama berhubung dengan tanah-tanah yang diterokai. Ini memang wujudlah di
banyak tempat. Walau bagaimanapun ia di bawah kuasa kerajaan negeri, state land, it is
a state matter, dengan izin. Jadi tindakan untuk membanteras pengusaha-pengusaha
haram ini terletak kepada keseriusan dan keberanian pihak kerajaan negeri. That is
beyond our ministry’s control, dengan izin. Itu untuk soalan yang pertama dalam soalan
tambahan itu tadi.
Kedua berhubung dengan import substitution dengan izin, memang kita
mengetahui bahawa kita mengimport begitu banyak bahan makanan seperti yang
disebutkan RM36 bilion. Akan tetapi sebenarnya kita juga mengeksport bahan-bahan
makanan dan kalau tidak silap angka yang diberi oleh pegawai kepada saya, the net
figure of all imports it’s only about RM14 billion. RM36 bilion itu mungkin import tetapi we
have to minus dengan eksportnya.
Tuan Yang di-Pertua, di antara yang kita import adalah beras umpamanya. Kita
mengimport beras sebanyak 1.6 juta metrik tan. Nilainya lebih kurang RM1.8 bilion. Ini
satu contoh, di mana kita sekarang sedang meningkatkan pengeluaran beras padi dan
dengan itu meningkatkan pengeluaran beras yang diperlukan oleh negara. Jumlah ini
merupakan 30% daripada keperluan negara terhadap beras.
Selain daripada itu umpamanya kita juga mengimport buah-buahan tropika – 130
juta dan sayur-sayuran – 2.8 bilion. Jadi sebahagian daripada produk-produk makanan
yang diimport ini, boleh kita keluarkan dengan projek-projek pembangunan tanah terbiar
ini nanti. Namun untuk makluman Yang Berhormat Datuk Dr. Firdaus, ada bahan-bahan
DN.7.10.13 32
makanan yang kita tak boleh tanam dalam negara kita ini. Dia punya tanah dan climate
tidak sesuai untuk tanam yang itu.
Contohnya bawang. Bawang-bawang kita dapati di negara kita ini susah sedikit
dan tanah tidak sesuai untuk tanaman ini. Bawang ini satu bahan makanan yang banyak
kita gunakan dan terpaksalah diimport umpamanya lebih kurang RM800 juta import
bawang sahaja. Kemudian ubi kentang pun RM500 juta kita import. Ini kebanyakannya
diimport daripada negeri Belanda. Bawang tadi daripada India.
Jadi dari segi kerajaan, mana bahan-bahan makanan yang boleh ditanam di
dalam negara kita oleh kerana tanahnya sesuai dan climate juga sesuai, kita akan
usahakan untuk ditanam dan dapat mengatasi import yang sedang berlaku pada masa ini.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kedah dikenali
sebagai periuk nasi Malaysia. MADA memainkan peranan penting bagi menjaga sawah
padi ini. Jadi daripada dulu, ingat 20 tahun dulu, kawasan MADA di Kedah masih
keluasan yang sama bahkan Kedah memiliki banyak tanah-tanah yang terbengkalai.
Adakah kementerian mengkaji semula peranan MADA supaya lebih aktif dalam
memperkasakan bidang pertanian di negeri Kedah ini.
Satu lagi sekarang saya lihat bahawa petani kecil, perladangan kecil ini lebih
penting subsidi daripada benih padi sendiri. Kadang-kadang kita tengok sawah padi ini
rumput lebih tinggi daripada padi. Jadi kualiti padi, kualiti beras ini taklah dipentingkan.
Apa yang dipentingkan adalah subsidi. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima
kasih.
Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan
itu kiranya tidak begitu menjurus kepada pembangunan tanah-tanah terbiar. Lebih kepada
input pertanian dan juga masalah pengairan di MADA. MADA ini bukan tanah terbiar,
tanah yang sudah dibangunkan. Cumanya dari segi sistem pengairannya belum lagi
dapat dimajukan sepenuhnya dan dengan sebab itu hasil atau produktivitinya agak
rendah pada masa ini, lebih kurang lima hingga enam metrik tan per hektar. Kita
mempunyai matlamat untuk meningkatkan sehingga sepuluh atau kalau boleh lebih
daripada itu produktivitinya bagi setiap hektar. Kerajaan ataupun MADA sendiri sedang
berusaha untuk meningkatkan dan menaik taraf pengairan ini. Peruntukan sebanyak
RM1.2 bilion kalau tidak silap saya telah pun diluluskan kepada MADA secara
berperingkat. Diharapkan hasil daripada pelaksanaan pengairan yang moden, yang lebih
efisien ini dapat membantu meningkatkan hasil di kawasan MADA itu.
DN.7.10.13 33
Berhubung dengan input, memang pada masa ini MARDI membuat hasil kajian
berhubung dengan benih ini. Ada sudah beberapa benih padi yang baik-baik yang telah
membantu untuk meningkatkan produktiviti setiap hektar tanah sawah padi. Jadi kita tidak
hanya bergantung kepada subsidi, akan tetapi kaedah-kaedah yang lain seperti benih,
good agriculture practice atau amalan pertanian baik, juga adalah di antara langkah-
langkah yang kita lakukan untuk memastikan bahawa hasil pertanian ini dapat
ditingkatkan. Terima kasih.
8. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta Perdana Menteri menyatakan
apakah kadar pencen bagi pesara-pesara perkhidmatan awam akan disemak semula
dalam masa terdekat memandangkan kos hidup yang kian meningkat terutama sekali
yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang pernah berkhidmat dalam kumpulan rendah
dan sokongan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar pencen bulanan
untuk pesara adalah ditetapkan di bawah Akta Pencen 1980 berdasarkan kepada tempoh
perkhidmatan dan juga gaji terakhir. Ramai daripada Dewan ini, saya rasa elok dengar
yang ini ya. Banyak yang berpencen dan akan berpencen.
Kerajaan juga telah melaksanakan perhitungan pencen mengikut formula
berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksima 30 tahun bagi pesara dan penerima
pencen berkuat kuasa daripada 1 Januari 2009. Ini membolehkan pesara dan penerima
pencen menerima kadar pencen maksimum 60% daripada gaji akhir. Di samping itu mulai
1 Januari 2013, pencen dinaikkan pada kadar 2% setahun. Oleh kerana kenaikan 2% ini
baru dilaksanakan, maka kerajaan belum berhasrat untuk menaikkan kadar pencen.
Walau bagaimanapun kerajaan terbuka kepada apa-apa bentuk cadangan di masa akan
datang.
■ 1150
Sebagai maklumat tambahan, saya rasa sebab kita tidak sempat bersoal jawab.
Saya ingin maklumkan bahawa kebanyakan pencen di luar negara adalah berdasarkan
kepada caruman oleh pihak pekerja dan majikan, manakala di Malaysia, pihak pekerja
tidak perlu mencarum untuk mendapat pencen bulanan setelah diberi taraf berpencen.
Pegawai atau tanggungan akan layak mendapat pencen apabila bersara atau meninggal
dunia. Bayaran kepada faedah persaraan ini dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan
Persekutuan melalui peruntukan Kumpulan Wang Disatukan. Pesara turut diberi bantuan
DN.7.10.13 34
khas mengikut kemampuan kerajaan. Sebagai contoh, pada tahun ini, sebelum
sambutan Hari Raya Aidilfitri, pesara dan penerima pencen diberi bantuan khas sebanyak
RM250.
Selain daripada itu, tanggungan dan waris menerima bantuan mengurus jenazah
sebanyak RM3,000 bagi setiap kematian pesara. Selain daripada itu, semua pesara
kerajaan seperti yang saya sebutkan juga mendapat kenaikan sebanyak 2% tiap-tiap
Januari setiap tahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bayaran pencen
bulanan yang ditanggung oleh kerajaan sehingga kini ialah sebanyak RM872,529,748.
Jumlah penerima pencen ialah 677,118 orang penerima. Seperti yang telah saya
sebutkan tadi bahawa bantuan khas juga diberi kepada penerima pencen seperti pada
tahun 2012, kita memberi RM500 dan pada tahun 2013 seperti yang telah saya sebutkan.
Saya juga hendak maklumkan bahawa ada kes-kes di mana isterinya menerima
pencen. Suaminya bekerja dengan kerajaan, juga penerima pencen. Suaminya mati,
isteri dapat lagi pencen. Dia berkahwin semula, suami tersebut mati pula, dia kahwin
semula, suami itu mati pula dan seterusnya demikianlah kehidupannya.
Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Soalan tambahan saya ialah adakah
masih terdapat penerima pencen ini di bawah angka RM900? Saya sebut RM900 ini
kerana kerajaan telah pun meluluskan gaji minimum kepada pekerja-pekerja sektor
swasta sebanyak RM900. Adakah terdapat lagi penerima pencen terdiri daripada
kumpulan sokongan yang di bawah RM900 itu? Walaupun RM900 itu memang tidak
cukuplah.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Jawapannya ialah ada. Ini kerana kita kena
ingat ada juga pesara tentera dan juga lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, saya akan
beri jawapan bertulis untuk pertanyaan khusus ini bagi membolehkan kita mendapat
angka yang sebenar. Kita tahu ada yang dapat pencen rendah dan sebagainya. Akan
tetapi setelah pelarasan dibuat, seperti yang telah saya maklumkan tadi, kenaikan biasa
itu telah ditetapkan, sementara yang RM900 ini, dia mengikut tempoh perkhidmatan.
Akan tetapi kerajaan telah tetapkan bahawa pencen minimum adalah sebanyak RM820,
yang lain mengikut tempoh perkhidmatan. Kita sudah beritahu bahawa dia akan
mendapat 60% daripada gaji terakhir dalam tempoh perkhidmatan.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Soalan saya ialah adakah perempuan
akan mendapat pencen lebih daripada satu? Kedua, adakah galakan dan tambah pencen
ini menyebabkan terdapatnya dorongan atau tendensi isteri “suka-suka” bila suami atau
suami-suaminya mati. Kalau ada, silakan.
DN.7.10.13 35
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Yang ini amat sukar untuk kita jawab. Akan
tetapi sudah pasti apabila kita berkongsi hidup, tidak ada isteri yang mahu melihat
suaminya pergi dahulu. Itu sebab apabila kita tengok – ini kepada isterilah. Kalau
suaminya sakit, dialah yang menjaga segala kekurangan suaminya. Jadi saya rasa
tendensi Yang Berhormat sebut itu jarang berlaku. Kalau ada berlaku, berlakulah iaitu
bila suami pencen, jadi suami dapat pencen, dia berilah bulanan kepada isterinya berapa
dan sebagainya. Akan tetapi apabila suaminya pergi, isterinya akan dapat pencen. Itu
saya sebutkan tadi, isterinya mungkin ada rupa dan sebagainya, dia kahwin, suami itu
mati. Mungkin mati setahun seorang kah, wallahualam. Akan tetapi begitulah keadaan
yang akan berlaku.
Akan tetapi saya ingat tidak ada kes di mana isteri meminta suami mati cepat
supaya pencen itu dapat dekat dia seorang dan sebagainya. Dia sudah sampai kepada
umur yang dia dari segi fizikal, dari segi kehendaknya sebagai wanita itu sudah
berkurangan daripada sebelum daripada dia pencen. Kalau pun ada, itu adalah kes-kes
yang tertentu. Akan tetapi kita berdoa semoga isteri sentiasa berdoa semoga suaminya
selamat. Jadi sama ada boleh dapat lebih daripada satu itu, itu memang berlaku. Kecuali
soalan nombor satu dalam pemilihan MT tidak berubahlah – calon nombor satu.
Kemudian, saya hendak maklumkan sekali lagi Yang Berhormat bahawa Malaysia
adalah di antara negara di dunia yang beri pencen bukan berdasarkan kepada caruman,
kerajaan beri. Negara-negara lain di luar negara walaupun mereka dapat pencen tinggi
tetapi pekerja dan majikan bagi caruman kepada tabung pencen dan mereka mendapat
pencen selepas mereka bersara. Akan tetapi di Malaysia, semua ditanggung oleh
kerajaan. Kerajaan yang kita tubuhkan pada tahun 1957 sehingga sekarang iaitu
Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maka dengan
itu, tamatlah sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita pada hari ini.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
DN.7.10.13 36
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG
(PINDAAN) 2012 (PINDAAN) 2013
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta
Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini pada dasarnya, Akta
Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 yang dibentangkan ini, saya rujuk sebagai
Akta A1444 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada 9 Julai 2012 yang lalu. Akta
A1444 ini merupakan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166]
bagi meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan. Akta A1444 ini juga telah
diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 5 September
2012.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta A1444 ini
masih belum mula berkuat kuasa memandangkan Jabatan Peguam Negara dan Majlis
Peguam telah memutuskan supaya akta ini berkuat kuasa secara serentak dengan
kedua-dua rang undang-undang, Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012
(Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2013
yang akan dibentangkan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Akta A1444 tersebut, telah meliberalisasikan sektor
perkhidmatan perundangan di Semenanjung Malaysia bagi membolehkan peguam asing
untuk menjalankan amalan guaman di dalam bidang amalan yang dibenarkan melalui
perkongsian antarabangsa dengan izin international partnership, firma guaman asing
berkelayakan dengan izin, qualified foreign law firm dan penggunaan khidmat peguam
asing oleh firma guaman Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seksyen 3 Akta A1444 telah memasukkan
subseksyen baru iaitu subseksyen 37(2A) ke dalam Akta 166 yang memperuntukkan
larangan terhadap mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk melakukan apa-apa
perbuatan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab seorang peguam bela dan
peguam cara.
DN.7.10.13 37
■1200
Pada dasarnya, larangan tersebut adalah ditujukan kepada peguam asing yang
memasuki Malaysia secara fly in, fly out, dalam memberi khidmat undang-undang di
negara ini.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan subseksyen 37(2A) yang baru ini dikhuatiri
akan menimbulkan kekeliruan dan pertikaian perdagangan antarabangsa kerana
penggunaan beberapa terma yang tidak konsisten dengan komitmen antarabangsa
Malaysia di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya rang undang-undang ini mengandungi 4 hal
perkara:
(i) adalah pindaan kepada seksyen 1, Akta A1444 untuk
menggantikan subseksyen 1(2) bagi membolehkan supaya
peruntukan-peruntukan di bawah Akta A1444 diberi tarikh kuat
kuasa yang berlainan;
(ii) adalah cadangan pindaan kepada subseksyen 37(2A) bagi
memastikan konsistensi dengan komitmen antarabangsa;
(iii) adalah cadangan pindaan bagi memasukkan subseksyen baru
37(2B) untuk mengecualikan pemakaian peruntukan larangan di
bawah subseksyen 37(2A) tadi; dan
(iv) adalah cadangan pindaan susulan kepada seksyen 40M bagi
memperjelaskan kuasa pihak berkuasa tatatertib.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal pindaan terhadap seksyen 3 Akta A1444 dengan
menggantikan subseksyen 37(2A) yang sedia ada dengan subseksyen 37(2A) yang baru,
saya ingin merujuk kepada komitmen antarabangsa Malaysia melalui General Agreement
on Trade in Services atau GATS, di bawah World Trade Organization (WTO), di mana
Malaysia telah membuat komitmen untuk tidak menyekat mana-mana perkhidmatan
undang-undang yang dibekalkan melalui kaedah merentas sempadan.
Secara ringkasnya, cross border supply, dengan izin melibatkan amalan di mana
pembekal perkhidmatan asing membekalkan perkhidmatan merentas sempadan ke
negara anggota WTO yang lain. Komitmen ini juga termasuklah tidak boleh mengenakan
apa-apa bentuk sekatan sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti melalui
mel elektronik atau komunikasi telefon.
Memandangkan peruntukan subseksyen 37(2A) yang sedia ada melarang semua
kaedah bekalan modes of supply, secara langsung atau tidak langsung dalam
memberikan perkhidmatan perundangan secara fly in, fly out, adalah penting bagi
DN.7.10.13 38
peruntukan ini untuk dipinda bagi mengeluarkan terma yang secara langsung atau tidak
langsung tadi daripada peruntukan tersebut bagi memastikan consistency dengan
komitmen antarabangsa Malaysia di bawah WTO bagi sektor perkhidmatan perundangan.
Oleh yang demikian, cadangan pindaan bagi menggantikan subseksyen 37(2A)
yang sedia ada kepada subseksyen 37(2A) yang baru dalam Akta 166 ini adalah supaya
kaedah bekalan khidmat perundangan digambarkan secara umum dan tidak
menggambarkan sebarang kekangan di bawah Akta 166.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya melalui fasal 3 rang undang-undang ini juga
adalah dicadangkan supaya satu subseksyen 37(2B) yang baru dimasukkan bagi
mengecualikan pemakaian peruntukan larangan di bawah subseksyen 37(2A) kepada
peguam asing yang memasuki Malaysia dalam memberi khidmat undang-undang
tertakluk kepada syarat bahawa tempoh masa kemasukan peguam asing tersebut tidak
melebihi 60 hari.
Melalui peruntukan baru subseksyen 37(2B) ini, larangan fly in, fly out yang
peruntukan di bawah subseksyen 37(2A) tidak akan terpakai bagi peguam asing termasuk
di bawah definisi peguam asing dalam seksyen 40(A) [Akta A1444]. Mana-mana peguam
asing yang memasuki Malaysia bagi memberi khidmat undang-undang dengan syarat
bahawa tempoh masa kemasukan peguam asing tersebut mestilah tidak melebihi 60 hari.
Tempoh masa 60 hari tersebut ditetapkan supaya konsisten dengan perenggan 21,
Jadual 6 berkenaan pendapatan yang dikecualikan di bawah Akta Cukai Pendapatan
1967 iaitu Akta 53.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, fasal 4 mengandungi cadangan pindaan
terhadap seksyen 4 Akta A1444 dengan menggantikan seksyen 40M yang sedia ada di
bawah bahagian 4A Akta A1444 tersebut dengan seksyen 40M yang baru bagi
memperjelaskan bahawa mana-mana peguam asing yang memasuki Malaysia sama ada
melalui pendaftaran dan pelesenan di bawah bahagian 4A atau melalui amalan fly in, fly
out di bawah subseksyen 37(2B) hendaklah mematuhi semua kaedah-kaedah dan
keputusan Majlis Peguam dan tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib bagi maksud
semua tindakan disiplin.
Berdasarkan fakta-fakta yang telah yang saya kemukakan tadi, adalah jelas
bahawa pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012, adalah satu
keputusan yang wajar dan perlu bagi memastikan liberalisasi sektor perkhidmatan
perundangan tersebut dapat dilaksanakan dan bertujuan untuk memudahkan
pelaksanaan peruntukan yang berlainan dalam Akta A1444 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
DN.7.10.13 39
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa
yang menyokong? Silakan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Alexander
Nanta Linggi]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di
hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta
Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka
untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat
yang telah menghantar nama untuk membahaskan RUU Akta Profesion Undang-undang
(Pindaan) 2012. Saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
bahawa dalam sesi persidangan kita kali ini kita ada empat rang undang-undang yang
akan dibentangkan ataupun yang akan dibahas.
Jadi, bagi untuk memudahkan kita mengatur masa dalam masa tempoh empat
hari ini dan juga supaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu turut serta membahaskan
rang undang-undang berkenaan mendapat peluang dan masa yang cukup untuk
membahaskan rang undang-undang. Jadi, saya mohonlah mohon kerjasama Yang
Berhormat seperti biasa untuk menghantar nama dan mana-mana rang undang-undang
Yang Berhormat ingin turut serta membahas dengan secepat mungkin. Jadi, tanpa
melengahkan masa maka sekarang saya buka ruang ini untuk Yang Berhormat-Yang
Berhormat membahaskan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang
(Pindaan) 2012. Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah.
12.07 tgh.
Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam
sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi
kesempatan sekali lagi pada saya untuk turut serta dalam perbahasan pindaan Rang
Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 dan 2013. Saya terlebih
dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah mengambil langkah bijak
dengan membuat pindaan Akta Profesion Undang-undang Akta A1444 bagi
meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan.
Kemasukan peguam asing atau peguam antarabangsa memberikan kesan yang
positif dalam bidang perundangan negara. Pertama kemasukan peguam atau syarikat
antarabangsa akan meningkatkan kepakaran peguam tempatan melalui perkongsian
DN.7.10.13 40
antarabangsa atau melalui amalan guaman bersama syarikat guaman tempatan
khususnya dalam bidang perbankan Islam, pasaran mudah atau pinjaman antarabangsa
dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, kedua kemasukan peguam dan syarikat guaman
antarabangsa akan meningkatkan lagi reputasi syarikat guaman tempatan melalui
perkongsian antarabangsa antara syarikat guaman tempatan dan syarikat guaman
antarabangsa yang sememangnya telah mempunyai reputasi yang tinggi. Kemampuan
dan kebolehan syarikat-syarikat guaman tempatan ini dalam mengendalikan kes-kes
berprofil tinggi akan memberikan keyakinan kepada pelabur luar datang ke negara ini
sekali gus meningkatkan pelaburan langsung negara.
■ 1210
Tuan Yang di-Pertua, ketiga, perkongsian antarabangsa dalam bidang
perundangan juga akan membantu daripada segi perpindahan ilmu pengetahuan
khususnya dalam bidang amalan undang-undang, pertukaran maklumat dan pandangan
serta sebagainya. Bagaimanapun, peguam asing atau peguam antarabangsa yang
memasuki negara ini mestilah memiliki kelayakan-kelayakan minimum dan kebolehan
yang sewajarnya termasuklah peguam yang keluar masuk ke negara ini untuk
memberikan khidmat nasihat undang-undang. Dalam hubungan ini, saya ingin
mencadangkan agar jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada Majlis Peguam dan
Peguam Negara menggariskan kriteria yang wajar bagi memastikan peguam-peguam
atau syarikat guaman berkelayakan sahaja yang dibenarkan memasuki Malaysia.
Berhubung dengan kemasukan peguam ini juga, saya ingin menarik perhatian
Dewan yang mulia ini bahawa kawalan yang ketat perlulah diambil kerajaan bagi
memastikan peguam-peguam asing ini tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa
jua perundangan negara. Kerajaan juga hendaklah memastikan kehadiran dan
kemasukan peguam asing ini tidak akan menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang boleh
menjejaskan keselamatan negara. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan apakah
mekanisme bagi memantau gerak-geri peguam asing ini bagi mengelak kehadiran
mereka mengancam keselamatan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya ringkas sahaja saja, saya ingin menyentuh
cadangan pindaan subseksyen 37(2A) yang bertujuan bagi memastikan konsistensi
dengan komitmen antarabangsa khususnya bagi memastikan keselarasan dan komitmen
antarabangsa Malaysia di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia atau WTO.
DN.7.10.13 41
Saya ingin mendapat penjelasan sejauh manakah pindaan subseksyen 37(2A) ini
penting dalam meningkatkan imej dan reputasi negara termasuk kemampuan untuk
menarik pelabur asing ke negara kita. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya
persilakan Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin.
12.13 tgh.
To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim,
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam
1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya
dan kesempatan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Pindaan Rang
Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013.
Pindaan Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 ini telah pun diluluskan
oleh Parlimen pada 9 Julai 2012 yang lepas dan mendapat perkenan daripada Baginda
Yang di-Pertuan Agong pada 5 September 2012. Bagaimanapun, pindaan Akta 166 ini
adalah bertujuan meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan dan akta ini kini
dikenali sebagai Akta A1444.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang
mengambil langkah yang wajar untuk melakukan pindaan kepada Akta Profesion Undang-
undang [Akta A1444] ini sebagai inisiatif bukan sahaja daripada segi transformasi
profesion undang-undang di negara ini tetapi juga ianya sebagai langkah untuk
meliberalisasikan sektor perkhidmatan perundangan. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Akta
A1444 ini, peguam asing dibenarkan untuk menjalankan amalan di Malaysia dengan cara;
(i) Melalui perkongsian antarabangsa;
(ii) Firma guaman asing berkelayakan, dan;
(iii) Menjalankan amalan guaman di bawah firma guaman tempatan.
Saya menyokong pindaan ini bagi membolehkan peguam-peguam asing ke
negara ini khususnya bagi meningkatkan kepakaran peguam-peguam tempatan kepada
bidang amalan undang-undang termasuklah perbankan dan guaman Islam. Langkah ini
adalah sejajar dengan langkah kerajaan bagi menjadikan dan memajukan Malaysia
sebagai hab kewangan Islam antarabangsa. Walau bagaimanapun, ada beberapa
perkara yang perlu dibangkitkan di Dewan yang mulia ini bagi perhatian kerajaan.
Pertama, dasar liberalisasi sektor perundangan bertujuan untuk memperkukuhkan
perbankan dan kewangan Islam. Maka sewajarnyalah ia melibatkan peguam-peguam
Islam. Jadi dalam hubungan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah
DN.7.10.13 42
langkah yang akan diambil bagi memastikan penglibatan peguam-peguam Islam dalam
agenda meliberalisasi sektor perkhidmatan perundangan ini.
Kedua, kemasukan dan kehadiran peguam-peguam antarabangsa ini termasuklah
syarikat-syarikat guaman antarabangsa sudah tentulah akan menjejaskan syarikat-
syarikat guaman yang kecil mahupun yang sederhana khususnya melalui perkongsian
antarabangsa. Perkongsian syarikat guaman tempatan dengan syarikat guaman
antarabangsa berkemungkinan menyebabkan syarikat tempatan menjadi mangsa kerana
kekurangan kepakaran dan modal. Saya khuatir dan gusar dengan perkongsian
antarabangsa ini kerana saya juga bimbang syarikat guaman tempatan akan menjadi
syarikat minoriti sahaja. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah
mekanisme kerajaan bagi melindungi syarikat guaman tempatan dalam perkongsian
antarabangsa ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan pegangan saham
dalam syarikat perkongsian antarabangsa ini dengan memastikan sekurang-kurangnya
50% saham dipegang oleh syarikat guaman tempatan.
Ketiga, kemasukan dan kehadiran guaman dan syarikat antarabangsa juga akan
menyekat peluang syarikat guaman tempatan yang kecil dan sederhana untuk dilantik
sebagai panel undang-undang dalam syarikat milik kerajaan GLC ataupun bank-bank
tempatan dan antarabangsa kerana syarikat guaman antarabangsa yang besar akan
dipilih kerana mempunyai kelebihan daripada segi kepakaran. Sehubungan dengan itu,
saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah langkah yang akan diambil bagi
melindungi syarikat-syarikat guaman tempatan dan seterusnya membuka peluang kepada
syarikat-syarikat ini untuk menjadi panel undang-undang dalam GLC.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menetapkan dan memberikan jaminan
bahawa syarikat GLC dan bank-bank di negara ini memberi kerja panel perundangan
kepada syarikat guaman tempatan bagi jenis kes mahkamah dengan kos RM5 juta ke
bawah dan dengan cara ini, syarikat-syarikat guaman akan mendapat peluang untuk
mendapat kerja-kerja guaman tersebut. Kita tidak mahu keadaan di mana ibarat pepatah
‘kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan’.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengharapkan pindaan rang undang-undang
ini ...
Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Boleh minta laluan?
To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Sila.
Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat.
Sebelum habis itulah, saya bukan seorang lawyer tetapi juga seorang profesionlah. Saya
DN.7.10.13 43
nak minta pendapat Yang Berhormat berhubung dengan pegangan saham ini. Dalam
profesion saya, kita ada akta yang mengkhususkan supaya untuk sementara inilah
sehingga kita lebih matang dan sebagainya, syarikat-syarikat kepunyaan ataupun
warganegara kita boleh memegang saham 51% dan daripada luar negara 49%.
■1220
Dengan jalan itu, maka kita dapat menentukan kuasa itu dipegang oleh syarikat-
syarikat guaman tempatan lebih-lebih lagi syarikat-syarikat guaman yang kecil dan
sederhana. Kalau tidak, will be overwhelmed. Lagi satu saya nampak dalam profesion-
profesion mana pun, tendency orang-orang kita ini asalkan namanya jenama “mat saleh”,
ianya lebih digunakan. Saya takut kalau-kalau Muhammad & Co., Lim & Co. akan
terhambus dengan nama-nama antarabangsa yang kononnya besar-besar. Boleh jadi
mereka itu hanya mempunyai satu pejabat kecil di London tetapi oleh sebab namanya,
maka ianya digunakan sungguh pun kepakarannya tidak begitu. Saya minta pandangan
Yang Berhormat Senator. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.
To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’
Abdul Rahim di atas pandangan tersebut. Pandangan itu saya anggapkan satu
pandangan yang boleh melengkapkan lagi hujah saya memastikan guaman-guaman
tempatan lebih dipandang dan terjamin akan masa depannya bagi memastikan sahamnya
yang dikatakan 51% tempatan di samping hak asing yang perlu kita masukkan. Terima
kasih Yang Berhormat.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan pindaan rang undang-undang
ini sewajarnya mampu meningkatkan daya saing firma-firma guaman tempatan melalui
perkongsian antarabangsa dengan syarikat guaman antarabangsa yang mempunyai
reputasi yang lebih tinggi dan dikenali di peringkat antarabangsa, seterusnya proses
liberalisasi ini akan menjadikan negara ini berprestij dalam aspek perundangan
antarabangsa. Saya dengan ini menyokong rang undang-undang ini dan saya
mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekian, assalamualaikum
warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Mengikut catatan saya,
saya ada seorang lagi Yang Berhormat yang ingin turut serta membahaskan rang
undang-undang ini iaitu Yang Berhormat Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud.
Saya ingin menyarankan kepada Yang Berhormat sekali lagi, kalau ada di antara
Yang Berhormat yang mahu membahaskan rang undang-undang ini, tolong hantarkan
DN.7.10.13 44
nama kepada saya sekarang. Kalau tidak, selepas Tuan Syed Shahir berucap nanti, saya
akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan Tuan Syed Shahir bin
Syed Mohamud. Silakan Yang Berhormat.
12.22 tgh.
Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
turut serta dalam perbahasan ini sepanjang mengenai Rang Undang-undang Akta
Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 [Akta A1444] yang disebut Akta ibu.
Nampaknya bahawa kita sekarang ini sedang kalut dalam proses liberalisasi.
Liberalisasi ini dikaitkan dengan globalisasi seolah-olah kita tidak ada pilihan lain.
Maknanya kalau kita tidak campur dalam hal ini, ertinya kita akan berada dalam keadaan
yang ketinggalan. Apakah benar begitu? Soalan ini harus dijawab. Jangan nanti kita
tergopoh-gapah sehingga menyebabkan sebahagian besar dari usaha anak negeri
warganegara kita sendiri ketinggalan. Liberalisasi ini Tuan Yang di-Pertua, apakah
senada dengan Trans-Pacific Partnership Agreement? Ada semacam nampaknya seolah-
olah ini kunci pembuka kepada pintu TPPA, seolah-olah begitu. Apakah benar begitu?
Kalau benar begitu, malang sekali bahawa kita mulai dengan satu profesion yang sangat
dimuliakan.
Tuan Yang di-Pertua, belajar daripada pengalaman walaupun ianya tidak dalam
kerangka liberalisasi, sedikit sepanjang mengenai perniagaan barangan, perniagaan atau
pun perdagangan yang berhubung dengan barangan runcit. Dalam 10 tahun atau 15
tahun kebelakangan ini kita lihat bukan hanya di kota-kota besar, malah di pekan-pekan
kecil pun sudah mulai ada supermarket, kalau tidak pun hypermarket atau pun pasar raya
besar. Soalannya ialah apa jadi dengan kedai-kedai runcit yang dipunyai dan
diperniagakan oleh orang-orang tempatan, anak negeri? Apa jadi? Kita tengok sekarang
ini kedai runcit sudah semacam seolah-olah tidak ada lagi. Semua orang berkejar ke
hypermarket atau pasar raya besar.
Kebimbangan ini Tuan Yang di-Pertua, juga ada kaitan dengan apa yang kita
bahaskan pada pagi ini yakni apakah nanti kedatangan firma-firma guaman yang besar,
hebat, yang mempunyai modal besar, staf yang ramai, akhirnya pengamal-pengamal
undang-undang yang kecil ini sudah sedikit demi sedikit akan terhakis. Belajarlah dari
pengalaman apa yang berlaku di Singapura. Walaupun ia tidak dalam kerangka seperti
apa yang katakan tadi TPPA, tetapi di Singapura ada pengalaman di mana firma-firma
kecil guaman ini sudah mulai merasa kesan daripada apa yang kita bincangkan pada hari
ini.
DN.7.10.13 45
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya mengenai bahasa perantaraan dalam
mahkamah. Ini kerana kita selalu mendengar adanya keprihatinan dan rasa gelisah di
kalangan orang-orang kita mengenai bahasa dalam hal-hal rasmi. Di mahkamah, kita
gunakan bahasa Melayu. Dengan liberalisasi ini, apa jadi dengan bahasa Melayu ini
nanti? Kita tidak mengehadkan misalnya penggunaan bahasa Inggeris, namun dasar dan
perlembagaan kita sangat jelas mengenai hal ini. Apakah misalnya peguam-peguam yang
datang dari luar ini akan dikursuskan dahulu mengenai hal ini atau kita kata itu bukan
priority atau keutamaan bagi kita? Apa yang utama bagi kita adalah mereka datang dan
kita membuka pintu.
Tuan Yang di-Pertua, kemudian adalah mengenai hal yang berkaitan dengan
salah laku. Ini juga perlu diperjelaskan sebab kita juga sedar di dalam profesion guaman
ini pun berlaku hal-hal atau salah laku yang telah dilakukan oleh pengamal undang-
undang. Jadi, bagaimana pula dengan keadaannya apabila nanti akan datang berpusu-
pusu peguam-peguam daripada luar ke dalam negeri ini dan mengamalkan atau pun
menjalankan kes-kes yang berkaitan dengan hal yang kita bincangkan pada pagi ini?
■1230
Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pandangan rakan-rakan
sebelum ini mengenai ekuiti ataupun pegangan saham sepanjang mengenai firma
guaman ini.
Kita tidak mahu orang hanya menggunakan tempat kita ini sebagai batu loncatan
sahaja. Ertinya ia tidak membawa apa-apa nilai tambah selain daripada menggunakan
peluang yang ada kepada peguam-peguam yang datang dari luar.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana pula timbal balik peguam-
peguam kita ini? Apakah kita juga mendapat peluang dan hak yang sama seperti
mereka? Ertinya, dia datang ke sini, dia mengamalkan, dia mendapat manfaat daripada
kita. Di masa yang sama, bagaimana pula peguam-peguam kita? Jadi jangan hanya dia
makan sebelah sahaja. Kalau dia makan sebelah sahaja, ini maknanya tidak
mendatangkan banyak manfaat kepada kita.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan bahawa hal ini harus dilihat
secara terperinci, secara halus dan jangan nanti kita ‘menang secupak, kalah segantang’.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya
dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat.
DN.7.10.13 46
12.31 tgh.
Dato’ Dr. Johari bin Mat: Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
turut berbahas atau meminda Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang
(Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013.
Sebelum itu saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada rakan-rakan
Senator yang telah dilantik pada hari ini. Saya berharap mereka akan dapat memberi
sumbangan yang baik dan bermakna kepada Dewan dan juga negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat daripada perbincangan yang telah diutarakan
oleh rakan-rakan daripada sebelum ini saya ini, ada yang melihat secara positif tentang
pindaan yang telah dibuat ini dan ada juga menaruh kebimbangan terhadap apa yang
akan berlaku andaian-andaian yang akan berlaku. Saya juga tidak terlepas daripada dua
keadaan tersebut di mana kita, pada satu pihak kita melihat sesuatu perubahan undang-
undang yang hendak dilakukan itu pasti ada latar belakang dan juga rasional. Namun
pada waktu yang sama, kita juga perlu menjangkakan apa yang akan berlaku, apa yang
tidak diingini berlaku di dalam masyarakat kita.
Dalam persoalan ini, saya ingin dapat penjelasan daripada pihak kementerian,
adakah permohonan daripada pihak-pihak luar untuk sehingga kita terpaksa meminda
peraturan dan akta ini ataupun kita merasakan ia perlu dipinda kerana hendak memberi
peluang kepada pihak luar untuk beramal di dalam negara kita?
Begitulah juga saya ingin mengetahui, pihak-pihak luar yang berkepentingan di
dalam negara kita, adakah mereka sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap peguam
bela dan peguam cara di dalam negara kita? Ini satu persoalan yang perlu kita lihat
secara serius. Kalau sekiranya mereka mempunyai keyakinan dengan peguam bela dan
peguam cara yang ada di dalam negara kita, maka sebenarnya kenapa mereka takut
untuk datang melabur atau sebagainya di dalam negara kita?
Walaupun saya tidak menafikan kedatangan peguam-peguam luar itu memberi
input atau impak yang baik untuk pengalaman dan sebagainya, namun ia juga perlu
dilihat dari sisi yang lain iaitu kelemahan rakyat Malaysia di dalam melaksanakan tugas
yang penting dan besar ini. Kalau sekiranya kelemahan ini, ketidakupayaan ini atau
ketidakpercayaan dan keyakinan pihak dari luar tentang peguam bela dan peguam cara
kita, maka satu langkah perlu dilihat diambil agar keupayaan itu dapat ditingkatkan
sehingga mendapat kepercayaan dari pihak luar. Itu yang perlu kita garapkan supaya
masyarakat kita mendapat tempat yang tinggi dan dihormati dan mendapat keyakinan
daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk berada di dalam negara kita. Kemudian
DN.7.10.13 47
seterusnya, adakah peguam-peguam kita belum cukup jumlahnya untuk menangani hal-
hal tersebut?
Nah, kalau sekiranya tidak cukup, boleh diusahakan untuk diperbanyakkan kerana
saya yakin dan percaya negara kita mempunyai keupayaan ke arah itu. Kita pun ada
fakulti undang-undang dan kita boleh hantar kursus dan berbagai-bagai cara supaya kita
dapat memberi kekuatan kepada masyarakat kita. Sebagaimana yang telah disebutkan
oleh Yang Berhormat Tuan Syed Shahir tadi, kalau sekiranya kita membuka ruang ini
kepada pihak luar untuk beramal di dalam negara kita, maka adakah hal yang sama juga
kita dapat lakukan di negara-negara yang berkenaan? Biar orang kata ada timbal balas
yang sewajarnya, yang adilnya. Kita tidak mahu kita hanya memberi tetapi mereka tidak
membuka apa-apa peluang untuk kita.
Seterusnya, saya ingin melihat juga perkara ini nanti. Walau bagaimanapun saya
melihat akta ini akan diluluskan dan pelaksanaan.
Tadi saya dekat daripada pembentangan Yang Berhormat Menteri, ada kawalan-
kawalan. Kawalan-kawalan agar pihak-pihak yang berkenaan tidak akan dapat melakukan
dengan sewenang-wenangnya. Itu satu hal yang sangat baik dan perlu diberi penegasan
yang sungguh-sungguh agar sistem kita tidak dicerobohi dengan sewenang-wenangnya
oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberi atau
dibuka.
Saya melihat tadi dalam perbincangan tadi ramai yang menyebut tentang hal
perdagangan. Pihak luar akan dijemput atau datang ke sini untuk memberi pandangan
atau nasihat kepada peguam di Malaysia atau ada kerjasama. Adakah hanya ia terbatas
kepada hal-hal perdagangan, kewangan atau mal atau pun juga ia berkaitan dengan
jenayah kerana kita tahu bahawa hal-hal seperti ini berlaku tanpa sempadan. Hal semua
kes-kes yang melibatkan mahkamah berlaku dalam negara kita dan adakah mereka boleh
melaksanakan, beramal dalam negara kita dalam semua bidang undang-undang dan
tanpa had, tanpa sempadan. Tidak hanya sebagaimana yang saya dengar tadi
menumpukan kepada hal-hal yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan dan
sebagainya.
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh di sini bahawa kita walaupun memberi
peluang kepada orang luar, namun kita jangan lupa keutamaan perlu kepada warga kita.
Kita perlu lihat warga kita lebih utama daripada orang lain. Sifat kekitaan itu perlu kita
jaga dan sifat kepentingan kita perlu kita kawal dan orang lain yang akan memberi
khidmat itu adalah untuk dalam kerangka kepentingan kita dan kita tidak boleh lepas
dengan begitu bebas.
DN.7.10.13 48
Saya juga menaruh kekhuatiran kalau sekiranya saham-saham tadi dipegang lebih
besar oleh mereka dengan syarikat-syarikat kecil di pihak kita, maka sudah pasti syarikat
kita pun akan tunduk kepada mereka dan tidak akan dapat berbuat apa-apa. Tuan Yang
di-Pertua, itu sedikit pandangan saya dan saya harap pihak kementerian mengawal betul-
betul apa yang telah dibentangkan ini agar hak dan kepentingan kita sebagai sebuah
negara yang berdaulat dan merdeka dan rakyat akan dapat dipelihara sampai akhirnya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya
Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah Binti Mahat .
12.40 tgh.
■1240
Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak
kerana memberi peluang saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Akta Profesion
Undang-undang (Pindaan) 2012 (Pindaan) 2013.
Tuan Yang di-Pertua, liberalisasi dalam apa jua bidang termasuk bidang
perkhidmatan terutamanya, undang-undang adalah tidak dapat dielakkan dalam dunia
sekarang ini. Sekiranya kita tidak dapat mengambil tindakan positif dalam hal ini, pastinya
kita akan ketinggalan.
Kita boleh lihat negara jiran sebelah yang begitu terkenal dan membangun
bermodalkan sektor perkhidmatan mereka dalam liberalisasi profesion guaman di negara
itu telah lama dilaksanakan lebih 20 tahun. Ini telah membantu kepada pembangunan
sistem-sistem lain seperti Sistem Kewangan Islam dan sebagainya dan menyumbang
kepada kemajuan ekonomi negara tersebut. Pada dasarnya kita semua sama ada Ahli
Parlimen di Dewan ini atau di Dewan Rakyat telah sepakat dan meluluskan pindaan
undang-undang bagi membenarkan dan membuka ruang kepada peguam-peguam
antarabangsa memberi khidmat guamannya di negara ini.
Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk meliberalisasikan perkhidmatan di
negara ini dan meningkatkan ekonomi negara serta menjadikan negara kita lebih berdaya
saing, ke arah menuju negara maju berpendapatan tinggi 2020. Ini juga berkaitan dengan
komitmen negara untuk tidak menyekat mana-mana perkhidmatan yang dibekalkan
melalui kaedah merentas sempadan dalam General Agreement on Trade in Services
dengan izin atau GATS. Pindaan-pindaan dalam rang undang-undang ini dilihat bagi
memastikan melepaskan dan meleraikan kekangan yang wujud dalam undang-undang
sedia ada.
DN.7.10.13 49
Seksyen 37(2A) membenarkan peguam asing masuk dan keluar atau fly in fly out
dalam tempoh 60 hari. Tempoh 60 hari bagi menyelesaikan masalah perundangan agak
singkat, terutamanya bila melibatkan mahkamah. Namun dalam hal ini, saya percaya
kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak peguam atau Majlis Peguam dalam
memastikan prasarana sistem perundangan negara juga cekap dan perlu ditingkatkan
dan di perkasa dari semasa ke semasa selaras dengan matlamat peruntukan yang
dinyatakan.
Contohnya jika suatu kes dalam pertikaian tersebut dibawa ke mahkamah dan
dibicarakan, maka ia merupakan satu cabaran kepada pihak-pihak mahkamah dalam
memastikan mereka efisien dalam melaksanakan tugas mereka. Tahap profesionalisme
pegawai-pegawai mahkamah juga perlu ditingkatkan, agar mereka dapat menjadikan
perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan. Isu bahasa juga perlu dititikberatkan
kepada mereka agar tidak menimbulkan masalah dan kekangan kepada pelaksanaan
dasar ini kelak.
Selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, bila mana pintu terbuka luas untuk peguam-
peguam asing datang ke sini, kita harap tidak menenggelamkan peranan peguam-
peguam kita terutamanya firma-firma bersaiz kecil dan medium supaya mereka diberi
perhatian agar mereka ini tidak terkubur ataupun tidak berkubur. Isu panel kepada bank
tempatan dan antarabangsa serta syarikat-syarikat besar perlu diberi perhatian. Kerajaan
juga dipohon agar dapat menyediakan prasarana bagi membantu firma-firma kecil dan
sederhana agar tidak disisihkan dan diberi peluang untuk maju.
Maka kita berharap agensi-agensi yang berkaitan seperti Bank Negara Malaysia
dapat menyediakan garis panduan tertentu agar firma-firma kecil dan sederhana ini tidak
disisihkan. Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya berhubung dengan pindaan fasal 4 di mana
peguam-peguam asing yang memasuki Malaysia juga adalah tertakluk kepada etika
peguam bela dan peguam cara di Malaysia, serta hendaklah mematuhi semua kaedah-
kaedah dan keputusan Majlis Peguam dan tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib
bagi maksud tindakan disiplin.
Peruntukan ini adalah memastikan profesionalisme bidang guaman ini. Dengan
kemasukan peguam asing dalam industri perkhidmatan guaman, ini memberi cabaran
yang baru kepada Lembaga Tatatertib Majlis Peguam. Jadi wajar sekali diwujudkan garis
panduan yang jelas agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan.
Saya juga ingin mengambil peluang berhubung perkara yang ditimbulkan sekarang ini,
profesionalkah peguam, profesionalkah kita, terutamanya dari segi salah laku
sebagaimana rakan saya utarakan.
DN.7.10.13 50
Saya ingin bertanya berdasarkan rekod, berapakah jumlah kes salah laku di
kalangan peguam yang dicatatkan sejak lima tahun lalu dan apakah tindakan terhadap
mereka yang terlibat? Apakah tindakan yang dilakukan bagi memastikan peguam-
peguam di negara ini kompetitif dan memahami tanggungjawab mereka agar isu salah
laku ini dapat dikawal.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja ringkas dapat saya bahaskan kali ini.
Jadi itu sahaja. Dengan ini saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Tanpa melengahkan
masa saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Saiful Izham bin Ramli, silakan Yang
Berhormat.
12.47 tgh.
Tuan Saiful Izham bin Ramli: Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk turut sama
membahaskan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012. Tuan
Yang di-Pertua, walaupun pindaan yang dilakukan pada kali ini merupakan pindaan yang
kecil yang nampaknya ringkas, akan tetapi kesannya cukupnya mendalam atau signifikan
terhadap profesi ke perguaman negara di Malaysia. Ini khususnya kesannya terhadap
peguam-peguam tempatan dan juga yang mungkin selalu tidak diambil kisah ialah
kesannya terhadap anak-anak guam sendiri.
Dua seksyen yang dipinda ini, satunya secara jelas dalam kehendak pindaan ini
ialah bertujuan untuk membuka ruang liberalisasi terhadap peguam-peguam asing, untuk
datang ke negara ini dan melakukan amalan guaman mereka, seperti mana mereka
lakukan di negara mereka. Persoalan kita ialah apakah mekanisme kawalan? Saya
membaca sepintas lalu dan mohon mendapat pandangan daripada teman-teman,
daripada Majlis Peguam Malaysia. Apa yang jelas di sini ialah walaupun ada Menteri
menegaskan bahawa akan ada kawalannya, akan tetapi pindaan ini tidak memberikan
spesifikasi yang jelas had amalan guaman yang dibenarkan. Adakah ianya tertakluk
hanya kepada konsultasi atau kepada semua bidang termasuk membicarakan soalan
jenayah, perdagangan, perumahan, perbankan dan sebagainya? Tidak ada.
Kalau kita baca secara teliti, tidak ada. Kosong. Bermaksud dia boleh masuk dan
mengamalkan apa sahaja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekarang ini pun
sudah ramai peguam luar masuk ke negara ini, memberikan khidmat nasihat ke
perguaman secara dalam bentuk konsultasi (consultation). Akan tetapi itu tidak termaktub
dalam Akta Profesion Undang-undang ini. Mungkin mereka masuk atas bermacam-
DN.7.10.13 51
macam alasan. Alasan untuk menziarahi, bercuti dan sebagainya. Cuma persoalan kita
ialah kalau tidak tetapkan limitasinya, tidak tetapkan kriterianya, saya yakin liberalisasi
yang keterlaluan ini yang saya yakin seperti mana yang dituntut di TPPA, (Trans Pacific
Partnership Agreement) ini akan merosakkan nilai guaman negara.
■1250
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kalau pelajar undang-undang kita sendiri yang
belajar di luar negara, dia hendak balik menjadi peguam di Malaysia dia kena contohnya
ambil Certificate of Legal Practice (CLP). Dia kena ambil pelbagai peperiksaan, habis dia
periksa dia kena menjadi pupillage selama sembilan bulan, prosesnya panjang.
Walaupun dia pernah mengamalkan di luar negara, balik Malaysia dia kena buat semula.
Kenapa kelebihan ini diberikan kepada peguam asing? Kenapa tidak ada pelonggaran
kepada anak negara ini sendiri untuk mengamalkan undang-undang di negara ini?
Pindaan ini betul. Sedikit sahaja, tidak banyak, kesannya cukup mendalam pada masa
akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua sekarang sudah faham. Sebelum ini kita agak
keliru tentang peranan Majlis Peguam, peranan Akta Profesional Undang-undang ini.
Akta ini mengawal selia segala perilaku dan segala amalan kepeguaman negara. Ianya
termasuk menggalakkan kualiti profesion amalan kepeguaman negara. Kalau tujuan kita
selain daripada liberalisasi, contohnya untuk meningkatkan kualiti amalan guaman negara
ini, kenapa tidak kita tumpukan kepada meningkatkan kualiti pengajaran di universiti-
universiti tempatan?
Sekarang ini saya lihat terlalu banyak kolej swasta yang membuka ruang yang
keterlaluan untuk kursus-kursus undang-undang sehingga kualiti undang-undang yang
dilahirkan itu bagi saya terlalu biasa. Di Lembah Klang sahaja lebih 15,000 orang
peguam. Lembah Klang sahaja, belum lagi seluruh negara. Adakah kita bertujuan di
dalam Sistem Pendidikan Negara menghasilkan lebih ramai peguam atau menghasilkan
peguam yang berkualiti?
Adakah untuk kita menjawab persoalan atau permasalahan kurangnya kualiti
kepeguaman negara, kita bawa masuk peguam asing. Jadi saya rasa kita harus lebih
berhati-hati. Saya mohon Menteri yang terlibat kalau betul-betul kita terpaksa buka ruang
ini kepada peguam luar, kena ada limitasi yang jelas bidang mana, konsultasi
perbankankah? Perdagangan antarabangsakah? Kena ada limitasi. Jangan buka
semua. Bila kita sudah buka semua, hendak tutup balik susah seperti mana amalan
pemilikan hartanah negara ini.
DN.7.10.13 52
Saya rasa di Malaysia ini satu-satunya negara kalau tidak di dunia, di Rantau Asia
Tenggara yang bebas memberikan milikan pada warga asing. Kita bebas menjual tanah
kita kepada warga asing atas dasar amalan liberalisasi. Cuba kita pergi ke Thailand,
boleh tidak kita beli tanah di sana? Cuba kita pergi dekat Indonesia, ke Cambodia, ke
Vietnam? Tidak boleh. Kita terlalu membuka ruang sehingga sampai ke tahap kita
menggadaikan kedaulatan negara. Saya mohon kementerian yang terlibat...
Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh beri peluang?
Tuan Saiful Izham bin Ramli: Silakan.
Dato’ Lim Nget Yoon: Saya agaklah Yang Berhormat agak konservatif dan
negatif. Setujukah Yang Berhormat kalau bukan ada McDonald dan KFC, takkan ada
Marry Brown kita di luar negeri? Itu sahaja.
Tuan Saiful Izham bin Ramli: Yang Berhormat, persoalan McDonald, KFC ini
persoalannya yang tidak ada relevancy sama sekali. Ini persoalan orang nak mai
berniaga dalam negara, kita bagi. Saya bercakap tadi amalan keperguaman, kualitinya
berbeza, tahap pendidikannya berbeza. Kalau Yang Berhormat ada duit hendak buka
Marry Brown di Singapura silakan, tidak ada masalah. Akan tetapi yang kita berbincang
hari ini, meluluskan pindaan yang sekecil ini yang kesannya terlalu mendalam ini, kita
harus fikirkan kesan jangka panjangnya kepada amalan profesi kepeguaman negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sekali lagi kepada Menteri yang terlibat. Kalau
boleh pindalah, letakkan had limitasi yang jelas. Jangan bagi jaminan lagi ke Dewan ini.
Tidak apa, kita luluskan dahulu, selepas itu kita akan buat undang-undang kecil. Benda
ini sudah selalu sangat kita dengar dan akhirnya kita tunggu dan tunggu dan tunggu
sehingga amalan kepeguaman negara ini yang sering menjadi kritikan dalam Dewan yang
mulia ini terus merosot dan dipertikaikan. Saya mohon agar pindaan ini diluluskan
dengan pindaan yang lebih terperinci. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, Yang
Berhormat Puan Khairiah.
12.55 tgh.
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Bismillahi Rahmani Rahim,
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih
kepada Tuan Yang di-Pertua kerana turut membenarkan saya untuk membahaskan
sedikit berkenaan dengan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang ini.
Pertamanya saya menyambut baik pindaan ini memandangkan ia adalah suatu
proses liberalisasi di mana sekiranya kita membuat persiapan yang betul akan
DN.7.10.13 53
memberikan impak yang positif kepada pengamal undang-undang di negara kita. Namun,
sekiranya kita tiada persiapan, kita tidak bersiap siaga, impaknya akan jadi negatif. Jadi,
hari ini saya sekali lagi apa yang telah disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Saiful,
ingin menegaskan agar kerajaan mengkaji, memperkasa dan mensiapsiaga jurusan
undang-undang yang kita tawarkan di Malaysia.
Hari ini banyak institusi pengajian yang menawarkan jurusan undang-undang
tetapi masih terdapat juga kursus-kursus yang ditawarkan oleh pusat-pusat pengajian
tinggi yang masih lagi belum diiktiraf. Itu adalah satu masalah besar yang masih belum
selesai. Apatah lagi bagi memastikan kualiti pelajar undang-undang daripada institusi
pengajian tinggi kita, pengajian swasta kita yang betul-betul bersedia untuk berdepan
dengan liberalisasi perkhidmatan perundangan ini.
Kedua, saya ingin menyarankan di sini agar kerajaan mengenal pasti punca
masalah kenapa di kalangan ramai peguam kita yang mempunyai ijazah perundangan
tetapi masih lagi lemah berbahasa Inggeris? Mungkin perlu ada kajian yang lebih
mendalam berkenaan dengan kelemahan ini. Walaupun kita di dalam mahkamah, di
dalam dokumentasi banyak menggunakan bahasa Melayu secara rasmi tetapi
sebenarnya daripada sudut rujukan, komunikasi banyak sebenarnya bergantung kepada
bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris masih lagi dianggap sebagai suatu bahasa yang
sangat penting dalam bidang perundangan. Akan tetapi hari ini kita lihat ramai di
kalangan pengamal undang-undang kita di Malaysia yang masih lemah berbahasa
Inggeris.
Seterusnya, saya ingin mohon penjelasan daripada kerajaan. Suatu ketika
dahulu, kerajaan ada menyarankan bahawa dibentuk suatu akademik undang-undang.
Jadi apakah perkembangan terkini akademik undang-undang yang dicadangkan oleh
kerajaan?
Seterusnya, bagi memastikan liberalisasi ini mendatangkan manfaat kepada
pengamal undang-undang tempatan, kerajaan perlu memikirkan suatu kaedah atau pun
mekanisme untuk memastikan berlaku transfer of skill, dengan izin. Jadi, kita tidak ingin
10 tahun ke hadapan skil-skil yang dimiliki oleh peguam-peguam asing ini, contohnya
kemahiran daripada sudut corporate law, kemahiran daripada sudut international law, kita
hanya menjadi pengguna sedangkan tidak berlaku sebarang transformation of skill. Jadi,
di sebalik kita menerima liberalisasi ini perlu ada mekanisme, perlu ada cara agar dalam
tempoh lima tahun, sepuluh tahun...
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ...
DN.7.10.13 54
Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Saya hendak habis dah. Ini point terakhir.
Dalam tempoh lima tahun, sepuluh tahun berlaku transfer of skill ini. Jadi, saya akhiri,
sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Memandangkan masa
kita sekarang tepat pukul 1 tengah hari, maka kita akan minta Menteri menjawab sebelah
petang Yang Berhormat Menteri ya? Dengan itu saya tangguhkan Dewan ini sekarang.
Kita akan sambung balik jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
2.32 ptg.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita mulakan Mesyuarat kita
semula pada petang ini dan setelah membahaskan dalam rang undang-undang tadi
kerana tidak ada lagi saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Sebelum itu Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang
Berhormat Dewan Negara untuk masuk dalam Dewan dan tentukan Yang Berhormat
semua mengambil bahagian kerana inilah masanya Yang Berhormat untuk berbahas dan
rang undang-undang ini penting. Sebelum undang-undang itu diluluskan Yang
Berhormatlah yang bertanggungjawab. Kalau sekiranya Yang Berhormat tidak mengambil
bahagian, itulah fasal sudah cakap daripada awal tadi, jangan anggap Dewan ini sebagai
rubber-stamp. Itu saya hendak ingatkan dengan serius dan beritahu semua kawan-
kawan, siapa hendak keluar, beritahu saya dahulu dan saya akan pertimbangkan.
Sekarang saya silakan Yang Berhormat Menteri.
2.33 ptg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima
kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian
dalam berbahas pada sebelah pagi tadi dengan dua celahan daripada dua Ahli Yang
Berhormat Senator.
Sebelum saya mulakan jawapan penggulungan ini, izinkan saya untuk
memberikan kembali sedikit sejarah kepada pindaan yang dicadangkan. Pertama, akta ini
DN.7.10.13 55
telah pun digubal di Parlimen dan telah pun diluluskan pada 9 Julai 2012. Akta ini juga
telah pun diperkenankan Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong pada 5 September.
Sebelum proses itu berlaku, satu siri konsultasi bersama Majlis Peguam telah pun
diadakan di antara pihak Jabatan Peguam Negara dan juga Majlis Peguam bagi meneliti
tentang keperluan untuk kita mengadakan liberalisasi perkhidmatan guaman bagi
membolehkan peguam luar negara menjalankan amalan guaman di negara kita Malaysia.
Maknanya kesemua ini telah melalui satu proses perbahasan yang sangat
panjang, yang mana sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator terlibat
dalam mengemukakan pandangan sebelum kita laksanakan. Cumanya, seperti yang saya
nyatakan awal tadi akta ini tidak dikuatkuasakan lagi kerana Majlis Peguam dan juga
Peguam Negara berpandangan bahawa akta ini hanya akan dikuatkuasakan serentak
dengan pindaan yang dikemukakan tadi bersama dengan satu lagi pindaan yang bakal
insya-Allah akan saya kemukakan ke Dewan ini.
Jadi maknanya, perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi
adalah juga menjadi pertimbangan kerajaan dan mengambil sempena hasrat yang sama
kita cuba untuk mengetatkan lagi usaha liberalisasi amalan guaman di dalam negara kita.
Yang Berhormat-Yang Berhormat telah menyatakan pelbagai perkara dan suka saya
nyatakan bahawa Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah memberi
penekanan kepada beberapa sektor. Sebenarnya saya mulakan dahulu jawapan ini,
mungkin boleh membantu.
Pertamanya, mana-mana peguam daripada luar yang ingin terlibat di dalam
sektor-sektor yang telah dibetulkan tidak boleh, tidak boleh merangkumi perkara-perkara
berikut:
(i) perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang
perlembagaan;
(ii) berkaitan pemindahan hak milik hartanah;
(iii) undang-undang berkaitan dengan jenayah;
(iv) undang-undang berkaitan keluarga;
(v) undang-undang perwarisan;
(vi) undang-undang amanah; dan
(vii) perbankan komersial termasuk menghadirkan diri dan merayu
sebagai peguam bela atau peguam cara di hadapan mana-mana
mahkamah keadilan di Malaysia dan menghadirkan diri dan merayu
sebagai peguam bela atau peguam cara di hadapan mana-mana
badan separa kehakiman atau tribunal di Malaysia.
DN.7.10.13 56
Maknanya, kenyataan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Syed
Shahir bin Syed Mohamud tentang penggunaan bahasa di mahkamah. Saya suka
menyatakan bahawa kita tidak perlu untuk memberikan kelas bahasa Melayu untuk
peguam-peguam luar ini kerana mereka tidak perlu atau tidak boleh hadir di mahkamah
kita. Akan tetapi di dalam nafas yang sama, saya rasa Peguam Negara kita pun ramai
yang tidak boleh berbahasa Melayu. Walaupun dia rakyat negara ini, patut yang ini pergi
kelas dahulu daripada kita hendak ajar orang luar. Di mahkamah, masih ramai peguam
kita tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, masih menggunakan bahasa Inggeris.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed
mengatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan peguam sangat lemah.
Saya pun kadang-kadang keliru. Satu, hendak suruh kita cakap bahasa Melayu. Satu,
hendak suruh kita cakap bahasa Inggeris tetapi saya serahkan kepada Ahli Yang
Berhormat, yang penting peguam luar ini tidak boleh menghadirkan diri atau
mengendalikan perkara-perkara di mahkamah. Serupa juga apa yang dibangkitkan oleh
Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Noriah binti Mahat yang mengatakan bahawa 60
hari itu terlalu singkat untuk peguam menyelesaikan masalah mahkamah. Itu pun tidak
timbul sebab mereka tidak boleh menghadirkan diri ke mahkamah.
Kemudiannya, ada juga mengatakan tentang apakah kriteria-kriteria sebagai satu
protection, perlindungan kepada syarikat-syarikat firma guaman kita. Ada juga
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Syed Shahir juga. Saya hendak beritahu
dalam akta yang dipinda, yang saya sebut yang diluluskan oleh Parlimen pada 9 Julai dan
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 5 September. Ada disebut di bawah
perkara 40G yang mana kuasa diberikan kepada Majlis Peguam untuk menentukan
kriteria-kriteria sewaktu mereka memohon. Kalau boleh saya kongsi dalam Dewan ini, di
dalam laman web Bar Council sudah pun ada dinyatakan di situ, dibuat sendiri oleh Bar
Council, kalau boleh saya baca, dengan izin, “However only up to five QFLF licenses will
be granted”.
Maknanya buat masa ini hanya lima syarikat sahaja yang akan dipertimbangkan
oleh Bar Council, jadi isu overcrowded dari segi melindungi firma dalam negara kita itu
insya-Allah akan dapat dielakkan. Itu pun lima, mungkin satu, mungkin dua dan seperti
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang berbahas tadi, sememangnya buat masa ini
satu daripada bidang yang kita harap dapat disertai oleh syarikat guaman asing adalah
mengenai international financial iaitu sistem perbankan kewangan Islam. Maknanya kalau
tidak ada, itu pun kalau tidak ada kemahiran di dalam negara Bar Council boleh
membenarkan syarikat daripada luar untuk terlibat dalam amalan guaman di negara kita.
DN.7.10.13 57
■ 1440
Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan tentang sama ada syarikat negara
kita boleh ke luar negara, pada saya perkara itu tidak timbul bergantung kepada undang-
undang di negara berkenaan. Kalau kita sudah mampu untuk mengeksport perkhidmatan
guaman ke negara luar dan negara itu mempunyai undang-undang untuk membolehkan
syarikat peguam kita beroperasi di sana, maka memang sangat-sangat kita alu-alukan.
Oleh sebab itu, apa yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat, saya
hendak memetik celahan Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon yang
mengatakan bahawa Marrybrown antara satu hasil kerana mungkin rakyat negara kita
tidak terfikir hendak buat restoran seperti itu jika kita tidak pernah membawa masuk
McDonalds dan Kentucky Fried Chicken. Maknanya dalam operasi ini sudah tentu ada
transfer of skills ataupun transfer of experiences, dengan izin, yang membolehkan
syarikat-syarikat dalam negara kita untuk mengambil sedikit manfaat. Oleh sebab itu
bukan kita tidak bagus, kadang-kadang kita tidak dapat lihat satu operasi yang lebih baik
sehinggalah kita membuka mata. Zaman dahulu kita hendak jalan susah, tetapi dapat
tengok depan mata kita ada satu francais yang sangat berjaya dan akhirnya dapat
mengeluarkan produk-produk tempatan sehingga kita boleh eksport ke luar.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya fly in, fly out yang disebutkan tadi
dalam sektor perkhidmatan, dalam dunia tanpa sempadan hari ini, sebuah syarikat
peguam tidak perlu untuk fly in, fly out. Dia boleh duduk di Kuala Lumpur dan minta satu
rekomendasi daripada sebuah syarikat daripada London, daripada luar negara dan ini
sedang berlaku. Akan tetapi dengan adanya akta ini, kita boleh mengehadkan satu aktiviti
yang berlaku yang menjadi kesalahan sebenarnya untuk kita ambil tindakan. Sebab itu
kalau kita tidak ada pun akta ini, kita bukan bawa masuk produk. Maknanya kita bawa
masuk rempah, kita bawa masuk kereta kain dan sebagainya. Ini adalah perkhidmatan.
Tidak perlu untuk mereka datang ke negara kita untuk memberi perkhidmatan
tentang satu-satu nasihat guaman. Akan tetapi, dengan adanya akta ini pertama kita
boleh kenakan tindakan jika ia berlaku. Kedua, ia perlu beroperasi selama 60 hari.
Bawalah seramai mana pun ahli pasukan guaman, tetapi negara mendapat manfaat,
benda itu menjadi sah di sisi undang-undang. Keduanya dia terpaksa duduk dalam
negara kita untuk menyelesaikan tugasan tersebut yang pada saya dapat memberi
limpahan ataupun manfaat dalam sektor-sektor yang berlainan.
Untuk makluman Yang Berhormat, satu perkara lagi yang ingin saya nyatakan di
sini ialah mengenai akta ini untuk kita buat sebagai garis panduan jelas dan ianya dilantik
oleh satu jawatankuasa yang kalau boleh kita rujuk tidak ada pindaan yang dibuat tetapi
DN.7.10.13 58
ada dalam pindaan awal iaitu jawatankuasa pemilih ini mengandungi Peguam Negara,
Yang di-Pertua Bar Malaysia iaitu Majlis Peguam, seorang yang akan dilantik Peguam
Negara daripada sektor awam dan dua orang ahli bar Malaysia yang menjalankan amalan
dalam bidang amalan yang dibenarkan.
Jadi perkara-perkara ini sebenarnya ada satu jawatankuasa pemilih yang
mengandungi pelbagai kepakaran. Ini semua adalah untuk memberi perlindungan kepada
aktiviti guaman dan juga seterusnya dapat kita melindungi syarikat-syarikat firma
tempatan selain daripada mengharapkan berlakunya transfer of skills seperti yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah yang bertanyakan sama
ada akan berlaku atau tidak.
Untuk perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah
binti Mahat tentang kes salah laku peguam dalam tempoh lima tahun, saya mohon untuk
kita kemukakan secara bertulis kerana bahan tentang tindakan yang diambil kepada
mana-mana firma atau peguam ada bersama Bar Council. Ini tidak dimiliki di peringkat
kerajaan kerana Legal Profesion Act ini, dengan izin, adalah dikendalikan hampir
sepenuhnya oleh Majlis Peguam kita. Ada statistik itu, cuma saya perlukan tempoh dan
saya sampaikan kepada Yang Berhormat Senator.
Tuan Saiful Izham bin Ramli: Terima kasih Timbalan Menteri. Ada beberapa
perkara yang ingin saya bangkitkan semula sekarang ini. Pertama yang sebentar tadi
tentang persoalan tindakan disiplin kerana klausa yang dipinda ini hanya menyentuh
sepintas lalu tentang tindakan disiplin terhadap peguam luar yang dibenarkan beramal di
Malaysia tetapi tidak ada jaminan yang jelas terhadap anak guam yang teraniaya akibat
amalan salah laku peguam tersebut seperti ini. Kita minta satu garis panduan yang jelas
tentang persoalan itu kerana mereka boleh masuk dalam 60 hari, selepas buat kerja,
keluar dan tidak ada lagi perkara yang mereka dengan undang-undang negara ini.
Kedua, sekarang ini pun syarikat-syarikat antarabangsa yang masuk ke dalam
negara ini berurusan terutamanya dalam bidang komersial. Kalau kita sedar atau tidak,
perkara dalam perjanjian yang mereka tetapkan ialah sekiranya berlaku sebarang
pertikaian berbentuk komersial berkaitan dengan undang-undang yang diikat dengan
syarikat tempatan, pertikaian itu sama ada dalam bentuk arbitrary ataupun tindakan
undang-undang tidak pernah boleh dirujuk di negara ini. Sebaliknya ditetapkan untuk
dirujuk di negara luar khususnya negara Singapura.
Adakah pindahan seperti ini sebenarnya nanti akan menyebabkan amalan ini terus
berleluasa kerana kemasukan peguam luar membantu syarikat antarabangsa ini terus
DN.7.10.13 59
memberikan imbangan pandangan undang-undang yang tidak seimbang. Seperti mana,
sekarang ini pun sudah berlaku seperti itu, tetapi ianya dalam bentuk consultation.
Ketiga, adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan juga satu klausa khas
seperti dalam bentuk timbal balas atau reciprocal dengan negara-negara asal peguam
asing yang kita benarkan beramal di negara Malaysia. Contohnya kita benarkan peguam
dari Australia, dari Singapura, dari negara-negara Komanwel datang beramal di sini
dengan pindaan undang-undang seperti ini. Akan tetapi, kita tidak mengikat negara
tersebut untuk membenarkan peguam kita beramal di sana. Seolah-olah kita membuka
pintu kita tetapi kita bagi orang masuk rumah kita, kita hendak pergi rumah dia tidak
boleh. Tidak berlaku keadilan kepada peguam tempatan yang ramai di antaranya
mempunyai kepakaran jika tidak setara malah lebih daripada itu.
Jadi perlu ada jaminan ini. Kita mahu berlaku aliran kemahiran, aliran skill yang
kononnya tidak ada di negara ini. Akan tetapi, perkara yang sama harus dibuka ruang
kepada peguam di Malaysia untuk membolehkan mereka beramal di sana. Sekarang ini
terlalu banyak halangan undang-undang di negara-negara tersebut untuk menghalang
peguam kita beramal di sana. Perkara ini kalau boleh kerajaan dapat memberikan kita
jaminan. Ada ditunjukkan klausa timbal balas, reciproca l- kamu boleh beramal di
Malaysia tetapi peguam Malaysia juga boleh bermula di negara kamu. Minta penjelasan,
terima kasih.
Dato' Razali bin Haji Ibrahim: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama dari
segi tindakan yang boleh diambil. Segala pematuhan, perlanggaran adalah terpakai
kepada sesiapa juga. Asal sahaja dia membuat operasi di negara kita. Tidak ada yang
terkecuali, maknanya segala pertikaian yang timbul dari segi kecuaian ataupun apa juga
perkara, mana-mana undang-undang yang termaktub di negara kita terpakai. Maknanya
dia bukan orang asing, dia bebas untuk melakukan apa sahaja. Keduanya dari segi
ditanya tentang... [Disampuk]
Tuan Saiful Izham bin Ramli: Maaf Yang Berhormat, maksud saya tentang salah
laku negligence. Negligence ini selalunya kita dapat cari selepas dia buat kerja. Baru
hendak guam sedar berlaku negligence. Akan tetapi apabila dia balik ke negara dia, kita
hendak ambil tindakan undang-undang ke atas dia macam mana?
Dato' Razali bin Haji Ibrahim: Dia ada jurisdictionkan? Makna mana pun dia
duduk, kita boleh panggillah. Oleh sebab dia kena daftar untuk dia beroperasi di sini, dia
kena mohon, dia kena dapat lesen dan lesen itu dikeluarkan oleh Bar Council. Dia
baliklah mana pun. Oleh sebab itu dari segi kalau peguam dia ada indemnity, dia ada
insurans yang perlu dikenakan.
DN.7.10.13 60
Kalau dia syarikat kecil tidak ambil insurans besar, tidak banyaklah dia punya
indemnity. Akan tetapi, saya rasa ada dalam ini cumanya Yang Berhormat jangan rujuk
akta yang dua helai ini. Ini pindaan kepada untuk kita mantapkan pindaan tahun 2012
yang telah pun dibincangkan panjang lebar. Kalau saya baca balik yang ini, nanti panjang
kita punya jawapan. Ada dalam ini. Oleh sebab itu, saya diberitahu selain daripada
pindaan yang dibuat kepada mana-mana practitioner luar, dia punya permohonan sama.
■1450
Dia kena datang ke Malaysia mohon kepada Bar Council. Waktu Yang Berhormat
belum masuk ke dalam saya pun sudah beritahu Bar Council sudah pun membuat satu
pengiklanan kepada mana-mana yang berminat boleh mohon melalui website Bar Council
dan dia tetapkan buat masa ini hanya lima syarikat. Jadi kita jangan samakan akta ini
dengan world trade punya perjanjian. Itu yang pertama. Maknanya apa juga kesalahan,
katakanlah syarikat itu didapati melakukan kecuaian sepuluh tahun daripada sekarang
tiba-tiba dia sudah tutup. Sama juga undang-undang yang ada dalam negara kita ini boleh
guna bawa dia ke sini. Kalau sudah tutup whining up. Whining up di sini pun kalau ada
syarikat whining up kita pun tidak boleh buat apa. Maknanya protection dari segi
perjalanan amalan undang-undang itu sama cumanya dia daripada luar tetapi
permohonan untuk mendapatkan lesen untuk menjalankan amalan guaman masih sama
macam syarikat dalam negara kita ataupun firma dalam negara kita mohon dengan Bar
Council.
Tentang arbitrasi ataupun timbang tara dari segi kita dibawa keluar dan
sebagainya saya tidak tahu Yang Berhormat belum baca atau Yang Berhormat awal
sangat. Itu nanti rang undang-undang kedua. Kalau saya jawab di sini nanti tidak payah
saya bentang yang itu pula. Ada rang undang-undang lepas ini yang bercakap tentang
timbang tara yang boleh kalau saya sebut hanya satu pindaan dalam rang undang-
undang tersebut, ia tidak boleh bawa kes-kes timbang tara keluar. Sebelum ini kita hanya
pakai satu leading case sebagai precedence.
Maknanya tidak boleh bawa keluar atas kes yang telah diputuskan pada tahun
1990 tapi sebab kita tengah buat pindaan ini pihak kerajaan berbincang dengan Bar
Council merasakan bahawa lebih baik kita terus buat pindaan secara statut bahawa
memang tidak boleh. Maknanya ini untuk menjaga kedaulatan undang-undang kita hanya
kerana ada foreign elements dia hendak bawa semua pertikaian kita ke satu timbang tara
di luar tapi kita akan buat pindaan lepas ini. Ada lagi dua helai kertas sama macam itu
juga tapi lepas ini.
DN.7.10.13 61
Yang ketiga tentang reciprocal ini bukan fasal maknanya reciprocal kita
hendakkan orang mesti bagi kita peluang. Sebenarnya disebut tadi ada Ahli Yang
Berhormat juga sebut perkara ini terlalu spesifik peringkat awalnya iaitu mengenai sistem
kewangan Islam yang mana kita antara sebuah negara yang cukup terkedepan dari segi
tersebut dan kita mahukan kepakaran luar dari segi khidmat undang-undang untuk
membantu memperkemaskan contoh macam sistem sukuk. Maknanya tidak timbul kita
buat ini kerana kita hendak negara tersebut memberi peluang kepada kita.
Namun begitu seperti yang saya jawab di awal tadi mana-mana firma guaman kita
yang ingin beroperasi di luar boleh berbuat demikian jika undang-undang negara
berkenaan membenarkannya. Seperti kita Yang Berhormat, kita tidak mahu orang luar
tentukan undang-undang kita. Hanya kerana dia memberi kelonggaran, dia kata you
hendak, you pun kena buat. Tidak, kita pun ada pertimbangan kita sebagaimana kita
hendak orang hormat kedaulatan undang-undang kita saya percaya kita tidak boleh
hendak bagi tahu untuk membuka hanya kerana services ataupun pindaan yang kita buat.
Sebenarnya ini lebih kepada beberapa sektor yang memerlukan kepakaran luar
jika tidak ada. Sebab itu saya beritahu awal tadi perkara ini sangat mustahak sebenarnya
selepas kita bincang panjang lebar dengan majlis peguam sebagai badan yang menjaga
kerukunan, peraturan dan juga kepentingan ahli-ahlinya yang telah pun memberi
persetujuan kepada hasrat bagi kita meminda dengan syarat-syarat yang telah saya
nyatakan tadi. Sebagai spesifik kepada perkara tersebut, Singapura dan Australia ada
peruntukan dalam perundangan yang membenarkan peguam asing beramal di negara
mereka, seperti Yang Berhormat tanyakan tadi.
Jadi Tuan Yang di-Pertua itu antara perkara yang berkaitan yang pada saya insya-
Allah dapat memberi sedikit pencerahan tentang hasrat untuk kita meminda sebagai
tambahan kepada perkara yang telah pun kita luluskan pada tahun 2012 itu bagi
dikuatkuasakan, menanti kepada kedua-dua pindaan yang pada saya kecil yang juga
disebut oleh Ahli Yang Berhormat tapi hasratnya kerana kita hendak memastikan sebelum
dikuatkuasakan, semua perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu dapat
kita sediakan peraturan-peraturan. Ini supaya tidak ada pihak-pihak yang kerugian apatah
lagi memberikan kesempitan persaingan kepada firma-firma guaman tempatan.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat
yang telah bersama-sama memberikan pandangan. Saya percaya semua itu adalah untuk
kita menambah baik hasrat melihat sektor perkhidmatan guaman dalam negara kita terus
berkembang dan dihormati. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
DN.7.10.13 62
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat telah pun
memberi penjelasan dan sekarang semua Ahli Yang Berhormat telah sedia maklum.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi
diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang
kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan
sebagai Jawatankuasa]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
[Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-
undang]
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang
ketiga dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua: Sebelum kita pergi ke agenda seterusnya saya ingin
menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat ada satu lagi rang undang-undang yang
berkaitan akan dibacakan selepas ini. Saya harap Ahli Yang Berhormat ambil bahagian.
Sila suarakan pendapat Yang Berhormat untuk dirakamkan dalam Hansard. Inilah
masanya Yang Berhormat untuk memberi pendapat dan pandangan Yang Berhormat.
Sekarang tanpa berlengah lagi saya silakan Setiausaha.
DN.7.10.13 63
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2013
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
2.58 ptg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Ibrahim]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Profesion
Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, pada dasarnya cadangan pindaan tambahan kepada Akta
166 ini adalah untuk mengecualikan sektor perkhidmatan perundangan yang melibatkan
prosiding timbang tara di Malaysia daripada pemakaian Akta 166 dan bertujuan untuk
mencerminkan perkembangan semasa di dalam sektor perkhidmatan timbang tara di
Malaysia memandangkan sektor perkhidmatan undang-undang ini adalah salah satu
sektor yang lazimnya digunakan sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif.
Untuk makluman Dewan yang mulia, ini asas cadangan pindaan tambahan ini
adalah memandangkan secara umumnya Akta 166 tidak memperuntukkan dengan jelas
bahawa perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding timbang tara adalah
terkecuali daripada peruntukan-peruntukan lain yang terpakai kepada peguam di bawah
Akta 166 tersebut. Selain itu, selaras dengan Bahagian IVA, Akta A1444 berkenaan
kemasukan peguam asing ke Semenanjung Malaysia, peruntukan lain di bawah Akta 166
perlulah dipinda bagi menarik lebih ramai peguam asing untuk menjalankan amalan di
Malaysia.
■1500
Sehubungan itu, sektor perkhidmatan perundangan yang melibatkan prosiding
timbang tara merupakan salah satu sektor yang telah dikenal pasti akan menarik minat
peguam asing untuk menjalankan amalan mereka di Malaysia.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, cadangan kepada pindaan tambahan
ini akan melibatkan kemasukan seksyen baru di bawah Akta 166 iaitu seksyen 37A
seperti yang dinyatakan di bawah fasal 2 bagi mengecualikan pemakaian peruntukan di
bawah Akta 166 tersebut kepada peguam tempatan atau asing yang memberi
perkhidmatan perundangan berkaitan dengan prosiding timbang tara.
Melalui cadangan untuk memasukkan seksyen 37A yang baru ini, adalah jelas
bahawa syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan di bawah seksyen 36 dan seksyen 37
Akta 166 tidak akan terpakai kepada kategori berikut:
(i) penimbang tara di dalam prosiding timbang tara;
DN.7.10.13 64
(ii) wakil bagi mana-mana pihak di dalam prosiding timbang tara; dan
(iii) seseorang yang memberi nasihat, menyediakan dokumen dan lain-
lain perkhidmatan yang melibatkan prosiding timbang tara kecuali
prosiding mahkamah yang melibatkan prosiding timbang tara.
Seterusnya adalah dicadangkan di bawah Fasal 3 supaya seksyen 38 dipinda iaitu
dengan mengeluarkan rujukan mengenai prosiding timbang tara di bawah perenggan
(1)(f) dalam skop seksyen 38 yang mengecualikan pemakaian larangan di bawah seksyen
37 [Akta 166]. Pengeluaran perenggan (1)(f) ini dibuat berdasarkan kemasukan seksyen
baru 37A yang secara khususnya memperuntukkan bahawa seksyen 36 dan seksyen 37
[Akta 166] tersebut tidak terpakai bagi prosiding timbang tara. Berdasarkan fakta-fakta
yang saya kemukakan tadi, adalah jelas bahawa pindaan tambahan kepada Akta
Profesion Undang-undang adalah satu keputusan yang wajar dan selaras dengan
peredaran dan keperluan masa kini. Pindaan ini merupakan satu langkah positif yang
akan memantapkan sektor perkhidmatan perundangan timbang tara khususnya dan
sektor perkhidmatan negara amnya, seterusnya meletakkan sektor perkhidmatan
perundangan timbang tara Malaysia setanding dengan sektor perkhidmatan timbang tara
di negara lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy
Ponnusamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di
hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta
Profesion Undang-undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk
dibahaskan.
Sebelum Yang Berhormat mula, siapa-siapa hendak berbahas, sila kemukakan
nama-nama untuk senang saya buat peruntukan masa jikalau ada. Ada sesiapa?
[Tiada perbahasan]
Tuan Yang di-Pertua: Kalau tidak ada, saya persilakan Yang Berhormat Menteri,
sila beri jawapan.
3.03 ptg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Ibrahim]:
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
DN.7.10.13 65
Saya hendak ucap terima kasih juga kepada Yang Berhormat Senator yang tanya
fasal timbang tara. Jadi bila saya bentang itu nampak terus jelas. Saya rasa hasratnya
untuk kita memastikan tidak ada lagi satu prosiding timbang tara dibawa keluar apabila
berkaitan dengan urusan dalam negara kita. Justeru itu, saya mengucapkan banyak
terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah begitu mengambil berat
dan terlibat dalam perbahasan meluluskan rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat,
sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah
bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan
sebagai Jawatankuasa]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
[Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-
undang]
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang
ketiga dan diluluskan]
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2013) 2013
Bacaan Kali Yang Kedua
3.06 ptg.
Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang
di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta
bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk
perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2013 dan bagi
memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian
tahun ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
DN.7.10.13 66
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan anggaran perbelanjaan mengurus tambahan
pertama 2013 ini adalah dibentangkan menurut Perkara 100 dan 101, Perlembagaan
Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak
diperuntukkan atau terkurang diperuntukkan dalam Bajet 2013 yang telah diluluskan
terdahulu oleh Dewan yang mulia ini. Jumlah anggaran perbelanjaan mengurus tambahan
pertama 2013 yang dibentangkan ini sebanyak RM15,014,000,000 atau RM15.014 bilion
adalah seperti pecahan berikut. Sebanyak RM14,125.4 juta adalah untuk membiayai
perbelanjaan bekalan yang termasuk dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan
2013 dan bakinya sebanyak RM888.5 juta bagi tambahan perbelanjaan tanggungan.
Tambahan peruntukan sebanyak RM14,125.6 juta yang termasuk dalam Rang
Undang-undang Perbekalan Tambahan ini adalah untuk maksud-maksud di bawah
perbelanjaan bekalan seperti berikut.
Sebanyak RM11,853.4 juta untuk Maksud B.11 - Perkhidmatan Am
Perbendaharaan yang melibatkan sebahagian besar untuk pembayaran tuntutan subsidi
barangan petroleum tahun 2013 serta menampung keperluan tambahan bagi emolumen
selaras dengan keputusan kerajaan mengumumkan penambahbaikan Skim Perkhidmatan
Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan skim-skim awam lain serta KGT di
awalkan pada bulan Julai 2013. KGT itu adalah kenaikan gaji tahunan.
Sebanyak RM606.9 juta untuk Maksud B.10 - Perbendaharaan yang melibatkan
keperluan tambahan emolumen, bayaran lesen perisian dan sewaan talian bagi Lembaga
Hasil Dalam Negeri.
Sebanyak RM322.8 juta, Maksud B.41 – Kementerian Pendidikan untuk
menampung keperluan tambahan bagi penyelenggaraan gaji pegawai dan kakitangan
kontrak, elaun murid berkeperluan khas, perkhidmatan pembersihan kawasan dan
kawalan keselamatan, pelaksanaan program-program serta kos operasi yang lain.
Sebanyak RM300 juta untuk Maksud B.42 – Kementerian Kesihatan untuk
menampung kekurangan bekalan ubat, consumables dan vaksin serta kekurangan
bekalan pakaian seragam.
Sebanyak RM298.2 juta untuk Maksud B.7 – Jabatan Perkhidmatan Awam dan
sebahagian besarnya iaitu RM195 juta adalah menampung bantuan khas kewangan
tahun 2013 kepada pesara dan keperluan tambahan perbelanjaan biasiswa dalam dan
luar negara bagi tahun 2013.
Sebanyak RM239 juta untuk Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan dan
sebahagian besarnya adalah bagi membiayai perbelanjaan semasa OPS Daulat dan
keperluan tambahan bagi kos operasi.
DN.7.10.13 67
Sebanyak RM205.1 juta untuk Maksud B.62 – Kementerian Dalam Negeri dan
sebahagian besar adalah bagi menampung keperluan tambahan untuk operasi Eastern
Sabah Security Command dengan izin, ESSCOM dan kos-kos operasi yang lain.
■1510
Selain daripada itu, tambahan ini juga melibatkan peruntukan bagi kementerian-
kementerian yang berikut:
(i) sebanyak RM126.7 juta untuk maksud B.48 – Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
(ii) sebanyak RM62.7 juta untuk Maksud B.06 – Jabatan Perdana
Menteri;
(iii) sebanyak RM37 juta untuk Maksud B.45 – Kementerian Belia dan
Sukan;
(iv) sebanyak RM31.1 juta untuk Maksud B.27 – Kementerian Kerja
Raya;
(v) sebanyak RM28 juta untuk Maksud B.46 – Kementerian Sumber
Manusia;
(vi) sebanyak RM6.7 juta untuk Maksud B.9 –Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia;
(vii) sebanyak RM3.6 juta untuk Maksud B.30 – Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi;
(viii) sebanyak RM3 juta untuk Maksud B.29 – Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air; dan
(ix) sebanyak RM1.4 juta untuk maksud B.1 – Parlimen.
Tambahan peruntukan sebanyak RM888.5 juta adalah untuk Maksud-maksud di
bawah perbelanjaan tanggungan seperti berikut:
(i) sebanyak RM800 juta untuk Maksud T.14 – Pencen, Elaun
Bersara dan Ganjaran Bagi Membiayai Keperluan Tambahan
Pembayaran Pencen, Ganjaran dan Gantian Cuti Rehat Pesara
tahun 2013;
(ii) sebanyak RM88 juta untuk Maksud T.12 – Perbendaharaan bagi
Membiayai Kekurangan Peruntukan bagi Bayaran Tuntutan dan
Pampasan atas Perintah Mahkamah; dan
DN.7.10.13 68
(iii) sebanyak RM0.5 juta untuk Maksud T.11 – Suruhanjaya Pasukan
Polis bagi membiayai Kenaikan Elaun Ahli Suruhanjaya Pasukan
Polis.
Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan
tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2013 adalah
seperti dalam Penyata Anggaran Tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah
24, tahun 2013 dan memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas
Perintah 24A, tahun 2013. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ada siapa yang
menyokong?
Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat
masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi
menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan
tambahan bagi perkhidmatan tahun 2013, dan bagi memperuntukkan wang itu untuk
maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan
terbuka untuk dibahaskan.
Sebelum Yang Berhormat mulakan perbahasaan ini, saya ingin beri sedikit
panduan kepada semua Yang Berhormat. Ini ialah masanya bagi Yang Berhormat
termasuk yang baru-baru dilantik juga untuk memberi pandangan dan membahaskan
peruntukan ini bergantung kepada yang tersebut kementerian-kementerian tadi. Saya
harap Yang Berhormat, saya hanya menerima satu nama sahaja sekarang. Kalau boleh
Yang Berhormat saya kira boleh melibatkan diri untuk membahaskan apa sahaja yang
difikir patut, membina untuk kebaikan negara kita.
Sekarang saya persilakan yang pertama sekali Yang Berhormat Dato’ Syed
Ibrahim bin Kader. Dipersilakan Yang Berhormat.
3.13 ptg.
Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih kerana memberikan saya ruang
untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 di Dewan
yang mulia ini. Tanpa membuang masa saya ingin merujuk kepada Butiran B.6 – Jabatan
Perdana Menteri yang bernilai RM62,700,000.
Pertama saya ingin menjelaskan mengenai peruntukan tambahan berkaitan
dengan TV AlHijrah di mana setelah diteliti didapati kerajaan sering membantu TV
DN.7.10.13 69
AlHijrah dalam setiap perbekalan dalam peruntukan tahunan sejak penubuhannya.
Persoalannya adalah apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh TV AlHijrah dalam
merangka satu pelan tindakan agar ianya tidak membebankan kerajaan dalam urusan
pentadbiran dan pengurusan kerana ianya mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi
jika dirancang dengan baik. Jadi saya fikir sudah tentulah ada unsur-unsur, sumber-
sumber pendapatan yang boleh diperoleh jika satu perancangan yang holistik dapat
dipraktikkan dan ianya tidak akan lagi membebankan tanggungan kerajaan.
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan
TV AlHijrah mengenai program-program yang disiarkan. Apakah kerajaan mempunyai
statistik mengenai peminat TV AlHijrah dan berapakah jumlah penonton yang mengikuti
program yang disiarkan? Saya juga ingin sarankan agar yang dilihat kesesuaian dengan
masalah fahaman-fahaman antara Ahli Sunah Waljamaah dengan SIA. Maka kita kena
banyak menerangkan dalam TV AlHijrah kerana kesilapan ataupun fahaman-fahaman
tersebut kadang-kadang boleh menyebabkan perbalahan antara keluarga, antara ibu
bapa dengan anak dan sebagainya. Maka belanja yang besar ini biarlah pulangannya
kepada masyarakat besar juga. Saya juga ingin sarankan agar satu program dikhaskan
kepada saudara baru mengikut kaum dan bahasanya agar kefahaman agama Islam yang
dilihat indah ini dapat diserap dan dipahat dengan lebih mendalam dan dapat dihayati
dengan sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 05000 dan juga
Butiran 42000 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pertama, saya ingin membawa
perhatian Dewan kepada Maksud B.9 berhubung peruntukan tambahan yang diadangkan
untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berjumlah RM6.6 juta. Tuan Yang di-
Pertua, bagi saya jumlah yang diperuntukkan untuk SPRM adalah terlalu kecil jika
dibandingkan dengan usaha kerajaan untuk memerangi rasuah. Hanya berapa hari yang
lalu kita teliti kenyataan Perdana Menteri di San Francisco bahawa cita-cita beliau ialah
untuk melihat masa depan tanpa rasuah.
Persoalan saya, sekiranya inilah aspirasi Perdana Menteri, apakah peruntukan
RM6.6 juta ini sudah cukup untuk memenuhi matlamat masa depan tanpa rasuah? Bagi
saya slogan dan etika ini sudah cukup untuk memerangi rasuah. Ianya harus
diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan satu usaha yang menyeluruh bagi memastikan
SPRM itu benar-benar menjadi satu badan yang dibawa, bebas dan dapat bertindak
dalam usaha kita untuk memerangi rasuah. Saya hendak tegaskan sebab itu kita balik
kepada butiran yang saya nyatakan tadi dalam usaha memerangi rasuah ini ianya adalah
usaha bersama. Ia bukan sahaja SPRM, bukan sahaja kerajaan, parti-parti politik tetapi
DN.7.10.13 70
seluruh rakyat itu harus digalakkan kesedaran mereka untuk melihat betapa pentingnya
usaha perangi rasuah.
Sehubungan itu, saya ingin menyarankan kepada kerajaan supaya SPRM ini
diberikan satu peruntukan yang cukup munasabah bagi mereka membentuk suruhanjaya
perkhidmatan mereka sendiri agar mereka dapat melantik dan memecat mana-mana
pegawai di dalam SPRM dalam menjalankan tugas mereka. Maka kalau ini dilakukan,
kalau SPRM diberikan kuasa dan peruntukan bagi membentuk suruhanjaya dan
perkhidmatan maka, pastinya badan ini lebih bebas dan tidak terikat dengan badan
eksekutif.
Maksud kepada B.7, Saya hendak menyentuh Butiran 040300, sebanyak RM126
juta untuk menampung keperluan tambahan perbelanjaan biasiswa dalam dan luar
negara bagi tahun 2013. Agak besar juga jumlah tersebut. Akan tetapi dalam Malaysia
yang sama, kerajaan kita selalu menyatakan Malaysia akan menjadi hab pendidikan
dunia. Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan keadaan supaya biasiswa yang besar
dibelanjakan ke luar negara ini kita tampung untuk dalam negara.
Cumanya di peringkat dalam negara kita boleh cari kaedah studen yang cukup
pandai kita boleh pilih yang menjadi pakar-pakar untuk dihantar ke luar negara. Ia bukan
macam sekarang diberi peluang di peringkat awal, di tengah-tengah itu menyusahkan
balik kerajaan. Ketika pergi dahulu memang pelajar yang baik akhirnya mereka tidak
dapat biasiswa dan memberi masalah kepada kerajaan sedangkan kita memanggil
pelajar-pelajar luar negara datang ke Malaysia. Kalau satu orang pelajar kita berbelanja,
beratus-ratus ribu tetapi kalau biasiswa tadi diberi kepada pelajar yang belajar dalam
negara, mungkin boleh melibatkan lebih ramai pelajar-pelajar yang bijak dalam negara.
■1520
Di antara golongan sasaran di bawah Kementerian Pendidikan iaitu pegawai dan
kakitangan kontrak harus mendapat perhatian yang sewajarnya, bagi memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan golongan intelektual. Peranan para pegawai dan kakitangan
kontrak masih relevan dan boleh dianggap penting. Ini bagi menampung keperluan
pasaran sama pentingnya dengan pegawai dan kakitangan yang bekerja tetap di
kementerian berkenaan. Kebajikan dan taraf hidup golongan sedemikian perlu disuntik
dengan bantuan kewangan tambahan, agar mereka dapat terus memberikan khidmat
bagi merealisasikan objektif tugasan secara khususnya dan Kementerian Pendidikan
amnya. Kebanyakan mereka yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan dan pejabat
pendidikan daerah serta negeri masih di bawah gaji bulanan yang rendah berbanding
pekerja tetap.
DN.7.10.13 71
Di samping itu, keperluan untuk bantuan makanan asrama juga perlu mendapat
perhatian sewajarnya agar golongan sasaran mendapat manfaatnya. Adalah disarankan
supaya lebih ramai murid dan pelajar yang menuntut di asrama-asrama seluruh negara
disalurkan dengan bantuan makanan dan mengenal pasti golongan yang sepatutnya
serta benar-benar memerlukan bantuan makanan tersebut. Tugas dan tanggungjawab
kerajaan untuk memastikan tidak seorang pun murid atau pelajar yang layak menerima
bantuan makanan tersingkir dari mendapatkan bantuan tersebut. Golongan sasaran yang
benar-benar layak perlu dikenal pasti di peringkat sekolah dengan bantuan maklumat
yang diperoleh daripada ibu bapa. Sokongan dan perhatian para ibu bapa amat
diharapkan supaya segala maklumat yang disalurkan benar-benar sahih dan bantuan
sampai ke golongan sasaran.
Saranan Kementerian Pendidikan untuk menambah elaun wang saku pelajar
matrikulasi bagi menampung tambahan pengambilan pelajar seramai 3,700 orang bagi
tahun 2013, amat bertepatan. Ini membuktikan bahawa lebih ramai pelajar terus
mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran menerusi program matrikulasi. Melalui
penambahan tersebut, para pelajar berpeluang merealisasikan cita-cita dan aspirasi
negara dengan memperkemaskan diri menjadi modal insan yang berguna, berkualiti dan
bertanggungjawab ke atas kejayaan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara
Malaysia tercinta.
Kementerian Kesihatan. Tambahan sejumlah wang untuk menampung
kekurangan bekalan ubat consumables dan vaksin disokong dengan harapan bekalan
ubat yang mencukupi dapat disalurkan di hospital dan pusat perubatan kerajaan. Rata-
rata rakyat Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan hospital dan pusat perubatan
kerajaan, bakal mendapat manfaat melalui bekalan tersebut.
Kementerian Belia dan Sukan. Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah
satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia,
Majlis-majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis
Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. SUKMA adalah
merupakan kejohanan beraneka sukan berkonsepkan mini Sukan Olimpik di Malaysia
yang melibatkan atlet remaja.
Objektif utama SUKMA adalah untuk mempertingkatkan mutu sukan dan
menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah
terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan. Sukan juga merupakan medium
yang sangat sesuai untuk meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Selaras dengan matlamat dan objektif penganjuran SUKMA, maka sejumlah
DN.7.10.13 72
wang yang diperuntukkan untuk menampung kos pengelolaan Sukan Malaysia (SUKMA)
Negeri Perlis 2014 adalah diharap dapat menjayakan lagi penganjuran acara sukan dwi
tahun tersebut.
Lebih ramai bakat-bakat baru dari sekolah-sekolah tidak kira sekolah elit, sekolah
sukan, sekolah bandar ataupun luar bandar harus diketengahkan supaya atlet-atlet yang
benar berkualiti dan mampu bertanding di peringkat tertinggi dapat dilahirkan. Kedah-
kaedah baru dan komprehensif harus dikenal pasti agar semua murid dan pelajar
mendapat peluang yang sama rata tanpa sebarang birokrasi. Dengan ini atlet yang
berkualiti mampu digarap dan diasah bakatnya supaya kelak mampu mengharumkan
nama negara. Negara benar-benar memerlukan atlet-atlet sukan yang hebat sebagai
pelapis di beberapa acara sukan tertentu seperti badminton dan skuasy. Sehingga kini
negara kita belum mampu dapat mengenal pasti pengganti Datuk Lee Chong Wei dan
Datuk Nicole David. Ini merupakan isu serius yang harus difikirkan oleh semua pihak dan
kementerian yang terlibat.
Justeru peruntukan sejumlah wang untuk tujuan sukan seharusnya disokong. Ia
termasuk untuk tujuan menampung keperluan tambahan penyelenggaraan Kompleks
Sukan Negara Bukit Jalil dan menampung keperluan tambahan bagi kerja-kerja
penyelenggaraan, peralatan latihan dan bangunan di Institut Kemahiran Belia Negara.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Masih terdapat
ramai warga emas, Orang Kurang Upaya dan keluarga miskin yang memerlukan
keprihatinan dan bantuan kewangan segera. Adalah menjadi harapan agar peruntukan
yang diluluskan dapat disalurkan kepada golongan sasaran dengan kadar segera bagi
mengatasi masalah kemiskinan. Menurut perangkaan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat tahun 2012, terdapat hampir 2.4 juta penduduk warga
emas iaitu hampir 8% dari jumlah penduduk di Malaysia.
Walaupun peratusannya sedikit, namun golongan ini memerlukan perhatian
sewajarnya agar saki baki kehidupan mereka dapat dijamin dengan kesihatan dan
kesejahteraan yang baik. Justeru semua pihak yang terlibat harus segera bertindak
mengumpul data dan mengenal pasti golongan sasaran dan bantuan segera perlu
disampaikan. Ini merupakan tanggungjawab dan amanah kita semua, insya-Allah.
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Syabas dan tahniah
kepada para perwira dan pasukan keselamatan negara yang telah mempertahankan
kedaulatan dan keselamatan negara kita ketika Siri Ops Daulat. Sesungguhnya jasa dan
pengorbanan wira-wira negara tidak terbalas dan negara sentiasa memerlukan wira-wira
negara ini untuk meneruskan kegemilangan dan kejayaan supaya Negara Malaysia
DN.7.10.13 73
sentiasa menjadi sebuah negara yang aman dan tenteram. Sebarang peruntukan bagi
merealisasikan hasrat ini dialu-alukan dan harapan Dewan yang mulia ini agar matlamat
dapat dicapai tanpa sebarang kekangan dan permasalahan.
Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESCOMM) yang meliputi 1,400
kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan sejak Mac lalu. Pihak Polis
Diraja Malaysia telah melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya dan masih
diteruskan lagi usaha murni ini untuk menghadapi sebarang serangan atau ancaman dari
pihak pengganas. Semoga usaha murni kerajaan untuk mengekalkan kestabilan dan
keamanan negara peroleh kejayaan. Semua pihak tidak kira perbezaan fahaman politik
harus memberikan sokongan dan sentiasa membantu pihak berwajib ketika diperlukan.
Secara kesimpulannya semua permohonan peruntukan di bawah Akta Perbekalan
Tambahan 2013 adalah wajar dan boleh diterima untuk kelulusan Dewan. Tuan Yang di-
Pertua, saya memohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang ini saya hanya
menerima tidak ramai. Saya menggalakkan kalau boleh kemukakan nama Yang
Berhormat untuk senang saya hendak membuat rancangan untuk mengawal waktu. Ini
kerana kita ada banyak masa, lebih-lebih lagi Yang Berhormat yang baru-baru ini, silalah
bangun dan tunjukkan bakat Yang Berhormat dan untuk membincangkan tajuk-tajuk yang
saya fikir luas. Akan tetapi jangan lari daripada tajuk yang berkenaan. Sekarang ini tanpa
membuang masa, saya ada seorang lagi iaitu Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali untuk
berbahas. Oleh kerana tidak ramai berbahas, saya akan bagi masa sepanjang itulah.
Akan tetapi kalau sekiranya nanti sudah ramai-ramai dan masa itu sudah ramai sangat,
saya potonglah sedikit-sedikit. Oleh sebab itu saya menggalakkan lagi ramai kemukakan
sekarang nak berhujah dipersilakan. Sekarang Yang Berhormat silakan.
3.29 ptg.
Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang.
Akan tetapi sebenarnya saya tidak akan mengambil banyak masa sangat. Perbahasan
saya ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah mengemukakan beberapa
pandangan yang umum dan bahagian keduanya saya akan cuba secara khusus pergi
kepada peruntukan-peruntukan tambahan yang telah dibuat.
���� 1530
Berhubung dengan bahagian pertama, ada lima perkara yang saya hendak
sebutkan. Pertama ialah kita lihat bahawa tambahan bekalan ini ialah kira-kira sebanyak
RM15 bilion daripada sekarang ini berjumlah RM216 bilion. Secara mental, dapat saya
DN.7.10.13 74
lakukan kira-kira ini lebih daripada 7%. Bererti penambahan ini akan meningkatkan lagi
defisit yang dihadapi oleh kerajaan dalam soal belanjawan. Selama lebih 15 tahun, defisit
tidak dapat dikurangkan apatah lagi untuk dihapuskan. Tiap-tiap kali kita mengadakan
perbekalan tambahan, maka defisit akan meningkat. Saya tidak misalnya secara mutlak
menolak perlunya perbekalan tambahan tetapi asas perbekalan tambahan itu hendaklah
kuat dan saya nampak ada asas-asasnya yang tidak begitu kuat dalam tambahan ini,
dalam defisit ini.
Bukan sahaja soal perbekalan tambahan ini yang akan meningkatkan defisit,
bahkan ada perkara lain. Ini saya pergi kepada perkara kedua iaitu Laporan Audit
Negara. Kita dibekalkan dengan begitu tebal sekali Laporan Audit Negara dan saya tidak
tahu sama ada dapat dibaca ataupun tidak, masanya ada ataupun tidak. Akan tetapi
meninjau komen-komen yang dibuat oleh kementerian dan jabatan-jabatan tertentu, kita
nampak bahawa memang berlaku banyak perkara yang berulang-ulang tiap-tiap tahun.
Saya dalam Dewan ini sudah hampir empat tahun dan saya rasa tiap-tiap tahun masalah
yang sama ditimbulkan. Janji yang sama dibuat tetapi tidak ada usaha sebenarnya yang
berkesan untuk mengatasinya.
Misalnya kita diberitahu kali ini tentang betapa tingginya harga yang dikenakan
kepada sesetengah barang. Jam umpamanya. Selain daripada itu, ada juga harga-harga
yang berlainan bagi barangan yang sama seperti CCTV. Perkara ini berlaku dahulu,
sekarang ini berlaku. Perkara ini dijanjikan untuk diatasi tetapi sekarang ini berulang
sekali lagi. Jadi saya ingin tahulah apa Jabatan Perdana Menteri terutamanya sekali
Kementerian Kewangan akan lakukan secara efektif untuk memastikan tahun hadapan,
kalau tidak dapat luput semua sekali, sekurang-kurangnya mesti berkurangan. Ini kerana
apabila harga yang terlalu tinggi, berganda-ganda lima hingga sepuluh kali ganda harga
pasaran dikemukakan sebagai perbelanjaan, maka ini tentulah akan meningkatkan,
meninggikan defisit berterusan.
Perkara ketiga ialah dan ini berkaitan juga dengan peningkatan defisit, berkaitan
dengan adanya pembayaran yang lebih besar dibuat daripada yang ditetapkan. Ini
berlainan dengan benda-benda kecil yang saya sebutkan tadi yang ada dalam
belanjawan. Akan tetapi ada juga belanjawan yang termasuk dalam sistem kewangan
negara ini yang kadang-kadang tidak dapat kita terima dengan akal yang munasabah.
Saya ambil contoh misalnya MRT. MRT ini memanglah tidak termasuk dalam
belanjawan tetapi ia termasuk dalam sistem kewangan negara. Pada mulanya setahu
saya, seingat saya MRT ini meliputi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menambah
baik sistem transport di seluruh tempat ini. Perbelanjaan yang dianggarkan pada waktu itu
DN.7.10.13 75
ialah sebanyak RM25 bilion. Akan tetapi sekarang ini, penambahbaikan sistem
pengangkutan ditumpukan terutama sekali kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-
Greater Kuala Lumpur. Kita nampak misalnya, belanjanya satu ketika kita diberitahu
sudah meningkat kepada RM50 bilion.
Akhir-akhir ini saya mendapat maklumat dan saya ingin maklumat ini kalau boleh
dipastikan atau disahkan oleh pihak kementerian iaitu perbelanjaannya sudah meningkat
kepada RM90 bilion. Jadi bagaimanakah dalam masa yang begitu singkat, begitu tinggi
sekali peningkatan harga projek yang seperti itu.
Ini tentu sekali akan melibatkan bukan sahaja soal hutang yang berpanjangan,
yang berat tanggungan kerajaan bahkan juga ia boleh menimbulkan berbagai-bagai
persoalan. Adakah penambahan ini kerana betul-betul harga barang yang naik atau betul-
betul pampasan ini harus dibayar ataupun kerana ada elemen komisen dan sebagainya
yang melibatkan angka-angka yang besar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perkara
seperti ini haruslah kita awasi supaya tidak berlakunya bukan sahaja soal defisit tetapi
soal perbelanjaan negara yang berhemah.
Perkara keempat secara umum yang saya hendak katakan dan ini perkara yang
sudah sering saya sebutkan iaitu tentang sifat perbekalan tambahan ini yang
menunjukkan seolah-olah tidak ada rancangan yang teliti. Maka oleh kerana tidak ada
rancangan yang teliti bagi perbelanjaan, ditambah besarkan lagi dengan tambahan. Soal
tidak teliti ini ialah kerana nampaknya tidak ada unjuran yang dilakukan secara saintifik
ataupun secara realistik. Kita lihat ini terutama sekali dengan gaji, emolumen, sentiasa
tambahan perbelanjaan melibatkan emolumen, pencen dan ada kalanya perkara-perkara
yang lain.
Dalam soal ini, saya rasa sekiranya sebelum pembentangan belanjawan,
dianggarkan betul-betul apa yang hendak dibelanjakan dan diketahui betul-betul macam
manakah dan apakah peningkatan pendapatan misalnya gaji polis atau askar dan
sebagainya. Tentulah itu dapat dimasukkan kepada belanjawan yang asal dan kita tidak
perlu menambahnya kemudian. Melainkan misalnya perkara ini tergesa-gesa dilakukan.
Oleh kerana pilihan raya sudah dekat, kita pun hendak tambah gaji, maka tidak dapat
masukkan itu dalam anggaran belanjawan kita yang pertama.
Kelima dan akhir tentang komen umum saya ini ialah wujudnya angka-angka yang
menunjukkan bahawa tambahan yang diminta itu jauh lebih besar daripada anggaran
yang diluluskan. Saya tidak tahu macam mana ini boleh berlaku. Anggaran sepatutnya
jauh melebihi daripada tambahan. Tambahan itu harus lebih kecil daripada anggaran
DN.7.10.13 76
tetapi ini jauh lebih besar dan saya harap dapat diterangkan dan saya akan kemukakan
secara terperinci apabila saya membincangkan bahagian kedua.
Sekarang ini izinkan saya Tuan Yang di-Pertua pergi ke bahagian kedua iaitu
secara terperinci. Pertama ialah perbendaharaan iaitu bayaran pampasan. Sebanyak
RM88 juta dan waran khas telah dikeluarkan untuk membayar RM86 juta adalah untuk
bayaran tuntutan dan pampasan atas perintah mahkamah. Jadi ertinya RM88 juta adalah
untuk pampasan dan bayaran melalui mahkamah.
■1540
Saya ingin tahu berapakah jumlah bayaran pampasan yang terbesar dan kepada
siapa? Selain itu, berapakah kes-kes yang kita kalah di mahkamah sehingga kita terpaksa
membayar pampasan-pampasan tersebut. Kedua ialah T.14 iaitu pencen, elaun bersara
dan ganjaran. Sekali lagi di sini kita dapati bahawa hampir sama banyaknya iaitu RM800
juta adalah dimohon untuk bekalan tambahan. Anggaran belanjawan yang telah diterima
ialah kira-kira RM1 bilion. Jadi, ini tambahan sebanyak 80%. Hakikat ini menjelaskan lagi
apa yang saya sebut secara umum tadi bahawa seolah-olah tidak ada perancangan, tidak
ada unjuran yang dilakukan. Maka sehingga kita terpaksa membuat tambahan yang besar
untuk ganjaran tambahan, pencen dan yang lain-lain tadi.
Pergi kepada Maksud B.6 pula ini perkara yang telah disebut oleh pembicara awal
tadi iaitu penambahan sebanyak RM30 juta kepada AlHijrah. Saya tahu bahawa program
AlHijrah banyak juga yang baik kan dan memberikan manfaat kepada umum. Akan tetapi
saya juga diberitahu bahawa AlHijrah ini kononnya adalah milik seorang hartawan
Melayu. Seolah-olah diumumkan bahawa beliaulah pemilik terbesar. Dalam perbekalan
tambahan yang lalu saya ingat bahawa jumlah RM30 juta telah diperuntukkan sebagai
tambahan untuk AlHijrah, kali ini RM30 juta lagi.
Jadi, adakah bererti tiap-tiap kali nanti akan dibayar atau tiap-tiap tahun dibayar
peruntukan dibayar sebanyak RM30 juta kepada AlHijrah ini? Ini saya rasa perlu
dijelaskan juga ataupun adakah misalnya perkara ini akan berlaku sekali dua ini sahaja
sebagai permulaan dan akhirnya nanti boleh AlHijrah berjalan terus dengan menanggung
perbelanjaan sendiri atau ditanggung sebagai orang yang dikatakan sebagai sponsornya.
Maksud B.42, Kementerian Kesihatan. Bagi rawatan perubatan dan ini ialah
berkaitan dengan perkhidmatan dan bekalan terutama sekali ubatan-ubatan. Memanglah
perlu kadang-kadang ditambah belanja seumpama ini. Akan tetapi saya ingin juga
membuat peringatan bahawa jikalau TPPA diluluskan maka harga ubat-ubatan akan
bertambah mahal sebabnya ialah ubat-ubatan yang boleh kita dapat murah sekarang ini
DN.7.10.13 77
akan naik harganya kerana tidak dibenarkan ubat-ubatan yang disebut sebagai- saya
tidak ingat perkataannya apa, sebagai generic medicine.
Maksud B.60, Kementerian Pertahanan. Ini yang saya katakan tadi tentang
bekalan tambahan yang diminta adalah jauh lebih besar daripada anggaran permulaan,
anggaran yang diluluskan. Pertama misalnya, pentadbiran dan dasar pertahanan. Jumlah
yang diluluskan ialah sebanyak RM5 juta dan RM3 juta tetapi bekalan yang hendak
ditambah ialah sebanyak RM66.5 juta dan RM22 juta. Iaitu naik kira-kira 12 kali yang satu
dan kira-kira tujuh kali yang satu. Mengapakah berlaku perkara ini? Anggaran yang
diluluskan begitu rendah sekali dan perbelanjaan yang begitu mahal sekali, begitu tinggi
sekali. Ini termasuklah penyelenggaraan dan kelengkapan pertahanan ruang udara iaitu
dari RM14 juta tambahan diminta RM40 juta dan kita nampak ini adalah sangat besar.
Bagaimanakah, seolah-olah kelihatan tidak ada perancangan dalam hal ini?
Bagaimanakah dan apa sebab kah seolah-olah tidak ada unjuran yang tepat dilakukan
untuk membolehkan bekalan tambahan tidak berlaku sedemikian rupa.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa peruntukan terutama sekali
untuk menaikkan gaji polis, askar dan sebagainya melibatkan perbelanjaan sebanyak
RM3 bilion. Saya gembira kerana adanya usaha untuk menaikkan, ada langkah-langkah
untuk naikkan gaji ini. Sebenarnya saya lebih mengharapkan bukan sahaja naik gaji
ataupun pencen mereka bahkan akan diberikan kemudahan-kemudahan perumahan,
perubatan dan kalau boleh persekolahan juga. Terutama sekali bagi anak-anak pegawai
polis dan askar sebagaimana yang dikatakan tadi telah memberikan khidmat yang
cemerlang kepada negara. Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat itulah sahaja dua bahagian
yang saya hendak jelaskan secara umum dan secara khusus. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan
Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat.
3.47 ptg.
Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah
memberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam
perbahasan Perbekalan Tambahan yang telah dikemukakan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada kali ini juga kita telah dibentangkan dengan
belanjawan tambahan sebagaimana sidang yang lepas. Belanjawan tambahan pada kali
ini mungkin yang terakhir untuk tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat beberapa perkara yang ingin dibangkitkan di
sini. Pertama ialah berhubung dengan yang telah disebut oleh kawan-kawan tetapi saya
DN.7.10.13 78
ingin sebut sekali lagi iaitu berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri iaitu B.6. Di sini
disebut ada sebanyak RM7 juta untuk pembiayaan kos operasi Institut Wasatiyyah
Malaysia dan Suruhanjaya Pendatang Asing (PATI) di Sabah yang baru ditubuhkan.
Pertama saya hendak tahu untuk Institut Wasatiyyah ini berapa sebenarnya kerana dia
digabungkan dengan yang di Sabah. Kedua ialah berhubung dengan Institut Wasatiyyah
ini, adakah ketuanya atau pengarahnya telah dilantik dan anggota-anggotanya? Di mana
tempat headquarters atau ibu pejabat yang telah diletakkan? Ini kerana kita sebagai
masyarakat Malaysia ingin mengetahui peranan yang akan dimainkan oleh institut ini.
Baru-baru ini kita telah dapati bahawa satu seminar yang besar telah diadakan di
ibu negara, gabungan daripada Universiti Islam Madinah dan juga Universiti Malaya di
dalam penganjuran Seminar Nadwah Wasatiyyah. Dalam hubungan ini saya melihat
bahawa ini merupakan satu perkembangan yang baik untuk memberi kefahaman kepada
masyarakat berhubung dengan kefahaman Islam yang benar.
■1550
Cuma saya ingin dapat penjelasan di sini ialah wasatiyyah itu kadang-kadang
diberi definisi atau penerangan yang kemungkinan ada silap di kalangan masyarakat.
Daripada segi intelektual mungkin tidak menjadi masalah sebab sering saya dengar
wasatiyyah itu ialah sederhana. Sebenarnya wasatiyyah itu bukan sederhana, ia adalah di
tengah-tengah. Kalau kita tengok satu bulatan lilitan, maka center itulah wasatiyyah,
bukan sederhana, di tengah-tengah. Yang tepat, yang adil, yang baik, terutama. Itu
maksud wasatiyyah. Bukan dia sederhana dalam pemahaman kebanyakan orang. oleh
kerana itulah kalau kita kata kalau berkah RM100, RM50 itu sederhana tapi wasatiyyah itu
bukan RM50, ertinya tepat sebagaimana dikehendaki oleh Allah. Di sini saya melihat
perlu institut ini disegerakan dan operasinya perlu dilebarkan dan maklumat perlu
disebarkan ke seluruh negara supaya kefahaman masyarakat umat Islam dapat
memahami konsep ini dengan baik dan sempurna.
Seterusnya, saya ingin pergi kepada Kementerian Pendidikan - B.41. Tambahan
yang telah diperuntukkan, saya ingin dapat penjelasan daripada Kementerian Pendidikan,
macam mana agak-agaknya anak-anak kita, anak-anak yang kita ingin lahirkan daripada
sistem yang kita buat ini khasnya di dalam kerangka yang telah dirangka tahun 2013
hingga 2025. Macam mana kerangka yang kita hendak?
Oleh sebab ini sangat penting kepada generasi depan. Dengan pertambahan ini
dan juga pertambahan yang lalu dan juga peruntukan yang banyak kepada Kementerian
Pendidikan, saya rasa saya hendak dapat penjelasan kerangka bagaimana, bentuk
DN.7.10.13 79
bagaimana anak-anak yang kita harapkan akan lahir daripada sistem yang telah dirangka
itu dan pada saya, banyak positif namun positif itu perlu ditambah baik lagi.
Sejauh yang saya tengok dan saya teliti daripada laporan yang telah dibuat, saya
tidak menemui satu perkataan iaitu mewajibkan pengajian agama dan juga sivik kepada
masyarakat, kepada anak-anak kita. Kita tahu bahawa kalau kita menyelidiki bahawa
antara sebab dan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat kita dan jenayah
yang berat yang kita tahu daripada penerangan yang telah diberikan oleh Yang
Berhormat Menteri tadi.
Antara punca dan malah punca utama adalah anak-anak kita tidak mempunyai
kalau orang Islam, pegangan agama yang baik dan kefahaman yang betul serta amalan
yang sihat. Itu di antara punca utama dan kepada anak-anak non-Muslim dengan maaf,
bukan Islam mereka juga perlu diberi pengajian, pelajaran yang mantap dalam bidang
agama mereka menurut kepercayaan mereka dan juga pelajaran sivik supaya anak-anak
kita memahami nilai-nilai murni dan mulia.
Namun, di dalam kerangka yang telah dibentangkan, untuk anak-anak Islam,
pelajaran agama Islam masih tidak menjadi satu pelajaran wajib dan apabila tidak wajib,
anak-anak tidak memberi perhatian, ibu bapa pun tidak memberi perhatian dan tidak
ramai ibu bapa yang memberi perhatian. Kalau sesuatu pelajaran itu menjadi pelajaran
wajib, sudah pasti anak-anak memberi tumpuan, guru-guru, ibu bapa memberi tumpuan.
Malah tak cukup di sekolah, kelas tambahan. Tidak cukup kelas tambahan, tuisyen pagi
petang dan sehingga malam anak-anak dikerahkan untuk belajar sehingga mereka
mempunyai kematangan dan mempunyai kekuatan di dalam menguasai setiap pelajaran
yang telah diajarkan itu. Hal ini tidak berlaku kepada pelajaran agama Islam dan juga sivik
yang mana ini adalah merupakan teras kepada orang Islam tambahan pula Malaysia
merupakan negara Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan, Perkara 3- Islam
adalah agama Persekutuan.
Tidak wajar kita abaikan hal ini dan ini merupakan asas di dalam pembentukan jati
diri setiap anak-anak kita yang Muslim dan juga yang bukan Muslim dengan pelajaran
sivik yang perlu diberi nafas baru. Bagi saya, ini merupakan satu perkara yang perlu diberi
perhatian dan boleh ditambah baik kerana kita ingin melahirkan masyarakat yang bagus
bukan sahaja bijak, bukan sahaja pandai daripada segi pencapaian ilmu, tetapi nilai murni
dan jiwa baik serta berakhlak mulia itu sangat-sangat diperlukan.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya hendak tengok di sini ialah perkara
lima iaitu berhubung dengan sebanyak RM36 juta lebih untuk menampung keperluan
tambahan pelaksanaan program Diploma Pengajian Lepas Ijazah sekolah rendah j-QAF
DN.7.10.13 80
serta pelaksanaan program j-QAF di sekolah agama bantuan kerajaan. Saya mendapat
maklumat bahawa orang-orang yang telah tamat di dalam program j-QAF ini, mereka
akan ditemu duga untuk ke jawatan tetap.
Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Kita semua maklum bahawa temu duga itu
tidak mengambil masa yang lama tetapi sedangkan pelajar itu belajar dalam waktu yang
lama sehingga mereka lulus diploma tetapi dalam pelaksanaannya, mereka mungkin
dalam temu duga itu tidak mengambil waktu yang lama namun dalam waktu yang singkat
itulah dibuat keputusan anda berjaya dan juga anda yang gagal. Adakah ini satu kaedah
yang terbaik dilakukan dan adakah apa yang telah dilakukan oleh guru-guru di peringkat
diploma mereka tidak cukup untuk membuktikan keupayaan mereka? Perkara seperti ini
saya harap perlu diberi dan dilihat semula kerana ada di antara insan-insan di dunia ini
termasuk guru-guru apabila berdepan dengan pihak penemu duga, dia gugup, dia tidak
boleh bercakap dengan baik dan boleh jadi dia tidak ada keupayaan-keupayaan, mungkin
dia gementar dan sebagainya.
Kalau hanya dalam empat - lima minit atau sepuluh minit atau dua puluh minit itu
dibuat penilaiannya keseluruhannya, maka mungkin kita rasa dia juga adalah di antara
orang yang terseksa dalam hidupnya. Kita harap perkara ini boleh dilihat kembali supaya
mereka juga dapat diberi peluang.
Saya ingin pergi kepada B.45 Kementerian Belia dan Sukan. Saya melihat
tambahan-tambahan ini sebanyak RM37 juta semuanya dan keseluruhan tambahan yang
dipohon adalah untuk sukan. Kesemuanya untuk sukan tetapi tidak ada untuk
pembangunan belia daripada aspek lain seolah-olah Kementerian Belia ini hanya
menumpukan sebahagian besarnya kepada sukan. Bagi saya, pada sesi lepas saya telah
menyebut bahawa Kementerian Belia dan Sukan perlu memberi keseimbangan yang baik
di antara pembangunan sukan dan juga pembangunan jati diri belia. Ada belia yang tidak
terlibat dengan sukan, ada belia yang terlibat dengan sukan. Kita mahu kedua-duanya
sekali diberi nafas jati diri yang baik dengan program yang baik dan saya harap perkara
ini diberi perhatian.
Berhubung dengan sukan, baru-baru ini saya tengok sukan negara kita ini salah
satu sukan yang menjadi sukan warisan dominasi negara kita ialah sukan sepak takraw.
Baru-baru ini, Korea telah menjuarai sepak takraw. Orang Malaysia tidak dapat, negara-
negara Asia lain pun tidak dapat.
■1600
Ini saya rasa di mana silap dan saya membaca dalam komen-komen di akhbar.
Ada kelemahan-kelemahan di segi pengurusan dan sebagainya dan perkara ini perlu
DN.7.10.13 81
dilihat kembali khasnya sukan-sukan yang menjadi tradisi kepada negara kita. Perlu diberi
nafas baru dan perlu diberi perhatian sampai jangan kita tercicir ke belakang. Kadang-
kadang apabila kita melihat ini tradisi kita mungkin kita ambil mudah dalam hal-hal itu.
Begitulah juga dengan pembangunan yang lain-lainnya. Ramai yang menyebut
kita mungkin telah sampai satu peringkat dunia berhubung dengan sukan badminton
tetapi sukan-sukan lain juga perlu diberi nafas yang baik mengikut keupayaan-keupayaan
yang ada pada kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk lagi kepada Butiran 62 iaitu Kementerian
Dalam Negeri. Kementerian Dalam Negeri juga telah memohon sebanyak RM205 juta
peruntukan tambahan. Tambahan-tambahan tersebut sebagai mana yang telah dijelaskan
dan saya tidak nampak di sini ada juga bahagian-bahagian yang tidak disebut seperti
pegawai penjara. Tidak ada di sini. Polis ada. Tidak ada? Jadi bagi saya, saya
menyokong semua kenaikan, imbuhan, semua apa yang saya sokong kerana mereka
bekerja dengan gigih dan baik. Namun saya rasa dalam hal-hal ini jangan ada yang
tertinggal. Saya harap pihak kementerian memberi perhatian yang baik dan saksama
supaya semua pihak tidak akan rasa tercicir dan tidak akan tertinggal. Begitu juga saya
tidak dapat tengok di sini dengan bomba umpamanya.
Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhannya apa yang saya hendak sebut lagi ialah
sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh kawan saya sebelum ini iaitu berhubung
dengan audit negara. Sebenarnya audit negara, saya hendak ucapkan syabas dan
tahniah kepada pihak audit yang telah menjalankan tugas dengan baik dan kepada
kementerian-kementerian yang diberi teguran dan diberi pemberitahuan perlu mengambil
sikap yang positif terhadap teguran tersebut. Ini kerana semua yang hidup dalam sebuah
negara ini adalah sebagai sebuah keluarga yang satu tidak boleh dipisahkan dengan
yang lain. Ada yang menegur, ada yang salah, ada yang silap. Itu adalah suatu perkara
untuk melengkapkan di antara satu sama lain.
Namun saya mengharapkan bahawa semua wang yang diberikan oleh kerajaan
kepada kementerian-kementerian, itu adalah merupakan tanggungjawab dan amanah.
Amanah itu tetap akan dipersoalkan sama ada di dunia ini atau pun di akhirat nanti. Ini
kerana kita tidak dapat lari daripada dipersoalkan. Sama ada di dunia ini orang soal atau
tidak tetapi di akhirat kita tetap akan ditanya oleh Allah SWT. Oleh kerana itulah kita akan
ditanya dengan umur kita, di mana kita habiskan. Ditanya waktu muda kita apa kita buat.
Ditanya dengan harta kita, dari mana kita dapat dan ke mana kita guna dan ditanya
dengan ilmu kita apa yang kita lakukan untuknya.
DN.7.10.13 82
Jadi pengurusan harta ialah ditanya dengan ilmu kita- ilmu pengurusan yang Allah
SWT berikan kepada kita supaya kita urus dengan sebaik-baiknya kerana ini adalah satu
tanggungjawab dan satu amanah yang telah diberikan dan mana-mana teguran yang
diberikan oleh pihak audit negara itu perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan
diambil tindakan dengan sewajarnya agar wang negara kita dapat dijamin dan
kemungkinan kalau sekiranya hal itu diberi perhatian, kemungkinan tambahan yang
dicadangkan ini dapat dikurangkan. Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
saya pohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin
mempersilakan Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar. Silakan Yang
Berhormat.
4.05 ptg.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya
fikir ada sebab atau asas menyebabkan Kementerian Kewangan membentangkan Rang
Undang-undang Tambahan Perbekalan. Sudah tentulah kita rasa sebagai negara maju,
sebagai sebuah negara yang sedang menuju era global yang setaraf dengan negara-
negara maju, kita perlukan satu perubahan bukan sahaja perubahan dari segi rohani
malahan jasmani dan juga kemajuan ekonomi.
Jadi sudah tentu ada yang kurang atau lebih dan ia perlu dikaji dari semasa ke
semasa. Untuk itu saya fikir bajet yang diperlukan sebanyak RM15 bilion adalah kecil.
Adalah munasabah jika dibandingkan dengan bajet sebenar tahunan sebanyak RM130
bilion oleh negara kita. Ada orang berpendapat bajet ini ad-hoc, tiba-tiba. Bukan. Saya
fikir bukan. Bajet ini sudah dikaji, dianalisis membolehkan semua kementerian mendapat
tambahan. Jadi saya sokong penuh bajet ini dikemukakan untuk kita Ahli Dewan Rakyat
juga Dewan Negara supaya menyokong bajet ini demi untuk rakyat dan negara, bukan
untuk politik, bukan untuk suka-suka. Bukan untuk kita lulus secara membuta tuli tetapi
ada asas. Tengok yang pertama. Kita pergi yang pertama.
Pertamanya iaitu untuk Parlimen. Butiran Parlimen tidak banyak iaitu RM1.3 juta
sahaja. Untuk itu kita sokong penuh sebab bagi kita Parlimen sama ada Dewan Rakyat
atau Dewan Negara ialah kemuncak rumah atau pun istana undang-undang bagi rakyat.
Jadi kita sokong. Saya tidak nampak tidak baik, cuma Parlimen ini kena lengkap. Saya
dan tuan-tuan sebagai Ahli Parlimen mengesyorkan untuk pengurusan ini saya sudah
katakan dahulu, dimasukkan nama-nama bukan sahaja Tuan Yang di-Pertua atau
Timbalan Yang di-Pertua malahan siapa juga yang pernah menjadi dan berkhidmat
DN.7.10.13 83
sebagai Ahli Parlimen dalam negara diterakan nama dia. Setuju tidak, okey? Kalau okey,
pengurusan kena buat.
Keduanya saya lihat untuk rang undang-undang di bawah Lembaga Kemajuan
Pulau Pinang (PERDA). Pulau Pinang di bawah pembangkang- DAP. Pun Kerajaan
Barisan Nasional masih lagi menumpukan untuk bantu rakyat Pulau Pinang.
Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Persekutuan kerana
melibatkan pembangunan dan kemajuan untuk PERDA. Jadi sebuah kerajaan yang
bernama Barisan Nasional besar jiwa sebab kita tahu dan sedar bahawa di Pulau Pinang
juga bukan rakyatnya semua senang. Ada yang lapar, ada yang miskin, ada yang kebulur,
ada yang hidup kais pagi makan pagi. Betul Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon?
■1610
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Ya.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Angguk dua kali, betullah. Jadi kita tahniah
untuk kerajaan BN sebab bela PERDA. Jadi bajet ini munasabah, logik akal, logik
tindakan. Untuk itu, kita harap PERDA akan bergerak terus tetapi jangan lupa untuk
koridor-koridor selatan, tengah, timur ataupun Sabah dan Sarawak. Saya juga bersetuju
TV AlHijrah maju. Bila kita buka, banyak rancangan agama diterapkan.
Saya berkeyakinan AlHijrah akan meningkat naik, meningkat maju. Kami doakan
semoga AlHijrah setanding dengan Al Jazeera. Angguk lagi [Ketawa] Jadi, Al Jazeera itu
satu media yang diterima. Dulu masa buka baru-baru, AlHijrah tidak nampak sangat.
Sekarang banyak rancangan AlHijrah ditumpukan untuk ilmu, untuk pendidikan, untuk
faedah bersama. Jadi bajet yang ditambahkan, kita sokonglah supaya AlHijrah menjadi
TV yang popular bukan sahaja dalam negeri, domestik malahan di peringkat global.
Saya juga hendak bercakap tentang sumber manusia, modal insan. Dulu masa
Tun Abdullah Ahmad Badawi, modal insan berkumandang di udara, di maya pada
Malaysia. Juga, masa Tun Najib disambungkan lagi. Bukti, sejumlah besar peruntukan
juga dibuat. Apa yang penting, saya hendak lihat kita masih lagi, negara kita tidak cukup
pakar-pakar. Kita ada puluhan ribu. Tidak silap saya, tidak kurang daripada 30,000
ekspatriat dagang di sini, berkhidmat di sini daripada Eropah, daripada Jepun, daripada
Korea, daripada China, malahan juga daripada Indonesia. Jadi bertanya tentang modal
insan, kita masih lagi tidak cukup pakar-pakar yang terlatih yang dikehendaki dalam
semua bidang sama ada kewangan, sama ada guest, hatta sukan dan juga pentadbiran.
Jadi, saya ingat pembangunan modal insan merupakan aset negara yang penting.
Saya juga hendak sentuh tentang B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia. Ini orang kata satu topik yang hangat. Saya baca semalam, akhbar
DN.7.10.13 84
pembangkang. Tidak silap saya, Harakah. Dia kata Malaysia itu, tidak Harakah, Keadilan.
Sorry kalau saya lupa. Salah satu itu, antara dua. Dia kata rasuah, Malaysia menduduki
tempat pertama dunia. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kewangan yang akan
menjawab, betul kah? Kalau betul, kena cari jalan supaya Malaysia janganlah tempat
pertama rasuah dunia. Kalau tidak betul, itu auta pembangkang. Jadi kita hendak sebut
ialah rasuah itu kena hapus, kena kurang dan kena telus semua pemberian oleh kerajaan
kepada mana-mana pihak sama ada kementerian, sama ada apa sumber.
Saya baca ini, Audit Negara. Kita sebelum baca, tebal. Kadang-kadang saya malu,
kita semua malu. Adakah kementerian sama ada apa kementerian, beli barang RM100
kelim RM1,000, beli barang RM10,000 kelim RM100,000. Jadi tidak ada integriti. Saya,
kerajaan, pihak kerajaan pun kalau salah tidak kira sama ada you kerajaan, pegawai
kerajaan, kita telus. Oleh itu, saya fikir untuk bajet kepada Badan Pencegahan Rasuah
saya sokong diberikan banyak wang, banyak bangunan. Dengar khabar hendak tambah
lagi enam buah bangunan baru, bajet baru. Untuk banteras rasuah ini, tidak boleh
pegawai kerajaan menunjukkan sikap yang tidak baik. Semua audit ini, banyak lagi buku
kena tangani, kena selesai. Kalau tidak, maruah kementerian, maruah kerajaan tercalar.
Saya juga hendak sentuh tentang Maksud B.10 – Perbendaharaan, Lembaga
Hasil Dalam Negeri. Saya sebenarnya, saya hendak sentuh Kementerian Pengangkutan
tetapi tidak ada di sini. Saya harap Perbendaharaan, apa yang saya hendak sebut
berkaitan ialah MAB (Malaysia Airports Berhad). Orang naik kapal terbang Tuan Yang di-
Pertua, termasuk Tuan Yang di-Pertua, termasuk saya kena cukai banyak. Kalau tidak
silap saya, RM46 satu orang. Naik AirAsia pun RM46, Firefly pun RM46, Malindo pun
sama, MAS pun sama. Jadi dia caj tangga, caj dewan, caj kerusi. Caj apa mahal sangat?
Kita naik Indonesia pun RM20 lebih caj guna airport. Saya yakin kata-kata saya ini betul
RM46 seorang, yang paling mahal di Asia. Oleh sebab itu tiket kita mahal, sebab kerajaan
ambil mahal sangat.
Jadi saya harap, kementerian yang berkenaan turun harga caj MAB separuh kah.
Kalau RM46, jadi RM23 supaya tiket-tiket kita murah. Kita ini Ahli Dewan Negara ulang-
alik KL-Terengganu, KL-Sabah, KL-Kedah, KL-Johor, KL-Sarawak, Kuching. Kadang-
kadang tiap-tiap bulan, kadang-kadang tiap-tiap minggu. Akan tetapi, Dewan Negara you
tahulah, tuan-tuan tahu, bukan gaji mahal sangat, RM4,600 sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Pergi balik, pergi balik, habis. Jadi kita dikhabarkan tadi bahawa kita ini kategori kita ialah
sederhana, bukan kaya, bukan lumayan, bukan VIP. Nama senator, VIP tetapi gaji
rendah, sederhana, miskin, RM3,051 ke RM6,591, sederhana. Jadi kalau caj tinggi, kalau
DN.7.10.13 85
naik kapal terbang tiap-tiap minggu, mana lagi duit? Duit boleh kelim, kadang-kadang
nyanyuk, lupa hendak kelim [Ketawa]
Jadi, saya harap supaya MAB ini kurangkan caj Yang Berhormat Menteri. Kita
bukan kaya sangat, kita miskin supaya bukan kita dikurangkan beban, juga kedua supaya
orang luar yang hendak melancong ada medical tourism yang luar, datang sini naik kapal
terbang yang paling murah, bukan sahaja AirAsia malahan semua jenama kapal terbang
di Malaysia diakibatkan caj MAB murah. Setuju? Kalau tuan-tuan setuju, sokong.
■1620
Seorang Ahli: Sokong!
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sokong. Kalau sokong saya, okey.
B.27 - Kementerian Kerja Raya. Ini satu lagi. Ini bajet hendak minta banyak tetapi
ingat tidak Terengganu runtuh, runtuh dari jadi sudah runtuh. Bukan silap MAB, bukan
silap Senator dari Terengganu, saya dengan dia dengan ini, bukan. Silap JKR. Stadium
runtuh, surau runtuh masjid runtuh, apa lagi, banyak yang runtuh. Setahun empat, lima
kali runtuh. Yang silap tukang pelan, arkitek, JKR. Kedua, mungkin arkitek itu tidak
pandai, tidak pakar. Design tidak pandai, tidak cekap. Orang buat stadium 60 tahun tidak
runtuh-runtuh. Terengganu buat, tidak sampai tiga tahun runtuh. Marah ke BN, lebih lagi
PAS. Dia kata BN, BN runtuh, runtuh. Padahal JKR.
Jadi saya syorkan arkitek JKR kena betul pandai-pandai. Kalau tidak, jangan
kerjalah dengan JKR. Buat runtuh saja. Kedua, kuat kuasa. Kuat kuasa Tuan Yang di-
Pertua, tidak kuat. Baru runtuh, baru hendak inspect, baru hendak periksa. Selama ini
buat apa, makan tidur, makan tidur. Dia tidak pergi pantau, dia tidak pergi tengok besi
tebal mana. Katakan empat inci, kontraktor pasang dua inci pun okey. Runtuh, dia baru
puji, oh kita minta 10 inci, dia bagi dua inci. Kita minta empat inci, dia bagi dua inci. Oleh
sebab itu runtuh. Kenapa kamu tidak inspect awal-awal, betul. Kenapa kamu tidak periksa
awal-awal. Bila runtuh, baru bunyi. Bila runtuh, baru bising. Itulah saya hendak beritahu,
kita boleh bagi duit tetapi runtuh itu tidak hendak ulang. Malu orang.
Terengganu, bukan sahaja Terengganu. Pahang juga runtuh dahulu, Johor juga
runtuh. Seolah-olah JKR, apa ini. Oleh sebab itu sebelum bagi duit kepada JKR, saya
minta Menteri Kewangan kena kaji dua aspek ini. Arkitek satu, inspection satu dan juga
kena ajar, kena beri syarat kepada kontraktor. Baru ia ini runtuh, baru bunyi. Jadi saya
hendak tekankan supaya B.27 kena hati-hati, kena pantau betul-betul.
Satu lagi saya hendak sentuh Kementerian Pendidikan - B.41. Saya ucapkan
tahniah kepada Menteri Pendidikan kerana ada pelan tetapi saya tidak puas hati sikit.
Untuk diploma okey, untuk Tingkatan 6 okey. Untuk matrikulasi bagi tajaan okey but untuk
DN.7.10.13 86
Master dengan PhD tidak okey sebab mereka tidak ditaja. Baru ini sahaja MARA hendak
taja yang buat Master, yang buat PhD. Kenapa MARA sahaja? Tidakkah agensi lain beri
peranan untuk galakkan orang buat Master, orang buat PhD untuk anak bangsa kita
tanpa mengira kaum untuk jadi pakar-pakar, untuk tadbir negara dalam semua bidang.
Untuk itu, saya harapkan Kementerian Pendidikan tajalah Master dan juga PhD.
Satu lagi saya hendak tekankan ialah Pendidikan Islam. Saya harap Pendidikan
Islam itu bukan saja didik tetapi pastikan pelajar betul-betul pandai. Ini subjek Pendidikan
Islam, umur 10 tahun lebih, belajar Pendidikan Islam, belajar sembahyang, belajar puasa,
belajar haji tetapi umur 10 tahun tidak tahu sembahyang. Apa dia? Sudah 10 tahun tidak
tahu lagi. Dekat tahun satu, dua, tiga pun tidak tahu lagi. Jadi keberkesanan itu tidak
berlaku. Bukan semua, sebahagian kecil. Ertinya, kena pastikan supaya anak-anak Islam
yang wajib sembahyang, umur 10 tahun wajib kena tahu, wajib kena sembahyang.
Itu saya juga hendak tekankan pembangunan wisma perguruan, elaun bantuan
kepada murid, makanan dan asrama. Saya ucapkan syabas kepada kerajaan sebab beri
bantuan makanan tambahan kepada murid-murid miskin. Saya tidak tahu berapa bajet,
tetapi saya difahamkan murid-murid yang dapat bantuan makanan hanya kepada penjaga
yang dapat RM1,200 sahaja, betul kah? Kalau tidak betul, correct saya Menteri. Saya
syorkan langkah ini naikkan. Mereka ibu bapa yang dapat pendapatan RM3,000 ke
bawah kena dan perlu beri bantuan makanan tambahan dan bantuan makanan asrama.
Akan tetapi makanan asrama itu, dahulu saya pergi asrama kadang-kadang saya
tengok sedih. Ikan selayang, ikan selayang, ikan tamban, daging busuk, daging buruk.
Macam mana kita hendak lahirkan budak-budak cerdik, budak-budak IQ pandai sebab
makanan tidak berzat. Jadi, bajet tambahan yang diminta oleh pembangunan profesional
perguruan hendaklah ditambah. Katakan per head kita ambil sekarang RM12, tambah
sikit tidak apa RM15 atau RM18. Maka kita naik sikit lagi, you naik sikit lagi supaya
makanan itu betul-betul berkhasiat, berzat.
Saya juga hendak sentuh tentang Kementerian Kesihatan - Maksud B.42.
Sekarang kita sedar dan kita lihat semua hospital sesak, ramai sangat. Saya juga sedih
bila mana kita dapati banyak pesakit buah pinggang hendak cuci darah berebut-rebut,
tidak ada tempat. Oleh itu saya syorkan bab-bab cuci buah pinggang ini, hemodialisis ini
kena cukup, kena buat. Sekarang banyak mereka yang cuci darah, hospital kerajaan tidak
cukup tempat termasuk Terengganu, termasuk di Kuala Lumpur ini. Oleh sebab itu saya
harap bab pesakit, hal pesakit, hal yang sakit buah pinggang kena cukup tempat cuci
darah. Saya juga sekali lagi, bajet tambahan ini saya sokong pengurusan ibu pejabat
DN.7.10.13 87
negeri dan ibu pejabat di Kementerian Kesihatan kena cukup alat, komputernya, alat-
alatnya, alat batu karangnya, jantungnya kena cukup.
■1630
Kena utamakan kesihatan rakyat daripada sekat-sekat. Jadi, saya sokong untuk
kesihatan. Saya juga hendak sentuh tentang Kementerian Belia dan Sukan. Saya ingat
Kementerian Belia dan Sukan, kita tekan sedikit kepada IKBN, Institut Kemahiran Belia
Negara. Saya sudah lama dengar IKBN ini, rata-rata ada. Saya ucapkan tahniah. Cuma,
saya hendak minta besarkan lagi, banyakkan lagi. Itu yang pertama.
Kedua, yang ada IKBN di semua negeri, in fact di semua negeri kelengkapan kena
cukup. Bukan buat tetapi tidak cukup alat, guru-guru, kursus dan juga kemahiran.
Saya juga hendak tekankan Maksud B.46 - Sumber Manusia. Saya lihat
Kementerian Sumber Manusia ada CIAST. Tidak sampai pun sepuluh. Tidak silap saya
ada lima, enam sahaja. Saya syorkan banyakkan lagi CIAST, kemahiran tinggi.
Kedua, banyakkan lagi ILP. ILP itu kalau buat janganlah dua atau tiga tahun baru
hendak masuk mesin. Kita sudah buat ILP tetapi mesin baru masuk selepas dua atau
tiga tahun. Di Marang tempat saya baru satu mesin masuk, dua mesin masuk selepas tiga
tahun. Jadi, kalau beginilah buat apa kita buat susah-susah, akan tetapi mesin lambat
sedikit. Jadi, kita kena cekap dari segi kemasukan mesin dan lain-lain keperluan.
Saya juga hendak sentuh Maksud B.48 - Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Saya suka sentuh sosioekonomi yang miskin, kurang upaya
dan warga emas. Ini orang miskin saya syorkan tidak lagi ada rumah konsep Orang Asli.
Orang Asli itu orang juga. Kita pergi mana-mana rumah Orang Asli, sedih. Satu bilik
campur gaul. Jadi, kena hapuskan rumah begini, kena buat baru. Bukan Orang Asli tidak
mahu rumah tetapi Orang Asli tidak cukup rumah. Jadi, kena tekan juga kepada mereka.
Saya difahamkan Orang Kurang Upaya dalam Malaysia ini ada lebih kurang
250,000 orang. Jadi, sebahagian besar mereka lebih daripada 70% tidak kerja. Bukan
tidak mahu kerja, akan tetapi tidak ada kerja yang dilahirkan, yang diwujudkan sesuai
dengan mereka. Saya syorkan supaya kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini kena cari kerja, buat kerja dan cetuskan kerja
sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah Orang Kurang Upaya di Malaysia kita.
Saya juga hendak sentuh Maksud B.60 - Kementerian Pertahanan. Dahulu saya
sudah cakap maritime ini kena cukup alat. Ini bajet minta lagi. Saya sokong. Kementerian
Pertahanan dia minta banyak. Berapa juta ini? Sejumlah RM239 juta. Akan tetapi saya
hendak syorkan supaya kementerian ini tumpukan kepada alat-alat maritime. Apa dia?
Teropong tidak cukup, bot laju tidak cukup, kapal terbang mata dua tanpa pemandu tidak
DN.7.10.13 88
ada lagi. Jadi, bot marin tidak cukup. Masa darurat di Sabah, semasa lanun Sulu ceroboh
kita di Sabah kita tidak cukup alat-alat untuk menjaga. Jadi, sekarang hendak beli. Saya
syorkan alat-alat itu kena canggih macam teropong di waktu malam. Belilah, kita tidak ada
lagi. Beli untuk negara.
Pantai Sabah bukan kecil pantainya. Sarawak bukan pendek, 4,000 lebih
kilometer. Jadi, kita syorkan supaya sokong bajet ini. Bajet ini penting untuk negara kita.
Buat apa kalau negara kita dicerobohi Sulu, sebagai example kepada kita. Oleh itu saya
syorkan supaya alat-alat maritime kena cukup. Juga pengurusan operasi maritime kena
cukup dan juga kelengkapan pertahanan udara kena canggih. Sila.
Tuan Saiful Izham bin Ramli: Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma ingin
bertanya, adakah Yang Berhormat setuju berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit
Negara yang terbaru, dalam kita meluluskan perbelanjaan tambahan ini, pada masa yang
sama adalah lebih baik kita memperketat prosedur pemerolehan. Oleh kerana kita dapati
harga-harga pemerolehan barang-barangan yang diberikan itu kadang kala tidak masuk
akal harganya berbanding dengan harga pasaran. Ini menyebabkan negara kerugian atau
mengalami apa yang kita panggil sebagai ketirisan yang besar, yang menyebabkan kita
terus menerus terpaksa datang ke Dewan yang mulia ini untuk mendapatkan bajet
tambahan. Terima kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat, ini satu idea yang baik,
yang berguna. Pendapat Yang Berhormat sangat baik. Saya setuju supaya semua pilihan
diperketat supaya tidak ada penipuan, telus dan jujur. Ini juga bukan untuk diri dan bukan
barang seribu ke 10,000, bukan. Laporan ini kena periksa, kena tangkap, kena dakwa. Itu
satu. Kedua, akan datang kena diperketat. Okey, puas hati? Number one best. Saya
hendak tanya lagi berapa banyak...
Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Minta laluan Yang Berhormat kalau
boleh?
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Boleh, boleh, boleh.
Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Saya selalu dengar Yang Berhormat ini
berucap panjang lebar baru-baru ini. Itu bagus Yang Berhormat. Kita orang tidak dapat
buat begitu. Akan tetapi berhubung dengan pencegah rasuah ini, kita baca surat khabar,
yang pertama yang saya hairan ialah jam dinding yang harga RM100 ini kita bayar
RM3,810 satu. Apabila ditanya dia kata jam jenama. Adakah jam dinding pun kita hendak
beli jam Christian Dior? Tidak bolehkah jam yang buat di Malaysia yang harga RM138.
Keduanya ialah skandal. Harganya RM200 kita bayar RM14,670 iaitu tujuh puluh
kali ganda. Ya lah kalau hendak ambil untung pun ambillah 30% kah. Jadi, Yang
DN.7.10.13 89
Berhormat kita selalu dengar tiap-tiap tahun audit negara dan sebagainya. Apa pemikiran
Yang Berhormat? Saya ucap tahniahlah kepada kerajaan kerana telah menubuhkan satu
jawatankuasa khusus dan juga Anti-Corruption Agency pun katanya hari ini telah
membuka 15 surat kajian, investigation paper’s, dengan izin.
■1640
Sebelum pada ini, kita tidak dengar pula apa tindakan yang dibuat berhubung
dengan laporan audit tahun lepas dan sebagainya. Yang Berhormat minta pandangan
Yang Berhormat lah. Yang Berhormat sahaja yang boleh huraikan perkara ini. Terima
kasih.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Bukan saya sahaja boleh hurai. Yang
Berhormat Menteri lagi hebat, tetapi saya hendak angkat ini [Mengangkat buku-buku
laporan audit] Satu, ini tiga, ini tiga berat. Dua kali angkat ini tiga, enam. So, ini termasuk
jam dinding. Kalau 100 dia letak RM3,810, 200 dia letak RM14,17- 70 kali ganda. Ini yang
kita dengar, Ahli-ahli Yang Berhormat balik baca, lagi dahsyat.
So, kita terima laporan ini saya setuju untuk siasat, dedah dan dakwa. Kalau
Kementerian Kewangan membisu atau apologetik sahaja ulang lagi, ulang lagi. Jadi kita
tidak mahu. Pertama kita tidak mahu rasuah. Kedua, kita tidak mahu dia pergi neraka.
Betul, rasuah ini neraka. Betul?... Betul, bangunlah [Ketawa] Jadi Tuan Yang di-Pertua,
saya ucapkan tahniah kepada Audit. Ada orang suka Laporan Ambrin Buang, ada orang
tak suka. Akan tetapi demi negara, bangsa, maruah imej dan integriti kita, kena buatlah.
Ada lagi hendak tanya?
Okey saya pergi kepada Butiran B.62 – Polis Diraja Malaysia. Tahniah kerajaan.
Banyak beri bantuan kepada polis dan askar. Akan tetapi kita kena ingat agensi yang
membantu keamanan negara bukan polis dan askar sahaja, termasuk juga kastam,
imigresen dan lain-lain agensi. Jadi saya harap kajian kepada gaji, kemudahan,
perumahan, kebajikan, kenderaan dan naik pangkat hendaklah disamaratakan. Termasuk
pekerja-pekerja Parlimen, termasuk Senator. Jadi yang polis itu okey, saya tidak dengki,
yang askar itu okey tidak dengki, tetapi ada pegawai-pegawai perkhidmatan yang lain
yang perlu ditumpukan supaya ada rasa, “Sama rata, sama rasa.” Ini konsep kerajaan
yang kena transformasi, perubahan.
Jadi saya percaya kerajaan dengar dan saya hendak sentuh sedikit mengenai
Pengurusan Imigresen. Saya sokong beri duit tetapi harap turun bawah, turun padang.
Apa hakikat yang sebenarnya yang berlaku dalam Imigresen? Mungkin kita dengar
pegawai imigresen dan pegawai kastam kena bunuh. Ada sebab. Bukan kita hendak
tengok dia kena bunuh sahaja. Bukan kita hendak tengok dia mati sahaja. Akan tetapi
DN.7.10.13 90
hanky-panky di belakang sana. Kena pantau, kena jalan, kena siasat. Saya dan kawan-
kawan terkejut apabila tangkapan dibuat di laut menyebabkan pegawai-pegawai kastam
bagi rasuah kepada bot-bot nelayan asing, contoh nelayan Vietnam.
Jadi apakah sebagai orang kuat kuasa imigresen dan kastam boleh buat apa
sahaja. Tidak boleh, tidak boleh buat apa sahaja. Kita dilindungi oleh undang-undang dan
agama. Saya harap kena pantau bajet yang dibuat, yang diberikan saya harap ada unsur-
unsur motivasi, unsur-unsur agama dan unsur-unsur pendidikan yang perlu dan mesti
dikuatkan kepada kalangan penguat kuasa undang-undang khasnya melibatkan kuasa
duit. Kastam kah, polis kah? Kena ada pendidikan dalaman supaya mereka jujur dalam
melaksanakan undang-undang, bukan untuk diri dan bukan untuk ambil kesempatan.
Sebaliknya dia kena bersedia jadi pegawai yang berintegriti, menjaga maruah diri,
keluarga, bangsa dan negara.
Saya juga hendak sentuh program khusus ialah Sistem Biometrik Warga Asing
dan Sistem Sekuriti Nasional. Kini banyak sangat orang asing. Saya sudah cakap tuan-
tuan sudah cakap berbuih mulut supaya kuranglah PATI-PATI ini buat apa banyak
sangat. PATI ada 3 juta yang sah, yang tidak sah ada 2 juta lebih. Pekerja Malaysia ada
12 juta. Jadi kalau ada 5 juta berapa percent, berapa percent? Lebih daripada 48% dan
merupakan negara yang handal, yang paling banyak pekerja asing di dunia, betul? Betul
Yang Berhormat Senator Syed Shahir? Kalau betul diamlah, kalau hendak cakap,
cakaplah.
Akan tetapi saya hendak khabar, saya tidak puas hati ramai sangat PATI. Bukan
tidak boleh, 1 juta cukuplah, 2 juta habis tinggi. Ini 3 campur 2 jadi 5 juta. Sampai anak-
anak bangsa kita tidak boleh kerja. Pergi kedai makan, PATI, pergi kedai, PATI. Nasib
baik guard di Parlimen tidak PATI. Di luar ini PATI?... PATI. Jadi bangsa Malaysia tidak
ada Tuan Yang di-Pertua. Saya hitam bukan Bangladesh. Akan tetapi hendak khabar
pergi supermarket, PATI, pergi hotel, PATI, pergi resort, PATI, pergi pantai, PATI, dalam
hutan, PATI, semua PATI. Jadi sistem ini saya sokong tetapi bukan sahaja sistem hendak
pemutihan tetapi kena pantau, kena sekat, kena ada limit.
■1650
Contoh, cukuplah 20% pekerja asing. Ini 48%, banyak sangat. Bukan kita tidak
sedar, negara kita pengangguran hebat. Apabila kita tanya, pengangguran berapa? “Oh!
Kecil sahaja 3%.” Bangsa-Bangsa Bersatu kata kalau 3% macam tidak ada pengaruh. Ya,
betul. Akan tetapi apabila 3% ditukar kepada angka jadi 400,000 lebih belia Malaysia laki-
laki dan perempuan menganggur. Seramai 400,000, pening kepala kita. Lebih-lebih lagi
hendak pilihan raya. “Tidak ada kerja, tidak sokong.” Oleh sebab itu orang muda tidak
DN.7.10.13 91
sokong Barisan Nasional, sebab orang muda ramai menganggur. Keluar universiti
menganggur. Sekarang budak-budak universiti menganggur ada lebih kurang 150,000
orang lebih. Ramai! SPM lagi ramai.
Jadi kita ingat sistem ini bagus. Cap 10 jari, kalau boleh 20 jari, sekali kaki dan
tangan. Akan tetapi ini tidak cukup. Ini tidak settle. Pemutihan cuma kaedah, pemutihan
cuma sistem. Yang saya hendak tegur ialah bukan sistem, yang saya hendak tegur dasar
yang tidak betul. Dasar yang kena dikaji balik supaya, “kera di hutan jangan disusukan
anak di buaian jangan kelaparan.” Itu yang saya hendak sentuh.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingat ambang tahun hadapan kena buat satu
dasar baru, bukan ia datang kita terima. Semua kena pantau. Dasar kena ada. Berapa
percent kena ada. Yang datang tidak hendak balik kena tangkap. Yang rasuah beri pada
pendatang asing kena tangkap. Itu contoh-contohnya sebab kita hendak jadikan negara
kita utamakan orang tempatan dahulu sebelum orang luar. Itu sahaja yang saya hendak
cakap.
Jadi, bajet sebanyak RM15 bilion ini saya sokong untuk lulus tetapi teguran-
teguran tadi hendaklah diambil kira. Jangan ulang lagi, jangan bajet lagi sekali perkara
yang sama yang berulang. Akan tetapi saya percaya. Di bawah kementerian baru,
Menteri-Menteri baru, pegawai baru, saya percaya teguran bukan dari saya malah, dari
semua orang diambil kira untuk kebaikan sama ada apa sahaja fahaman untuk kebaikan
semua bangsa dan negara kita. Amin Ya Rabbulalamin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sekarang
kita beralih ke...
Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya timbulkan sedikit
pencelahan?
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sudah bukan masa mencelah lagi
Yang Berhormat.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Lambat, tinggal kereta api.
Dr. Syed Husin Ali: Akan tetapi saya hanya hendak komen. Harap dapat
respons. Apa yang saya hendak tegaskan ialah bahawa saya setuju tentang pendapat
yang ditimbulkan dan sesetengah pendapat, tidak semua. Saya berharap bahawa
sebagaimana yang diharapkan oleh beliau, perkara-perkara yang ditimbulkan di sini dapat
dilaksanakan. Akan tetapi ada satu perkara yang saya rasa tidak disentuh oleh beliau dan
tidak saya sentuh iaitu daripada RM15 bilion...
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya fikir masa sudah habis. Ini
bukan masa mencelah Yang Berhormat.
DN.7.10.13 92
Dr. Syed Husin Ali: Komen saya yang harap dapat...
Timbalan Yang di-Pertua: Betul tetapi akan tetapi ini bukan masanya Yang
Berhormat.
Dr. Syed Husin Ali: Akan ada masa kemudian?
Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada, mungkin masa Yang Berhormat
hendak berucap nanti.
Dr. Syed Husin Ali: Saya sudah berucap.
Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin Yang Berhormat boleh minta...
Dr. Syed Husin Ali: Kemudian barangkali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat atas kerjasama itu.
silakan Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin. Silakan Yang
Berhormat.
4.54 ptg
To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih kerana sekali lagi memberi laluan kepada saya untuk turut
serta membahaskan dalam pindaan Akta Perbekalan Tambahan (2013) 2013.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengemukakan perbekalan tambahan
sebanyak RM14.1 bilion bagi Parlimen, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan
Awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perbendaharaan,
Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan 10 kementerian-kementerian yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh berhubung dengan B.6
Jabatan Perdana Menteri di bawah Butiran 421800 – TV AlHijrah iaitu tambahan
peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menampung perbelanjaan tambahan operasi. Untuk
pembayaran pemberian dan berkenaan bayaran tetap, TV AlHijrah ini telah ditubuhkan
semenjak 2009 lagi sebagai TV Islamic pertama di negara ini. Akan tetapi mula
beroperasi hanya pada 7 Disember 2010 yang bersiaran selama 18 jam sahaja.
Selain TV AlHijrah Malaysia mempunyai satu lagi saluran TV Islamic iaitu Astro
Oasis. Walau bagaimanapun, stesen TV ini adalah stesen TV berbayar. Malaysia
mempunyai lebih kurang 60% penduduk Islam. Jadi, keperluan stesen TV Islamic adalah
mendesak. Peranan TV AlHijrah adalah penting sebagai penyiar yang bukan sahaja
penghibur tetapi juga mendidik dan menyampaikan dakwah serta menyatupadukan
ummah. Tanggungjawab besar ini memerlukan TV AlHijrah ini menyediakan rancangan-
DN.7.10.13 93
rancangan seperti majalah, dokumentari, drama, berita, ehwal semasa, hiburan dan
sebagainya berlandaskan prinsip Islam.
Setelah beroperasi hampir tiga tahun dan mendapat sambutan yang agak baik
dari penonton negara ini, namun stesen TV AlHijrah ini masih tidak dapat berdikari untuk
menampung kos operasi dan seterusnya membuat keuntungan. Saya ingin mendapat
penjelasan kerajaan, langkah-langkah dan strategi yang dirancang bagi TV mendapat
pendapatan bagi menampung kos operasi. Berapakah pendapatan TV AlHijrah melalui
iklan dan penajaan? Apakah TV AlHijrah mempunyai sasaran untuk berdikari dan
seterusnya mendapat keuntungan? Dari segi modal pula TV AlHijrah, saya ingin
mendapat penjelasan sama ada kerajaan bercadang membuka pelaburan awam bagi
membesarkan modal TV AlHijrah?
Tuan Yang di-Pertua, keduanya saya ingin menyentuh Maksud B.27 Kementerian
Kerjaya Raya, Butiran 060100 iaitu bagi menampung keperluan tambahan perbelanjaan
penyelenggaraan bangunan guna sama persekutuan sebanyak RM16.9 juta. Berhubung
dengan kompleks bangunan guna sama persekutuan yang kini terdapat 64 buah
kompleks seluruh negara, meliputi empat zon, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan
khususnya Kementerian Kerja Raya sama ada mempunyai cadangan dan perancangan
membina lebih banyak kompleks guna sama persekutuan di seluruh negara di masa
hadapan termasuk di Terengganu sendiri. Khasnya di Marang yang pernah sebelum ini
saya telah membawa ke Dewan yang mulia ini.
Ketiganya berhubung dengan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya ini iaitu
bayaran pampasan tol sebanyak RM5.2 juta berhubung dengan peruntukan tambahan
sebanyak RM5.2 juta untuk menampung baki bayaran tol berdasarkan pengiraan trafik
sebenar. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan kewajaran kerajaan terpaksa
membayar semula kutipan tol ini.
■1700
Malah anggaran bayaran tol 2013 yang diluluskan adalah sebanyak RM340 juta.
Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan jumlah kutipan tol seluruh negara bagi
tahun 2013 terkini dan kenapakah kerajaan terpaksa menanggung pembayaran tol ini?
Tuan Yang di-Pertua, keempat saya ingin menyentuh berhubung dengan Maksud
B.41 - Kementerian Pendidikan bagi butiran 030700 bagi pendidikan Islam sebanyak
RM9.1 juta. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, langkah yang diambil oleh
kerajaan bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di peringkat rendah dan menengah
termasuk juga peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja memastikan setiap
pelajar mendapat pengetahuan Islam dari segi akidah dan ibadah tetapi juga melahirkan
DN.7.10.13 94
pelajar yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi. Matlamat pendidikan bukan
sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik tetapi juga yang
berakhlak mulia, berbudi pekerti dan bersahsiah.
Dalam hubungan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan apakah
langkah kerajaan bagi memantapkan lagi program j-QAF yang bermatlamat bagi
memperkasakan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajian jawi, Al-
Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang telah dimulakan sejak tahun 2005 lagi. Saya juga
ingin mendapat penjelasan kerajaan bilangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
yang mendapat manfaat dari program j-QAF.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh Maksud B.48 - Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung dengan butiran 070000 -
program khusus peruntukan sebanyak RM100 juta bagi menampung keperluan tambahan
peruntukan bantuan kebajikan kepada keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga
emas. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan bilangan
keluarga OKU dan warga emas yang mendapat bantuan kerajaan sekarang ini.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan mempunyai
pangkalan data yang lengkap berhubung dengan warga emas, OKU dan keluarga miskin
yang memerlukan bantuan kebajikan. Tentang bantuan kebajikan itu tadi, saya juga ingin
mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula tentang takrif warga emas yang kini
ditakrifkan sebagai individu yang berumur 60 tahun kepada 55 tahun ke atas. Itu sahaja
saya kira Tuan Yang di-Pertua dan dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima
kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin
mempersilakan Yang Berhormat Puan Hajah Mariany.
5.04 ptg.
Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam
sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk
membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 yang mana sebanyak
RM14 bilion diperlukan bagi tujuan perkhidmatan dan perbelanjaan kerajaan. Secara
umumnya, rang undang-undang ini yang dipohon oleh kerajaan bagi menampung
keperluan perbelanjaan perkhidmatan oleh kementerian dan jabatan kerajaan untuk
melaksanakan penyampaian kerajaan untuk kepentingan rakyat.
DN.7.10.13 95
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang perlu diatasi secara
berhemah dan efektif untuk mengelakkan perbelanjaan tambahan di luar bajet bagi setiap
tahun kewangan kerajaan perlu diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya. Bagi
Maksud B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan yang mana melibatkan sejumlah
RM11.8 bilion, kerajaan perlu memberikan penjelasan sewajarnya berhubung dengan
perbelanjaan yang digunakan. Mungkin sedikit perincian diperlukan di mana agihan itu
dibuat ke sektor-sektor yang berkenaan.
Seterusnya saya ingin menyentuh B.11, terutamanya Program SRP iaitu dengan
izin, Subsidy Rationalization Programme di mana pada awal September 2013 kerajaan
telah menaikkan harga minyak fosil sebanyak 20 sen. Ekoran kenaikan ini perbelanjaan
isi rumah telah meningkat dan kenaikan barangan pengguna sudah tidak terkawal lagi
Tuan Yang di-Pertua. Untuk itu, bagi menjayakan hasrat kerajaan melalui pemantapan
program SRP tadi, kerajaan perlu mengatur semula pembiayaan kewangan bagi subsidi
minyak dan barangan pengguna. Ketirisan subsidi ini hendaklah dibendung.
Seterusnya salah satu perkara yang perlu dikawal secara efektif ialah pemberian
subsidi minyak diesel kepada nelayan hendaklah menepati jumlah pendaratan ikan yang
sebenar agar harga ikan di pasaran tempatan lebih rendah. Kegiatan orang tengah mesti
dihapuskan dengan segera dan kenaikan harga ikan dan makanan basah perlu dikawal
sepenuhnya. Sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, urusan kendalian pemberian
subsidi diesel kepada nelayan perlu diperbaiki dan diperkemas. Untuk itu, saya memohon
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperhebatkan urusan tadbir subsidi
agar penggunaan dana kerajaan bagi menampung skim subsidi barangan makanan lebih
bermakna dan kenaikan harga barangan makanan di pasaran dapat dikawal secara
efektif.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang
Berhormat Puan S. Bagiam.
5.07 ptg.
Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal: Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk turut membahaskan
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Maksud B.48 - Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya lihat terdapat peruntukan
sebanyak RM126,665,400 telah diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan
DN.7.10.13 96
Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang
mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga rakyat seperti mana yang diteladani
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
Apabila saya meneliti peruntukan tambahan ini khasnya bagi Maksud B.48, saya
lihat sebahagian besar telah diagihkan kepada bantuan kebajikan bagi keluarga miskin,
orang kurang upaya dan warga emas. Ini adalah salah satu agenda pembangunan
negara bagi memastikan tiada seorang pun tercicir dalam arus pembangunan selaras
dengan hasrat kepimpinan negara.
Pada masa yang sama, saya ingini sarankan agar kementerian ini dapat meneliti
kembali prosedur serta kelayakan seseorang itu untuk mendapatkan bantuan dari
kerajaan. Ini kerana tahap pembangunan ekonomi yang amat pesat serta putaran
ekonomi negara dilihat amat positif. Sehubungan dengan ini ramai yang sebelumnya ini
terdiri daripada golongan yang hampir melepasi garis kemiskinan yang masih tersesat.
Kriteria yang diguna pakai oleh kementerian dalam membuat tapisan kelayakan khasnya
miskin bandar juga harus diteliti kembali kerana kelayakan ini adalah satu panduan telah
lama wujud dan berpandukan kedudukan semasa yang telah lama luput.
■1710
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan bantuan kepada golongan
warga emas. Saya sarankan agar bantuan yang dipanjangkan kepada warga emas dapat
dilebarkan lagi bagi kemudahan serta menghargai pengorbanan mereka dalam
pembangunan negara kita yang sudah lama. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mencadangkan agar kerajaan dapat berusaha untuk menambahkan lagi kemudahan-
kemudahan diskaun kepada warga emas dan juga ibu tunggal agar tidak hanya berhenti
setakat diskaun untuk perjalanan seperti KTM, bas dan sebagainya. Jika kerajaan dapat
menubuhkan perhatian yang lebih serius, saya percaya banyak lagi badan-badan
korporat akan turut serta dalam usaha membantu warga emas dan ibu tunggal.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya berhubung dengan maksud B.62 –
Kementerian Dalam Negeri. Sedikit sahaja mengenai perkara empat di mana sebanyak
RM20 juta telah diperuntukkan untuk menampung meningkatkan pengeluaran MyKad.
Saya ingin menekankan agar Jabatan Pendaftaran meneliti betul-betul apabila
memproses MyKad ini. Saya dapat– ada beberapa kes yang di mana yang ditempatkan
dalam MyKad ini sering tidak dapat dibaca walaupun kad itu baru dikeluarkan.
Sebenarnya kualiti MyKad itu sendiri dilihat kurang memuaskan kerana banyak transaksi
gagal seperti penggunaan di sektor perbankan, Touch ‘n Go dan sebagainya. Oleh yang
DN.7.10.13 97
demikian, adalah penting untuk semua pihak agar kualiti MyKad itu ditingkatkan dengan
kadar segera. Saya pohon agar JPN dapat mengatasi masalah ini dengan segera kerana
ianya boleh menjejaskan kualiti serta imej negara.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai maksud
B.45 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Akhir-akhir ini kita telah membaca
mengenai kemalangan terhadap atlet-atlet atau ahli sukan kita yang meninggal dunia atau
cedera parah semasa di latihan atau pertandingan. Takziah saya ucapkan kepada
keluarga mereka. Persoalannya adalah, apakah kerajaan mempunyai satu skim insurans
kepada atlet-atlet kita? Saya dapati jumlah perlindungan insurans kepada atlet-atlet kita
dilihat amat rendah dan kemungkinan besar tidak akan membantu keluarga mereka. Saya
ingin sarankan agar kementerian dapat meneliti kembali agar satu sistem perlindungan
yang komprehensif dapat diberikan kepada semua atlet yang bertanding di peringkat
daerah hingga kebangsaan. Ini secara tidak langsung akan membantu atlet-atlet kita
untuk mencapai kejayaan yang lebih baik tanpa rasa risau jika berlaku sebarang
kemalangan. Dalam isu yang sama mengenai padang-padang bola di semua stadium kita
tidak kira peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Baru-baru ibni saya terbaca mengenai kelemahan-kelemahan penyelenggaraan
padang bola sepak yang tidak begitu baik. Apakah kementerian mempunyai satu garis
panduan yang menyeluruh dalam menguruskan padang permainan terutamanya apabila
kita menjemput pasukan-pasukan antarabangsa bermain di negara kita. Mohon agar
kementerian dapat memberikan perhatian yang serius dalam perkara ini. Tuan Yang di-
Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya ingin
mempersilakan Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali. Dia tidak ada. Seterusnya Yang
Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus.
Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua dan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang
Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013.
Tuan Yang di-Pertua, Wilayah Persekutuan Labuan ialah sebuah pulau yang kini
sedang pesat membangun di bawah naungan Kerajaan Barisan Nasional. Pembangunan
Labuan adalah merangkumi pelbagai sektor terutamanya sebagai hab industri minyak dan
gas yang sedang bergerak pantas di industri hab halal dan juga dalam sektor
pelancongan memandangkan Labuan memiliki sedikit landskap daratan dan laut yang
indah untuk diterokai.
DN.7.10.13 98
Pada saya permohonan yang pesat ini sememangnya memerlukan permohonan
infrastruktur yang teratur dan sempurna agar pembangunan akan kekal sampai bila-bila.
Saya di sini ingin mengesyorkan idea atau isu keperluan perkhidmatan bomba dan
penyelamat laut. Izinkan saya menyentuh mengenai keperluan perkhidmatan bomba dan
penyelamat laut di Pulau Labuan. Saya berterima kasih kerana atas ketangkasan pihak
bomba dan penyelamat Labuan yang selama ini memberikan perkhidmatan yang sangat
baik dan berwibawa. Labuan kini berkembang maju dan pesat membangun terutamanya
dalam bidang industri minyak dan gas dan juga pelancongan. Di samping penduduk
Pulau Labuan ini menghampiri angka 100,000 orang.
Di samping bilangan kapal-kapal dan bot-bot yang berlabuh di perairan Labuan
seperti tugbot, barge, kapal tangki, kapal kargo dan bot-bot penumpang yang berulang
alik ke Labuan dari Sabah, Sarawak dan Brunei. Maka keperluan perkhidmatan bomba
dan penyelamat laut dapat dilihat setelah berlakunya nahas kebakaran 26 Julai 2012
yang lalu, meragut lima nyawa yang melibatkan kapal tangki MISC Bunga Alpinia. Selain
mengawas kapal-kapal yang terdiri daripada tanker, tugbot, kapal kargo, barge dan bot
penumpang yang sentiasa berulang alik daripada perjalanan domestik dan luar negara,
pasukan ini juga dilihat berperanan dalam mengawal kebakaran di kawasan perumahan
atas air bagi beberapa buah kampung berdaftar yang terdapat di Pulau Labuan. Ia
dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 buah bot dan kapal-kapal sedang berlabuh dan
ulang-alik ke Labuan dari luar Labuan seperti bot-bot penumpang dan feri penumpang
dan juga feri kenderaan.
Tuan Yang di-Pertua, saranan saya mohon agar ditubuhkan perkhidmatan selain
bomba dan penyelamat yang berperanan mengawal dan menyelamat di daratan, kita juga
ingin perkhidmatan bomba dan penyelamat laut yang mana wujudnya perkhidmatan ini
akan meyakinkan permain industri dari luar negara untuk melabur dalam pelbagai sektor
di pulau ini. Kita juga mahu perkara seperti nahas kapal tangki MISC Bunga Alpinia yang
telah meragut lima nyawa tidak berulang kembali. Juga beberapa kebakaran yang
kemalangan kecil.
Oleh yang demikian penubuhan perkhidmatan membuat tepian laut ini sangat
diperlukan memandangkan Pulau Labuan dikelilingi oleh lautan yang dalam. Satu isu lagi
ialah iaitu di mana pembiakan untuk ikan-ikan seperti tukun tiruan.
■1720
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh di sini adalah mengenai penambahan
tukun tiruan di Pulau Labuan dan di sekitar Pulau Labuan sebagai tempat pembiakan
ikan. Dengan penambahan bilangan penduduk di pulau ini, maka keperluan protein
DN.7.10.13 99
makanan yang ada juga adalah tinggi bagi mengimbangi kehidupan penduduk. Sedang
berusaha untuk menggalakkan cara penangkapan ikan seperti pancing dan usaha-usaha
lain untuk penangkapan ikan bagi memenuhi keperluan khasnya di Labuan. Kita perolehi
sumber ikan daripada nelayan-nelayan tempatan namun kita juga terpaksa mengimport
sumber ikan daripada luar terutamanya daripada negeri Sabah.
Cadangan saya maka dengan ini, supaya tukun tiruan ini dapat ditambah
bilangannya di perairan Labuan. Jabatan Perikanan khasnya di Labuan mestilah
berusaha untuk menambahkan sumber protein di sini di mana Jabatan Perikanan
haruslah membuat satu usaha agar ikan-ikan di perairan Labuan berkembang biak iaitu
dengan menambahkan bilangan tukun tiruan. Ini adalah kerana pembinaan tukun tiruan
ini sedikit sebanyak dapat menjadikan kawasan berkenaan sebagai pusat pembiakan ikan
dan sekali gus ianya akan dapat membantu golongan rakyat nelayan untuk menambah
jumlah tangkapan ikan. Saya juga maklum bahawa sebelum ini sebilangan tukun tiruan
telah pun ditenggelamkan di perairan Labuan oleh Jabatan Perikanan, namun usaha ini
perlu diteruskan agar sumber bekalan sentiasa mencukupi keperluan kemudahan bagi
penggemar hobi memancing.
Satu lagi isu ialah mengenai dengan MAQIS dengan izin Malaysia Quarantine and
Inspection Services (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia). Tuan
Yang di-Pertua, pergerakan bahan-bahan pertanian, haiwan dan juga produk haiwan, ikan
hidup dan ikan mati adalah dikawal di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Akta
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 702]. Di antara empat
komponen di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Labuan dan juga
luar negara. Apa yang ingin diambil perhatian adalah mengharapkan bahan-bahan seperti
tersebut di atas di mana ianya di bawah kawalan akta berkenaan. Memandangkan suatu
ketika dahulu Labuan adalah sebahagian daripada Sabah yang mana pergerakan masuk
keluar bahan-bahan berkenaan tidak dikawal. Namun pada hari ini, pergerakan antara
Sabah dan Labuan adalah dikawal mengikut akta berkenaan.
Cadangan saya ialah saya mohon agar pergerakan keluar dan masuk bahan-
bahan berkenaan dapat dilonggarkan. Ini adalah kerana Wilayah Persekutuan Labuan
masih bergantung harap dengan hasil bahan-bahan berkenaan daripada Sabah yang
mana Labuan tidak mempunyai ladang ternakan. Ini kerana sedia ada yang diguna pakai
sekarang menyebabkan kemasukan bahan-bahan berkenaan tidak berjalan dengan
lancar yang akhirnya akan merugikan kedua-dua belah pihak sama ada pengeksport dan
juga pengimport di mana harga barangan pun melambung tinggi dari hari ke hari. Oleh itu,
kerja semula haruslah menjalankan agar kawalan kemasukan bahan-bahan di kedua-dua
DN.7.10.13 100
komponen ini iaitu Sabah; Labuan dapat dihapuskan supaya pergerakan akan lebih
efisien dan kebaikannya akan dapat dinikmati oleh kedua-dua kawasan.
Berkenaan dengan risiko penyakit terang-terangan pula, apa yang saya lihat di sini
pergerakan bahan-bahan ini adalah bebas tetapi pada hari ini adalah dikawal di antara
dua kawasan ini. Bererti penyakit dan serangga perosak adalah jenis yang sama telah
pun bertapak lebih awal di kedua-dua buah kawasan ini. Jadi sebelum ini akan lebih
melicinkan lagi pembekalan keperluan bahan-bahan pertanian seperti buah-buahan,
sayur-sayuran, telur ayam, daging dan sebagainya di antara kedua-dua buah kawasan.
Satu lagi masalah yang kita hadapi di Wilayah Persekutuan Labuan ialah mula
dengan Hospital Nukleus iaitu Pegawai Kimia Hayat C48. Hospital Nukleus Labuan ketika
ini hanya mempunyai lima orang pakar perubatan. Namun demikian, masih terdapat
jawatan penting yang perlu diwujudkan iaitu Pegawai Proses Kimia Hayat gred C48 di
Hospital Nukleus Labuan. Saya ingin mencadangkan supaya jawatan Pegawai Sains
Kimia Hayat dapat diwujudkan di Hospital Nukleus Labuan di mana ia akan lebih
memudahkan pakar-pakar perubatan agar dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien
dan cepat. Ditambah lagi dengan bilangan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang
semakin meningkat setiap tahun dan kemudahan juga boleh dinikmati oleh penduduk
yang berhampiran seperti Menumbok di Sabah, Kuala Penyuk, Sipitang di Sabah dan
Limbang di Sarawak.
Perkara terakhir yang saya ingin sentuh ialah keperluan perumahan untuk disewa
ataupun untuk didiami. Seperkara lagi isu yang saya ingin bincangkan lagi adalah
keperluan perumahan untuk didiami yang semakin mendesak di Wilayah Persekutuan
Labuan. Memandangkan kemajuan Labuan daripada pelbagai sektor semakin rancak
sama ada daripada sektor kerajaan dan sektor swasta, maka dengan ini telah timbul
keperluan yang mendesak berkaitan dengan perumahan untuk disewa oleh kakitangan
kerajaan ataupun pihak-pihak yang memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman terdapat pekerja yang bekerja di Wilayah
Persekutuan Labuan terpaksa berulang alik daripada Menumbok iaitu Sabah seberang
Labuan menggunakan perkhidmatan bot laju setiap hari. Oleh itu, ini sedikit sebanyak
akan menjejaskan prestasi kerja dan kadang kala terpaksa datang lambat ke Labuan
memandangkan perkhidmatan bot laju ini bergantung kepada faktor cuaca pada tiap-tiap
hari. Apa yang saya mohon ialah sekiranya dapat diperbanyakkan pembinaan perumahan
mampu milik ataupun perumahan sewa kerajaan agar dapat membantu mengatasi
masalah perumahan yang kian meruncing dan sangat-sangat diperlukan oleh rakyat. Kita
DN.7.10.13 101
sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah pun membina rumah mampu milik di Labuan
namun perjalanan masalahnya masih kurang memuaskan.
Untuk tahun-tahun yang akan datang, nescaya dengan pertambahan penduduk di
pulau ini, maka akan bertambah serius sekiranya pelaksanaan untuk menambah
perumahan mampu milik atau perumahan kerajaan tidak disegerakan. Memandangkan
kini ruang rumah di kampung-kampung ataupun taman-taman perumahan yang telah
habis disewakan oleh pegawai kerajaan atau pihak-pihak persendirian yang mana tidak
dapat menampung keperluan rumah seharian. Bagi keluarga yang bekerja di peringkat
rendah, perkara ini adalah sangat ketara apabila elaun perumahan yang diterima
sebenarnya tidak mencukupi berikutan kadar sewa yang tinggi di sini atau di Labuan. Ini
berikutan kekurangan bilangan rumah sewa di pulau ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya kita ada
satu minit lagi sebelum saya dapat tangguhkan Dewan ini. Esok 8 Oktober kita ada lebih
kurang tujuh orang lagi yang ingin berbahas mengikut catatan saya. Jadi harap bersedia
untuk esok. Sekarang masa tepat pukul 5.30 petang, maka saya tangguhkan Dewan ini
sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 8 Oktober 2013.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.]
top related