esei eropah lengkap.pdf
Post on 14-Apr-2018
351 Views
Preview:
TRANSCRIPT
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 1/23
1
1.0 Pengenalan.
Perang Dingin ialah sebuah era bagi persiangan antara Dua Blok merangkumi Blok
Demokrasi dan Komunis selapas berakhirnya Perand Dunia Ke-2. Ia dikenali Perang Dingin
ekoran tidak membabitkan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar
atau secara besar-besaran. Antara pendekatan “perang” yang dijalankan semasa Perang
Dingin adalah melalui tekanan ekonomi, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan
tahap rendah dan Perang Proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan
Soviet pada 1991. Penggunaan istilah Perang Dingin ini telah banyak digunakanpakai oleh
penasihat politik Amerika Syarikat iaitu Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan
mengenai Doktrin Truman. Persoalan Jerman dikatakan adalah masalah utama adalah
merangkumi pebagai masalah atau konflik yang terjadi dalam negara Jerman itu sendiri
yang seterusnya menjadi pencetusnya Perang Dingin di Eropah iaitu bermula selepas
temeterainya Perjanjian yang dikenali Perjajian Postdam 1945.
2.0 Perjanjian Postdam.
Dengan jatuhnya bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki telah membawa kepada
berakhirnya Perang Dunia ke-2 dan telah membawa kepada beberapa siri rundingan yang
seterusnya membawa dunia kepada kancah Perang Dingin. Sebelum termeterainya
Perjanjian Postdam di Jerman, panca-Perang Dunia ke-2 menyaksikan termeterainya
rundingan awal sejak tahun 1943-1945 iaitu di yang telah berlansung di Teheran dan kedua
di Yalta. Siri rundingan ini dijalankan adalah dalam dalam usaha mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah yang berlaku di negara-negara Eropah oleh negara Amerika
Syarikat, Britain, Perancis, dan Uni-Soviet. Selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2 (PD2),
Jerman telah dibahagikan kepada empat (4) wilayah yang dilaksanakan semasa Perjanjian
Postdam pada tanggal 26 Julai 1945.1 Perjanjian ini, telah dipengerusikan oleh Presiden A.S
pada masa tersebut iaitu President Henry Truman bersama-sama dengan deligasi pemimpin
dunia yang lain melibatkan Winston Churchill (Britain), Chiang Kai-shek (Republic Rakyat
China) dan Joseph Stalin (Soviet Union).2
1 Robert J.C. Butow, Japan’s Decision to Surrender , Britain: Stanford University Press, 1954, hlm 1.
2 ibid . Hlmn. 3-4
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 2/23
2
Terdapat beberapa perkara yang telah dimetraikan melalui persidangan yang telah
dijalankan di Postdam tersebut. Antaranya ialah melibatkan negara Jerman itu sendiri di
mana telah membawa kepada pemangkin tercetusnya gerbang Perang Dingin antara Blok
Barat dan Blok Timur (Soviet). Wilayah-wilayah di Jerman khasnya telah dikuasai oleh empat
buah negara kuasa besar pada masa tersebut yang merangkumi Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, dan Uni-Soviet. Ibukota Berlin, sebagai pusat kawalan, juga dibahagikan menjadi
empat wilayah walaupun kota ini sendiri terletak jauh di dalam kekuasaan Soviet. Usaha
yang dijalankan menemui kata buntu dan mengeruhkan hubungan antara Blok Berikat dan
Soviet yang seterusntya membawa kepada Perang Dingin.3 Keadaan syak wasangka juga
mula kelihatan semasa persidangan tersebut ekoran sikap pemimpin Berikat iaitu Henry
Truman (Amerika) dan Clement Atlee (Perancis) mengambil langkah berhati-hati dalam isu
perebutan pengaruh atau wilayah di Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia terutamanya di
Jepun.4
Selain daripada perkara yang dinyatakan seperti di atas, rundingan juga dijalankan
terhadap perkara melibatkan beberapa perkara lain yang banyak merangkumi negara
Jerman itu sendiri. Antaranya seperti, penghapusan industri-industri yang terdapat di
Jerman dalam usaha menyekat segala pembinaan senjata yang berasaskan industri yang
wujud di Jerman pada masa tersebut. Kilang-kilang senjata yang terdapat di serata Jerman
ini banyak telah dimusnkankan atau diambil alih oleh pihak tentera Bersekutu yangmelibatkan Amerika Syarikat, British dan Perancis. Selain itu, segala bentuk persatuan dan
kegiatan militeri yang masih lagi wujud di serata Jerman juga telah digantung
kewujudannya dalam usaha membendung kebangkitan semula Jerman sebagai kuasa
ketenteraan di Eropah. Dasar tersebut dijalankan dalam usaha membendung kesatuan
rakyat Jerman dan tersebar kembali ideologi Nazisme pada masa tersebut yang mampu
mewujudkan peperangan baru di negara-negara Eropah khasnya.5
3 “Faktor Berlakunya Perang Dingin” dalam,
http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/08/faktor berlakunya-perang-dingin.html, diakses
pada 05 Mac 2013.
4 Mohd Azizuddin Mohd Sani, Amerika Syarikat: Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin 1989- 2000 , Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2012, hlm 12.
5
“WWII BEHIND CLOSED DOORS: STALIN, THE NAZIS AND THE WEST”dalam,www.pbs.org/behindcloseddoors, diakses pada 20 Mac 2013.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 3/23
3
Dalam persidangan ini juga, Parti Sosialis National (PSN) yang pada awalnya telah
dipimpin oleh Adolf Hitler telah diharamkan kewujudannya di Jerman. Dasar yang telah
dimeteraikan dalam Perjanjian Postdam ini adalah dalam menyekat pergerakan yang bersifat
fahaman Nazi daripada terus berlaku di Jerman yang banyak digerakkan oleh PSN. Namun
begitu, walaupun wujud segala bantuk sekatan yang telah dipersetujui oleh negara-negara
yang bersidang di Postdam, rakyat negara Jerman telah banyak diberi kebebasan dalam
beberapa aspek. Antaranya seperti membaik pulih sistem militeri mereka yang banyak
hancur semasa perang, kebebasan dalam berucap (bersuara), hak bermedia dan hak
beragama.6 Segala bentuk dasar-dasar yang dijalankan semasa Perjanjian Postdam ini
banyak bertujuan membentuk negara Jerman sebagai sebuah negara yang baru di bawah
pengusaan kuasa Bipolar yang wujud semasa pasca Perang Dunia ke-2 iaitu melibatkan
negara Amerika Syarikat dan pihak Soviet Union. Percanggahan pendapat yang wujud
ekoran perjanjian yang tekah dimeterai banyak dilihat ekoran banyak kata putus yang
termeterai dalam perjanjian ini banyak cenderung kepada pihak Bersekutu dan mendatang
rasa ragu-ragu pihak Soviet dengan dasar yang telah dimeteraikan. Hal ini, menyebabkan
banyak perjanjian tersebut menemui kata buntu dan seterusnya ketegangan mula wujud di
antara kedua-dua kuasa tersebut yang membibitkan legasi Perang Dingin di Eropah
khasnya.
3.0 Tindakkan Soviet Union dan Amerika Syarikat Terhadap konflik di Jerman
yang Mencetuskan Perang Dingin.
3.1 Dasar Cominform 1947 Oleh Soviet.
Cominform ialah Biro Maklumat Komunis juga dikenali sebagai Communist
Information Bureau yang telah ditubuhkan pada bulan September 1947 oleh Stalin.
Cominform ini ditubuhkan bagi menarik kerjasama antara negara-negara komunis di
Eropah.7 Matlamat utama Stalin adalah menjadikan negara-negara komunis di Eropah
dengan gaya komunis Soviet adalah bagi mengekalkan pengaruh dan kedudukan Stalin di
Eropah. Hubungan perdagangan diantara negara komunis juga turut digalakkan. Semua
yang menyertai Cominform adalah dari negara Komunis. Antaranya ialah Czechoslovakia,
6 ibid. Diakses pada 20 Mac 2013.
7
Cominform and Comecon dalam www.gcsehistory.org.uk/modernworld/coldwar/cominform.htm diakses pada 17 Mac 2013.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 4/23
4
Perancis, Hungary, Itali, Poland Romania, Kesatuan Soviet dan Yugoslavia. Namun, negara
Yugoslavia telah membantah Cominform dan telah dibuang dari Cominform pada 1948
tetapi masih kekal sebagai negara Komunis.8 Yugoslavia telah dikeluarkan dari Cominform
kerana membantah Stalin dalam Perang Saudara di Greek.9 Terdapat tiga persidangan yang
berlangsung selama Cominform ini ditubuhkan. Persidangan pertama adalah pada 22
sehingga 28 September 1947, persidangan kedua pula berlangsung pada 19 sehingga 23
Jun 1948 dan persidangan terakhir Cominform ialah pada 16 sehingga 19 November 1949.10
Cominform dianggap telah dihidupkan semula melalui Komunis Antarabangsa atau
Comintern , yang sebelum telah mengalami pembubarannya pada tahun 1943 telah dikawal
dengan berkesan pihak komunis di luar negara sebagai instrumen Dasar Soviet. Walaupun ia
tidak mempunyai satu struktur asas, cominform telah berjaya menandakan Moscow sebagai
penentuan untuk mengenakan blok disiplin di Eropah Timur dengan menyampaikan ideologi
ortodoks. Walaupun pihak Komunis Asia menghadiri persidangan Cominform pada 1950 di
Bucharest, namun organisasi tersebut masih gagal lagi bagi memajukan Cominform.
Cominform dilihat bertambah merosot selepas 1951, apabila pemimpin Itali iaitu Palmiro
Togliatti, enggan untuk menjadi setiausaha agung pertama. Cominform akhirnya telah
dibubarkan oleh Nikita Krushchev pada April 1956.11
3.2 Dasar Pembendungan (Containment ) 1947 oleh Amerika Syarikat.
Selepas Perang Dunia ke-2, negara Amerika Syarikat telah bangkit sebagai kuasa
ekonomi bukan penjajah terbesar yang berpengaruh luas di hampir seluruh dunia.
Bagaimanapun, sejurus selepas itu dunia mengalami perpecahan kepada dua puak besar
semasa Perang Dingin iaitu sebelah pihak diketuai oleh negara Amerika Syarikat dan sebelah
lagi ialah Soviet Union. Pergelutan ideologi ini berterusan hingga menjelang akhir abad ke-
20 dan telah memaksa Amerika Syarikat mengambil Dasar Pembendungan untuk membasmi
peluasan pengaruh komunis yang wujud dengan perlaksanaan Comirform oleh pihak Soviet
8 Negara komunis merupakan istilah yang digunakan oleh ramai ahli-ahli sains politik bagi menggambarkansuatu bentuk kerajaan yang mengistiharkan taat setia kepada Marxisme atau Lenisme.
9Joseph H. Smith, The A to Z of The Cold War, Maryland: Scarecraw Press. Inc, 2005, hlm. 116.
10 Procacci. Giulianne, The Cominform: Minute of The Three Conference 1947/ 1948/ 1949 , Feltrimeli Milano:Fondazlane Glangiancemo Feltrimelli, 1994, hlm. xxv.
11 Joseph H. Smith, op. Cit., hlm. 116
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 5/23
5
Union. Dasar ini, telah berkembang selama 45 tahun dalam memastikan pengaruh yang
mula menular daripada Soviet Union iaitu ideologi Komunis berlaku di Eropah.
Dasar Pembendungan ini berdiri teguh di atas tiga perkara pertama iaitu pertama
sebagai sebuah persediaan dan kekuatan ketenteraan di samping berkemampuan untuk
mencegah sebarang gerakan hegemoni dan ideologi Soviet Union (Komunism ). Perkara yang
kedua melibatkan pembangunan ekonomi dalam usaha Amerika Syarikat membangunkan
kekautan senjata dengan pantas serta berjaya meningkatkan taraf hidup dan produktiviti
golongan rakyat Eropah Barat. Teras yang ketiga ialah melibatkan aspek politik dan ideologi
di mana mewujudkan negara-negara Eropah yang berlandaskan ideologi demokrasi dan
menolak ideologi daripad pihak Soviet.12 Namun, dasar pembendungan ini bukanlah bersifat
strategi pertahanan semata-mata, namun dasar ini telah menjadi nadi atau instrument
penting dalam kemenangan Pihak Bersekutu semasa Perang Dingin.13 Pembentukan dasar
ini juga dalam mengelakkan berlakunya Perang Nuklear antara pihak Amerika Syarikat dan
Soviet yang pada masa tersebut berlumba-lumba dalam pembuatan senjata tersebut.
Pada peringkat awal, negara Amerika Syarikat tidak mengetahui cara yang sebenar
dalam melaksanakan dasar pembendungan di Eropah dalam usaha menyekat pengaruh
Soviet Union khasnya. Namun akhirnya dengan berasaskan Doktrin Truman, Presiden
Amerika Syarikat pada 12 Mac 1947 telah mengarahkan dasar pembendungan yang bersifat
bantuan ketenteraan telah dijalankan di negara Greece dan Turki apabila kerajaan British
tidak mampu untuk menyekat pengaruh komunis ke negara-negara tersebut. Namun,
beberapa petimbangan telah diambil oleh Amerika Syarikat ekoran pendapat daripada
sekutu lain merasakan pembangunan ekonomi Eropah Barat harus dipertimbangkan terlebih
dahulu daripada aspek perkembangan ketenteraan amnya. Dengan kata lain, pada peringkat
awal pihak Amerika Syarikat melalui dasar pembendungan telah berusaha membangunkan
ekonomi Eropah pada peringkat dalam menyekat dan membendung ideologi komunis masuk
ke negara-negara di Eropah Barat. Selain itu, Pihak Amerika Syarikat juga cuba
mendapatkan sokongan daripada beberapa persatuan beraliran komunis di negara Eropah
12 Mohd Azizuddin Mohd Sani, Amerika Syarikat: Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin
1989-2000 , Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2012, hlm 12.
13 G. S. Barrass, The Great Cold War: a Journey Through the Hall of Mirrors, Stanford: Stanford University Press,2009, hlm 45.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 6/23
6
seperti di Perancis, Itali dan Greece dalam usaha Amerika Syarikat menguasai secara
totalitarian Eropah Barat.14
Pada June 1947 menerusi pelaksanaan Plan Marshall, Amerika Syarikat telah
berusaha dalam membina semula negara-negara di Eropah dan perkara ini telah disambut
oleh pemimpin-pemimpnin di Eropah Barat amnya. Dasar ini telah diistiharkan Setiausaha
Negara Amerika Syarikat iaitu George C. Marshall, di Universiti Harvard yang selaras dengan
Dasar Pembendungan yang meliputi pembagunan yang berteraskan ekonomi dan bukannya
bersifat ketenteraan.15 Kewangan dan pelaburan telah banyak disalurkan menerusi
pembendeharaan Amerika Syarikat dalam usaha pembangunan dan pembaikpulihan
ekonomi serta Eropah Barat khasnya yang melibatkan anggaran sebanyak 12 billion Dollar.
Namun, Dasar Pembengunan yang bersifat ekonomi ini telah mendatangkan rasa takut
Amerika Syarikat yang kemungkinan negara Jerman akan kembali sebagai sebuah negara
yang kuat dan menyebabkan pada peringkat awal kerajaan Perancis tidak bersetuju dengan
perlaksanaam Dasar Pembedungan Amerika Syarikat tersebut di Eropah khasnya.
Oleh itu, Amerika Syarikat telah mula menjalankan dasar sekatan penuh terhadap
negara Jerman dalam usaha mendapat kembali sokongan dan keyakinan pihak Perancis.
Dasar Pembendungan berasaskan rancangan Marshall ini juga telah menyebabkan Soviet
Union mengambil tindakan supaya negara dibawah pengusaannya tidak terlibat dalam dasar
tersebut atas alasan takut rahsia dan kawalan ekonomi Soviet diketahui oleh pihak
Bersekutu. Kejayaan dasar ini dapat dilihat di Eropah yang dimana ekonomi Eropah telah
mula berkembang pada tahun 1952 dengan peningkatan sebanyak 200 peratus. Bantuan
ekonomi ini juga menyaksikan negara-negara lain seperti Itali, Belanda dan Belgium dapat
dipertahankan oleh Amerika Syarikat daripada kerajaan Soviet Union namun berbeza
dengan negara Czechoslovakia dan Jerman yang Berjaya dikuasai oleh pihak Soviet.
14 U.S. History , Detroit: Gale, 1997, Gale Student Resources in Context .
15 Etzold, T. E., and J. L. Gaddis, eds. Containment: Documents on American Policy and Strategy 1945 – 1950.New York: Columbia University Press, 1978, hlm 23.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 7/23
7
3.3 Sekatan Berlin 1948 oleh Soviet.
Hubungan tegang dalam Perang Dingin dilihat berlaku apabila wujudnya Sekatan
Berlin yang berlaku pada 1948 yang merupakan tahun-tahun awal berlakunya Perang Dingin
di Eropah. Pihak Soviet telah mengambil tindakan dengan mengenakan sekatan terhadap
sebahagian Berlin pada bulan April dan melakukan sekatan sepenuhnya pada bulan Jun.16
Sekatan bermula pada 24 Jun 1948 dan tamat pada 12 Mei 1949. Pembahagian kawasan
Berlin kepada empat iaitu British, Perancis, Amerika dan Soviet telah memudahkan lagi
sekatan yang dilakukan oleh Soviet.
Rajah 1: Berlin telah dipecahkan kepada empat kawasan yang dipisahkan melalui
sempadan masing-masing.
Rajah 2: Kedudukan Berlin berada di tengah-tengah kawasan Soviet.
16
Berlin Blockade dalam http://www.coldwar.org/articles/40s/berlin_blockade.asp diakses pada 19 Mac 2013
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 8/23
8
Kesatuan Soviet telah mengambil tindakan dengan menyekat semua perhubungan
air dan darat. Sekatan ini berlaku ekoran dari tindakan reformasi ekonomi dan telah
menetapkan Deutsche Mark 17 sebagai mata wang baru di Jerman Barat oleh pihak Sekutu
Barat.18 Reformasi ekonomi yang dilakukan adalah bertujuan bagi menggalakkan
perkembangan pemulihan ekonomi di Jerman.19 Pengenalan sistem ekonomi baru
diperkenalkan pada 23 Jun 1948. Sejurus pengenalan ekonomi, keesokkan harinya bermula
lah episod Sekatan Berlin oleh pihak Soviet.20 Sekatan yang dilakukan adalah bertujuan bagi
menghalau kuasa-kuasa barat daripada Berlin yang jaraknya terletak 180 km dalam Zon
Soviet. Mereka telah melakukan sekatan terhadap sistem perhubungan sama ada melalui
jalan raya, jalan kereta api dan jalan air ke Berlin. Amerika melihat tindakan yang dilakukan
oleh Soviet adalah cubaan memaksa mereka keluar dari Berlin.
Namun, Stalin pula mendakwa pengenalan mata wang baru dilihat sebagai
percubaan untuk menghancurkan ekonomi di Jerman Timur.21 Tambahan lagi Stalin melihat
Bantuan Marshall yang di undi oleh Kongress pada 31 Mei 1948 juga sebagai satu ancaman
bagi melemahkan pengaruh Soviet di Eropah Timur. Oleh itu, Soviet telah mengambil
tindakan segera dengan melakukan Sekatan Berlin bagi menangkis semua pengaruh yang
mahu menjatuhkan Soviet. Sekatan Berlin dilihat berlaku kerana Amerika dan Soviet
mempunyai matlamat yang berbeza ke atas Jerman. Perkara ini telah di bincangkan semasa
di Postdam antara Soviet, Amerika dan British pada Julai 1945. Stalin dilihat mahu
memusnahkan Jerman. Namun berbeza pula bagi British dan Amerika yang mahu membina
semula Jerman dalam bidang industri dan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam
perindustrian.22 Oleh itu, jelaslah perbezaan matlamat antara negara terhadap Jerman telah
menjadi pencetus kepada berlakunya Sekatan Berlin.
17 Deutsche Mark (DM atau DEM) merupakan mata wang rasmi Jerman Barat yang diperkenalkan dari tahun
1948 sehingga 1990.
18 Antara Negara-negara Sekutu Barat ialah Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
19 People dan Events Berlin Blockade dalamhttp://www.pbs.org/wgbh/amex/bomb/peopleevents/pandeAMEX49.html diakses pada 18 Mac 2013
20 What Caused The Berlin Blockade, 1948 –49? dalam http://www.johndclare.net/EC3.htm diakses pada 18 Mac2013.
21 ibid , diakses pada 18 Mac 2013.
22 ibid ., pada 18 Mac 2013.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 9/23
9
Selain itu, terdapat juga faktor lain yang membawa kepada sekatan oleh pihak
Soviet. Pada Januari 1947 telah menyaksikan British dan Amerika menyertai Bizonia Zon
baru atau juga dikenali sebagai Dua Zon. Soviet sedar tindakan tersebut akan mewujudkan
Jerman baru yang kuat sehingga menimbulkan kemarahan Soviet. Ekoran dari sebab-sebab
tersebut telah menyebabkab Soviet melakukan sekatan di Berlin. Pada 30 Mac 1948, pihak
Soviet telah mula melakukan sekatan lalulintas kepada mana-mana pihak yang melalui
kawasan Soviet untuk ke Berlin. Sekatan elektrik ke Berlin Barat yang disalurkan daripada
Soviet juga turut diputuskan. Sekatan Berlin yang dilakukan oleh Soviet dilihat bertujuan
untuk menghadkan keupayaan Perancis, British dan Amerika di Berlin yang berada dalam
kawasan Soviet di Jerman Timur.
Ekoran dari sekatan yang dilakukan telah menyebabkan penduduk dalam kawasan
Berlin kehabisan sumber harian. Oleh itu, pihak Sekutu Barat telah mengambil langkah
dengan melancarkan Berlin Airlift yang dilihat sebagai reaksi terhadap sekatan yang
dilakukan.23 Sebanyak 300 000 buah pesawat digunakan semasa Berlin Airlift. Setiap 30
saat akan berlaku pendaratan di Berlin Barat bagi menghantar bekalan dan bantuan.
Perkhidmatan ini mengambil masa hampir setahun. Berlin Airlift ini diterbangkan oleh
Angkatan Udara Inggeris (Royal Air Force), Angkatan Udara Negara Komanvel dan Angkatan
Udara Amerika Syarikat (United Stated Air Force).24 Pihak Sekutu sedar mereka tidak boleh
menggunakan kekeraan terhadap Soviet kerana kelebihan kekuatan tentera yang dimiliki
mereka. Pihak Soviet tidak dapat menghalang penerbangan tersebut kerana bimbang akan
menyebabkan perang meletus, sekaligus usaha menyingkirkan pihak Sekutu Barat dari
Berlin adalah gagal. Berakhirnya Sekatan Berlin pada 12 Mei 1949 yang mengambil masa
selama sepuluh bulan lebih apabila blockade itu ditarik balik.
23 Berlin Blockade dalam http://www.history.com/topics/berlinblockade diakses pada 17 Mac 2013.
24 Berlin Blockade, dalam, op. cit ., diakses pada 19 Mac 2013.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 10/23
10
3.4 Dasar Berlin Airlift 1948 oleh Amerika Syarikat
Dasar Berlin Airlift yang dijalankan ielh pihak Amerika Syarikat telah bertindak
memberi bantuan yang cukup penting kepada rakyat di Jerman Barat dengan mengunakan
jalan udara dalam menangani masalah sekatan udara dan wilayah yang dijalankan oleh
pihak Soviet Union dalam usaha memastikan Pihak Bersekutu untuk meninggalkan Jerman
Barat (Berlin).25 Berlin Airlift telah bertindak sebagai satu ekspedisi keamanan yang terbesar
dalam membekalkan makanan dan bahan api bagi tujuan pemanas kepada lebih 2 bilion
masyarakat Berlin Barat yang bermula pada Jun 1948 hingga ke September 1949 yang
melibatkan lebih 277 000 penerbangan pesawat pihak bersekutu telah dilakukan. Dasar ini,
dijalankan dalam usaha memastikan wilayah Jerman Barat masih lagi di bawah pengusaan
Amerika Syarikat ekoran sekatan daripada pihak Soviet Union telah memberi kesan yang
teruk pada masa tersebut.
Ramai pemerhati beranggapan tindakan yang akan diambil oleh pemimpin Amerika
Syarikat iaitu President Harry Truman pada masa tersebut atas nasihat daripada penasihat
politik beliau akan menghantar rombongan kemanusiaan dan ketenteraan melalui jalan
darat merempuh sekatan tersebut yang dibuat oleh pihak Soviet Union. Menurut pandangan
Gabenor Militeri Amerika Syarikat di Jerman iaitu Gen. Lucius Clay, perkara ini seterusnya
mampu mencetuskan konflik baru antara pihak Amerika Syarikat dan Soviet Union atau akan
seterusnya mewujudkan Perang Dunia ke-3 di Eropah.26 Namun, menerusi pembincangan
yang dijalankan, kata putus telah diambil dengan menggunakan pesawat C-47 iaitu sebuah
pesawat penghantar barangan di Eropah dalam menghantar bekalan kemanusiaan kepada
rakyat Jerman Barat semasa sekatan dijalankan oleh Pihak Soviet yang berlarutan selama 11
bulan.
25 “Berlin airlift” dlm, http://www.infoplease.com/encyclopedia/history/berlin-airlift.html , diakses pada06 Mac 2013.
26 “Berlin Airlift (1948-49)” dlm,
http://topics.nytimes.com/topics/reference/timestopics/subjects/b/berlin_airlift/index.html, diases pada06 mac 2013.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 11/23
11
Rajah 3: Pesawat C-47 dalam Ekspedisi Berlin Airlift.
Dasar yang dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat ini telah menjadi titik-tolak
kepada rakyat Jerman yang mula membuka minda mereka dan mula mengamalkan dasar
demokrasi yang pada awal yang tidak popular di Jerman pada masa tersebut. Perkara ini
juga memberi kesan kepada Amerika Syarikat sendiri yang telah bertindak sebagai “Hero ”
semasa Perang Dingin dan menjadi negara agung yang memerintah dunia ekoran dasar
kemanusiaan yang dijalankan iaitu Berlin Airlift tersebut.
3.5 Pengeboman Negara Cuba 1949 yang Membawa Perang Dingin oleh
Soviet.
Perang antara Blok Barat dan Timur semakin hari semakin tegang. Keadaan ini dapat
dilihat melalui pelbagai peristiwa yang telah berlaku dan seolah-olah pertikaman lidah serta
aktiviti balas membalas kedua-dua pihak semakin membahayakan. Masing-masing telah
melancarkan pelbagai dasar yang dilihat sebagai satu tindakan untuk menjaga kepentingandi satu pihak. Misalnya selepas Pihak Soviet melakukan sekatan terhadap Berlin sekitar
tahun 1948, Amerika Syarikat dan sekutunya telah bertindak balas dengan melancarkan satu
tindakan yang disebut sebagai Berlin Airliff. Dalam hal ini permasalahan akan timbul dan
berkemungkinan sesuatu perang akan berlaku tidak disangkal lagi, ini kerana kedua-dua
pihak mula bertindak yang dilihat sebagai tindakan yang dapat memberikan pihak lama satu
tekanan dan menunjukkan kemampuan kuasa masing-masing. Apa yang berlaku di Cuba
adalah salah satu sebab berlakunya kemuncak Perang Dingin di Eropah, ini kerana pihak
Berikat telah menunjukkan taringnya dengan menjatuhkan satu teknologi modennya iaitu
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 12/23
12
senjata Nuklear di Negara tersebut sebagai reaksi mereka terhadap Soviet yang meletakkan
wilayah di Cuba sebagai kawasan nuklear mereka, Oleh itu, Amerika Syarikat telah
mengambil langkah yang drastik dalam hal ini.27
Krisis yang berlaku di Cuba bermula daripada permasalahan yang dilihat sebagai satu
pertapakan dan perterlingkahan ideologi, dimana seperti yang sedia maklum bahawa
Amerika Syarikat tidak akan berundur dan berhenti untuk memerangi komunis yang
disebarkan oleh pihak Soviet. Pengaruh komunis Soviet yang menggunakan fahaman
persamaan kelas sosial semakin meluas dan dapat diterima dengan baik di Eropah Timur
dan Barat. Pada Awalnya perselisihan antara dua pihak ini iaitu Amerika Syarikat dengan
Soviet Union tidak berlaku di Negara Cuba, Ini kerana Amerika Syarikat tidak melihat
bahawa Negara tersebut boleh mendatangkan ancaman keselamatan. Namun semasa era
pemerintahan John F. Kennedy Negara Cuba telah dijadikan sebagai satu tapak atau medan
pertempuran antara dua kuasa tersebut. Negara Cuba adalah Negara yang mempunyai
hubungan rapat dengan Soviet. Keadaan ini disebabkan oleh pemimpinya iaitu Fidel Castro
telah mendapatkan bantuan politik kepada Soviet untuk melakukan satu revolusi di Negara
sekitar tahun 1959. Fidel Castro lebih berminat dengan ideologi Soviet berbanding dengan
Negara kapitalisme. Lantaran itu Amerika Syarikat telah memutuskan hubungan diplomasi
terhadap Cuba sebagai membantah tindakan Negara tersebut menjalin hubungan dengan
Soviet dan meletakkan kepantingan meliteri Soviet di Cuba.28
Selain itu, keadaan ini dikeruhkan lagi dengan peristiwa serangan di Bay Of Pigs tahun
1961. Dimana Amerika Syarikat telah mengambil satu tindakan secara diluar diplomatik iaitu
merancang langkah strategik untuk mempengaruhi Negara Cuba memihak kepada Amerika
Syarikat. Misalnya Amerika Syarikat dengan pasukan perisiknya telah memberikan latihan
tentera kepada pelarian Cuba yang melarikan diri semasa Fidel Castro melakukan revolusi.
Amerika Syarikat melakukan semua ini adalah bertujuan untuk mengembalikan kepercayaan
rakyat Cuba kepada ideologi kapitalisme. Seterusnya, akibat daripada tindakan Amerika
Syarikat tersebut Soviet telah melihat bahawa Amerika Syarikat telah mencampuri hal
Negara luar. Lantaran itu, Soviet telah membina pangkalan tentera untuk menempatkan
senjata Nuklear milik Soviet di Cuba dan pada masa yang sama Soviet juga telah
menghantar tentera seramai 1700 orang yang mempunyai kemahiran teknikal dalam
27 Donald W. Treadgold, Rusia Abad Ke-20 , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, Hlmn., 535-536.
28
Wiliam Blum, Negara Samseng, Membuka Topeng Amerika , Kuala Lumpur: Institut Terjemahan NegaraMalaysia Berhad, 2007, Hlm., 59-56.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 13/23
13
mengedalikan senjata nuklear di Negara Cuba sekitar tahun 1962. Tindakan Soviet ini
disambut baik oleh rakannya iaitu Fidel dan Khrushev iaitu ketua Soviet telah menyatakan
bahawa tindakannya adalah untuk memberikan gambaran sebenar kekuatan Soviet serta
mengimbangi kekuatan Amerika Syarikat yang dikata mampu melancarkan peluru berpandu
sehingga ke Negara Cuba.29
Amerika Syarikat dengan lantang membantah tindakan Soviet menjadikan Negara Cuba
sebagai alat untuk menunjukkan kekuatan Soviet di mata dunia. Keadaan ini telah memaksa
Amerika Syarikat tegas dengan pendiriannya bahawa sebarang tindakan dan serangan bom
Soviet dari Negara Cuba adalah salah satu ancaman yang serius. Oleh itu, Soviet perlu
bertanggungjawab dan membayar tindakannya tersebut. Sejurus peristiwa tersebut
Kennedy telah mengarahkan pengawalan Negara Cuba dan menghalang pelbagai bentuk
pengantaran peralatan dan bahan-bahan peluru tambahan ke Negara tersebut. Akibatnya
Soviet merasakan bahawa tindakan Amerika Syarikat tersebut diistilahkan sebagai menjolok
sarang lebah kerana Soviet dengan lantang dan beraninya telah mendesak Amerika Syarikat
membebaskan kepentingannya dan pangkalan tenteranya di Turki sekiranya mahukan Soviet
berbuat demikian di Negara Cuba. Lantaran desakan Soviet tersebut Amerikan Syarkikat
telah melanggar Negara Cuba dengan mengebom Negara tersebut namun Soviet telah
bertolak ansur dengan mengadakan rundingan pada 28 oktober 1962 dan Soviet telah
menarik peletakan senjata nuklear oleh Soviet di Negara Cuba. Disinilah secara tidak
langsung bermulanya kancah Perang Dingin antara kedua kuasa besar ini.30
29Ibid ., Hlmn. 90-94
30 Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah, Persaingan Amerika Syarikat-Soviet Union dalam Pembentukan
Order Baru Pasca Perang Dunia II , Bangi: Sosiohumanika Universiti Kebangsaan Malaysia, Volum, 4(1), 2011, Hlmn., 77-80.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 14/23
14
Rajah 4: Nikita Khrushev, Pemimpin Soviet Union (1953-1964)
3.6 Penubuhan NATO 1949 oleh Amerika Syarikat.
North Atlantic Treaty Organization (NATO ), ditubuhkan pada tahun 1949 di
Washington D.C dimana sebuah pergerakan atau kesatuan yang berbentuk ‘ collective
defence ’ iaitu negara-negara anggota bersetuju untuk membentuk satu persekutuan
ketenteraan bersama. Negara anggota NATO terdiri daripada 28 buah Negara-negara barat
iaitu Amerika Syarikat, Canada, Belgium, Denmark, Perancis, Greece, Iceland, Itali,
Netherlands ,Norway, Portugal, Luxemburg, Albania, Bulgaria, Croatia, republic Czech,
Estonia, Jerman, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol,
Turki dan Great Britain.31
Organisasi ini ditubuhkan untuk melindungi negara yang Pro-Amerika Syarikat dan
mengelakkan negara-negara Eropah dari dipengaruhi oleh Jerman dan Soviet Union.
Objektif utama North Atlantic Treaty Organization (NATO) ditubuhkan adalah untuk menjaga
keamanan, memastikan kemerdekaan dan kebebasan para anggotanya serta memajukan
prinsip-prinsip demokrasi dan pertumubuhan institusi demokratik di wilayah Atlantik Utara.32
Perkara penting yang ditekankan oleh pergerakan NATO ialah ideologi diplomatik,
persetujuan dialog, dan kerjasama. Manakala dalam organisasi ketenteraan pula perkara
31 “NATO” dalam, http://www.nato.int/cps/en/natolive/topics_52122.htm , diakses pada 10 mac 2013.
32 Gordon, Phillip .H and Shapiro, Jeremy, Allies At War, New York: McGraw-Hill, 2004, hlm 34.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 15/23
15
utama yang ditekankan dalam NATO ialah pembahagian pertahanan, operasi pengurusan
krisis, dan mengekalkan keupayaan ketenteraan yang memuaskan.
Tujuan NATO ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap undang-
undang, struktur, dan aktiviti NATO dalam mempertahankan nilai demokratik. Setiap
undang-undang, struktur, dan aktiviti yang ditetapkan NATO hendaklah dipatuhi oleh setiap
anggotanya.33 Selain itu, NATO juga memberi penekanan terhadap keutamaan keselamatan
ketenteraan dan isu politik yang dihadapi oleh setiap anggota NATO. Kerjasama antara
negara anggota NATO dalam menyelesaikan sesuatu isu salah sebuah Negara anggotanya
adalah objektif yang sangat ditekankan oleh NATO.34 Pergerakan NATO juga berfungsi
dibawah konsep “collective security ” iaitu sebuah konsep di mana negara Amerika Syarikat
akan memberi perlindungan kepada Eropah Barat daripada ancaman bala tentera Kesatuan
Soviet yang besar di Eropah Timur. Dalam aspek ini dasar ketenteraan NATO ini telah
menjadi satu platform yang digunakan oleh negara-negara Eropah Barat dan juga Amerika
Syarikat sendiri sebagai pengimbang kepada kuasa tentera Soviet Union.
4.0 Perang Dingin dan Pembinaan Tembok Berlin 1961 Oleh Soviet.
Istilah Cold War atau “Perang Dingin” pertama kali istilah tersebut digunakan oleh
Bernard Baruch, kemudiannya digunakan secara berterusan oleh seorang wartawan yang
dikenali sebagai Lippman sekitar tahun 1947. Istilah tersebut adalah merujuk kepada
hubungan dingin dan tegang antara Soviet Union dengan kuasa Barat ketika itu,
terutamanya Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, turut menjelaskan bahawa kerjasama
antara blok Barat dan Timur yang pernah bersama menentang Nazi telah berakhir. Dengan
erti kata lain, Perang Dingin bermula sebagai kesan daripada berakhirnya Perang Dunia II
(1939-1945). Amerika Syarikat dan Soviet Union yang menjadi kuasa dominan selepas
Perang Dunia II menjadi musuh selepas kekalahan gabungan Adolf Hitler dengan sekutunya.
Ini antara lainnya kerana perlumbaan kuasa untuk mengisi kuasa yang hilang di Eropah dan
Asia Timur yang ditinggalkan oleh German dan Jepun. Masing-masing ingin menjadi kuasa
yang lebih berpengaruh di negara-negara ketiga (negara bukan sekutu). Dalam
menerangkan aspek Perang Dingin, pelbagai isu telah mewarnai aspek ini melibatkan isu
berkaitan perlumbaan senjata (Nuklear) antara pihak AS dan Soviet Union, Perang Proxy
33 “NATO” dlm http://www.nato.int/welcome/intro_to_nato_en.pd, diakses pada 07 mac 2013.
34 Snyder, Glenn H., Alliance Politics, New York: Cornell University Press, 1997, hlm 45.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 16/23
16
terutamanya di Vietnam, ideologi (Demokrasi & Komunis) dan juga Pembinaan Tembok
Berlin.35
Pembinaan Tembok Berlin adalah gambaran awal kepada pemisahan antara dua
kuasa yang berbeza ideologi iaitu dengan kata lain diistilahkan bahawa dunia telah berpecah
kepada dua iaitu Blok Timur dan Blok Barat. Tembok Berlin adalah simbol kepada keretakan
tersebut dan merupakan satu garisan pemisah ideologi. Keadaan ini wujud setelah kuasa
Nazi iaitu Jerman telah kalah dalam perang dan ini menyaksikan wilayah Jerman telah
dibahagikan mengikut kehendak kuasa Berikat yang menang dalam perang seperti
diibaratkan seorang ayah yang membahagikan harta warisan kepada anaknya. Keadaan ini
telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap wilayah didalam Jerman itu sendiri iaitu
pembahagian wilayah Berlin kepada empat bahagian, dimana di bahagian barat adalah
kuasa kapitlisme yang terdiri dari Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Di bahagian Timur
pula adalah Soviet.36 Keadaan ini amat signifikan kerana selepas Berlin dibahagikan keadaan
Berlin Barat dilihat lebih kedepan dari aspek kemajuan dan perkembangan ekonominya
melalui rancangan Marshall berbanding dengan Jerman Timur.37 Masalah ini telah
mendatangkan penghijrahan penduduk yang berada di Jerman Timur ke Barat untuk
mendapatkan peluang-peluang ekonomi. Misalnya dalam sektor pekerjaan yang banyak
ditawarkan di wilayah Jerman Barat.
35 John W. Young, America, Russia and The Cold War 1941-1998 Second Esition , London: Addison WesleyLongman Limited, 1999, hlm 13.
36 Daniel R. Brower, The World Since 1945 A Brief History , New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River, 2000
, Hlmn., 27-41.
37 Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka,1997, Hlmn., 238-239.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 17/23
17
Rajah 5: Pembinaan tembok Berlin pada tahun 1961.
Selain itu, pembinaan Tembok Berlin ini adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan
Soviet untuk menyekat penghijrahan penduduk di Timur pergi ke Barat dan mengawal krisis
kekurangan tenaga buruh. Apa yang digambarkan dan dilihat adalah menunjukkan bahawa
perkembangan ekonomi kapitalisme yang diperkenalkan oleh kuasa demokrasi-kapitalisme
adalah lebih maju berbanding dengan ekonomi komunisme. Misalnya melalui rancangan
Marshall yang membantu Jerman, bahkan Berikat juga menawarkan kepada Negara satelit
di bawah pengaruh Soviet.38 Lantaran itu, ini menghasilkan satu perubahan yang besar dan
dapat menggugat kedudukan ekonomi Soviet di Jerman Timur. Seperti yang kita sedia tahu
bahawa Soviet akan dapat bertapak dengan kukuh sekiranya sesuatu keadaan di Jerman itu
tidak seimbang kerana ideologi komunisme akan dapat masuk sekiranya keadaan sosio-
ekonomi di Jerman tidak stabil. Pihak Soviet melihat bahawa permasalahan tersebut perlu
ditanggani dengan segera untuk mengelakan keadaan menjadi lebih teruk. Oleh itu, Pihak
Soviet telah membina Tembok Berlin pada tahun 1961 bagi menghalang permindahan
penduduk melepasi sepadan ke Jerman Barat.39
38 Paul Kennedy. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar, Perusahaan Ekonomi dan Konflik Ketenteraan Dari Tahun 1500 Ke 2000 , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, Hlmn., 509-515.
39 C.P.F. Luhulima, Eropah Sebagai Kekuatan Dunia, Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama, 1992, Hlmn., 276-286.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 18/23
18
Rajah 6: Pembahagian wilayah Berlin (Jerman Timur) antara empat kuasa.
Seterusnya pembinaan Tembok Berlin pada tahun 1961 ini adalah bertujuan untuk
memisahkan antara dua entiti politik yang berbeza iaitu Demokrasi-kapitalisme dengan
Komunisme . Keadaan ini telah dilakukan oleh Soviet untuk mengekalkan kepentingannya di
Jerman Timur dan pada masa yang sama Amerika Syarikat telah melakukan operasi Gladio
terhadap Jerman, ini telah membawa kepada pembinaan tembok Berlin kerana Amerikatelah mewujudkan tentera wam rahsia iaitu 200 orang anggota Demokrat, 15 orang anggota
komunis untuk persediaan sekiranya Soviet menyerang Jerman.40 Permasalahan antara
kedua pihak ini tidak dapat diselamatkan lagi kerana masing-masing mahu menunjukkan
kekuatan dan melihat peperangan adalah jalan terakhir bagi mewujudkan satu kedamaian.
Lantaran itu, secara tidak langsung dengan pembinaan Tembok Berlin ini Perang Dingin
telah mencapai kemuncaknya dan ini telah menyaksikan kedua-dua kuasa telah bersaing.
Terbinannya Tembok Berlin ini oleh Soviet telah menunjukkan bahawa kuasa tersebut
secara terang telah memalingkan mukanya dari Amerika Syarikat. Selepas kejatuhan Jerman
Timur di bawah pengaruh Soviet sekitar 1990-an Amerika telah menghantar CIA untuk
mencari maklumat berkaitan dengan Jerman barat bertujuan mengawal wilayah tersebut
sepenuhnya.41
40 Wiliam Blum, op. cit ., Hlmn. 113-114
41 Wiliam Blum, op. cit ., Hlmn. 201-202.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 19/23
19
5.0 Analisis.
Perang Dingin yang berlaku di Eropah merupakan salah satu perang saraf iaitu dimana
pihak yang terlibat adalah kuasa-kuasa besar yang sebelum ini telah memenangi semasa
perang dunia kedua. Kuasa-kuasa besar ini mempunyai medium atau tapak mereka masing-
masing untuk melancarkan perang sama ada melalui politik, ekonomi bahkan melalui
perlumbaan senjata. Namun yang menariknya peperangan tersebut tidak berlaku di dalam
wilayah kedua kuasa tersebut, ia telah menggunakan Negara kuasa paksi dan satelit
didalam pertempuran ini. Perang ini juga memperlihatkan perbezaan ideologi yang berbeza
iaitu kapitalisme dengan komunisme. Dalam konteks keadaan dunia yang bipolar ini
kepentingan ekonomi dan ideologi adalah matlamat utama dalam menjayakan matlamat
masing-masing. Perang Dingin secara tidak langsung sebenarnya tercetus disebabkan
peramsalahan yang berlaku di Jerman. Dalam hal ini, apa yang berlaku di Jerman telah
menguatkan lagi bara-bara api yang pada asalnya telah menyala. Persoalan Jerman telah
menyetuskan Perang Dingin di Eropah adalah dilihat lebih signifikan kerana konflik antara
dua kuasa ini berpuca akibat kekalahan Jerman. Seterusnya Jerman telah dibahagikan.
Selepas itu, timbul pula berkaitan dengan permasalahan ideologi dan ekonomi yang
mengeruhkan lagi keadaan. Misalnya Soviet telah membina Tembok Berlin pada tahun 1961
untuk menyekat pengaruh ekonomi kapitalisme dan penghijrahan penduduk Jerman Timur
untuk pergi ke Jerman Barat.
Selain itu, Perang Dingin ini adalah bermula daripada dedam dan ego serta cita-cita
antara kedua kuasa besar tersebut untuk menguasai dunia. Seperti yang kita sedia maklum
bahawa krisis pembahagian jerman tersebut telah menambahkan lagi permusuhan dan
perseketaan antara Amerika Syarikat dengan Soviet. Bahkan konflik tersebut turut
dipanjangkan lagi dengan beberapa tindakan antara kedua kuasa ini bagi menunjukkan
bahawa kuasa mereka yang kuat dan betul serta patut diamalkan di dunia luar amnya dan
di Jerman khususnya. Konfilk tersebut permula semasa perjanjian Potsdam dan kemudian
ia berlanjutan tindakan berbalas-balas Amerika Syarikat dengan Soviet di dalam wilayah
Jerman antaranya Soviet telah melancarkan Cominform pada tahun 1947 kemudian Amerika
Syarikat telah membalasnya dengan memperkenalan dasar pembendungan pada tahun yang
sama. Seterusnya Sekatan Berlin pada tahun 1948 yang menutup semua pintu masuk ke
Berlin oleh Soviet dan ini memaksa Amerika Syarikat telah melakukan dasar Berlin Airliff.
Jelaslah bahawa apa yang menyebabkan kepada Perang Dingin adalah bertitik tolak dari
permasalahan yang timbul di Jerman tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat faktor
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 20/23
20
luaran yang mendorong kepada Perang Dingin namun pada hakikatnya ia dimulakan di
Jerman dan kemudian barulah merebak ke kawasan lain.
6.0 Kesimpulan.
Secara keseluruhnya bahawa Perang Dingin di Eropah adalah dicetuskan oleh
permasalahan yang berlaku di dalaman wilayah Jerman itu sendiri. Keadaan ini
menunjukkan bahawa apa yang berlaku di Jerman itu merupakan faktor kepada tercetusnya
Perang Dingin. Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat faktor lain yang mendorong
kepada tercetusnya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet. Oleh itu, keadaan
ini telah menyetuskan satu fenomena yang membimbangkan sekiranya perang akan
berlaku, kesannya amat mendalam kerana ia akan mencetuskan perang dunia ketiga jika
benar-benar berlaku. Permasalahan yang yang berlaku di Jerman telah mempercepatkan
lagi dan menjadi faktor utama kepada permusuhan dalam Perang Dingin.
Perang Dingin antara dua kuasa besar dunia telah mewujudkan pelbagai masalah dan
kesan kepada wilayah-wilayah dunia yang terlibat sama ada Negara paksi ataupun satelit.
Ramai Orientalis atau sarjana menyatakan bahawa Perang Dingin tersebut adalah Perang
ideology yang bersifat senyap, namun pada masa yang sama masing-masing telah
menyusun dan mengatur strategik untuk menguasai dunia. Secara ringkasnya perang
tersebut bermula apabila kekalahan Jerman dalam perang dan kemudian Negara yang
menang telah membahagikan wilayah Jerman kepada dua iaitu Barat dan Timur. Pada masa
yang sama dua wilayah ini ditakbir oleh dua kuasa yang berbeza. Permusauhan ini timbul
apabila Berlin turut dibahagikan kepada empat.
Oleh itu, soviet telah melakukan Comiform 1947 untuk menyekat pengaruh Amerika
Syarikat. Amerika membalas dengan dasar pembendungan melalui dokrin Truman,
rancangan Masrshall dan Soviet telah membuat sekatan Berlin pada 1948. Amerika telah
melakukan Berlin Airliff untuk membalas tindakan Soviet dan Negara komunis tersebut
meletakkan sejata nuklear di Negara Cuba. Amerika Menubuhkan NATO dan Soviet
membalas membina Tembok Berlin pada 1961, Amerika telah menyatukan jerman sekitar
tahun 1989. Maka Perang Dingin telah berlaku antara kedua kuasa dan Perang tersebut
tamat selepas kejatuhan Soviet akibat perpecahan dalaman pada tahun 1991.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 21/23
21
Rujukan.
Buku.
C.P.F. Luhulima. 1992. Eropah Sebagai Kekuatan Dunia, Lintasan Sejarah dan Tantangan
Masa Depan . Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama.
Daniel R. Brower. 2000. The World Since 1945 A Brief History . New Jersey: Prentice Hall,
Upper Saddle River.
Donald W. Treadgold. 1986. Rusia Abad Ke-20 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Etzold, T. E., and J. L. Gaddis, eds. 1978. Containment: Documents on American Policy and Strategy 1945 – 1950. New York: Columbia University Press.
G. S. Barrass. 2009. The Great Cold War: a Journey Through the Hall of Mirror. Stanford:Stanford University Press.
Joseph H. Smith. 2005. The A to Z of the Cold War . Maryland: Scarecraw Press Inc.
Mohd Azizuddin Mohd Sani. 2012. Amerika Syarikat: Keseimbangan Kuasa Global pada Era Pasca-Perang Dingin 1989-2000 . Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Paul Kennedy. 1994. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar, Perusahan Ekonomi
dan Konflik Ketenteraan Dari Tahun 1500-2000 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Procacci. 1994. Givilianne, The Cominform: Minute Of The Three Conference
1947/1948/1949 . Feltrineli Milano: Fondazlane Glargiancemo Feltrimelli.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 22/23
22
Qasim Ahmad. 1997. Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robert J.C. Butow. 1954. Japan’s Decision to Surrender . Britain: Stanford University Press.
Wiliam Blum. 2007. Negara Samseng, Membuka Topeng Amerika . Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Jurnal.
Azlizan Mat Eneh dan Zubaidah VP Hamzah. 2011. Persaingan Amerika Syarikat-Soviet Union
dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia II. Bangi: Sosiohumanika.
Internet.
“Berlin airlift” dalam, http://www.infoplease.com/encyclopedia/history/berlin-airlift.html , diakses pada 06 Mac 2013.
“Berlin Airlift (1948-49)” dalam,http://topics.nytimes.com/topics/reference/timestopics/subjects/b/berlin_airlift/index.html , diases pada 06 Mac 3013.
Berlin Blockade dalam,
http://www.coldwar.org/articles/40s/berlin_blockade.asp _ diakses pada 19 Mac
2013.
Berlin Blockade dalam,
http://www.history.com/topics/berlinblockade , diakses pada 17 Mac 2013.
7/27/2019 ESEI EROPAH lengkap.pdf
http://slidepdf.com/reader/full/esei-eropah-lengkappdf 23/23
23
Cominform and camecon dalam,
http:/ /www.gcsehistory.org.uk/modernworld/coldwar/cominform.htm , diakses pada
17 Mac 2013.
“Faktor Berlakunya Perang Dingin” dalam,
http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/08/faktor berlakunya-perang-dingin.html,
diakses pada 05 Mac 2013.
People and Events Berlin Blockade dalam,
http://www.psb.org/wgbh/amex/bomb/peopleevents/pandeAmex49.htm , diakses
pada 18 Mac 2013.
What caused The Berlin Blockade. 1948-49? Dalam,
http://www.johnddare.net/Ec3.htm , diakses pada 18 Mac 2013.
“WWII BEHIND CLOSED DOORS: STALIN, THE NAZIS AND THE WEST”dalam,
www.pbs.org/behindcloseddoors , diakses pada 20 Mac 2013.
top related