iklim dan budaya sekolah yang konduksif membawa kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran...
Post on 27-Jul-2015
1.668 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
http://fahmiibrahim.com
IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUKSIF MEMBAWA KEPADA
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN HASRAT
MENINGKATKAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA
1.0 Pengenalan
Budaya berasal dari dua kata dasar budi dan daya. Budi (Kamus Dewan 1994)
bererti akal, kebijaksanaan yang digunakan dalam penggunaan bahasa (budi bahasa),
tingkahlaku (budi pekerti) berjasa, penggunaan akal untuk membuat pertimbangan
(budi bicara). Daya pula bererti kekuatan tenaga, keupayaan, kemampuan, akal, ikhtiar
dan muslihat.
Budaya (Kamus Dewan 1994) bermakna tamadun, peradaban yang didorong
oleh kemajuan pemikiran dan akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Oleh itu takfrif
budaya ialah kebijaksanaan yang dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan
tenaga, keupayaan, kemampuan, ikhtiar dan muslihat manusia yang dapat melahirkan
tamadun atau peradaban sesuatu bangsa.
Sekolah pula ialah tempat untuk belajar dan mengajar. Kondusif pula dapat
ditafsirkan dengan keadaan atau kondisi yang paling baik atau selesa bagi melakukan
sesuatu perkara bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.
Pendidikan bertaraf dunia merangkumi semua aspek pendidikan seperti
pedagogi, silibus, cara penyampaian, kemudahan bahan bantu mengajar dan lain-lain
dalam keadaan yang optimum dan diintegrasikan dengan teknologi maklumat dan
komunikasi. Hal ini jelas selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjurus kepada perkembangan diri dari semua aspek iaitu intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.
1
http://fahmiibrahim.com
2.0 Usaha Menjadikan Iklim dan Budaya Sekolah yang Kondusif
2.1 Kemudahan dan Infrasruktur yang mencukupi
Dalam mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif, keadaan dan
infrastruktur merupakan faktor penyumbang utama untuk mencapai matlamat tersebut.
Kemudahan dan infrastruktutr dikatakan penting kerana tanpa infrastruktur dan
kemudahan yang mencukupi pembelajaran kurang berkesan. Kemudahan dan
infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti kelengkapan asas seperti papan hitam,
kerusi dan meja murid. Selain itu kemudahan yang lain seperti perpustakaan dan bilik
tayangan.
Keadaan sekolah yang tidak sempurna dengan kondisi kerusi dan meja murid
yang tidak memuaskan amat mencacatkan pemandangan dan juga yang paling
teruknya ialah menggangu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perpustakaan
pula hendaklah dipastikan keadaan dan kerelevenan bahan-bahan bacaan kepada
tahap murid. Tidaklah nanti buku-buku banyak namun penggunanya tiada kerana
bahan bacaan tersebut terlalu tinggi tahapnya untuk dijangkau oleh para pelajar.
Infrastuktur dan kemudahan yang serba lengakap diharapkan tetapi dengan
kadar yang mencukupi ini dapat mudahkan pengajaran dan pembelajaran.
Perpustakaan misalnya memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dan mencari
bahan-bahan bacaan tambahan selain dari di dalam kelas.
Kepentingan kemudahan dan infrastruktur ini dapat di lihat dengan jelas
membantu pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran, contohnya murid
dapat mempelajari dan mempraktikkan kemahiran kerja tangan mereka di bengkel
kemahiran hidup. Guru pula mudah untuk memberikan pengajaran secara praktikal
dengan alatan dan bahan maujud yang ada dan tidak bergantung kepada teori semata-
mata
2
http://fahmiibrahim.com
Zahirnya sekarang sekolah-sekolah mempunyai banyak kemudahan dan bilik-
bilik khas untuk tujuan pembangunan pembelajaran. Berukut adalah kemudahan yang
ada di setiap sekolah:
1. Bilik Komputer
2. Bilik Sains
3. Bilik Kemahiran Hidup
4. Bilik Muzik
5. Bilik j-QAF
6. Bilik PPSMI
7. Bilik Tayangan
8. Perpustakaan
9. Kelas Pemulihan
10.Kantin
Sungguhpun begitu pihak sekolaha haruslah memainkan peranan dengan
sebaiknya menjaga dan menambah baik kemudahan dan infrastruktur yang dibekalkan
itu agar ia dapat memberikan hasil yang optimum kepada peningkatan taraf pendidikan
pelajar.
Kemudahan dan frasarana yang baik untuk guru adalah perlu kerana bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Bahan-bahan rujukan yang banyak boleh di
dapati melalui internet. Sehubungan dengan itu ada sekolah-sekolah dengan inisiatif
sendiri membekalkan internet tanpa wayar percuma untuk kemudahan guru-guru
membuat rujukan pantas bagi membantu pengajaran dan pembelajaran
Dengan adanya kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini dapat menaikkan
taraf pendidikan di sesebuah insitusi tersebut. Penggunaan pelbagai sumber dan
kemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan
yang paling pentingnya ialah pelajar dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka
dengan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap ini.
.
3
http://fahmiibrahim.com
2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan
Sebelum memberikan huraian panjang lebar mengenai TMK ini eloklah kiranya
saya memberikan sedikit definasi tentang TMK ini. TMK ini adalah istilah Bahasa
Inggeris yang diterjemah ke Bahasa Melayu iaitu Information Communication
Technology (ICT). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ICT adalah
sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan
komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam
pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta
pendidikan sepanjang hayat. (Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di
Sekolah, BTP, KPM, Julai 2002).
Seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini sistem
pendidikan juga amat sesuai untuk mengadaptasinya. Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan TMK ini amatlah membantu penyampaian kepada pelajar. Penggunaan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran biasanya lebih menarik perhatian pelajar
kerana lebih kepada penggunaan grafik yang menarik dan bunyi-bunyian yang unik.
Selain menarik perhatian, pembelajaran menggunakan grafik-grafik yang
menarik serta berwarna-warni ini adalah lebih baik kerana objek dan warna-warna ini
lebih merangsang saraf-saraf dalam otak kita untuk menyimpan dan mengingat kembali
sesuatu yang telah kita pelajari. Seterusnya ia membantu kefahaman murid dalam
sesuatu topik pembelajaran itu.
Internet juga salah satu komponen penting dalam TMK. Seperti yang kita sedia
maklum internet ini adalah sangat berguna kerana melalui internet ini banyak sumber
rujukan yang dapat kita perolehi disamping ia juga adalah sumber rujukan yang pantas.
4
http://fahmiibrahim.com
2.3. Mewujudkan Budaya Penyayang di Sekolah
Amalan budaya penyayang di sekolah akan tercapai jika semua pihak
memainkan pernanan dalam bidang masing-masing. Setiap warga sekolah haruslah
menunjukkan keprihatinan mereka terhadap seluruh warga sekolah.
Saya berpendapat budaya penyayang di sekolah bukan setakat mempamerkan
dan mempraktikkan budaya tersebut, malah ianya lebih besar dan bermakna dari itu. Di
sini saya pecahkan budaya penyayang yang dapat dipraktikkan di sekolah;
a. Komunikasi yang berkesan
b. Disiplin murid yang baik
c. Guru sebagai role-model
2.3.1 Komunikasi Yang Berkesan
Iklim sekolah yang kondusif bukan sahaja terhad kepada perkara-perkara
maujud tetapi juga kondusif kepada jiwa atau semangat kepada murid-murid untuk
menerima pengajaran dari guru. Kesediaan pelajar untuk mendengar syarahan dan
pengajaran guru itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran.
Kebiasaanya orang menyebut Sekolahku Syurgaku, Sekolah sebagai rumah
kedua, dan apa jua ungkapan yang dinyatakan adalah menunjukkan sekolah
merupakan tempat yang paling selesa untuk didiami.
Komunikasi berkesan ini akan membuatkan para pelajar selesa dengan keadaan
sekolah dan membuatkan mereka lebih selesa untuk berada di sekolah sekali gus
dapat membantu pembelajaran mereka. Guru-guru tidaklah perlu menjadi garang tetapi
sebaliknya lebih lembut tetapi tegas terhadap murid-murid.
5
http://fahmiibrahim.com
2.3.2 Disiplin Murid Yang Baik
Apabila budaya penyayang diamalkan di sekolah, para pelajar lebih mempunyai
rasa kasih dan sayang kepada sekolah, sekaligus menanam rasa tidak selesa dalam
diri mereka dalam melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan
sekolah.
Guru pula menangani masalah disiplin dengan cara yang berhemah. Sesi
kaunseling dan hukuman yang dikenakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan
adalah bagi mendidik mereka. Pelajar sekarang tidak boleh disamakan dengan pelajar
sebelum merdeka di mana pelajar sekarang tidak dapat menngadapatasi hukuman
fizikal sebagai pengajaran kepada mereka, tetapi mereka perlu lebih perhatian dan
sokongan dari pelbagai pihak.
Dengan cara didikan disiplin yang baik dan berkesan akan mengurangkan
masalah disiplin di sekolah dan hal ini sekaligus dapat membantu membina budaya dan
iklim sekolah yang kondusif tanpa gangguan dari masalah disiplin pelajar.
2.3.3 Guru Sebagai Role-model
Peranan dan keberkesanan guru sebagai role model sama ada daripada
perspektif Barat ataupun Islam sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Secara
semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui arahan atau peniruan daripada
orang lain. Bandura (1965) menyatakan bahawa perlakuan kanak-kanak adalah
dipengaruhi dengan kuatnya oleh orang dewasa. Sejak kecil sebelum bersekolah guru
bagi kanak-kanak adalah kedua ibu bapa mereka dan masyarakatnya. Peri pentingnya
peranan ibu bapa pada peringkat awal pendidikan anak-anak ini disebut oleh Nabi
Muhammad (saw) melaui sabdanya yang bermaksud:
“Setiap kanak-kanak yang dilahirkan itu berada dalam keadaan bersih, maka kedua-dua ibu
bapanyalah yang bertaggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi” (Hadis)
6
http://fahmiibrahim.com
Seperti yang kita maklum kanak-kanak suka belajar dari persekitarannya, jika
sekiranya guru mereka menunjukkan keperibadian yang baik, maka mereka juga akan
mempraktikkannya. Berikut adalah cirri-ciri peribadi guru sebagai role-model:
a. Bersifat jujur
b. Menghubungkan silaturahim (persahabatan) dan toleransi
c. Sabar
d. Menjaga kebersihan diri
e. Sederhana dalam kehidupan
Apabila ketiga-tiga aspek yang diterangkan di atas dapat diaplikasi di sekolah,
maka akan tercapailah hasrat untuk membudayakan budaya penyayang di sekolah
sekaligus dapat menerapkan iklim yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
2.4 Budaya Ilmu
Budaya ilmu yang dimaksudkan di sini ialah para pelajar di dedahkan dengan
seberapa banyak ilmu dan pengetahuan yang mereka patut tahu. Pihak sekolah
berperanan menyediakan frasarana dan infrastruktur yang mencukupi bagi mencapai
hasrat ini.
Setiap penjuru bangunan sekolah perlulah dilukis atau diisi dengan bahan-bahan
yang berkaitan dengan pembelajaran mereka supaya mereka biasa dan mudah
mengingati isi pembelajaran tersebut.
Selain itu pihak sekolah juga boleh menjalankan kempen kesedaran sebagai
contoh kempen membaca, One word one day, dan lain-lain kempen yang dapat
mendekatkan diri para pelajar dengan pembelajaran yang mereka tempuhi supaya
mereka tidak berasa kekok dengan pengetahuan di sekeliling mereka.
7
http://fahmiibrahim.com
2.5 Pembelajaran Yang Menarik
Gaya pembelajaran masa kini adalah satu isu yang menarik untuk dibincangkan.
Guru-guru pelatih misalnya telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara
penyampaian untuk digunakan ketika berada di sekolah nanti. Cara chalk-and-talk
amatlah perlu dielakkan kerana teknik ini adalah kurang sesuai untuk mendekatkan diri
guru kepada pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Murid telah bersedia untuk menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh guru,
sungguhpun begitu masih terdapat masalah dalam proses tersebut oleh kerana faktor
lain, iaitu guru itu sendiri.
2.5.1 Berpusatkan Pelajar
Gaya pengajaran yang berpusatkan pelajar ini memberi tumpuan kepada pelajar
untuk mereka memberikan pendapat dan pandangan masing-masing terhadap sesuatu
isu yang ditmbulkan oleh guru. Dalam hal ini guru hanya bertindak sebagai fasilitator
untuk memberi bimbingan dan juga meberi rangsangan kepada murid untuk berfikir
lebih jauh lagi.
2.5.2 Tiada Tekanan
Tiada tekanan di sini dimaksudkan, para pelajar merasakan seronok untuk
menjalani aktivti pembelajaran kerana suasana pembelajaran yang baik dan selesa.
Murid-murid tidak merasakan tekanan dan bebanan yang berat bagi mendapatkan ilmu
daripada guru itu sendiri. Teknik dan cara penyampaian serta pendekatan guru itu
sendiri memainkan peranan yang penting dalam mencapai usaha ini.
8
http://fahmiibrahim.com
2.5.3 Hands-on Activity
Pelajar hendaklah dibekalkan dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja
menarik malah dapat memberikan mereka pengukuhan terhadap pembelajaran yang
dijalankan oleh guru. Sebagai contoh pengajaran Sains perlu lebih kepada aktiviti
menggunakan bahan maujud dan melakukan eksperimen supaya pelajar lebih
memahami dan dapat melakukan perkaitan dalam pembelajaran yang mereka lalui
9
http://fahmiibrahim.com
3.0 Meningkatkan Pendidikan Bertaraf Dunia
Seiring perkembangan TMK atau ICT ini dunia pendidikan telah mengorak
langkah kehadapan dengan menggunakan TMK dalam pembelajaran agar tidak
ketinggalan dan standing dengan masyarakat dunia yang lain yang menggunakan TMK
sebagai teras pendidikan mereka. Selain itu kita juga dapat melatih dan membiaskan
diri para pelajar dengan komputer dan segala perkakasan yang berkaitan.
Budaya penyayang yang diterapkan di sekolah akan membantu para pelajar
berlatih berkomunikasi dengan berkesan dan membina keyakinan para pelajar.
Keadaan ini terhasil apabila kebiasaan mereka meluahkan isi hati dan kemusykilan
kepada guru-guru mereka. Secara tidak langsung para pelajar dapat melengkapkan diri
mereka dengan kelebihan boleh berkomunikasi dengan baik dan juga yakin dengan diri
sendiri.
Infrastruktur yang lengkap dan bersesuaian dapat juga membantu pendidikan
berkembang dan bersaing dengan masyarakat luar. Gaya pembelajaran yang
dipelbagaikan juga membantu pemahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran
yang disampaikan oleh guru.
Budaya cintakan ilmu yang terterap di dalam diri pelajar memudahkan lagi usaha
guru-guru menyampaikan pengajaran kerana murid-murid telah sendiri sedar akan
kepentingan dan keperluan kepada ilmu itu sendiri. Setelah hal ini berlaku para pelajar
akan menggunakan pelbagai cara untuk melengkapkan diri mereka dengan seberapa
banyak ilmu baru dan mengayakan ilmu pengetahuan yang sedia ada agar mereka
boleh bersaing dengan bangsa asing pada suatu ketika nanti.
10
http://fahmiibrahim.com
4.0 Penutup
Iklim dan budaya sekolah yang kondusif memainka pernanan yang penting
dalam mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia. Sungguh pun begitu sekolah tersebut
perlulah menjalani pelbagai usaha penambahbaikan bagi mencapai iklim dan budaya
sekolah yang kondusif. Untuk mencapai objektif yang menggunung tinggi ini banyak
cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. Semua pihak haruslah bersabar dan memberikan
keyakinan penuh terhadap sekolah bagi menaikkan taraf pendidikan anak-anak bangsa
kita sendiri. Dengan sokongan yang berterusan dari semua pihak, Insya-Allah segala
onak dan duri dalam perjuangan ini dapat dihadapai oleh pihak sekolah bagi mencapai
objektif yang murni itu.
11
http://fahmiibrahim.com
5.0 Refleksi
Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran ini.
Ucapan jutaan terima kasih buat Tuan Hj. Abdullah Mohamed atas tunjuk
ajar yang diberikan sepanjang semester ini. Juga tidak lupa kepada rakan
seperjuangan.
Budaya dan Pembelajaran adalah satu matapelajaran yang
memberikan saya peluang untuk mengenali dan mengendalikan kelas yang
berbagai budaya. Selain itu saya juga mempelajari cara-cara untuk
mengawal dan merancang pengajaran untuk kelas yang mempunyai
banyak budaya.
Selain itu saya juga dapat menyelami dan menghayati
pengaruh budaya sesuatu kaum dalam kehidupan mereka amnya dan
dalam pendidikan khasnya.
Selain itu saya juga mempelajari budaya pelajaran setiap
masyarakat itu. Tidak banyak beza antara kaum-kaum berkenaan budaya
pelajaran ini.
Akhir kata, semoga segala yang di timba ketika ini dapat
diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ketika menjadi
guru suatu hari nanti.
12
http://fahmiibrahim.com
6.0 Kolaborasi
NAMA : AHMAD FAHMI BIN IBRAHIM
OPSYEN: PISMP SAINS SEM 5
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: TUAN HJ. ABDULLAH MOHAMED
TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN
KOMENTANDA TANGAN
PENSYARAH
13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA,
KELANTAN
http://fahmiibrahim.com
7.0 Bibilografi
Buku
Kamus Dewan. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal
Mohamad bin Haji Ikhsan. (2001). Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Melalui Amalan Budaya Penyayang di Sekolah. Jurnal Pendidikan Guru. 14(1). 5-12.
Laman sesawang
Budaya dan iklim sekolah. www.scribd.com/doc/12935426/Budaya-dan-Iklim-sekolah (11 April 2009)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan
(11 April 2009)
Iklim Sekolah. http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/29/iklim-sekolah-kaitannya-dengan-hasil-akademik-dan-non-akademik-siswa/ (11 April 2009)
14
top related