laporan batam 2014
Post on 15-Apr-2017
179 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LAPORAN PROGRAM KOLABORASI, KHIDMAT KOMUNITI (CSR) DAN PENGANTARABANGSAAN POLITEKNIK
MERSING JOHOR DI BATAM, INDONESIA
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON PENGARAH PROGRAM
TEMPAT 1. UNIVERSITAS IBNU SINA, BATAM INDONESIA 2. YAYASAN MIFTAHUL HASANAH ( RUMAH ANAK YATIM),
KAMPUNG NONGSA, BATAM INDONEISA
TARIKH/ HARI 10 JUN 2014 HINGGA 12 JUN 2014 ( SELASA HINGGA KHAMIS )
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. Pembentangan Seminar Kertas Kerja Dan Perkongsian Ilmu bersama pihak Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia
2. Program Perkongsian Budaya 3. Khidmat Masyarakat ( Rumah Anak Yatim ) di sebuah
perkampungan Melayu Nongsa, Batam Indonesia
SASARAN 1. 25 ORANG STAFF POLITEKNIK MERSING, JOHOR
Dalam usaha menjadikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan ilmu bertaraf dunia, Politeknik Mersing Johor telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan kegiatan mempromosi dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan
komuniti global di luar negara. Sehubungan dengan itu, pada 10 hingga 12 Jun 2014 yang lepas, Warga
Politeknik Mersing melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menggalas cabaran dengan
menganjurkan Program Pengantarabangsaan Warga Pensyarah dan Pihak Pengurusan Politeknik
Mersing ke Batam, Indonesia yang melibatkan akitiviti Kolaborasi Dan Khidmat Komuniti. Dalam
program ini seramai 25 orang dari kalangan pensyarah dan pihak pengurusan telah terlibat.. Apa yang
menarik program ini diiringi oleh Tuan Pengarah iaitu Tn Haji Rosli Bin Hamid dan Timbalan Pengarah
Akademik : Tuan Haji Lajakarek Bin Haji Mohd Amin.
Objektif utama program ini selain dapat menjana warga para peserta yang lebih beridealisme,
proaktif dan kreatif serta mampu berdaya saing menerusi pemerhatian serta penglibatan yang lebih
terbuka di peringkat global, program ini juga mampu memberikan beberapa impak seperti
memartabatkan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amnya dan Politeknik Mersing
khususnya pada kelasnya tersendiri dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status bertaraf
antarabangsa seiring dengan pendekatan transformasi politeknik ke arah globalisasi Melalui program
khidmat komuniti ini juga para peserta dapat menanamkan sifat kasih sayang dan peka kepada
perkembangan nasib masyarakat yang menimpa terutama di peringkat global.
Pada hari pertama, peserta telah menghadiri jemputan dari pihak Universitas Ibnu Sina tentang
rangka program kolaborasi bersama dan pembentangan seminar sehari. Pihak Pengarah Politeknik
Mersing dan pihak Direktur Universitas Ibnu Sina juga saling menandatangani memorandum bersama
diantara dua pihak yang melibatkan kerjasama Antara dua pihak samada dari segi perkongsian ilmu,
sukan dan kemahiran. Para Warga Politeknik Mersing dan Universitas Ibnu Sina juga telah
membentangkan kertas kerja mengikut tajuk yang dipilih masing‐masing. Manakala sebelah petangnya
kami telah dibawa ketempat menarik di Batam seperti Jambatan Barelang dan jambatan‐jambatan lain
yang menghubungkan pulau‐pulau batam menjadi satu dan tempat tinggalan sejarah pendudukan
Rakyat Vietnam di Muzium Vietnam.
Pada hari kedua kami telah melawat ke Yayasan Miftahul Hasanah iaitu rumah panti asuhan
anak‐anak yatim dan menghulur sedikit bantuan berupa sumbangan cenderahati, wang ringgit dan
tenaga kepada anak‐anak yatim. Para peserta sempat untuk bergotong royong membersihkan kawasan
kediaman anak‐anak yatim dan pokok yang tumbang menghempap bumbung rumah yang kebetulannya
juga dilanda ribut, membersihkan kawasan persekitaran dan dalam masjid yang dibina sendiri hasil dari
kerjasama masyarakat kampung.
Secara keseluruhan, program ini mencapai objektif seperti yang telah disasarkan secara tidak
langsung impak dan kesan yang positif dalam mencapai matlamat meningkatkan imej politeknik
khususnya Politeknik Mersing ke arah Transformasi politeknik untuk menjadikan Politeknik Mersing ini
terkenal di peringkat global.
Figure 1: Tuan haji Rosli Bin Hamid (Pengarah PMJ bersama barisan pengurusan Ibnu Sina Dan PMJ)
Figure 2: BANNER YANG DISULAMI BUNGA MENYAMBUT ROMBONGAN PMJ
Figure 3: MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA
Figure 4: PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH WARGA PMJ
Figure 5: GAMBAR KENANGAN PMJ DAN YAYASAN PENDIDIKAN TINGGI IBNU SINA
Figure 6: GAMBAR KENANGAN DI JAMBATAN BARELANG‐MERCU DAN SIMBOLIK BATAM
Figure 7: MELAWAT KE YAYASAN MIFTAHUL HASANAH DI PERKAMPUNGAN MELAYU NONGSA, BATAM
Figure 8: GOTONG ROYONG MEMINDAHKAN POKOK YANG TUMBANG AKIBAT RIBUT MENGHEMPAP BUMBUNG
Figure 9: MEMINDAHKAN PELEPAH KELAPA YANG TUMBANG
Figure 10: MEMBERSIHKAN HALAMAN LUAR
Figure 11: ANTARA PENGHUNI ANAK YATIM DARI PELUSUK INDONESIA YANG MENGINAP DI SINI
Figure 12: PENYAMPAIAN SUMBANGAN BERUPA WANG TUNAI DAN CENDERAHATI
Figure 13: BERGAMBAR KENANGAN DI YASAYAN MIFTAHUL HASANAH SEBELUM PULANG
top related