laporan pengerusi - korban aqiqah · ramai pasangan yang berkahwin mengharapkan lembu ataupun...
Post on 05-Aug-2020
30 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu.”Maksud Al-Haj : 37
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar walillahilham...
“Program Korban Eidhul Adha dan Aqiqah di Kemboja 1425H telahselamat dilaksanakan. Pada tahun ke 11 program ini, 1177 ternakanKorban dan Aqiqah telah disempurnakan di seluruh Kemboja. Agihanmengikut jenis ibadah dan ternakan dan perbandingan dengan tahun lepasialah seperti berikut:
Pada Hari Raya Eidhul Adha, 21 Januari 2005 bersamaan 10 Zulhijjah 1425H ternakankorban mula disembelih dan daging-daging korban diagihkan kepada semua keluargaIslam di Kemboja. Daging aqiqah pula telah dimanfaatkan untuk jamuan kahwin, jamuanuntuk masyarakat Islam dan jamuan sempena perasmian masjid.”
Haji Che Mazlan SaadPengerusi Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah Di Kemboja 1425H.
Laporan Pengerusi
KORBANTernakan 1425H 1424HLembu 883 823Kambing 8 12
AQIQAHTernakan 1425H 1424HLembu 171 199Kambing 115 144
Perasmian Program Di Masjid Nuruddin, Thbong Khmom, Kemboja
2
Pengesahan Mufti Kerajaan Kemboja
“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada BaniAdam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwankorban.” Maksud Hadith Nabi
“ Maka dengan ini saya mengesahkan pelaksanaan Korban EidhulAdha dan Aqiqah di Kemboja untuk tahun 1425Hijrah... Saya jugamengesahkan bahawa ibadah Korban dan Aqiqah yang dilaksanakantelah memenuhi hukum-hukum syara’ sebagaimana yangdikehendaki... Semoga ibadah Korban dan Aqiqah yangdisempurnakan mendapat keredhaan Allah ta’ala.”
Petikan surat pengesahanMufti Kerajaan Kemboja.
Surat Pengesahan dan Pelaksanaan Korban EidulAdha & Aqiqah di kemboja 1425H daripadaMufti Kemboja.
Orang kampung sibuk melapah dan mengagihkan daging lembu
“Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semestaalam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yangdiperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yangpertama menyerahkan diri kepada Allah.”Maksud Al-An’am : 162
Majlis Perasmian Korban Edul Adha & Aqiqah di Kemboja 1425H
“Tidak ada suatu amalanyang paling dicintai oleh Allah
daripada Bani Adam ketika HariRaya Eidhul Adha selain
menyembelih haiwan Korban”Maksud Hadith Nabi
Majlis perasmian diadakan pada Hari Raya Korban 10Zulhijjah 1425H bersamaan 21 Januari 2005 di MasjidNuruddin, Rakapopram 1, Rakapopram, Thbong Khmom,Kampung Cham.
3
891 ekor ternakan korban telah disempurnakan di seluruh Kemboja
Mufti Kemboja bersamapara jemaah selepas
khutbah Hari Raya Korban
Pengerusi program menunaikan amanahnya
“Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dansebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang yangsengsara lagi fakir.” Maksud Al-Hajj : 28
Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Kemboja menetapkan agihanseekor lembu bagi setiap 100 buah keluarga dalam sesuatukampung.
Agihan Daging Korban
Peserta Korban dari Malaysia sedangmengagihkan daging korban kepada orang
kampung
Jawatankuasa Agihan DagingKorban disusun di setiap kampungagar setiap keluarga dalamkampung tersebut dapat merasaidaging korban walaupun sedikit.
Seorang ibu sedang membawapulang daging korban yang
diterima
Gotong-royong untuk membahagikan daging korban
4
5
Ramai pasangan yang berkahwinmengharapkan lembu ataupunkambing aqiqah untuk jamuanperkahwinan. Sering juga seekorlembu dikongsi bersama olehdua atau tiga pasangan pengantin.
Jamuan Aqiqah Sepanjang Tahun
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) denganaqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.”Maksud Hadith
Jamuan aqiqah juga dimanfaatkan untuk program kemasyarakatan seperti perasmianmasjid, jamuan untuk murid-murid madrasah serta program ceramah Mufti.
Jamuan aqiqah biasanya melibatkan gotong-royong penduduk kampung
Pelaksanaan ibadah Aqiqah dilaksanakan sepanjangtahun. Penyertaan A001 disempurnakan pada 10Mac 2004 di O Andang, Prek Pra, Mean Chey,Phnom Penh, Kemboja dan penyertaan akhir A286bagi tahun 1425H disempurnakan pada 24 Januari2005 di Jamiul Akfa, Pong Ro, Chhlong, KampungCham, Kemboja.
Program Berbuka Puasa Di Kemboja 1425H
“Orang yang berpuasa memperoleh duakebahagiaan. Pertama setelah berbuka dankedua apabila berjumpa dengan Tuhannyapada hari Kiamat kelak.” Maksud Hadith
Untuk mendapatkan keberkatan bulanRamadhan 5% yuran penyertaan programKorban & Aqiqah yang diterima sebelum25 Ramadhan 1425H bersamaan 8November 2004 diperuntukkan untukProgram Berbuka Puasa di Kemboja.
Jumlah peruntukan termasuk derma para dermawan: RM25,962.25
Ibadah Aqiqah telah disempurnakan bagi parapeserta untuk sijil A038-A104 pada bulanRamadhan 1425H ini:
Lembu Aqiqah 35 ekorKambing Aqiqah 31 ekor
Agihan wang untuk berbuka puasa: Mufti KerajaanKemboja juga mengesahkan menerima sumbangandaripada Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia,Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Surau Al-IslahShah Alam dan para dermawan sebanyak USD12676.00.
Sumbangan dari Malaysia
Berbuka puasa dengan nasi dan kari daging aqiqah ala Kemboja
6
7
Tempat Pelaksanaan Ibadah Korban & Aqiqah 1425H
1415H17
1416H150
1417H288
1418H263
1419H451
1420H561
1421H736
1422H685
1423H886
1424H1178
1425H1177
Bilangan Ternakan
Korban &
Aqiqah
www.korbanaqiqah.com.my untuk senarai terperinci tempat pelaksanaan.
Bilangan ternakan korban
& aqiqah yang disem
purnakan.
8
Penerimaan Sijil Nama-Nama Peserta Korban & Aqiqah Serta Wang Bagi Pembelian LembuAtau KambingTanggungjawab ini hanya akan diserahkan kepada imam-imam Masjid, guru agama dan wakil-wakil urusan yang dipilih oleh Mufti Kerajaan Kemboja.Syarat-Syarat Lembu Korban & AqiqahLembu untuk ibadah Korban & Aqiqah hendaklah berumur lebih 2 tahun, tidak sakit, tidakcacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting.Penjagaan LembuLembu yang telah dibeli hendaklah disimpan di tempat yang selamat, diberi makan dan minumyang secukupnya, dijaga kesihatannya dan tidak digunakan untuk kerja-kerja.Nama Peserta Korban & AqiqahLebih baik nama-nama peserta Korban & Aqiqah yang ada pada sijil-sijil yang telah diserahkanitu ditulis pada papan hitam semasa penyembelihan. Ambil gambar foto (jika boleh).Persiapan Lembu Korban & AqiqahLembu-lembu hendaklah dahulu dibersihkan dengan air sebelum dibawa ke tempatpenyembelihan iaitu di kawasan masjid atau surau. Peralatan penyembelihan dan pelapahandisediakan dahulu dan dibawa bersama.Pengumuman Korban & AqiqahPengumuman kepada semua penduduk kampung hendaklah dibuat berkenaan ibadah Korban& Aqiqah yang akan disempurnakan.PenyembelihanPisau yang tajam hendaklah digunakan dengan lembu Korban & Aqiqah diikat dengan baik.Lembu dan penyembelih hendaklah mengadap kiblat. Mulakan dengan Bismillah dan bolehjuga diiringi dengan salawat nabi dan doa. Niat penyembelihan ialah untuk peserta-pesertayang namanya ada pada sijil.Agihan Daging KorbanDaging lembu korban hendaklah diagih-agihkan dengan adil kepada penduduk kampung.Jamuan AqiqahDaging lembu Aqiqah hendaklah dimasak serta jamuan diadakan di masjid atau surau atau ditempat-tempat lain yang dipersetujui oleh Mufti atau Ketua Urus Setia.Sijil Pengesahan PelaksanaanSelepas ibadah Korban & Aqiqah disempurnakan, Sijil Pelaksanaan Korban & Aqiqahhendaklah dikembalikan kepada Ketua Urus Setia dengan kadar yang segera.
Ketentuan Mufti Kerajaan KembojaSyarat Pelaksanaan Ibadah Korban & Aqiqah
9
“Katakanlah sesungguhnya sembahyangku,ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukAllah, Tuhan semesta alam.”Maksud Al-An’am :162
Perasmian Masjid merupakan budaya umatIslam Kemboja untuk mengembangkan syiarIslam dalam negara yang bilangan umatIslamnya hanya 5% daripada jumlah 13 jutarakyat Kemboja. Tiga buah masjid telahdirasmikan pada hari-hari Raya Korban EidulAdha tahun ini.
Ternakan Aqiqah & Korbandisembelih dan jamuan diadakanuntuk meraikan ribuan penduduk-penduduk kampung yang hadirpada majlis perasmian masjid-masjid yang berkenaan.
Masjid Nuruddin, Thbong Khmom Masjid Al-Ridhwan, Krochmar
Masjid Nikmatul - Islam Thol Por,Stoeng Trang
Majlis Perasmian Masjid
Okhna Haji Othsman Hassan mewakiliPerdana Menteri Hun Sen
10
“Bukankah korban itu termasuk ibadah yangmenyelamatkan orang yakni menyelamatkanorang yang empunyanya daripada kejahatandunia dan akhirat.” Maksud Hadith
Pada tahun ini, Badan Kebajikan IslamTelekom Malaysia (BAKIT) dan kakitanganJabatan Mufti Johor telah menganjurkanprogram Korban Eidhul Adha di Kembojayang diuruskan oleh Al-Ameen ServeHoldings Sdn. Bhd.
Lembu-lembu telah disembelih dandaging-daging diagihkan pada Hari RayaKorban dan dikawalselia secara langsungoleh Yang Berbahagia Tuan Haji YusofSaid, Ahli Majlis Pimpinan TertinggiUmat Islam Kemboja dan Haji SabriKassim, Imam Masjid Chumnikmerangkap Timbalan Setiausaha NegaraKementerian Pembangunan Luar BandarKemboja.
31 ekor lembu korban telah disempurnakan bagi pihak ahli-ahli Badan Kebajikan IslamTelekom Malaysia.7 ekor lembu korban telah disempurnakan untuk kakitangan dan ahli keluarga JabatanMufti Johor.
Program Ibadah Korban Berkelompok
Lembu korban Mufti Johor sedangdisempurnakan
Perasmian ibadah korban berkelompok diMasjid Chumnik, Krochmar
Ukhwah Islamiah antara Umat Islam Nusantara Melayu bertambah erat
“Tiap-tiap sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga itu adalah mengasihi fakir miskin.”Maksud Hadith
“Program ini bagus dan banyak memberi manfaat kepadamasyarakat Islam di sini. Disamping membantu, kita dapatmengeratkan lagi tali persaudaraan antara masyarakat Islam diMalaysia dan Kemboja.” Fauziah Nordin
“ Melalui Program Korban & Aqiqah oleh syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd, seluruh keluargaumat Islam di Kemboja dapat dibekalkan dengan dagingkorban.” Md Zahid Abdul Ghani
11
Rombongan Para Peserta Korban Eidhul Adha & Aqiqah 1425H
Ahli Rombongan:Hj Che Mazlan SaadUst. Jalaluddin HassanuddinUst. Mohd Iskandar MYAHj Md Zahid Abdul GhaniHjh Fauziah NordinHj Ahmad YusofWan Rahimah Deraman
Ahmad Yusof sedangmenyembelih lembukorban untuk dirinyadan keluarga
Bersama membersihkan bahagian lembu dan mengagihkan daging korban
12
“Gagal dan rugilah sesiapa yang hatinya tidakdianugerah sifat pemurah sesama manusia olehAllah.” Maksud Hadith
Setiap tahun, Kemboja menghadapi musimkemarau yang boleh berlanjutan antara 4 hingga 6bulan lamanya.Sistem bekalan air berpaip masihbelum dapat disusun dengan baik dan bekalan airpaip di kampung-kampung boleh dikatakan tidakwujud. Orang-orang kampung bergantung harapkepada air sungai, kolam ataupun perigi untukkeperluan air seharian.
Sumbangan Umat IslamSingapura
Haji Mazlan Abdullah dan PuanDzalilah Salleh, peserta Korban& Aqiqah Singapura telah dapatmengumpul dana daripadasahabat handai untuk pembinaan82 perigi di seluruh Kemboja. 52perigi telah siap dibina.
Sumbangan Umat IslamMalaysia
Sedekah yang disalurkan melalui Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. telah dimanfaatsepenuhnya untuk membina 20 perigi. Setiap perigi diperuntukkan wang sebanyakUSD100. Pihak Mufti Kemboja telah menetapkan imam-imam masjid dan tuan-tuanguru agama untuk bertanggungjawab melaksanakan projek ini.
Program Pembinaan Perigi di Kemboja
Kemarau di Kemboja
Air perigi merupakan nadi kehidupan di kampung-kampung
13
“Jika kamu bersyukur, nescaya Ku-tambahkan nikmatkepadamu, tetapi jika kamu ingkar, maka sesungguhnyaazab-Ku amat pedih.” Maksud Ibrahim :7
Pada tanggal 24 Januari 2005, laporan program yangmenyenaraikan tempat-tempat pelaksanaan ibadah Korban& Aqiqah mengikut nombor sijil penyertaan telahdisampaikan oleh Yang Berbahagia Hj Zakaryya Adam,Ketua Urus Setia Program Korban & Aqiqah di Kembojamerangkap Setiausaha Negara Kementerian Agama danKepercayaan kepada Encik Salahuddin Yusof, FirstSecretary, Embassy of Malaysia di Phnom Penh, Kemboja.
Penyampaian Laporan kepada Kedutaan Malaysia di Kemboja
Ziarah Hormat para pesertaKorban di Kedutaan Malaysia
di Kemboja.
Okhna Haji Othsman Hassan, PenasihatPerdana Menteri Kemboja menyaksikan
penyerahan sijil di pejabat Mufti Kemboja
14
PengerusiHaji Che Mazlan SaadPengerusi Eksekutif
Pembantu Khas PengerusiUstazah Norwariza Mohd Hed
Ketua Urus Setia di MalaysiaUstaz Jalaluddin Hassanuddin
Urus Setia di MalaysiaIriani AsnawiZairani A. HamidZamzurilariha Mat AriffinZulhalimi AnuarNorfadhilah Zakaria
Wakil Urusan di Pursat, Battambang& Bondeay Mean CheyHj Musa Sulaiman Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Kampot & Kompong Som, Koh KongUstaz Zuhri Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Kompong ThomHaji Zuhdi Yusuf Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di SiemreapUst. Musa Salleh Ahli Majlis Syura
Wakil Urusan di Rattanakiri,Mondul KiriUstaz Syukri Kassim Guru Agama
Siti Faizura Abd. RahmanMohd Rohaizal HamidNor Azlin NgahHabib BenhadriaMohd Nazri Nadzir
Ketua Urus Setia di KembojaHaji Zakaryya AdamSetiausaha Negara KementerianAgama & Kepercayaan
Ketua KeselamatanHaji Sabri KassimTimbalan Setiausaha NegaraPembangunan Luar Bandar
Lembaga Penasihat: Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti KerajaanKemboja, Okhna Haji Othsman Hassan, Penasihat Perdana Menteri dan Haji Zakaryya
Adam, Setiausaha Negara Kementerian Agama dan Kepercayaan
Ustazah Norwariza Mohd HedAhli Urus Setia di Malaysia
Ustaz Ghazali ZakariaAhli Urus Setia di Kemboja
Urus Setia Program Korban & Aqiqah Di Kemboja 1425H
Wakil Urusan di Kompong ChnangHaji Hashim Yunus Imam Daerah
Wakil Urusan di Phnom Penh, Kandal,Takeo, Prey Veng, Svay Rieng, Kg SpeuUstaz Yusof Yahya Pembantu Khas MuftiUst. Abdul Wahid Abdullah Guru AgamaUst. Ghazali Zakaria Pembantu Khas Mufti
Wakil Urusan di Kompong ChamHaji Sabri Kassim Timbalan SetiausahaNegaraUst. Zahari Mohd. Daud Guru Agama
Wakil Urusan di KerachihTuan Yusuf Said Ahli Majlis Syura
Penyertaan Awal Sebelum 15 Ramadhan 1426H / 19 Oktober 2005
15
Kebaikan Bulan Ramadhan
“Barangsiapa yang memberi makan saudaranya hingga kenyang lalu memberinyaminum hingga hilang dahaga, nescaya Allah akan menjauhkannya dari api nerakasejauh tujuh jurang...” Maksud Hadith
Puasa dapat memelihara seseorang itu daripada perbuatan yang bercanggah denganamal-amalan orang yang sedang beribadah seperti mengucap perkataan yang kesatdan mencela.
Orang yang berpuasa akan bertambah dekat dengan Allah s.w.t kerana lapar dandahaga itu sentiasa mengingatkan seseorang itu akan kehadiran serta perintah danlarangan Allah s.w.t.
Kedudukan orang yang berpuasa itu amat tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t bahkanmulut orang yang berpuasa disisi Allah lebih wangi baunya daripada bau kasturi.
Penyertaan Korban dan Aqiqah Sebelum 15 Ramadhan 1426H
Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. akan memperuntukkan 5% daripada yuranpenyertaan untuk Program Berbuka Puasa bagi penyertaan ibadah korban & aqiqahyang diterima sebelum 15 Ramadhan 1426H bersamaan 19 Oktober 2005.
Lembu-lembu ibadah aqiqah akan disempurnakan dan jamuan aqiqah dibuat padabulan Ramadhan bagi penyertaan yang diterima antara 15 Syaaban 1426H sehingga15 Ramadhan 1426H.
Kelebihan Memberi Makan Pada Bulan Ramadhan
Allah akan memberikan ganjaran pahala yang besar yang tidak ternilai kepada hamba-Nya yang memberi makan fakir miskin.
“Kamu sekali-kali tidak akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yangsempurna) sebelum kamu menderma sebahagian apa yang kamu sayangi”Maksud Al-Imran : 92
Sumbangan untuk majlis berbuka puasa bolehlah disalurkan terus pada Mufti KerajaanKemboja di akaun berikut:
Nama Akaun: Mufti of CambodiaNo. Akaun: 00001 / 02 / 001136 / 07Bank: Maybank, Phnom Penh BranchAlamat: No.3, Street 114 (Kramoun Sar), Phnom Penh, CambodiaEmelkan maklumat sumbangan kepada: mufti_of_cambodia@cttnet.com.kh
Urus Setia Program Korban & Aqiqah Di Kemboja 1425H(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
Nama : .......................................................................................................................................................
Alamat : ......................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
.................................................................................. No K/P (Baru) :..............................................................
Tel. Rumah / Pejabat : ............................................. Tel. Bimbit : ....................................................................
Saya seperti nama dan alamat di atas mewakilkan pelaksanaan Korban / Aqiqah di Kemboja padatahun 1426H kepada Pengerusi Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja 1425H sebanyak :
bahagian LEMBU ekor KAMBING atas nama-nama berikut:
SILA GUNAKAN HURUF BESAR
YURAN PENYERTAAN : Penyertaan boleh dibatalkan dalam tempoh bertenang 10 hari
BORANG KORBAN / AQIQAH DI KEMBOJA
Bersama ini disertakan Tunai / Kiriman Wang / Wang Pos / Cek no. : ............................... bernilaiRM ................. atas nama Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Bersama ini disertakan salinan Slip Bank pembayaran yang telah dibuat melalui akaun Al-AmeenServe Holdings Sdn. Bhd.
BIMB (Jln Tun Razak KL) No. Akaun : 14032010015955MAYBANK (Tmn Setiawangsa KL) No. Akaun : 562188100158Sila tuntut bayaran daripada kad kredit saya:
Nombor Kad Kredit
Satu bhg. Lembu Aqiqah: RM 250.00 / Satu Ekor Kambing RM395.00Satu bhg. Lembu Korban: RM205.00
JUMLAH RM
Tarikh Luput Kad : ................................
Tarikh : ..................................................(Tempoh bertenang dikira dari tarikh ini)
..............................................................Tandatangan
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT
Tarikh Terima
No. Resit
No. Sijil
Tarikh Hantar
VISA MASTERCARD
Tarikh Tutup : 8 Jan 2006 / 8 Zulhijjah 1426H
Bil Nama Bhg. / Ekor
1
2
3
4
5
6
7
Poskan kepada: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 2-1, 1st Floor, Jalan 9 / 23A, Medan MakmurOff Jalan Usahawan, 53200 Setapak Kuala Lumpur
KORBAN AQIQAH
“Bermurah hatilah kamu terhadap orang-orang dibumi agar yang di langit bermurah hati kepadamu.”
Maksud Hadith
top related