modul ju_je guru
Post on 01-Jul-2015
182 Views
Preview:
TRANSCRIPT
JAWATANKUASA PENGGUBALMODUL KURSUS JURULATIH UTAMA (GURU)
SAHABAT PPDa – PETRONAS
KETUA : EN. ABDULLAH SANI B. ABD RAHIM
PENOLONG KETUA : EN. ZAILAN B. ZAINUDDIN
JAWATANKUASA : EN. ASHARI B. KHATIB HASSAN
TN. HJ. GHAZALI B. HAMZAH
EN. ISMAIL B. OMAR
EN. ADAM MALIK B. IBRAHIM
EN. SALIM B. PUTEH
EN. ASMAWI B. AHMAD
EN. SANUSI B. RAHIMAN
EN. AZLANG B. MOHAMAD NOR
EN. HANAFI B. ABD. AZIZ
EN. ANUAR ZAMANE B. MAT ZIN
EN. ZURAIDI B. SAMAD
EN. YAHYA B. MASOD
JADUAL KURSUS JURULATIH UTAMA : GURUSAHABAT PPDa-PETRONAS PERINGKAT NEGERI TAHUN 2010
HARI /TARIKH
7.00 pg 8.00 pg
8.00 pg10.00 pg
10.00 Pg 10.30 Pg
10.30 pg12.30 Tgh
12.30 th 2.30 ptg
2.30 Ptg5.00 ptg
5.00 Ptg 8.30 Mlm
8.30 mlm10.30 mlm
HARI 123 Feb
RIA
DA
H / U
RU
S D
IRI / S
AR
AP
AN
RE
HA
T / M
INU
M P
AG
I
SO
LAT
/ RE
HA
T / M
AK
AN
TE
NG
AH
HA
RI
PENDAFTARAN / TAKLIMAT
2.00-5.00 pm
UR
US
DIR
I / SO
LAT
/ MA
KA
N M
ALA
M
SUAI KENAL / ICE BREAKING
SLOT 1
HARI 224 Feb
PENGENALAN SAHABAT PPDa-
PETRONASSLOT 2
KENAL DIRISLOT 3
KEMAHIRAN ASAS MEMBIMBING
SLOT 4
KEMAHIRAN KOMUNIKASI & KEM. ASERTIF
SLOT 5
HARI 325 Feb
PENYELESAIAN MASALAH
SLOT 6
PELAN TINDAKAN
SLOT 7
SLOT 1 : SUAI KENAL / ICE BREAKING (Diketuai En. Azlang & En. Ashaari)
1.1. Yell
1.2. Model Barisan Sahabat1.2.1. Ikut Ketinggian1.2.2. Ikut Abjad1.2.3. Ikut Nama1.2.4. Ikut Bulan Kelahiran1.2.5. Ikut Jantina
1.3. Model Bumi Bulatan1.3.1. Bentuk kumpulan 3 orang1.3.2. Bentuk bulan kelahiran1.3.3. Bentuk saiz kasut
1.4. Model Ikan Dalam Balang
1.5. Model Muka Jam (Temujanji 12 orang)
1.6. Rumusan
SUAI KENAL (ICE-BREAKING)
OBJEKTIF :
1. Mendapatkan penglibatan peserta secara semerta dalam suasana yang
menggembirakan
2. Mewujudkan jalinan perhubungan (komunikasi) dalam kalangan peserta
3. Mewujudkan perasaan percaya dan mempercayai dalam kalangan peserta juga
dengan pihak pengelola.
4. Merangsang daya pemikiran kreatif serta daya ingatan peserta.
5. Merapatkan jurang perbezaan antara peserta
AKTIVITI 1 : YELL
1.1 Masa : 5 mimit
1.2 Bahan :
1.3 Prosedur Pelaksanaan :
1.3.1 Fasilitator memperkenalkan nama dan latar belakang diri dan
mengucapkan selamat datang kepada peserta
1.3.2 Fasilitator memperkenalkan kata sahutan kepada peserta dan dibuat
latihan.
Contoh;
Fasilitator menyebut perkataan ”perhatian” dan peserta dikehendaki
menyahut dengan perkataan ”PPDa....sahabat...sahabat”
1.4 Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Cinta
AKTIVITI 2 : MODEL BARISAN SAHABAT
2.1 Masa : 13 minit
2.2 Bahan :
2.3 Prosedur Pelaksanaan :
2.3.1 Fasilitator memulakan dengan ”Yell”. Fasilitator mengarahkan peserta
membentuk kumpulan dalam barisan
(satu persatu)
- Ikut Ketinggian
- Ikut Abjad
- Ikut Bulan Kelahiran
- Ikut Jantina
2.4 Falsafah : Kita Serupa
AKTIVITI 3 : MODEL BUMI BULAT
3.1 Masa : 12 minit
3.2 Bahan : Kad Cantuman Lagu ( Lampiran 1)
- Sekotak hadiah
3.3 Prosedur Pelaksanaan :
3.3.1 Fasilitator memulakan dengan ”Yell”. Fasilitator mengarahkan peserta
membentuk kumpulan dalam bulatan
(satu persatu)
- bentuk kumpulan 3 orang
- bentuk kumpulan saiz kasut
3.3.2 Peserta diarahkan mengambil posisi bulatan besar. Fasilitator meletakkan
kad di tengah bulatan dan meminta peserta mengambil satu kad setiap
orang. ( Fasilitator membuat pemerhatian dan memberi ulasan semasa
rumusan)
3.3.3 Peserta diarah membina kumpulan berdasarkan kad Cantuman Lagu
3.3.4 Selepas peserta menemui kumpulan masing-masing dalam bentuk
bulatan, fasilitator meminta wakil setiap kumpulan mencipta irama lagu
dengan cara menggayakan seperti seorang pemimpin orkestra.
3.3.5 Pemimpin Orkestra yang baik akan diberi hadiah.
3.4 Falsafah : Keserasian Asas Kejituan
AKTIVITI 4 : MODEL IKAN DALAM BALANG
4.1 Masa : 40 minit
4.2 Bahan : - Sampul surat yang telah ditulis nama peserta semasa
pendaftaran dan terkandung sehelai kertas kosong
- Buku log peserta
- dan alat tulis peserta
- wisel
4.3 Prosedur Pelaksanaan :
4.3.1 Fasilitator memulakan dengan ”Yell”.Fasilitator mengarahkan peserta
membuat satu bulatan besar
4.3.2 Peserta membilang mengikut urutan ahli kumpulan.
4.3.3 Peserta yang bernombor ganjil atau genap diminta untuk membuat
satu langkah ke hadapan dan berpusing menghadap rakan
4.3.4 Fasilitator mengajar sebuah lagu (rujuk lampiran 2) kepada peserta
4.3.5 Fasilitator meniup wisel dan peserta akan menyanyi sambil melangkah.
Habis lagu itu peserta akan bertanya sesama sendiri mengenai latar
belakang rakan seperti nama, tempat asal, status perkahwinan, warna
kegemaran, cita-cita, perkara yang tidak disukai dan lain-lain
mengikut kesesuaian.
4.3.6 Wisel ditiup lagi dan lagi sehingga semua peserta dapat mengenali
antara satu sama lain.
4.3.7 Fasilitator mengarahkan peserta kembali ke posisi asal dalam bulatan
besar dan meniup wisel diikuti peserta menyanyi. Penolong-penolong
fasilitator mengedarkan sampul surat kepada peserta. Peserta diminta
menulis harapannya kepada rakannya itu (atau sebagainya mengikut
situasi / kesesuaian)
4.3.8 Peserta diminta mencari siapakah pemilik sampul surat tersebut. Sesiapa
yang gagal menemui pemilik itu perlu dikenakan denda seperti meminta
mereka membuat satu ’yell’ atau menyanyi sebuah lagu atau sebagainya.
4.4 Falsafah : Kemesraan dan Keakraban
AKTIVITI 5 : MODEL MUKA JAM
5.1 Masa : 30 minit
5.2 Bahan : - Helaian yang telah dilukis bentuk sebuah jam
(rujuk lampiran 3)
- 1 kotak hadiah
- Kaset/CD Lagu Bila Mama Pakai Celana
5.3 Prosedur Pelaksanaan :
5.3.1 Perdengarkan lagu secara latar bunyi.Fasilitaor memulakan dengan
”Yell”. Fasilitator meminta peserta ke posisi bulatan besar. Helaian
kertas diedarkan kepada peserta
5.3.2 Peserta diminta untuk menemui 12 orang peserta lain yang belum mereka
kenali untuk membuat temu janji pada setiap jam.
5.3.3 Peserta juga perlu meminta latar belakang rakan seperti nama, tempat
asal, status perkahwinan, warna kegemaran, cita-cita, perkara yang
tidak disukai dan lain-lain mengikut kesesuaian.
5.3.4 Fasilitator membuat ”yell”. Fasilitator akan memanggil beberapa orang
peserta. Mereka diminta untuk menunjukkan rakan yang akan ditemuinya
mengikut jam dan menceritakan latar belakang rakannya itu
5.3.5 Peserta yang berjaya diberi hadiah
5.4 Falsafah : Cinta Mula Bersemi
AKTIVITI 6 : RUMUSAN ( Masa – 20 minit )
6.1 Fasilitator memulakan dengan ”Yell”.
6.2 Fasilitator meminta beberapa orang peserta menyatakan perasaan mereka
selepas mereka melalui proses ice-breaking ini dan apakah pengajaran yang
telah mereka perolehi.
6.3 Peserta yang dapat memberi pandangan yang baik dan bernas diberi hadiah
6.4 Fasilitator membuat rumusan dengan menyatakan falsafah bagi tiap-tiap aktiviti
dan di akhiri dengan ”yell”
6.5 Sesi ice-breaking diteruskan dengan pelantikan ketua dan penolong ketua
peserta kursus serta jawatankuasanya dengan diuruskan oleh peserta-peserta.
Senarai jawatankuasa perlu diserahkan kepada urus setia.
TAMAT
LAMPIRAN 1
Suai Kenal (Ice-Breaking)
Kursus Jurulatih Utama Guru Sahabat PPDa-PETRONAS
Peringkat Negeri 2009
KAD CANTUMAN LAGU
BILA MAMA PAKAI CELANA
PAPA GARU KEPALA
PAPA JELINGKAN MATABILA MAMA MENARI CHACHA
BISUL PAPA MELETUPBILA MAMA HULAHUP
BILA MAMA PAKAI YENGKI
PAPA MASAM SAKIT GIGI
HU LA LA LA HULAHUP
LAMPIRAN 2
Suai Kenal (Ice-Breaking)
Kursus Jurulatih Utama Guru Sahabat PPDa-PETRONAS
Peringkat Negeri 2009
LAGU SUAI KENAL
Datang Kursus Seronok Sekali
Bertemu Kawan Yang Baik Hati
Langkah Ke Kanan Langkah Ke Kiri
Langkah Ke Kiri Sekali Lagi
LAMPIRAN 3
Suai kenal (Ice-Breaking)
Kursus Jurulatih Utama Guru Sahabat PPDa-PETRONAS
Peringkat Negeri 2009
MUKA JAM
Nama Peserta : ____________________________
Masukkan Nama
SLOT 2 : PENGENALAN SAHABAT PPDa-PETRONAS
2.1. Ceramah KPM2.1.1. Sekolah Bebas Dadah
2.2. Ceramah KPM / JPN 2.2.1. Pembentangan Kertas Konsep Sahabat PPDa-
PETRONAS
SLOT 3: KENAL DIRI / PERSONALITI ( En. Salim & En. Anuar Zamane )
3.1. Lukis Wajah
3.2. Lukis Gambar Lembu
3.3. Inventori Personaliti ; Drp Petronas
3.4. Inventori Personaliti Warna
3.5. Teka Personaliti : 3 ciri, sifat, sikap berkaitan diri
SLOT 4: KEMAHIRAN ASAS MEMBIMBING (En. Asmawi b. Ahmad & En. Ismail)
4.1. Tayangan Video : Boring Class – Intro drp PETRONAS
4.2. Stick Man ( Pengalaman mengikuti program berasaskan ciri-ciri penceramah yang menyeronokkan dan tidak menyeronokkan tertumpu kepada sikap, pengetahuan, emosi, kemahiran)
4.3. Tayangan Video : Burung Kakaktua – Drp PETRONAS
4.4. Kemahiran Memujuk : I love Ice Cream
SLOT 5: KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN KEM. ASERTIF (En. Sanusi & En. M. Hanafi)
5.1. Mendengar Secara Aktif
5.2. Promosi Produk
5.3.
SLOT 6: PENYELESAIAN MASALAH (En. Adam Malik & En. Zuraidi)
6.1. Bola Ping Pong
6.2. Latihan Paru-paru
6.3. Car wash
6.4. Rantai Bulatan
6.5. Jigsaw Puzzle
SLOT 7: PELAN TINDAKAN (En. Abdullah Sani & Hj. M. Ghazali)
7.1. Perbincangan dalam Kumpulan, 1 Program Inovasi PPDa murid.
MODUL JURULATIH UTAMA BAGI GURU: SLOT 2
Slot 2 : Pengenalan Sahabat PPDa-PETRONAS
Aktiviti dalam slot 2 adalah :
2.1. Ceramah KPM : Sekolah Bebas Dadah
2.2. Ceramah Petronas : Perkongsian Pintar PETRONAS-KPM
Perincian / Pengelolaan :
Aktiviti 2.1 : Ceramah KPM
Objektif : 1. Melahirkan ahli-ahli Sahabat PPDa-PETRONAS yang dapat menjana penglibatan mereka dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.
2. Mewujudkan interaksi dan rangkaian perhubungan yang positif di kalangan ahli Sahabat PPDa-PETRONAS ke arah melaksanakan peranan ahli Sahabat PPDa-PETRONAS di sekolah dan daerah masing-masing.
3. Mendapat kemahiran interpersonal dan intrapersonal kepada peserta supaya dapat menyebarkan kemahiran PPDa kepada rakan sebaya.
Masa : 60 minit
Bahan : Komputer, Laptop, LCD
Pengisian :1. Kertas Konsep Sahabat PPDa-PETRONAS.
a. Latar belakang
b. Objektif / Harapan
c. Matlamat / Halatuju
d. Pelaksanaan kepada guru / murid
e. Kumpulan Sasaran
f. Tempoh masa
g. Jawatankuasa
h. Perbelanjaan / Kos
i. Rumusan
2. Sedutan Video Majlis Menandatangani Tajaan PETRONAS.
Prosedur pelaksanaan : 1. Pengerusi slot mengambil tempat.
2. Pengerusi mendapatkan maklumat ringkas biodata penceramah.
3. Pengerusi slot memulakan majlis dengan ucapan alu- aluan, menjelaskan tajuk ceramah dan membacakan biodata penceramah.
4. Penceramah menyampaikan ceramah.
Falsafah : Bersatu perangi dadah.
Lampiran :
1. Bahan untuk slot
2. Bahan edaran
3. Soal selidik
SLOT 2
AKTIVITI
Aktiviti di dalam Slot 3 ini adalah seperti berikut :
1. Melukis Wajah
2. Melukis Gambar Lembu
3. Inventori Personaliti (PETRONAS)
4. Inventori Personaliti Warna
5. Meneka Personaliti
AKTIVITI 1 - MELUKIS WAJAH
OBJEKTIF :
Supaya semua peserta dapat :
1. Saling kenal mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat, mesra dan
jelekit
2. menunjukkan kebolehan melakar wajah sendiri.
Masa : 20 Minit
Bahan : Kertas A4, Pen/pensil
Prosedur : 1. Peserta diberi sehelai kertas A4
2. Peserta diminta melukis wajah masing-masing
3. Kumpulkan semua gambar yang telah dilukis tersebut
4. Setiap ahli kumpulan diminta mengambil sekeping
kertas yang telah dilukis (bukan milik sendiri)
5. Peserta secara bergilir-gilir meneka siapakah pemilik
gambar.
6. Peserta diminta berbincang secara berpasangan
berdasarkan gambar yang dipegang oleh mereka
Falsafah : Setiap manusia dianugerahkan kebolehan.
AKTIVITI 2 - MELUKIS GAMBAR LEMBU
OBJEKTIF :
Supaya semua peserta dapat :
1. Menilai bahagian domin fungsi otak samada kanan atau kiri.
2. menilai sikap diri sendiri
Masa : 20 Minit
Bahan : Kertas A4, Pen/pensil
Prosedur : 1. Peserta berada dalam kumpulan masing-masing
2. Peserta diberi sehelai kertas A4
3. Setiap peserta diminta melukis gambar lembu
mengikut pandangan masing-masing
4. Fasilitator meminta peserta mengangkat tangan yang
melukis gambar lembu mengikut pandangan peserta
(ke kiri, kekanan, dari hadapan dll)
5. Fasilitator menerangkan rumusan aktiviti
Falsafah : Manusia bertingkah laku mengikut domin pemikiran
Lampiran :
Interpretasi lukisan lembu
Lukisan lembu interpretasi
Pandang kekiri Rasional, logik,fakta, ikut susunan
Pandang ke kanan Kreatif, seni, emosional
Pandangan dari depan Berterus terang
Pandangan dari atas Optimis
Pandangan dari bawah Pasif/negatif
Dilukis tidak lengkap Tidak mudah ambil risiko
Ada telinga Mahu mendengar pandangan yang baik
Ada 4 kaki Stabil
Pandangan dari belakang ? ? ? ? ?
AKTIVITI 3 - INVENTORI PERSONALITI (PERTRONAS)
OBJEKTIF :
Supaya semua peserta dapat :
Masa : 60 Minit
Bahan : Kertas inventori personaliti
Prosedur : 1.
2.
3.
4.
Falsafah :
AKTIVITI 4 - INVENTORI PERSONALITI WARNA
OBJEKTIF :
Supaya semua peserta dapat :
1. Mengenalpasti warna diri (Personaliti) samada warna jingga, emas, hijau
atau biru.
2. memahami sahsia diri sendiri dan orang lain khasnya dalam interpersonal.
Masa : 60 Minit
Bahan : Kertas personaliti warna (rujuk lampiran)
Prosedur : 1. Peserta diberi kertas inventori personaliti warna
2. Peserta diberi masa selama 15 hingga 25 minit untuk
melengkapkan borang tersebut.
3. Peserta diminta mengira berapa jawapan ”ya” dan ”Tidak”
4. Fasilitator berbincang dengan peserta berkaitan tafsiran
inventori
Falsafah : Manusia adalah unit dan tidak sama dan kita perlu
menerima keunikan tersebut.
AKTIVITI 5 - MENEKA PERSONALITI
OBJEKTIF :
Supaya semua peserta dapat :
1. Mengenal pasti sahsiah rakan-rakan
2. menguji kejujuran diri sendiri dan rakan-rakan
Masa : 20 Minit
Bahan : Kertas A4, pen/pensel
Prosedur : 1. Peserta diberi sehelai kertas kecil
2. Setiap individu diminta menulis tiga perkara berkaitan
dengan diri
3. Semua kertas tersebut dikumpulkan
4. Ketua kumpulan ambil satu demi satu dan bacakan
5. Ahli kumpulan diminta meneka siapakah pemilik
maklumat diri tersebut.
Falsafah : Setiap manusia harus mengakui mempunyai
kekuatan dan kekurangan masing-masing
Lampiran :
INVENTORI PERSONALITI WARNA
Arahan :
A. Inventori ini mengandungi 100 pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.
B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan (Y) dan jika tidak menerangkan diri anda, tandakan (T) pada borang jawapan yang disediakan.
C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa.
No. Item Y T1. Saya cepat menyesuaikan diri dengan situasi baru.2. Saya lebih tua dari umur sebenar saya daripada segi pemikiran.3. Saya mudah mesra bila berhubung dengan orang lain.4. Saya adalah dalam golongan oarng yang pandai.5. Saya amat selesa dengan pengekalan cara hidup tradisi.6. Saya bersemangat mengikuti subjek yang merangsang minda.7. Saya suka kelihatan berbeza daripada orang lain.8. Saya isikan masa lapang dengan aktiviti luar yang
menyeronokkan.9. Saya sangat menghargai kehidupan berkeluarga.10. Saya sentiasa membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.11. Saya suka menunjukkan keperibadian saya sebenar dalam semua
keadaan.12. Saya suka bergaul dengan semua orang.13. Saya akan melakukan segala kerja secara bersistematik.14. Saya sering bertanya guru mengenai persoalan yang mengganggu
minda saya.15. Saya selalu memberi dorongan kepada orang lain untuk
melakukan sesuatu pekerjaan.16. Saya tidak gentar dengan sebarang cabaran.17. Saya selesa menghormati pihak berkuasa.18. Guru merupakan orang yang sangat saya hormati.19. Saya senang berinteraksi dengan orang lain.20. Saya seorang yang suka aktiviti perkhemahan.21. Saya mempunyai emosi yang stabil.22. Saya berminat untuk meneroka semua bidang.23. Saya cenderung memilih pekerjaan dalam bidang pendidikan.24. Persaingan adalah baik bagi saya.25. Saya sentiasa patuh kepada peraturan walau di mana saya
berada.26. Saya seorang yang sabar.27. Saya amat sesuai melibatkan diri dalam aktiviti menolong orang
lain.28. Saya sukakan perkara yang berbentuk amali daripada teori.29. Saya amat menghargai masa.30. Saya suka menganalisis diri sendiri dan orang lain.31. Saya lebih suka melibatkan diri dalam pekerjaan yang ada unsur-
unsur kesenian.32. Saya selalu menimbulkan suasana keceriaan ketika tegang.33. Saya sanggup bekerja keras untuk kepentingan organisasi.34. Saya akan berpuas hati setelah kerja disiapkan dengan sempurna.35. Saya berkebolehan untuk menyelami perasaan orang.36. Saya selalu memberikan gerak balas yang spontan dalam setiap
tindakan.37. Saya selesa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.38. Saya suka membincangkan falsafah tentang sesuatu perkara.39. Saya memiliki ciri-ciri seorang pengasuh.40. Saya suka kepada sesuatu yang luar biasa dan mencabar.41. Saya seorang yang suka berjimat-cermat.42. Saya sering meminta penjelasan tentang sesuatu persoalan.43. Saya percaya setiap orang mempunyai harga diri.44. Saya sukakan aktiviti yang berbahaya tetapi menyeronokkan.45. Saya tidak suka berpakaian selekeh.46. Saya suka kepada perkara yang memerlukan aktiviti penyelidikan.47. Saya lebih bermotivasi sekiranya diberi dorongan.48. Saya seorang yang kelakar.49. Saya seringkali bersifat konkrit.50. Saya gemar membahaskan sesuatu teori.51. Saya tidak berminat dengan aktiviti yang melibatkan persaingan.52. Saya tidak suka pelajaran yang memerlukan pembacaan yang
banyak.53. Saya seorang yang bertanggungjawab.54. Saya mempunyai prinsip hidup yang jelas.55. Saya mahu mendapat kepujian daripada orang lain di atas setiap
kejayaan saya.56. Saya suka aktiviti ko kurikulum yang lasak.57. Saya bersifat keibubapaan.58. Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.59. Keadaan perbalahan selalu mengganggu emosi saya.60. Saya bosan dengan kerja berstruktur.61. Saya seorang yang mementingkan keharmonian.
62. Saya berkebolehan menjalankan sesuatu tugas dengan sempurna.63. Saya seorang pendengar yang baik.64. Saya bosan dengan kerja-kerja yang rigid.65. Saya seorang yang amanah.66. Saya sentiasa bersifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu.67. Adakah anda seorang yang mudah menyayangi orang lain.68. Saya bosan dengan kerja yang rutin69. Saya sentiasa sedia untuk melakukan sesuatu kerja.70. Saya adalah seorang yang tenang.71. Sekali-sekala saya mudah terasa apabila orang lain bercakap
mengenai diri saya.72. Saya puashati dengan kerja yang melibatkan kebebasan.73. Saya selalunya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk
dalam kehidupan.74. Saya berminat menyertai pertandingan yang mencabar minda.75. Saya tidak gemar menonton cerita yang berunsur keganasan.76. Saya puashati dengan kerja yang dapat menggunakan ko-ordinasi
fizikal.77. Saya berpuashati kerana dapat menolong seseorang yang
memerlukan pertolongan.78. Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.79. Saya mudah rasa bersalah apabila tidak mematuhi nasihat ibu
bapa.80. Saya puashati dengan kerja yang menggunakan alatan.81. Saya selalu memastikan kestabilan dalam suasana pekerjaan.82. Saya seorang yang sangat menyukai tugas yang mencabar.83. Saya mudah memaafkan kesalahan orang lain.84. Saya seorang performer semulajadi.85. Saya seorang yang teliti dalam membuat sesuatu pekerjaan.86. Saya suka mencipta sesuatu model.87. Saya mudah simpati kepada seseorang walaupun ternyata dia
bersalah.88. Saya tidak suka dikongkong.89. Saya sentiasa bersifat wajar dalam membuat sebarang keputusan.90. Saya lebih suka meneroka idea-idea baru.91. Saya suka meniru gaya orang lain.92. Saya tidak suka kepada peraturan.93. Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang
memerlukan perincian.94. Saya berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah.95. Zaman persekolahan saya begitu membosankan kerana terpaksa
mengikut peraturan.96. Peraturan tanpa jadual sangat menarik minat saya.
97. Saya mahir menyusun atur tempat saya bekerja.98. Saya akan beralih ke projek yang baru setelah menyelesaikan
tugas yang lama.99. Saya suka berkhayal tentang masa depan.100. Saya suka melakukan kerja tanpa tekanan.
PANDUAN PENGI RAAN SKOR I PWPANDUAN PENGI RAAN SKOR I PW
Sila rujuk borang jawapan anda yang telah dijawab dengan lengkapAlat ukuran IPW mempunyai 100 item yang semuanya ditulis secara positifSetiap jawapan YA akan diberi 1 (SATU) markah, sementara setiap jawapan TIDAK akan diberi 0 (KOSONG) markahMerujuk borang jawapan, ada 25 baris dan 4 lajur. Setiap lajur mewakili personaliti warna tertentuiaitu masing- masing Emas, Hijau, Biru dan J inggaSetiap jenis personaliti mempunyai 25 item menjadikan skor maksimum yang boleh diperoleh ialah 25 dan skor minimum ialah 0.
SLOT 4 : KEMAHIRAN ASAS MEMBIMBING
AKTIVITI
Aktiviti di dalam Slot 4 adalah :
1. Tayangan Video 1 – “Boring Class”
2. Stick Man
3. Tayangan Video 2 – “Einstein The Parrot”
4. Kemahiran Memujuk : “I Love Ice Cream”
AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO 1 - “ BORING CLASS ”
Objektif : 1. Peserta akan dapat menyatakan penampilan diri amat penting untuk menarik perhatian audien.
2. Peserta akan apa mengenalpasti perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebosanan kepada orang lain semasa pengajaran dan pembelajaran.
3. Peserta akan dapat menilai keberkesanan penyampaian semasa pengajaran dan pembelajaran.
Masa : 30 minit
Bahan : LCD, notebook, skrin, kertas pendua
Prosedur Pelaksanaan : 1. Lihat tayangan vidoe.
2. Selepas tayangan video buat perbincangan.● Apakah yang berlaku di dalam kelas?● Apakah ”body language” yang dipamerkan dalam kelas tersebut ?● Apakah nada yang digunakan oleh guru dalam kelas tersebut ?● Bagaimanakah guru kelas tersebut boleh memperbaiki proses fasilitating tersebut ?
3. Mencatat hasil perbincangan di papan tulis.
4. Membuat rumusan.
Falsafah : Penyampaian yang menarik dan kreatif akan dapat menarik perhatian.
AKTIVITI 2 : “ STICK MAN ”
Objektif : 1. Peserta dapat menyatakan ciri-ciri penceramah yang menyeronokkan.
2. Peserta dapat menyatakan ciri-ciri penceramah yang tidak menyeronokkan.
3. Peserta akan dapat menilai keberkesanan penceramah yang menyeronokkan dan tidak menyeronokkan.
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas pendua/Nota Post-It, kad manila atau kertas mahjong, gam, pen
Prosedur Pelaksanaan : 1. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan
2. Setiap kumpulan diagihkan gambar ”Stick Man” dan kertas pendua/Nota Post-It
3. Kumpulan kecil dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
3. Setiap individu dalam Kumpulan A diminta menulis ciri-ciri penceramah yang menyeronokkan dan Kumpulan B ciri-ciri penceramah yang tidak menyeronokkan berdasarkan kepada pengetahuan, sikap dan kemahiran.
4. Kertas pendua/Nota post-It yang ditullis ditampalkan pada ”Stick Man”
5. Wakil bagi setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja kumpulan.
6. Membuat rumusan.
Falsafah : Untuk berjaya kita mesti sedia menerima teguran.
AKTIVITI 3 : TAYANGAN VIDEO 2 – “ EINSTEIN THE PARROT ”
Objektif : 1. Peserta dapat menyatakan ciri-ciri penceramah yang menyeronokkan.
2. Peserta dapat mengetahui bahawa penyampaian yang dipelbagaikan dapat menarik perhatian.
3.
Masa : 30 minit
Bahan : LCD, notebook, skrin, kertas mahjong
Prosedur Pelaksanaan : 1. Peserta masih dalam kumpulan.
2. Tayangan video
3. Selepas tayangan video minta peserta berbincang dalam kumpulan.● Apakah yang berlaku di dalam persembahan itu?● Apakah ”body language” yang dipamerkan dalam persembahan tersebut?● Apakah nada yang digunakan oleh fasilitator dalam persembahan tersebut?● Apakah yang menjadikan proses fasilitating tersebut menarik?
4. Mencatat hasil perbincangan di papan tulis/kertas mahjong.
5. Membuat rumusan.
Falsafah : Persembahan akan dapat lebih menarik dan berkesan dengan pelbagai kaedah
AKTIVITI 4 : KEMAHIRAN MEMUJUK – “ I love ice cream ”
Objektif : 1. Peserta dapat menyatakan perucapan dan isyarat badan memainkan peranan penting untuk menarik perhatian.
2. Peserta akan dapat menunjukkan kreativititersendiri.
3.
Masa : 30 minit
Bahan : Gambar aiskrim
Prosedur Pelaksanaan : 1. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil kumpulan.
2. Arahan diberikan supaya wakil setiap kumpulan akan dapat menunjukkan pelbagai cara perucapan dan isyarat badan ” I love ice cream ”.
3. Wakil setiap kumpulan diminta menunjukkan aksi tersebut secara bergilir dan dinilai.
4. Membuat rumusan.
Falsafah : Mesej yang ingin disampaikan akan lebih bermakna dan berkesan jika dilakukan dengan
bersungguh-sungguh.
Slot 5 : Kemahiran Komunikasi dan Kemahiran Asertif
AKTIVITI
1. Mendengar Secara Aktif
2. Promosi Produk
AKTIVITI 1 – MENDENGAR SECARA AKTIF ( A )
OBJEKTIF :
Supaya semua peserta dapat :
Memperkembangkan serta mengamalkan kemahiran mendengar secara aktif.
Peserta :
Masa : 10 hingga 20 minit
Bahan : CD
Prosedur pelaksanaan :
1. Memberi maklumat latarbelakang kepada peserta :
Manusia menggunakan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada masa
berkomunikasi mereka untuk mendengar tetapi mereka hanya mengingat
separuh daripada apa yang mereka dengar dan melupakan separuh apa yang
diingatkan tadi dalam tempoh 8 jam. Mendengar secara aktif melibatkan maklum
balas daripada pendengar kepada penerima sebagai satu cara untuk menyemak
sejauh mana tepat yang didengarnya itu.
2. Kelompok dibahagikan secara berpasangan.
Mereka diberi arahan bahawa mereka akan memperkenalkan pasangan mereka
kepada kelompok. Oleh yang demikian adalah penting bagi mereka mendengar
apa yang akan diperkongsikan oleh pasangan mereka.
3. Pasangan diberi 5 minit untuk berbual antara mereka mengenai keluarga
mereka,hobi,tempat tinggal dan apa sahaja mengenai diri mereka.
4. Pasangan diminta supaya masuk ke dalam kelompok 6 hingga 11 orang.
Seorang demi seorang memperkenalkan pasangan mereka kepada ahli lain di
dalam kelompok.
Nota :
Soalan yang boleh ditanyakan termasuklah seperti yang berikut :
1. Sekiranya anda tidak perlu memperkenalkan pasangan anda, adakah anda
mendengar dengan penuh perhatian ?
2. Adakah anda meminta penjelasan atau maklumat daripada pasangan anda
pada bila-bila masa ?
3. Bolehkah anda mengingat kembali situasi dimana anda tidak mendengar
dengan teliti disebabkan anda sedang memikirkan apa yang hendak
diperkatakan ?
Falsafah :
Kemahiran mendengar adalah asas komunikasi berkesan.
AKTIVITI 2- MENDENGAR SECARA AKTIF (B)
Objektif :
Supaya semua peserta dapat :
Mengenal pasti dan mengamalkan kemahiran mendengar secara aktif.
Peserta :
Masa :
Bahan : Kertas,pen dan kertas mahjung
Prosedur dan perlaksanaan :
1. Tanya ahli kelompok soalan berikut :
Bagaimanakah anda mengetahui orang lain mendengar apa yang sedang anda
perkatakan. Fikirkan tentang seseorang yang mendengar apa yang anda
perkatakan. Apakah petanda yang menunjukkan bahawa mereka adalah
pendengar yang baik? Bilakah anda merasa agak sukar untuk mendengar apa
yang diperkatakan oleh seseorang.
2. Berdasarkan jawapan yang diberi, senaraikan di atas kertas mahjung segala apa
yang diterima dan apa yang tidak diterima mengenai mendengar. Paparkan
dihadapan.
3. Kelompok besar dibahagikan kepada kelompok kecil yang mengandungi 3
orang. Seorang secara sukarela menjadi pemerhati.
4. 2 Orang di dalam kelompok kecil memilih satu tajuk seperti, sekiranya saya
boleh mengubah sesuatu perkara di rumah/keluarga saya,perkara itu
adalah…… . Bincangkan tajuk tersebut dengan merujuk kepada senarai apa
yang diterima dan tidak diterima.
5. Peserta bergilir mengambil bahagian supaya setiap peserta berpeluang menjadi
pemerhati.
NOTA :
Soalan yang boleh ditanya:
1. Adakah anda merasa sukar untuk menjadi pendengar yang baik ?
2. Adakah anda menggunakan apa yang diterima daripada senarai?
3. Bagaimanakah anda perbaiki kemahiran mendengar anda?
FALSAFAH :
Kemahiran mendengar adalah asas komunikasi berkesan.
AKTIVITI 3 – Mendengar Secara Aktif (C)
Objektif :
Mengamalkan salah satu daripada kemahiran mendengar secara aktif iaitu
membuat Parafrasa.
Peserta :
Masa :
Bahan : Helaian kertas aktiviti – LATIHAN MEMBUAT PARAFRASA dan
Pen
Prosedur dan Pelaksanaan :
1. Beritahu peserta maklumat latarbelakang :
Membuat Parafrasa adalah dengan menggunakan perkataan yang berlainan
terhadap apa yang disuarakan oleh orang tersebut. Ini adalah untuk
menyemak samaada anda telah mendengar percakapan itu dengan tepat
atau tidak. Anda tidak membuat penilaian terhadap percakapan orang
tersebut. Untuk membuat parafarasa, gunakan mana-mana diantara berikut :
Sekirannya permahaman saya tepat mengenai apa yang anda katakana
tadi……
Jadi anda mengatakan bahawa……
Jadi anda berpendapat bahawa……….
Anda seolah-olah menyatakan ……..
2. Peserta diberi beberapa ayat untuk membuat parafrasa secara lisan.
3. Helaian kertas aktiviti – LATIHAN MEMBUAT PARAFRASA diedarkan.
Peserta dikehendaki mengisinya sendiri.
4. Peserta masuk ke dalam kumpulan untuk mendengar cara membuat
Parafrasa yang berlainan.
5. Peserta masuk ke dalam kumpulan 6 – 8 orang dan memilih satu tajuk untuk
diperbincangkan. Kelompok kecil ini duduk dalam satu bulatan kecil masing-
masing.
6. Seorang ahli didalam kelompok memberi satu kenyataan mengenai tajuk
perbincangan. Ahli kelompok yang lain membuat parafrasa dan menokok
tambah dengan pendapat masing-masing. Langkah ini diulang sehinggakan
semua ahli sudah berpeluang membuat parafrasa dan memberi pendapat
masing-masing. Seorang ahli kumpulan boleh menjadi batu api.
NOTA :
Soalan yang boleh dtanya :
1. Adakah sesuatu kenyataan itu menjadi lebih jelas setelah dibuat parafrasa?
2. Perlukah anda membuat parafrasa terhadap kesemua yang diperkatakan kepada
anda ? mengapa ? mengapa tidak ?
FALSAFAH :
Kemahiran mendengar adalah asas komunikasi berkesan.
AKTIVITI 4 – PROMOSI PRODUK
Objektif :
Kemahiran memujuk supaya orangramai membeli barangan yang dijual.
Peserta :
Masa : 1 jam
Bahan : Kertas mahjung,marker pen dan masking tape
Prosedur dan perlaksanaan :
1. Setiap kumpulan dikehendaki memikirkan satu promosi barangan. Contoh
barangan seperti peralatan eletrik,makanan,ubat-ubatan dan pertanian.
2. Setiap produk mestilah diletakkan jenama
3. Setiap kumpulan hendaklah menceritakan kelebihan dan keistemewaan
barangan atau produk
4. Pengiklanan hendaklah memaksimakan penggunaan bahan-bahan yang
disediakan seperti kertas mahjung,marker pen dan masking tape.
5. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan atau mempromosikan hasil
produk masing-masing .
6. Setiap kumpulan dibenarkan mempelbagaikan teknik dan kaedah promosi terkini
dan berkesan.
7. Setiap ahli kumpulan hendaklah melibatkan diri dalam mempromosikan
barangan kumpulan.
8. Markah akan diberikan berdasarkan kreativiti sesebuah kumpulan.
FALSAFAH :
Iklan dan promosi memainkan peranan mempengaruhi pelanggan atau pengguna
SLOT 6 : MODUL PENYELESAIAN MASALAH
AKTIVITI 1 - PIRAMID PING PONG
Objektif : 1. Mewujudkan kerjasama dalam pasukan2. Melahirkan idea untuk menyelesaikan masalah atau konflik
Masa : 30 minit
Bahan : 28 biji Bola Ping Pong, Gam Uhu
Prosedur : 1. Setiap kumpulan diberikan 28 biji bola ping pong.Pelaksanaan
2. Kumpulan diminta membentuk piramid 3 dimensi dengan menggunakan bola ping pong tersebut.
Falsafah : 1. Setiap perkara jika dilakukan dengan bersungguh pasti menghasilkan kejayaan.
2. Setiap manusia ada peranan yang perlu dilakukan untuk menyumbang ke arah kejayaan.
3. Perlu diingat bahawa sumbangan yang diberikan walaupun kecil tetap membantu mencapai kejayaan.
AKTIVITI 2 : Latihan Paru-Paru
Objektif : 1. Supaya peserta tahu untuk merancang strategi dan pelan tindakan dalam menyelesaikan tugasan.
2. Setiap peserta dapat menyumbangkan idea unuutk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Masa : 30 minit
Bahan : Bulu ayam
Prosedur : 1. Setiap kumpulan diberikan sehelai bulu ayam.Pelaksanaan
2. Setiap kumpulan diberikan masa selama 5 minit untuk merancang strategi.
3. 2 kumpulan pertama akan dipanggil untuk memulakan permainan diikuti dengan 2 kumpulan seterusnya.
4. Kumpulan yang paling lama mengekalkan bulu ayam di udara, dikira sebagai pemenang.
Falsafah : 1. Setiap perkara jika dilakukan dengan bersungguh pasti menghasilkan kejayaan.
2. Setiap manusia ada peranan yang perlu dilakukan untuk menyumbang ke arah kejayaan.
3. Perancangan strategi yang lebih tepat akan menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang.
Aktiviti 3 : Car Wash
Objektif : 1. Supaya peserta tahu menghargai dan mengurus masa dalam kehidupan seharian.
2.
Masa : 30 minit
Bahan : Belon
Prosedur : 1. Peserta berbaris dalam dua barisan yang selari sambil Pelaksanaan memegang belon yang telah ditiup.
2. Peserta yang lewat masuk akan diketuk dengan belon apabila melalui barisan peserta yang telah tiba awal.
Falsafah : 1. Pengurusan masa amat penting dalam kehidupan manusia.
2. Kebanyakan pelajar yang gagal adalah mereka yang gagal menguruskan masa dengan baik.
Aktiviti 4 : Rantai Bulatan
Objektif : 1. Pelajar dapat melahirkan kreativiti dalam melaksanakan tugasan yang diberi.
2. Sentiasa bekerjasama.
3. Perlunya seorang pemimpin yang berani membuat keputusan yang tepat dalam sesuatu organisasi.
Masa : 30 minit
Bahan : Tiada bahan diperlukan.
Prosedur : 1. Setiap kumpulan membuat bulatan sambil berpegang Pelaksanaan tangan.
2. Kumpulan diminta menghasilkan bulatan menghadap keluar tanpa melepaskan tangan.
3. Ketua kumpulan yang berjaya melaksanakan tugasan akan membantu kumpulan yang belum berjaya.
Falsafah : 1. Tiada benda yang mustahil untuk dilakukan.
2. Peranan ketua di dalam organisasi amat penting dalam membuat keputusan.
Aktiviti 5 : Jigsaw Puzzle
Objektif : 1. Supaya peserta dapat bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan.
2. Menjadikan pengagihan tugas sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah.
Masa : 30 minit.
Bahan : Jigsaw Puzzle
Prosedur : 1. Setiap kumpulan diberikan 1 set Jigsaw Puzzle.Pelaksanaan
2. Kumpulan menyiapkan dalam masa 30 minit.
Falsafah : 1. Setiap masalah boleh diselesaikan jika semua peserta memberikan sumbangan.
2. Manusia tidak boleh hidup sendirian tanpa bantuan masyarakat luar.
AKTIVITI 7 : PELAN TINDAKAN
Objektif : 1. Peserta dapat merancang matlamat untuk perkembangan PPDa pada
masa depan.
2. Peserta dapat merangka aktiviti susulan dan inovasi kearah PPDa
berkesan.
3. Peserta akan dapat menghasilkan kreativiti dan inovasi baru kepada perancangan dan pelaksanaan program PPDa.
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas mahjong, marker pen
Prosedur Pelaksanaan : 1. Peserta berada dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang untuk merangka pelan tindakan
PPDa di sekolah berasaskan 5 bidang iaitu:i. Rokokii. Dadahiii. Inhalaniv. Alkoholv. HIV/AIDS
3. Peserta dikehendaki memasukkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi baru dalam aktiviti yang dirancang tersebut dan disediakan mengikut format yang disediakan.
4. Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan.
5. Fasilitator membuat rumusan.
Falsafah : Untuk mendapatkan sesuatu hasil yang terbaik dan kita mesti mampu berfikir di luar kotak.
LAMPIRAN
PELAN TINDAKAN PROGRAM PPDaBIDANG :______________________
NAMA PROGRAM
SASARAN RASIONAL OBJEKTIFTENTATIF PROGRAM
KAEDAH PELAKSANAAN
CIRI – CIRI SEORANG FASILITATOR KELOMPOKYANG BERKESAN
Bersikap Tidak Menghukum
Ahli kelompok tidak akan memberi sumbangan secara terbuka sekiranya mereka
merasakan pendapat , sikap dan tingkah laku mereka dihakimi. Ini tidak bermakna yang
anda mesti bersetuju dengan pendapat mereka itu, tetapi setidak-tidaknya anda harus
menerima hakikat bahawa itu adalah hak mereka.
Bersikap Jujur
Berkongsi pendapat dan perasaan dengan ahli kelompok adalah penting untuk
mewujudkan satu suasana yang terbuka dan saling percaya mempercayai. Kesediaan
fasilitator untuk bersikap demikian, akan dapat mendorong ahli kelompok untuk
menyumbangkan idea.
Mewujudkan Keyakinan
Ini adalah satu perkembangan berterusan yang bergantung kepada maklum balas yang
diterima sesama ahli dan daripada anda sebdiri. Sekiranya pendedahan perasaan
mereka difahami dan diterimatanpa sebarang sindiran dan penolakan dan jika mereka
diterima sebagai ahli kelompok yang wajar, kepercayaan mereka terhadap ahli
kelompok terbentuk. Banyak aktiviti yang disenaraikan dalam Unit 2 – Pengenalan dan
Aktiviti Pemupukan Empati membantu mewujudkan kepercayaan dalam kelompok.
Memberi Perhatian
Penting bagi fasilitator menyedari tentang interaksi ahli kelompok sambil mengenal
pasti perkara yang memerlukan perhatian khusus dan seterusnya menyediakan aktiviti
untuknya. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menetapkan semula matlamat dan
peraturan kelompok sekiranya didapati kelompok kehilangan arah tujuan atau tidak
melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.
Peka
Ahli kelompok mungkin mahu berkongsi pengalaman masing-masing berhubung
dengan dadah. Anda harus peka terhadap perasaan mereka supaya membolehkan
mereka menilai semula sikap dan kepercayaan mereka terhadap dadah.
Komunikasi Berkesan
Komunikasi yang berkesan termasuklah apa yang kita lahirkan secara lisan, tanpa lisan
dan juga bagaimana kita mendengar. Unit 5-Kemahiran Berkomunikasi menerangkan
teknik komunikasi dan member penekanan terhadap pentingnya mendengar ( bukan
sekadar mendengar apa yang dilafazkan, bahkan ‘ mendengar’ perasaan seseorang).
Komunikasi yang berkesan oleh seseorang fasilitator akan mewujudkan peluang untuk
semua menyumbang dan merasakan diri sebagai ahli kelompok yang dihargai.
Bertolak Ansur
Gaya kepimpinan fasilitator berubah-ubah mengikut kelompok dan peringkat
perkembangan kelompok. Sebagai contoh, struktur dan hala tuju kelompok mungkin
diperlukan pada peringkat awal. Semakinkelompok berkembang matlamatnya akan
tercapai dan perhubungan dalam kelompok dikekalkan tanpa banyak arahan daripada
fasilitator.
Tolak ansur perlu dalam mengubah / menukar rancangan sebelum sesuatu sesi
bermula. Kemungkinan kelompok memerlukan masa yang lebih bagi sesuatu aktiviti/isu
dan anda perlulah bersedia untuk mengubah agenda yang telah dirancang.
Bersikap Tegas
Kadangkala akan timbul keadaan di mana ahli kelompok mempunyai sikap yang tidak
dapat diterima. Terdapat ahli agresif yang menguasai perbincangan dan tingkah laku
mengganggu yang menyebabkan ahli lain bersikap difensif, menarik diri dan merasa
kecewa terhadap interaksi kelompok.
Satu langkah berkesan untuk mengubah tingkahlaku sumbang ini ialah dengan
menggunakan kenyataan’ saya’ .Dengan cara ini anda boleh mengawal
tingkahlaku/keadaan tanpa meletakkan kesalahan ke atas individu berkenaan. Unit 5-
Kemahiran Berkomunikasi member penerangan danaktiviti dalam penggunaan
kenyataan-kenyataan ‘saya’.
top related