pengenalan seni tekat
Post on 10-Feb-2018
1.691 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
1/17
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
2/17
PPPEEENNNGGGEEENNNAAALLLAAANNNSSSEEENNNIIITTTEEEKKKAAATTT
SENI TEK Tbenang emas dikenali sejak zamanKesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-15 Masihi.
Dipercayai seni tekat di negara ini menerima pengaruh dari
India, China dan Arab. Reka corak dan motif eksklusif dari
Arab dijadikan ilham oleh tukang tekat mengikut lenggok
dan cita rasa tempatan. Seni tekat dikenali juga dengan
nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam
benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja
menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain
baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas
untuk membentuk bunga tekat.
Tekat turut dikenali sebagai sulaman benang emas
amat popular di Semenanjung Malaysia di Perak dan
Selangor. Ketika zaman kegemilangannya, seni itu
dipelopori golongan istana dan menjadi perhiasan di istana
dan golongan bangsawan. Asal-usul dan perkembangan
tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana.
Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada
awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
3/17
Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat
di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba
Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk
pakaian-pakaian mereka.
Mempulur yang diperbuat daripada rotan saga atau
calamus caesius atau kertas keras dibentuk dalam
pelbagai reka corak berinspirasikan alam semula jadi. Ia
dijahit menggunakan benang emas di atas permukaankain baldu. Mempulur itulah yang menampakkan kesan
timbul pada ragam hias tekatan.
Tumbuh-tumbuhan, unggas dan alam semula jadi pula
antara sumber ilham utama kepada juru tekat dalam
menghasilkan reka corak pada tekatan. Hingga ke hari ini
seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul
Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak
Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali
mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai
tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang
emas, tekat gubah dan tekat perada.
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
4/17
FUNGSI KRAF TEKATIa hanya digunakan untuk istiadat dan upacara
tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan,
upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam
Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja,
tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.
Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak
terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan
hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi
apabila digunakan.
DIMENSI BARU SENI TEKATDimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk
kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, alas meja atau
bingkai foto. Terdapat juga aksesori seperti bekas serba
guna, bekas barang kemas, perhiasan diri seperti topi, beg
tangan, loket dan sebagainya. Bahan tambahan seperti
logam, kayu, kulit, rantai dan lain-lain digabungkan
dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf cita rasa
semasa. Teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
5/17
digunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beraneka jenis
corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan
klasik pula diubahsuai oleh pandai tukang untuk memenuhi
keperluan fungsi dan trend semasa bagi pelbagai
barangan dimensi baru.
PERANAN SENI TEKAT DALAMINSTITUSI ISTANA
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama
pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang
tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat
benang emas menampakkan kemewahan dan
keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat
tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah
menggalakkan kraf tangan seni tekat.
Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan KraftanganMalaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan
program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru,
galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara.
Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
6/17
terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang
oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri
pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk
menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan
berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni
tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni
tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong
luar.
Tekat banyak digunakan sebagai hiasan dalaman dan
ketika istiadat perkahwinan khususnya masyarakat
Melayu. Tepak sirih, cior atau tikar sila, hiasan pelamin,
lemudi, buah kelambu, kipas pengantin dan capal antara
peralatan tradisi daripada tekatan benang emas.
Keindahan dan kehalusan seni tekat mampu
diketengahkan sebagai produk komersial. Selain tekat
benang emas, terdapat juga tekat suji timbul, tekat gubah
dan tekat kertas perada bertebuk.
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
7/17
JENIS KRAF TEKAT1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk
membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras
yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif.
Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di
atas kain baldu.
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai
corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan
membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah
diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar
tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan
gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih,
kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan
upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja
dan sebagainya.
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
8/17
MOTIF SULAMAN KRAF TEKATMMMoootttiiifffTTTuuummmbbbuuuhhh---TTTuuummmbbbuuuhhhaaannn
Merupakan corak yang paling digemari. Ianya mudahdibentuk dan kelihatan menarik apatah lagi sekiranya
menggunakan motif tumbuhan yang menjalar. Dalam
mereka bentuk tumbuh-tumbuhan, terdapat dua bahagian
corak dalam motif ini iaitu
bentuk daun atau pucuk dan bunga atau buah. Misalnya
daun dan pucuk paku, daun peria, daun padi dan pucuk
rebung. Bunga pula adalah seperti bunga cengkeh, bunga
paya, bunga matahari dan buah delima.
MMMoootttiiifffGGGeeeooommmeeetttrrriiiMerupakan motif yang kedua digemari oleh kebanyakan
tukang tekat. Ianya mudah dibentuk kerana tidak
mempunyai bentuk yang khusus. Antara contoh geometri
bebas yang sering digunakan oleh tukang tekat ialah
segitiga pucuk rebung, segi empat, catur, garis lurus dan
kisi-kisi manakala corak geometri Dong-son yang
digunakan adalah swastika dan huruf S berganda.
Kebanyakan motif geometri digabungkan dengan motif
haiwan supaya menghasilkan sulaman yang unik. Ia boleh
dilihat dalam susunan awan larat yang banyak
menggabungkan motif geometri dengan motif haiwan atau
tumbuhan.
MMMoootttiiifffHHHaaaiiiwwwaaannn
Tidak banyak hasil seni tekat yang bercorak haiwan. Motif
yang biasa digunakan ialah unggas, ayam, itik, rama-rama
dan sebagainya yang diadun dengan motif tumbuhan
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
9/17
sehingga menyebabkan motif haiwan itu sendiri tidak
kelihatan seperti dalam bentuknya yang asal. Namun
begitu penggunaan motif ini tidak begitu meluas.
MMMoootttiiifffAAAbbbssstttrrraaakkk
Motif abstrak adalah motif yang kurang juga digunakan
dalam seni tekat. Motif ini adalah bebas dalam melakarkan
apa-apa juga bentuk. Motif ini tidak terikat dengan bentuk
lain. Namun begitu, bentuk ini memerluan pemahaman dan
falsafah sendiri.
TEKAT MASYARAKAT CINA PERANAKANAsal-usul dan perkembangan tekat secara langsungdikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan
keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni
tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa
zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Seni ini
dipercayai dibawa masuk dari Negara China dan hanya
diperkenalkan di kalangan golongan istana dan
bangsawan sahaja. Kesan penggunaan sulaman dapat
dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
10/17
Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk
pakaian-pakaian mereka.
MMMoootttiiifffSSSeeennniiiTTTeeekkkaaatttMMMeeelllaaayyyuuu
Contoh Seni Tekat Melayu
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
11/17
MMMoootttiiifffSSSeeennniiittteeekkkaaatttmmmaaasssyyyaaarrraaakkkaaatttCCCiiinnnaaaPPPeeerrraaannnaaakkkaaannn
CCCooonnntttooohhhTTTeeekkkaaatttMMMaaasssyyyaaarrraaakkkaaatttCCCiiinnnaaaPPPeeerrraaannnaaakkkaaannn
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
12/17
BAHAN ALAT DAN PROSES KERJA TEKATBIL B H N G MB R1 Baldu:
a)Jenis kain yang berbulu, halus,dan lembut, biasanya berwarna
tua dan gelap.
b)Digunakan sebagai kaindasar, juga dikenali dengan
nama kain irisan.
2. Mempulur:
a) Isi tekatan yang lazimnyadiperbuat daripada kertas tebal
(sesuai untuk motif
gaya organik); rotan saga, lidi
atau bilah buluh (sesuai untuk
ragam hias berbentuk
geometri).
b)Dikenal juga sebagaiempulur, tempisung atau
tempulur.
3. Benang emas / perak:
a)Benang daripada logamberwarna emas atau perak untuk
membuat sulaman
atau menekat.b)Kerikam, sejenis benang kasar
daripada logam yang berwarna
emas ata perak digunakan untuk
tekat gubah.
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
13/17
4. Benang ijuk:
a)Urat dari pangkal pelepah enauyang lembut, mudah dibentukdan sukar patah semasa
menjahit.
b)Dililitkan rapi dengan benangemas atau benang sutera
berwarna warni untuk
dijadikan sebagai garisan
luar corak tekat gubah yang
akan dihasilkan.
5. Benang putih
a)Benang kapas yang biasadigunakan untuk menjahit atau
mengetatkan kedudukan tekat
benang emas pada mempulur.
6. Kain kapas / kain lapik
a)Kain putih untuk membuat lapikkain baldu, juga disebut kain
pemidang atau lapik kain baldu.
7. Manik dan labuci
a)Bahan aksesori yang digunakanuntuk menghias ruang kosong
atau ditabur pada permukaan
yang tidak bertekat (jika perlu
sahaja).
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
14/17
8. Pemidang kayu:
a)Alat daripada kayu,berbentuk segi empat tepat
atau bujur, berkaki atau
tanpa kaki, berbingkai, dan
berperegang.
b)Berfungsi sebagai penegangkain sewaktu ditekat.
9. Cuban:
a)Alat daripada kayu ataubuluh berbentuk palang atau
kayu bercabang tiga yang
digunakan untuk
menggulung benang emas.
b)Juga disebut ulei-ulei, laulaatau geligin.
10. a)JarumAlat daripada logam
bermata halus untuk menjahit
atau mengetatkan
kedudukan tekat.
b)Pisau atau gunting untukmemotong.
c)Papan alas untuk memotong.
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
15/17
Rupabentuk
Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua
dimensi dan tiga dimensi.
i) Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipasdan penyangkut kelambu, selempang dan
tetampan (Lapik dulang).
ii) Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih,sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung
saji dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian
yang dihias ialah bahagian luar dari puncak hingga
ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun
nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau
buluh.
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
16/17
PROSES MENEKAT
Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialahbenang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis
kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari
rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang
digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur
akan menjadikan bentuk sulaman timbul.
LANGKAH 1
Proses pertama ialah membentuk empulur.
Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas
yang dilekat tindih antara enam hingga lapan
helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan
diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur
kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan
untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya
organik. Corak yang terhasil daripada mempulur
rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan
corak dangai atau catur.
LANGKAH 2
Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi
lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus
dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu.
Kain baldu yang selalu digunakan daripada
-
7/22/2019 Pengenalan Seni Tekat
17/17
warna gelap seperti merah pulasan, merah tua,
ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa
kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka
bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkanpada pemidang disambungkan dengan kain putih
yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu,
baldu akan menjadi tegang.
LANGKAH 3
Selepas itu, benang emas akan ditindih dan
diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang
sedang matanya. Ukuran jarum menentukan
ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang
pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke
dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan
benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali
merentas, benang-benang emas haruslah disusunrapat-rapat supaya batang mempulur tidak
kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan
kelihatan lebih teratur dan kemas. * Tekatan
dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup
oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang
ataupun pada ruang yang tertinggal kosong
ditutup dengan kertas emas atau labuci.
top related