tajuk 1: pengenalan kepada seni dalam pendidikan
TRANSCRIPT
TAJUK: PENGENALAN KEPADA SENI
DALAM PENDIDIKANNama Pembentang:
Syafiqah Izzati binti SuhaimiNur Farhana binti Mohamad Naib
Nadirah Husna binti Nek JidNama Guru Pembimbing:
En. Kamarudin bin Katon
WAJ 3073: SENI DALAM PENDIDIKAN
PISMP SEJARAH JUN 2014
MATLAMAT Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KONSEP Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Integrasi Seni
Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan meningkatkan
perkembangan insan dan minda secara holistik. Seni Dalam Pendidikan
penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi
kendiri sesorang
OBJEKTIF Mewujudkan pembelajaran yang optimum dan menyeluruh dengan mengintegrasikan SDP dalam mata pelajaran melalui aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan
Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang
diamalkan dalam p&p yang menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan melalui penghayatan alam sekitar.
Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja melalui seni.
Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.
OBJEKTIF Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan
Menjadikan SDP sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup
Membina jati diri ke arah pembentukan negara dan bangsa
Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
TEORI PEMBELAJARAN YANG MENYOKONG SENI DALAM
PENDIDIKAN
TEORI KONSTRUKTI-VISMETEORI HOKA HOKITEORI KECERDASAN PELBAGAI
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Menurut Gardner (1999), kecerdasan boleh
didefinisikan sebagai potensi untuk
memproses informasi yang boleh digiatkan
dalam sesuatu budaya dan menyelesaikan
masalah serta membentuk produk yang
dinilai oleh sesuatu budaya
PELBAGAI CARA MEMPROSES MAKLUMATVerbal linguistik Suka berbahasa: kebolehan proses melalui bacaan, pertuturan, menulis, memberitahu
Logikal MatematikAnalitikal dan Logikal: kebolehan mengkuantitikan mengukur, membuat peta, sekuen secara logikal
Visual RuangKebolehan membaca topografi, 3 dimensi, membuat corak, bentuk, warna dan keseimbangan.
KinestetikKebolehan membuat hands-on, respons kepada tugasan fizikal
PELBAGAI CARA MEMPROSES MAKLUMATInterpersonalInteraksi dengan orang lain: kebolehan respons kepada keperluan orang lain.
IntrapersonalKendiri: kebolehan menilai emosi, perasaan dan peribadi sendiri
MuzikalAbiliti aural: kebolehan sensitif pada irama, corak bunyi, kualiti ton dan pic.
NaturalisKebolehan memahami binatang, tumbuhan dan sistem planet.
1. Menurut Gardner (2004), bahan dan mod
pengajaran dan pembelajaran mesti
sepadan dengan profil kecerdasan murid.
Contoh: bagi individu yang menghadapi masalah membaca,
penguasaan huruf boleh disampaikan melalui eksplorasi sentuhan kinestetik jika murid
mempunyai kecerdasan kinestetik.
2. Gardner (2006) berpendapat bahawa kegagalan murid dalam pembelajaran adalah kerana setiap murid dipercayai mempunyai profil kecerdasan yang berbeza tetapi diajar dengan cara yang sama. Murid yang kekurangan keupayaan untuk belajar sesuatu konsep melalui haluan tertentu perlu dibimbing melalui sudut kecerdasan alternatif bagi membolehkan mereka mengeksploitasi kekuatan kecerdasan yang sedia ada untuk pembelajaran.
3. SDP merupakan satu daripada pendekatan inter-
discipline yang mencadangkan melalui
haluan estetik untuk membolehkan murid yang pelbagai profil kecerdasan menguasai sesuatu ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
yang diceburi
AKTIVITI SDP
TEORI KONSTRUKTIVISMELev Vygotsky
(1896) berpendapat
bahawa perkembangan
kognitif dan penggunaan
bahasa kanak-kanak tidak boleh diasingkan dalam
konteks sosial
Proses perkembangan mental seperti
ingatan, pemerhatian dan penaakulan
melibatkan pembelajaran
menggunakan hasil penemuan
masyarakat seperti bahasa , sistem
pengiraan dan alat-alat pengukuhan
ingatan.
Perkembangan manusia dipengaruhi
oleh kegiatan-kegiatan sosial dan
budaya.
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi
oleh bimbingan daripada orang sudah mahir dalam bidang-
bidang tertentu. Pengetahuan kanak-
kanak akan berkembang dengan luas melalui interaksi
dengan orang lain
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
Menggalakkan murid bertanya sesama sendiri
dan guru
Menyokong pembelajara
n secara koperatif
Memberi peluang kepada murid
untuk membina pengetahuan baru
melalui penglibatan murid
dalam dunia sebenar
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui
kajian dan eksperimen
Menganggap pembelajaran sebagai satu
proses yang sama penting dengan
hasil pembelajaran.
PENERAPAN TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY
DALAM P&P
TEORI HOKA HOKINed Herrmann telah
melanjutkan teori Sperry yang
membahagikan otak kepada 4 bahagian
iaitu ‘Quadrant Concept’.
Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri
ini amat mempengaruhi gaya
pemikiran setiap manusia.
Gaya pemikiran otak kanan lebih bebas dan rawak, lebih
menyeluruh, intuisi, subjektif, sintesis dan
abstrak
Gaya pemikiran otak kiri pula lebih
menjurus kepada logik rasional,
analitik, objektif, berturutan dan
spesifik
Ilmu yang cenderung kepada otak kiri ialah matematik manakala bagi otak kanan ialah
seni muzik.
PENGASAS: ROGER SPERRY
MENGKAJI PEMISAHAN
OTAK
EMPAT KUADRAN FUNGSI OTAK
HEMISFEAR KIRI ATAS
HEMISFEAR KIRI
BAWAH
HEMISFEAR KANAN
ATAS
HEMISFEAR KANAN BAWAH
GAYA PEMIKIRAN OTAK OTAK KANAN
• RASIONAL• ANALITIKAL• BERURUTAN• VERBAL/BAHASA• MENGKATEGORI• MENERANGKAN
SEBAB• MEMBUAT RAMALAN• MEMBANDING BEZA
TERSURAT
OTAK KIRI• SECARA
MENYELURUH• INTUITIF DAN
MENDALAM• NON-VERBAL• MENJANA IDEA• IMIGINATIF• PERTIMBANGAN NILAI• PERTIMBANGAN
MORAL• RITMA/RENTAK• TERSIRAT
TEORI HOKA HOKIKebanyakan sistem pendidikan di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. • Para pelajar dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan sesuatu tindakan
berdasarkan logik dan rasional
Gaya berfikir menggunakan otak kiri ini dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal iaitu memerlukan sebab rasional dan logik, segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman lalu dan mesti mempunyai rujukan, setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh diselesaikan. • Berdasarkan teori ini, seni dapat membantu pemikiran rasional dan intuitif
seseorang individu. Seseorang pelajar tidak sama dari segi gaya pemikirannya.
Dengan adanya pemahaman tentang cara pemikiran menggunakan otak kanan dan otak kiri ini, maka SDP dapat menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid lebih mudah difahami selari dengan teori kecerdasan pelbagai
KEPENTINGAN Memotivasikan diri, untuk
menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka
dan mempunyai personaliti yang
seimbang, berketerampilan dan profesional
Membantu perkembangan
intelek terutama dari aspek
menyelesaikan masalah
Membantu perkembangan insan secara menyeluruh
Menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih seronok
Membantu meningkatkan rasa syukur
kepada Tuhan,
menghargai keindahan
alam
Membentuk keperibadian
generasi yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kreatif, kritis, inovatif dan
inventif
TAMAT