perkahwinan kaum india
Post on 03-Apr-2018
1.096 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
1/27
Muka surat | 1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
TUGASAN :
T1A1 : KAJIAN DOKUMEN
(PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA)
SEMESTER : MEI 2013
NAMA : MAIMANAH BINTI MURAD
NO. MATRIK : 830617015812001
NO. KAD PENGENALAN : 830617015812
NO. TELEFON : 019-5405384
EMEL :maimanah_murad@oum.edu.my
NAMA EOS : DR. MOHANARAJU A/L ANNAMALAI
PUSAT PEMBELAJARAN : PP GREENHILL
TARIKH HANTAR : 5 JULAI 2013
SEMESTER : 5
mailto:maimanah_murad@oum.edu.mymailto:maimanah_murad@oum.edu.mymailto:maimanah_murad@oum.edu.mymailto:maimanah_murad@oum.edu.my -
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
2/27
Muka surat | 2
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Adat Perkahwinan 3
3.0 Sejarah Kedatangan Kaum India Di Malaysia 4
4.0 Perkahwinan Masyarakat India 4
4.1 Adat Merisik 4
4.2 Adat Kunjungan Ke Rumah Pengantin 5
4.3 Adat Ikat Janji 6
4.4 Adat Parisam (Pertunangan) 9
4.5 Sebelum Majlis Perkahwinan 13
4.5.1 Kad Jemputan 13
4.5.2 Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam) 13
4.5.3 Adat Mukuurtta Kaal (Berinai) 14
4.5.4 Menanam Pokok Pisang 21
5.0 Pantang Larang Yang Diamalkan 23
6.0 Juadah dan Kuih Muih Utama 23
6.1 Nasi Daun Pisang 23
6.2 Maruku 24
6.3 Putu Mayam 24
6.4 Nasi Beriyani 25
6.5 Kuih Vadai 26
7.0 Kesimpulan 26
8.0 Rujukan 27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
3/27
Muka surat | 3
PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
1.0 PENGENALAN
Malaysia kaya dengan seni, adat dan budaya yang terhasil daripada gabungan masyarakat
pelbagai kaum dan etnik. Mereke didedahkan dengan keunikan itu, malahan sesetengahnya
mencedok adat resam dan budaya itu dalam acara tertentu seperti perkahwinan. Akomodasi
yang wujud antara etnik juga mewujudkan rasa hormat antara budaya dengan perbezaan yang
ditonjolkan. Masakan tidak, terdapat sesetengah adat resam diamalkan masyarakat India
mempunyai persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan boleh dilihat dalam
aspek perkahwinan.
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang
telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini
jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,
masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut
hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
2.0 DEFINISI ADAT PERKAHWINAN
Menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun
temurun sejak dahulu kala di dalam masyarakat sehingga dijadikan hukum dan peraturan
yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi
kebiasaan.
Perkahwinan pula adalah sesuatu hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan
melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai
pasangan seksual dan serumah.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
4/27
Muka surat | 4
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa adat perkahwinan ialah peraturan atau cara-cara
melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti
perkahwinan.
3.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM INDIA DI MALAYSIA
Kaum India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang
berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Kaum India telah
berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan
seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa
pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.
Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1.8 juta rakyat.
4.0 PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan
suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Perkahwinan masyarakat India di Malaysia
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat
tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik
iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan
sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan
sebagainya. Golongan etnik Tamil merupakan etnik yang terbesar di Malaysia.
Terdapat beberapa adat yang dilaksanakan sebelum majlis perkahwinan sebenar dijalankan.
Antara adat tersebut ialah :
4.1 Adat Merisik
Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub
etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa
paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini
diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
5/27
Muka surat | 5
sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga
akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih
oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
4.2 Adat Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi
bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.
Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat
bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan
tersebut ramai.
Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat
yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan
menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang
yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air
minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan
dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu
yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen
paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21
aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara
tilikan dimanak Hindu. Di antara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina
poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam,
Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam
dan Veetai poruttam.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
6/27
Muka surat | 6
4.3 Adat Ikat Janji
Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.
Rombongan pengantin lelaki dengan hantaran
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
7/27
Muka surat | 7
Hantaran disusun
Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihakakan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal
pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.
Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
8/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
9/27
Muka surat | 9
Persetujuan ibu bapa
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan
diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar
sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan
mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan
dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan
dengan bertukar-tukar kalungan bunga.
4.4 Adat Parisam (Pertunangan)
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa
adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala
udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah
majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis
hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami
sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
10/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
11/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
12/27
Muka surat | 12
Sesi bergambar antara bakal pengantin di hari pertunangan
Usai selesai majlis, jamuan makan pula diadakan. Kebiasaannya makanan vegetarian akandihidangkan.
Jamuan makan
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
13/27
Muka surat | 13
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara
tersebut untuk mengelakkan pembaziran.
4.5 Sebelum Majlis Perkahwinan
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu. Antaranya ialah :
4.5.1 Kad Jemputan
Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad
jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.
Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk
dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit,
kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai
paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi
kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan
diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
4.5.2 Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam)
Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada
leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan
kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath
thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di
kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari
sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih
pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali
mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali
akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak
pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
14/27
Muka surat | 14
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam
upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk
pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini
kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak
dicuri orang.
Thaali yang disediakan
4.5.3 Adat Mukuurtta Kaal (Berinai)
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal
ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat
tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta
kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang
antara 20 hingga 30 sentimeter.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
15/27
Muka surat | 15
Kayu kuning
Kayu ditanam
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
16/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
17/27
Muka surat | 17
Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan
Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
18/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
19/27
Muka surat | 19
Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan
Upacara Mukuurtta Kaal di pihak perempuan
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
20/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
21/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
22/27
Muka surat | 22
tersebut tumbang (akibat angin kencang atau kerana tidak diikat dengan baik, misalnya) maka
generasi tua beranggapan kejadian itu membawa alamat buruk.
Walaupun generasi muda kaum India dikatakan semakin berfikiran moden serta tidak mahu
terpengaruh dengan amalan dan budaya tradisional, kepercayaan dan pantang-larang
berkaitan pohon pisang terus menjadi ikutan.
Pohon pisang turut mempunyai peranan utama dalam membuang sial bagi pasangan yang
bakal mendirikan rumah tangga. Kaum India pada dasarnya terus berpegang teguh pada tilik
dan rasi; khususnya dalam soal perkahwinan yang dianggap tuaian seribu tahun.
Katakanlah, mengikut tilikan, seorang pemuda didapati akan beristeri dua. Perlu diingatbahawa dalam konsep perkahwinan kaum India-Hindu, monogami menjadi pegangan. Secara
tradisi, isteri kedua hanya diambil jika isteri pertama meninggal dunia.
Memanglah amalan monogami yang dinyatakan di atas boleh dipertikaikan pada masa kini.
Apatah lagi dengan adanya konsep bercerai yang sah di sisi undang-undang. Namun begitu,
rata-rata generasi muda kaum India masih percaya pada tilik dan rasi dalam soal
perkahwinan.
Apabila seorang pemuda dirasikan akan beristeri dua, maka suatu upacara perkahwinan khas
akan diatur. Si pemuda akan berpakaian lengkap seperti pengantin. Bezanya, tempat
pengantin wanita akan diganti dengan pohon pisang.
Pengantin lelaki akan mengikat taali ke leher pohon pisang tadi yang diibaratkan sebagai
pengantin wanita. Maka sempurnalah majlis perkahwinan pertama bagi pemuda berkenaan.
Sejurus selepas itu, sami yang menyempurnakan upacara perkahwinan itu tadi akan
mencantas pohon pisang berkenaan menggunakan parang. Maka matilah isteri pertama
pemuda berkenaan.
Selepas itu, akan diadakan upacara perkahwinan antara pemuda tadi yang sudah menjadi
duda dengan pengantin wanita yang sebenar. Wanita ini dianggap sebagai isteri kedua bagi
pemuda berkenaan.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
23/27
Muka surat | 23
Memandangkan tilikan dan rasi menyebut bahawa pemuda terbabit akan ada dua isteri, isteri
baru itu tidak perlu risau kerana isteri pertama (pohon pisang) sudah mati. Maka,
mengikut kepercayaan kaum India, tidak akan timbul soal pemuda itu menduakan isterinya.
5.0 PANTANG LARANG YANG DIAMALKAN
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan
ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin
perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna
perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan
kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,
kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.
6.0 JUADAH DAN KUIH MUIH UTAMA
6.1 Nasi Daun Pisang
Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Hidangan ini berasal dari
Tamil Nadu di India. Nasi daun pisang ini mendapat nama kerana meggunakan daun pisang
sebagai alas nasi. Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama-
sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan jeruk dan papadum. Secara
tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana
apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan wap lapisan
atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman. Nasi daun pisang selalunya
diletakkan di hadapan pelanggan dan nasi yang masih panas serta berwap akan ditimbunkan
di atas daun pisang. Selepas itu, mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan
dibawa dan ditawarkan kepada pelanggan. Selain itu, mangkuk lauk pilihan yang berisi
rendang kambing (mutton varuval), kari sotong, masala udang, ikan atau ayam akan
ditawarkan.
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
24/27
Muka surat | 24
6.2 Maruku
Murukku merupakan sejenis makanan yang dihidangkan bagi tujuan perayaan bagi kaum
India termasuklah perkahwinan.
6.3 Putu Mayam
Makanan ini biasanya dikhaskan untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau
petang. Biasanya, orang India akan memakan Putu Mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia
ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
25/27
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
26/27
Muka surat | 26
6.5 Kuih Vadai
Antara kuih muih utama yang dihidangkan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai
yang diperbuat dari kacang dal dan kentang. Terdapat juga campuran hirisan cili hijau, daun
kari dan bawang merah.
Vadai kacang dhal Vadai kentang
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat
dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan
tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .
-
7/28/2019 PERKAHWINAN KAUM INDIA
27/27
8.0 RUJUKAN
1) Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2013).Adat Perkahwinan India : Kepesatan Dunia Moden
Tidak Gugat Adat Resam Majlis. BH Famili 28 Jun 2013 (4-5). Berita Harian. Kuala
Lumpur.
2)http://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/
3)http://jeyadanielz.blogspot.com/2012/10/perkawinan-india-tamil.html
4)http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.html
5)http://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-
india.html
6)http://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=39658&view=4566.
http://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/http://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/http://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/http://jeyadanielz.blogspot.com/2012/10/perkawinan-india-tamil.htmlhttp://jeyadanielz.blogspot.com/2012/10/perkawinan-india-tamil.htmlhttp://jeyadanielz.blogspot.com/2012/10/perkawinan-india-tamil.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.htmlhttp://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-india.htmlhttp://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-india.htmlhttp://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-india.htmlhttp://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-india.htmlhttp://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=39658&view=4566http://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=39658&view=4566http://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=39658&view=4566http://eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file=39658&view=4566http://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-india.htmlhttp://budayakaumindia.blogspot.com/2011/12/adat-resam-dalam-perkahwinan-kaum-india.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india.htmlhttp://jeyadanielz.blogspot.com/2012/10/perkawinan-india-tamil.htmlhttp://www.themalaysianinsider.com/print/opinion/pohon-pisang-dalam-suka-dan-duka/
top related