projek.pam.2013
Post on 03-Apr-2018
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
1/41
94XXXX-XX-XXXX
PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN
DI TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG, PERAK
SINOPSIS
Alam sekitar adalah pemacu utama ekopelancongan. Kajian ini bertujuan melihat
persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan yang dijalankan di kawasan
kajian. Tumpuan kajian adalah melihat tangungjawab masyarakat dalam membantu
membangunkan kawasan ekopelancongan iaitu persepsi penduduk terhadap kemudahan
dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkepentingan. Kajian ini juga melihat
persepsi penduduk mengenai impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi,
alam sekitar dan sosial. Taman Paya Bakau Seri Manjung, Perak dipilih sebagai kawasan
kajian kerana lokasinya yang strategik yang mampu menarik pelancong yang sukakan
aktiviti ekopelancongan sambil menghayati keindahan alam sekitar. Soal selidik
mengenai persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan digunakan. Data
telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat
taburan kekerapan, peratusan dan purata. Keputusan analisis menunjukkan masih kurang
penglibatan komuniti di Taman Paya Bakau ini menyebabkan peluang ekonomi kepada
penduduk masih tidak meluas. Secara sosialnya, penduduk tempatan semakin
berkembang dengan adanya pelancong luar yang datang. Cadangan yang dikemukakan
antaranya adalah tambahan beberapa kemudahan dan infrastruktur untuk menjadikan
Taman Paya Bakau salah satu destinasi ekopelancongan yang menjadi tumpuan ramai.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
2/41
94XXXX-XX-XXXX
KANDUNGAN
Halaman
SINOPSIS 5
KANDUNGAN 6 7SENARAI PETA 8
SENARAI RAJAH 8
SENARAI FOTO 8
PENGHARGAAN 9
1.0 PENGENALAN 10 111.1 OBJEKTIF KAJIAN 12
2.0 LOKASI KAJIAN 12
2.1 DAERAH MANJUNG 13 152.2 TAMAN PAYA BAKAU 16
2.3 EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU 16 182.3.1 Melihat Pokok Bakau 19 202.3.2 Melihat Fauna di Taman Paya Bakau 20 212.3.3 Memancing 21 22
2.4 KEMUDAHAN DAN INSENTIF 22 233.0 KAEDAH KAJIAN 23
3.1 PERSAMPELAN 23 243.2 PENGUMPULAN DATA 24
3.2.1 Data Sekunder 24
3.2.2 Data Primer 24 253.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA 25
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 26
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 26
4.1.1 Umur 27
4.1.2 Jantina 28
4.1.3 Pekerjaan 29
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
3/41
94XXXX-XX-XXXX
4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK
PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN 29
4.2.1 Impak Ekonomi 29 324.2.2 Impak Sosial 32 344.2.3 Impak Alam Sekitar 34 35
5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 35 39
RUJUKAN 40
LAMPIRAN 41 44Borang soal selidik
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
4/41
94XXXX-XX-XXXX
SENARAI PETA
No Peta Halaman
1 Peta Daerah Manjung 15
2 Peta Taman Paya Bakau 16
SENARAI RAJAH
No Rajah Halaman
1 Umur 27
2 Jantina 28
3 Pekerjaan 29
SENARAI FOTO
No Foto Halaman
2 Taman Paya Bakau 18
3 Pintu Masuk Taman Paya Bakau 18
4 Keindahan Taman Paya Bakau 20
5 Monyet di Taman Paya Bakau 216 Fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau 21
7 Kerusi rehat 22
8 Laluan pejalan kaki, lampu jalan dan tong sampah 23
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
5/41
94XXXX-XX-XXXX
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu
XXXXXXXXXXX selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk
memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan keerja kursus ini. Teguran
dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di Sekolah
XXXXXXXXXXX yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abah tercinta
iaitu Encik XXXXXXX dan Puan XXXXXXX kerana banyak membantu dan tidak jemumemberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan.
Tidak lupa juga buat adik-adik yang dikasihi, XXXXXXX dan XXXXXXX, terima
kasih kerana memberikan semangat.
Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, XXXXX, XXXXX,
XXXXX, XXXXXX dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam XXXXXX,
terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.
Sekian, Terima Kasih kepada semua.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
6/41
94XXXX-XX-XXXX
1.0 PENGENALAN
Pelancongan di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Pelancongan
mempunyai kompenen yang saling melengkapi iaitu daripada unsur kehidupan komuniti,
budaya masyarakat, proses pembangunan, impak pembangunan, warisan dan alam
sekitar (Yahaya Ibrahim et al 2008). Ekopelancongan berasal dari perkataan Bahasa
Inggeris, ecotourism, umumnya berkisar kepada pengembaraan alam sekitar yang
bertujuanmenikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ia
seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus
menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.Secara perinciannya ekopelancongan boleh diringkaskan kepada aktiviti-aktiviti
yang membawa pelancong lebih dekat kepada alam semulajadi, iaitu mereka boleh
mengambil bahagian, menghayati alam sekitar, mempelajari, melawat dan menemui
sesuatu yang baru yang berasaskan alam semula jadi yang kebiasaannya menyelitkan
bersama program-program aktiviti gaya kehidupan masyarakat luar bandar, seni, budaya
dan warisan masyarakat setempat. Ekopelancongan menyediakan peluang kepada
pelancong untuk merasakan sendiri aktiviti ekopelancongan secara langsung, pelancong
boleh mengambil bahagian dalam aktiviti rutin yang dilakukan oleh penduduk tempatan
yang memberi faedah kepada komuniti tempatan.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
7/41
94XXXX-XX-XXXX
Pelancongan di daerah Manjung semakin giat berkembang selaras dengan
peredaran masa. Industri pelancongan memainkan peranan yang sangat penting di
Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalam
menjayakan industri pelancongan. Promosi pelancongan seperti tahun Melawat Malaysia
dan melawat negeri masing-masing telah diperkenalkan. Pihak berkepentingan
memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekopelancongan. Untuk
menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur ke dalam industri pelancongan, pihak
berkepentingan harus memainkan peranan masing-masing seperti menyediakan
kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial yang baik. Justeru, dalam kajian ini,
pengkaji ingin melihat peranan pihak berkepentingan dalam membangunkan
ekopelancongan di daerah Manjung. Apakah infrastruktur dan kemudahan yang
ditawarkan untuk kemudahan penduduk dan pelancong tempatan mahupun pelancongan
antarabangsa yang sukakan aktiviti ekopelancongan.
Pembangunan ekopelancongan akan memberikan impak kepada ekonomi, alam
sekitar dan sosial masyarakat tempatan. Industri ini memainkan peranan yang penting
dalam ekonomi penduduk tempatan, dimana ianya membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk. apabila pelancongan semakin membangun, nilai hartanah juga turut
meningkat. Justeru itu, timbullah persoalan mengenai impak pembangunan
ekopelancongan kepada ekonomi penduduk tempatan sama ada ianya akan
meningkatkan taraf hidup rakyat mahupun sebaliknya.
Adakah ekopelancongan yang dibangunkan akan memberikan impak yang tinggi
terhadap alam sekitar jika pembangunan giat dijalankan. Timbul persoalan berkaitan isu
ini kerana ekopelancongan adalah pelancongan yang berasaskan alam sekitar, justeru itu
perlulah mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Dalam jangka panjang aktiviti
pelancongan, aktiviti-aktiviti yang lain akan menyumbangkan kepada kemusnahan dan
kerosakan alam sekitar menurut. Oleh itu, adakah impak kepada alam sekitar ini akan
menggangu kehidupan seharian masyarakat setempat.
Sosial masyarakat tempatan akan berubah dengan adanya pembangunan
pelancongan. Sama ada ianya memberikan impak yang positif mahupun negatif. Sosial
adalah penting untuk masyarakat berinteraksi dengan pelancong yang datang. Oleh yang
demikian, impak sosial ini perlu dilihat sejajar dengan pembangunan ekopelancongan
agar tidak merosakkan nama masyarakat setempat.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
8/41
1.1 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.
i. Mengenalpasti persepsi penduduk terhadap ekopelancongan ke atas ekonomi,
sosial dan alam sekitar.
ii. Mengkaji persepsi penduduk tempatan terhadap impak pembangunan
ekopelancongan.
2.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan ekopelancongan yang terdapat di Seri
Manjung iaitu Taman Paya Bakau, Seri Manjung Perak. Taman Paya Bakau ini terletak
diantara jalan Ipoh-Lumut, lebih kurang sepuluh minit perjalanan ke Bandar Lumut,
sepuluh minit ke Bandar Seri Manjung dan sepuluh minit ke kawasan perkelahan Teluk
Batik, Lumut Perak. Taman Paya Bakau Seri Manjung ini telah dipilih berdasarkan
definisi ekopelancongan yang telah dikenalpasti.
Negeri Perak adalah negeri yang bertuah kerana mempunyai pelbagai tempat
tarikan pelancongan khasnya ekopelancongan. Terdapat sepuluh ikon pelancongan di
negeri Perak (Suliati Asri 2012), antaranya adalah Taman Negeri Royal Belum, Hutan
Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Negeri Perak, Sungai Klah Hot
Spring, Pulau Orang Utan yang terletak di Bukit Merah Laketown Resort, Zoo Taiping
dan Night Safari, Ipoh- The Limestone Wonder, Lumut dan Pulau Pangkor dan yang
terakhir adalah Kuala Kangsar Bandar Diraja.
Daripada sepuluh ikon pelancongan tersebut, terdapat beberapa daripadanya
adalah kawasan ekopelancongan. Hal ini menunjukkan negeri Perak kaya dengan lokasi
tarikan ekopelancongan. Antara lokasi yang menjadi tarikan pelancong terhadap
ekopelancongan adalah Taman Paya Bakau Matang, Pulau Pangkor, Taman Negeri
Royal Belum, Zoo Taiping dan Night Safari, Santuari Burung Kuala Gula dan
sebagainya.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
9/41
2.1 DAERAH MANJUNG
Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dinding. Daerah ini
pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini
berada di bawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dinding telah menjadi sebahagian
dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain
dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani
bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari dua peristiwa utama iaitu perebutan
takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar
dan peperangan di antara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan
perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.
Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen
British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dinding kepada British, Perlantikan
Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail
diturunkan dari takhta Perak.
Menurut catatan sejarah, Daerah Dinding atau Jajahan Dinding merupakan
sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat
menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak
telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.
Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada
Iskandar District. Tanah Merah iaitu Lumut pula ditukar namanya kepada Port Iskandar.
Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja
Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid
Al-Adli telah melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada
Kerajaan Perak.
Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan
utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walau
bagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu
ialah Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings
dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun
berkenaan iaitu pada tahun 1937. Alasan utama baginda ialah Perak tidak mempunyai
kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah
menyatukan jajahan berkenaan dengan Beruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai
bahagian selatan.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
10/41
Daerah Dinding dikenali sehingga tahun 1980 an. Pada 1 Januari 1982, jajahan
yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah
Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan
Sitiawan dan nama Daerah Manjung berkekalan sehingga kini.
Daerah Manjung merupakan salah satu daripada sembilan daerah di Negeri Perak
Darul Ridzuan (Peta 1). Ia bersempadan dengan Daerah Larut Matang dan Selama dan
Daerah Kuala Kangsar di sebelah utara, bersempadan dengan Daerah Hilir Perak di
sebelah selatan dan bersempadan dengan Selat Melaka di sebelah barat. Jarak dari Ipoh
ke Lumut ialah 80 kilometer, dari Kuala Lumpur 200 kilometer dan Pulau Pinang 180
kilometer. Daerah Manjung mempunyai keluasan seluas 1168.9 kilometer persegi. . Luas
Daerah Manjung adalah 116,800 hektar (1,168.0 kilometer persegi) dan terbahagi kepada
lima mukim, iaitu:-
i. Sitiawan (33,150 hektar / 331.5 kilometer persegi).
ii. Pengkalan Baharu (25,640 hektar / 256.4 kilometer persegi).
iii. Lumut (25,120 hektar /251.2 kilometer persegi).
iv. Beruas (19,160 hektar / 191.6 kilometer persegi).
v. Lekir (13,730 hektar / 137.3 kilometer persegi).
Manakala, luas selebihnya adalah melibatkan kawasan Pengkalan TLDM iaitu
sebanyak 17.5 km/persegi (1.49 peratus) , tanah simpanan melayu seluas 41,021 hektar
(35.12 peratus) dan tanah simpanan hutan seluas 6,276 hektar (5.37peratus). Daerah
Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau
Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam
dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor
pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
11/41
Peta 1 Peta Daerah Manjung
Sumber: Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
12/41
94XXXX-XX-XXXX
2.2 TAMAN PAYA BAKAU
Taman paya bakau terletak di Seri Manjung Perak. Lokasinya terletak di antara jalan
Ipoh-Lumut, lebih kurang sepuluh minit perjalanan dari bandar Lumut (Peta 2). Taman
Paya Bakau ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada
bulan Januari tahun 1995. Terdapat laluan pejalan kaki sejauh 366 meter dan selebar 6
kaki yang merentasi hutan paya bakau ini. Taman paya bakau ini telah diselenggara dan
diubah suai pada tahun 2005. Terdapat beberapa papan tanda yang menceritakan
mengenai paya bakau, spesis bakau dan pihak berkuasa tempatan juga turut menyediakan
pondok rehat, kerusi rehat, lampu jalan, kemudahn meletak kenderaan untuk kemudahan
para pelancong.
Peta 2 Peta Taman Paya Bakau
Sumber: http://maps.google.com
2.3 EKOPELANCONGAN DI TAMAN PAYA BAKAU
Munurut Er Ah Choy (2001), ekopelancongan adalah merupakan sektor yang kurang
memusnahkan alam sekitar. Ekopelancongan juga dapat mengurangkan kesan-kesan
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
13/41
94XXXX-XX-XXXX
negatif terhadap alam sekitar melalui tumpuan kepada pembangunan yang berimpak
rendah, bilangan pelancong yang terkawal dan pemuliharaan flora dan fauna.
Taman Paya Bakau juga dikenali sebagai taman monyet oleh penduduk tempatan
(Joriah Rade 2012). Taman paya bakau ini adalah satu-satunya taman paya bakau yangterdapat di Daerah Manjung yang di bangunkan untuk dijadikan kawasan pelancongan.
Taman paya bakau ini kaya dengan khazanah alam semula jadi yang terdapat pelbagai
spesis flora dan fauna yang boleh dilihat oleh pengunjung yang datang ke sini (Foto 2).
Aktiviti ekopelancongan yang paling utama pengunjung lakukan adalah melihat
sendiri paya bakau dengan lebih dekat. Dari hadapan pintu masuk Taman Paya Bakau
lagi pengunjung boleh melihat pokok bakau ini (Foto 3). Hutan paya bakau memainkan
peranan yang penting kepada sistem ekologi, dimana iainya bertindak sebagai pemecah
ombak yang semula jadi, berupaya mengawal hakisan pantai dengan mencengkam tanah
dihabitatnya serta paya bakau ini berupaya mengelak kemusnahan akibat tindakan ribut
yang kuat (Rosniza 2011). Oleh yang demikian, pengunjung akan lebih menghargai alam
sekitar apabila mereka melihat dan memahami kepentingan paya bakau ini kepada alam
sekitar dan manusia.
Taman paya bakau adalah salah satu kawasan ekopelancongan yang mempunyai
kedatangan pelancong yang sukakan popular ecotourism. Menurut Azima Abd Manaf et
al 2010,popular ecotourism adalah pelancong yang berkecenderungan menggunakan
pengangkutan yang banyak seperti bot-bot dan bas yang lebih besar. pelancong jenis ini
adalah melibatkan semua jenis umur dan keupayaan fizikal kerana mereka lebih suka
menggunakan perkhidmatan sokongan seperti kemudahan berjalan kaki untuk aktiviti
bersiar-siar, kemudahan makan dan minum dan pusat pelancongan. Oleh yang demikian,
ciri-ciri ini menunjukkan Taman Paya Bakau ini berpotensi menjadi kawasan popular
ecotourism. Hal ini kerana pihak berkepentingan tempatan telah menyediakan laluan
untuk pejalan kaki yang sukakan aktiviti yang melibatkan alam sekitar.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
14/41
94XXXX-XX-XXXX
Foto 2 Taman Paya Bakau
Sumber: Kajian Lapangan (Tahun)
Foto 3 Pintu Masuk Taman Paya Bakau
Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
15/41
94XXXX-XX-XXXX
2.3.1 Melihat Pokok Bakau
Aktiviti ekopelancongan yang boleh pengunjung lakukan adalah melihat keindahan
Taman Paya Bakau yang menghijau (Foto 4) . Pokok-pokok bakau dikekalkan untuktatapan kunjungan para pelancong yang sukakan alam sekitar. Kebanyakkan pokok
pokok bakau di sini merupakan spesis Rhizophora. Tumbuhan paya bakau ini adalah
spesis yang tahan kepada keadaan persekitaran yang berair masin dan berlumpur.
Kawasan paya bakau ini memberi perlindungan dan sumber makanan secara langsung
atau tidak kepada pelbagai komuniti hidupan seperti burung, organisma marin, ikan,
siput dan pelbagai jenis haiwan yang lain.
Pengunjung yang datang ke Taman Paya Bakau ini akan berasa teruja dengan
keindahan alam sekitarnya yang masih segar. Pengunjung akan merasai sendiri udara
yang segar apabila berada di dalam kawasan Taman Paya Bakau ini. Kawasan hutan
paya bakau mempunyai beberapa kepentingan kepada manusia, antaranya adalah
melindungi tanah persisiran pantai daripada terhakis. Selain itu paya bakau ini juga
berperanan sebagai mengitar nutrient, mengalih buangan toksik, membekalkan kayu
bakar, arang dan kayu untuk pembangunan seperti pembuatan perabot dan lain-lain lagi.
Pokok bakau juga menjadi habitat untuk pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan dan
pokok bakau ini juga berfungsi untuk mengawal banjir. Oleh yang demikian, apabila
pengunjung merasai sendiri pengalaman melihat pokok bakau dengan lebih dekat,
mereka akan lebih menghargai kepentingan alam sekitar.
Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang
366 meter untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan Taman Paya Bakau ini.
Pokok bakau mempunyai pelbagai spesis seperti Avicennia (Api-Api), Sonneratia dan
Rhizophora (Bakau), tetapi secara amnya spesis bakau ini mempunyai ciri-ciri yang
serupa seperti akar pernafasan dan tagiat percambahan biji secara vivapari.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
16/41
94XXXX-XX-XXXX
Foto 4 Keindahan Taman Paya Bakau
Sumber: Kajian Lapangan (Tahun)
2.3.2 Melihat Fauna di Taman Paya Bakau
Pelbagai spesis fauna yang boleh kita lihat apabila berada di Taman Paya Bakau yang
terletak di Seri Manjung ini. Taman Paya Bakau disini sinonim dengan nama
panggilannya iaitu Taman Monyet. Pengunjung yang sukakan haiwan ini boleh memberi
makanan kepada monyet-monyet ini ketika berada di Taman Paya Bakau. Tidak hairan
jika dari pintu masuk lagi monyet-monyet ini sudah tunggu untuk mendapatkan makanan
(Foto 5). Bagi pengunjung yang takut sedikit dengan haiwan ini, mereka boleh berjalan
dalam kumpulan yang agak besar atau tidak membawa sebarang makanan atau plastik.
Monyet suka akan pengunjung yang membawa makanan.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
17/41
94XXXX-XX-XXXX
Foto 5 Monyet di Taman Paya Bakau
Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)
Selain itu, pengunjung juga akan turut melihat beberapa spesis burung yang
datang ke Taman Paya Bakau. Antaranya adalah seperti spesis burung kingfisher. Burung
kingfisheratau dikenali sebagai Burung Raja Udang. Burung ini gemar memakan ikan
yang terdapat di sekitar paya bakau ini. Selain daripada burung, haiwan seperti biawak,
ikan tembakul, ketam dan pelbagai jenis siput boleh dilihat di sekitar Taman Paya bakau
ini. Foto 6 menunjukkan Burung Raja Udang dan biawak yang terdapat di taman ini.
Foto 6 Fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau
Sumber : Kajian Lapangan (Tahun)
2.3.3 Memancing
Pihak berkuasa tempatan juga turut menyediakan dua pondok di hujung laluan pejalan
kaki untuk kemudahan beristirehat dan memancing. Bagi pengunjung yang gemar
memancing, mereka boleh membawa peralatan memancing tersebut daripada rumah.Sambil menunggu ikan yang di pancing, pengunjung boleh melihat keindahan Taman
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
18/41
94XXXX-XX-XXXX
Paya Bakau dan melihat Bukit Engku Busu yang boleh nampak daripada pondok
istirehat tersebut.
2.4 KEMUDAHAN DAN INSENTIF
Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan beberapa kemudahan awam untuk para
pelancong menggunakannya. Antaranya adalah laluan pejalan kaki sejauh 366 meter,
kerusi rehat untuk para pengunjung yang ingin berehat seketika sambil melihat paya
bakau dan hidupan yang lain seperti monyet, burung dan ketam. Selain itu juga, terdapat
dua pondok rehat yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung, dimana pondok ini
boleh digunakan sebagai tempat untuk beristirehat dan memancing bagi pengunjung
yang gemar memancing. Kerusi rehat turut disediakan untuk kemudahan pengunjung
(Foto 7). Lampu disepanjang laluan pejalan kaki turut disediakan oleh pihak berkuasa
tempatan untuk pengunjung yang ingin merasa suasana malam di Taman Paya Bakau ini.
Tong sampah disediakan untuk kemudahan pelancong membuang sampah (Foto 8).
Tempat letak kenderaan juga disediakan dihadapan pintu masuk Taman Paya Bakau. Hal
ni membolehkan pengunjung yang takut untuk turun ke Taman Paya Bakau ini kerana
banyak monyet, mereka boleh melihat daripada dalam kenderaan.
Foto 7 Kerusi rehat
Sumber: Kajian lapangan (Tahun)
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
19/41
94XXXX-XX-XXXX
Foto 8 Laluan pejalan kaki, lampu jalan dan tong sampah
Sumber: Kajian lapangan (Tahun)
3.0 KAEDAH KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan
persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini
adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan
kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan
dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kajiselidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden
(Marson et.al 1998).
3.1 PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan
iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 57 orang
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada
penduduk tempatan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), dimana
lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis
data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan
mereka untuk menjawab borang soal selidik.
.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
20/41
94XXXX-XX-XXXX
Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah,
mereka seharusnya adalah penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan kawasan
kajian. Hal ini adalah kerana, mereka yang merasai perbezaan sebelum pembangunan
dan selepas pembangunan. Selain itu, responden haruslah berumur 21 tahun dan keatas,kerana pada usia tersebut mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi
oleh sesiapa.
3.2 PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik dan
pemerhatian. Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk
terhadap pembangunan ekopelancongan yang telah dijalankan di Taman Paya Bakau Seri
Manjung Perak.
3.2.1 Data Sekunder
Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan dan Majlis Perbandaran Manjung. Data-data
penting termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah
yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Majlis
Perbandaran Manjung, laman web Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Pertanian
Daerah Manjung.
3.2.2 Data Primer
Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan.
Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian
iaitu di Taman Paya Bakau, Seri Manjung Perak.
a) Borang soal selidik
Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus
dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka
bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et al
1999). Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan para pengkaji
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
21/41
94XXXX-XX-XXXX
untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuai dan mengikut
objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak
menyimpang jauh daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang
mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden. Hal ini supaya respondenfaham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional
menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-
beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem
pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk
terbuka pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan
berbagai bentuk jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan
sesuai.
b) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual.
Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian.
Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak
digambarkan oleh responden.
3.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA
Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik
yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi
dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang telah
dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam menilai
persepsi penduduk terhadap pembangunan ekopelancongan di Taman Paya Bakau Seri
Manjung, Perak. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka
menggunakan Skala Likert , dimana angka 5 mewakili sangat memuaskan/setuju, 4
mewakili memuaskan/setuju, 3 mewakili tidak pasti, 2 mewakili tidak memuaskan/setuju
dan angka 1 mewakili sangat tidak memuaskan/setuju.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
22/41
94XXXX-XX-XXXX
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang
telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yangtelah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan,
taburan kekerapan dan purata.
4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 57 orang responden yang terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal
selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur,
agama, bangsa, pekerjaan, agama, status perkahwinan dan taraf pendidikan di
persembahkan dalam bentuk rajah.
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
23/41
94XXXX-XX-XXXX
4.1.1 Umur
Rajah 1 Umur responden
Sumber : Kajian lapangan (Tahun)
Berdasarkan hasil kajian, daripada 57 orang responden yang ditemubual, seramai 29 orang
adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 21 hingga 30 tahun.
Manakala responden yang berumur antara 31 hingga 40 tahun adalah sejumlah sepuluh orang.
Selebihnya adalah responden yang berumur diantara 41 hingga 50, 51 hingga 60 dan 61 hingga
70 yang masing-masing terdiri daripada Sembilan orang responden, lapan orang responden dan
seorang responden seperti dalam rajah 1. Responden yang berbeza usia ini adalah responden
yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
27
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
24/41
94XXXX-XX-XXXX
4.1.2 Jantina
Rajah 2 Jantina responden
Sumber : Kajian lapangan (Tahun)
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 57 orang responden, seramai 29 orang (51
peratus) adalah terdiri daripada responden perempuan, manakala bakinya sebanyak 28 orang (49
peratus) adalah responden lelaki. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan
jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 4.2. Kajian ini adalah
melihat persepsi penduduk, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar
jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
28
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
25/41
94XXXX-XX-XXXX
4.1.3 Pekerjaan
Rajah 3 Pekerjaan responden
Sumber : Kajian lapangan (Tahun)
Kebanyakkan responden adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan iatu sebanyak 19
orang (33.3 peratus), diikuti dengan pekerja swasta sebanyak 17 orang (29.8 peratus), selebihnya
adalah terdiri daripada tidak bekerja, bekerja sendiri dan pencen iaitu masing-masing sebanyak
10 orang, empat orang dan dua orang. Selebihnya iaitu sebanyak lima orang adalah terdiri
daripada lain-lain seperti pelajar. Data yang lebih perinci dapat dilihat dalam rajah 3.
4.2 ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP IMPAK PEMBANGUNAN
EKOPELANCONGAN
Pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan meninggalkan impak yang positif mahupun
negatif terhadap tiga komponen utama iaitu impak dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.
4.2.1 Impak Ekonomi
29
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
26/41
94XXXX-XX-XXXX
Pembangunan pelancongan yang dijalankan akan memberi impak sama ada impak negatif
mahupun negatif. Terdapat tiga impak yang sering dibincangkan iaitu impak dari segi ekonomi,
alam sekitar dan sosial. Justeru itu, analisis ini akan membincangkan persepsi penduduk
mengenai impak yang terjadi dan bakal terjadi dengan adanya pemesatan pembangunan
ekopelancongan di Seri Manjung ini. Pelbagai persepsi penduduk terhadap impak pembangunan
ekopelancongan. Masing-masing memberikan persepsi yang berbeza. Jadual menujukkan
peratusan, min serta sisihan piawai mengenai persepsi tersebut.
Taraf hidup semakin meningkat dengan adanya pembangunan pelancongan di Daerah
Manjung, Sebanyak 49.1 peratus iaitu 28 orang responden yang bersetuju dengan penyataan ini.
Dengan adanya pembangunan, ramai penduduk yang mengatakan bahawa taraf hidup mereka
semakin meningkat. 12 orang juga mengatakan sangat setuju bahawa taraf hidup mereka sangat
meningkat. 11 orang tidak bersetuju, 5 orang menjawab tidak pasti dan bakinya, seorang
menjawab sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.68. Nilai ini
menunjukkan purata bagi penyataan ini adalah bagi skala likert bernombor empat iaitu setuju.
Menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar untuk ditafsirkan kerana kualiti hidup
adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza.
Justeru itu, taraf hidup yang ditafsirkan oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka.
Sejajar dengan pembangunan pelancongan di Daerah Manjung, nilai tanah semakinmeningkat. Seramai 30 orang responden daripada 57 orang responden yang sangat setuju
bahawa harga tanah di kawasan mereka semakin meningkat. Menurut mereka harga rumah juga
manjadi semakin mahal dan sukar untuk mampu milik jika nak dibandingkan dengan pendapatan
mereka. Manakala, 23 daripada 57 orang responden yang bersetuju dengan penyataan ini. Hal ini
menunjukkan ramai responden yang peka mengenai isu ini. Dua orang yang tidak bersetuju dan
masing-masing seorang yang sangat tidak setuju dan tidak pasti. Purata bagi penyataan ini adalah
sebanyak 4.39. Purata menunjukkan ramai yang bersetuju nilai tanah di bandar ini semakin
meningkat.
Peluang pekerjaan yang banyak mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.
Sebanyak 29.8 peratus responden yang menjawab tidak pasti dan setuju mengenai peluang
pekerjaan disektor pelancongan semakin bertambah, 21.1 peratus pula mengatakan sangat
setuju, 17.5 peratus tidak setuju bahawa peluang pekerjaan bertambah dan 1.8 peratus yang
30
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
27/41
94XXXX-XX-XXXX
sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.51. Hal ini menunjukkan min
adalah mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju. Hasil kajian Yahaya Ibrahim (2008)
menunjukkan hasil yang sama dimana pembangunan pelancongan yang dijalankan memberikan
peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.
Dari sudut impak pembangunan ekopelancongan terhadap ekonomi, beberapa perkara
telah ditanya, antaranya adalah dari segi kadar pengangguran. Pelbagai persepsi yang telah
diberikan oleh responden terhadap soalan ini. Sebanyak 36.8 peratus iaitu 21 orang responden
yang mengatakan tidak setuju kadar pengangguran semakin berkurang, Peluang pekerjaan masih
tidak meluas di Taman Paya Bakau ini. Hal ini adalah kerana pengunjung yang datang ke Taman
Paya Bakau ini bergerak sendiri bersama kelompok pengunjung yang datang. Laluan pejalan
kaki yang disediakan juga berstruktur baik, justeru itu jarang pengunjung mendapatkan khidmat
pemandu pelancong untuk ke Taman Paya Bakau. 29.8 peratus ( 17 orang) pula mengatakan
tidak pasti, 22.8 peratus atau 13 orang menjawab setuju kadar pengangguran semakin
berkurangan. Manakala, sebanyak 7 peratus pula yang mengatakan sangat setuju dan selebihnya,
sebanyak 3.5 peratus mengatakan sangat tidak setuju. Min bagi penyataan kadar pengangguran
semakin berkurangan adalah sebanyak 2.93. Jelas menunjukkan penduduk masih tidak pasti
dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan sama benar-benar membantu komunti dari segi
penawaran peluang pekerjaan. Berdasarkan pemerhatian, tidak banyak pekerjaan yang terlibat di
Taman Paya Bakau Seri Manjung ini antaranya adalah pemandu pelancong dan juga pekerjayang membersihkan kawasan Taman Paya Bakau.
Begitu juga dengan isu mengenai harga barang semakin mahal. Seramai 31 orang
responden (54.4 peratus) yang sangat setuju bahawa harga barang semakin meningkat, 23 orang
(40.4 peratus) setuju, dua orang tidak pasti, dan seorang tidak setuju. Responden yang tidak
setuju dengan penyataan harga barang semakin meningkat adalah kerana bagi mereka, harga
tersebut berpatutan dengan harga semasa. Secara puratanya, kebanyakkan responden bersetuju
bahawa harga barang semakin meningkat iaitu nilai minnya adalah 4.47. Skala likert
menunjukkan min adalah bersetuju.
Mengenai alam sekitar menjadi pemangkin sumber ekonomi mereka, hanya 31.6 peratus
dan 17.5 peratus sahaja yang menjawab setuju dan sangat setuju. Rata-rata responden tidak pasti
sama ada sumber alam tersebut menjadi pemangkin kepada ekonomi mereka. Sebanyak 40.4
peratus yang menjawab tidak pasti dan 10.5 peratus yang menjawab tidak setuju.
31
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
28/41
94XXXX-XX-XXXX
Hasil analisis menunjukkan 1.8 peratus yang sangat tidak setuju dan tidak setuju
mengenai segelintir penduduk sahaja yang terlibat dengan aktiviti ekopelancongan. Manakala,
selebihnya 31.6 peratus yang tidak pasti, 36.8 peratus yang menjawab setuju dan 28.1 peratus
menjawab sangat setuju. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.88. Jelas menunjukkan
secara puratanya, ramai di antara responden yang bersetuju bahawa segelintir sahaja yang terlibat
dengan aktiviti ekopelancongan di Seri Manjung.
4.2.2 Impak Sosial
Rata-rata responden yang bersetuju dan sangat setuju apabila soalan mengenai masalah sosial
semakin meningkat. Sebanyak 54.4 peratus (31 orang) dan 42.1 peratus (24 orang) responden
yang sangat setuju dan setuju bahawa masalah sosial semakin meningkat. Hanya seorang iaitu
1.8 peratus responden sahaja yang tidak pasti dan tidak setuju dengan penyataan ini. 4.49 adalah
min bagi penyataan ini. Hal ini menunjukkan secara puratanya, kebanyakkan responden
bersetuju bahawa masalah sosial semakin meningkat.
Tanggungjawab sosial yang dijalankan adalah memuaskan. Berdasarkan pemerhatian,
banyak penambahbaikan infrastruktur yang telah dan sedang dijalankan. Namun begitu, pelbagai
persepsi penduduk mengenai isu ini. Seramai 25 orang daripada 57 orang responden yang
bersetuju bahawa banyak penambahan infrastruktur telah dilakukan. Begitu juga dengan 19orang responden yang sangat setuju dengan penyataan ini. Tujuh orang responden menjawab
tidak pasti, empat orang tidak setuju dan dua orang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini
adalah 3.96 iaitu mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju.Tanpa kemudahan
infrastruktur yang baik, proses pembangunan ini mungkin akan terganggu kerana kemudahan
infrastruktur yang baik adalah perkara yang sering diutamakan dalam memajukan industri
pelancongan (Yahaya Ibrahim 2008).
Impak pembangunan ekopelancongan terhadap sosial dapat dilihat dalam beberapa
perkara. Antaranya adalah kadar jenayah. Sebanyak 61.4 peratus iaitu seramai 35 orang
responden yang setuju kadar jenayah semakin meningkat sejajar dengan peningkatan
pembangunan di bandar ini. Begitu juga dengan 15 orang lagi yang sangat bersetuju berkaitan
isu ini. Manakala selebihnya adalah sebanyak 7.0 peratus dan 5.3 peratus tidak pasti dan tidak
32
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
29/41
94XXXX-XX-XXXX
setuju bahawa kadar jenayah semakin meningkat. Kebanyakkan responden menjawab setuju
kerana menurut mereka kecurian semakin menigkat di kawasan kejiranan mereka.
Impak ekopelancongan terhadap sosial penduduk mempengaruhi kehidupan seharian
mereka. Antara masalah yang timbul adalah terpengaruh dengan budaya luar seperti pergaulan
bebas, punk, black metal dan lain-lain. Hampir 91.2 peratus responden yang setuju dan sangat
setuju. Seramai 28 daripada 57 orang responden yang sangat setuju bahawa masalah sosial ini
semakin meningkat. Manakala, 24 orang yang lain pula setuju, tiga orang tidak setuju dan dua
orang pula tidak pasti mengenai isu ini. Min bagi penyataan ini adalah 4.35 iaitu setuju. Secara
puratanya responden menjawab setuju.
Budaya dan nilai-nilai murni dapat diterapkan di dalam diri masyarakat. Seramai 18
orang daripada 57 orang responden yang bersetuju dan 15 orang responden sangat setuju. 12
orang responden pula menjawab tidak pasti sama ada budaya nilai murni diterapkan dalam diri
masyarakat.manakala, tujuh orang pula memberikan jawapan tidak setuju dan bakinya lima
orang menjawab sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah 3.54 iaitu mewakili skala
likert bernombor empat. Oleh yang demikian, secara puratanya ramai diantara responden yang
bersetuju dengan penyataan ini.
Selain itu, impak berkaitan perhubungan juga ditanya dengan adanya pelancong luar,
penduduk tempatan boleh bertukar pandangan. Seramai 30 orang responden daripada 57 orang
yang bersetuju dengan penyataan ini. Ramai yang bersetuju kerana ekopelancongan adalahsesuatu aktiviti yang berteraskan alam sekitar. Begitu juga dengan 14 orang responden yang
lain, mereka juga sangat setuju bahawa dengan adanya pelancong dari luar mereka boleh
bertukar pandangan dan pendapat. Secara puratanya responden menjawab setuju.
Berdasarkan hasil kajian, sebanyak 50.9 peratus yang bersetuju hubungan antara
komuniti semakin baik berikutan kerjasama menjayakan ekopelancongan. Begitu juga dengan
19.3 peratus yang lain turut sangat bersetuju dengan penyataan ini. 24.6 peratus yang lain tidak
pasti dengan keadaan ini. Selebihnya sebanyak 5.3 peratus pula tidak bersetuju hubungan
komuniti menjadi semakin baik. secara puratanya, responden menjawab skala likert bernombor
empat.
Kesan pembangunan ekopelancongan terhadap sosiol yang lain adalah dengan adanya
kedatangan pelancong yang ramai, menyebabkan kesesakan kawasan sekitar. Pada persepsi
penduduk tempatan, seramai 28 orang responden daripada 57 orang responden yang setuju
33
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
30/41
94XXXX-XX-XXXX
dengan penyataan ini. Begitu juga dengan 14 orang responden yang sangat setuju dengan impak
ini. Bakinya, seramai 10 orang responden yang tidak pasti dengan isu ini dan lima orang lagi
yang tidak setuju mengenai kedatangan pelancong menyebabkan kesesakan kepada kawasan
sekitar. Minnya adalah sebanyak 3.89.
Mengenai isu penguasaan Bahasa Inggeris, sebanyak 57.9 peratus penduduk yang setuju
dengan adanya kedatangan pelancong asing, mereka dapat meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris. 21.1 peratus pula sangat setuju, diikuti dengan 8.8 peratus iaitu responden yang
menjawab tidak pasti dan tidak setuju. Baki selebihnya adalah sebanyak 3.5 peratus iaitu
sebanyak 3.5 peratus yang sangat tidak setuju. Min bagi penyataan ini adalah 3.84. Min ini
mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju. Bahasa Inggeris sangat penting di era ini
kerana kebanyakkan pelancong yang datang mahir berbahasa Inggeris dan menyebabkan
penduduk juga perlu mempelajarinya untuk memudahkan komunikasi.
4.2.3 Impak Alam Sekitar
Berdasarkan hasil kajian, ekopelancongan memberikan impak kepada alam sekitar. Terdapat
beberapa soalan yang telah ditanyakan kepada para responden mengenai impak pembangunan
ekopelancongan terhadap alam sekitar. Mengenai masalah pencemaran yang akan timbul dalammasa beberapa tahun akan datang, kebanyakkan responden bersetuju dan sangat bersetuju
dengan penyataan ini. Seramai 24 orang daripada 57 orang responden yang iaitu sebanyak 42.1
peratus yang bersetuju masalah pencemaran akan berlaku dengan adanya pembangunan
pelancongan yang berterusan tanpa mengambil kira faktor alam sekitar. Manakala sebanyak 40.4
peratus iaitu 23 orang yang sangat bersetuju dalam masa beberapa tahun akan datang, masalah
pencemaran akan berlaku disebabkan aktiviti pelancongan yang dijalankan. 10.5 peratus, iaitu
seramai enam orang tidak pasti dengan keadaan ini, manakala 7 peratus atau empat orang yang
tidak bersetuju pencemaran akan timbul dalam sektor ekopelancongan kerana ekopelancongan
sudah menggambarkan kepentingan alam sekitar mesti dijaga semasa proses membangunkannya.
Purata yang menjawab soalan ini adalah setuju dimana minnya adalah 4.16.
Pendapat mengenai pelancong menjaga kebersihan kawasan ekopelancongan adalah
sebanyak 38.6 peratus yang bersetuju, 24.6 peratus tidak setuju, 17.5 peratus yang sangat setuju,
34
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
31/41
94XXXX-XX-XXXX
8.8 peratus yang sangat tidak setuju dan selebihnya, 10.5 peratus yang tidak pasti. Min bagi
penyataan ini adalah 3.32. Responden yang di temu bual mengatakan pelancong mungkin tidak
membuang sampah secara suka hati, tetapi mungkin angkara monyet-monyet yang
menyelongkar tong sampah dan menyebabkan sampah bertaburan dan kawasan menjadi tidak
bersih ekoran daripada tong sampah yang mudah di buka.
Impak kepada alam sekitar yang seterusnya adalah berkaitan udara menjadi semakin
panas kesan aktiviti manusia. Kebanyakkkan responden setuju dan sangat setuju. Seramai 30
orang responden (52.6 peratus) yang sangat setuju dengan penyataan ini. Hal ini adalah kerana,
terdapat beberapa pembangunan sedang giat dijalankan di daerah Manjung, dengan itu banyak
hutan atau pokok-pokok ditebang untuk tujuan pembangunan tersebut. Manakala, 43.9 peratus
iaitu seramai 25 orang yang setuju bahawa udara menjadi semakin panas. Bakinya sebanyak 1.8
peratus adalah masing-masing responden yang tidak pasti dan sangat tidak setuju mengenai isu
ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.46. Purata yang menjawab soalan ini adalah
responden yang bersetuju udara menjadi semakin panas ekoran daripada pemesatan
pembangunan.
Impak seterusya adalah mengenai kesan pencemaran bunyi semakin meningkat. Seramai
28 orang yang sangat setuju bahawa pencemaran bunyi semakin meningkat. Begitu juga dengan
23 orang responden yang lain, mereka setuju dengan penyataan ini. Sebaliknya, lima orang yang
menjawab tidak pasti dan seorang yang tidak bersetuju bahawa pencemaran bunyi semakinmeningkat. Secara puratanya, responden yang menjawab soalan ini adalah bersetuju, dimana
minnya adalah sebanyak 4.37. Bunyi yang datang daripada kenderaan berat yang lalu lalag
dihadapan jalan raya Taman Paya bakau ini menyebabkan taman ini sedikit bising.
5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kajian bertujuan mengenalpasti persepsi penduduk terhadap pembangunan yang disediakan oleh
pihak berkepentingan yang terlibat dalam membangunkan sektor ekopelancongan. Pelancongan
berasaskan alam semula jadi atau alam sekitar semakin mendapat perhatian dan permintaan para
pelancong. Justeru itu, pihak yang berwajib harus memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan kawasan ekopelancongan. Pihak berwajib perlu berganding bahu bersama
35
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
32/41
94XXXX-XX-XXXX
industri dan masyarakat untuk membangunkan kawasan ekopelancongan tanpa menjejaskan
alam sekitar.
Dapatan hasil kajian mendapati bahawa persepsi penduduk mengenai kemudahan dan
infrastuktur yang disediakan dalam keadaan yang memuaskan, tetapi masih belum mencapai
tahap yang mereka inginkan. ada juga di antara responden yang tidak pasti sama ada
infrastruktur tersebut benar-benar memenuhi keperluan penduduk dan pelancong. Hal ini kerana
kawasan ekopelancongan yang dikaji adalah kawasan yang terletak di antara bandar linear iaitu
bandar yang bersambung antara satu sama lain. Taman Paya Bakau ini terletak di tengah-tengah
di antara bandar Lumut dan bandar Seri Manjung. Penduduk yang tinggal di sekitar Seri
Manjung turut mendapatkan keperluan mereka di bandar Sitiawan dan Ayer Tawar. Oleh yang
demikian, penduduk tidak khuatir mengenai infrasruktur dan kemudahan yang terdapat disitu
kerana bagi mereka, penduduk dan pelancong yang datang sememangnya boleh mendapatkan
kemudahan dimana bandar-bandar yang berdekatan.
Bagi kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak yang berkepentingan,
kemudahan penginapan ini tidak menjadi masalah besar kerana terdapat banyak kemudahan
penginapan yang terdapat berhampiran dengan kawasan ekopelancongan. Berdasarkan hasil
kajian, kebanyakkkan responden yang menyatakan kemudahan penginapan yang disediakan oleh
pihak berkuasa tempatan, industri dan masyarakat sendiri seperti chalet, resort, hotel dan juga
homestay adalah memuaskan.Terdapat beberapa persepsi penduduk terhadap kemudahan perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak berkepentingan dalam membangunkan kawasan ekopelancongan. Hasil
analisis menunjukkan secara puratanya responden yang di temu bual tidak pasti sama ada
kemudahan perkhidmatan ini berada pada tahap yang memuaskan. Semua kemudahan yang
disediakan adalah cukup untuk kemudahan para pelancong dan keperluan penduduk tempatan
yang tinggal berdekatan kawasan kajian.
Kemudahan awam seperti tempat letak kenderaan, pengangkutan awam, lampu jalan,
tong sampah dan lain-lain kemudahan telah disediakan oleh pihak berwajib untuk memastikan
keselesaan para pengunjung dan penduduk. sebagai penduduk tempatan yang menjadi
penyokong kepada kerajaan dan industri ekopelancongan, mereka mempunyai persepsi yang
tersendiri mengenai kemudahan awam yang disediakan.
36
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
33/41
94XXXX-XX-XXXX
Selain itu, pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan memberikan impak
kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial penduduk tempatan secara khasnya. hal ini kerana
untuk membangunkan sesuatu sektor, pihak berwajib perlu merangka terlebih dahulu impak
positif mahupun negatif ekoran daripada pembangunan yang dijalankan. Berdasarkan hasil
kajian, impak dari segi ekonomi yang membantu penduduk tempatan dari segi peluang pekerjaan
masih tidak meluas. Justeru itu, kadar pengangguran juga tidak berkurangan, tetapi taraf hidup
penduduk semakin meningkat. Harga tanah dan harga barangan juga semakin meningkat ekoran
daripada pembangunan pelancongan yang dijalankan di sekitar Daerah Manjung.
Berdasarkan hasil kajian, penduduk mengatakan bahawa pembangunan ekopelancongan
yang dijalankan menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar. Hal ini kerana mereka
menjangkakan bahawa pencemaran akan berlaku dalam masa beberapa tahun akan datang.
Mereka juga berpendapat kawasan Manjung menjadi semakin panas ekoran daripada
pembangunan seperti penebangan pokok dan hutan untuk tujuan membina bangunan dan
sebagainya. Pencemaran bunyi juga semakin meningkat dengan kenderaan besar keluar masuk.
Air laut juga tidak sejernih dahulu.
Selain itu, pembangunan ekopelancongan yang dijalankan akan memberikan kesan
kepada sosial masyarakat setempat. Berdasarkan persepsi responden, mereka begitu yakin
bahawa masalah sosial semakin meningkat kerana adanya pergaulan bebas, ada juga pasangan
yang bercinta datang berdua-duaan di Taman Paya Bakau pada waktu malam. Pendudukterutamanya remaja yang sedang meningkat usia begitu terpengaruh dengan budaya luar, kadar
jenayah juga semakin meningkat ekoran taraf hidup yang semakin meningkat di bandar ini.
Tetapi, terdapat juga impak positif sosial, antaranya adalah penguasaan Bahasa Inggeris dapat di
tingkatkan kerana kedatangan pelancong asing yang semakin bertambah.
Ekopelancongan adalah pelancongan yang berasaskan alam sekitar. Alam sekitar patut
dipelihara bagi menjamin kestabilan ekologi yang terdapat di situ. Oleh yang demikian,
pembangunan yang dijalankan disekitar Taman Paya Bakau harus dikurangkan agar ekosistem
Taman Paya Bakau tidak terjejas. Pembangunan tersebut haruslah menitik beratkan alam sekitar.
Dari segi kemudahan dan infrastruktur yang disediakan di Taman Paya Bakau,
kesemuanya masih dalam keadaan baik, tetapi perlu ada penambahan beberapa perkara iaitu
antaranya adalah tandas awam. Tandas awam perlu disediakan oleh pihak yang berwajib kerana
tidak terdapat tandas awam disitu menyebabkan pengunjung yang datang ke situ tidak merasa
37
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
34/41
94XXXX-XX-XXXX
selesa apabila kemudahan tersebut tidak ada. Meraka perlu ke tandas awam yang terdapat di
stesen minyak, tidak jauh daripada Taman Paya Bakau, tetapi memerlukan kenderaan untuk
kesitu. Selain itu terdapat juga di antara responden yang mencadangkan pihak berwajib membina
surau untuk kegunaan pengunjung yang datang.
Penjualan makanan dan minuman menyebabkan pengunjung yang datang ke situ lebih
merasa santai. Contoh yang dapat kita lihat adalah di Bukit Melawati Kuala Selangor, terdapat
beberapa penjual makanan ringan seperti aiskrim, minuman dan makanan serta kacang panjang
untuk diberikan kepada monyet disitu. Ada rungutan daripada pengunjung kerana apabila mereka
kesitu, mereka ingin melihat spesis bakau serta fauna yang terdapat di Taman Paya Bakau disitu,
sambil mendekati monyet yang ada disitu yang dari awal lagi menjemput tetamunya di hadapan
pintu gerbang Taman Paya Bakau, tetapi mereka tidak berkesempatan untuk memberikan
makanan kepada monyet di situ.
Terdapat dua pondok istirehat yang disediakan di Taman Paya Bakau untuk kemudahan
pengunjung berehat dan memancing. Mungkin pihak berwajib boleh menawarkan peluang untuk
berniaga kepada penduduk tempatan iaitu menjual umpun-umpun untuk pengunjung yang gemar
memancing dan menyedikan pancing untuk pengunjung yang tidak tahu bahawa mereka boleh
memancing di situ, justeru mereka tidak membawa alatan pancing mereka. Peluang perniagaan
juga boleh dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjual makanan ringan dan sebagainya.
Dengan adanya peniaga kecil-kecilan ini, Taman Paya Bakau akan bertambah meriah danbilangan pengunjung yang datang juga akan bertambah.
Promosi perlu giat dijalankan bagi menambah bilangan pelancong yang datang ke Taman
Paya Bakau. Berdasarkan temubual bersama pembantu pelancong di Pusat Penerangan
Pelancongan Lumut, risalah mengenai Taman Paya Bakau yang di keluarkan oleh Majlis
Perbandaran Manjung pada tahun 2010 telah habis. Promosi perlu digiatkan lagi dengan
mengemaskini maklumat terkini di laman sesawang rasmi pihak berwajib. Berdasrakan tinjauan,
tidak banyak maklumat yang dikongsikan di dalam laman sesawang tersebut dan menyebabkan
pembaca yang membacanya tidak berminat untuk datang kesitu.
Jaringan pengangkutan adalah satu medium yang sangat penting untuk pengunjung
sampai ke destinasi ekopelancongan. Pengangkutan awam perlu di tambah lagi bagi
memudahkan pelancong luar datang ke Daerah Manjung. Cadangan menyediakan perkhidmatan
bas letak dan naik yang membawa pelancong dari satu destinasi ke destinasi lain. Contohnya
38
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
35/41
94XXXX-XX-XXXX
laluan bas tersebut adalah dari Bandar Lumut ke Taman Paya Bakau dan seterusnya ke Teluk
Batik, dimana pelancong yang datang boleh bermandi air laut dan berkelah di tepi pantai. Bot
menyusuri sungai untuk melihat keindahan Paya Bakau yang terdapat di Seri Manjung ini perlu
diadakan bagi memberi peluang kepada pegunjung untuk merasai aktiviti ekopelancongan selain
berjalan kaki di atas laluan yang disediakan.
Pembangunan pelancongan yang dijalankan seharusya tidak mengenepikan komuniti
tempatan dan memberi mereka peluang untuk terlibat sama di dalam memajukan
ekopelancongan Taman Paya Bakau. Taman Paya Bakau Seri Manjung mempunyai potensi yang
besar untuk menggamit lebih ramai pengunjung kerana lokasinya yang strategik. Pelancong yang
datang ke Lumut dan Teluk Batik seharusnya juga datang ke Taman Paya Bakau kerana
kawasannya adalah berhampiran.
Kesimpulannya, kerjasama antara pihak berkepentingan iaitu kerajaan, industri dan
masyarakat harus ada jika mahu pembangunan tersebut terus mampan dan tidak menjejaskan
alam sekitar. Pembangunan ekopelancongan adalah perlu kerana ekopelancongan adalah
perjalanan yang menghayati alam sekitar, pelancong yang datang akan merasa selesa, jauh dari
kesibukan kota, dapat menghirup udara yang segar, justeru itu ianya penting dan perlu
dikekalkan bagi ganerasi akan datang juga. Oleh yang yang demikian, pembangunan yang
dijalankan haruslah menepati prinsip-prinsip ekopelancongan dengan memberikan faedah kepada
komuniti dan tidak menjejaskan alam sekitar.
39
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
36/41
94XXXX-XX-XXXX
RUJUKAN
Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Katiman Rostam, Mastura Mahmud, EkhwanToriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar, Nor Azian Ali, Shahruddin Ahmad
& Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-Teknik Dalam Geografi. Bangi :
Pusat Pengajian Jarak Jauh.Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md. Jahi, Asmah Ahmad & Abdul Hadi
Harman Shah. 2006. Mendefinisi Semula Makna Kualiti Hidup Masyarakat Bandar
dalam Konteks Ilmu Sosial.Malaysian Journal of Environmental Management 7 :19-23
Azima Abdul Manaf, Er Ah Choy, Rosniza Aznie Che Rose, Suhana Saad & Noordeyana
Tambi. 2010. Prospect and Development of Bukit Fraser as Ecotourism Destinateor. Dlm.
Jumaat H. Adam, Muhammad Barzani Gasim, Zaini Sakawi, Er Ah Choy, Zulfahmi
Ali Rahman, Noordeyana Tambi, Mohd Afiq Aizat Juhari (pnyt.) Bio-kejuruteraan,Penilaian Ekosistem dan Spesis 2010, hlm 203-214. Subang Jaya: Straits Digital
Sdn Bhd.Bailey, K. D. 1984.Methods of Social Research. New York: The Free Press.
Er Ah Choy. 2001. Peluang dan peranana kerajaan dalam pembangunan ekopelancongan di
Bukit fraser, Pahang. Dlm. A.Latif, Zuriati Zakaria, Zaidi M. Isa, Kamaruddin MatSalleh, Noorazuan Md hashim, Laili Md Din (pnyt.) Bukit Fraser: Persekitaran Fizikal,
Biologi dan Sosioekonomi. hlmn 331-355. Bangi Selangor: Pusat Pengurusan
Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Joriah Rade. 2012. Taman Monyet. Temu bual, 9 April 2012.Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Perak. 2012. Logo rasmi Melawat Perak.
http://www.perak.gov.my [ 14 Februari 2012]Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung. Peta Daerah Manjung.http://pertanianmjg.perak.gov.my/[15 Februari 2012]
Laman Web Google. 2012. http://maps.google.com [ 3Mac 2012]
Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed. QuantitativeResearch Methods: A Guide Book And Resousrce. London: John Wiley & Sons, inc.85-
88.
Rosniza Aznie Che Rose. 2011. Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di PulauPangkor.Malaysian Journal of Society and Space 7 Special Issue: social and Spatial
Challenges of Malaysian Development: 155-168
Suliati Asri. 2012. 10 Ikon Pelancongan Perak. Harian Metro.
Yahaya Ibrahim, Sulong Ahmad & Habibah Ahmad. 2008.Pelancongan Malaysia : IsuBudaya, Komuniti dan Persetempatan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
40
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
37/41
94XXXX-XX-XXXX
LAMPIRAN
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
1 Umur : _____________ 6 Jantina:
Lelaki [ ]
Perempuan [ ]
2 Status perkahwinan: 7 Bangsa:
Bujang [ ] Melayu [ ]
Berkahwin [ ] Cina [ ]
Duda/janda [ ] India [ ]
Lain-lain: __________________
3 Bil isi rumah: _______ orang 8 Pendapatan sebulan: __________
4 Agama: 9 Taraf pendidikan:
Islam [ ] PMR [ ]
Budha [ ] SPM [ ]
Hindu [ ] STPM/ setaraf [ ]
Kristian [ ] Diploma/Ijazah/PhD [ ]
Lain-lain: _________________ Lain-lain : _________________
5 Pekerjaan: 10
Negeri Asal: _______________
Sendiri [ ]
Kerajaan [ ] 1
1
Tempoh menetap di daerah ini:
Swasta [ ] _________________ tahun
Tidak bekerja [ ]
Pencen [ ]
Lain-lain: ____________________
BAHAGIAN B: PENGETAHUAN AM
1 Adakah anda mengetahui maksud ekopelancongan?
Ya Tidak
41
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
38/41
94XXXX-XX-XXXX
2 Dari manakah anda mengetahui mengenai ekopelancongan?
Televisyen Iklan Agensi pelancongan
Radio Kempen NGO
InternetPerundanga
n
Kerajaan
Lain-lain : _____________________________
BAHAGIAN C: PENYERTAAN MASYARAKAT
1 Adakah anda pernah terlibat dengan mana-mana program/aktiviti ekopelancongan
di Lumut Perak?
Ya [ ],
nyatakan:______________________________________________________Tidak [ ]
2 Adakah anda pernah ditawarkan oleh mana pihak untuk program pembangunan
ekopelancongan Lumut?
Ya [ ],
nyatakan:______________________________________________________
Tidak [ ]
42
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
39/41
94XXXX-XX-XXXX
BAHAGIAN D: IMPAK PEMBAGUNAN EKOPELANCONGAN
Berdasarkan ukuran dibawah, berikan persepsi anda mengenai tahap kepuasan terhadap
penjagaan kawasan ekopelancongan di Lumut Perak dengan menandakan [ / ] dalam ruang yang
disediakan.
PerkaraSangat
SetujuSetuju Tidak Pasti Tidak Setuju
Sangat Tidak
Setuju
Skor 5 4 3 2 1
Bil Perkara 5 4 3 2 1
EKONOMI
1 Kadar pengangguran semakin berkurang
2 Peningkatan taraf hidup
3 Harga tanah di kawasan yang semakinmeningkat
4 Harga barang semakin mahal
5 Peluang pekerjaan di sektor pelancongansemakin bertambah
6 Adakah alam sekitar menjadi pemangkin
sumber ekonomi kepada masyarakattempatan?
7 Segelintir penduduk sahaja yang terlibatdengan aktiviti ekopelancongan
8 Lebih banyak penambahbaikan infrastruktur
diadakan
Bil Perkara 5 4 3 2 1
ALAM SEKITAR
9 Dalam masa beberapa tahun akan datang,
masalah pencemaran akan berlaku disebabkan
43
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
40/41
94XXXX-XX-XXXX
aktiviti pelancongan yang dijalankan.
10 Pelancong menjaga kebersihan kawasanekopelancongan
11 Udara menjadi semakin panas kesan aktiviti
manusia
12 Kebersihan air laut semakin tercemar
13 Kadar pencemaran bunyi semakin meningkat
SOSIOBUDAYA
14 Masalah sosial semakin meningkat
15 Budaya dan nilai-nilai murni dapat diterapkan
di dalam diri masyarakat
16 Terpengaruh dengan budaya luar (seperti:
pergaulan bebas, punk, black metal dll)17 Dengan adanya pelancong dari luar, kita boleh
bertukar pandangan
18 Kadar jenayah semakin meningkat dibandar ini
19 Hubungan antara komuniti semakin baik
berikutan kerjasama untuk menjayakanekopelancongan
20 Kedatangan pelancong yang ramai
menyebabkan kesesakan kawasan sekitar
21 Kedatangan pelancong asing dapatmeningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan komuniti setempat
22 Tahap keselamatan kawasan ekopelancongan
terjamin.
23 Gaya hidup penduduk setempat dipengaruhioleh gaya hidup pelancong
BAHAGIAN E: PANDANGAN UMUM
Tuliskan jawapan diruang yang disediakan
44
-
7/28/2019 Projek.pam.2013
41/41
94XXXX-XX-XXXX
1 Pada pandangan anda sebagai penduduk tempatan, apakah infrasturuktur/kemudahan yang
perlu di tambah atau dibaiki?
2 Cadangan anda apakah usaha yang harus diambil oleh pihak berkepentingan untukmemajukan lagi kawasan ekopelancongan di Lumut Perak?
3 Lain-lain:
top related