setinggan dan kemiskinan
Post on 08-Aug-2015
1.400 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Setinggan dan kemiskinan
Setinggan dan kemiskinan merupakan satu tajuk isu yang perlu digabungjalinkan
bersama.Walaupun ianya boleh dijadikan dua buah isu iaitu setinggan satu tajuk isu dan
kemiskinan satu lagi tajuk isu.Namun dalam situasi ini setinggan dan kemiskinan harus
dijadikan satu tajuk untuk dibincangkan.Cuba kita lihat dahulu tentang definisi setinggan
dan juga definisi kemiskinan.
Definisi Setinggan
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran
di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan
mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering
dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan, kesesakan,kekotoran dan kekurangan
kemudahan asas.
Namun definisi atau takrifan setinggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu takrifan
am dan takrifan di sisi undang-undang.
Takrifan Am
Menurut Azizah (1982) dalam Abdul Aziz (2007), perkataan ‘setinggan’ mula disebut
dalam akhbar Utusan Melayu pada 27 April 1968 dan kemudiannya dimasukkan ke dalam
Kamus Dewan (DBP) pada tahun 1970.
Menurut kajian Azizah (1982), orang awam mengatakan perkataan itu
dicampuradukkan dengan perkataan Inggeris “sten-gun”. Menurut mereka, kampung
setinggan dahulunya dikenali sebagai kampung sten-gun kerana penduduk kampung itu
terpaksa menentang pihak berkuasa yang datang untuk memusnahkan kampung mereka
sehingga memaksa mereka menggunakan gun (senapang) untuk melindunginya.
1JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary (Edisi Keenam, 2000),
setinggan adalah seseorang yang tinggal di dalam bangunan atau menduduki tanah
terutama tanah awam tanpa kebenaran dan tanpa membayar sewa.
Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan satu-satunya perundangan yang secara
nyata menyentuh kedudukan dan kepentingan penduduk setinggan di sisi undang-undang.
Seksyen 48 KTN menyatakan bahawa “tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperoleh
secara pegangan, pendudukan tidak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen
untuk selama mana sekalipun”.
Manakala seksyen 425, KTN pula, adalah mengenai kesalahan menceroboh tanah
kerajaan secara menduduki dan membina apa-apa bangunan di atasnya dan aktiviti-aktiviti
lain yang disenaraikan. Seksyen 425 menyatakan bahawa:-
“Pendudukan tak sah, dll., tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan
(1) mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah-
(a) menduduki, atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan,
tanah rizab atau tanah perlombongan; atau
(b) membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah
sedemikian atau bahagian darinya; atau
(c) memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian,
Adalah melakukan suatu kesalahan.
Manakala Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah memperuntukkan di dalam
seksyen 70(1), 70A(1) dan 72 yang khusus mengenai setinggan. Sekyen 70(1) umpamanya
menyatakan bahawa “Tiada seorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan” yang jelas
meletakkan sempadan bahawa mendirikan atau membina bangunan tanpa kebenaran
adalah dilarang.
2JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Di samping itu, halangan kepada aktiviti awalan dalam pembinaan bangunan
setinggan juga ditegah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 70A(1) yakni
“Tiada seseorang boleh memula atau menjalankan atau membenar Supaya dimula atau
dijalankan sesuatu kerja tanah tanpa terlebih dahulu mengemukakan kepada pihak
berkuasa tempatan pelan-pelan dan penentuan-penentuan berkenaan dengan kerja-tanah
itu dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan mengenainya”. Seksyen 70A(1) ini
merupakan sambungan kepada seksyen 70 yang jelas menghalang kepada aktiviti awalan
pembinaan bangunan setinggan.
Selepas merdeka, proses perbandaran menjadi pesat berikutan perkembangan
perindustri dan perdagangan serta perkhidmatan awam. Perkembangan ini menarik ramai
penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar dengan harapan akan memperoleh
pekerjaan yang lebih baik serta pendapatan yang lebih tinggi.
Di antara bandar yang menjadi tarikan utama penduduk luar bandar ialah Kuala
Lumpur, Georgetown serta Ipoh dan penghijrahan masuk penduduk luar bandar ke
kawasan bandar mulai ketara selepas tahun 1957 apabila lebih kurang 100,000 orang
penduduk luar bandar berhijrah ke bandar kesan daripada faktor penarik yang wujud di
bandar serta berkaitan dengan faktor penolak yang ada di luar bandar.
Menurut Asan Ali Golam Hassan(2004), penghijrahan penduduk luar bandar di
sekitar tahun 1971-1990 telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan luar
bandar. Akan tetapi, ia memberi kesan yang berlainan di kawasan bandar apabila ia
mewujudkan golongan miskin di kawasan bandar yang merupakan kesinambungan senario
kemiskinan yang mereka hadapi di kawasan luar bandar. Isi rumah miskin di seluruh negara
telah meningkat dari 77,900 dalam tahun 1993 kepada 95,000 orang dalam tahun 1995 dan
daripada jumlah ini, kemiskinan bandar merupakan 14.5 peratus pada tahun 1985 dan
meningkat kepada 15.1 peratus pada tahun 1995.
3JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Fenomena penghijrahan ke kawasan bandar ini juga turut mewujudkan masalah
penambahan penempatan setinggan di kawasan bandar.Penghijrahan ini mengalami
peningkatan yang drastik apabila dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dengan menggalakkan
penyertaan lebih ramai kaum Bumiputera di dalam sektor ekonomi bandar.Keadaan ini
diburukkan lagi dengan kesukaran mendapatkan rumah yang mampu dibeli atau disewa
dan seterusnya ia mendorong kepada penerokaan kawasan-kawasan baru sebagai
petempatan. Dalam era tahun 1990-an pula, apabila Kerajaan membuka pintu peluang
pekerjaan kepada rakyat asing, maka berlaku kebanjiran pekerja asing (sama ada secara
dengan izin atau tanpa izin) yang turut memberi penekanan kepada keperluan perumahan.
Fenomena ini turut memberi kesan perubahan mendadak kepada ciri-ciri
kependudukan setinggan yang sedia ada. Di seluruh dunia, setinggan secara umum
ditakrifkan sebagai suatu perlakuan menduduki ruang atau bangunan terbengkalai atau
yang tidak diduduki yang kebiasaannya untuk tujuan tempat tinggal dan mereka ini tidak
memiliki, menyewa ataupun mempunyai kebenaran untuk menggunakan ruang atau tempat
tersebut. Di banyak negara miskin di seluruh dunia, terdapat kewujudan kawasan melarat
(shanty towns) atau kawasan perumahan orang miskin (slums) yang biasanya dibina di
pinggir bandar-bandar besar dan hampir kesemua rumah-rumah tersebut dibina sendiri
tanpa kebenaran pemilik tanah. Kawasan ini kebiasaannya mempunyai infrastruktur asas
yang sangat minimum tanpa adanya perparitan yang lengkap, sistem kumbahan yang
sempurna, bekalan air bersih yang mencukupi atau bekalan elektrik.
Definisi Kemiskinan
Manakala definisi secara umum tentang kemiskinan dapat dilihat daripada definisi
klasik yang dibuat oleh Booth (disebut dalam Holman, 1978: 3) yang mengatakan bahawa;
‘miskin boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang sudah untuk
4JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
memenuhi keperluan-keperluan hidup yang mencukupi’
Sementara itu Rowntree (disebut dalam Holman, 1978:5) yang mengkaji masalah
kemiskinan di York, London mendefinisikan kemiskinan sebagai “ketidak cukupan
memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup untuk mempertahankan kecekapan
fizikal”.
Kemiskinan juga dilihat dari sudut biologi, iaitu keperluan asas yang mencukupi
untuk meneruskan hidup dan ini dilihat dari segi pendapatan seseorang. Sekiranya
seseorang itu tidak memperolehi pendapatan yang dapat memenuhi keperluan asas yang
utama, atau tidak dapat makanan yang mempunyai zat yang diperlukan untuk kesihatan
badan dan tidak dapat memenuhi dan mengekalkan kecekapan fizikal maka ia dianggap
miskin (Ungku Aziz, 1964)
Sementara itu Ishak Shaari (1996:3) pula medefinisikan kemiskinan sebagai:
“satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi
menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas yang minimum seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas bukan makanan…”
5JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Kemiskinan mutlak adalah merupakan satu konsep yang menggunakan ukuran
piwaian bagi membuat perbandingan tentang keperluan asasi manusia. Pendekatan yang
biasa digunakan ialah dari segi pemakanan atau pendekatan biologi yang menjelaskan
hubungan antara keperluan minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi
memenuhi keperluan asas manusia.
Kamal Salih (1983) pula mendefinasikan kemiskinan sebagai:
(a) golongan yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan.
(b) golongan yang tidak mempunyai kesampaian kepada sumber-sumber kuasa sosial
seperti kuasa bersuara, kuasa politik, pemilikan punca-punca pengeluaran, pendidikan dan
sebagainya.
(c) golongan yang tidak menikmati keperluan asas seperti perlindungan, perumahan,
pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan dan sebagainya yang mencukupi mengikut ukuran
secukup hidup sesebuah masyarakat.
Konsep keperluan asasi haruslah mengandungi dua unsur penting; pertama.
Keperluan minimum isirumah yang biasanya diperolehi melalui perbelanjaan penggunaan
seperti makanan, pakaian dan keperluan rumahtangga yang lain, dan kedua, perkhidmatan
penting seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan lain-
lain.
Kemiskinan bandar boleh dilihat sebagai fenomena yang melibatkan pelbagai
dimensi dan tidak hanya dari sudut pendapatan atau kewangan (Bank Dunia), dan
melibatkan:
(i) Kurang akses untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan aktiviti ekonomi
(ii) Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapat kerja dan pendapatan tetap
(iii) Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah
6JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
(iv) Tidak mampu memiliki/membeli rumah
(v) Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat yang rendah
(vi) Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan kualiti kemudahan asas/awam yang
rendah
Pembentukan kemiskinan bandar di Malaysia, sepertimana di kebanyakan negera-
negara dunia ke Tiga, berkemungkinan ada kaitan dengan penjajahan koloni sejak abad ke
enam belas. Bentuk dan fungsi pembangunan bandar serta isu-isu yang berkaitan seperti
kemiskinan, ketidak seimbangan dan penganguran boleh di lihat sebagai akibat daripada
sejarah proses pengintegrasian kepada sistem kapitalis dunia (Yusof : 1989).
Beberapa kajian yang dijalankan di peringkat pusat bandar dalam tahun-tahun 90an
mendapati bahawa punca kemiskinan adalah disebabkan pelbagai faktor. Faktor-faktor
termasuk taraf pendidikan dan tahap kemahiran yang rendah, saiz isi rumah yang besar,
kekurangan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan yang rendah serta kekurangan
akses kepada kemudahan-kemudahan asas. Ini bererti bahawa beberapa program perlu
dilaksanakan secara bersepadu bagi menangani masalah kemiskinan di bandar secara
berkesan (KPLB : 2005).
Jamilah Ariffin (2002) telah memberikan ciri-ciri golongan miskin bandar seperti
berikut: -
(a) Golongan miskin bandar terpaksa membeli hampir kesemua keperluan makanan dan
keperluan asasinya yang lain dan oleh sebab itu amat terdedah dan rapuh dengan impak
pembuangan kerja dan penganguran
(b) Hidup dalam komuniti yang sesak serta kekurangan sistem kumbahan yang teratur dan
mencukupi mengakibatkan mudah dan cepatnya penyebaran wabak penyakit
(c) Pemilikan tempat kediaman dan berteduh amatlah kritikal dan penting bagi golongan
7JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
miskin bandar. Namun akibat daripada kesempitan hidup, jurang pendapatan yang tinggi,
kos tanah dan rumah yang melambung naik ; mereka langsung tidak mampu memiliki
rumah sendiri
(d) Akibat daripada peningkatan harga barang pengguna serta pendapatan yang rendah,
golongan miskin bandar terpaksa memilih barangan makanan yang murah yang mana
kebanyakannya mengandungi kadar lemak dan karbohidra yang tinggi. Di samping itu,
akibat daripada lamanya masa yang terpaksa di lalui semasa pergi dan pulang dari tempat
kerja , golongan miskin bandar juga kerap bergantung kepada diet makanan segera dan
kurang berkhasiat berbanding golongan miskin desa yang boleh mencari alternatif makanan
kampung yang berkhasiat. Akibat dari semua ini, keluarga golongan miskin bandar dilihat
sebagai rapuh kepada penyakit
(e) Kesempitan hidup dan kurangnya peluang telah membuatkan ketidakseragaman susun
atur sosial dan penyakit sosial masyarakat
Menurut Unit Perancang Ekonomi Malaysia, kemiskinan bandar di Malaysia bolehlah
digolongankan sebagai mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan (menganggur)
dan mereka yang terlibat di dalam sektor tradisi bandar yang kurang produktif seperti
peniaga kecil-kecilan, pemilik gerai, pembantu rumah serta aktiviti-aktiviti ekonomi lain yang
tidak memerlukan skil dan latihan yang tinggi (HALIPAH : 2002).
Manakala, berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Fong Chan Onn di
empat kawasan bandar yang meliputi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor
Bharu, beberapa ciri-ciri golongan miskin bandar telah ditemui seperti berikut (Chan : 1984):
v Tahap pendidikan yang rendah;
v Ketiadaan peluang pekerjaan;
8JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
v Saiz keluargan yang besar; dan
v Terpinggir dari kemudahan dan fasiliti awam / sosial.
Kamal Sallih pula, berdasarkan kajian kemiskinan bandar di Kuala Lumpur, (Kamal
Sallih : 1979) mengkategorikan golongan miskin bandar sebagai mereka yang: -
Bekerja sendiri di sektor perkhdmatan (seperti pemilik gerai, pembaik kasut, penjaga
kereta);Pekerja-Tidak-Mahir di sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan; Migran
baru yang membuat kerja-kerja kasual;Pekerja mahir yang berkerja sendiri (seperti
penggunting rambut, tukang kayu);Berumur atau kurang upaya (seeprti cacat) dna tidak
berada di dalam aktiviti pekerjaan; dan Golongan jalanan (seperti peminta sedekah).
Golongan seperti yang disebutkan di atas kebiasaanya menetap di kawasan yang
berpendapatan rendah dan pinggiran bandar seperti kawasan setinggan, kampung baru
serta kawasan Rizab Melayu (Ahmad Jaafar et al : 1979). Namun, berdasarkan kepada
kajian Osman Rani dan Abdul Majid Salleh, insiden kemiskinan melayu di kawasan Rizab
Melayu agak rendah berbanding dengan insiden kemiskinan bagi seluruh kawasan
setinggan di Kuala Lumpur (Osman Rani dan Abdul Majid Salleh : 1989). Sungguhpun
begitu, Osman Rani menegaskan bahawa golongan ini masih lagi kekurangan dari segi
pendidikan, harta serta kemudahan awam.
Berdasarkan kajian yang di lakukan oleh Abdul Halim Ali dan Ishak Shaari, mengenai
Insiden Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar, dari tahun 1970 ke 1987 (Abd Halim & Ishak
Shaari : 1989), mereka mendapati pertambahan peratusan isi rumah miskin yang menetap
di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia daripada 10.8 peratus dalam tahun 1970 ke
17.0 peratus pada tahun 1987. Ini menunjukkan peningkatan isi rumah miskian di Malaysia
dan akan menjadi masalah sosial dan ekonomi yang serius terutama apabila pemfokusan
polisi negara lebih menjurus kepada pembangunan sektor industri.
9JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Salah satu isu di dalam kemiskinan bandar di Malaysia ialah peningkatan Wanita
sebagai ketua isi rumah miskin. Berdasarkan statistik National Information Technology
Council of Malaysia, pada tahun 2000 sahaja terdapat 895,000 ribu orang wanita yang
menjadi penyara ekonomi keluarga. Jumlah ini merupakan satu peningkatan yang tinggi jika
dibandingkan dengan satu kajian lain pada tahun 1994 yang menunjukkan jumlah 650,000
orang wanita.
Hasil daripada pencantuman setinggan dan kemiskinan menyebabkan isu rumah
setinggan semakin berleluasa diserata negeri dan tempat di Malaysia ini , khususnya di
bandar-bandar besar.Jelas disini setinggan dan kemiskinan adalah perkaitan yang amat
rapat,maka amat sesuailah tajuk ini dijadikan satu isu yang berkaitan satu sama lain iaitu
setinggan dan kemiskinan.Isu yang ditonjolkan dalam perbincangan ini ialah mengenai
masalah setinggan dan kemiskinan yang berkait rapat diantaranya .
Permasalahan kewujudan petempatan setinggan merupakan permasalahan
setempat terutamanya di negeri-negeri yang telah maju seperti Kuala Lumpur, Selangor
dan Pulau Pinang. Kewujudan setinggan ini pula seakan-akan berangkai dengan isu-isu
sosio-ekonomi lain seperti peluang pekerjaan yang sesuai dengan tahap kemahiran
mereka, penempatan semula, kemiskinan, pengagihan rumah kos rendah, bayaran
pampasan dan sebagainya
Kewujudan petempatan setinggan disebabkan beberapa faktor ekonomi dan sosial
seperti penghijrahan golongan berpendapatan rendah ke kawasan bandar untuk meraih
peluang mencari penghidupan yang lebih baik tetapi gagal mendapatkan perumahan yang
berkualiti serta mampu dimiliki atau dibeli oleh mereka. Proses perbandaran juga salah satu
elemen yang mendorong kepada petempatan setinggan memandangkan setinggan ini
10JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
merupakan suatu golongan penduduk yang tertinggal dalam mengejar arus pembangunan
dan gagal memperoleh manfaat pembangunan ini pada peringkat minimum.
Ketidakupayaan mereka untuk memiliki rumah yang sesuai dan ideal sebagai
keperluan asas disebabkan kekangan keupayaan kewangan serta pelbagai aspek ekonomi
yang lain. Golongan setinggan ini duduk di dalam lapisan paling banyak hierarki masyarakat
dan sering dikaitkan dengan imej negatif masyarakat seperti isu kemiskinan, isu keciciran,
isu gangsterisme, penagihan dadah serta pelbagai momokan negatif masalah sosial yang
lain.
Golongan setinggan ini kadangkala dan boleh dikatakan seringkali menjadi polemik
dalam masyarakat dan dikatakan sebagai penghalang kepada pelaksanaan perancangan
pembangunan negara kerana sebarang usaha pembangunan di kawasan perkampungan
setinggan akan mendapat perhatian media massa serta mereka yang mempunyai
kepentingan. Proses pemindahan setinggan ini kadangkala diolah oleh pihak media bagi
menarik emosi dan simpati penonton atau pembaca media dengan tujuan tertentu.
Akan tetapi, dari sudut yang lain pula, golongan setinggan ini sebenarnya merupakan
sebahagian daripada penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Mereka bekerja
di dalam bidang yang enggan diceburi oleh rakyat biasa yang lain seperti sebagai pencari
dan pencuci botol-botol kaca untuk dijual semula, peniaga pasar malam, pekerja di kilang-
kilang kecil yang tidak mampu menawarkan gaji yang lumayan serta pelbagai pekerjaan
yang memberikan pulangan yang sedikit
Setinggan ini disebut dengan pelbagai istilah, misalnya di Malaysia dan Indonesia
dikenali sebagai ‘kampung’, di Manila dikenali sebagai ‘barung’ atau ‘borongs’, di Bombay
pula ia dikenali sebagai ‘Bustees’, manakala di Istanbul pula setinggan dipanggil
11JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
‘Qecekandus’ (Laporan Dasar dan Strategi Penyelesaian Setinggan MPPJ, 2001) . Ini
menunjukkan permasalahan setinggan ini bukan sahaja menjadi penyakit di Malaysia malah
masalah ini turut dialami oleh negara-negara lain juga.
Setinggan seringkali dikaitkan dengan proses perbandaran. Perbandaran ialah
proses penumpuan penduduk di sesuatu kawasan. Ia merupakan suatu proses yang
berlaku secara berterusan, selari dengan kemajuan ekonomi yang melibatkan sektor
industri dan perdagangan (Kertas Kerja Permasalahan Setinggan, 2000)
Kawasan bandar sering dianggap sebagai suatu kawasan yang penuh dengan
peluang pekerjaan, tempat untuk mencari kemewahan, persekitaran kehidupan dan
tahap kesihatan yang tinggi,tahap pendidikan yang tinggi serta tempat yang boleh
mewujudkan pelbagai fasiliti yang memudahkan untuk perolehan maklumat,
menggalakkan kreativiti, inovasi dan diversiti.
Berdasarkan tarikan tersebut, kadar pertumbuhan kawasan bandar meningkat
dengan begitu drastik. Di Malaysia, menjelang tahun 2000, 60% penduduk akan
bertumpu di kawasan bandar dan peratusan ini akan meningkat kepada 80% menjelang
tahun 2010 (Jabatan Perangkaan Malaysia,2004). Setinggan merupakan fenomena biasa
yang wujud di Bandar-bandar utama di seluruh dunia khususnya negara-negara sedang
membangun. Ia sering dikaitkan dengan ketidakupayaan sektor perumahan untuk
bertindakbalas kepada keperluan golongan penghijrah luar bandar yang kebanyakannya
tergolong dari golongan yang kurang pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
kemahiran. Stok perumahan yang ada tidak mampu untuk dibeli atau disewa oleh golongan
berpendapatan rendah yang menghuni di bandar.
12JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Jenis-Jenis Setinggan
Abram (1966) dalam Abdul Aziz Husin (2004) telah mengklasifikasikan penduduk setinggan
kepada lima kategori utama seperti berikut :
Setinggan Penyewa
Secara umumnya, setinggan jenis ini terdiri daripada kelas setinggan paling miskin yang
mana rumah yang diduduki disewa dari setinggan lain. Majoriti terdiri daripada mereka yang
baru berpindah dari luarbandar dengan harapan satu hari nanti akan menjadi ’setinggan
pemilik’.
Setinggan Pemilik
Mereka memilikki rumah yang diduduki tetapi bukan tanah. Rumah didirikan sendiri di atas
mana-mana sahaja tanah kosong yang boleh dicari tanpa mengambil kira pemilik tanah
atau lokasi tanah tersebut
Setinggan Berkeras
Satu waktu dahulu, gologan ini merupakan setinggan penyewa tetapi tidak lagi membayar
sewa selepas itu. Pemilik tanah takut untuk mengeluarkan mereka dari tanah tersebut
mungkin disebabkan cara dan penampilan mereka yang lebih agresif.
Setinggan Tuan Tanah
Terdiri daripada setinggan lama yang memilikki bilik, pondok atau tempat tinggal untuk
disewakan tetapi pada kadar yang sangat tinggi.
Setinggan Spekulator
Mereka dianggap profesional yang membuat penempatan setinggan sebagai perniagaan
yang menguntungkan. Mereka menjadi setinggan dengan motif utama dan berkeyakinan
bahawa pihak kerajaan atau tuantanah akan membayar pampasan yang memuaskan
sebelum mereka keluar dari kawasan itu. Umumnya, mereka merupakan kumpulan
13JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
setinggan yang paling degil dan sukar dikeluarkan dan merupakan ketua kumpulan yang
akan berhadapan dengan pihak berkuasa atau tuan tanah. Pampasan yang dibayar dalam
mana-mana keadaan adalah amat menguntungkan. Selalunya selepas mendapat
pampasan, mereka secara bijak akan berpindah ke kawasan lain yang akan dibangunkan
dalam masa terdekat dan proses tersebut akan berulang.
Setinggan Pekerjaan
Setinggan pekerjaan yang membina gerai diatas tanah yang bukan milik mereka dan
menjual barang runcit tanpa lesen berniaga dan tanpa membayar cukai
Di Malaysia masalah setinggan bermula pada tahun 70an bila pemerintah
mengemukakan dasar ekonomi baru di mana kaum bumiputra digalak turut serta dalam
sektor bandar dan perindustrian. Jadi, berlakukah penghijrahan besar-besaran.Menurut
Professor Camhuri Siwar, dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan,Universiti
Kebangsaan Malaysia, negara itu mempunyai sasaran membersihkan kesemua kawasan
setinggan dalam masa dua tahun lagi
“Kerajaan ada sasaran untuk setinggan sifar (zero squatters) menjelang
2005. Jadi, ini adalah satu sasaran dan saya ingat usaha-usaha
pemindahan ini sedang berterusan di lakukan. Setengahnya dipindahkan
ke perumahan baru dan setengahnya di sediakan kawasan-kawasan yang
agak jauh dari Kuala Lumpur untuk ditempatkan semula.”
Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dahulu
lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan nilai-nilai
kehidupan yang ideal. Antara masalah tersebut ialah kesesakan penghuni, keadaan
bangunan buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan
infrastruktur dan sebagainya (Berita Harian, 5 Mac 2002).
14JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Pendatang atau penghijrahan penduduk ini rata-ratanya datang dari golongan
yang tidak mempunyai sebarang pendidkan formal untuk diperdagangkan bagi mendapat
pekerjaan yang baik. Kebiasaannya petempatan setinggan ini bermula dengan 15 sehingga
25 rumah, tetapi lama-kelamaan akan menarik pendatang yang lain sehingga menjadi 500
setinggan atau lebih.
Pertumbuhan bandar di negara ini lebih tertumpu kepada aktiviti perindustrian dan
memberi kesan kepada pertambahan peluang pekerjaan. Pertumbuhan ekonomi negara
yang pesat di antara tahun 1991 hingga 1997 telah memberi sumbangan yang besar
kepada perubahan struktur sosial dan ekonomi negara yang mengarah kepada
perkembangan pesat perindustrian dan perbandaran.Perkembangan ini memberi lebih
banyak peluang ekonomi dan peluang pekerjaan di pusat-pusat bandar dan telah
menyebabkan ramai penduduk luar bandar atau bandar kecil berhijrah ke pusat-pusat
bandar. Ini mengakibatkan penduduk di pusat-pusat bandar bertambah dengan pesat tetapi
di sektor perumahan yang tidak dapat menampung kepesatan penduduk di pusat-pusat
bandar telah menyebabkan wujudnya kawasan setinggan.
Berdasarkan kajian setinggan di seluruh Malaysia mendapati terdapat sebanyak
114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan anggaran penduduk setinggan
berjumlah 557,679 orang yang wujud di seluruh negara. Jumlah kampung setinggan di
seluruh Malaysia adalah 1,032 buah khususnya tertumpu di negeri selangor, diikuti Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Sabah. Kebanyakan petempatan setinggan terdapat
di kawasan-kawasan pantai (atas laut), bekas-bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai
rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang belum dibangunkan lagi (Persidangan
Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia, 2000).
15JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Hasil analisis pasukan pengkaji Universiti Sains Malaysia mendapati hampir semua
penduduk setinggan adalah terdiri daripada warga asing kecuali di negeri Melaka dan
Negeri Sembilan. Peratusan paling tinggi adalah di negeri Sabah (warga Filipina) dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (warga Indonesia). Penghijrahan warga asing ini tanpa
kawalan mengakibatkan wujudnya pelbagai implikasi seperti petempatan warga asing,
masalah sosial dan juga masalah jenayah seperti gangsterisme, kecurian, dadah, lanun dan
sebagainya (Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia,
2000).
Analisis juga mendapati terdapat isi rumah setinggan yang berpendapatan kurang
daripada RM460.00 sebulan (garis kemiskinan) dan juga berpendapatan kurang daripada
RM300.00 sebulan (golongan termiskin). Terdapatnya juga sebilangan penduduk setinggan
yang tiada pelajaran formal dan berpendidikan sekolah rendah. Misalnya di negeri Sabah
terdapat ramai penduduk setinggan yang buta huruf dan tidak boleh membaca
mengakibatkan mereka terpinggir dari sektor pekerjaan dan pembangunan.
Menurut buletin PEKA 1991, dari segi ciri-ciri petempatan setinggan di seluruh
negara, didapati kebanyakan negeri seperti Sabah, Pahang dan lain-lain lagi
mempamerkan keadaan fizikal bangunan kediaman yang daif dan kemudahan infrastruktur
yang kurang memuaskan. Menyedari kerumitan ini, Kerajaan merangka dasar dan strategi
kawalan untuk penempatkan semula setinggan. Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk
mencapai setinggan sifar pada tahun 2005 nanti.
Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan merancang membina lebih banyak rumah kos
rendah atau rumah mampu dimiliki untuk dijual dan disewa bagi penempatan semula
setinggan. Di samping itu Kerajaan juga berusaha meningkatkan pembinaan rumah kos
sederhana rendah dan kos sederhana bagi membolehkan setiap keluarga mampu memiliki
rumah. Dalam Rancangan Malaysia Ke 7 (1996-2000) sebanyak 491,135 unit rumah kos
16JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana telah berjaya dibina. Dalam RMKe-8
(2001-2005) Kerajaan membuat unjuran membina sebanyak 479,000 unit rumah kos
rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana.Perancangan rapi ini menunjukkan
Kerajaan berusaha bersungguhsungguh bagi memastikan negara kita bebas setinggan
menjelang tahun 2005 (Utusan Malaysia, 24 April 2004).
Masalah utama yang terdapat di kawasan setinggan seperti yang dilaporkan di dalam
Laporan Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan di Malaysia, 2000
adalah di mana bilangan rumah kos rendah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan
yang tinggi. Setinggan yang terlibat dengan pembangunan semula kawasan petempatan
mereka tidak dapat masuk terus ke rumah pangsa kos rendah dengan secepatnya.
Keduanya pembangunan dan pembinaan rumah pangsa kos rendah dan juga rumah
panjang biasanya mengalami pelbagai rintangan seperti keadaan tanah yang teruk,
ketidaksempurnaan infrastruktur, kelewatan dalam menyelesaian masalah dengan
kontraktor dan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pembinaan.
Masalah ketiga ialah Pembiayaan pinjaman perumahan yang tidak mencukupi.
Sebagai contoh di dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM Ke-6), DBKL bercadang untuk
membina 30,396 unit rumah kos rendah yang menelan belanja sebanyak RM 702.7 juta,
namun begitu pembiayaan yang disediakan hanya berjumlah RM 79.35 juta dan ia hanya
mencukupi untuk membina 4,424 unit rumah kos rendah.Seterusnya ialah disebabkan Kos
pembinaan telah meningkat. Secara amnya, kos untuk membina rumah kos rendah telah
melebihi RM 25,000 dan kos untuk membina rumah panjang melebihi RM 12,000 seunit.
Kos ini tidak termasuk kos pembinaan infrastruktur.Selain daripada itu Keperluan untuk
memperbaiki imej keseluruhan serta persekitaran rumah. Standard infrastruktur,
kemudahan serta perkhidmatan untuk setinggan telah dinaiktaraf sekurang-kurangnya
17JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
selaras dengan projek perumahan lain. Sehubungan itu kosnya tidak banyak beza dengan
kos pembinaan perumahan yang lain.
Faktor keenam ialah Proses untuk pembangunan semula setinggan amat memakan
masa dan sensitif. Petempatan setinggan biasanya dibina dengan tahap kapasiti yang
maksimum. Sebelum kawasan setinggan boleh dibersihkan, penduduk setinggan ini
mestilah dipindahkan. Penduduk ini hanya akan berpindah jika rumah pangsa kos rendah
disediakan dan jaminan bahawa mereka dapat membeli rumah kos rendah yang dibina.
Ditambah pula dengan Kemajuan pembangunan semula setinggan oleh konsep
penswastaan adalah amat tidak menggalakkan. Selama 6 tahun konsep ini diperkenalkan,
sejumlah kurang dari 5000 penduduk yang dipindahkan.Ini dirumitkan lagi dengan keadaan
kemampuan penduduk setinggan untuk membeli rumah kos rendah juga merupakan
masalah utama. 15-20 peratus setinggan tidak mampu membeli rumah kos rendah
berharga RM 25,000.
Masalah seterusnya ialah kecenderungan penduduk setinggan untuk dipindahkan
sebagai satu komuniti yang berdekatan dengan petempatan asal. Penyataan ini amat benar
dikalangan kawasan petempatan yang telah dikenali dan lama bertapak.Dan ditambah pula
dengan kawasan tanah kosong yang semakin lama semakin habis, bandar Kuala Lumpur
hanya mempunyai lebih kurang 11,200 ekar tanah yang masih boleh dibangunkan
Strategi Penyelesaian Setinggan
Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi
setinggan, antara yang utama adalah:
Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia.
Berdasarkan pendekatan setinggan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk
menyelesaikan masalah setinggan seluruh negara, penempatan semula diambil dengan
18JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
menempatkan semula setinggan terbabit ke satu kawasan lain yang mungkin lebih jauh dari
penempatan asal mereka. Kawasan penempatan baru ini biasanya telah disediakan dengan
prasarana asas untuk memberi lebih keselesaan kepada penduduk setinggan.
Menurut United Nations for Human Settlement (HABITAT, 1988) menyatakan
bahawa penempatan semula adalah satu langkah pembaharuan fizikal yang menelan
perbelanjaan yang tinggi tetapi dapat menyediakan keperluan asas dimanafaatkan oleh
penduduk miskin yang terlibat untuk terus hidup dikawasan bandar. Sepatutnya
penempatan semula yang dilaksanakan dapat memberi keseimbangan dalam aspek
pembangunan sosioekonomi masyarakat. Menurut Tunku Shamsul Bahrin (dalam
Mokzani,1977), terdapat dua kaedah dalam menangani isu setinggan. Pertama dengan
memindahkan mereka ke atas lotlot tanah yang diperuntukkan kepada mereka dengan
mengenakan kadar harga yang rendah (nominal) dan yang kedua memberi mereka peluang
menduduki rumah pangsa kos rendah dengan dikenakan kadar sewa yang rendah atau
menjual rumah pangsa tersebut pada harga yang rendah.
Selain daripada itu, mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan, kawasan setinggan akan dirobohkan tanpa membayar apa-apa pampasan dan
membangunkan semula kawasan setinggan dengan lebih teratur dan bersih. Kawasan ini
juga diberikan segala kemudahan awam agar tapak tersebut terjaga. Kaedah ini walaupun
dilihat dari segi fizikalnya adalah baik namun dari segi ekonominya, ia tidak memberikan
pulangan yang baik kepada pihak kerajaan. Malah, kerajaan terpaksa pula mengeluarkan
peruntukkan yang banyak untuk membina semula kawasan tersebut semata-mata untuk
diduduki oleh setinggan. Kaedah ini juga dilihat seolah-olah menggalakkan setinggan terus
bertapak dan dibenarkan meneroka kawasan lain.
19JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Walaubagaimanapun terdapat beberapa persepsi terhadap penempatan semula
setinggan. Bagi pihak Arkitek dan Perancang Bandar, mereka melihat setinggan sebagai
penghalang kepada pembangunan bandar kerana kawasan tersebut boleh dibangunkan
sebagai kawasan komersial dan boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Manakala
pihak berkuasa tempatan pula menilai kawasan setinggan sebagai kawasan hitam yang
banyak mengandungi unsur-unsur jenayah. Oleh itu, penempatan semula kesatu kawasan
baru adalah merupakan satu kaedah terbaik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah
pendudukan setinggan terutama di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain.
Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menempatkan semula setinggan di
kawasan bandar ini. Tanah-tanah dibandar mempunyai nilaian yang tinggi dan kerajaan
sukar menempatkan mereka atau mengekalkan mereka di tanah yang mereka duduki.
Kerajaan juga harus ingat bahawa untuk menempatkan mereka di kawasan lain pula, kos
yang besar diperlukan untuk membina rumah ganti, menyediakan segala kemudahan,
menjaga kawasan tersebut supaya lebih terurus dan sebagainya.
Kesimpulannya, kerajaan perlu memastikan kawasan penempatan semula setinggan
diwujudkan bagi menyelesaikan masalah setinggan di sesuatu kawasan.Penempatan
semula setinggan mestilah mempunyai infrastruktur yang lengkap agar tidak memberi
masalah kepada penduduk setinggan itu sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup
agar segala keperluan tidak terjejas akibat perpindahan ke kawasan baru kelak
Keperluan Penempatan Semula Setinggan Di Kawasan Bandar
Menurut Abdul Aziz Husin (2004), kewujudan penempatan setinggan di kawasan
bandar merupakan satu fenomena biasa di negara ini. Kawasan setinggan bukan sahaja
memberi kesan besar kepada faktor sosial, politik dan ekonomi penduduk kawasan itu
tetapi juga menjejaskan reputasi bandar terbabit khasnya dan negara amnya. Bagi
20JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan perlu mencari jalan penyelesaian yang
terbaik disamping penglibatan sektor awam yang lain seperti Pejabat Tanah Daerah,
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa,
Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS).
Penempatan setinggan di kawasan bandar akan mengakibatkan pembangunan
bandar terencat atau sukar kerana masalah pendudukan mereka perlu diselesaikan terlebih
dahulu. Dari segi teorinya, masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan undang-undang
tanah sedia ada, tetapi dari segi fizikalnya, sebilangan penduduk setinggan bukanlah
manusia yang terpelajar. Jadi mereka akan melakukan sesuatu yang diluar batasan
undang-undang untuk mempertahankan kedudukan mereka. Walau bagaimanapun,
setinggan di bandar perlu diselesaikan dan ditangani dengan sebaik mungkin. Walaupun
penduduk setinggan dikaitkan dengan kemiskinan dan berpendapatan rendah (Mohd. Taib
Dora,2000), namun dengan adanya projek perumahan kos rendah, adalah difikirkan mereka
dapat membelinya dengan bayaran bulanan yang rendah.
Selain dari kemiskinan, setinggan juga dikaitkan dengan gejala sosial, penagihan
dadah, samseng, mempunyai keluarga yang ramai dan taraf pendidikan yang rendah. Ini
ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang kotor, tidak teratur, kekurangan
kemudahan asas seperti bekalan api, air, sistem jalanraya dan telefon di samping sistem
pembetungan yang tidak sempurna menyebabkan kawasan setinggan memberikan imej
yang kurang baik kepada masyarakat umum.
Terdapat beberapa masalah yang lazim dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan
untuk menyelesaikan masalah setinggan. Di antaranya ialah:
1. Kekurangan undang-undang mengenai masalah setinggan. Sebelum wujudnya undang-
undang untuk menghapuskan setinggan pada tahun 1969, tiada undang-undang yang
21JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
khusus bagi mengatasi masalah setinggan. Hanya Kanun Tanah Negara sahaja yang
digunapakai pada masa itu.
2. Kesukaran untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi merobohkan penempatan
setinggan kerana kekurangan kawasan untuk penempatan semula di kawasan bandar.
Selain daripada itu, kos harga tanah yang tinggi di kawasan bandar membebankan
kerajaan. Harga di kawasan luarbandar adalah murah tetapi kos penyediaan prasarana
pula adalah tinggi.
3.Kos penguatkuasaan yang tinggi. PBT terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk
pentadbiran dan kakitangan bagi menghalang penduduk mendirikan kawasan setinggan.
4. Faktor Kemanusiaan. Tindakan merobohkan kawasan setinggan tidak boleh dibuat
secara tergesa-gesa kerana memberi kesan yang besar kepada penduduk setinggan dari
segi ekonomi dan sosial.
5. Penghapusan kawasan setinggan akan memberi implikasi kepada aspek politik dan
sosial. Kebanyakan golongan setinggan adalah penyokong setia parti pemerintah. Bagi
memastikan sokongan mereka terutamanya semasa pilihanraya, orang politik banyak
memperjuangkan golongan setinggan.
Salah satu penempatan semula yang disediakan oleh kerajaan ialah perumahan kos
rendah. Konsep ini telah diterapkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1967, Perdana
Menteri Malaysia pada masa itu. Ini memberi peluang kepada penduduk memilikki rumah
sendiri dan mampu dibayar oleh mereka. (Kerajaan Malaysia, 1971). Program pemilikkan
rumah murah ini termasuk dalam DEB yang mana ianya bertujuan untuk membasmi
kemiskinan dan penyusunan masyarakat, terutamanya setinggan dan miskin.
Walau bagaimanapun, program ini makin lama semakin bertambah bilangan
penduduk setinggan kerana cara ini seolah-olah menggalakkan penempatan setinggan
yang lain kerana tiada usaha untuk menyekat penempatan setinggan yang baru atau
22JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
menggantikan setinggan yang telah berpindah. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah
berunding dengan pihak swasta untuk membina rumah kos rendah. Dan hasilnya, pihak
swasta telah berusaha membina perumahan kos rendah di tanah swasta. Program
penswastaan yang pertama telah dilakukan oleh DBKL pada RMK-4 (1985-1990). Program
ini telah membabitkan sebanyak 21 buah projek penswastaan perumahan kos rendah
membabitkan tanah keluasan 1500 hektar.
Namun sehingga kini masalah penempatan semula setinggan tidak berjaya
sepenuhnya kerana pelbagai sebab. Antara sebab itu ialah pemantauan sepanjang masa
oleh PBT tidak dilakukan secara berkala menyebabkan penduduk setinggan semakin hari
semakin meningkat.
Kesimpulannya, penempatan semula setinggan amat penting bagi memberikan
kawasan bandar bersih dari masalah setinggan. Sebelum melaksanakan program
penempatan semula setinggan, PBT atau jabatan lain yang terbabit hendaklah menjalankan
kajian sosioekonomi penduduk setinggan terlebih dahulu.
Namun begitu, usaha yang lebih agresif perlulah diambil dalam menyelesaikan
masalah berkaitan setinggan, dan kalau boleh sehingga mencapai setinggan sifar. Kerajaan
telah melancarkan program setinggan sifar pada tahun 2005, tetapi usaha tersebut masih
belum menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Dasar Setinggan Sifar
Berdasarkan Banci Penduduk Malaysia Tahun 2000, penduduk Malaysia
berkembang dengan kadar 2.6 peratus setahun dan pertumbuhan populasi kawasan
bandar telah meningkat dari 50.7 peratus pada tahun 1991 kepada 62.0 peratus pada tahun
2000. Kesannya, pembangunan di kawasan bandar lebih fokus dan banyak pelaburan
dilaksanakan dalam membangunkan perindustrian, sosial dan perkhidmatan ekonomi di
23JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
samping kesedaran orang awam yang mahukan persekitaran yang sihat. Oleh itu,
perumahan di kawasan bandar bukan hanya terhad berikutan kekangan tanah yang boleh
dibangunkan untuk tujuan perumahan; tetapi juga menjadi amat mahal dan tidak mampu
dimiliki oleh semua golongan.
Kesannya, kewujudan kawasan penempatan setinggan baru telah berkembang
dengan pesat dan turut memberi kesan kepada pembangunan ekonomi secara
keseluruhan. Melihat kepada seriusnya masalah setinggan ini, maka Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Program Setinggan Sifar 2005 bagi
membasmi setinggan terutamanya di kawasan bandar. Program ini telah dilancarkan di
seluruh negara dengan penglibatan semua Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak.
Program ini telah menggabungkan usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri dengan pemberian modal bagi membina rumah jenis bertingkat di dalam kawasan
bandar yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR) akan diberi oleh Kerajaan
Persekutuan manakala Kerajaan Negeri akan menentukan tanah yang sesuai untuk
dijadikan rumah PPR ini. Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini sangat penting
memandangkan kuasa pemberimilikan tanah adalah terletakhak kepada Kerajaan Negeri
dan dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri memerlukan bantuan dana kewangan untuk
melaksanakan program ini.
Semua Kerajaan Negeri telah merangka Program Setinggan Sifar masing-masing
dan menurut Laporan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sehingga Jun
2009 terdapat sejumlah 82,200 keluarga setinggan di seluruh negara yang belum
dipindahkan. Statistik penuh keluarga setinggan tersebut serta prestasi Kerajaan Negeri
dalam melaksanakan Program Setinggan Sifar semenjak tahun 2004 sehingga tahun 2008
adalah seperti Jadual di bawah
24JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Statistik Keluarga Setinggan Negara Sehingga Jun 2009*
Bil. Negeri Bilangan Keluarga Setinggan
2004 2005 2006 2007 2008*1. Kuala Lumpur 16,786 14,947 11,676 11,181 9,3332. Labuan - 1,068 1,167 1,068 8713. Selangor 20,353 5,913 2,811 1,197 1,1974. Negeri
Sembilan 291 121 346 297 144
5. Melaka 67 62 52 36 186. Johor 1,541 5,293 11,411 11,411 12,5657. Pahang 647 2,928 918 1,052 8568. Terengganu 2,780 777 846 699 6999. Kelantan 1,392 1,258 1,699 1,695 1,49910. Perak 7,950 7,766 14,282 14,243 14,28211. Pulau Pinang 3,331 4,010 5,835 6,370 3,57212. Kedah 3,382 3,528 3,443 3,629 3,29413. Perlis 2,397 2,266 2,266 2,243 2,22114. Sabah 38,868 38,868 25,525 23,692 22,44915. Sarawak 8,919 9,641 9,618 9,325 8,900JUMLAH 108,704 98,446 91,895 88,138 82,200
Sumber : Laman Web KPKT, SUK Negeri, Lembaga Perumahan Negeri, PBT dan PTG Negeri
Kaedah Penyelesaian Penempatan Semula Setinggan Oleh Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) bersama-sama dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah merangka
beberapa kaedah penempatan semula setinggan dan rakyat miskin di seluruh negara.
Kaedah yang diwujud untuk digunapakai ialah PPR (Bersepadu), PPR Disewa (Dasar Baru)
dan PPR Dimiliki (Dasar Baru). Perlaksanaan program ini adalah sebagaimana Jadual
dibawah:
25JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Bil Program Bil. Projek Bil. Unit
1 PPR Bersepadu (MTEN) 52 54679
2 PPR Disewa (Dasar Baru) 7 8352
3 PPR Dimiliki (Dasar Baru) 25 3650
4 Perumahan Awam Kos Rendah 74 28541
Jumlah 158 95222
Agensi yang terbabit bagi perlaksanaan PPR ini ialah Jabatan Perumahan Negara
(JPN) yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek PPR ini termasuk
perancangan awal, perlantikan juruperunding, pengurusan tender dan semua aspek
pengurusan projek PPR. Program ini dilaksanakan secara “fast track” dengan beberapa
kelonggaran dasar dan peraturan telah diberi bagi mempercepatkan kesiapan projek ini.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah diberi tanggungjawab
melaksanakan PPR Dimiliki melainkan 25 projek PPR Dimiliki di Negeri Pahang yang
sedang dilaksanakan oleh JPN. Projek PPR Disewa akan terus dilaksanakan oleh JPN.
Bilangan unit disasarkan untuk dibina di bawah PPR Dimiliki ialah 40,000 unit dan PPR
Disewa 50,000 unit. Program pembinaan rumah di bawah PPR Disewa adalah bertujuan
untuk disewakan kepada setinggan dan akan diperluaskan kepada golongan
berpendapatan rendah yang lain apabila matlamat setinggan sifar tercapai yang
dijangkakan pada akhir tahun 2005.
Pembasmian Setinggan Melalui Perumahan Awam
Setinggan merupakan kawasan perumahan yang tidak terancang dan teratur seperti
kehendak PBT. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di tapak kajian, setinggan secara
keseluruhannya merupakan kawasan perumahan yang dipenuhi rumah yang kebanyakkan
26JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
kurang sempurna dari segi fizikal mahupun keadaan dalamannya. Hampir kesemua rumah-
rumah setinggan diperbuat dari kayu dan beratapkan zink. Tiada sistem perparitan dan
saliran yang sempurna di kawasan ini menyebabkan wujudnya pelbagai bau busuk dan
keadaan kurang sempurna bagi penduduk kawasan sebegini. Boleh dikatakan hampir
semua kawasan setinggan didirikan di atas tanah orang sama ada secara haram atau tidak.
Rumah-rumah kawasan setinggan ini amat rapat antara satu lain dan tidak sempurna
keperluan asasnya, disebabkan kesempitan hidup penduduknya.
Setinggan ini wujud disebabkan terdapat golongan rakyat yang tidak mampu
menyewa rumah di kawasan yang menyediakan infrastruktur perumahan yang sempurna.
Hal ini disebabkan tahap ekonomi golongan yang mendiami kawasan setinggan ini
kebanyakan ibarat kais makan pagi. Kesempitan hidup menyebabkan golongan ini memilih
kawasan setinggan sebagai penempatan paling selesa yang mereka mampu walaupun
dianggap sebagai kawasan yang sangat daif. Setinggan juga wujud apabila terdapatnya
peluang pekerjaan seperti pembukaaan kilang baru, maka ramailah warga kampung
berpindah dari desa masing-masing demi untuk memperbaiki tahap ekonomi diri sendiri
serta keluarga. Disebabkan faktor seperti inilah wujudnya setinggan di kawasan bandar
besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang. Sebagai contoh, di Johor Bahru
terdapat banyak kawasan setinggan yang wujud hasil dari faktor sosio ekonomi seperti
Skudai Kiri, Skudai Kanan dan Bakar Batu.
Kawasan setinggan ini dianggap sebagai sebuah kawasan yang banyak menjana
masalah sosial pada negara seperti wujudnya sarang penagih dadah dan kadar penjenayah
seperti perompak banyak datang dari individu yang latar belakangnya adalah dari kawasan
setinggan. Memang diakui bahawa masyarakat setinggan merupakan punca berbagai-bagai
masalah. Memang tidak ada orang suka melihat sebahagian manusia terus hidup dalam
keadaan teruk di rumah-rumah setinggan yang sesak dan serba kekurangan dalam segala
27JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
kemudahan. Hal ini terbukti dengan kejadian pergaduhan di kalangan penduduk setinggan
di Taman Lindungan Jaya dan sekitarnya di Jalan Klang Lama (Berita Harian, 12 Mac
2001). Hal ini berpunca daripada budaya samseng yang menular di kalangan penduduk
setinggan seperti yang telah dikenal pasti oleh Pemuda Barisan Nasional seperti yang
dilaporkan melalui akhbar Berita Harian pada 13 Mac 2001 sejurus selepas kejadian
tersebut berlaku.
Maka disebabkan pelbagai masalah sosial yang berlaku akibat dari perumahan
setinggan ini dan juga sejajar dengan matlamat Dasar Pembangunan Negara iaitu:
I) Mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari
pertumbuhan ekonomi secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
II) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar. Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan
yang menjadi punca wujudnya setinggan akan ditumpukan pada program-program berikut:
i) Pendidikan
ii) Latihan
iii) Kesihatan
iv) Jalan-jalan luar bandar
v) Pengangkutan
vi) Perumahan
vii) Bekalan air dan elektrik
Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar- bandar juga akan
dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi
28JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas
seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkahlangkah juga akan
diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang
sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan
dapat mengawal pertumbuhan kawasankawasan setinggan tetapi juga menyediakan
peluang- peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan .
Bagi membasmi kawasan setinggan ini juga pihak PBT seperti Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur khususnya telah menyediakan projek perumahan awam.
Objektifnya adalah :
1) Untuk mengadakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan yang berpendapatan
rendah dan membasmi setinggan
2) Untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan yang berpendapatan rendah yang tinggal
di Wilayah Persekutuan
3) Untuk menyelesaikan masalah setinggan secara beransur-ansur di Wilayah
Persekutuan.
4) Untuk mencapai perpaduan kaum melalui perumahan awam di Wilayah Persekutuan.
Adalah diharapkan dengan adanya perumahan awam ini , masalah setinggan dapat
dikurangkan ke tahap paling minimum dan rakyat serta golongan berpendapatan rendah
dapat hidup dengan lebih selesa seterusnya mengurangkan masalah yang berpunca dari
kawasan setinggan ini.
Selain daripada penyelesaian yang disebutkan di atas, terdapat pelbagai lagi
penyelesaian di peringkat kebangsaan yang bakal dijalankan bagi mengatasi masalah ini.
Antara agenda yang dijalankan ialah pembancian dan pendaftaran penduduk setinggan.
Semua keluarga setinggan akan dibanci dan didaftarkan. Tindakan ini bagimemudahkan
perancangan untuk pembasmian setinggan. Selain itu, mewujudkan program penempatan
29JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
semula setinggan. Kerajaan-kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah
disyorkan melaksanakan program tersebut. Tindakan mempercepatkan pelaksanaan projek
perumahan kerajaan iaitu perumahan kos rendah sama ada untuk disewa atau dijual bagi
memenuhi sasaran yang ditetapkan. Mencari alternatif bagi membolehkan golongan
berpendapatan rendah memperolehi kemudahan pinjaman dari mana-mana institusi
kewangan atau badan kerajaan Hal ini sedia maklum kerana berdasarkan mata pencarian
mereka yang agak kecil adalah sukar bagi mereka untuk mendapatkan kelulusan
memperoleh pinjaman. Jaminan daripada pihak kerajaan dengan membuat spesifikasi
rumah kos rendah yang mempunyai tiga bilik tidur dikekalkan. Bagi tanah-tanah
persendirian yang terbiar atau dicerobohi setinggan hendaklah dimajukan oleh tuan tanah
atau pihak-pihak tertentu. Selain itu, tanah-tanah tersebut perlu dipagar dan dinaikkan
papan tanda amaran. Pembinaan asrama bujang mungkin boleh didirikan bagi merancang
keperluan tempat kediaman bagi golongan bujang di kawasan-kawasan tertentu.
Penempatan di Rancangan Perumahan Kos Rendah
Di dalam kaedah ini, penempatan akan dibuat sama ada melalui Projek Perumahan
Rakyat (PPR) atau melalui penempatan di kawasan Perumahan Awam yang dikendalikan di
bawah Bahagian Perumahan Awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dalam hal
ini, pembangunan PPR adalah bergantung kepada kelulusan peruntukan oleh Kerajaan
Persekutuan melalui KPKT dan JPN. Untuk mendapatkan kelulusan peruntukan ini, Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak bersama-sama Bahagian Perumahan Awam,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah diamanahkan untuk mempastikan bahawa
peruntukan diperolehi bagi membolehkan pembinaan rumah disiapkan menjelang tahun
2010.
30JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Bahagian Perumahan Awam pula akan sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Tanah
di setiap daerah untuk mengenalpasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan
dengan PPR. Sehingga kini, kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan
dengan PPR di seluruh Negeri
Penempatan di Kawasan Program Penempatan Rakyat Termiskin
Disebabkan Kerajaan Negeri juga perlu menumpukan perhatian kepada
pembasmian penduduk miskin dan miskin tegar di negeri masing-masing, maka terdapat
beberapa program penempatan semula untuk golongan ini yang dilaksanakan oleh
Kerajaan Negeri melalui Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah. Ini disebabkan di antara isu
setinggan dan kemiskinan, ia mempunyai hubungan simbiosis dengan penyelesaian satu
isu sosial yang lain secara tidak langsung akan membantu menyelesaikan satu isu sosial
yang lain. Sementelahan pula, masalah setinggan sering dikaitkan dengan permasalahan
kemiskinan.
Di dalam program penempatan PPRT ini, Pejabat Daerah dan Tanah akan
mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan
penempatan PPRT dan Kerajaan Negeri akan mendapatkan peruntukan kewangan
daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membina rumah
serta infrastruktur asas. Para peserta pula akan dipilih berdasarkan Daftar Penduduk Miskin
dan Miskin Tegar yang sedia ada di setiap Pejabat Daerah dan Tanah dan sekiranya
terdapat penduduk setinggan berhampiran kawasan projek perumahan PPRT ini, mereka
akan dimasukkan sebagai bakal penghuni berdasarkan kesesuaian.
Di dalam skim ini, para peserta tidak akan diberi hakmilik tanah dan rumah yang
mereka duduki hanyalah sebagai tempat tinggal sementara sehingga mereka berupaya
31JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dan memiliki rumah mampu milik lain yang
sesuai.
Untuk tujuan mencapai sasaran Setinggan Sifar Menjelang 2010, Pejabat Daerah
dan Tanah telah dan harus mengenalpasti beberapa kawasan yang boleh dibangunkan
untuk skim PPRT . Program PPRT ini juga bertujuan untuk menempatkan setinggan miskin
tegar memandangkan mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan langsung untuk
membayar atau menjelaskan kos infrastruktur. Para peserta program penempatan rumah
PPRT ini juga akan sentiasa diberi kursus-kursus motivasi sebagai dorongan kepada
perubahan sikap agar mereka dapat keluar dari lingkaran kemiskinan.
Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara
Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada setinggan diberikan
kepada mereka yang menduduki tanah-tanah kerajaan yang tidak boleh diberi hakmilik. Ini
melibatkan tanah-tanah yang telah dirizabkan sebagai kawasan lapang, tanah rizab sungai
atau tanah rizab jalan dan kawasan bagan nelayan. Tanah rizab jalan diperuntukkan untuk
tujuan pembangunan yang akan datang atau sebagai memenuhi keperluan perancangan
yang memerlukan “green belt” bagi menyeimbangkan pembangunan. Walau
bagaimanapun, setinggan ini mengambil kesempatan dengan adanya tanah kosong
tersebut untuk mendirikan bangunan sama ada untuk tujuan kediaman atau perniagaan
secara kecil-kecilan.
Memandangkan kuasa membaharui TOL ini telah diturunkan kepada Pegawai
Daerah, maka peringkat pembaharuan TOL ini tidak akan melalui proses yang rumit di
samping memudahkan Pejabat Daerah dan Tanah membuat pengawasan terhadap aktiviti
pemilik-pemilik TOL ini. Secara tidak langsung, ia turut memberi sumbangan kepada
peningkatan hasil Kerajaan Negeri.
32JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Kesimpulan
Kewujudan petempatan setinggan bukan sahaja mendatangkan masalah sosio-
ekonomi, bahkan menyumbang kepada masalah pencemaran persekitaran, landskap yang
buruk serta menghalang kemajuan. Dalam beberapa projek penyediaan infrastruktur serta
pembangunan kemasyarakatan, penempatan setinggan telah meningkatkan kos projek
serta melengah-lengahkan kesiapan projek.
Memandangkan masalah pendudukan setinggan ini semakin mendapat tempat di
kalangan masyarakat serta media massa, maka satu perancangan jangka panjang perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan dan seterusnya membasmi terus penempatan setinggan
ini. Dalam merangka mekanisme pembasmian setinggan pula, perkara asas dalam
menyumbang kepada kewujudan setinggan iaitu kemiskinan perlu diambil kira. Kemiskinan
merupakan suatu fenomena global walaupun menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-9,
kadar kemiskinan di Malaysia semakin menurun terutamanya di kalangan masyarakat desa.
33JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
RUJUKAN
Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (Cetakan Semula Tahun
2007). “Setinggan – Isu Pengurusan, Undang-undang dan Pembangunan Harta Tanah”.
Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Che Su Mustaffa, Wan Abdul Rahman Khudzri Wan Abdul dan Mohamad Sukeri Khalid
(2005). “Pembangunan: Implikasi Sosial Dan Fizikal”. Penerbit Universiti Utara Malaysia,
Sintok.
Khoo Salma Nasution & Abdur-Razzaq Lubis (2005). “Kinta Valley : Pioneering Malaysia’s
Modern Development”. Perak Academy, Ipoh.
Laporan Permasalahan Setinggan Di Malaysia (1997), Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.
Anwar Ibrahim, 1983/1984. "Kemiskinan Dari Perspektif Agama dan Politik", dlm. Institut
Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.
Syed Hussin Ali, 1983/1984. "Aspek Sosiologikal Dalam Kemiskinan", dlm. Institut
Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur.
Surtahman Kastin Hassan, 1996. “Kemiskinan dan Pembasmian Kemiskinan Mengikut
Perspektif Islam”, dlm. Chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj Idris, sunt., Kemiskinan Dalam
Pembangunan Ekonomi Malaysia, ms 70 – 81.
Osman Rani Hassan dan Abdul Majid Salleh 1988. "Konsep-Konsep Kemiskinan dan
Ketaksamaan: Satu Tinjauan", dalam Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah, Isu, Konsep dan
Dimensi Kemiskinan (Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Piachaud, D., 1987. "Problems in the Definition and Measurement of Poverty", Journal of Social Policy, Vol.16, No.2, ms. 147-164.
34JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan :Isu Pengurusan, Undang – undang Dan Pembangunan Harta Tanah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara. (Mengandungi semua pindaan sehingga15 Mac 2005), International Law Books Services, Kuala Lumpur
Majalah Massa (2000). Penempatan Setinggan. Apa Kesudahannya., PenerbitanUtusan Melayu Sdn. Bhd. Bulan April.
Warta kerajaan (1969), Ordinan (Kuasa – Kuasa Perlu Darurat 1969), (Ordinan 1 danordinan 2), Peraturan – peraturan perlu (Pembersihan Setinggan 1969), Jilid13, Bil. 20
Badaruddin Mohamed & Abdul Aziz Hussin (2003) Planning Malaysia (Journal of the Malaysian Institute of Planners, Vol. 1.
Badaruddin Mohamed (2000) Isu-Isu, Permasalahan dan Strategi Pembasmian Setinggan di Negeri Pahang, presented at Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan di Malaysia, 30-31 Oktober 2000 di Kuala Lumpur.
LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan : http//www.kpkt.gov.my
Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian : http://www.kptg.gov.my
Institut Tadbiran Tanah Negara (INSTUN) : http://www.instun.gov.my
35JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Tesis
Maryana Mohd. Din (2004). “Setinggan : Pelaksanaan Dasar Setinggan Sifar Oleh MPPJ Dan Penerimaannya Oleh Masyarakat Setinggan. Kajian Kes : Taman Aman, Petaling Jaya”. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Mohamed Bin Ismail (2005). “Setinggan Dan Permasalahannya Serta PenyelesaianKe Arah Setinggan Sifar”. Projek Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Addie Sauffie Bin Abu Bakar (1999). Persepsi masyarakat terhadap tindakan pihakberkuasa mengatasi masalah pencerobohan tanah kerajaan. Kajian Kes :Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Tesis SarjanaMuda.
Akhbar Tempatan
Mingguan Malaysia, 30 Jun 2009 : Cabaran Tangani Isu Setinggan
. Sinar Harian, 23 Januari 2008 : Setinggan Sifar : Mendepani Cabaran Demi Keselesaan Rakyat.
Sinar Harian, 27 Disember 2008 : Kesepakatan Tangani Masalah Kemiskinan
Utusan Malaysia, 1 November 2009 : Kenal Pasti Setinggan Perlu Rumah.
36JKA 213 KETIDAKSAMAAN SOSIAL
top related