tamadun cina dr. amini amirvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/minggu 6 tamadun cina lengkap.pdf ·...

Post on 03-Mar-2019

323 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TAMADUN CINA – Dr. Amini Amir

5.1 Pengenalan

Tamadun Cina (TC) merupakan salah

sebuah tamadun tertua yang “hidup”

hingga ke hari ini.

Pernah dicabar oleh tamadun lain tetapi

tidak diserap.

Warisan sistem nilai TC memberi kesan

hingga sekarang.

5.2 Konsep dan Takrif

Setiap tamadun merujuk kepada bangsa dan

tempat.

Bangsa Cina merupakan gabungan 5 kaum

besar yang dipanggil Zionghua Minzu

(bangsa Tionghua).

Peringkat awal – dikenali sebagai bangsa

Huaxia kemudiannya dengan nama bangsa

Han (ketika Dinasti Han) dan bangsa Tang

pada tahun 618-907M (ketika Dinasti Tang).

BEBERAPA ETNIK BESAR BANGSA

CINA

1. HAN

2. HUI

3. MANCHU

4. MONGOL

5. ZANG (TIBET)

KONSEP NEGARA DALAM TAMADUN

CINA

1. ZHONG GUO (TIONGKOK) –

NEGARA TENGAH.

2. ZHONG HUA (TIONGHUA) –

GABUNGAN ISTILAH ZHONG

GUO DENGAN HUA XIA.

3. Merujuk kepada konsep wilayah tanah

jajahan pemerintahan bangsa Han yang

mengamalkan budaya Zhong Yen.

MAKSUD NEGARA DALAM TAMADUN

CINA

1. Semangat untuk mengkeluargakan seluruh

unit kecil kenegaraan.

2. Gabungan Guo (negara) dengan Jia

(keluarga).

3. Asas dalam sistem kenegaraan ialah konsep

Zhong (taat).

4. Asas dalam sistem kekeluargaan pula ialah

Xiao (berbakti).

Konsep Xiao

1. Sistem kekeluargaan inilah yang menjadi

asas kepada sistem kenegaraan.

2. Semangat bangsa lebih diutamakan

daripada semangat negara dalam budaya

orang Cina.

3. Sistem pemerintahan dinasti dijatuhkan

oleh Revolusi 1911 dan diganti dengan

sistem Republik.

5.3 Wilayah

5.3.1 Kedudukan Geografi

1. Huang He (Sungai Kuning) – pusat

pertumbuhan tamadun Cina di

utara.

2. Chang Jiang - pusat pertumbuhan

tamadun Cina di selatan.

3. Tanda-tanda tamadun paling awal –

kebudayaan masyarakat di Yangshao

(wilayah Shanxi).

Peta China dan Chang Jiang

Sambungan…

1. Kebudayaan masyarakat di

Yangshao berada dalam

wilayah Shandong.

2. Wilayah Jiangxi – peradaban

zaman gangsa.

Wilayah Jiangxi

5.4 Masyarakat Dan Budaya

SISTEM KEMASYARAKATAN SISTEM SANGKANG

1. Sistem kemasyarakatan

Cina berasaskan sistem

kekeluargaan.

2. Ditekankan kuasa bapa.

3. Menitikberatkan nilai dan

etika.

4. Martabat masyarakat

digolongkan kepada “yang

mulia” dan “yang hina”.

Menekankan tiga

hubungan:

1. Raja dengan

pembesar.

2. Ayah dengan anak.

3. Suami dengan isteri

Sambungan…. Nilai-nilai Utama Dalam Prinsip Wu Chang Sistem Kekeluargaan

1. Ren (kemanusiaan)

2. Yi

(kesaksamaan/keadilan).

3. Li (tatasusila/kesopanan).

4. Zhi

(kebijaksanaan/hikmah).

5. Xin

(amanah/kepercayaan).

Asasnya ialah konsep Xiao (berbakti).

Asas pada sistem kenegaraan pula ialah konsep Zhong (taat).

Sistem Zong Fa menekankan susur galur warisan nenek moyang dalam hubungan manusia antara manusia.

Sambungan… Masyarakat Kuno Cina

Merupakan masyarakat pertanian.

Fahaman Konfusianisme sangatlah

berpengaruh – menentukan segala

aspek kehidupan.

Budaya Konfusianisme merupakan akar

umbi dalam masyarakat Cina tradisi.

Berperanan mengekalkan warisan

tamadun Cina Kuno.

5.4.1 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina Berdasarkan kepelbagaian bangsa yang wujud.

Zaman Dinasti Han – bahasa pertuturan dan sistem tulisan Cina diseragamkan yang dikenali sebagai Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan).

“Mandarin” adalah istilah yang digunakan oleh kuasa-kuasa asing yang merujuk kepada bahasa Cina (Hanyu).

Sekarang: ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying (sebutan berdasarkan ejaan yang dirumikan).

Sistem tulisan Cina terbentuk berdasarkan makna, bunyi dan bentuk.

Tulisan Cina adalah tulisan bergambar yang berlandaskan tiga unsur ini.

Sambungan…

Walaupun banyak dialek, orang Cina

hanya menggunakan satu sistem tulisan

tunggal.

Orang Jepun, Vietnam dan Korea juga

menggunakan teras tulisan Cina.

Walaupun mempunyai bahasa sendiri,

tulisan Cina juga digunakan sebagai

sebahagian daripada tulisan mereka.

Agama Orang-orang Cina Di

Malaysia

The Chinese immigrants brought with them religious beliefs,

practices and institutions. Chinese religion, beliefs and customs

originated in their ancestral land (south Chinese peasant folk

religion).

The majority of the Chinese belong to the Mahayana School of

Buddhism, a substantial number of Theravada Buddhism while

many also follow both schools.

The existence of over 3,500 Buddhist temples, societies and

organisations does show that the number of Buddhist amongst

Malaysian Chinese is considerable.

Sambungan…

Buddhist associations and societies are usually attached to

temples and vice versa.

The Goddess Kwan Yin (Goddess of Mercy) and Kwan Ti

(God of War) are the most popular amongst the Mahayanist

pantheon.

There are also many Thai Buddhists and Sinhalese Buddhist in

Malaysia.

They also have their own temples and monasteries especially

in Kelantan, Penang and Kedah. Most of them follow the

Theravada School. (For further details see Jan Jakob Maria

De Groot [1910], The Religious System of China,

Leiden: E.J. Brill.)

Sambungan…

Most non-Chinese Buddhists follow the Theravada School

such the Siamese, Sinhalese and Burmese Buddhist.

The main organisation for the Chinese Buddhist is the

Malaysian Buddhist Association.

The others are Buddhist Missionary Society, Soka Gakkai

[Value Creation] Malaysia, and Sasana Abiwurdhi Wardhana

(Dispensation of the Buddha Society].

Lihat Hashim: Information Malaysia 1997…, p. 13.

5.4.2 Pandangan Semesta Dalam Tamadun

Cina: Nilai Dalam Tamadun China

Beberapa ajaran Konfusius yang

meletakkan manusia itu sebagai

titik tolak segala perubahan dan

pemupukan diri manusia menuju

kesempurnaan peribadi dan

ketinggian nilai kehidupan.

Samb….

Moralisme

Ideologi Moralisme: pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi.

Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu boleh dibentukkan sama ada menjadi baik ataupun jahat. pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan tingkah laku.

Aksiologi Nilai Dalam tamadun Cina,

pandangan nilai-nilai tertentu

sama ada yang berbentuk

keagamaan dan tradisi

mempengaruhi

perkembangan dan kemajuan

tamadun itu sendiri. Antara

pandangan nilai-nilai itu ialah

nilai agama, kesedaran,

ekonomi, politik, masyarakat,

akhlak dan kejayaan.

Menurut Lok Chong Hoe,

“kedua-dua falsafah China

(Konfucius dan Mencius)

dan Barat mempunyai

pandangan sama terhadap

identiti perbuatan yang

bersifat moral.”

dan (ii)perbuatan atau prinsip moral mestilah universal. Sesuatu prinsip itu hanya boleh menjadi prinsip moral jika ia menegaskan bahawa setiap manusia di dalam dunia ini mesti mematuhi dan mengikut prinsip tersebut. Tanpa syarat (i) dan (ii) sesuatu perbuatan itu tidak boleh dikira sebagai perbuatan yang bersifat moral.”

“Kedua-dua falsafah China dan Barat menunjukkan dua syarat perlu yang mesti dipenuhi dalam setiap perbuatan manusia yang bersifat moral. Dan dua syarat perlu itu ialah: (i)perbuatan yang moral mesti dilakukan kerana nilainya dan bukan kerana kita ingin mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut;

Nilai-nilai Moral Dalam Tamadun Cina

Nilai moral Buddhisme, Taoisme dan Confusianisme

menjadi teras kehidupan tamadun Cina.

Pengawalan Nafsu melalui Empat Kebenaran Mulia (The

Four Noble Truth)

i. Penderitaan hidup manusia

ii. Nafsu penyebab manusia menderita

iii. Penghapusan nafsu daripada diri manusia

iv. Penderitaan dapat dihapuskan dengan Lapan Laluan:

Jalan Lapan Laluan (Eight Fold Path)

1. Pengetahuan yang baik

2. Pemikiran baik

3. Perkataan baik

4. Pertapaan baik

5. Keinginan baik

6. Kelakuan baik

7. Kehidupan baik

8. Usaha yang baik

Ajaran ini juga mengambil berat soal:

1. pengamalan moral tinggi

2. elak pembunuhan

3. tidak menipu

4. mengawal perasaan dan emosi

5. tidak mencuri

6. tidak mengumpat

7. AHIMSA (larangan memusnahkan benda hidup untuk capai

Nirvana)

Feng Shui Dalam Tamadun Cina

The Malaysian Chinese believe also in feng-shui, that is the

ancient Chinese art of tuning into the seasonal changes, tides

and vibrations of nature to bring health, wealth and good

fortune.

According to Stephen Skinner, “The principles of feng-shui are

designed to alter your environment, your home and your heart, so

that you feel at peace with yourself and the universe, and therefore

able to use those in the tides of fortune that ceaselessly churn

through your life to your best advantage.”

Many Malaysian Chinese businessmen have been believers in

feng-shui and attribute much of their success to its

beneficial practices.

Sambungan…

Stephen Skinner observes: “It is no coincidence that in Hong

Kong and Taiwan many of the buildings have feng-shui inspired

features, and that these two states have amongst the highest per

capita income in the world, closely followed in Asia by Singapore and

Malaysia, two other advanced 'tiger' economies. Businessmen in these

countries take feng-shui very seriously”.

Stephen Skinner [1997], Feng Shui, Bristol: Parragon, p. 6

and p. 7.

Nilai Moral Confusianisme

1. Konsep Li (kelakuan baik)

2. Kon Jen (berperikemanusiaan)

3. Lima Hubungan Asas:

- Pemerintah – rakyat

- Ibubapa – anak

- Suami – isteri

- Abang – adik

- Kawan - kawan

Urbanisasi Di China Pada 1990-an, kawasan-

kawasan pedalaman China telah mengalami satu trend pembangunan yang pesat dlm urbanisasi.

Tumpuan yang lebih diberikan kepada 2 wilayah iaitu Xuanwei dan Yunnan.

Pakar ekonomi di China berpendapat proses urbanisasi adalah jalan

menuju pemodenan sekaligus membawa kemajuan kpd ekonomi China. Para pemimpin China mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk memajukan proses urbanisasi

Di antara langkah yang diambil untuk

menjalankan proses urbanisasi ialah:

Permodenan sekolah

Pemuliharaan infrastuktur awam

Manipulasi kerajaan

Sebagai langkah permulaan kerajaan

China telah menaikkan taraf wilayah

dan kampung kpd status bandar.

PEMODENAN SEKOLAH

Dianggap sebagai salah satu misi kerajaan yang bertujuan membangunkan sistem persekolahan di kawasan pedalaman China

Ia bukanlah satu usaha untuk menambahkan pendapatan negara.

Semua sekolah telah diminta untuk menyelaraskan sukatan pelajaran berdasarkan kriteria kerajaan.

Di Yunnan projek permodenan sekolah termasuk mentadbir semua wilayah kecil di sana.

Ia juga melibatkan pengubahsuaian bilik, penambahan bahan pengajaran dan memperbaiki kebajikan para pengajar(pendapatan dan penginapan).

PEMULIHARAAN INFRASTUKTUR

Pembinaan rumah-rumah kos rendah untuk menggantikan setinggan.

Membekal sumber air bersih serta memberi bekalan elekrtik

Menyediakan sistem pembentungan yang cekap dan sistematik.

Pembinaan pusat-pusat kesihatan kecil

Pembinaan sistem pengangkutan spt jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan –kawasan pedalaman tersebut dengan kawasan sekitarnya.

MANIPULASI KERAJAAN

Proses perbandaran di Xuanwei

misalnya,telah menunjukkan suatu

perubahan yang nyata dalam pentadbiran

kerajaan.

Bidang pertaniaan dianggap kurang

menguntungkan kerana pasaran pertaniaan

antarabangsa yang tidak menentu.

Oleh itu para petani tidak berminat

melabur dalam bidang tersebut.

Kerajaan China pula menggalakkan para petani khususnya untuk melabur dalam bidang tersebut dengan memberikan insentif-insentif yang menarik kepada golongan petani.

Pada awal penyusunan semula China, Presiden Deng Xiou Ping telah memberi jaminan bahawa rakyat China akan mendapat satu kehidupan yang selesa, kaya dan bertaraf tinggi menjelang hujung 2000.

Jaminan serta galakan drpd pihak kerajaan merupakan faktor penting untuk meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk untuk memajukan negara.

KESIMPULAN Proses urbanisasi yang dijalankan di kawasan pedalaman

di China adalah satu langkah jangka panjang dan berterusan.

Menurut penulis,China perlu mengambil satu tempoh masa yang agak panjang untuk maju sepenuhnya.

Kadar kemiskinan di China yang agak tinggi perlu diatasi bagi memajukan negara tersebut.

Impak proses urbanisasi dapat dilihat dalam pelbagai aspek spt ideologi politik kerajaan tempatan China yang berubah, peningkatan dalam politik, pembangunan dan mentaliti pemimpin dan rakyat China yang lebih matang.

PERTEMBUNGAN TAMADUN CINA

DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN.

1. Interaksi Tamadun Cina & Tamadun

Jepun.

Sesuatu proses dinamisme-tidak

hanya bergantung kepada faktor

dalaman semata-mata .

Penerimaan unsur-unsur luaran juga

penting bagi mewujudkan sebuah

tamadun yang unggul.

Perspektif Sejarah

China telah menjalinkan hubungan yang baik dengan

Jepun ketika zaman pra-sejarah.

Buktinya: perjumpaan barangan yang diperbuat daripada

gangsa yang dipercayai kesan-kesan pengaruh dari China

oleh ahli arkeologi.

- Interaksi berlaku sejak abad pertama T.M.

Proses Interaksi

Melalui dua tahap utama iaitu:

1. Tahap pertama

Tamadun China berinteraksi dengan tamadun Jepun melalui Korea.

2. Tahap Kedua

Hubungan secara lansung dengan Jepun diwujudkan kerana Jepun mahukan lebih maklumat tentang China dan mahukan unsur-unsur yang asli dari China.

Kesan-kesan interaksi

1. Bidang pertanian

Budaya penanaman padi yang menjadi pekerjaan tradisi

masyarakat China dan Jepun.

Teknik-teknik dan peralatan baru telah memajukan

pertanian kedua-dua tamadun.

2. Barangan Logam

Penemuan barangan logam seperti gangsa dan logam wujud

sejak zaman pra-sejarah.

Logam besi - membuat alatan pertanian seperti pisau,

cangkul, tajak .

Senjata - pedang dan tombak dan loceng.

3. Budaya makam atau “ tomb culture”

Sesuatu kubur itu mempunyai ruang yang sangat besar yang menempatkan pelbagai barangan yang ditanam bersama-sama mayat.

-Ianya dibuat khusus untuk kelas aristokrat.

Proses interaksi ini berjalan dengan lancar dan menurut catatan dalam rekod “ Wei chih” ( rekod dinasti Wei), hubungan yang terjalin antara keduanya lebih

menjurus ke pada landasan politik dan sosial.

Pada tahun 1789, telah dijumpai cop mohor rasmi yang diperbuat daripada emas di Utara Kyushu yang tertulis perkataan “King of Nu of Wa, Vassal of Han”.

Beberapa utusan telah dihantar oleh Permaisuri Himiko kepada Dinasti Wei antara tahun 238 hingga 247 T.M.

Interaksi ini mencapai tahap yang kemuncak dengan kemasukan agama Buddha pada abad ke-6 yang telah berlanjutan hingga kini dan mempengaruhi aspek

kehidupan masyarakat kedua-dua tamadun.

2. Interaksi Tamadun Cina dengan

Tamadun Islam

Terdapat ungkapan bahasa Arab lama-“Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”.

Tiada bukti yang tepat tentang kedatangan Islam ke China tetapi ada pendapat ianya melalui para pedagang yang melalui jalan-jalan perdagangan laut yang utama ketika itu.

Kisah orang-orang Arab direkodkan melalui di dalam “Chinese Annals” pada era pemerintahan Dinasti Tang ( 618-907).

Masyarakat Islam di negara China

Terdapat 10 kumpulan minoriti Islam di negara China dan dari segi etnik ia dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama.

1. Mereka yang terdiri dari puak-puak yang dikenali sebagai Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik,Uzbek, Tartar dan Baoan.Mereka berasal dari Manchuria, Mongolia, Sinkiang, Persia dan Asia Tengah.

2. Kumpulan yang dikenali sebagai kaum Hui yang menguasai bahasa Cina dan memakai pakaian seperti orang-orang Cina.

Asal keturunan mereka adalah dari negara-negara seperti Tanah Arab, Persia dan juga Asia Tengah yang telah berhijrah ke negara China sewaktu zaman pemerintahan dinasti-dinasti T’ang, Sung dan Yuan.

Budaya Masyarakat Hui

1. Pekerjaan

Pekerjaan mereka berkaitan dengan beberapa aktiviti yang khusus seperti penjual daging lembu dan kambing,pertukangan kulit,peniaga kedai makan, memproses bulu biri-biri dan juga pengukir batu-batu jed dan permata.

2. Pendidikan

Masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain.

3. Perkahwinan

Perkahwinan bagi masyarakat Hui merupakan satu perkara yang amat dipelihara dan dijaga rapi agar tidak berlaku perkahwinan di antara seorang yang berbangsa Hui dengan bangsa lain khususnya bangsa Han. Secara tradisinya, masyarakat Hui hanya menerima masuk wanita-wanita dari bangsa Han ke dalam komuniti mereka dan jarang sekali membenarkan wanita-wanita mereka dikahwini oleh lelaki berbangsa Han.

3. Interaksi Tamadun Cina dan

Tamadun Barat.

Sejarah interaksi kedua tamadun ini bermula sejak zaman

Mongol.Sejak abad ke-19, beberapa peristiwa yang

mengejutkan telah mencabar sikap dan kepercayaan-

kepercayaan tradisional Tamadun Cina.

Orang-orang Cina tidak dapat mempertahankan negeri

mereka daripada pencerobohan kuasa-kuasa lain terutama

negeri-negeri Eropah.

Cabaran terhadap nilai-nilai

tradisional

Pengaruh idea-idea Barat terhadap golongan intelektual dan lapisan-lapisan lain dalam masyarakat Cina. Menjelang abad ke-20.

Kebanyakan mereka cuba menyingkirkan sifat-sifat Confuciusnisme yang dikatakan menghalang proses modenisasi negeri China.

Salah satu ideologi yang mempengaruhi mereka ialah fahaman Marxisme oleh Parti Komunis Cina pimpinan Mao Zedong.(1949-1976) yang lebih membawa keburukan kepada rakyat China.

Antara perubahan-perubahan yang berlaku:

1. Menentang corak pemikiran lama dan adat lama sebaliknya menyokong corak pembelajaran baru dari Barat.

2. Menentang sistem monarki dan kepentingan politik untuk segelintir orang sebaliknya menyokong sistem demokrasi, liberalisme, individualisme dan sosialisme.

3. Menentang etika tradisional seperti kesetiaan mutlak kepada kerajaan, tanggungjawab mutlak kepada ibu bapa serta ketaksamaan di antara lelaki dan wanita.

4. Menentang keluarga tradisional yang besar sebaliknya menyokong sistem keluarga yang kecil.

5. Menentang perkahwinan yang ditetapkan oleh ibu bapa sebaliknya menyokong kebebasan bercinta dan berkahwin.

6. Menentang kepercayaan karut dan agama sebaliknya menyokong sains dan teknologi.

7. Aspek ekonomi pula mementingkan pengeluaran secara kolektif dan bermatlamat mewujudkan negara kapitalisme.Perindustrian perlu ditekankan berbanding pertanian.

SASTERA, SENI, SAINS DAN

TEKNOLOGI CINA

Sains dan teknologi Cina telah wujud dari kurun 15 hingga 11 Sebelum Masehi.

Teknologi terawal ialah kejuruteraan hidraulik.

Kejayaan mengawal banjir Sungai Kuning.

Teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan.

Porselin, Kertas dan Loyang

Pengeluaran porselin, kertas dan

loyang dikatakan bermula lebih awal

lagi.

Pengembaraan Marco Polo tahun

1275-1292 telah memperkenalkan

Cina kepada dunia Barat dan

menghasilkan interaksi tamadun.

Pengaruh Tamadun Cina Terhadap

Barat

Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin dibawa masuk ke Barat melalui Cina.

Cina tertinggal dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke 20 kerana pemerintah tidak menggalakkan penciptaan, perniagaan dan perindustrian serta hubungan perniagaan dengan dunia luar.

Evolusi Politik dan Pergolakan

Sosial

Evolusi politik dan

pergolakan sosial telah

membangkitkan kesedaran

orang Cina tentang

kepentingan sains dan

teknologi moden.

Sumbangan TC Dalam Astronomi

oASTRONOMI: Sejak kurun 11 hingga 3 SM

(Dinasti Zhou) orang Cina telah mampu

menyediakan katalog bintang, pencatatan

tepat mengenai gerhana dan komet.

oSumbangan mereka yang paling signifikan

ialah penghasilan peralatan astronomi dan

penyelenggaraan rekod astronomi yang

sempurna,

Sistem Kalendar dan Matematik

Dalam TC

Tepat dan berterusan selama 2000 tahun.

Sistem kalendar Cina adalah sistem terawal, maju dan

tepat di dunia.

MATEMATIK: Sempoa (abacus) telah disebut dalam

karya Xu Yue pertama kali pada kurun ke 2 walaupun

ketika itu belum digunakan secara meluas.

Sambungan… Karya agung Zhang Cang; Jiuzhang Suanshu (Sembilan

Bab Matematik) mengandungi hampir keseluruhan matematik orang Cina.

Orang Cina juga telah mengenal pasti nilai pi, perpuluhan dan sistem pecahan.

PERUBATAN CINA:

Bermula sejak zaman

Fu Xi (2953SM)

dikembangkan oleh

Shen Nong dan

kemudiannya Huang Di.

RANGKA TEORI ASAS PERUBATAN CINA

TEORI KOSMIK DUALISTIK YIN DAN YANG DAN TEORI

LIMA ELEMEN

KESEIMBANGAN KUASA YIN DAN YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN

TEORI LIMA ELEMEN

KADAR TIDAK SEIMBANG YIN DAN

YANG - KESAKITAN BERLAKU

TUMPUAN PERUBATAN CINA

ADALAH PADA KADAR YIN DAN

YANG ( YG. BOLEH DIKAWAL)

PERUBATAN CINA

Perubatan Cina menggabungkan unsur-

unsur perubatan dari pengaruh luar

terutamanya dari India, Tibet, Asia Tengah

dan Tenggara, serta perubatan barat.

Perubatan Cina berkembang selari dengan

perubatan barat dengan kewujudan

akupunktur dan falsafah perubatan Cina.

Penyembuhan melalui perubatan cina

Sejarah perubatan klasik cina melibatkan karya mengenai teori perubatan, iaitu pengelasan, diagnosis, rawatan penyakit dan arahan penggunaan dadah.

KARYA PERUBATAN TRADISI DINASTI

HAN Karya perubatan tradisi pada zaman Dinasti Han adalah:

Inner Canon merangkumi pengajian dalam subjek teras.

The Divine Husbandman’s Materia Medica mengandungi huraian tentang ciri-ciri dan sifat lebih dari 300 jenis sayuran, haiwan dan dadah yang dikelaskan kepada tiga (tinggi, pertengahan, rendah).

Canon of Problems menyenaraikan 81 isu-isu yang sukar berkenaan diagnosis dan rawatan akupunktur.

The Treaties on Cold-Damage Disorders merujuk kepada cara-cara diagnosis dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh faktor-faktor kesejukan luaran (demam berjangkit)

PERUBATAN TRADISI CINA

Perubatan tadisi cina adalah satu ilmu klasik yang mengutamakan konsep yin yang dan wu xing yang merangkumi panduan untuk memahami tubuh manusia (mikrokosme) dan makrokosme.

Kesihatan bergantung kepada pemeliharaan harmoni di dalam tubuh dan di antara tubuh manusia, alam sekitar dan peraturan sementara penyembuhan adalah berdasarkan bagaimana keharmonian dapat dipulihkan.

PERUBATAN TRADISI CINA

Sebelum Dinasti Han, penyakit

dihubungkaitkan dengan roh atau

‘angin’ jahat yang menguasai jiwa

dan rawatan adalah melalui jampi

serapah atau dadah dan tangkal serta

azimat. Sehingga kini, kepercayaan

ini masih wujud dalam karya-karya

perubatan.

ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA

Perkataan qi (ch’i) diterjemahkan dalam falsafah semulajadi sebagai udara, wap dan tenaga yang merangsang proses pertukaran dan sebagai perantara untuk proses tersebut. Dalam perubatan cina, qi mengatur fungsi badan untuk memelihara kesihatan.

ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA

Yin bermaksud dalaman dan yang adalah luaran dimana ianya membentuk struktur masa dan ruang. Penyakit akan mengalami fasa yang pada permulaannya dan diikuti dengan fasa yin yang mungkin memerlukan rawatan.

Perkataan wu xing diterjemahkan sebagai lima unsur iaitu kayu, api, tanah, logam dan air. Kelima-lima unsur tersebut adalah berhubungkait di antara satu sama lain.

ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA

Tubuh badan manusia dipengaruhi oleh ciri-ciri qi, yin yang dan wu xing, di mana ianya dipisahkan dari persekitaran luaran oleh kulit yang boleh dijangkiti oleh kuman.

Saluran peredaran dalam badan menghubungkan organ dalaman dan deria rasa, perasaan dan sistem penghadaman. Kesemuanya ini dinyatakan dalam teori perubatan klasik yang melibatkan lima sistem peredaran yin dan enam sistem yang.

ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA Penghasilan qi akan mengekalkan keharmonian

dan keseimbangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur.

Ketidakseimbangan yin dan yang akan mengganggu peredaran qi dan apabila ianya dalam peringkat permulaan yang, ketidakseimbangan ini boleh ditangani. Sebaliknya, apabila ketidakseimbangan mencapai tahap yin yang merbahaya, ianya tidak dapat diselamatkan.

Konsep rawatan penyakit berjangkit adalah hampir kepada rawatan barat, tetapi digunakan untuk merawat penyakit tertentu sahaja.

Praktis dalam perubatan CINA Doktor perlu mengenalpasti jenis penyakit dan perkembangannya

sebelum menetapkan rawatan, dan mengetahui latar belakang dan kedudukan pesakit. Ini boleh mempengaruhi haluan penyakit dan mengenalpasti reaksi terhadap rawatan.

Denyutan nadi dan pemerhatian terhadap tanda-tanda fizikal dan emosi amat penting dalam menentukan penyakit. Denyutan nadi memberikan maklumat tentang peredaran qi dan seterusnya sebarang ketidakseimbangan dalam badan dan bagaimana sistem organ dalaman telah dijangkiti. Pemerhatian terhadap keadaan fizikal dan emosi akan menentukan simptom-simptom penyakit.

Praktis dalam perubatan CINA Empat jenis kaedah pemeriksaan melibatkan soal-siasat,

pemeriksaan mata, pemeriksaan audit dan bau, dan pengambilan denyutan nadi. Terapi menggabungkan dua aspek iaitu menghapuskan patogen qi dan menentang kesannya.

Kebanyakan penyakit dianggap sebagai ‘dalaman’ manakala perubatan ‘luaran’ merupakan kepentingan kedua. Pembedahan pula tidak terlibat dalam perubatan utama.

Penggunaan dadah dibawah arahan doktor adalah penting sebagai terapi dalam perubatan tradisional.

Akupunktur dan ‘moxibustion’ Akupunktur memperkenalkan pemeliharaan dan

penyeimbangan qi dengan menggunakan jarum sebagai alat untuk mengembalikan keseimbangan aliran tenaga di dalam badan.

‘Moxibustion’ melibatkan pembakaran tumbuhan ‘wormwood’ kering di atas bahagian kulit seperti bekam.

Akupunktur dan ‘moxibustion’ diamalkan untuk menghasilkan rangsangan sepanjang peredaran qi, melancarkan peredaran qi yang tersekat untuk mengembalikan peredaran badan yang normal.

Golongan Perubatan

Doktor ‘Confucion’ (ruyi) merupakan pelatih perubatan yang mempelajari ilmu perubatan untuk tujuan kebajikan melalui pembelajaran teks dan pengalaman.

Doktor turun-temurun (shiyi) datangnya dari keluarga doktor dan latihan perubatan diamalkan melalui perantisan dan pembelajaran teks.

Golongan Perubatan

Profesion sebagai doktor profesional dikategorikan berdasarkan keputusan peperiksaan perubatan kerajaan sebelum berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan. Pangkat mereka tidaklah begitu tinggi dan sukar memperlihatkan prestasi yang cemerlang untuk kenaikan pangkat.

Dinasti Song dan Yuan memperlihatkan kewujudan farmasi dan klinik kerajaan dan prestasinya semakin menurun disebabkan wujudnya pusat perubatan persendirian semasa Dinasti Ming.

Pembangunan perubatan Cina moden

Perubatan cina mula bertapak di negara Jepun moden yang menawarkan latihan profesional dan seragam di kolej perubatan persendirian dan hospital. Seterusnya, ia memperkenalkan arahan perubatan dan rawatan dalam sistem insuran di Jepun dan Korea.

Kaum cina diperkenalkan dengan perubatan barat melalui kegiatan mubaligh dan dengan penubuhan hospital dan latihan gaya barat, perubatan cina terpaksa bersaing dengan perubatan barat dalam mewujudkan sistem prubatan kerajaan moden.

Pemikiran perubatan ‘syncretic’ telah menghasilkan keseimbangan dalam perubatan barat dan cina, dimana ia melibatkan perubahan dari segi fungsi kepada fahaman kebendaan (materialisme) dalam konsep perubatan.

Pelatih perubatan cina hanya menjalani latihan yang kurang mendalam dan kemahiran diri hanya boleh dicapai melalui pembelajaran teks yang berasaskan perubatan barat.

Perubatan saintifik wujud di barat yang mengandungi pengetahuan program dan kuasa yang baru seiring dengan anatomi dan kajian tubuh badan.

Perubatan cina mengabaikan anatomi

dan asas perubatan saintifik dan ini

menyebabkan ianya kurang mendapat

sambutan di barat. Tambahan pula,

kewujudan pelbagai budaya baru,

teknologi yang canggih dan penerangan

saintifik yang lebih tepat meningkatkan

lagi kekuatan perubatan saintifik.

KEPELBAGAIAN TAMADUN

ISLAM DI CINA

Islam dikatakan sudah sampai ke China pada zaman Nabi

Muhammad s.a.w. melalui Laluan Sutera (Silk Route)

SEJARAH

SAAD BIN ABI WAQQAS ADALAH ORANG PERTAMA

SAMPAI DI NEGARA CHINA PADA 650 MENGIKUT

DINASTI TANG. (zaman Saidina Uthman bin ‘Affan)

MAHARAJA YUNG-WEI MENERIMA KEDATANGAN

SAAD DAN MENGANGGAP CONFUSIANISME SERASI

DENGAN ISLAM

Masjid Di Cina

BELIAU MEMBENARKAN MASJID PERTAMA DI CHINA IAITU DI CH’ANG AN.

2 BUAH MASJID TERTUA DI CHINA YANG MASIH LAGI WUJUD IALAH DI CANTON DAN CHUANG CHOW.

PERNIAGAAN ANTARABANGSA MELIBATKAN IMPOT-EKSPOT SUDAH WUJUD SEJAK ZAMAN DINASTI SUNG (960-1279)

Dakwah dan Perdagangan

Zaman Umayyah dan

Abbasiyyah menyaksikan 6

delegasi dihantar ke China

untuk tujuan dakwah dan

perdagangan.

DINASTI MING

KETIKA DINASTI MING (1368-1644), ISLAM

DI CHINA DIANGGAP MENCAPAI

KEGEMILANGAN.

INTEGRASI CINA MUSLIM DENGAN

MASYARAKAT HAN BERLAKU. NAMA

CINA DISERAPKAN DENGAN NAMA

ISLAM.

MAKANAN DAN PEMAKAIAN BUSANA

ISLAM TERPELIHARA.

DINASTI YUAN

ZAMAN DINASTI YUAN –

CINA MUSLIM

MEMAINKAN PERANAN

PENTING DALAM

POLITIK

POPULASI TAHUN 1970an DAN

TERKINI

JUMLAH PENDUDUK

CINA MUSLIM DI CINA

IALAH 30 JUTA (1970an).

SEKARANG – JUMLAH

MELEBIHI 60 JUTA

(Millenium).

Bagaimana Islam Sampai di Cina?

ISLAM SAMPAI DI CHINA MELALUI

JALAN AIR (LAUTAN)

TERUTAMANYA DI DAERAH

KWANG TUNG (CANTON) DAN

HOKKIEN

ISLAM SAMPAI KE BARAT DAN

TIMUR CHINA MELALUI AKTIVITI

PERDAGANGAN

SIAPAKAH CINA MUSLIM?

1. ORANG-ORANG HUI – BERKETURUNAN ARAB – HAN – PEDAGANG BERKAHWIN DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. RAMAI MENETAP DI NINGSHA (UTARA CHINA). POPULASI CINA MUSLIM TERBESAR DI CHINA.

2. ORANG CINA BERKETURUNAN TURKI

3. ORANG-ORANG HAN DI LUAR TANAH BESAR CHINA. SEMAKIN MENGIKIR CIRI-CIRI KECINAAN.

Identiti Orang Cina Muslim

ORANG CINA MUSLIM DIKENALI SEBAGAI

ORANG YANG SANGAT TAAT KEPADA AGAMA.

DR. KONG CHEE KEONG “ORANG-ORANG

CINA MUSLIM ADALAH ISLAM ITU SENDIRI”

KEBANYAKAN ORANG CINA MUSLIM

BERMAZHAB HANAFI YANG TERDIRI DARIPADA

BANGSA TAJIKS, TARTAR, KHIRGIS, UZBEKS

DAN KAZAKS.

Bangsa dan Daerah HAMPIR SEMUA CINA MUSLIM DI MALAYSIA

BERMAZHAB SHAFIE.

BEBERAPA KELOMPOK BANGSA CINA SERING DIKAITKAN DENGAN DAERAH ATAUPUN AGAMA. CONTOH:

BANGSA MAN – MANCHU

BANGSA TSANG – TIBET

BANGSA HAN – CINA

BANGSA HUI – MUSLIM

BANGSA MENG - MONGOL

Ciri-ciri Dominan Bangsa Han

ORANG-ORANG HAN

DIANGGAP SEBAGAI

ORANG CINA WALAUPUN

APA AGAMANYA KERANA

CIRI-CIRI DAN

KERUPAAN CINA.

SENI BINA MASJID CINA MUSLIM

WARNA MERAH SEBAGAI TRADISI

KECINAAN MASIH DIKEKALKAN

MASJID MASIH MENGIKUT SENI BINA

CHINA

SENI BINA ISLAM SEPERTI KEWUJUDAN

MENARA DAN, MIMBAR DAN TEMPAT

WUDUK DIINTEGRASIKAN

Masjid di China Masakini

32,749 buah masjid

1998.

23,000 dalam

wilayah Xinjiang

sahaja.

SENI BINA MASJID CINA MUSLIM

WARNA MERAH

SEBAGAI TRADISI

KECINAAN MASIH

DIKEKALKAN

MASJID MASIH

MENGIKUT SENI BINA

CHINA

SENI BINA ISLAM

SEPERTI KEWUJUDAN

MENARA DAN, MIMBAR

DAN TEMPAT WUDUK

DIINTEGRASIKAN

Masjid Seni bina Cina Di Rome,

Italy

BUDAYA MAKAN BERSEPIT (CHOP STICK)

BAHASA MANDARIN DALAM AKTIVITI KEAGAMAAN

KEBANYAKANNYA MENGGUNAKAN NAMA PERTAMA DENGAN PANGGILAN “MA” KERANA:

1. RAMAI PENDUDUK BARAT CHINA MENGGUNAKAN NAMA MA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM TERUTAMANYA OLEH PENDUDUK BERBANGSA HAN SEPERTI MA WU DAN MA TONG.

NAMA”CHU” DITUKAR KEPADA “HEH” KERANA CHU BERMAKSUD “KHINZIR”`

Amalan keagamaan

Muslim dibenarkan disemadikan dalam kubur yang tersendiri

Muslim dibenarkan berkahwin dengan dikhutbahkan oleh imam

Musim perayaan Muslim dibenarkan bercuti

Muslim dibenarkan menunaikan haji Cina Muslim juga bergiat aktif dalam

politik dalaman dan memperjuangkan hak-hak mereka.

Pertembungan Tamadun Cina

Dengan Tamadun-tamadun Lain Dan

Masa Depannya

Signifikan Pertembungan Tamadun

Mengwujudkan natijah positif dan memperkasakan tamadun

Interaksi peradaban Proses pinjam-meminjam antara peradaban Pengayaan ilmu melalui penterjemahan dan

peminjaman bahasa, istilah, kesusasteraan dan lain-lain.

Pengayaan penciptaan (invention) dan penemuan

Interaksi Dengan Tamadun Luar

Penerimaan unsur luar

dapat meneruskan

keberterusan (survival)

dan pengukuhan

tamadun

Pertembungan Tamadun Cina Dengan

Jepun

Sejak zaman pra sejarah berlaku Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh China dan

Korea dalam pembinaan tamadunnya. Tamadun Jepun berasaskan pandangan semesta, falsafah dan kosmologi serta konsep agama dan ajaran Shinto,Buddha dan Konfusius yang memperkuatkan sistem kepercayaan diri orang Jepun.

Tamadun Jepun yang juga dikenali sebagai Daughter of Chinese Civilization banyak meminjam daripada budaya China dan diacukan dalam bentuk baru bersesuaian dengan budaya Jepun itu sendiri, seperti dalam bidang tulisan, agama Buddha, falsafah Konfusius dan lain-lain lagi.

Pertembungan Tamadun Cina Dengan

Islam

Negara China adalah negara yang ketiga terbesar di dunia selepas Russia dan Kanada. Negara China juga diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang pernah mewujudkan tamadun awal dunia yang dikenali sebagai Tamadun Hwang Ho (sempena mengambil nama sungai Hwang Ho di utara China).

Negara itu pernah ditadbir oleh pelbagai kerajaan dan dinasti sama ada oleh bangsa Cina (Han) atau dari suku kaum yang lain. Di antara dinasti berbangsa Cina adalah seperti Dinasti Shang, Dinasti Zhou, Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Tang, Dinasti Song, dan Dinasti Ming.

Manakala contoh dinasti bukan berbangsa Cina adalah seperti Dinasti Kin (Tatar Besi), Dinasti Yuan (Monggol), dan Dinasti Ching(Manchu).

Pertembungan Dengan Tamadun Islam

Umat Islam Di Cina Berjumlah lebih 60 juta

Mengikut beberapa sumber dari China, adalah dipercayai bahawa Islam telah sampai ke negara China di zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan dinasti Ming. Ia mengalami kemerosotan di zaman dinasti Manchu.

Pada tahun 1911 pemerintahan Dinasti Manchu digulingkan dan digantikan dengan Republik China yang berpusat di Nanjing 1912, dan kemudian berpindah ke Peking.

Pada tahun 1949 parti komunis telah dapat mengawal keseluruhan Tanah Besar Negara China kecuali Pulau Taiwan. Berikutan dari itu pada 1hb Oktober 1949, Mao Zedong, pengasas parti komunis telah mengumumkan Negara China dikenali sebagai Republik Rakyat China (People’s Republic of China) (Zhonghua Remmin Gonghe Guo).

Sambungan…

Penduduk yang beragama Islam pula boleh di dapati di mana-mana bahagian atau di semua daerah negara China. Namun begitu kebanyakan penduduk

yang beragama Islam adalah berada di beberapa daerah seperti Xinjiang (wilayah autonomi Uighur), wilayah autonomi Hui Ningxia,Yunnan, Shaanxi, Gansu, Hebei, Honan, Shandong, Sichuan and Shanxi. (Brian, 1996)

Pertembungan Tamadun Cina Dengan

Barat

Kurun ke 16 Zaman Mongol

Kesan Perang Candu (1839-

1942) – Tertewas dalam

peperangan.

Keaktifan mubaligh Kristian

Perjanjian-perjanjian tidak berat

sebelah

Sambungan…

oModenisasi politik terutamanya dalam aspek pemerintahan

oContohi Peter The Great dan Maharaja Meiji

oGerakan Kebudayaan Baru – Moden dengan perubahan pemikiran dan Sikap, promosi oleh intelek berpendidikan Jepun, Barat dan US, kemasyhuran sains dan demokrasi, pengenalan “pragmatisme” dan marxisme.

Sambungan…

Kecondongan kepada

Barat – perubahan

pemerintahan, pendidikan

Barat menonjol,

perubahan nilai, cara

hidup dan bahasa.

Masa Depan Tamadun Cina Beberapa ajaran Konfusius yang meletakkan manusia itu sebagai titik tolak

segala perubahan dan pemupukan diri manusia menuju kesempurnaan peribadi dan ketinggian nilai kehidupan.

Kelangsungan orientasi humanisme

Sekularisme

Ideologi Moralisme: pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu boleh dibentukkan sama ada menjadi baik ataupun jahat. pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan tingkah laku. Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. Antara pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat, akhlak dan kejayaan.

Masa Depan Tamadun Cina

Keakraban manusia

dengan alam semesta

Institusi Keluarga

Keharmonian

Masa Depan Tamadun Cina Sebagai rumusan, asas kecemerlangan tamadun secara umumnya

bertitik tolak daripada kepercayaan, agama, nilai, akhlak, moral, etika, tatasusila dan ilmu pengetahuan. Manusia sebagai pelakon utama dalam pembinaan tamadun harus menjalin hubungan yang rapat dengan Tuhan dan alam sekitar.

Pandangan alam semesta dan kosmologi turut menggarap perkembangan ketamadunan yang berkualiti. Nilai-nilai falsafah bagi setiap tamadun ternyata banyak mencorakkan perjalanan tamadun itu sendiri. Ilmu dan pengetahuan merupakan teras kepada tamadun dan sentiasa dikaji dan diperkembangkan untuk memupuk tamadun sejati.

Halangan Masakini dan Masa Depan

Globalisasi

Modenisasi

Materialisme

Peperangan Nuklear

Komunisme

Mengekalkan pegangan falsafah moral

Sambungan… Menurut Lok Chong Hoe, “kedua-dua falsafah China (Konfucius

dan Mencius) dan Barat mempunyai pandangan sama terhadap identiti perbuatan yang bersifat moral.”

“Kedua-dua falsafah China dan Barat menunjukkan dua syarat perlu yang mesti dipenuhi dalam setiap perbuatan manusia yang bersifat moral. Dan dua syarat perlu itu ialah: (i)perbuatan yang moral mesti dilakukan kerana nilainya dan bukan kerana kita ingin mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut;

dan (ii)perbuatan atau prinsip moral mestilah universal. Sesuatu prinsip itu hanya boleh menjadi prinsip moral jika ia menegaskan bahawa setiap manusia di dalam dunia ini mesti mematuhi dan mengikut prinsip tersebut. Tanpa syarat (i) dan (ii) sesuatu perbuatan itu tidak boleh dikira sebagai perbuatan yang

bersifat moral.”

Bacaan Tambahan

Lok Chong Hoe (1998), Tamadun Cina: Falsafah, Pandangan

Dunia, dan Aspek-Aspek Kesenian. Kuala Lumpur.

Ann Wan Seng (2007), Rahsia Kegemilangan Islam Di China,

Batu Caves: La Khauf Marketing.

Hang Tuah Arshad (1967), Kebudayaan Tionghua, Kuala

Lumpur: Pustaka Antara.

top related