teks ucapan bertugas- semangat negara bangsa
Post on 21-Feb-2018
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/24/2019 Teks Ucapan Bertugas- Semangat Negara Bangsa
1/2
SETIAP kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa
memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui
semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa
yang bersatu padu.
Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnyamenjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat
yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat
didaulatkan.
Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju
perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 58 tahun yang
lalu.
Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal
seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme,keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya.
Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada
negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya
kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai.
Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara.
Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status
serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah
dan menengah.
Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat
dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan
negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.
Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui
sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting.
Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam
konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan
negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah
tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.
Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti
kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu
dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada
bangsa dan negara.
Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia iaitu
membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan
penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan
menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arenaantarabangsa.
-
7/24/2019 Teks Ucapan Bertugas- Semangat Negara Bangsa
2/2
Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah.
Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang
jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara.
Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta
akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat
cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini
boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan
semangat cintakan negara.
Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan
sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan
kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajarmestilah melalui kesedaran dan ilmu.
Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran
terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara
iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme
terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya
subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar
pendidikan di sekolah.
top related