anjakan keempat.rtf

Upload: pipinparah95

Post on 08-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan komitmen kerajaan bagi melengkapkan murid dengan kemahiran baru agar merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21.Awal pembangunan pelan itu bertumpu kepada bentuk murid yang bakal ditampilkan dan bagaimana bentuk sistem pendidikan dan sokongan yang dapat disediakan mencapai hasrat yang diinginkan.Terdapat lima aspirasi sistem pendidikan, enam aspirasi murid dan 11 anjakan yang mampu memimpin kepada perubahan serta transformasi sektor pendidikan agar Malaysia dapat bersaing di peringkat antarabangsa.Setiap satu aspirasi dan anjakan ini mempunyai kaitan, malah bagi tempoh 13 tahun pelan berlangsung, sudah ditetapkan setiap rancangannya agar tiada aspek yang tercicir. 11 anjakan PPPM ini dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang 1 (2013-2015), mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem dan Gelombang 3 (2021-2025) beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluasan operasi. Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan merupakan salah satu daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.Dalam kamus Deuan Edisi Ketiga, transformasi membaua maksud perubahan bentuk iaitu meliputi sifat, rupa atau keadaan. Jika mahu dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata atau kata dasar yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi juga diambil daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form.Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya atau melampaui, manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah dan juga bererti mengalihkan.Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Maka dengan ini,sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu diubah bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat dilaksanakan. Anjakan keempat ini telah menggariskan beberapa tujuan penting yang perlu dilaksanakan bagi melahirkan guru berkualiti. Antaranya mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 iaitu dalam kalangan garduan 30% teratas,meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 dengan lebih tumpuan keatas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah,memastikan guru memberikan fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran,melaksanakan laluan kerjaya guru berasakan kompetensi dan prestasi mulai 2016,meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan,pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016 dan membudayakan kecemerlangan berdasarkan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025. Bagi pandangan saya,transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan dengan pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini, pengenalpastian ciri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau master teacher. Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru .Demi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai, kerajaan telah mengambil langkah tegas dalam soal kelayakan mereka yang bakal bergelar pendidik. Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru.Syarat pengambilan guru itu terpaksa diperketatkan bagi memastikan matlamat kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia tercapai menjelang 2025. Di samping itu, Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development) mulai tahun 2013 akan dipertingkatkan dengan memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru , kementerian pelajaran Malaysia perlu membaik pulih dan menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru. Ini menjamin kebajikan guru. Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru perlu diteruskan.Bilik guru mestilah dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuk guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi. Kerajaan juga memastikan guru memberi fokus kepada fungsi teras pembelajaran dan pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran mulai tahun 2013.Bidang di dalam bilik darjah tidaklah memberi masalah kepada guru-guru, cuma bidang di luar bilik darjah seperti kehadiran pelajar, pendaftaran pelajar yang perlu dibuat secara online yang sebenarnya memberi beban kepada guru kerana perkara itu memerlukan masa untuk menyelesaikannya.Oleh itu,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan urusan pentadbiran sekolah akan diambil alih oleh pembantu pentadbiran secara berperingkat bagi mengurangkan bebanan tugas guru.Sekurang-kurangnya seorang pembantu pentadbiran akan ditempatkan di setiap daripada 10,000 buah sekolah di negara ini secara berperingkat.Dengan keputusan tersebut, guru-guru dapat memberi tumpuan kepada tugas pengajaran di dalam bilik darjah dan tidak terbeban dengan tugasan di luar bidang mereka. Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting untuk membantu menaik tarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir (thinking society) secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses melahirkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara. Seorang guru juga hendaklah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan dan sentiasa menjaga tingkah laku supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. "Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya.{QS: Al-ma'idah :2}.Melalui ayat ini Allah swt. menyuruh umat manusia untuk saling membantu, tolong menolong dalam mengerjakan kabaikan/kebajikan dan ketaqwaan. Sebaliknya Allah melarang kita untuk saling menolong dalam melakukan perbuatan dosa dan pelanggaran. Kesimpulannya,bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020.Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.REFLEKSI Untuk mengetahui sejauh mana pentingnya profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan.Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid.Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya. Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.Bagi pendapat saya, kelayakan untuk menjadi guru yang sebenarnya adalah minat. Jika kelayakan seseorang itu 10B tetapi kerana minat yang tinggi dalam kerjaya ini, sudah tentu dapat melahirkan pekerja yang mantap. Hasil kajian dan pemerhatian, guru-guru dahulu yang mengajar anda dan juga penulis bukanlah berkelulusan 10A tetapi berjaya melahirkan pelajar yang hebat. Bagi penulis, minat tetap nombor satu dalam memilih apa jua bidang kerjaya. Sepatutnya syarat minumum perlu dalam kerjaya ini dan beri peluang kepada mereka yang menunjukkan kesungguhan dan minat dalam kerjaya ini.